Aku melakukan sedikit penyelidikan untuk mengetahui perihal sihir santau setelah melihat dan mendengar sendiri pengalaman orang yang disantau.
Pengetahuan ini datangnya dari pembacaan, kisah dari orang yang terlibat, dan perawat santau itu sendiri.
Santau macam yang diketahui ada bermacam jenis, ada jenis bodo dan jenis sakti. Jenis bodo ni biasanya santau dari barang-barang berbisa seperti miang rebung, serbuk kaca lampu kalimantang, serbuk besi dan sebagainya yang bersifat halus dan boleh dicampur bersama makanan, memang kebiasaannya ia diletak dalam makanan sebagai agen pembinasa. Bahan santau dicampur dalam makanan secara direct, kadangkala melibatkan jin untuk mengaburkan barang santau dari dikesan oleh mangsa.. biasanya jarak duduk sangat dekat diantara mangsa dan penghantarnya atau dalam bahasa mudahnya mangsa dan penghantar ada dalam sekitar kawasan yang sama.
Manakala santau jenis sakti pula adalah santau jarak jauh yang dikenali sebagai santau angin atau tuju-tuju, yang ini parah sikit pasal melibatkan barang santau yang lebih berat seperti paku berkarat, bilah pisau cukur, bilah jarum dan sebagainya. Santau bukanlah racun yang m******h serta merta tetapi m******h secara perlahan-lahan dengan merosakkan organ dalam badan sehingga m**i, biasanya mangsa akan menderita kesakitan bertahun lamanya sebelum m**i. Santau tidak akan memberi kesan serta merta setelah dituju tetapi akan di ignite oleh mangsa sendiri tanpa disedarinya apabila memakan makanan yang bersifat ‘tajam’ seperti limau, nenas dan sebagainya.
Bermacam jenis bahan berbisa digunakan sebagai intipati santau tetapi yang paling power adalah ibu santau, datangnya dari bisa ular yang di peram dalam tempayan bertutup dengan penutup kayu bertahun-tahun lamanya dan bisa ini diambil dari penutup kayu itu dengan cara dikikis, dan hasilnya akan dapat serbuk kayu berbisa. Biasanya seekor atau lebih bangkai ular berbisa ditapa dalam tempayan lamanya sampai hancur, ibu santau ni takkan habis, ianya akan sentiasa ada. Ibu santau adalah tahap keseksaan yang paling tinggi dan ampuh jika dituju pada mangsa… miang rebung, serbuk kaca atau paku karat cuma bumbu tambahan untuk kesan yang lebih mengerikan.
Ibarat meminum bisa ular dan bisa ini memusnahkan badan secara perlahan-lahan dari dalam perut.
Mengikut ceritanya, masa terbaik untuk menghantar santau adalah pada waktu malam bulan mengambang penuh. Time tu santau ni sangat kuat dan sampai dengan laju macam Barry Allen. Berdasarkan teori aku, bulan mengambang penuh ni biasanya malam tak berangin ataupun angin yang perlahan. Santau angin ni sendiri alah kepada angin kencang..santau ini tak dapat diterbangkan kepada mangsa ia akan melencong jauh di tiup angin. Apadaa punya la susah pakai pos laju tak boleh ke?
Sesiapa yang mengamalkan ilmu santau ini wajib melepaskan santaunya sekali sekala, jika tidak ilmunya akan memakan diri, inilah perjanjian diantara pengamal ilmu santau dengan syaitan penama sihir santau ini. Santau akan diletakkan disimpang jalan atau dilepaskan di kedai makan, mereka yang bernasib malang tanpa dipilih akan menjadi mangsa.
Di zaman dahulu banyak kisah disantau secara rawak berlaku di kedai makan, kesian pada tuan kedai dia tak terlibat pun tapi pengabdi setan ni yang suka mencari mangsa disitu mungkin kerana senang santau terus masuk kedalam badan melalui makanan.
Aku sendiri adalah saksi kejadian santau yang dikenakan kepada keluargaku, tetapi dapat dikesampingkan dengan kuasa Allah. Mungkin kami semua telah terpilih pada hari itu sebagai ‘mangsa’ bernasib malang oleh tukang santau. Kejadian berlaku semasa kami sekeluarga keluar membeli belah di Chow Kit Road dan lepak minum di sebuah restoran di Kampung Bharu ( zaman ni Chow Kit Road sangat terkenal sebagai tempat membeli belah keluarga). Sedang kami lepak menghirup air minuman di restoran secara tiba-tiba melintas seorang pakcik tua berwajah comot berseluar hitam tak berbaju berjalan didepan restoran dengan menggunakan tongkat, tongkat pula dari jenis kayu berpusar memang mistik bila dipandang.
