Waddup, FS? Amacam? Ada yang dah terbayang suasana Borneo tak? hehe. Itu belum lagi korang rasa sendiri. Kalau ada kesempatan datang la ke Borneo. Aku boleh jamin korang puas hati. Nampaknya ada isu sikit pasal aku makan musang kan? Ok aku terangkan macam mana. Musang yang aku makan tu adalah sejenis musang herbivor. Kalau bahasa Iban dorang panggil Enturun. Enturun ni pemakan buahan2. Dalam Islam musang yang ganas atau pemakan daging dan ayam adalah haram. Bagi musang yang buas, berkuku atau bergigi tajam tetapi herbivor, masih boleh dimakan. Aku pun tak dalam sangat ilmu agama ni. Jadi betulkan aku kalau ada yang salah. Dah nama pun merantau kan. hehe. Kisah aku kali ni masih lagi berkaitan Sarawak. Cuma kali ni kurang sikit mistiknya. So aku harap korang enjoy la yerr dengan pengalaman aku ni. Sedikit sebanyak tu belajar la cara kehidupan orang2 pedalaman. Aku pasti korang akan rasa kagum.
Kisah aku kali ni berkaitan dengan Buaya atau panggilannya di Sarawak ialah Baya/Jagok dalam bahasa Iban atau Boyak dalam bahasa Melayu Sarawak. Seminggu sebelum aku balik ke Semenanjung, David ajak aku ke satu tempat ni. Yang berada di Utara Borneo. Perjalanan menuju kesana mengambil masa lebih kurang 15 jam. Korang dah tak rasa dah bontot korang kalau duduk lama2 mcm tu dlm kereta bukan.? Itu membuktikan bahawa Sarawak adalah sebuah negeri terbesar di Malaysia. Bangga tak? Besarnya sahaja hampir merangkumi Semenanjung Malaysia. Jadi tak hairan lah di Sarawak berbilang kaum korang boleh jumpa. Kalau korang nak tahu, di Sarawak ada lebih kurang 30 lebih etnik. Dan aku fasih dalam lebih kurang 5 bahasa sarawak. Hebat? maaf riak pulak Gila tak hebat baru duduk 2 bulan lebih kott. Kembali ke jalan cerita. Sampai di sebuah daerah yang dipanggil Baram. Kami tukar transport, kena pakai hilux kalau nak ke destinasi yang kami nak tuju ni. Baram ni pulak memang popular dengan buaya2. Setiap tahun ada saja mangsa si raja sungai ni. Agak 7 jam dari tempat kami tukar transport td,kami sampai ke tempat yang dinantikan. Jalan pula jalan naik turun bukit dan lalu sebelah menyebelah lori dengan muatan kayu balak. Bagi sesiapa yang baru lagi dengan keadaan jalan disana, jangan harap boleh drive dengan tenang. Suasananya sangat sejuk. Pakai baju tebal pun masih terasa sejuknya. Aku lupa nama tempat tu, keliru sebab di daerah Baram ni semua tempat dimulakan dengan Long (nama tempat). Jadi aku ingat2 lupa pulak yang aku jejak ni Long apa. Maaf yaa. Lepas tu pulak kena naik bot, sejam setengah jugak nak sampai ke rumah panjang tersebut. Oh yaa..David ajak aku sebab nak tunjuk mcm mana orang berdukun. Aku ingatkan mcm biasa lah dengan jampi serapah ni semua. Tapi lain pulak kes kali ni..Lagipun David nak berjumpa dengan teman lamanya. Sudah 3 tahun tak berjumpa katanya. Mcm kebetulan David nak menziarahi temannya, ada pula ‘aktiviti’ rumah panjang tersebut.
Seperti biasa orang2 rumah panjang sangat peramah dan menghormati orang luar. Lagi2 dorang dapat tahu aku bos kepada David. Aku rasa mcm YB pula. Dlm masa yang sama macam membebankan dorang pun ada. Sepanjang aku stay kat rumah panjang tu. Peralatan memasak diasingkan, utk masak makanan aku. Dorang kena gunakan peralatan yang baru, sebab dorang cakap peralatan yang ada sekarang dorang dah guna masak makanan haram bagi Muslim. Aku tak kisah sebenarnya, tapi dorang masih juga nak berbuat demikian utk menjaga sensitiviti aku. Terharu kamek.!! Selepas makan David dengan temannya bernama John beramah mesra. Tak janggal bagi aku kerana aku fasih berbahasa iban.
