Assalamualaikum dan salam sejahtera korang.
- Thanks untuk keizinan share cerita aku ni pulak walaupun aku tak tahu jap lagi cerita aku ni jatuh kategori seram2 ke kategori suam2. Huhu.
2. Kepada kawan2 yang perasan cerita aku ni dan korang rasa korang kenal aku, mintak tolong jangan di tag nama aku. Haha.
**
Buatan orang.
Sebenarnya ramai je yang di antara kita ni terkena buatan orang. Bukan cerita hari ni je, sejak dulu2 lagi. Kan? Kadang2 kita pun macam percaya tak percaya je orang tu orang ni kena buatan orang kan? Terlalu banyak. Terlalu biasa. Ada pulak time kita terfikir kenapa dia ni nak terkena buatan orang? Baik sangat ke dia? Kan? Kan? Kan? Point aku kat sini, mender tu terlalu common. Terlalu mainstream. Sampai macam tu sekali kita fikir.
Tapi percayalah, selagi tak kena pada diri kita atau orang terdekat dengan kita, selagi tu kita anggap benda tu mainstream. Tapi bila dah kena, benda yang kita anggap mainstream tu la yang akan jadi benda paling rare happen in our life pulak. Haha.
Aku macam tu la sebelum2 ni. Selain cerita2 orang yang aku tak kenal, ada satu kejadian kawan aku sendiri yang terkena. Terbaring je dia masa tu. Bila gi berubat, discover lah yang dia ada buat salah dengan kawan sendiri. Kalau tak silap ceritanya, dia ni ada bahan orang. Btw, untuk korang yang nak komen ‘memang patut pun dia di sihir’, korang sabajap. Aku nak bukak ‘hijab’ korang. Haha. No la, bagi aku benda yang tak boleh tetap tak boleh (sihir). Masing2 (manusia) ada buat silap. Cerita ni cerita orang dewasa, so confront cara normal la. Takkan salah sikit nak sihir, pantang salah sikit, nak ngadu kat bomoh. Kan?
Aku masa tu kesian la pada member tu. Setakat itu je la perasaannya.
Mukaddimah dulu.
Satu pagi tu aku dapat panggilan dari orang kg yang mengatakan makcik aku meninggal. Masa tu aku tak kerja. Pinjam duit orang nak beli tiket bas balik kampung. Kampung aku selang dua negeri. Sah2 la aku tak sempat nak tengok jenazah. Takpe lah. Masa tu umur aku sikit lagi nak masuk 30 tahun. Tak kerja. Tengah tunggu interview.
Sementara aku balik duk kampung tu, mak aku pulak rasa tak tenteram sebab kakak dia meninggal tiba2. Shocked. Sebab aku tak kerja, aku lepak la dulu layan mak aku. Sementara nak tunggu mana2 company nak panggil interview. Belah siang duk dapur dengan mak. Malam gosip2 pastu tidur awal. Best kan tak kerja? Haha
Satu malam tu aku terpetik nama seorang nenek ni. Arwah dah. Masa aku sekolah dulu arwah nenek ni terkenal la. Dia suka melawa. Orang kata dia banyak koleksi suami. Orang kata lagi dia membela hantu raya ke pelesit. Masa budak2 dulu kan orang kata nak tahu orang tu membela atau tak, kita jelir masa berjalan belakang dia, kalau dia pusing tengok kau, ada la tu belaan bagitau dia. Aku dengan member aku pernah lah buat gitu. Korang rasa dia pusing tengok kami tak?
So, malam tu aku tanya la mak aku camne kematian nenek tu (since dia meninggal masa aku dah berhijrah keluar kampung – and balik kampung kadang2 takde masa pulak nak gosip sampai ke topik ni. Haha). Ke mana pergi belaan nya tu? Mak aku tak jawap pasal tu. Cuma mak aku cakap, ni sebut2 nama dia ,tidur malam nanti datang kaaannggg…
Sebelum tu, aku dari kecik2 lagi suka nengok cerita hantu. Mak lampir, perawan malam, hantu noor kumalasari kepala pusing2, main2 hantu, bla bla. Bila besar sikit kat kg kan ada rumah kosong, selamba je gi suluh2 rumah tu malam2 kot2 la kan ada benda kat serambi ke apa. Bila masuk u, sembang cerita hantu sampai azan subuh tu normal la bagi aku. Tinggal nak join seekers je. Haha
So, apa lah sangat bila mak aku gertak macam tu kan. Aku cuma reply, kesian nenek tu dah mati dah pun masih ada orang fitnah lagi. Aku bukan lah baik sangat sampai nak sekolah kan mak aku tapi itu lah reaksi spontan aku masa tu.