Entah apa yang membuatkan ayah aku ni ramah sangat dia pergi tegur orang tua tu yang pada pandangan aku nampak macam orang kurang siuman. “pakcik…minum!!”….orang tua tu pandang muka ayah dengan pandangan mata yang tajam sambil tersengih menyeringai. Yang peliknya orang sekeliling kelihatan macam tak nampak pakcik tu.
Elok saja dia hilang dari pandangan tiba-tiba cawan minuman kopi panas ayah meletup betul-betul depan aku. Tak sempat dia nak minum cawan hancur berkecai yang tinggal cuma tangkai cawan ditangannya. Terkejut semua pelanggan dalam restoran tu, nak cover pandangan orang ramai yang kehairanan punya pasal selamba ayah cakap takda apa ini pasal air panas sangat (iyolah tu). Aku budak lagi masa tu tak tau apa terus sambung minum macam takda apa yang berlaku. Kena marah terus dengan ayah, di suruhnya pindah tempat duduk dan order minuman baru.
Kami tak lama di restoran tu pasal orang sekeliling dah mula pandang dengan pandangan yang pelik . Minum sehirup dua bayar duit minuman serta ganti cawan yang pecah tadi dan cepat-cepat angkat kaki pulang. Dalam kereta ayah tegaskan pada aku” lain kali kalau jadi gitu jangan teruskan minum tandanya santau orang hantar digagalkan..tinggalkan air tu pindah tempat duduk atau blah je dari situ..”. Lama jugak kami sekeluarga berborak perihal sihir sepanjang dalam kereta ni, kami masih tertanya-tanya siapa orang tua bertongkat tadi syaitankah atau manusia?. Dalam kerancakan bercerita, serentak pandangan kami semua tertangkap pada batang tubuh seorang lelaki tua misteri yang muncul depan kedai tadi, dia berhenti tercegat depan sebuah rumah membelakangi kami, cuma kepalanya ditoleh dan tersenyum memandang kami sambil kereta kami berlalu perlahan melepasinya. Hairan jugak aku laju nau pakcik ni berjalan, berdasarkan pengamatan jarak dari kedai makan tadi ke tempat dia berhenti tu ada juga dalam 10 minit berjalan kaki, itupun sebelum gelas meletup dia jalan dalam arah yang bertentangan bukanlah satu arah yang sama ketika kami berangkat pulang. The Flash ke orang tua ni? rasanya tak sampai seminit kami meninggalkan restoran tadi. Mak aku bagi cadangan suruh ayah pusing balik dan tanya pada orang tua tu siapa diri dia yang sebenarnya.
Berani jugak mak aku ni ayah terus u-turn pusing balik kereta dan cari orang tua tu, tapi dia dah hilang yang tinggal cuma selipar miliknya sepasang depan rumah entah sapa-sapa (tak dapatlah nak bertanya). Satu perkara yang aku perasan, kedudukan seliparnya itu sama seperti letak posisi kakinya yang berdiri sewaktu memandang kami tadi. Ah sudah, dia jadi Invincible Man la pulak.
Menurut ayah, sebelum minum atau makan di tempat asing amalkan membaca bismillah hillazi ya durru… ( cari la yang full punya aku nak tulis arab tak reti). Pastu gosokkan lidah ke lelangit kalau rasa geli okey boleh teruskan. Boleh jugak gosokkan rambut atau lengan kalau berbunyi boleh diteruskan kalau tak sila berpindah tempat. Selebihnya serah kepada Allah. Kalau Dia nak lindungi, sebelum makanan atau minuman dipegang dengan tangan pecah berderai pinggan atau cawan tu. Tapi jarang aku buat pasal tak teringat pula nak baca bila makanan dah sampai depan mata, biasanya baca doa makan terus sambar.. itu pon selalu terlupa baca.
