Bunyi Orang Berjalan dan Siapa Budak Itu?

Bunyi Orang Berjalan

Hai…korang dh baca kisah aku ek pasal chalet seram, nie aku nak cerita pulak pasal klinik tempat aku keje. Kisah nie berlaku tahun nie jgak. Harap korang terhibur dengan cerita aku. Dalam pukul 2 ptg ari jumaat, aku dah masuk klinik. Yelah.. byk data pesakit aku tak sempat nak masukkan. Biasa bila sorang2 mcm nie, aku suke kunci pintu depan klinik bukan sbb apa, untuk keselamatan. Lagipun aku boleh monitor melalui tv cctv kalau pesakit or staff klinik datang. Masa tengah khusyuk masuk data pesakit, dengar pintu klinik bergegar. Biasanya angin pon  boleh sbbkan bunyi camtu. so, aku pun ignore kan jer. tak layan mane.

 
Buat pengetahuan korang, klinik aku ni agak femes dengan citer mistik sbb tempat ni dlu paya. Pernah jugak kena usik-usik tu. Aku ni pulak jenis suka tgk video or cerita-cerita mistik. Pernah sekali tu bunyi barang jatuh kat belakang, tapi bila pusing takde apa pon. Kawan ada pernah nampak kelibat budaklah. Banyak cerita jugaklah. Keseraman aku bermula bila aku dengar tapak kaki berjalan dalam klinik. Mulanya bunyi  dia berjalan ker bilik 3, sebijik giler dengar macam orang tengah berjalan. Tengok kut cctv, tapi takde sape. Hati aku dh cuak dah ni. Sedapkan hati takde apa lah. Hakikatnya aku dah gelisah. Kali kedua dia bunyi kat bilik 2, pon sebijik bunyi macam org tengah berjalan. Aku siap jenguk tapi takde orang jugak. Cctv pon tak tunjuk apa2. Alahai..kali nie aku dah takut. Seram giler, tapi aku nak lari mane? huhuhu.

Mesti korang dah boleh agak kan, last tapak kaki tu gi mana pulak kan..? Yer last sekali bunyi tu datang ke bilik yang aku tengah duduk. Makin lama bunyi orang berjalan makin dekat. Aku dah tak boleh nak bergerak. Lemah habis dah. Makin lama ia makiin dekat sehinggalah depan pintu bilik, then bunyi tu diam. Huhuhu. Aku tak tahu apa jadi kat aku kalau benda tu tiba-tiba cak aku. Sah aku pengsan terus. Takyah tunggu lama, aku keluar dari bilik tu dan duduk di kaunter. Takde tenaga dah lari. Nasib dia tak ikut aku. Bila staff lain sampai aku tak cerita apa pun pada diorg..seram weii..sehinggalah ade staff lain yang kena baru aku cerita.
Tu saje aku nk cerita..tq sbb sudi baca. Nnt aku update citer lain lg k.

Siapa Budak Itu?

Hai pembaca FS. Nama aku N. Aku peminat setia ruangan ni, dan aku byk membesar dengan pengalaman seram dan mistik sebab arwah ayah aku pandai berubat. Jujurnya semasa arwah ade, kalau dia berubat tempat lain sah rumah kami kena ganggu. Kekadang benda bergolek atas atap tak jatuh, ade benda cakar dinding, ketuk pintu dan mcm2 lagi lah.

 
Ade satu peristiwa tak dapat aku lupakan, time tu adik aku kecik lagi dalam 4 or 5thn. Dia tak sihat sebab demam, lagi pulak pergi pantai dan balik waktu maghrib. Malam tu arwah ayah pergi berubat dalam 10lebih mlm. Adik aku pulak dah menjerit nangis-nangis. Masa tu tak silap aku dah nak tido. Bukak lampu bilik mak tengok hidung dia berdarah. Dia nangis sambil bagitahu ade budak sepak idung dia..ooo..mak aku lak tanya mane “budak” tu..? Adik aku tunjuk arah aku, berdiri sebelah aku…huhuhu..berderau darah aku. Sah kalau korang toleh muka aku memang dah takde darah. Meremang bulu roma aku, kepala aku pulak dah  rase kembang macam belon. Aku terpacak je tak mampu nak gerak.Nak pusing muka pon tak berani. Jantung macam terhenti.

Terus mak aku sergah aku, baru aku sedar. Mak suruh telefon ayah aku, tapi baru je aku nak dail nombor, “budak” tu lari ke dapur. Aku ni ngok jugak. Bilik aku dah la dekat dengan dapur. Aku boleh pergi lari ke bilik aku dan duduk dalam selimut. Habis tunggang langgang surah aku baca. Tak tahu apa dah. Peluh, ketaq takyah kata lah. Macam orang mandi! Adik aku kata “budak” tu ada kt dapur lagi tu.huaaa.. menyesal aku masuk bilik. Sekarang aku dah tak mampu nak gerak. Takut weiii..! Kang keluar dari selimut, dia main cak dengan aku kang. Aku pun duduk macam gitu sampailah ayah aku balik..balik tu..memang still pucat lesi aku. Hilang semangat aku. Lama tu baru aku keluar bilik.

 
Tu jer aku nak citer. Sorry pendek sangat n sory kalau tak seram. Nanti aku citer lagi tapi aku perlu kekuatan untuk citer lebih seram sebab asal nak cerita lebih ade jer pengacau duk kacau aku..seolah olah xbg sgt aku cerita ttng dia..

Sekian.

 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “Bunyi Orang Berjalan dan Siapa Budak Itu?”

Leave a Comment