Blok Kosong

#Marsilea

Assalamualaikum dan salam sejathera kepada pembaca Fiksyen Syasya dan buat Admin terima kasih ye sebab sudi publish cerita aku ini. Sebenarnya ini kali pertama aku submit cerita, kalau ada lebih dan kurang mohon maaf, sebab dah berkurun tak tulis karangan memang bahasa kelaut lah agaknya. Nama aku Marsilea dan cerita ini berlaku semasa belajar kat university dulu, dalam 4 tahun lepas. Masa belajar dulu, selain akedemik, pelajar juga dikendaki aktifkan diri dalam ko-kurikulum dan terlibat dalam aktiviti kolej kediaman (hostel) bagi kumpul merit.

Di hujung semester, pelajar yang mempunyai minimum merit akan ditendang keluar. Bagi kumpul merit aku pun terlibat dalam AJK Keselamatan kolej aku. Tugas AJK macam ni, semua AJK dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap kumpulan diarahkan untuk buat rondaan tiap-tiap minggu dari pukul 1-2am, tengah malam. Selain itu, kolej aku ini kosongkan satu blok untuk pengubahsuaian dan dah lama orang tak tinggal dekat situ. Biasanya, pada belah siang tukang datang buat pengubahsuaian, malam pula memang tak dah orang langsung kat situ dalam blok tu..

Pada satu hari tu, macam minggu minggu biasa aku turun bertugas, kumpulan aku dibahagikan beberapa kumpulan kecil untuk mempercepatkan rondaan. Aku dan kawan aku, nama Diandra telah diarah oleh ketua buat rondaan bawa blok kosong tersebut. Disebabkan blok itu agak terpencil berbanding blok-blok lain, memang kurang pelajar yang lalu lalang kawasan itu. Lagipun hari tu hari Jumaat, disebabkan malam Sabtu ramai pelajar balik rumah untuk menghabiskan cuti hujung minggu, memang kawasan itu sunyi sepi. Masa tu dalam pukul 1.15am, sambil berjalan-jalan bawa blok tu, tiba-tiba dengar bunyi. Paaaaaakkkk……!! Bunyi orang tutup pintu dengan kuat sekali dari tingkat paling atas. Aku tengok Diandra, Diandra tengok aku dengan muka seribu tanda tanya. Dalam hati, ‘Siapa yang tutup pintu tadi..? Tapi blok ni kan tak dah orang..? Angin ke..? Tapi aku tak rasa pula angin… Cuaca baik-baik je malam ni..?’ Soalan ini bermain difikiran aku.

Untuk mengetahui apa yang sedang berlaku dekat tingkat yang pintu tertutup tadi, dari bawah blok itu kami lari ke arah koridor, dari koridor ni memang nampak jenis setiap tingkat dan keseluruhan blok. Sambil perhatikan blok untuk mengetahui apa terjadi, sekali lagi, Paaaaaakkkk……!! Kali ni kami berdua nampak dengan jelas, pintu rumah di tingkat ke-4 tutup sendiri. Masa ni aku dah cuak dah, sebab takut sangat aku tarik tangan Diandra ajak balik. Tapi Diandra sikit pun tak gerak, macam tunggul kayu berdiri dekat situ. Tangan Diandra sejuk gila, muka pucat dan badan kaku. Aku makin takut, aku pegang bahu Diandra goncang sikit ajak dia balik tapi masih tak dah respon, Diandra cuma mengangkat tangan kanan dia menunjuk sesuatu ke arah blok kosong. Aku tengok ke arah Diandra tunjukkan tadi, masa itu aku tak nampak apa.

Tiba-tiba Diandra jerit dengan kuat sekali, jerit sambil goyang-goyang kepala macam orang kena Parkinson. Masa itu aku perasan yang anak mata Diandra naik ke atas dah, nampak mata putih je, muka pucat itu jangan tanya dah lah, kalau toreh pun tak keluar darah. Diandra terus jatuh pengsan. Selamatlah masa itu ketua dan AJK lain dengar jeritan Diandra, datang berlari-lari ke arah kami nak tengok apa yang terjadi. Aku minta tolong mereka dan jelaskan apa yang berlaku. Ketua kami bawa Diandra ke bilik sakit, ada ustaz datang berubat katanya. Aku pula diarah balik ke bilik disebabkan dah lewat sangat dan ada AJK lain untuk teman Diandra..

Keesokan harinya, aku bangun pagi dan pergi kelas macam biasa. Sejak kejadian itu, lama aku tak nampak Diandra, hari bertugas untuk rondaan dia tak turun. Selepas 2 minggu macam itu, aku balik dari kelas terserampak Diandra kat kafe kolej, dia order Nasi Ayam Mayonaise. Aku tegur Diandra, tanya khabar dan sementara order dia sampai kami sembang-sembang lah dulu. Aku tanya apa yang terjadi malam itu dan Diandra mula lah bercerita.
….

Cerita Diandra
Pada malam tu, lepas kami lari ke koridor untuk lihat dari mana bunyi pintu tertutup kuat. Selepas bunyi kali kedua, salah satu pintu di tingkat ke-4 terbuka sendiri secara perlahan. Ada makhluk seperti lelaki tua yang sangat uzur keluar dari pintu itu, makhluk itu berkepala botak bertompok, badan kurus dan kecil, tinggi dalam 4 kaki. Struktur badan dia memang tak normal macam manusia biasa, badan dia bongkok dan lutut terpusing ke 360 darjah. Disebabkan kedudukan makhluk tersebut jauh sangat dan hari malam sangat, muka jelmaan tersebut tidak beberapa jelas. Makhluk tersebut keluar dari pintu tadi, dia mengesot, panjat balkoni secara perlahan dan bercangkung sambil perhatikan kami berdua. Masa tu Allah sahaja yang tahu betapa takutnya aku, aku cuba tunjuk ke arah makhluk itu kepada Marsilea tapi dia buat tak tahu je seolah tiada apa-apa berlaku.

Makhluk yang bertenggek dekat balkoni tadi mula terjun dari tingkat 4 serta mendarat keadaan bercangkuk dan makluk tersebut berlari laju ke arah aku. Masa itu aku tak dapat buat apa-apa, nak lari dari situ tapi seluruh badan dah kaku, tak boleh nak gerak macam kena ikat dengan tali. Makhluk tersebut berlari makin dekat dengan aku, aku dapat lihat wajah mahkluk itu begitu dekat. Makhluk tersebut muka hitam legap, nampak sepasang mata besar yang ada putih mata je, hidung dan mulut memang tak nampak lansung. Bayangkan belanga hitam yang atas letak dua biji guli putih. Aku memang mati akal, tak tau nak buat apa dan akhirnya makhluk tu menerpa aku begitu. Badan aku terasa seperti kena tiup dengan angin sejuk, keadaan sekeliling bau yang sangat busuk macam telur basi, mata aku jadi hitam tak nampak apa dah dan tak ingat apa dah, sedar-sedar kat bilik sakit.

….

Sejak kejadian, Diandra tidak lagi libatkan diri dalam aktiviti kolej, aku pula terlibat dalam aktivity fakulti serta menjadi AJK program fakulti dan meletak jawatan sebagai AJK Keselamatan kolej. Setakat itu je lah cerita saya, mohon maaf atas segala kekurangan, kalau ada peluang saya tulis lagi. Terima kasih admin dan peminat FS semua.

5 thoughts on “Blok Kosong”

  1. lutut terpusing 360°?! mcm biasa la tu…bwahaha… kalau lutut terpusing 180°, baru terbalik…. bodo betul ceta ni….

    Reply

Leave a Comment