Kejadian kedua adalah santau bodo atau santau yang dimasukkan secara direct dalam makanan atau minuman. Biasanya ia dapat diubati dengan herba dan akar kayu. Kisah ini berlaku di utara tanah air diceritakan oleh seorang sahabat aku yang merupakan seorang pegawai perhutanan. Masa muda dulu dia bekerja dalam hutan di kawasan hulu utara tanahair dan tinggal dalam khemah selama berbulan lamanya. Di kawasan terpencil begini tempat untuk enjoy sewaktu keluar dari hutan cumalah ada sebuah kampung, di situlah tempat untuk membeli stok makanan kering, rokok dan sebagainya sebelum kembali ke dalam hutan semula. Ada satu tempat feberet untuk dia dan kawannya melepak disitu iaitu sebuah warung makan yang diuruskan oleh ayah dan seorang anak perempuan yang cantik. Yang kena santau ni kawan dia pasal gatal mengurat anak dara si ayah (tuan warung tu). Mungkin pasal lama sangat duduk dalam hutan dapat tengok awek yang biasa-biasa je pun dah rasa macam terjumpa Miss Universe. Zaman dulu kalau masuk kampung orang jangan cuba-cuba nak ganggu anak dara orang, kalau tak kena libas dengan samseng kampung dusun mesti kena santet. Kawan dia ni order minuman teh tarik pada perempuan tu sambil cuba-cuba nak menjual minyak urat tapi tiba-tiba pula ayah perempuan tu sound dari belakang “bagi dia air teh tarik special punya”. Kawan dia ni yang tak syak apa-apa atau mungkin rasa seronok ayah perempuan ni macam suka pada dia (siap suruh bagi air teh tarik spesel lagi) terus minum tanpa mengesyaki apa-apa sambil tersenyum simpul.
Siang hari dia sihat seperti biasa tapi bila malam tiba menderita sakit dada terasa pedih dan panas, perut pula sakit macam dicucuk-cucuk dengan pisau…tau dah kawan tu dia terkena santau, jika dibiarkan berlarutan pasti muntah d***h dan lebih parah lagi menderita batuk berdarah sampai m**i. Tapi kelebihan kawan ni pengetahuannya pasal pokok herba memang first class. Esoknya dia masuk hutan cari pokok-pokok herba dan ubati dirinya sendiri sampai sembuh. Ambil masa berminggu juga sampai pulih sepenuhnya
Bila dah sembuh dengan selamba dia ajak sahabat aku ni pergi repeat lepak di warung ayah dan anak tu. “Bagi saya air teh tarik special macam itu hari” si kawan terus order air minuman sebaik tiba di warung, si ayah pemilik warung bila menoleh tengok muka orang yang order tu terkejut beruk dia, terus berlari pecut macam nampak hantu tinggal habis segala urusan diwarungnya, yang anak perempuannya juga tak sempat nak ambil order pun turut sama berlari…pakat berlari la anak beranak tu berlumba sapa lagi laju . Mungkin terkejut agaknya tengok kawan tu masih hidup sihat macam biasa siap bernada cabaran minta nak kena sekali lagi.
Sayangnya pengetahuan mengenai pokok herba untuk rawatan santau tu aku tak dapat. Menurut sahabatku itu kawannya cuma menggunakan herba semata-mata tanpa sebarang jampi terlibat. Aku cuba juga kecek nak dapatkan ilmu tu tapi sahabat aku ini langsung lupa maklumlah kejadian sudah berpuluh tahun berlalu. Tambahan pula dia cuma saksi kejadian manakala kawannyalah yang mencari sendiri segala herba hutan untuk mengubati dirinya. Tak apalah, sekadar dapat mendengar cerita pengalamannya pun sudah cukup menyeronokkan. Disini dapatlah aku simpulkan segala setiap sesuatu datangnya dari Allah dan sebagai pelengkap diciptakan kekuatan dan kelemahan, pro dan kontra. Jika diperhatikan setiap ilmu sihir ni pasti mempunyai kelemahan atau pantangnya pada si pemakai dan ilmu sihir itu sendiri, maka carilah si pemilik ilmu untuk menghancurkan kejahatan sihir ini. Ajal maut sudah berada dalam pengetahuan dan ketentuanNya jika terjadi kematian akibat santau itu cumalah asbab kematian maka tak perlulah takut seolah-olah sihir santau ini lebih berkuasa dari Yang Maha Mengetahui Segalanya. Chewahhh…. aku ni tau cakap pandai je kalau kena pada diri sendiri rasanya mau putus harapan kot.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Jap parking
Best JK.TQ sbb sudi mengeshare ilmu..seronok baca dapat pengetahuan..saya bagi 5 bintang di angkasaaaarayaaaa…sedikit tambahan, sebelum makan atau minum boleh amalkan bismillah 5 atau bismillah 7 ..sila google ayatnye..buat amalan..sebagai pendinding mahupun penyembuh..wallahhua’lam..
