“Hang pernah tengok hantu dak Ucop?”, kata Abang Deris (bukan nama sebenar) kepadaku. “Tak pernah Abang Deris, kalau boleh takmau jumpa la”, balas aku. “Kalau hang nak tengok malam ni jugak aku boleh bawak tunjuk kat hang”, jawab Abang Deris serius. Aku cuma ketawa dan menambah “Insya Allah tak takutlah Abang Deris tapi saya belum bersedia nak tengok benda halus ni”.
Kata-kata itu pernah aku bualkan bersama Abang Deris hampir 10 tahun yang lalu. Ketika itu aku baru saja berkenalan dengan Abang Deris yang kebetulan berkongsi hobi yang sama denganku iaitu memelihara burung. Ketika itu aku di tahun akhir pengajian di salah sebuah IPTA di Pulau Pinang.
Sedikit latar belakang Abang Deris. Umurnya five series, kasar, tegas dan berdisiplin. Beliau merupakan bekas ahli kongsi gelap yang terkenal di Utara Tanahair, dek kerana kefasihannya berbahasa Cina terutama Mandarin & Hokkien, dia dilantik menjadi orang kanan di dalam pertubuhan itu. Abang Deris pernah bekerja dengan sebuah syarikat teknologi milik Taiwan selama belasan tahun. Telah membawanya menjelajah kebeberapa buah negara seperti Republic of China (Taiwan ler), Jerman, Singapura dan Thailand. Ketika aku mula-mula berkenalan dengannya, dia baru saja pulang dari tugasan selama 2 tahun di Bangkok, Thailand. Selepas kepulangannya itu, dia terus berhenti kerja dan memulakan perniagaan kecil-kecilan.
Abang Deris ada memiliki barangan mistik seperti Ular Tedung Selar yang diawet dan disimpan dalam kotak kaca, lesung berlubang, pedang dan lain-lain. Kebanyakan barangan itu ialah hadiah diterimanya daripada ‘sifu’ dan teman-teman sewaktu di dalam kongsi gelap dahulu. Ada juga barang yang ditemuinya secara kebetulan. Jadi baru-baru ini aku teringat kisah perbualan hampir 10 tahun lalu itu. Elok juga dikongsikan bersama pembaca Fiksyen Shasha. Aku pun ke rumahnya pada malam Hari Wesak baru-baru ini. Sering juga aku bertemu Abang Deris di pejabatnya sebelum-sebelum ini tetapi kali ini pertemuan menjurus kepada persoalan hantu.
Hari itu aku sampai di rumahnya jam 9 malam, kami berbual di laman rumah. Ternyata ingatan Abang Deris masih kuat. Dibukanya kisah itu padaku…
“Kalau hang nak tau ‘kawan’ aku tu ada belakang rumah aku”, jawab Abang Deris selamba. Tak semena-mena bulu roma di tangan Abang Deris dan tangan aku pun meremang….serentak pulak!
Abang Deris membuka kisah. Katanya sudah 27 tahun ‘kawan’ itu duduk bersamanya. Waktu itu dia bekerja di kilang Taiwan di Seberang Perai pada tahun 1990 sebagai Penyelia Kilang. Jadi biasalah meronda-ronda kawasan kilang. Sememangnya dia pernah mendengar buah mulut pekerja di kilang itu tentang kelibat makhluk halus di situ tapi belum pernah terserempak. Nak dijadikan cerita, suatu malam sewaktu berjalan di kawasan koridor kilang, Abang Deris terpandang di satu sudut seperti seseorang sedang mengintai. Abang Deris dah agak itu bukan orang jadi ditegurnya, “woi hang dok jenguk-jenguk apa?! Hang mai sini!”, sergah Abang Deris. Tiba-tiba dia terdengar suara, “aku pi kat hang satgi jangan lari pulak”, belum sempat Abang Deris menjawab, makhluk itu pun menjelma di depannya!
“Uiiihhhsss!”, abang Deris menggeletik badan antara terkejut dan geli-geleman. Mana tidaknya, di depan berdiri makhluk berbongkok berambut persis penyanyi kumpulan metal. Matanya rabak dan terkeluar. Penuh darah serta nanah di seluruh muka dan badannya serta berkain lusuh. “Heeheehee…”, makhluk itu tersengih.
