Assalamualaikum semua.
Ini cuma sebuah kisah fiksyen yang aku tulis. Ini merupakan percubaan pertama aku untuk cuba menulis kisah seram yang aku buat sendiri. Mungkin tak berapa seram kot. Aku ni mana pandai kalau seram-seram ni. So, enjoy.
“Ini ke rumah sewa kita?” tanya Anis sambil melihat sekeliling.
Yasmin dan Hanan mengangguk. Yasmin, Hanan, dan Anis baru sahaja berpindah masuk ke rumah yang disewa mereka. Rumah itu mempunyai 2 bilik tidur, 1 dapur, 1 ruang tamu dan 2 tandas. Sudah cukup selesa untuk mereka bertiga tinggal di rumah itu.
Hanan telah memilih untuk tidur berseorangan di bilik yang kedua, manakala Anis dan Yasmin tidur bersama di bilik utama. Mereka mula mengemas barang-barang mereka dan menghias rumah itu. Tiba-tiba sahaja Hanan bersuara.
“Korang rasa, adakah logik kalau rumah secantik ni, harga sewanya sebulan cuma RM200?”
Anis dan Yasmin memandang sesama sendiri. “Mungkin tuan rumah ni tak ambil untung kot” kata Yasmin.
Sebulan mereka tinggal di situ, semuanya baik dan berjalan lancar. Tiada apa-apa gangguan mahupun perkara yang mistik berlaku. Sehinggalah satu malam…
Mereka bertiga duduk di ruang tamu bersama sambil menonton televisyen.
“Hanan, kau ada masak ke?” tanya Anis.
Hanan menggeleng. “Apa kata kau tapau je kat Kedai Mamak depan tu. ” cadang Yasmin. Hanan bangun lalu menyarungkan jaket dan tudungnya. Tidak lupa juga untuk membawa dompetnya sekali.
“Aku pergi dulu.”
TOK! TOK! TOK!
Anis memandang ke arah pintu rumah itu. “Hanan?” panggil Anis. Dia berjalan ke arah pintu rumah dan membukanya.
“Kenapa lama sangat?” Anis tergamam dan berdiri kaku apabila melihat tiada sesiapa yang berdiri di depan pintu. “Mungkin itu cuma perasaan aku kot,” fikir Anis sendirian. Namun, sebaik dia melangkah masuk ke dalam rumah, lampu ruang tamu itu berkelip-kelip seperti lampu yang sudah rosak. Akhirnya, lampu itu terpadam. Seluruh rumah menjadi gelap.
“Ish…blackout pulak dah,” kata Anis.
Dia berjalan dengan perlahan sambil mengeluarkan telefonnya untuk menyuluh rumahnya yang gelap itu dan mencari lilin. Namun, tiada sebatang lilin pun yang dijumpainya. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk mengejutkan Yasmin yang telah lena dibuai mimpi seketika tadi.
“Yas! Bangun Yas!” Anis mengejutkan Yasmin yang sedang tidur dengan lena itu.
Yasmin terjaga dan masih dalam keadaan yang mamai. “Kau nak apa ni?” tanya Yasmin. “Teman aku boleh? Hehe. Bosanlah duduk sorang-sorang dalam gelap ni,” terang Anis sambil tersengih-sengih menunjukkan giginya yang putih itu. Yasmin sekadar mengangguk sahaja. “Kenapa kau tak pasang lilin?” tanya Yasmin. “Tak jumpa,” jawab Anis. Yasmin menggeleng kepala lalu mengambil telefonnya yang diletakkan di atas meja.
Anis dan Yasmin berjalan bersama ke dalam bilik. Anis mengambil sekotak lilin yang dijumpainya di atas meja belajarnya. Anis mengambil lighter yang terdapat dalam poket seluarnya. “Alamak! Lighter habis pula!” Anis dan Yasmin mengeluh. Terpaksalah mereka duduk bergelap sehinggalah eletrik ada.
-30 MINIT KEMUDIAN-
“Kau dengar bunyi tu tak, Yas?” tanya Anis. Dia mula memandang sekeliling. Sudah setengah jam mereka tunggu. Bekalan eletrik masih belum disambung dan Hanan masih belum pulang ke rumah.
“Bunyi apa pula yang kau dengar ni?!” marah Yasmin. Walaupun Yasmin meminati filem seram dan cerita seram, dia memang seorang yang penakut. “Bunyi tu datang dari bilik kitalah…” kata Anis. Bulu romanya mula menegak. “Cuba kau cakap bunyi apa? Aku nak dengar sikit,” kata Yasmin. “Dari bilik kita, aku dengar orang menyanyi dalam tandas sambil ketawa tu…” Anis berkata. Badannya mula menggigil akibat ketakutan.
“Kalau macam tu, kita check nak? Mana tau itu Hanan ke. Mungkin dia saja prank kita,” cadang Yasmin. ” Ish…aku 100% pasti tu bukan suara Hanan! Mana ada suara dia terlebih merdu! Satu lagi, dia tak akan nyanyi lagu seram Lingsir Wengi tu,” terang Anis panjang lebar. Yasmin hanya mengangguk. “Lagipun, awak tu penakut. Kang nanti keluar kak pon kat bilik tu dengan rambut mengerbang awak pula yang pengsan,” kata Anis lagi.
Yasmin mengangguk lagi.
Bunyi air paip yang mengalir tadi sudah berhenti. Yasmin dan Anis memandang sesama sendiri. Kini, mereka terdengar pula bunyi tapak kaki berjalan. Anis sudah bersedia dan memberi isyarat kepada supaya dia dan Yasmin boleh bersedia untuk lari jika sesuatu yang buruk berlaku.
TAP! TAP! TAP!
Bunyi tapak kaki itu semakin hampir dengan mereka berdua. Kelibat seseorang masih belum kelihatan.
“TAKUT KE?”
Anis dan Yasmin berlari keluar dari rumah dengan secepat mungkin. Mereka tidak menghiraukan keadaan sekeliling lagi. Mereka terus lari tanpa mengunci pintu mahupun tingkap.
Sedang mereka berlari…
BUK!
“Aduh!” Anis menjerit. Dia terjatuh.
“Woi! Korang ni lari-lari kenapa? Takde kerja ke?” Hanan kelihatan terkejut melihat kelibat Anis dan Yasmin lari lintang pukang.
“Hanan! Kitorang kena ganggu!”
Hampir 1 jam berlalu. Hanan, Anis, dan Yasmin masih duduk di Restoran berdekatan rumah sewa mereka. Kerana Anis tidak mahu pulang lagi kerana masih ketakutan.
“Jomlah balik Anis! Dah hampir sejam kita di sini!” pujuk Hanan.
Anis menggeleng. Susah betul ingin memujuknya.
Setelah puas mereka berdua memujuk Anis, akhirnya dia bersetuju untuk pulang.
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, mereka masuk dan memberi salam. Keadaan rumah masih gelap gelita dan…
BERSAMBUNG…
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
1
Cite ni xdela pnjg mana pun nk bsambung2 haihhh. Lg satu cite ni mcm ada psamaan sikit dgn cite umah sewa rm50 tu
pendeknyaa tak puas bace..
X suka cite bsambong…alang mnyeluk pkasam..biar la smpi hbs..sk nk bg org mnanti tertanya2..benci tau…huhuhuh
Aduhhh..senapas haku bc..
Nape la bersambung.. Nice story anyway.. Sambung cepat sikit tau
Alaa.
Emosinya I tiba tiba bersambung haha. Cepat cepat sambung next entry ye ☺
citer brsmbung cmni lh wat aku mls nk lyn dah pasni… cauuuu
tau bullet train x?mcm tu la aq baca cerita ngko ni,hahaha.
aq x kisah kalo ade cerita bersambung.tu hak writer la nak sambung ke x.tp cerita ngko ni x patut bersambung sbb terlalu pendek.
cerita pendek & terlalu direct.tak sempat bulu halus aq nak meremang cerita da abes.sori bro/sis, cerita x sampai la.mungkin lps ngko continue cerita ni keseraman tu sampai la ke hati aq.aq bkn nk kondem ngko.terima la komen aq ni dgn hati setenang air dikolam.kipidap.teruskan usaha anda..chow~
Ngko sbot nmer aq ker tu
ngko igt ngko je ade bulu halusss??hahaha
Aq jer gner nmer tu… aq syk ko sngja pggil aq hahahaha
haihh..xdak la pgil ngko..x kuasa jemah..haa..yela.aq gune bebulu kasar la pasni.haha
Criter ok. Nper smbong. Pndek jer pon
Dikkk… mcm ni. Adik pergi dekat word. Taip cerpen adik kat situ. Kalau dah sampai pages ke 15 cerita adik masih lagi x habis, barulah adik boleh kata ianya bersambung. Kalau baru sampai page 6 adik dah tulis sambung. Akk risau adik kene marah je nanti. Sikit sangat. Pendek sangat dik. Apapon kak nora bagi 5 bintang. Kak nora ada shooting tapi masih lagi sempat nak bagi kata kata murni dekat sini.
hahaha yang penting kita enjoyyyyyyy
Akk tengah cari pelakon tambahan nak join dunia lakonan x
kak nora..hati2 shooting tu.u kan preknen.kirim salam jejai.
niceeeee…..bole lah join pelisss……i like kak nora
kalau 6 pages pun bersambung jgk ler kak nora danishhh..kalau 6 perenggan,setiap perenggan 4 ayat tu wajarlah diteruskan tanpa perlu acah2 bersambung…seksa jiwa raga bakul duk tunggu updet..takut lesap di awan awangan jela..hihihi
Fasha Sandha berlakon sekali ker?
Ok..
Adeeehhh…
Baru sampai kedai mamak dh bersambung ke???
Lengkali panjanglah sikit dik…
Bagi ar dh sampai Dubai ke, Zimbabwe ke…
Adoooiii…
Errrk… alaa napa bersambung pulak??
delusional..
very good story i like but why arent you continuing the topic. Good One!!
aikk? pendek benar cerita nih?
harap sambung cepat ya..
Jangan buat cerit tergantung
2/10 Takkan dapur tak dpt nyalakan api dapur?!
Kenapa sambung
CERITA NI KELUAR TAHUN 2017..NI SEKARANG DAH 2021..4 TAHUN DAH, SAMBUNGANNYA MANA WOIII??NGAN BETOLLAH TULIS CERITA TAK HABIS NI