“sungguh ni. Orang tu siap azan lagi. Baru ‘benda tu’ lari.”
Ok, takut la jugak. Tapi more to kesian kena fitnah tadi tu la.
Sepanjang duk kg, aku tidur dalam bilik arwah nenek and atuk aku. Both atuk dan nenek aku meninggal sakit tua few years back. Arwah nenek aku pun macam ada jugak ‘sesuatu’. Masa sakitnya selalu la meracau. Tapi bila meninggal alhamdulillah lah takde seperti yang di gambarkan dalam tv tu.
Ok, malam tu time tidur, aku terjaga tiba2 jam berapa pun tak tahu. Mengengsot turun katil, jalan satu langkah, tarik tombol pintu bilik. Di sebalik dinding bilik tu ada sofa. Atas sofa tu ada henfon. Itu henfon mak aku sebenarnya. Sebab aku dah banyak bulan tak kerja, henfon aku yang sedia ada pun dah nazak, aku pow la henfon mak aku. Itu pun stand by kalau2 ada call nak panggil interview.
Time tertera pada skrin henfon masa tu 2:47 pagi. Laaaa… Awal lagi rupanya. Aku ingat dah azan subuh. Cermin tingkap rumah mak aku tu jenis lut cahaya. Kaca yang tak boleh see thru. Tapi boleh nampak kalau belah luar rumah cerah atau gelap. Masa tu bulan terang. Luar cerah sangat2. Cahayanya terang benderang pada cermin tu. Korang bayangkan kalau ada orang berjalan dalam rumah. Nampak seperti bayang2 hitam je. Suasana sunyi betul.
Aku masuk semula dalam bilik, tutup pintu. Naik katil. Sambung tidur.
Tiba2…
Tap.. Tap.. Tap..
Ada bunyi tapak kaki menuju ke pintu bilik.
Tikar getah, lantai papan, aku kenal sangat itu adalah bunyi tapak kaki. Menuju ke bilik tidur tu. Aku pun “aahhhh sudah.. Betul la dia datang.” meremang habis kau.
Aku pejam mata rapat2. Cuba baca ayat2 dari al quran. Tunggang langgang. Berebut2 nak keluar dalam dada ni.
Tiba2 suasana bertukar kembali diam. Sunyi macam tadi. Ok dah takde. Eh jap, dah takde ke…atau dah ada dalam bilik ni? Aku bukak mata. Nah!!! Dia dah berdiri hujung kaki aku. Ya allah… Ya allah.. Ya allah… Tu je dalam kerongkong aku masa tu. Dia berdiri di birai katil, di hujung kaki aku, menghadap aku yang sedang baring keras. Dia berselubung. Menunduk sedikit arah aku tapi muka gelap. Takde muka. Ya allah takutnya aku masa tu. Seraya itu dia tunduk, pegang tangan aku. Ok, ayat berikut ni boleh buat kawan2 aku tahu cerita ni dari siapa. Aku boleh kantoi dengan ayat ni: ‘kalau kau tahu macam mana rasa sejuknya bila sentuh mayat, sekarang kau bayangkan mayat tu sentuh tangan kau.’ sejuk, takut, menjalar dari tangan ke lengan ke bahu ke dada aku…terus sesak tak boleh bernafas macam kena tindih masa tidur. Aku cuba gerakkan sikit mana2 hujung anggota badan. Jari lah biasanya kan. Sambil2 try hard baca ayat2 atau surah2 lazim. Akhirnya lepas. Cepat2 aku gapai surah yaasin di kepala katil. Mata masih tertutup rapat. Tak berani nak bukak takut ada terpacul depan mata. Lepas tu aku cuba tidur tapi tak berjaya. Nak bergerak2 pun takut. Aku takut kalau2 tangan aku kena pegang lagi, sudahnya aku masukkan jari2 aku dalam helaian surah yaasin tu. Menggeletar habis badan aku. Badan berpeluh dingin. Malam tu jadi panjang sebab aku tak berjaya tidur sampai speaker masjid keluar suara bilal terahim.
Dua hari lepas tu baru aku report pada mak aku. Masa tu kat dapur. Masa tu aku dah tak tahan. Malam tak boleh tidur. Siang tak boleh tidur. Malam logik la sebab takut hantu tu datang. Siang tu perasaan aku pulak jadi takut keadaan dalam rumah tu. Sunyi nya buat aku takut. Macam ada sesuatu je aku rasa. Ntah la. Susah aku nak explain.