John : Berapa umur nuan madik? (berapa umur kau saudara?)
Aku : 23 aku madik. (umur aku 23 saudara)
John : apuu..biak endar udah nyadi bos. hahaha (apuu..muda2 lagi jadi bos.hahaha)
aku : Laban umur tuk agi biak, nyak alai mintak ajar kitak. enti nadai David enggau aku pan, tusah gak aku ka ngadu utai bak dituk. (umur masih muda, tapi masih lagi perlu tunjuk ajar dari korang. kalau takda David dgn aku, susah juga aku nak buat kerja sini.)
John : enda ngawa, belajar meh pandai2. ni nemu ulih nyadi YB.(takpa, belajar pandai, mana tau boleh jadi YB)
Gurauan John disambut gelak tawa kami disitu. Ternyata masyarakat ini adalah masyarakat yang mesra dan peramah. Sangat menghormati orang lain. David bertanya kepada John kenapa dengan rumah panjang beliau ketika itu. John menerangkan ada seorang remaja perempuan dipercayai ‘ditunang’ buaya atau lebih dikenali Bunsu Baya. Mata aku terkebil kebil cuba untuk fahami apa yang disampaikan. ‘Ditunang’ Bunsu baya ni sama saja dengan modus operandi Taju Remaong. Mangsa selalunya mengambil harta2 makhluk ghaib tersebut yang diletakkan sebagai umpan.
John : Legi kitai ngabas endu nyak. Bak setak ulu bilik sidak(nanti kita pergi tengok remaja perempuan itu, bilik dorang terletak di hujung.)
Selesai melepak semua kami ke bilik mangsa. Memang kesian, mangsa terkena pada sebulan lepas. Selepas dia menjumpai ‘batu berunsut’ di pengkalan mandi. Baru berunsut ni adalah sejenis batu utk mandi bagi menghilangkan daki2 pada badan. Bayangkan benda remeh macam tu pun boleh memudaratkan jika tidak berwaspada. Ibunya menyatakan, anak beliau kelihatan lesu di siang hari, manakala malam pula menjadi sangat aktif. Anaknya yang berumur 19 tahun tersebut selalu kedengaran bercakap seorang diri, ketawa dan menangis di dalam kamar tidurnya. Hati ibu mana tidak luluh melihat perubahan anak nya yang baru meningkat dewasa sedemikian? Bila siang, anak itu tidak mahu makan kerana sering kelihatan lesu dan tidak bermaya. Bila malam pulak nafsu makannya berlainan. Dia makan sebanyak banyaknya. Dan apa yang meremangkan bulu roma aku adalah bila ibunya ckp anaknya sering dilawati bunsu baya tersebut. Macam mana ibunya tahu? Kerana setiap pagi bilik anak daranya berpasir. Mereka sendiri tidak tahu dari mana pasir tersebut datang sehingga lah ibunya bermimpi melihat seekor buaya keluar dari sungai dan berubah menjadi seorang lelaki yang sangat tampan siap berpakaian seperti pahlawan memasuki kamar tidur anaknya. Ibunya lantas bangun dan terdengar suara anaknya tergelak ketawa. Ibunya mengetuk pintu untuk kepastian, tapi menggigil badannya apabila dia mendengar sesuatu mendengus dari dalam. Pagi itu segera beliau mendapatkan Tuai rumah utk menyatakan apa yang terjadi kepada anaknya. Tuai rumah memeriksa anak perempuan tersebut, terlihat memang ada pasir di perkarangan mangsa tidur, bau hanyir tak usah cakap. Tapi itu pada siang sahaja, malam pulak biliknya berbau harum. Syaitan bukan..? memang betul ada bau harum masa kami datang melawat ke bilik mangsa. Mangsa pulak tidak putus2 merenung ke arah aku. Seram pulak. Tak habis2 suruh aku pergi. Last2 aku blah je sebab aku tengok dia bukan main seksa lagi suruh aku pergi.
