Pertama sekali, aku nak cakap terima kasih pada Fiksyen Shasha sebab sudi publish kisah aku ni, (kalau publish huhu). Ni first time aku nak share cerita dekat Fiksyen Shasha ni. Sebelum ni banyak baca orang share kisah dorang, so aku macam terpanggil jugaklah nak share. Kisah aku ni bermula masa aku start sekolah menengah. Masa tu aku sekolah kat sekolah agama perempuan, (negeri dirahsiakan).
Mulanya sebab orang pisahkan aku dengan kawan baik aku, since tu aku decide pergi mana mana sorang. Since tu aku selalu kena kacau, kena ikut. Tapi sebab aku ni jenis berani sikit masa tu so aku biar je lah. Kisah ni jadi makin teruk bila aku pindah sekolah ke sebuah sekolah asrama penuh yang baru, kitorang batch pertama yang masuk. Asalnya sekolah ni kawasan kelapa sawit. Masa minggu pertama masuk, setiap kali baca yasin, mesti blackout tiba tiba. Setiap kali. Haa korang bayangkanlah kekerasan tempat ni memula dulu.
Satu hari ni, masa lepas supper, aku lepak depan blok dengan adik dorm aku. Lepas tu tetiba dengar orang jerit, satu geng senior ni lari sambil jerit jerit dan masa dorang lari tu salah sorang daripada dorang secara tiba tiba pass camera yang dorang pegang tadi kat aku. Aku pun macam rasa, “pehal bagi aku kan”. Lepas tu bila aku tengok, rupanya dorang terambil gambar sorang perempuan, rambut panjang, baju putih, betul tengah diri kat dinding tandas. Aku serious terkejut gila, sebab masa tu first time tengok betul.
Jadinya gambar tu, aku dengan geng senior tu je yang tengok. Lepas tu start la kes kes histeria kat sekolah. Memandangkan aku yang akan teman setiap kali budak dorm aku pergi tandas kalau 2-3 pagi tu, mungkin dari situ benda tu aim aku pulak sebab acah berani kan (okay serious padan muka gila aku masa ni). Pernah sekali tu, kawan aku bangun tidur, katil sebelah aku (katil aku tingkat atas betul betul sebelah tingkap dan ada space untuk satu almari). Masa kawan aku bangun tu, kawan aku nampak aku dah siap pakai tudung, muka aku serious sambil tengok dia melalui cermin kat almari aku. Bak kata kawan aku masa tu aku pandang dia tajam gila.
Pastu dia macam malas nak ambil kisah so dia blah je lah nak pergi tandas. Sekali bila dia keluar je bilik kat pintu, “aku yang betul” baru je habis iron tudung, nyanyi nyanyi. Bila dia tengok balik almari aku, takda siapa. Almari aku tertutup rapat. Sejak tu jugaklah, aku makin sakit teruk, aku tak boleh belajar, belajar je sakit. Bila check dekat doktor, memang aku ada sakit. Sakit yang agak serious. Tapi masa lepas lepas tu aku rasa something kat badan aku, something yang tak kena. Last last parents aku bawak pergi ke perubatan islam, dari situ baru aku tahu sebenarnya ada benda nak berdamping dengan aku.
Memang, hampir setiap malam kat asrama tu ‘dia’ teman aku. Tidur belakang aku, badan dia betul betul kat belakang badan aku. Mula mula memang aku takut, cuak. Tapi lama lama naik menyampah haha. Ada sekali tu yang paling aku geram, aku bangun bangun je, baju aku dah takda. Kurang ajar gila. Aku tengok elok je baju tu ada kat sebelah aku. Nak kata aku panas tidur memang taklah, katil aku atas kot, tengah lagi, kipas memang tumpu kat aku. Cuak aku masa tu kot ada lebam lebam ke apa, Alhamdulillah la takda. Sebabnya aku risau, benda yang dengan aku ni jantan. Jin Jantan.
Siap dulu ada sorang ustazah ni pesan, aku tak boleh benci orang. Kalau aku benci someone tu, orang tu boleh sakit. Pendamping ni lah punya kerja. haih spoil. Lama aku berubat, setiap kali berubat aku takkan sedar apa apa, yang family aku cerita balik, aku meracau macam apa dah. Kalau nangis tu, sayu sangat. “Dia ” ni cakap dia nak aku sebab aku ni baik haha *entah ye tidak* (so korang takyahla jadi baik hahaha) okay gurau je. Badan aku kurus sangat masa tu, iyelah sebab share makanan dengan “dia” kan. Ha lepas tu pernah sekali aku nampak diri aku sendiri kat kantin, memang aku, baju pun sama. Ya Allah masa tu nak tercabut jantung, boleh pulak dia senyum kat aku yang original ni.
Sebenarnya banyak lagi cuma aku tak berapa nak ingat haha. Maaf kalau tak seram mana, cuma pada aku masa tu, seram jugaklah. Terima kasih 🙂
- hantar kisah anda:Â fiksyenshasha.com/submit
huhuhu.. hijab terbuka ke?..
mcm mne nak buka hijab saya?
sila jawap nk try buka kalau jadi alhamdulilah
kalau x menjadi.. hok aloh
perghh menakutkan…
ceritanya menyeramkan…..ijin share admin