“patut la nampak pucat.” kata mak aku.
Masa tu la mak aku bukak cerita pengalaman macam aku kena ni. Siapa orangnya yang kena sebelum aku. Siap dia azan2 baru benda tu hilang. Kecoh lah kat kg lepas tu orang bercerita kat port beli ikan, beli sayur pagi2.
Tapi mak aku pun macam musykil jugak la kan. Naluri seorang mak barangkali. Orang lain lepas kena, boleh move on, aku ni hanya bertahan dua hari je, terus ngadu ngan mak. Mula2 mak aku tanya;
“ke ko ni memang lemah semangat?” aku deny.
“gi berubat lah.” arah dia lagi.
Terus terkedu aku. Perlu ke? Benda kecik je kot? Atau mak aku view benda lain dari apa yang aku cuba sampaikan tu? Memang aku tak faham, keliru tapi… Apa yang aku rasa sekarang ni, aku tak boleh blah dah duduk rumah tu.
Aku pun ambik keputusan balik kl. Rumah makcik aku. Adik mak aku.
Misi aku masa tu nak tidur je. Dekat rumah mak aku, semua tempat dan time aku try tido tapi tak berjaya. Dalam bilik, depan tv, atas sofa. Pagi, petang, siang, malam. Tidur pun kejap2 je. Macam ada something wrong somewhere yang menyebabkan aku banyak fikir dari tidur. Sebab tak tidur, dapat pulak sakit kepala. Sakit kepala sebelah la. Belah kanan la. Belah atas la. Aku tak pernah sakit kepala sebelum ni. Pening pun tak. Bukan belagak tapi aku tak tahu camne nak explain rasa sakit kepala tu.
Masa dalam bas sampai satu kawasan di hiway – kawasan berbukit2 kiri kanan tu aku rasa badan aku ringan. Tiba2 aku fikir macam dah takde benda attach dengan aku. Gitu.
Sampai kl aku cerita dengan makcik.
Satu hari, makcik aku balik kerja sampai rumah tengah malam. Ketika dia bukak pintu rumah, aku tengah ngadap tv. Terus dia cakap;
“aku dah agak dah kau tak kerja selama ni kena buatan orang!”
Terkedu aku. Aku tak sangka makcik aku balik lambat sebab pergi jumpa pengamal perubatan. Aku pun tak sangka, tak fikir yang selama ini aku resign kerja bagus dulu tu sebab kena buatan orang. Terdiam. Terduduk. Kosong. Bungkam.
Cerita belaan gentayangan pegang aku tu sebenarnya penyebab je nak bawa aku ke episod lain hidup aku. Makcik aku tu nak refer pada ustazah tu pasal hantu gentayangan je, terjumpa pulak benda lain.
Beberapa bulan lalu aku naik pangkat. Memang aku apply. Boss pun encourage. Dateline untuk apply promotion tu falls on hari busy kami. Jumaat pulak tu. Bila tau aku nak apply, bos yang lebih beria. Dia yang ke hq submit sendiri form aku (kebetulan dia nak gi meeting). Kalau aku naik, dia pun dapat nama. Budak dept dia promote. Walaupun aku kena keluar dept tu, itu bukan isu.
Bos aku tu lain bangsa tapi dia ada bagusnya. Aku ok dengan dia walaupun ramai je staf tak suka dia. Aku bukan bodek bos. Kalau korang kenal aku, siapa2 pun aku tak sanjung beria. Kalau bos balik awal, aku sound je “aiikk.. Awal balik bos”. Kalau bos tak keluar lunch, aku cakap “kurus la tak keluar lunch”. Semua orang akan terima lawak jenaka, sapaan yang setara dengan aku.
So, dari point2 di atas, pada pemerhatian aku, mostly orang senang dengan aku. Kadang2 ter laser jugak tapi apa masalahnya? Laser la aku balik. Bukan diorang tak boleh. Aku pun ok je.
Aku tak tahulah masa promote tu sama ada ada recommendation atau tak dari bos aku. Aku rasa ada. Sebab lepas interview, bos aku call, follow up interview. Aku cakap la ok la untuk pengalaman. Peluang slim. Sebab aku belum bersedia kot. Memang interviewer tu cakap pun peluang aku tipis. Alih2 aku dapat promote. Tu aku rasa, bos aku dah masuk campur. Btw, nama company aku kerja gah lah jugak. Antara bangunan tinggi dalam kl. Berkembang ke seluruh bandar2 utama dunia. Naik pulak pangkat dalam masa ngam 3 tahun. Memang agak cepat la berbanding orang lain.
