Bisikan Syaitan

Salam Admin serta pembaca FS. Terima kasih kerana sudi memilih kisahku untuk kali ketiga ini. Ia melibatkan diri aku sendiri pada waktu itu.

Aku ditakdirkan untuk pulang ke kampung pada 16.12.2011. Namun aku tetap bersyukur kerana parents masih menerima kehadiranku. Kalau bukan kepada mereka, ke mana aku nak membawa diri? Aku beranggapan pada masa itu situasi sudah menjadi normal dan tiada lagi peristiwa pahit dalam hidupku. Aku memang rapat dengan adik lelaki aku. Sikap adikku yang suka bergurau senda amat menyenangkan diriku. Pada masa itu, aku masih belum turun ke alam pekerjaan lagi. Setiap hari, aku akan menunggu sehingga dia balik dari sekolah. Tambahan pula, adik ku turut tidak berasa keseorangan lagi since aku di rumah. Walaupun banyak memori pedih, namun adik aku selalu mengubati kesedihanku dengan lawak jenakanya dan dia memang pandai buat mimicry. Sedikit sebanyak adik menjadi penghiburku.

Namun aku tidak sedar bahawa ada perkara yang akan terjadi selepas beberapa bulan aku balik ke rumah. Aku masih ingat tarikh kejadian iaitu pada 19.04.2012. Tarikh harijadiku yang ke-27. Adik aku selepas balik dari tuisyen, beria-ria sangat nak order kek di salah sebuah bakeri yang berhampiran dengan rumah. Pada masa itu kira-kira jam pukul 5.40 p.m. Aku sedang melipat kain di ruang tamu manakala ibu pula di dapur sedang menggoreng pisang. Adik lepas balik tuisyen je terus duduk sebelahku dah bercakap:

Gandhi : kak, jomlah beli kek. Nanti malam kita potong.
Jansi : shhhhh diam la, nanti ibu dengar dan akak akan disalah anggap.
Gandhi : lah, mana ada. Ibu kan sporting habis. Akak takut kenapa?
Jansi: adik, akak cakap tak nak. Jangan paksa, dik. Akak tak nak membebankan ibu.
Gandhi: lah, kak. Setakat RM30 beban ke? Apalah akak ni.
Jansi : Adik, akak cakap tak nak. Akak bukan budak kecil lagi.
Gandhi : akak ni memang songenglah!

Adik bangun dan berlari mendapatkan ibu yang sedang berada di dapur. Aku boleh mendengar dengan jelas perbualan antara ibu dan adik.

Gandhi : ibu, malam nanti kita pergi beli kek ye?
ibu : ibu sibuklah. Nanti ajak ayah.
Gandhi : lah bu… ayah pergi gym. Jomlah kita pergi. Tahun ni biar kakak sambut birthday
di sini.
Ibu : jangan kacau ibu, adik pergi depan.
Gandhi : lah bu… ibu ni kenapa hari ni lain je.
Ibu : ADIK….! IBU KATA KE DEPAN SEKARANG….!
Gandhi : tak nak cakap dengan ibu untuk 2 hari.

Adik berpura-pura menarik muka masam sambil cuba menceriakan keadaan. Adik mendapatkan aku kembali dekat ruang tamu. Pada masa itu (aku tidak ingat apa yang terjadi, tetapi menurut adik). Aku bersuara:

Jansi : kan aku cakap tak perlu.(suara perlahan seketika)
Gandhi : Kak, kita pergi nak? Akak kan pandai drive?
Jansi : Kan aku cakap tak perlu. (sibuk melipat kain dan kepala masih menunduk ke bawah)

Pada masa itu adik hairan sangat kenapa aku mengulangi perkara yang sama. Adik beredar jauh dari tempat aku duduk. Adik memandangku tanpa berkelip mata dan aku pula masih mengulangi perkara yang sama ‘kan aku cakap tak perlu’…

Adik berlari ke dapur dan muncul kembali dengan ibu kami. Pada masa itu adik bersuara,

Gandhi : ibu, dengar sendiri.