“Lepas tu apa jadi Abang Deris?,” aku jadi bertambah minat. “Dia hulur tangan sambil kata nak berkawan dengan aku”, kata Abang Deris. Aku sedikit bingung, berkawan? “Kawan dan suruh ambik bela ka Abang Deris?”. “Cuma kawan”, jawab Abang Deris tegas.
Sambung Abang Deris, “Aku pun hulur tangan tanda setuju. Dia sentuh tangan aku, tangan dia pucat dan belemoih (kotor) tu kena kulit tangan aku rasa sejuk. Aku pun seriau juga tapi buat-buat relaks.” “Sesamseng Abang Deris pun cuak jugak, haha!”, aku ketawa kecil di hati. Aku yang mendengarnya pun terasa seram sejuk jugak weh!
Abang Deris pun mula berbual dengan makhluk tersebut. Masing2 bermukadimah kisah diri sendiri. Tapi makhluk tu yang lebih bercakap kata Abang Deris. “Dia ni penunggu kawasan tu Chop, dulu dia bertuan lepas tu solo. Tuan lama dia orang Siam. Umur dia tahun ni (2017) baru 80 tahun. Muda2 dah bongkok, tinggi lebih kurang 3 kaki saja,” jelas Abang Deris.
Abang Deris menamakan makhluk ini sebagai ‘Jenglot’. Ianya tak seperti Jenglot yang kita ketahui seperti patung kecil yg berasal dari Negara Seberang tu. Tapi sengaja Abang Deris panggil begitu. “Habis tu dia ni kalau ikut Ensiklopedia Hantu, kita panggil apa Abang Deris?,” tanya aku yang masih sangsi mengenai jenis hantu tersebut. “Entahlah Chop, aku panggil dia Jenglot sajalah senang, yang pasti dia keturunan iblis dan jinlah, jantan dia tu”.
“Yang lawaknya lepas salam tu dia cerita habis detail pasai aku. Katanya dia suka nak berkawan sebab aku berani, dia tau benda jahat yang aku pernah buat semua tapi dia respek sebab pegangan aku tak mudah goyah. Dia kata jahat2 aku pun masih ingat tuhan,” Abang Deris menghentikan seketika perbualan sambil menyalakan rokok.
Aku masih belum berpuas hati, haha! Antara percaya dengan tidak. “Tapi macam mana Abang Deris bawa dia balik rumah?”, soal aku lagi. “Dia ikut balik malam tu jugak Chop, kan aku dah setuju berkawan dengan dia. Lagipun bukan aku mintak”, kata Abang Deris sedikit meninggi suara.
Dengan secara tiba-tiba atap bumbung zink di halaman rumah Abang Deris berbunyi seperti sesuatu sedang merangkak. Kami yg duduk di kerusi laman pun berpaling ke arah bunyi tersebut. “Tu ‘dia’ mai dah”, Abang Deris tersengih padaku. Aku yang dari awal perbualan dok meremang bulu roma tangan melarat ke tengkuk pulak, tapi masih kental berbicara. Abang Deris kata, “Dia dengar kita bersembang pasal dia. Biaq pi kat dia, toksah takut. Hang takyah la baca apa2, dia tak kacau hang”, Abang Deris meyakinkan aku.
Kata Abang Deris lagi, sejak Jenglot ikut balik ke rumah, hari-hari dia menawarkan segala macam ‘kesaktian’ yang ada padanya. Kebolehan Jenglot hampir sama seperti orang yang membela makhluk halus yang bertujuan menolong tuannya sama ada benda baik atau buruk. Begitulah yang ditawarkan Jenglot. Pendek kata, macam2 kebolehan Jenglot ni. Menurut Abang Deris, belum pernah dia memberi arahan pada Jenglot melakukan perkara buruk tapi hubungan mereka sekadar teman bicara. “Biarlah ‘remote control’ di tangan aku, kalau tak nanti jenuh aku nak turut kehendak dia. Syirik semua tu”, kias Abang Deris. Aku mengangguk faham.