Lupe plak nk rate..
1.2.3 ko tibai ni delustar mcm mana kira ni. X kan aku nk keempat kott aku kk long
Kahkah..mahapkan dindaaaa..tiadalah daya dindaaaa…kalau boleh ku undur masa,pasti ku serah takhta…
???
aku perasan jgk td.. 1 2 3 abes sume die songlap..x tggal org blkg pun..hahaha
KAHKAHKAHHHH
mcm mana ko buat tulisan tuu?
Ok sebenarnye haku da lupe camne..terpakse aku ngetest lagik nantiiii
delustar..aku ade 1 soalan utk ko ni..huhu
Hape soklan ko bambam
Terima kasih untuk perkongsian ni JK. Baru celik sikit akal aku pasal santau2 ni huhu
Yg ni pun best
Nama penuh ko paa weh?
Mak sih soklannnn…matilanakkkkk
nape die tak jawab lagik..hahah
Nama dia encik kerandutanakbagitau… Huhuhuu
Ehem. Uhuk uhuk
asal Juri?? sakit tekak ea?? hahaha
tlg ambikkan abg obat Maira
nah… (hulur strepsil)
Ilmu yg bermanfaat. Good job
Best..tq for share
Banyak boleh belajar. Tq
Best….
Terima kasih atas peringatan.. rambut sama hitam.hati lain2. Berjaga2 sentiasa..
5?????
santau bodo tu santau “bodoh” ke? yang bodoh-bodoh tu ke?
kisah yg kedua tu husband sy pun pernah buat. dia pernah terkena dekt kedai minum. lepas dia minum badan dia jd berbisa teruk. lepas tngok memang dia terkena santau. suami sy cari herba hutan untuk sembuhkan diri dia, bila dah sembuh tu dia datang semula kedai yang dia terkena tu minta orang tu sediakan balik air yang sama. terkejut la tuan kedai tu bila suami cakap mcm tu. lepas tu terus tutup kedai minum dia.
Best
aduhhh seram la si sakaratul maut menjelma kat sini.
.
eh. dah ada gambar lah. hehe. hai!
‘ Menurut ayah, sebelum minum atau makan di tempat asing amalkan membaca bismillah hillazi ya durru… ( cari la yang full punya aku nak tulis arab tak reti). Pastu gosokkan lidah ke lelangit kalau rasa geli okey boleh teruskan. Boleh jugak gosokkan rambut atau lengan kalau berbunyi boleh diteruskan kalau tak sila berpindah tempat’
tips ni sy pernah baca dalam buku Siri Bercakap Dengan Jin – Tamar Jalis.
btw, terima kasih untuk perkongsian penuh manfaat ni 🙂
Tang anak beranak larik tu kelakar. Hahahahaha…Best kau share pasal santau ni ! Penulisan yang sempoi buat aku bace sampai habis.
nk tnya, kesan santau yg tak dibersihkan dalam badan, bole rosakkan organ dalaman ke??
ni doa yg ustaz ajar sebelum kita mula makan..insyaallah boleh mmbatalkan apa2 yg dihantar utk tujuan yg xbaik.
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
Tulisan rumi:
Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiun fil ardi wa la fis samaie wahuwas sami’ul ‘alim.
org skrg mmg x de nk pkir dh nk baca2 b4 mkn or mnum. tgk2 dh tersantau. Hopefully bnde2 ni dijauhkn dari kene pda diri sni n org lain.
Fuhhh Kne lepas kan Kat sapa2 to seram
semoga dijauhkan benda2 macam ni. hmm. takut kot. seriauu. huhu
Best!! Nora bagi 5 bintang!
BEST!
Teruskan berkarya!?
⭐⭐⭐⭐⭐⭐😭
elok pakat2 berlari anak veranakkk tu.
ala syg plk ilmu herba2 tu x diperturunkan kat sini. ade sape2 tahu bolehlah share.
hantar santau guna pos laju?
ada nmpk mkcik happy ke?
#cumel
tq share ilmu dekat sini. so kite kne berhati² dgn org yg tak dikenali bagi barang or makanan. tu semua pelepasan saka atau santau. btw cerita kau ni bagi kesedaran dkt kiteorg.