Assalamualaikum warga FS, kornag mesti pernah dengar banyak cerita pasal bunian kan? Aku pun percaya yang dorang ni wujud sebab dorang pun makhluk Allah. Sorry cerita aku ni panjang sebab berkait rapat huhu.
Ayah aku dulu seorang tentera (askar pencen sekarang) so bila kerja gomen dorang akan sediakan rumah la en. Aku dibesarkan dalam kem tentera sehingga aku berumur 16tahun, dalam kem tu memang besar bila pukul 10 je perumahan aku tu memang sunyi. Dulu aku duduk rumah kauters tentera je. Satu blok ada 8 pintu dan 4 tingkat.
Nak jadikan cerita belakang blok aku ada landasan train lrt, kalau baru pindah memang tak selesa la sebab bunyi dia ngilu sangat bila lrt lalu dekat belakang ni.
Dulu phone android ke iphone tak terkenal lagi, aku dapat first phone aku 3310 je. Tu pun happy gila sebab boleh call call orang text messagge hahaha paling best boleh bukak radio hahaha. Time tu dah pukul 9 lebih sebab excited sangat belek belek phone tu sambil dengar radio, adik kakak dengan parent semua dah tidur. Btw aku memang tidur sorang (tak suka kongsi) entah camne aku boleh terlelap sambil pegang phone time tu
Dalam tidur aku macam terdergar bunyi kompang, gendang macam tengah raikan majlis perayaan gitu. Biasa la bila kat majlis bunyi bising orang gelak sakan, dengar orang bersembang, menjerit, budak budak gelak nangis semua la. Memang meriah sangat. Sampai bunyi train lalu pun tak dengar. Pastu bunyi tu makin kuat macam buat bebetul sebelah blok aku, aku bengang la sebab orang nak tidur boleh pulak nak bising bising. Aku bukak je mata sebab tetiba semua yang aku dengar tu hilang.
Aku gagahkan jugak bangun dari katil tengok kat tingkap tepi dan depan katil. KOSONG. TAKDE ORANG LANSUNG. GELAP. SUNYI. tu yang aku nampak dari pandangan tingkap aku. Kalau nak tahu tingkap aku yang tepi katil tu berhadapan dengan taman permainan. Aku capai phone tengok dah pukul 3, naik katil terus pejam mata baca apa yang patut.
Esok pagi aku tanya parent adik kakak dengar tak semalam macam ada orang buat kenduri tak jemput kita, pastu mak aku cakap manade orang buat kenduri sampai lewat camtu. Aku diam.
Hujung tahun tu (tahun yang sama) aku balik kampung johor. Aku kalau balik kampung, aku suka pergi rumah paklong aku. Sebab rumah dia dekat muara laut China Selatan, so depan rumah paklong aku ada jeti besar and banyak bot mancing. Biasa budak bandar memang jakun sikit ek hahaha. Bila senja paklong aku suruh masuk rumah, area jalan rumah dia tu gelap sangat. Takde lampu jalan, jalan pun kokak habis lobang sini sana. So better duduk je rumah.
Malam tu malam jumaat, lepas banyak yassin dengan family paklong aku ni, makan terus lepak dalam bilik. Keluarga paklong aku ni kecik je, sepupu aku ni, nurul (bukan nama sebenar) anak tunggal perempuan. So malam tu time nak tidur aku dengar lagi bunyi yang sama. Tapi ni kira lagi meriah, sebab aku dengar muzik kuda kepang. Bunyi orang main gamelan jawa (gong kecik) mula mula slow pastu makin kuat dan rancak. Aku cuit nurul, aku cakap “kau dengar tak apa aku dengar?” Dia pandang aku pelik. Aku still blur menantikan jawapan dia. Dia tarik aku tidur, dia cakap “tidur la weh esok kita cite”.
Esok pagi tu aku celik je mata terus tengok nurul takde dekat sebelah. Keluar bilik tengok dia dekat dapor tolong maklong aku buat bekpes. Aku mandi dulu terus tolong apa yang patut. Lepas bekpes, aku lepak lagi kat meja makan tu. Maklong paklong kuar beli lauk nak masak lunch. Aku panggil sepupu aku, ” weh cite ah apa kau nak cakap malam tadi”. Nurul tarik kerusi duduk sebelah aku cakap, “aku tak dengar sangat, tapi act apa kau dengar tu memang betul”. Aku dah cuak hahaha walaupun time tu tengahari panas lit lit pun aku still meremang tenguk tapi still curious pasal malam tadi.
Nurul sambung cerita lagi, “belakang rumah ni memang ada kampung bunian, dia tak tunjuk diri tapi dia saje nak bagi kita dengar sebab nak bagitahu kita yang dia ada kat situ. Ayah kawan aku pernah hilang selama 3bulan tersesat masuk kampung dorang walaupun hari hari dia lalu tempat yang sama. Sebab dia nampak sekumpulan lelaki jemaah pakai baju serba putih, dia tegur beri salam dekat sekumpulan lelaki tu. Dorang bagitahu kat ayah kawan aku ni nak gi majlis cukur jambul baby baru lahir kat sini. Dorang jemput ayah kawan aku ni pergi sekali. Ayah dia tumpang tido kejap. Lepas bangun ayah kawan aku dengar bunyi bising kereta. Rupa rupa dia kat tepi highway. Punya nak m**i family dorang cari tak jumpa last last jumpa kat situ dan masa dorang jumpa ayah dia bau wangi sangat tapi bila orang tanya nama dia blur. Dia hilang ingatan.”
Aku diam je dengar nurul cerita. Nurul cakap lagi dia suruh kita dengar sebab dia nak tahu yang dia wujud dan dia ada dekat situ. Aku angguk pelahan, maybe apa yang aku dengar sebelum ni mungkin dia cuma nak bagitahu dia wujud. Lepas tu aku keluarga aku start kena benda pelik pelik jadi, tu nanti aku cite. Ni pun dah panjang bonar den karang nak bagi korang faham. Huhu nanti ada masa aku karang lagi
Lot of love, ZS.
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Kt pokok besar blakang umah aku ni pn kg. bunian gak weh… Tp x de la semeriah kg.bunian kt tmpt writer.. Kt sini suka lalu lalang n perhatikan org aje…
biasa
subuh tadi aku dengar mereka solat subuh, lepas tu macam berzikir tapi tak tau apa butir percakapan zikirnya. tp bunyi macam suara ramai lelaki sebut serentak. bunyi nye camni… hak, huk, hak…. gong (bunyi gemalan), berulang kali dalam 2-3min.
perghh..3 bulan tu
Cerita la lagi.. Best