AKU : Nadai cara ngubat? (tiada cara nak ubat?)
Ibu : pagila baru bisi manang datai, ngarap ke gerai meh.( esok ada pawang yang datang, harap2 sembuh lah)
Aku hanya mengganguk. Tiba2 aku terdengar suara David memanggil aku. Cepat2 aku ke dalam bilik.
Aku : namahal kih ? (kenapa ni?)
David : Pedak nuan bak peguk iya, perencing laban bulan. (tengok kat tengkuk dia, bersinar kena pancaran bulan)
Aku amati, memang betul.! Kelihatan seperti bersisik,. Beliau nangis teresak esak di tingkap yang telah dipagar menggunakan dawai. Oleh sebab mangsa selalu meloloskan diri. Keluarganya memagar tingkap bilik mangsa. Kerana sebelum ini mangsa pernah hilang 3 hari 3 malam di hutan seberang. Ditambah pulak dengan hujan yang turun dengan lebat waktu itu. Menyukarkan pencarian. Setelah hujan berhenti barulah mereka dapat meneruskan pencarian. Sehinggalah mangsa ditemui terbaring di tebing sebuah lubuk. Yang hairannya, pakaian mangsa tidak basah sedangkan hujan baru saja berhenti. Apa yang terjadi hanya Tuhan saja yang tahu. Malangnya mangsa lupa bagaimana dia boleh tertidur atau pengsan di tebing sungai tersebut. Bila siang, muka mangsa kelihatan pucat lesi, cengkung bagaikan kurang zat atau makanan. Sebaliknya apabila malam, mukanya berseri seri. Tidak keterlaluan kalau aku katakan rupa mangsa ni sangat cantik. Syaitan pun sukakan dia, manusia biasa seperti aku ni apatah lagi.
Ibu mangsa merayu agar kami berjaga di rumah mereka. Kesian aku tengok ibunya yang kurang tidur dan letih akibat penyakit anaknya itu. Sesekali kami bersembang ada juga dengar bunyi dengusan dari bawah rumah. Asal saja bunyi itu keluar, si mangsa di dalam kamar akan bertepuk keriangan. Tak ubah seperti kanak kanak diberi gula gula. Bau harum yang menerpa keluar dari bilik mangsa tak usah cakap. Pernah hidu bau wangi sampai nak termuntah? tak pernah kan.? Aku pun baru tahu wangi boleh buat org nak termuntah.
Sesekali mulut John dan David berkumat kamit, entah apa yang di’puchau’ pun aku tak tahu. Aku hanya menanti apa yang bakal terjadi. Apa2 hal, memang aku lari dulu. hahaha.
Nasib kami baik kerana si mangsa ‘jinak’ pada malam itu. Tidak seperti malam2 sebelumnya. Ibunya memberitahu setiap malam mereka terpaksa menahan si mangsa agar tidak lari ke sungai. Kudrat si ibu apa lah sangat. Hanya mengharapkan bantuan penduduk yang tinggal di rumah panjang tersebut. Sesungguhnya malam tu terasa sangat lama. Mata pula tidak mengantuk. Menambahkan lagi feeling seram tu. Akhirnya kami berjaga sehingga ke pagi. Terima kasih kepada John kerana sudi bancuh kopi. *terimakasihmadik.XD
Pagi itu ibu mangsa meminta untuk kami menyediakan bahan2 untuk upacara berdukun kelak. Bahan2 seperti buah pinang, sirih, piring, tajau atau benda,(tajau@benda adalah tempayan kecil, merupakan harta pusaka dan lambang kemegahan keluarga tertentu. Tajau juga merupakan tempat tinggal makhluk halus jika tidak dijaga rapi), bunga rendai(bunga rendai ni mcm popcorn,caranya sama saja tapi diperbuat dari padi. Bertih padi la maksudnya) dan mcm2 lagi. Setelah setiap bahan disediakan, kami hanya mengunggu kedatangan beliau@manang. Dalam bahasa melayu dipanggil pawang. Si mangsa tidak berhenti henti menangis. Tidak pernah dia kelihatan begitu kata si ibunya. Siap ada sabak berbuah. Sabak berbuah ni biasanya didengar bila ada org mati sahaja. Tapi org tertentu saja yang boleh buat sabak berbuah.
