Assalamualaikum dan selamat sejahtera non muslim . First terima kasih kat admin kalau kisah aku ni disiarkan, ni kali ke-2 aku hantar cerita kat FS, yg pertama tu tajuk Roh Hantu China Ikut Balik Rumah kot kalau tak salah sebab dah lama lah jugak hehe. Saya Nana(bukan nama sebenar) , tak tahu lah cerita ni seram ke tak, kalau tak jangan marah ek sebab bagi aku seram la jugak huhu.
Setahun yang lepas, aku kerja kat sebuah syarikat swasta kat utara tanah air. Waktu kerja aku pukul 9-6,cuti jumaat saja so weekend pon kerja jgak la.. Satu hari, manager aku arahkan untuk stay sampai pukul 7 sebab nak siapkan slide show untuk dia punya presentation esok tu.Kurang asam btol kan, tapi nak buat camne dah nama kerja.Laptop aku plak masa tu tengah repair kat kedai lagi so tak leh lah nak buat kat rumah sebab selalunya aku emel je kerja aku kat bos dari rumah.
Walaupun ni first time aku balik lambat skit tapi aku tak lah takot sangat sebab syarikat kitorang ada guard yang jaga kat tingkat bawah , dan sorang lagi akan ronda ronda. Lagipun masa tu ada lagi 2,3 orang yang tak balik so aku pon tak lah gelabah nak balik awal kan.
Tiba2 manager aku hantar mesej cakap ada lagi benda yang kena tambah padahal masa tu dah 70% nak siap kerja aku.Nak tak nak kena jugak la tambah. Masa aku tengah fokus buat kerja mengadap komputer ni, aku bole rasa dari ekor mata aku yang ada orang tengah perhatikan aku.okay ofis aku ni bukan ada cubicle macam syarikat besar2 tu taw ,meja kami tak ada penghadang dan menghadap meja masing2 ,tengah2 ada laluan , tapi ofis kami memang luas,kalau berdiri dari meja aku bole nampak bilik bos yang hujung sekali tu.
Mula mula tu aku buat tak tahu,sebab aku fikir aku tak kacau dia kan , dan selagi dia tak kacau aku kira ok la tu. Tiba tiba bunyi orang berjalan dari luar nak masuk ke ofis aku, disebab kan hampir semua dah balik so agak sunyi lah, bunyi kerusi pon bole dengar. So aku assume memang ada orang nak masuk buka pintu, tapi bila tunggu lama tak ada pon orang buka pintu. Pastu dia main ketuk2 pintu. Pintu tu bukannya ada kunci atau kena masuk password ke apa ke sebab pintu biasa saja.Aku terus berhenti menaip, mata aku plak tengah tengok pintu tu.Benda tu ketuk 3 kali saja, lepas tu bunyi dia mundar mandir kt luar pintu.
Masa tu tak tahu macam mana aku bole bersuara, ” Siapa tu?” Lepas dari tu, aku tak dengar bunyi apa dah. Mungkin ada orang saja nak kacau kot, so aku pon sambung la kerja aku. Husnuzon je la.Tiba tiba aku baru teringat bukan ada 2,3 orang lagi ke yang belum balik takkan diorang tak dengar bunyi tadi tu kan. Aku pon berdiri dan tercari2 kot2 ada bayang2 manusia lain lagi.Masa tu bunyi pintu pantri tertutup jadi aku lega mungkin ada orang lain lagi.
Hati aku pun lega dan aku pon sambung balik kerja. Lepas 10minit lebih camtu tiba2 lampu hujung sekali dekat pantri tu kejap buka kejap tutup. Pastu bunyi plak orang ketuk kat dalam bilik pantri tu.. Alahai..takkan lah benda tu datang kacau balik. Aku dah agak mesti benda tu nak suruh aku pergi buka pintu pantri tu. Aku pon buat tak tau, tiba2 lampu seluruh ofis aku terpadam maksudnya blackout la,yang tinggal cuma lampu dari pc aku ni.. pelik kan? Macam ada orang tutup semua suis lampu je.
Paling berdebar kan bunyi ketukan dari pintu pantri tu makin kuat taw macam nak pecah je pintu tu. Masa tu aku buat hati kering je ,trus amik beg & kunci kereta turun bawah. Guess what masa tu pintu ofis aku terkunci dari luar, aku punya la pulas tombol pintu siap ketuk2 lagi still tak bole bukak..aku pon terus lari pegi dekat tangga kecemasan.Masa aku bukak pintu tangga kecemasan tu, memang gelap langsung tak nampak apa aku hanya berharapkan lampu dari smartphone aku ni.
