Hi FS dan pembaca2 FS. Terima kasih kt FS sbb publishkan kisah aku ni. Kisah ni terjadi kat aku sendiri pada tahun 2014. Tak tahu lah bagi korang cerita ni seram ke tak. Tp bagi aku, ini adalah pengalaman yg terbaik dan terpelik pasal mistik2 ni. Haha
Ok mula, kisah ni terjadi masa aku tgh praktikal kt sebuah syarikat engineering kt area shah alam. Malam tu khamis mlm jumaat, xda apa nk buat aku lepak ngeteh dgn member2 kt satu kedai ni. Agak2 pkul 1 tgh mlm tu boss aku call.
Dia suruh dtg rumah, ada kerja nk kena buat katanya. Aku nak tak nak kena dtg jugak sbb aku risau pasal markah aku. Yelaa kan sbb dorg yg bg markah masa praktikal tu. Dlm pkul 1.45 mcm tu aku gerak rumah dia. Oleh kerana area rumah boss aku ni seram dia lain mcm, aku ajak sorg member ni. So tkda la aku nk takut sangat.
Sampai je rumah bos aku tu, aku tgok muka bos aku dh lain mcm. Aku bergurau lh dgn dia, aku ckp ‘kena sampuk ke apa bro(bos aku ni muda lagi, lagipun dh kamceng baik) smpai muka mcm tu.?hahaha’. Dia senyum je kat aku. Pastu dia ajak dduk kt ruang tamu, ruang tamu tu ad satu meja tmpat kita selalu bincang pasal kerja.
Aku plih tmpat dduk ngadap dapur. Dduk je aku trus terpandang satu bayang2 hitam tgh mengintai di sebalik dinding dapur tu. Muka dia aku tk nampak sbb hitam ya amat. Aku cuma nampak sepasang mata merah menyala tgh pandang ke arah meja tempat kami dduk tu. Masa aku tgh ‘zoom’kn mata aku utk pastikan apa yg aku nampak, bos aku tegur. ‘Asal bro.? Kau nampak benda ke?’ Pstu dia sengih2.
Aku bgtau dia apa yg aku nampak,dia ckp ‘biasalah tu, dorg nak berkenalan’ . Diaorg.??? Tp aku tgok satu je. Mungkin ad yg menyorok kata ku dlm hati. Aku malas nk ambik pusing terus aku tanya pasal kerja apa yg urgent sangat ni. Bos aku ckp xda apa, saja mnta teman. Aku dh merungut dlm hati..tp aku cover lh dgn senyuman.
Tgh borak2, aku prasan muka bos dan mmber aku ni pucat smcm je pandang aku. Aku tanya la kenapa? Dorg geleng kepala smbil isap rokok.. Yg mmber aku ni siap menggigil lagi. Masa tu aku dgr satu dengusan yg kasar siap dgn nafas sekali betul2 kt tengkuk aku. Aku dh rasa lain mcm, terus minta diri. Bos aku tak kasi balik. Dia kata dia ada beli game bru, so dia suruh try main kt ps4 dia. Aku ckp,’boleh, tp dgn syarat beli makan2 skit..tgh lapar ni’.
Dia hulur wang kertas rm50 suh beli roti canai 3 ngn rokok 3 kotak. Keep the change katanya. Dia dh kata mcm tu aku apa lagi, semangat lh nk stay. Hahaha
Lepas beli smua aku dtg balik rmh bos aku. Tgh best melahap roti canai tu..tba2 kami dgr org berlari kt tangga. Mmg jelas. Kmi still lagi dduk kt meja yg kmi dduk td. Posisi yg sama. Tmpat dduk aku betul2 sbelah tangga, so aku mmg dgr dgn jelas. Terus aku pandang tangga,korg tau apa aku nampak.?, aku nmpak sorg budak pakai blouse smpai lutut, muka dia pucat..yg tak bestnya, aku dgn dia bertentang mata.
Seriau jugak laa..gile ko? Mata dia merah saga korg tahu. Lepas tu aku alihkn pndangan kt tmpat lain. Bila aku pandang lagi skali, budak tu xda. Aku ingat aku sorg je nampak. Mmber aku pn nmpak skali. Terus xda selera nk sambung makan. Bos aku ckp..biarkan. then masing2 isap rokok, sambung borak. Dlm 20 minit dh borak. Bunyi shower mcm ad org tgh mandi. Aku tgok jam masa tu pkul 3.45 pagi.
Aku tnya lh bos ‘sapa yg rajin sngt mandi time2 mcm ni?’. Bos aku bulatkan mata dia besar2 smbil bg isyarat diam. Lama jugak lh ‘org’ tu mandi. Pastu siap nyanyi lagi. kami tk tahu lagu apa yg dia nyanyi. Masing2 kaku..dtg pulak kucing hitam dari dapur. Lagi pelik pasal bos aku tak bela kucing. Kucing tu pandang je kita org..waktu tgh fokus dgr suara org nyanyi tu ngn pndang kucing. Tba2 sliding door bergegar..bgegar mcm nak pecah kaca pintu tu.
Kmi jd panik. Aku tgok mlut bos aku terkumat kamit mayb dia tgh baca sesuatu. Tk lama lepas tu smua senyap..tak sorg perasan kucing tu pg mana. Bos aku ajak main ps4, nk bg hilang rasa takut kan. Masa tgh main tu lagi teruk kmi kena. Tv tba2 on off sndiri.
Org berlari naik turun tangga, stakat hembus2 hal biasa je mlm tu, bunyi bayi nangis blkng rmh,blkng tv bunyi mcm ad benda cakar. Haihh..tk boleh nak senaraikan laa. Semua tu kami cuba abaikan..takut tkyah crita laa.
Main punya main, azan subuh berkumandang. Lega sikit laa. Dh betul2 tak tahan sngat ngn gangguan tu.
Sblom balik tu aku tanya bos aku pehal ngn rumah dia ni. Bos aku story laa..rumah dia tu mmg laluan jin dan hantu2 katanyaa.Pernah dia suruh ustaz pagarkan, tp still jugak ada. Dia dh biasa kena kacau, tp mlm tu luar biasa skit smpai dorg tunjuk muka. Katanya masa dorg pndang aku dgn muka xda darah mlm tu. Dorg nmpak beruk mmg besar gedabak brdiri kt blkang aku. Ptut lh bdengus aku rasa.
Lepas dh ok skit aku mnta diri,,Bukan minta diri je..terus minta cuti sbb tak sedap badan. Hahaha
Aku rasa dh pnjang sngat dah ni. Sampai sini lh aku boleh cerita..nanti kalau ada masa aku cerita kisah masa aku tido rumah bos aku ni.(tak serik lagi,). Maaf lah kalau tak seram, tp ni lh pengalaman sebenar yg terjadi kt aku. Gerak dulu geng..pape roger.
jgn lupe story k..
peh…hati kental btol…boleh tahan smpai subuh main ps4…kalau aq la mmg x fokus main game tu
fuhh gila tul geng ni
Bab-ii game ni kalau ada orang atau “benda” yang kacau memang aku tengking terus , haha
Baru baca