Kalau tanya aku, aku ni langkah kaki kanan je selalu. Mungkin sebab aku suka buat lawak. Padahal apa yang aku rasa dalam hati, aku simpan sorang2. Macam pelawak2 dalam tv tu, korang ingat diorang takde masalah hidup ke? Mesti ada kan? Gitu lah aku. Cuma kita melawak nak suasana jadi best. Kerja stress, kena la buat envinronment jadi best. Tapi bila kita baik dengan semua orang, orang jadi suka kita, ada jugak terselit satu dua yang tak suka. Orang benci kita. Orang jadi dengki dengan kita. Sampaikan sanggup sihirkan aku.
Nak tak nak, walaupun berat hati nak pergi berubat dengan pengamal perubatan yang mintak bantuan jin (islam), aku pergi lah jugak. Dah orang yang bawak. Korang kena tau la apabila kau dah tahu yang ada benda attach dengan kau tapi kau tak usaha pun nak buang benda tu, konon2 nak berubat sendiri dengan bertambah amalan2 harian, mender tu akan mengundang sakit yang lebih dahsyat. Takde istilah berubat sendiri gitu, kau kena jugak mintak bantuan pihak ketiga. Benda yang attach tu dah di bayar upah untuk berkhidmat dengan tuan dia. Dia berjanji seia sekata. Sehidup semati. So, dia akan stay dengan kau sampai bila2 selagi kau tak jumpa orang yang boleh pisahkan korang.
Aku masa tu dah mula sakit kepala, banyak fikir, tak tidur. Duduk dalam rumah macam ada orang kat luar rumah. Bunyi ntah pape tapi aku rasa bunyi tu menakutkan. Meremang selalu. Duk rumah on tv oasis selalu. Pasang kuat2.
Selama ni (sebelum makcik aku meninggal) aku selalu buat2 positif bila orang tanya bila nak dapat kerja walhal dalam hati dah serabut habis. Apply kerja satu pun tak dapat. Pergi walk in interview (kononnya boleh makan la sebab post aku dah tinggi di company lama dan company yang lama tu lagi bagus (malah paling bagus antara saingannya) dari company aku nak apply ni), sudahnya bila masuk bilik interview tu orang tak berminat la, jawatan tu dah di isi la. Siap ada yang tanya aku balik, mana tengok vacancy ni? Sebab takde vacant pun. Erk.
Masa tu aku tak rasa pelik pun. Lepas berubat la semua tu datang balik dalam fikiran.
Masa aku sampai rumah ustazah tu dah pas waktu maghrib. Rumah beliau terletak di negeri sebelah. Kami bertolak petang. Masa ustazah nampak aku je depan pintu rumah sebaik dia bukak pintu tu, terus dia bagi reaksi. Reaksi terkejut macam lama tak jumpa gitu. Kaget sekejap gitu. Pastu dia jemput masuk. Dia tinggalkan kami di ruang tamu sementara dia solat isyak.
Macam biasa la, time rawatan dia pejam mata dengan anak mata bergerak2. Masa tu jin islam tu ada dalam badan dia dan sesi soal jawap pun bermula. Of course la aku terus tanya siapa buat aku? Aku kena tempelak. Katanya kenapa sibuk nak tahu siapa buat? Kenapa tak nak berubat dulu? Betulkan balik diri tu kata dia. Ok la, aku folo. Dia ajar aku apa yang sepatutnya di amalkan dalam rutin hidup seorang muslim. Solat, solat berjemaah, mengaji, sedekah, doa. Siap doa yang sepatutnya aku amalkan selepas solat pun dia ajarkan. Tu semua pendinding bila berlaku niat jahat orang atau syaitan mendekati kita. Dia pun bongkar yang aku sebelum ni mengelak benda tu semua. Buat pun lubang2. Gitu la. Erk (itu yang aku cakap, kita kan manusia, tak semua pun baik. Masing2 ada salah.)
Hujung2, dia layan jugak soalan awal tadi yang siapa yang buat aku. Katanya kenapa tanya dia, kenapa tak tanya diri sendiri. Siapa orangnya yang kau anggap kawan selama ni? Siapa orangnya yang makan semeja dengan aku? Siapa? Siapa? Masa tu aku buntu. Gambaran kawan2 bukan sorang dua. Dia bagi gambaran lagi orangnya macam mana. Lepas dua tiga hint, aku pun boleh teka dah siapa.
“betul tak, dia call awak berkali2 sebelum awak berhenti? Dia dah tak call lagi bila awak cakap awak dah berhenti kerja. Kan?”
