Blok 1 Laman B Kolej Jasmine UiTM Puncak Perdana

Assalamualaikum. Hai pembaca setia FS. Okay, kali ni (cerita ketiga) aku nak cerita tentang kawan-kawan aku yang duduk kat uitm. Okay banyak jugak la cerita dia, so aku nak cerita waktu semester satu aku di sana bersama-sama geng aku. Aku ni batch September 2013. So kepada penduduk-penduduk kolej jasmine, hati mau keras yew kalua nak baca. Hehehe.

Aku nak ceritakan tentang pengalaman kawan-kawan aku tau, bukan pengalaman aku, sebab aku ni spesis suka dengar cerita hantu. Bila lepak je kat kerusi batu (budak uitm puncak tahu la) mesti ajak bukak cerita hantu. So pakat-pakat la bukak cerita hantu. So I want to start with my boy friends. Maaflah kepada kawan-kawan aku yang terlibat sebab cerita kisah korang. Maaf jugak kalau ada detail yang aku tertukar sebab ada sesetengah detail aku lupa. So aku nak startde ngan cerita Paan. Paan ni macam retis la kalangan budak UiTM ni. Hensem and baik sangat. Tu pendapat aku la. Hahaha. Okay, cerita dia lebih kurang macam ni la. Paan ni satu rumah dengan Min, Hans and Fauzan. Setiap sorang dari mereka ni ada cerita tersendiri.

Dipendekkan cerita, satu hari Paan ni berjaga lewat malam. Sebab nak layan cerita dalam laptop dia. Cerita tu, waktu tu baru up Highland tower kalau tak salah la. Latar belakang masa, rasanya dalam pukul 2 atau 3 pagi. Cerita hantu, layan memalam memang menunjukkan lelaki yang berani, kan? Hahaha. Okay back to the story, Paan ni suka tengok kat atas katil dia. Dia tidur kat katil atas (katil double decker). Sambil selimutkan badan sampai kepala, dia layan movie tu. Tengah layan cerita tu, tetiba ada satu tangan menolak monitor laptop dia ke bawah. Macam tutup la laptop la. Paan pon rasa agak pelik, tapi dia buat tak layan ja. Sebab dia rasa macam kawan-kawan yang tolak. So dia bukak balik laptop dia and sambung layan movie.

Lepas beberapa minit camtu, tangan yang sama tolak semula laptop dia. Paan dah rasa pelik. Dia pon bukak selimut, and lihat sekeliling, tengok Fauzan, Hans still tidor. So means, Min la kot yang kaco dia. Paan hulurkan kepala dia kebawah sebab nak tengok Min. Makin pelik bagi Paan, bila Min pon sedang nyenyak tidor, siap berdengkur. Paan check pintu bilik dihujung katil dia, tapi pintu bilik tertutup. Jiwanya yang kental menyebabkan Paan sambung layan movie. Kali ni posisi Paan berubah sedikit. Paan kali ni tidur dengan menongkat tangan dia sambil layan movie. Mungkin sebab Paan nak cari orang yang mengacau dia. Tu pon kalau ‘Orang’ la yang kaco. Sedang leka Paan layan Highland Tower, tetiba ada tangan tolak tangan dia yang tongkat kepala dia. Berderau darah si Paan. Kali ni, Paan tak tengok memana dah, terus tutup laptop, terus tidur. Kisah ni memang terjadi betul-betul.

Okay so aku nak cerita pasal Hans. Cerita Hans ni takde la power macam Paan tapi dah alang-alang start bercerita, tak salah la aku sambung kan terus. Tapi aku mohon maaf awal-awal cerita Fauzan aku akan cerita next post, sebab cerita dia agak unik la kalau nak dibandingkan dengan cerita Paan and Hans dan agak panjang. Hans ni kami gelar dia sweater boy, mana tak nya, memanjang pakai sweater je. Tapi dia okay orangnya. Ha, lagi satu dia Islam tau. Okay cerita dia bermula waktu MDS (Minggu Destini Siswa).

Waktu MDS ni budak-budak zaman aku ni bebaik semua, tak kecam fasi bagai macam budak sekarang ni. Macam kebanyakan U la, jadual agak padat. Program Start 5.45pagi and end at 12 something. So hari kedua MDS ni, Hans taknak berebut dengan budak rumah dia pergi mandi. So around 4 pagi camtu budak ni dah bangun tidur. Dah bangun tidur seawal tu, kompom-kompom budak lain tak bangun lagi. So dia pon masuk bilik air dengan bawak towel and berus gigi. Masuk dalam tandas tu, dia pon merenung je cermin dalam bilik air tu. Lepas seketika, bukak la air untuk berus gigi. Tetiba, dengar orang ketawa yang agak kuat. Tapi Hans yang still macam separuh sedar tu, tak layan la ketawa tu. Lepas dia selesai berus gigi, dia bukak air plak nak mandi. Sangkut pakaian dia kat tingkap bilik air tu (aku rasa la..hehhe) tetiba dengar lagi sekali orang mengilai agak kuat sambil cakap, “mana kau, mana kau, hahaha, mana kau”.

Hans yang perasan dengan mengilai tu, mandi la lelaju. Kata Hans, suara mengilai tu agak kuat dan makin lama makin perlahan. Apa yang menyeramkan bila Hans ambil towel dia, sekali ada rambut panjang dekat atas towel dia. Dengan rambut yang menegang macam super saiyan, terus ambil towel, bukak pintu bilik air and lompat naik atas katil dia. Lepas tu baru dengar sambungan mengilai tu makin kuat dan makin kuat. Aku pernah dengar, makhluk-makhluk yang duduk sekali diatas bumi ni agak berlainan dengan manusia. Jikalau manusia, makin dekat orang yang mengilai, makin kuat suara dia tapi bagi makhluk ITU, makin dekat dia, makin perlahan bunyinya.

Aku takde la nak kata ni cerita betul atau tipu, tapi korang nilailah sendiri. As for our junior, jangan kecut sebab makhluk ni tidak akan menakutkan semua orang, hanya orang orang yang terpilih aje. So harap-harap bukan korang la yang dipilih tu. Bai.

-Kak SInah-

6 comments

  1. Teringat zaman keje dlu…
    KAK YULIE yg plg pemes sepanjang MD ni…
    Tdo 2-3jam jer sehari…
    Jage anak2 yg beratus2 org tu…
    Kenangaaannn…rinduuuu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *