Budak Tanpa Wajah

Salam Sejahtera semua, Cerita aku ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri, dan kisah ini membuatkan diriku dilanda trauma tersendiri untuk memandu seorang diri apa lagi waktu tengah malam.

Kisah ini berlaku sekitar 5 bulan yang lalu, dimana aku mengalami kejadian ngeri ini ketika mau berpulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan hari Gawai. Malam sebelum perayaan tersebut terjadi, Keluarga sudah pun balik ke kampung pada pagi hari namun diriku yang ketika itu kebetulan masuk shift malam terpaksalah balik seorang diri tanpa berteman.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam, ketika habisnya waktu bekerja aku terus balik ke rumah dulu untuk bersiap sebelum menempuh perjalanan jauh yang dihitung kira-kira 2 jam setengah untuk masuk ke kampung pendalaman.

Selesai mandi, packing barang keperluan semua aku terus start enjin kereta dan disinilah permulaan kejadian yang tak terlupakan oleh diriku sendiri. Dalam perjalanan jauh tu, jam di tangan sudah menunjukkan 11 lebih malam.

Ketika dalam perjalanan itu, sebelum masuk simpang ke pendalaman aku merasakan satu hembusan angin dekat sebelah kanan telingaku seakan-akan ditiup. Dengan refleksi aku menepis telingaku dan menghiraukan apa yang berlaku untuk menyedapkan hati yang sudah bedebar dah mula rasa seram sejuk di seluruh badan dan meremang di setiap bulu roma dekat tanganku. Untuk menyedapkan hati yang gelisah secara tiba-tiba itu, saya menaikkan volume lagu di dalam radio.

Ketika sudah masuk simpang untuk masuk pendalaman yang mengambil masa 40 minit untuk sampai ke destinasi itu, 15 minit pertama setelah kejadian itu tiada apa-apa berlaku, namun masuk minit yang seterusnya hal pelik mula terjadi.

Sedang aku masuk selekoh ke kiri jalan, aku terdengar bunyi ketukan dari cermin belakang sebanyak 3 kali. Kepala aku terus tertoleh ke belakang dengan cepat setelah mendengar bunyi ketukan itu tadi untuk mengecek namun tiada apa-apa berlaku dan menoleh lagi kehadapan. Kejadian ketuk mengetuk itu tidak langsung berhenti di situ, iya berbunyi sekali lagi namun bunyi ketukan itu berpindah ke cermin tingkap seat penumpang sebelah ku. Dengan hati yang tak tenang aku menaikkan lagi kelajuan kereta supaya sampai ke kampung dengan cepat.

Habis bunyi ketukan tersebut berlaku, beberapa meter di depan tersebut ada sebuah sekolah yang lama tapi masih dipakai untuk para pelajar untuk belajar yang memang untuk budak-budak di kampung itu. Ketika melewati sekolah tersebut, Mataku yang tak rabun dan masih terang ini menangkap sosok tiga orang yang berpakaian sekolah yang seperti menunggu di sebuah bus stop di depan sekolah tersebut. Kerana cahaya pada tiang lampu di depan bus stop itu memang terang, mata aku melihat dengan jelas ketiga-tiga budak sekolah yang tengah berdiri tersebut TIADA WAJAH. Tiada wajah yang saya maksudkan adalah muka yang bersih, kulit yang pucat dan yang lagi mengerikan wajah tersebut tiada mata, hidung dan mulut seperti manusia normal yang pada umumnya.

Kepala mereka seperti memandang kearah kereta saya yang melewati sekolah tersebut dari kiri ke kanan jallan dengan ekpreasi kaku. Gila! Jantung aku serasa macam nak jatuh, peluh yang membasahi seluruh wajahku dan nafas yang teratur seperti baru habis joging saja.

Untuk berpikiran positif memang aku tidak boleh kerana siapa sahaja budak sekolah yang masih sekolah sampai tengah malam? siapa juga masih bersekolah time cuti sekolah lagi? Banyak persoalan dalam diri aku dan sekolah memang tutup habis bagi para pelajar dan pengajar untuk menyambut hari perayaan mereka.

Masalah kejadian itu belum lagi habis disitu, bila sudah jauh sedikit dari sekolah tersebut, kereta yang aku pakai tiba-tiba m**i enjin dengan sendiri dan aku yang memang sudah hampir hilang waras berusaha untuk hidupkan lagi. Aku pelik kerana sebelum aku berjalan jauh aku sentiasa check minyak, air atau segala keperluan kereta untuk aku sampai dengan selamat tapi hampir 20 kali aku start enjin belum juga mau hidup. Mau call family untuk ambil aku, telefon pula tiada line, jam ditangan sudah menunjukkan pukul 1 setengah pagi. Aku stuck di dalam kereta dalam kira-kira 30 minit aku cuba hidupkan lagi dan barulah kereta boleh hidup lagi dan aku bersyukur kerana tidak akan tidur dikereta sampai pagi untuk dapatkan bantuan.

Sebelum aku teruskan perjalanan aku berdoa dahulu di dalam hati semoga dapat perlindungan dari Tuhan
supaya sampai ke destinasi sepatutnya. Setelah berdoa aku langsung teruskan perjalanan ku dan akhirnya sampai ke kampung halamanku tepat jam 2 pagi. Aku masuk saja bilik terus tidur di sebelah mak aku yang memang sudah tidur itu.

Kejadian tersebut memang tak pernah ku alami seumur hidupku dan tiba-tiba aku harus mengalami hal malang tersebut. Aku terus demam selama seminggu lebih dan Hari Gawai ku habiskan dengan demam sepanjang hari dan aku memang tidak rasa semangat lagi setelah kejadian itu. Dan untuk sekolah itu, Bapa ku (yang pernah bersekolah di situ) berkata kalau belakang sekolah itu adalah tapak perkuburan Iban yang lama dan memang banyak kejadian menganggu penduduk kampung terutamanya pada tengah malam. 5 hari setelah kejadian itu aku langsung bercerita ke keluargaku dan dibawa bapaku berobat ke tok penghulu yang pakar dalam berobat secara tradisional dan kata tok penghulu kalau aku sempat hilang semangat beberapa hari dan dia mengembalikan lagi semangatku.

Itu sahaja ceritaku, Maaf kalau ada kata yang tidak lengkap atau kurang sesuai dalam bentuk ucapan kerana saya memang tidak mahir dalam melengkapkan ayat, niat sekadar berkongsi kejadian tersebut yang bagiku bukan sahaja menakutkan tapi memori yang tak terlupakan oleh diriku. Terima kasih sudi membaca kisah ku ini. Bye

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 1.3]
Aku Kibin Merayang

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.