Yang amat menghairankan, aku masih mengulangi ayat yang sama. Ibu memarahi aku sambil diperhatikan oleh adik. Menurutnya, aku tidak berganjak dari tempatku. Ibu sibuk dengan bebelanya dan pada masa itu aku menguatkan suara dan bangun dari tempat duduk.

Jansi : Kan aku cakap tak perlu! Faham tak?!

Ibu : Berani kau meninggi suara dengan ibu ya!

Aku tidak dapat mengawal api kemarahan aku dan secara tiba-tiba aku mengangkat kerusi lalu membaling ke arah ibu. Nasib baik ibu sempat mengelak.

Ibu : Apa kena dengan kamu ni, hah?!
Jansi : Aku kata diam! Diaaam!

Percaya tak korang kalau aku cakap, dari ruang tamu tu, aku berjalan secara berundur ke dapur. Itulah yang berlaku pada masa itu. Mulut ibu pula tidak berhenti membebel.
Aku menendang kerusi di ruang meja makan. Actually, tu kerusi besi tau! Tak sakit masa tu. Ibu masih tidak berhenti membebel. Aku menutup telinga dan pejam mata sambil melompat geram

Jansi : Diam! Diam! Diaaam!

Aku jatuh tergelincir (tak pasti macam mana). Cara aku duduk macam climax scene filem Tamil Chandramukhi dimana heroin itu akan duduk (Bagi yang ada tengok cerita Chandramukhi akan dapat bayangkan pose yang aku cuba maksudkan). Nafas aku pula naik turun naik turun. Menurut adik, aku duduk macam itu untuk beberapa saat sebelum aku kembali normal. Itulah kejadian pertama sewaktu aku dalam keadaan tidak sedar. Nak kata separa sedar pun tak kot. Peristiwa ini disampaikan oleh adik kepada ayah sejurus selepas dia balik dari gym. Pada ayah, mungkin ibu kuat membebel sebab tu aku bersikap macam itu. Biar aku explain dekat sini; Masa aku mengangkat kerusi untuk membaling ke arah ibu, pada saat itu lah buat pertama kali aku mendengar bisikan itu!

“Angkat kerusi tu, Jansi. Baling. Aku kata baling!”

Yang aku hairan, hanya diri aku sahaja yang mendengar bisikan tersebut dan pada masa itu ia berupaya mengawal aku. Aku tidak memikirkan sangat pasal benda ni sehinggalah pada keesokan malamnya, anak buah yang berumur 7 tahun meminta pertolongan aku untuk mengajar kerja rumahnya. Kalau sebelum ini dia mengenali aku sebagai seorang aunty yang sporting dan happy go lucky, tetapi pada malam itu aku bukan diriku yang asal.

Budak itu selalunya jenis fast learner. Tapi pada malam itu terbalik pula. Aku ajar beberapa kali pun dia tak dapat memahami dengan baik. Aku mula meninggikan suara.

Jansi : Berapa kali nak ajar?!
Nisha : aunty, Nisha tak faham.
Jansi : Ini pun tak faham?! Pergi matilah! (Sambil mengetuk kepala Nisha)
Nisha mula menitiskan air mata.

Pada waktu ini aku sedar apa yang sedang berlaku. Jauh di lubuk hatiku, aku terkejut dengan tindakanku yang menyakiti hati budak kecil itu. Budak itu menyeka air mata sebelum menyambung kerjanya. Aku mendengar bisikan itu semula. Aku masih di sebelah Nisha. Pada masa itu, mataku terpaut pada gunting di atas meja belajarnya. Aku mula menjeling tajam pada gunting itu dan bisikan itu timbul kembali

“Jansi, ambil gunting tu. Tikam dia. Kan sebelah mata saja. Ambillah!”

Pada ketika itulah aku sedar bahawa kewujudan bisikan ini seolah-olah cuba mengawal aku. Aku masih dengar bisikan ini. Mata aku masih pada gunting. Aku mula bersuara,

Jansi : Nisha, simpan gunting tu sekarang.
Nisha : (berhenti menulis dan memandang aku dengan hairan)
Jansi : simpan sekarang, Nisha.
Nisha : aunty, kenapa?