“awak ingat dia concern sangat tanya pasal keadaan awak. Sebenarnya dia nak tengok berkesan ke tak bomoh yang dia jumpa tu.”
Hancur luluh hati aku. Semua benda main di fikiran lepas tu. Member tu call berkali2 tanya keadaan aku sebaik aku naik pangkat ke dept baru. Aku pulak terasa macam langkah kaki kiri je sejak naik pangkat. Hari2 aku cakap nak resign. Aku cakap nak resign, waktu yang sama aku buat kerja macam biasa. Aku kat tempat baru buat lawak dengan orang macam biasa, prestasi kerja pun ok sebenarnya. Tapi tiap2 pagi aku sms kawan2 (masa tu belum ada whatsapp group) yang rapat mengadu yang aku nak resign. Dari kawan2 jenis mendengar sampai la diorang maki aku. Bosan aku mengadu macam la aku ada masalah besar. Ngam 3 bulan habis probation, aku bagi notis 24 jam. Itu pun pagi2 sebelum start kerja, aku alter surat yang kawan aku email. Kawan aku tu je yang tahu aku nak resign hari tu. Pandai pulak aku pilih dia sebab dia je yang tak marah aku, yang tak kepoh cerita aku resign. Bos aku kat tempat baru pujuk aku jangan resign. Diorang pun short staf. Dia suruh aku pilih unit mana aku nak asalkan aku selesa kerja. Masa tu aku siap senyum bangga lagi konon dah fikir masak2 nak tinggalkan company. Dekat borang resign tu ada pilihan resign nak kemana? Better offer ke further study ke atau apa kes? Aku pun tak tahu nak pilih yang mana. Ye lah, takde sebab khusus. Cuma kepala otak je kena kacau.
Cuba korang fikir apa perasaan mak aku kat kg masa aku bagitau aku nak resign tanpa sebab apa2? “takpe laa…” aku cakap masa mak aku tanya.
Sudahnya bila tersebar ke dept lama aku dah lama resign, henfon aku tak henti bunyi. Ramai marah aku sebab tak share masalah kat tempat baru. Masa dalam probation, bila berlaku sesuatu, kita boleh apply macam2. Tukar dept la. Tukar balik dept lama la. Diorang akan ambik balik kalau tempat baru tu tak nak terima aku. Aku masa tu punya la pandai berlakon buat positif. Takpe la takde rezeki, nanti ada la rezeki mana2. Macam ustaz2 sikit karakter aku masa tu. Padahal…
Nah kau! Lepas tu kering duit dalam savings. Dari duit tu boleh buat hantaran kawen, habis licin. Aku keluar sikit2 nak tampung hidup. Kawan perempuan ada la sorang stok aku nak ajak kawen, pun akhirnya kawen dengan kawan aku jugak. Saat2 aku cuba positifkan diri tu la aku dapat undangan majlis dia. Aku ingat lagi malam lepas aku dapat undangan tu, aku call kawan aku kat dept lama;
“ko ok ke ni?” tanya kawan aku tu.
“ntah la. Aku rasa macam nak berjalan di tengah2 hiway. Aku tak tahu kenapa tapi sekarang ni aku teringin sangat nak jalan tengah2 hiway. Camne rasa dia ek?” lemah betul suara aku masa tu.
Aku ingat lagi conversation tu. Masa tu kawan aku tu pujuk aku jangan buat benda mengarut. Korang yang tengah baca ni mungkin tak paham, saat tu kau tak rasa apa2 dah. Nak menangis dah takde air mata. Nak marah tapi nak marah kenapa, nak marah siapa? Aku duk depan rumah, pandang bumbung, camne nak naik atas ek? Aku nak terjun. Teringin camne rasa kita ketika sedang di awangan lepas terjun tu. Itu yang aku rasa masa tu. Berkat doa kawan2 kot, aku tak buat benda mengarut selain..
Aku ambik kerusi, letak depan cermin. Aku duduk mengadap cermin tu, aku botakkan kepala sendiri dengan pisau cukur. Lama aku berkurung dalam bilik. Licin semua kepala, aku keluar bilik sambil belagak takde apa pun berlaku. Satu famili terkejut tengok aku yang pura2 positif tu. Korang pk logik, tengah tunggu interview tapi pergi botakkan kepala pulak. Sepanjang hidup aku refuse botak licin macam tu, alih2 aku gi botakkan kepala petang tu. Complicated kan?