Manang sampai waktu Maghrib. Penduduk kampung berkumpul di ruai si mangsa utk menyaksikan upacara berubat. Setelah selesai makan di ruai. Manang menunggu masa sesuai utk memulakan upacara tersebut. Dia mengeluarkan pengaruh@tangkal yang akan digunakan kelak. Macam2 ada, ada pengasih, Kebal, penyeri muka dan mcm2 lagi. Ada juga David minta sesuatu, tapi manang tidak mahu bagi. David cakap nak bagi kat aku(dia cuma bergurau), tapi manang tersebut pegang muka aku, dia cakap aku tak perlukan tangkal. Sebab aku ada satu pakej tu semua katanya. Kebal, pengasih ,penyeri muka, dan utk halang niat jahat. Aku cakap la mana ada simpan benda2 azimat, haram kataku. Manang pandang ke pintu dan melambai lambaikan tangan nya.
Manang : nyin bisi deh. anang irau nuan bejalai jauh, nuan sigi dikerindu ke urang. Endu nyin bisi enggau nuan. Tusah urang ka ngemedis ke nuan.(tu ada, jangan risau kalau kau merantau, kau memang disenangi ramai orang. perempuan tu sentiasa ada dengan kau. tak mudah untuk orang sakiti kau)
Aku hanya mengangguk kerana aku mengerti siapa yang dia maksudkan. Aku lupa nak beritahu rupa manang ni mcm mana. Rupanya agak hodoh. Mulut herot, lepas tu matanya besar sebelah. Berbadan bongkok, air liurnya sentiasa saja meleleh. Kakinya tempang. Tak ubah mcm dukun2 yang ada di cerita seram.
Masa yang ditunggu telah pun tiba, tepat pada 12 malam mulakan upacaranya. Lampu semuanya ditutup, yang berada di dalam rumah hanyalah manang, mangsa, ibu mangsa, tuai rumah, John dan David. Manang tu ajak aku sekali, katanya mungkin aku boleh bantu nanti. Yang tiada kena mengena hanya berdiri di depan pintu. Manang menyusun piring yang telah diisi dengan bahan2 yang kami sediakan tadi. Dia mula memanggil bunsu baya tersebut dgn bahasa yang aku kurang fahami. Tidak lama lepas tu ada dengusan yang kuat dari bilik mangsa. Mangsa bertepuk tangan keriangan. Lain pula bagi penduduk rumah panjang yang lain. Mereka bertempiaran lari ke ruai. Bunyinya agak kuat, aku pun ketaq lutut bila mendengarnya. Bau hanyir mula menusuk hidung kami yang berada di situ. Manang suruh aku duduk di depan mangsa.
Manang : duduk aja nuan diak. Nadai iya berani legi. (kau duduk saja, dia takkan berani)
Duduk? tak berani? aku terpinga pinga. Lepas tu mangsa bangun dan nak menerkam aku. Tapi tanganya tidak sampai, asal saja bangun dia rebah kembali. Sesekali tangannya hampir ke batang leher aku. Aku hanya pandang dengan yakin. Cuak jugak la masa tu. Tapi aku tak tau kenapa dia tak boleh gapai badan aku. Manang ckp jangan bagi dia masuk ke bilik. Jika tidak, susah nak ubat lepas tu. Manang menghentakkan parang ilang ke lantai rumah. Yang menakjubkan aku adalah serentak itu bunyi guruh betul2 diatas atap.(parang ilang ni adalah parang pahlawan masa dulu, digunakan untuk memburu kepala musuh. satu kepala maksudnya satu titik timah akan dipaterikan ke badan parang). Manang bercakap dengan sesuatu yang tidak kami lihat. Mangsa sudah tidak dapat berdiri. Ibunya menangis tak henti2 sambil ditenangkan tuai rumah.