Aku bangun dan beredar dari sana tanpa membalas soalan anak buah aku tu. Pada keesokan pagi, aku menelefon kakak aku untuk menceritakan pasal perkara ini. Aku memang tidak terfikir untuk menceritakan perkara ini pada sesiapa tetapi since yang aku sedar bisikan itu berupaya mengancam nyawa orang sekeliling aku, akhirnya aku berkeputusan untuk menceritakan masalah ini pada kakak aku.

Pada mulanya, dia pun terkejut. Kakak aku suggest aku pergi consult abang iparnya yang merupakan seorang doktor di salah sebuah klink swasta di sini. Sebagai seorang doctor, abang itu menasihatkan aku untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar psikiatri. Dia mendapatkan appointment untukku bertemu dengan doktor pakar itu.

Pada perjumpaan pertama kami, doktor itu mengesan masalah aku iaitu mental depression. Aku dikehendaki mengambil beberapa ubat untuk 6 bulan. Ubat yang dibekalkan cuma untuk satu bulan sahaja. Pernah untuk sebulan itu aku tidak dapat mengambil cuti untuk pergi sana. Akibat lewat beberapa hari, bisikan itu muncul kembali. Masa itu pula aku tengah driving pulang dari shift petang. Sepanjang jalan, kiri dan kanan aku terdapat gaung-gaung yang dalam. Time aku drive tu, bisikan itu cuba mengawal aku semula,

“Apa lagi? Kau masih nak teruskan hidup lagi? Terjun saja dalam gaung ni. Aku tunggu kau. Pergilah!”

Tiba pada satu masa, aku membuat keputusan untuk mengawalnya balik. Ia tidak boleh mengawal aku lagi. Ia akan membahayakan orang kesayangan aku termasuk diri aku sendiri.

Masuk bulan ke-5 aku berhenti mengambil ubat itu dengan alasan aku tidak lagi mendengar bisikan seupama itu. Walapun sehingga kini, kadangkala suara itu kedengaran tetapi aku yang mengawalnya. Sudah tahu ia adalah syaitan yang sedang cuba mengawal kita, kenapa kita perlu bagi ia peluang?

Pembaca semua, ingin aku mengingatkan…

Kalau ada masalah yang kita rasa perlu diluahkan, jangan ditangguh. Dapatkan bantuan. Bukan apa, takut nanti berbahaya buat orang sekeliling.

Sekian, terima kasih.

Catatan admin: Tekanan mental adalah perkara yang serius. Tidak perlu malu untuk dapatkan bantuan. Anggap saja ia sama seperti sakit fizikal. Perlu dirawat atau kelak ia akan melarat.

Kebanyakan masyarakat Malaysia masih di tampuk yang lama, menganggap gangguan mental sebagai satu stigma. Gila, katanya. Jangan begitu!

350 juta orang di serata dunia menghidapi depression. Itu 5% dari populasi dunia, tahu?! Ia normal. Dan mereka perlu sokongan dari kita!

Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

13 thoughts on “Bisikan Syaitan”

  1. 9/10
    Semua pun kena peka dgn org2 yg kita kenal.. Bila nmpk perubahan kat drng bertanya la..sedikit masa yg korang luangkan amat bermakna buat yg memerlukan..

    Reply
    • Bertanya tak kan merugikan kita apa apa sekiranya pertanyaan sedemikian mampu menyelesaikan masalah orang yang kita kenal. Dah nampak perubahan? Tanya la. Mana le tau perubahan attitude pada orang yang kita kenal berpunca dari tekanan jiwa. Sedikit sebanyak kita mampu mengubatinye.

      Reply
  2. Wah ada catatan admin. I hope evrything is ok now Jansi, stay strong, awak memang hebat sebab mampu kawal mental awak, teruskan.

    Regards,

    Reply
    • Everything ok sekarang walaupun i masih mendengar suara sedemikian. Ia tetap ada , tak dinafikan. Tidak hebat mana saudara. Ia akan membahayakan orang sekeliling kalau i tak mengawalnye.

      Thanks you so much for your comment.

      Reply

Leave a Comment