Assalamualaikum semua!
Kali ni saya nak berkongsi cerita ketika saya buat praktikal dulu. Cerita saya dengan Encik Li, kita break dulu buat sementara. Kalau setiap kali cerita pasal Encik Li, nanti korang bosan pula. Okay, tanpa melengahkan masa, saya akan teruskan dengan kisah saya. Sebelum saya tamat pengajian, saya perlu menjalani praktikal di sebuah sekolah menengah. Dulu, saya tak ada kereta. 3 hari pertama praktikal memang penat sebab kena naik bas awal pagi. Nak naik teksi hari-hari tu memang taklah sebab nanti cepat pokai. Saya berbincang dengan pengetua sekolah tersebut untuk tumpang kuarters kalau ada yang kosong. Rakan saya dua orang lagi memang tinggal dekat dengan area sekolah tersebut dan mereka ada kenderaan sendiri.
Alhamdulillah, ada sebuah rumah kosong jadi saya setuju nak tinggal disitu sepanjang praktikal. Pernah ada cikgu praktikal yang sebelum ni pernah tinggal disitu. Rumah tamu tu dibina dalam bentuk apartment, aras bawah. Jadi tak payahlah saya nak angkat barang-barang. Ada dua buah bilik, sebuah bilik air, ruang tamu dan dapur. Memang sesuai untuk tinggal seorang ataupun berdua. Tambahan pula, ada mesin basuh dan pati ais serta meja makan. Memang selesa rumah ni.
Saya meminta tolong Abang Ngah saya untuk mengangkut barang-barang. Dia belajar di kolej dalam daerah yang sama. Rumah tu dah dibersihkan oleh makcik-makcik cleaner sebelum saya masuk jadi saya tak perlu bersihkan rumah terlebih dahulu. Dah selesai kemas barang-barang, saya ingin ke tandas. Tepi tandas ada bilik yang satu lagi. Saya baru perasan bilik ni. Saya ingin melihat di dalam lalu memegang tombol. Tiba-tiba tombol pintu terasa sangat panas. Saya cepat-cepat membatalkan niat untuk tengok.
Malam tu, Abang Ngah temankan saya tidur di rumah tu. Katanya dia tak nak tinggalkan saya seorang. Selepas solat Maghrib, kami baca surah Al-Baqarah sebab baru pindah masuk. Amalan ini diturunkan oleh arwah Nenek. Dia memang concern bab-bab gini. Cikgu Aina, jiran sebelah rumah menghantar makanan untuk kami dan dia bagi nombor telefonnya jikalau saya perlukan pertolongan. Cikgu Aina ni mentor saya sepanjang praktikal.
Gangguan berlaku pada hari kedua selepas Abang Ngah balik ke rumah sewanya semula. Saya baru pulang dari sekolah jam 3 petang. Saya dah beli makanan di kantin siap-siap. Kira makan malam la ni. Selepas solat Zohor, saya terus ke dapur untuk makan. Meja makan terletak di tengah dapur dan saya boleh nampak bilik kosong sebelah bilik air. Ketika makan, saya ternampak bayangan kaki seseorang sedang mundar-mandir. Pada mulanya saya ingat imaginasi saya sebab masa tu saya mengantuk. Bila tengok beberapa kali, bayangan tu tetap ada. Saya hanya buat tak tahu. Lepas makan, saya tidur sekejap dalam bilik.
Tiba-tiba, saya dikejutkan oleh ketukan yang kuat di pintu. Saya terus bangun dan terus ke pintu utama. Saya intai melalui tingkap di tepi pintu. Tiada orang. Ketukan tu kedengaran lagi dan saya perasan ianya datang dari bilik stor tersebut. Saya memberanikan diri menuju ke bilik stor. Ada orang ketuk pintu tu dari dalam. Dan saya nampak ada bayangan kaki di depan pintu. Saya baca Ayatul Kursi dan 3 Qul, niat untuk pagar bilik stor tu. Alangkah terkejutnya saya bila saya dengar ada suara menjerit. Jeritannya tak lama, dalam 2 minit je. Kemudian, bunyi terus hilang dan bayangan kaki tadi pun turut hilang.
Malam tu, ketika saya sedang seronok menanda homework students, saya terdengar bunyi seretan, macam ada orang heret rantai yang besar. Sekejap kuat, sekejap perlahan. Saya buat tak kisah dan teruskan buat kerja. Lepas selesai buat tanda homework, saya terus masuk bilik dan tidur. Saya bermimpikan seorang perempuan berpakaian lusuh, berambut panjang, sedang mengheret rantai. Dia mendengus marah dan apabila kami bertentang mata, dia menjerit dan menerpa ke arah saya! Saya terus tersedar. Saya bermimpi orang yang sama hampir setiap malam tapi lama-kelamaan, saya dah tak mimpi dah tentang perempuan tu.