Ustazah tu cakap masa dia kaget tengok aku tu sebenarnya ada jembalang atas tengkuk aku. Macam mana la awak boleh hidup kesana kemari dengan benda tu ada atas tengkuk macam tu? Benda tu di tugaskan untuk buatkan awak nampak takde seri. Orang tengok tak suka. Kalau ada jawatan kosong, orang akan cakap jawatan kosong tu dah di isi bila awak tanya. Dia nak awak terkapai2 macam tu. Selain tu ada satu lagi yang mengikut. Tak tahu lah datang dari mana. Sama ada yang orang punya ikut awak atau awak pergi ke mana2 masuk hutan ke ke mana, dia folo balik. Seriau tak? Aku masa tu meremang toksah cakap la.
Actually, menangis jugak la aku dalam tempoh aku belum berubat tu. Masa tu aku tengok balik album gambar budak ofis lama. Siapa la antara diorang semua (yang dalam gambar tu bergelak ketawa) bersama aku akhirnya sanggup buat aku macam ni.
Sebelum discover yang terkena buatan orang tu, sama ada korang nak percaya atau tak, berat badan aku masa tu susut mendadak dalam masa sebulan. Aku resign gemok pendek. 85kg. Sebulan je aku tahan makan dan berlari setempat, berat aku turun jadi 55kg. Orang tanya aku jawap la yang aku diet. Apa pun aku tak makan. Minum air je. Berlari je dari time makcik aku keluar kerja jam 8pagi, stop tengahari untuk mandi, semayang, pastu lari lagi. Stop ngam makcik aku balik kerja pukul 5:40 gitu. Pandai la aku berlakon macam aku tengah tengok tv ke ape bila makcik aku kuak pintu. Saiko tak?
Masa tu aku tanpa segan silu pergi jalan2 ke company lama aku jumpa kawan2. Apa lagi kena maki berjemaah la diorang cakap aku hisap dadah. Terlalu kurus. Kepala besar. Badan melayang. Aku peduli apa. Positif kan? Sebenarnya kalau kau normal, berhenti kerja, tak dapat kerja, takde duit, nak ke jalan2 dept lama tu? Malu je. Kan?
Allah maha besar, maha mengetahui sesuatu perkara yang berlaku. Sekarang ni walaupun dah lama benda tu berlalu, aku belum mampu nak maafkan member tu. Statement aku senang, maaf ni give and take; macam mana nak beri maaf kalau orang tak mintak? Tapi aku tak janji nak bagi maaf tu kalau dia datang merayu2. Aku belum bersedia. Banyak mender aku nak dia clarify.
Ngam2 dua tahun tinggalkan company tu, aku dapat peluang masuk semula ke sana. Melalui proses awal la. Jadi junior semula. Itu pun selepas aku dah puas try tempat lain, tak berjaya. Akhirnya aku kerja di kedai makan sebagai tukang ambik order. Gaji rm30 sehari gaji hari. Malu tak? Kerja kat kampung sendiri. Tengok kawan2 datang bawak anak famili, kita lap meja, ambik order. Kalau jadi tokey takpe la jugak. Macam aku cakap tadi, positif kan riak muka kau tu. Dalam hati kau je yang tahu. Pastu bertelingkah lah hati dan perasaan. Terlepas ke mulut jadi la cakap sorang2. Aku tak tahu la kalau ada orang panggil aku gila masa tu. Sepanjang yang aku tahu takde la. Haha.
Sekembalinya aku ke company tu, dengan kuasa allah, orang pertama yang aku terserempak di lobi bangunan adalah dia! Terpaku dia dan aku masa mula2 terjumpa. Lepas tu jumpa lagi, lagi dan lagi. Tapi sekalipun aku tak bagi response nak borak. Aku buat tak tahu je walaupun dia try hard nak sapa aku. Ada time tu aku tak pusing langsung walaupun aku dengar dia panggil aku. Aku berjalan je menonong macam takde apa berlaku.
Masa first day jumpa tu, hari tu aku ada training baru masuk kerja. Dalam training room tu, ada senior bagi course, aku terkumat kamit baca al fatihah kat belakang. Tak selesa sungguh rasa hari tu. Bergelut dengan perasaan tak sedap hati. Macam ada benda main atas kepala. Aku rasa selepas dia tengok aku tu dia refer bomoh dia, camne budak ni ada sini? Dah berubat ke? Macam tu la mainan perasaan aku masa tu. Benda ni bukan sakit yang boleh refer klinik. Bukan jenis sakit yang boleh refer pengamal perubatan itu ini. Nanti jawapan diorang macam2. Benda tak nampak mata kasar. Lagi pulak kalau korang study jin ni, macam2 yang diorang boleh buat. Reka cerita. Berlebih2an masa cerita. Aaahh aku masa tu harap sangat benda ni boleh stop. Penat la dengan gangguan semua ni.
