Assalamualaikum semua!
Kali ni saya nak cerita tentang pengalaman mistik yang saya takkan lupakan. Walaupun saya ada banyak pengalaman mistik, tapi ini adalah salah satu yang masih segar dalam ingatan.
Semua sekolah asrama mementingkan solat berjemaah terutamanya solat Subuh, Maghrib dan Isyak. Di tempat saya bekerja, sekolah ini mewajibkan semua pelajar solat berjemaah 5 waktu. Sebelum ni, hanya 3 waktu sahaja tapi memandangkan pengetua lama berpencen dan muncul pula pengetua baru yang sedikit garang berbanding pengetua lama, dia mewajibkan semua pelajar solat berjemaah. Manakala hari minggu pula, pelajar lelaki diwajibkan untuk qiamullail. Pelajar perempuan diberi kelonggaran kerana jarak dari asrama puteri ke surau sedikit jauh. Maka, seronok la pelajar perempuan sebab tak wajib qiamullail.
Seperti biasa, saya dan warden-warden yang lain akan memastikan semua pelajar kosongkan asrama 20 minit sebelum waktu Maghrib dibantu oleh pelajar-pelajar puteri yang berjawatan tinggi – pengawas. Setelah semuanya selesai, kami akan ke surau. Warden yang bercuti biasanya akan pulang ke rumah masing-masing.
Ketika itu hari minggu, maka tiadalah prep malam. Selepas solat Isyak, pelajar boleh balik ke asrama. Biasanya malam minggu, kelab usahawan akan buat jualan secara kecilan. Makanan yang dijual ada makanan berat dan ada makanan ringan. Pukul 9 lebih, ramai pelajar berlegar-legar di kawasan sekitar asrama.
Kebetulan saya bertugas pada minggu tersebut jadi saya tunggu di perkarangan asrama supaya pelajar putera dan puteri tidak berdua-duaan. Saya dan pelajar yang lain melepak dekat gazebo. Ketika itu ada beberapa pelajar lelaki join saya melepak. Kemudian, datang seorang pelajar lelaki ini untuk berjumpa dengan saya. Saya bagitau boleh je jumpa dekat sini. Dia cakap dia nak tunjukkan sesuatu dan tak nak orang lain tau. Jadi, saya beralih ke gazebo satu lagi. Gazebo tu tak jauh dari tempat jualan dan ada seorang pelajar lelaki tingkatan 5 berada disitu.
“Cikgu, tengok ni,” dia menunjukkan sebentuk cincin bermata hitam. “Saya jumpa cincin ni dekat dengan surau.”
“Ish, awak ni! Kenapa awak ambil? Bahaya la,” saya memarahinya sebab saya dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan cincin tu.
“Lebih baik awak buang je. Cincin ni bukan cincin biasa,” kata pelajar tingkatan 5 yang bernama King (bukan nama sebenar). Dia juga macam saya, dapat rasa kehadiran benda-benda mistik ni.
Pelajar tersebut, Acap (bukan nama sebenar) mengangkat cincin tu dengan memegang bahagian yang berlubang (maaf la, saya tak tau sangat bab-bab cincin ni). Tiba-tiba saya dan King dapat rasa angin yang halus lalu di pipi. Saya terus merampas cincin tersebut.
“Biar saya yang uruskan cincin ni!” saya berkata dengan tegas kemudian saya beredar dari situ. Acap tergamam . Saya terus pulang ke rumah. Saya masuk ke bilik, kunci pintu dan letak cincin tu atas meja. Saya tenung cincin tu. Saya dapat lihat ada sesuatu yang bergerak dalam batu yang berwarna hitam. Saya baca Ruqyah lalu memagar cincin tersebut.
Kemudian, saya dapat mesej dari King. (zaman ni belum wujud aplikasi WhatsApp) Dia bertanya tentang cincin tersebut dan risau kalau ada apa-apa yang akan menimpa saya pada malam tu. Saya cakap saya dah pagar cincin tu.
Malam tu, Alhamdulillah tiada apa yang berlaku. Keesokannya, selepas pulang dari sekolah, Encik Li datang dan dia perasan cincin hitam tu di atas meja. Terus air mukanya berubah.
“Buang cincin ni!” katanya dengan tegas.
“Sekarang? Tapi saya dah Ruqyah. Saya lupa nak tunjuk dekat ustaz,” saya berkata.
“Ya, sekarang! Cincin ni bahaya. Ada penghuni,” dia memandang tepat pada cincin tersebut. Patutlah saya nampak ada sesuatu di dalam batu cincin tersebut.
Saya mengangguk lalu mencapai cincin tu. Saya pergi beranda. Beranda rumah saya menghadap pagar belakang asrama puteri dan ianya kawasan hutan. Saya baca bismillah lalu mencampak cincin tersebut melepasi pagar (rumah saya di tingkat atas). Ketika saya membaling cincin tersebut, tiba-tiba lengan saya berasa sangat pedih, macam kena cakar. Saya mengaduh.