Tapi bunyi ketuk-ketuk pintu, bunyi orang mundar-mandir sambil seret rantai, bunyi mendengus memang selalu saja kedengaran. Saya memang buat tak tahu setiap kali benda dalam stor nak tarik perhatian saya. Sampai la minggu terakhir saya praktikal. Masa tu saya ada panggil beberapa pelajar yang lemah datang ke rumah pada waktu petang. Petang tu, ada 3 orang pelajar yang datang (pelajar perempuan je, bukan lelaki. Memang mencari nahas la kalau panggil pelajar lelaki datang). Masa kami buat perbincangan, salah sorang daripadanya, Nana, asyik melirik matanya ke arah bilik stor. Masa tu memang ada bunyi orang seret rantai tapi yang dua orang lagi tu tak dengar. Saya pada mulanya buat biasa-biasa je.
Sehinggalah masa diaorang dah nak balik (saya buat kelas intensif ni sejam je), Nana memberitahu saya yang dia berasa takut sebab dengar sesuatu yang pelik. Yang lain cakap tak dengar apa-apa. Nana ni rupanya macam saya jugak, ada 6th sense. Saya cakap kat Nana, tak ada apa-apa. Benda tu tak kacau pun. Dia buat bunyi je. Malam tu, makhluk dalam bilik stor tu tak buat apa-apa bunyi pun. Agaknya dia dah bosan kot.
Malam terakhir saya di rumah tu, saya bermimpi perempuan tu lagi. Kali ni dia tak ada nak menerpa ke arah saya ataupun menakutkan saya. Dia cuma berdiri sambil memandang sayu ke arah saya. Mungkin dia nak minta tolong tapi dia tak pandai nak cakap. Saya ada jugak tanya dia tu siapa, tapi dia diam. So saya assume yang dia ni bisu.
Esoknya adalah hari terakhir praktikal. Cikgu-cikgu buat jamuan perpisahan. Masa tengah makan-makan, salah sorang ustazah tegur saya. Dia tanya, tak takut ke duduk rumah tu sepanjang praktikal. Saya cakap mula-mula tu takut la jugak sebab ada gangguan. Lama-lama tu dah jadi lali sebab benda tu buat bunyi-bunyi je, bukan keluar dari bilik stor pastu kejar saya keliling sekolah. Ustazah tu bagitau la, bilik stor tu memang tempat dia. Ada ustaz dah pagar. Tapi kalau ada orang buka, benda tu akan buat kacau. Sebelum ni ramai yang dah kena. Tapi disebabkan saya tak buka pintu stor tu, benda tu tak boleh keluar. Saya tanya ustazah tu, ada apa-apa kejadian ke dalam bilik stor tu. Ustazah tu cakap, dia pun tak tahu sangat cerita disebalik bilik stor tu. Cuma benda tu memang suka duduk dekat situ.
Sampai sini saja la kot kisah saya. Saya rasa tak seram sangat kisah saya kali ni. So, saya minta maaf banyak-banyak. Oh ya, saya enjoy cerita Ijam. Sangat lawak dengan adegan typonya, adegan sambung-sambungnya. Sampai ramai orang marah berjemaah dalam ruangan komen. Kepada Ijam, cerita awak sangat best. Encik Li pun suka. Haha!
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Wah….. Banyak pengalaman cikgu, aik, en Li pun minat cerita Ijam, hihi, popular la Ijam yek
Seb bek nenek tu x pandai bukak pintu…
Huhuhuhuuu…
Ijam dh amik takhta Mr. M dah ni…
Hehehehehehew…
ok…mr.M ni sape penulisnya…
Rindu pulak kat Mr M… lama betul menghilanggg
Rindu mr. M…ada update terkini ke dr mr. M ni kak yuli?
Akak suka story awk. Story ijam juga..
Akak bygkan encik li hensem..
Heheheheeee….
Agaknya sebab tu la tombol pintu tu panas, tak nak bagi orang lain bukak..
en. li dah jadi fans ijam kachak.. hihi..
amboihh.en li pun dah jadi peminat ijam. apa pun cerita cikgu best.
Aku suke bce kisah cikgu kisah ijam..penuh neutral..salam.perkenalan
mana iban warrior..carlito rockers..danial alam astral….lama x bca citer korang..
cerita cikgu memang menarik.pengalaman yang berharga.harap cikgu terus berkongsikan pengalaman cikgu.
👍
tiba2 rse seram nak masuk mana2 bilik stor