Abang Deris kemudian memetik beberapa peristiwa yang pernah beliau alami bersama Jenglot. Antaranya, pernah beberapa ketika Abang Deris membawa pulang tasbih baru dibelinya. Sebaik sampai di rumah, Jenglot menegur, “Hang baru beli tasbih na Deris”. Nak tergelak Abang Deris dengan gelagat Jenglot waktu itu. “Dajei (Dajjal) ni pandai melawak jugak hang tau”, Abang Deris tertawa.
Aku mencelah lagi, “Dia memang muncul dengan rupa buruk kah atau dia boleh berubah rupa jadi Abang Deris atau orang lain?”. Kata Abang Deris, Jenglot tak boleh tukar rupa. “Dari awai kenai aku cakap kat dia mai la dengan rupa elok sikit, ni hang mai belemoih sungguh”. Jenglot cuma “heeheehee” saja kata Abang Deris. Katanya lagi, Jenglot berwajah buruk kerana memang sifat semula jadinya sebagai ‘fighter’, maksudnya dia suka bergaduh sesama spesis dengannya kalau bertemu.
Kerana minat Abang Deris pada barangan/perihal mistik itu, pernah beberapa kali Jenglot dibawa ikut ke rumah orang yang sama minat dengannya. Setakat ini (27 tahun), cuma dua, tiga kerat orang saja yang pernah nampak kehadiran Jenglot. Pertama, mereka ke rumah seorang lelaki tua di Kedah yang mengaku kebal. Seorang lagi penjual batu geliga di Ipoh. Abang Deris berkunjung ke rumah orang tua yang mengaku kebal tu bersama 3 orang rakan. Di depan mereka berempat, (termasuk Jenglot jadi 5 la ya, huhu!) tuan rumah menetak tangannya sendiri dengan parang berkali-kali tapi tak lut.
Abang Deris kemudian meminta tuan rumah itu melakukan hal yang sama tapi di luar kawasan rumah. Orang tua itu lantas berkata “Hang pandai!”. Lalu tuan rumah pun menarik Abang Deris keluar sambil berbisik. “Belakang hangpa tu sapa punya? Segak aih”, kata orang tua tersebut. Abang Deris cuma tersenyum. Dalam hal ni masing-masing pecah tembelanglah… Pakcik tu menggunakan khadam jin bagi membuktikan kekebalannya dan pakcik itu pun nampak Jenglot.
“Jenglot yang pecah lubang kat aku kata orang tua tu pakai jin… jin senior dia bela, umur dah beratus tahun, aku tak nampak jin dia”, Abang Deris menjelaskan pada aku.
“Lupa pulak, Jenglot ni mentekedarah (makan) apa? Abang Deris ada tauk (lempar) apa-apa kat dia?,” aku menyoal lagi. “Hat tu mampus pi kat dia, pandai la dia ikhtiar cari makan. Aku bagi dok sini kira dah besar rahmat kat dia,” kata Abang Deris.
“Aku tau hang nampak macam percaya tak percaya Chop. Macam aku kata la, kalau hang dah bersedia nak tengok, aku boleh tunjuk kat hang”. Aku membalas kata2 beliau dengan senyuman.
Aku berpaling melihat jam menghampiri 12.30 malam lalu aku meminta diri untuk pulang. “Nanti kita sambung lagi na Abang Deris. Dah lewat ni”, lalu aku mengucapkan terima kasih padanya. Selepas bersalam, aku pun menyorong motosikal keluar kawasan rumahnya sambil melirik mata ke arah atap zink di sebelah kanan tempat bunyi waktu kami berbual tadi. Abang Deris macam dah agak aku tengok bumbung rumahnya lalu berkata, “Takdak apa la Chop, hang dok jenguk apa”. Hahaha! “Nanti saya tulis cerita ni. Sebelum publish di FB, saya tunjuk kat Abang Deris dulu okay”. Abang Deris bersetuju lalu aku pun membelah kepekatan malam itu dengan kapcaiku.
Terima kasih!