Tidak semena mena, piring yang disusun telah pecah. Kesemuanya. David cakap kalau piring pecah semua maksudnya benda tu taknak diajak berunding. Kalau pecah 2 atau 3 maksudnya dia ada permintaan sebelum melepaskan mangsa. Tapi kali ni Manang tidak ada pilihan lain kecuali ‘bertempur’ dengan makhluk jahanam tu. Dia bangun kemudian meluru ke arah bilik mangsa membawa parang ilang. Aku berani bersumpah kami terdengar bunyi dentuman demi dentuman. Raungan demi raungan. Manang terpekik dan bunyi dengusan. Tak ubah seperti ada pertempuran yang dahsyat di dalam bilik mangsa. Tak lama lepas itu mangsa menjerit sekuat kuatnya sebelah aku. Sakit telinga aku dibuatnya. Dia menangis pula, sehinggalah dia pengsan. Manang keluar dari bilik dan peluh membasahi badannya. Kelihatan sangat letih.
Manang : Anang irau, nadai agi iya ngacau. enti nasib iya enda manah, enda datai bak sungai seput iya. tauk pedak kitak pagila. giga lubuk paling dalam bak benua tuk. (jangan risau, dia dh tak kacau. kalau dia nasib tak baik, tak sampai sungai dia kehabisan nafas. boleh tengok esok. Cari lubuk paling dalam di kawasan ni)
Kami memeriksa bilik mangsa, lemah lutut aku bila lihat percikkan darah ada di merata tempat. Dari mana percikkan ni datang? Keadaan bilik seperti tongkang pecah. Malam tu kami berjaga lagi sampai ke pagi. Manang mengembalikan semangat mangsa dan rupa mangsa kembali segar. Dia memeluk erat ibunya. Aku turut rasa hiba. Dah lah cantik, kesiannya dia dipermainkan syaitan begitu.
Manang mengajak kami ke lubuk paling dalam di kawasan itu. Kerana bunsu ni berasal dari lubuk tersebut. Aku terkejut besar, di tebing lubuk tu ada darah yang seperti mengelongsor ke sungai. Datangnya dari hutan. Manang membaca sesuatu sambil menutup matanya. Perlahan lahan badan seekor buaya yang agak besar terapung dari dalam lubuk. Tapi dalam keadaan terlentang.
Manang : nyaaa..udah mati iya. Nadai utai dikirau agi. ( naaa,,dah mati pun dia. Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi).
Kami balik ke rumah panjang dengan paluan taboh (taboh ni adalah main adat asal org iban, selalunya dimainkan bila hari Gawai. Ada mcm jenis taboh, contohnya taboh bujang berani, taboh perang, taboh selamat datai, taboh kumang. Sambil itu penduduk akan menari tarian ngajat). Ibu mangsa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kami. Dia nak mengadakan jamuan kesyukuran katanya malam tu. Dan buat pertama kali juga mangsa keluar ke ruai. Sangat cantik dan ayu. Pipinya kemerahan. Kulitnya halus. Pandangan matanya aduhaii. Inikah yang dinamakan cinta? cewahhh..haha
Seelah usai makan, kami bercerita dengan Manang. Katanya sebelum dia mengubati mangsa ni, dia baru saja balik dari mengubat seorang pesakit yang terkena penyakit diganggu Buyuk. Makhluk yang keluar dari tajau lama. Puas aku pujuk dia supaya dia ceritakan kat aku mcm mana caranya. Akhirnya dia bersetuju. John dan David agak pelik kenapa Manang ni berlembut dengan aku, sedangkan dia seorang yang garang dan tegas. Entah lahh, aku pun tak paham. Pasal dia mengubati orang terkena Buyuk tu, Nanti aku ceritakan yea? dalam masa terdekat.
Gerak lu, pape roger. [BACA SINI PART 4]
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
wow.. best!
Best memang best..jampat2 nyambung nya…
nice lah. plot 5/5
Hebat..x sabar nak tgu cerita selanjut nya..
Mati mati aku ingat kau tua dari aku weh. Rupanya kau baru 23 bawah aku haha. Apapun aku suka baca cerita dari aku. Betul2 rasa masuk dalam penceritaan. Good job dan teruskan bercerita.