Selain tu aku pernah nampak member aku tu dalam masjid. Dia duk di hujung belah sana aku belah sini. Atas saf yang sama. Masa tu aku tengok dia masih duduk tahiyat akhir. Tapi dah habis semayang. Khusyuk doanya. Sedih sayu mukanya. Setau aku dia tak semayang masa zaman kami sama dept dulu. Ada akak2 yang baik dengan aku tak suka sangat beliau ni. Ada la kes antara diorang. Sama ada pasal kerja berkira atau personal macam gatal merenyam atau apa. Aku tak pasti lah. Tapi dia yang aku nampak ni dah berubah lah.
Selepas aku resign dia call kali terakhir nak pastikan aku betul2 resign. Aku ingat lagi masa tu pagi, aku on call duduk atas tangga paling bawah di rumah mak aku di kg. Dia bagitau aku dia promote, ambik tempat aku di dept baru tu. You see, macam mana la dia buat siap boleh promote terus ambik tempat aku sebelum ni. Punya la tak puas hati aku naik sebelum dia. Masa tu aku 27 tahun, dia dah masuk 40. Dia siap sambung belajar tapi bos rekemen aku dulu, bukan dia. Bos taruk dia di partition belakang, aku duk tengah ruang dept. Bagi kerja yang sama dah banyak tahun, aku pun kerja yang sama tapi aku masih baru. Lagi pulak aku ni baru masuk tapi sikit2 bos refer aku. Aktiviti ofis pun bos bagi aku. 3 tahun aku ada dalam komiti. Macam mana lagi dia nak tonjolkan diri?
Macam aku tulis dalam para awal tadi, salah tetap salah. Aku tak nak highlight dosa sihir. Tapi ketahuilah korang, rezeki masing2. Kalau dah termaktub rezeki aku naik pangkat dulu, kalau la aku ni kaki bodek sekalipun, korang terima je la sebab kaki bodek ni tak lama. Nanti dia jumpa dengan bos dengan tak makan bodek, dia akan stuck kat level yang sama. Korang maintain je baik hati, buat kerja dengan tekun, jangan banyak komplen. Pesanan jugak untuk diri aku. Sekarang dah kembali ke arena kerja ofis, aku selalu ajar diri supaya jangan pernah dengki dengan kawan2 yang naik pangkat sebelum aku. Biar lah dia. Kalau dia buat benda betul, rezeki akan berkat, allah suka. Kalau sebaliknya, masanya akan tiba. Just wait and see.
Aku dah tak refer mana2 ustaz lagi kalau2 ada lagi benda tu dengan aku. Kadang2 tu aku pun macam mangsa lain, rasa di hati di bolak balik, rasa was2, rasa teragak2.
Sebagai penutup, aku nukilkan satu scene yang best ni buat korang,
Dalam tempoh duduk rumah takde kerja, menunggu interview yang tak pernah kunjung tiba tu, sebagai anak negeri x, ada satu iklan jawatan kosong dalam paper yang aku perasan untuk anak2 negeri x sahaja. Sebelum dapat kerja tu, aku kena jalani kursus dulu. Peluang ni rare sebab masa tu aku dah boleh baca iklan tu. Senang cerita, aku yakin boleh menyelit masuk ke kursus setahun tu lalu akan dapat kerja tu dan balik kerja di kampung halaman pulak. Rezeki datang bergolek.
Macam biasa la aku dengan positifnya apply, di susuli dengan call pulak ke tempat latihan tu untuk pastikan yang nama aku shortlisted. Banyak kali aku call sampai perempuan yang jawap panggilan aku tu dah kenal suara aku. Dia dah jamin nama aku shortlisted ke latihan. Sebab yang apply tak ramai. Tak ramai anak negeri x yang punya kelulusan dalam bidang seperti aku.
Ok, pendek cerita sampai lah masa nak interview ke tempat latihan. Pagi tu aku pun ambik tiket bas balik ke negeri aku. Sampai sana malam. Bulan puasa. Aku pun book teksi untuk pagi esok ke tempat interview. Sementara itu aku pun ke masjid untuk solat terawih. Kononnya. Aku tak balik ke rumah mak aku pun. Mak aku pun tak tahu aku dah dekat2 dengan rumah. Sampai di masjid, boleh pulak aku patah balik ke stesen bas, beli tiket balik kl. Pagi esok aku ada di kl. Bila orang tanya, aku jawap;
“tak pe la..”