– Pak Usop –
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
tu dia….berani gila…
biasalah…’Abg Deris’ ni ex-kongsi. Berani la…abg deris pun dah cuci tangan lepas pi buat umrah. Alhamdulillah byk perubahan dlm diri abg deris skrg
sempoi Abang Deris
Yup, sempoi orgnya. Tegas, berprinsip…nak crita lebih2 nnti terdedah identiti dia pulak…haha.
Tima ksih krn membaca
Confirm famous amos abg deris dulu2. kalau sebut nama mesti ramai tau . hehe dari gaya dia jerkah “jenglot” tu pon rasa dah dia hati kering. sambung cite lagi Pak Usop. Seronok baca cakap utara hehe
Yup…fames jgak la dia ni. Abg Deris pernah berpeluang jumpa arwa TG Nik Aziz masa hayatnya. Malu jugak dia dgn peribadi tok guru sbb masa tu dia bertindik…tpi tok guru layan dia baik. Tima ksih
sambung la lagi
Insya Allah. Tima ksih
hahaha part last tu palik lawak..haha tergelak aku sensorang …nasib lunch time,,klo x naya je kantoi baca FS time keja hahaha
kahkahkah!
sam,bung lagi pak usop…..seronok baca…..salute abg deris
Insya Allah…tima ksih
Salam…trima kasih buat pembaca kisah ni. Insya Allah kalau rajin saya sambung…hehe
Best sngt pak usop… X pernah lagi lah jumpa org berani mcm pak Deris tu… Alhamdulillah dia dah kembali ke pangkal jalan. X mau ka jenglot tu masuk Islam…
Baguih² pendirian pak Debris x bela pun benda tu.
Tima ksih. Hehe…soalan ni saya tanya juga tpi tak tulis dlm crita ni.
Saya tanya Abg Deris…knapa tak ajak Jenglot msuk Islam…dia kata payah skit…Jenglot ni beragama Buddha…kwn baik dia pun dri kalangan tok sami siam. Dia rajin ke wat…tgoklah nnti diizinkan Allah saya minta Abg Deris berdakwah kt Jenglot.
Utk pengetahuan, Abg Deris dah berjaya mengIslamkan kwn2 dia org cina & india waktu di dlm kongsi dulu. Ada la 5, 6 orang. Alhamdulillah
Tima ksih krn membaca
Best2..nant cite lagi…daebak la pak deris tu..berani betol..
Hehe…tima ksih. Insya Allah
pasal jenglot… dulu pernah nak pergi tgk area pahang tapi org tu busy pulak sbb jenglot tu boleh gerak2…
Oh tu real jenglot. Ini sengaja Abg Deris bgi nama jenglot kat jin tu. Hehe
Tima ksih
Tudia siap nak tunjuk kt pak usop..kalau sy mmg thank you – tutup mata – blah cepat2 – xpi dah rmh pak deris mlm2..huhu
Haha..itulah saya tertanya-tanya jugak knapa Abg Deris bersungguh2 nak tunjuk kt saya…adakah itu permintaan Jenglot sendiri? Huhu…wallahua’lam
Insya Allah keberanian tu ada…sampai masa saya nak tgok dgn mata sendiri. Hehe
Salam Pak ucop….Sempoi la cerite Ni….. Best best…..Tulis la lagi…..Teruje kami baca…..
Wsalam kak jue jie. Haha…tima ksih…insya Allah kalau rajin saya sambung yer
syok citer ni.. pak usop smbung la lgi noh..
Tima ksih…insya Allah kalau rajin saya sambung..hehe
syok citer ni.. pak usop smbung la lgi noh..
best gile pak Ucop cite ni…. tazaba nk dengar cite pak deris ni lagi hehehehe
Best memang best dgr cite cmni lg2 kite kawan ngan org hebat cm Pak Deris….
Kire bukan calang org brani mcm dia….
Hehe..yup, mmg Abg Deris lain drpd yg lain. Insya Allah bersambung. Thanks
sempoi mempoi kelempoi lah abg deris hehe
thanks
seronok baca.. best3. jgn lama sgt, tertunggu tunggu saya
pandai nya ckp utagha jenglot ni