Aku mengaku aku penakot tapi kali ni nak tak nak aku terpaksa beranikan diri jugak.Dari tadi pon aku asyik menjerit jerit sorang2 panggil kot2 ada orang lain lagi dalam ofis ni tapi tak ada respon pon. Sebelum ni memang aku ada pengalaman seram kat kolej termasuk kat rumah yang babitkan keluarga aku.
Jadi kali ni walau apa pun rupa benda yang datang pun aku akan buat hati kering dan kuatkan semangat aku. Padahal dalam hati aku dah maki hamun bos aku yang sruh stay. Lepas baca apa yang patut, aku terus berlari turun tangga dengan sepantas yang boleh, lampu plak aku suluhkan kearah lantai takot tersadung plak nanti. Masa aku berlari tu ,aku boleh dengar suara macam perempuan berbisik kat telinga aku panggil nama aku. Nak nangis wei masa tu. Entah dari mana aku dapat kekuatan malam tu, dalam hati aku fikir Allah ada buat apa aku nak takot kat benda ni. Sambil tu aku baca ayatul kursi.
Nasib baik la 3 tingkat saja ofis aku ni.Tu pon dah rasa azab macam 30 tingkat.Sampai saja kat bawah aku buka pintu, terkejut pakcik kat bawah tu tengok aku yang termengah mengah ni.maklumlah baru lepas lari kan.
Pakcik tu cakap masa dia pergi ronda kat atas tak ada siapa2 pon, malah dia sendiri pergi ke setiap bilik untuk pastikan tiada orang. Masa dia lalu dekat depan meja aku, meja aku dah kemas elok2 seumpama macam aku dah balik rumah. Aku pon marah lah dia sebab dia tak periksa betul2 dan terus tutup lampu. aku cakap aku ada kat atas tu, duduk kat meja ,tak bergerak pergi mana mana pun.
Tapi dia cakap selalu lepas semua balik diorang cuma tutup lampu laluan utama yang tengah saja.maknanya masih ada lagi lampu kiri kanan. Aku pon cakap la kat pakcik ni tadi blackout gelap gila kat atas. Pastu dia panggil kawan dia yang jaga kat bawah, kat bilik bawah tu ada cctv punya monitor. Dia cakap memang lampu terpadam tapi tak sampai 5 minit saja,lepas tu dah okay balik. Dalam cctv pon tak ada nampak sesiapa lalu lalang bila aku cakap aku ada dengar orang berjalan kaki nak masuk ofis.
Sebelum balik, pakcik aku pesan kat aku lain kali jangan balik lewat sangat. Aku pon cakap la baru pukul 8 kan pakcik sebab aku rasa macam kejap je dalam tu, bila aku tengok jam rupanya dah nak dekat pukul 10 kot.Ya allah.aku pon minta diri kat pakcik tu nak balik dulu .
Nasib baik la aku selamat sampai rumah malam tu. Housemate aku dah bising2 kat aku sebab balik lambat.
Benda tu aku langsung tak cerita kat sapa2 dan aku simpan sorang2. Lepas sebulan,aku pun dapat offer kat KL jadi aku pon pindah. Kalau yang ni disiarkan, bole lah aku cerita kenapa aku berpindah. Ada sangkut paut jugak dengan yang ni. Sekian. Sorry la kalau tak seram mana pon.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
tak seram sgt bg yg membaca , tapi klu sy yg berada kat tempat tu , ketar2 kaki sy masa turun tangga tu hehe
Maunye x seram…
Sensorg tu…
Kot bkn makhluk halus pon, makhluk main kasar lg menakotkan…
Seb bek zaman akk dlu sllu sensorg kt opis smpi tgh mlm xde yg meneman secara hardcore…
Pepaling pon bunyi-bunyian jer…
Seram kot dik…kacau mcm tu rupa, adesss..
Yang hairannya, mana lagi 2 3 orang koliks yg kata stay back juga tu?
Kesian tetiba tinggal sorang je kat opis.
Nanti jgn lupa sambung kenapa pindah eh.
nasib baik dia tk menjelma dpn awk dgn lidah terjelir. mata tkeluar darah meleleh2 . ?
penah opis black out time siang x ckp tanah berlari keluar
seram jgk pe ni…