Lepas tu macam biasa ulang lagi senyum2 positif depan orang. Dalam hati berkecamuk bila la nak dapat kerja.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
macam dah pnah bce je
iri hati ni memang satu masalah besar dalam kalangan manusia sekarang ni.
semoga tabah ye 🙂
Perggh sori to say kesian sgt kt bro… Nsb baik x jadi sewel… Apa pun Allah maha kaya dia yg memberi rezeki kpd hambanya.
Biar kita buat org, jgn org buat kite betul ke idok??
?????????
apa ke bengap aku x phm sgt citer nie…x thu kenapa aku x boleh hadam…tolong…sedih sungguh rsa…
slow slow baca. haha
dy belit2 sket citer ni. memang susah nak paham tapi main point dy boleh lah tangkap.
Aku tak paham bhgian akhir tu.
Pd aku senang je.dia dh confirm dpt keje,tgl dtg interview.tp last minit hati tu jd was2,bolak balik,pdhal mmg nak kerja,perlukan kerja.tp dh setan masuk cmpur, last minit tarik diri.tu yg xdpt2 keje.asik apply je,bila dpt xdtg.
lelaki rupanya..ingatkan perempuan
nak tanya berubat dkt mana ye dgn yg kata nya menggunakan jin islam tu?
dapat tangkap kerja mana. hi colleague! 😀
Aku pon kdg2 jd mcmni.dr zamn study dulu.xtau la org dengki ke xde rezeki ke malas ke
Tp bila dh usaha,last minit jd mls.tarik diri.
Skrg kerja sbb trpaksa je.tp asik apply keje lain sana sini.bila org panggil intrview xpergi.dh dekat 10 tahun aku mcmni.
iri hati busuk hati sesama manusia tu dh biasa selagi tak kiamat
Hasad dengki salah satu penyakit hati yg parah. Tahu dia jahat. Tapi kalau ko maafkan dia ko mmg manusia hebat in syaa Allah ganjaran sngt² besar. Tapi ni just ingtkan je. Tahu org yg buat salah kat kita bhkn mcm ni lagi kmilit sngt lah nk maafkan. Den doakn ko dilindungi Allah…aaminnn…
Jalan cerita menarik. Rase simpati gak bace..
Gaya penyampaian mmg mcm org yg kelakar…cume ade sket2 part yg susah nak paham but it’s OK..anyway…teruskn usaha n tawakal…semoga dipermudahkn segala urusan..good luck 🙂
Tak paham cerita. Banyak sangat melalut
Tumpang kasihan , Semoga tabah dalam apa jua keadaan dan sentiasa dalam lindungan Allah.. Jalan cerita yg panjang dan aku leka membacanya sampai tksedar dh habis , selamat berpuasa .
Suka baca perkongsian yang ini, tak lebih tak kurang. Semua realistik and benda yang memang jadi kat dunia ni. Aku pun sebelum ni resign, belum dapat keje tapi resign sebab tak tahan keje bawah boss yg sikit psycho tak percaya staff and suka mental abuse staff. Aku blah even dah enam tahun keja tapi dilayan seperti balaci. Aku dapat position yg agak penting untuk company, aku suka buat tapi aku dimental abuse hari hari. Mana kau tahan bila kena maki hari hari mcm sial. Aku bertahan sebelum ni sebab company benefit. Aku bertahan sebab kesian dengan compny. Kawan aku cakap aku kental, aku selalu buat lawak bangang aku positif aku selalu bagi depa gelak. Tapi boss mana nak kesian dgn kau. Pada dia, kau dah dibayar so? Hadap la makian dia yang acah pakej tu. Masa resign nak cari kerja bukan senang, aku buat mcm mcm mcm part time as long dapat duit nak lepas hutang. Boleh faham perasaan sakit and down masa takde kerja tu bro. Member call, whatsp tak berenti tapi aku tak layan, aku buat busy padahal aku down aku murung and pernah rasa nak bunuh diri. Syukur aku ada agama. Alhamdulillah aku dapat better offer and better treatment dari tempat lama dulu. Aku cuma nak cakap kat sini, kalau korang ada kwn kwn satu tempat kerja yang kau selalu nampak dia gelak, senyum, kelakar and positif even lepas kena maki dgn bos baik kau ajak dia lepak lepas keje. Kadang kadang kau tak tahu orang orang mcm nilah yang dalam kepala otak dia dah standby nak gantung diri masa balik rumah. Depression is real guys. Ia perasaan yang tak datang dalam bentuk fizikal. Kita takkan boleh nmpak.