Pembetulan sikit, Suka baca cerita dari aku ek. Lol typo teruk sangatttt ni. *suka baca cerita dari kau. Baru betulll
Tak pernah bosan baca cerita brader buat hal nie. .kalau boleh buat la page kt fb. .senang skit kami reader ni nk follow cerita terbaru. .btw FazAhmad bila nk hntar smbungn cita psiko tu?
manah cerita nuan tok..suk ajak mek maca..
makaseh sbb cerita nak bagus2 pasal urang sarawak..sik sabar nak maca sambung cita kitak tok..
Tertanya2 Mcm mane la agaknya rupa paras bro ni ye..msti hnsem sbb tu la puteri suke ?
Keep it up, amazing talent u have. Every storyline got itself unique character..especially your ghost story resemble borneo culture. Tau gak nanya bala2 aki inek cerita kelia alu digaga ba storyline ba fiksyen shasha ila. Always waiting for your new story,.
cerita kau best.. tapi yang buat aku geram orang sediakan perkakas baru untuk masak makanan kau.. kau boleh cakap aku tak kisah sebenarnya.. please la.. orang bukan islam pon hormat agama islam.. kau boleh tak hormat agama kau sendiri.. shame on u..
best bah cerita tok . lekas gk sambong mun dpt . kmk melayu campo iban gk xberapa fasih kelaka iban lagik2 nya bahasa dalam . hahahhaa bok tauk maksud bahasa dlm lekak baca cerita tok . keep it up bro . ?
Best citer.br akak perabis bc 3-3 part.dasyatla part 1.klau akak ntahla..xbole hadap kot. Ni part 3 ni..yep mmg org swak lawa2.cntik dia cntik asli.akak byk bkwn dgn org swak dlu time blaja.mmg cntik2 diorg ni.tmbh2 yg asal pndalaman.laki dia ensem.pmpn cntikk. Untungla..niway citer best.
Cuma satu..psl agama..jg btul2.solat jgn lupa kt tmpt org.msti jg.mkn minum ..halal haram n syubhah kne amik kira.anggp j ni tguran sweet2 dr akak utk adikny..oke.kipidap.truskn mnulis.best!!
Jadi sepanjang puteri ada, penulis tak boleh berkawan atau bercinta dengan perempuan lain ke?kesian jugak bila difikirkan..takkan takde jalan keluar..
Rasanya manang yg dimaksudkan aku kenal. Kenal rapat. Sbb kat kawasan area miri.. hanya 1manang yg serupa tu.
Sebelum cita kembali ad cita lagi ka.. Puteri tu dtg dr mn? Sy bru baca cita ni. Best!
http://fiksyenshasha.com/awek-kebaya-buat-hal/
la,baru 23 ke,adek2 rupanya.eh,puteri tu siapa?apa kaitan puteri dgn pnulis?
Musang tu makan buah buahan tapi cara dia mati ditembak boleh ke dimakan?
terubat rindu ka ninga cerita ari sarawak. sigi mayuh cerita menua sarawak. laban agi latong sesetengah tempat.. bejaga2 aja meh pama baru nemuai g siti2 menua..
Best gilakkk .mn dpt cerita bujang senang rindok gk .haha .btw ,xda sapa2 pn taok bujang senang gk ada or xda gk .jgn jak boyak ya berdendam dgn org lain .sapa mkn boyak ,boyak mkn kita blit .ya salue d pdh org tua kamek
.
weh kita sama umo braderbuathal
Hey Brader Buat Hal, if you ever gon read this; im Desiree Michael. I submitted my own story that happened to me in 3 Hari Cinta Bunian. Hampir sama ceritanya dengan si mangsa, cuma versi cerita saya diceritakan oleh diri saya sendiri dan bukan orang yang menyaksikan waktu saya diubat manang. At least saya tahu bukan saya seorang yang mengalami hal sebegini. So, keep exploring and understand other people’s culture. Great write up.
Bila nak cerita psal puteri? Sy minat nak tau. Because I’ve got a friend like this too