Encik Li tiba-tiba menarik saya dan tutup pintu beranda. “Ya Allah!” ucapnya. Saya pelik kenapa dia tarik saya. Kemudian, barulah saya perasan ada kesan cakaran yang sangat besar di lengan saya. Patutlah tadi rasa pedih.
“Malam ni sila pagar bilik. Saya akan datang membantu,” kata Encik Li. “Basuh luka ni dengan air sambil baca al-Fatihah.”
Encik Li beredar. Saya masih tercegat dekat situ. Macam bingung sekejap. Nampak risau benar Encik Li ketika itu. Saya basuh luka dan buat sepertimana Encik Li nasihatkan. Malam tu, saya pagar bilik selepas solat Maghrib dan mengaji al-Quran seperti biasa. Lepas tu, saya meronda ke kelas ketika prep malam. Sebelum prep berakhir, King datang berjumpa dengan saya.
“Cikgu, macam mana dengan cincin semalam?” tanya King.
“Saya dah buang. Tapi sebelum tu, saya dah Ruqyah,” jawab saya.
“Ada orang suruh buang kan?” kata King. “Kawan cikgu kan?”
“Eh, mana awak tau?” tanya saya.
“Saya tau la,” dia sengih. “Saya pernah nampak sekali masa cikgu ronda prep malam. Handsome!” King gelak. Ada –ada je la budak ni. Masa tu saya tahu, dia takkan ceritakan pada orang lain.
“Cikgu hati-hati tau malam nanti. Kalau ada apa-apa, cikgu mesej je saya. Insya Allah saya akan tolong dari jauh,” katanya sebelum pulang ke asrama putera. Saya hanya mengangguk.
Malam tu, saya tidur awal kerana dah tak ada kerja nak buat. Kerja saya dah saya siapkan pada waktu siang. Sebelum tidur, saya pagar bilik. Sedang seronok tidur, saya tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat. Pada mulanya saya ingatkan guruh tapi guruh tak berdentum macam nak roboh atap. Dan saya mendengar satu ngauman yang sangat kuat. Saya teringat tentang cincin yang saya buang tadi.
Ada makhluk yang besar sedang mengamuk di atas bumbung saya. Memang saya ingat dah runtuh bumbung tu. Saya membaca Ayatul Kuris, 3 Qul dan beberapa lagi potongan doa supaya makhluk tu tidak menganggu tapi dia memang degil. Dia mengaum lagi. Kali ni, dia memang marah.
“Tak guna! Tak guna!” dia menjerit. “Keluar kau! Keluar sekarang! Perempuan tak guna! Berani kau buang aku!” Suara makhluk tu sangat garau. Saya agak takut masa tu kalau-kalau dia pecahkan tingkap ke apa ke. Memang meremang bulu roma saya masa tu. Tapi saya yakin makhluk tu tak dapat masuk sebab saya dah pagar.
Encik Li muncul dan member salam. Kali ini dia memakai baju silat dan sebilah keris yang panjang tersisip kemas disisi bajunya. “Biar saya yang uruskan. Awak tidur tapi teruskan berzikir.” Katanya.
“Boleh ke awak lawan dia sorang-sorang? Saya dapat rasa benda tu besar dan ganas,” saya berkata. Risau jugak kalau Encik Li tercedera ataupun tewas.
“Jangan risau,” dia tersenyum lalu hilang. Saya tahu dia pergi berhadapan dengan makhluk tersebut.
Perlawanan antara mereka bermula. Saya dapat dengar segala jenis bunyi yang kuat; dentuman, ngauman, orang berlari, orang menjerit. Masa tu saya buka al-Quran dan baca surah Al-Baqarah.
Telefon saya berbunyi. Ada mesej dari King. Katanya dia boleh dengar ada benda menjerit. Saya balas mesej dia, suruh dia tidur sebab masa ni baru pukul 4 pagi. Dia cakap dia nak bantu tapi saya marahkan dia. Karang jadi apa-apa, susah pulak.
Tiba-tiba, saya perasan tiada lagi bunyi yang kuat tu. Keadaan sunyi dan sepi. Encik Li muncul sekali lagi. Dia cakap dia dah kalahkan makhluk yang menganggu tu. Dia sendiri pun dah kepenatan. Saya suruh dia berehat je kat bilik saya. Saya tanya dia OK ke tak. Dia jawab luka sikit saja. Tak ada apa yang perlu dirisaukan.
Saya pun tertidur manakala Encik Li hanya menyandar di tepi katil saya. Saya ucapkan terima kasih sebab sudi membantu saya. Esoknya saya kerja macam biasa. King tanya saya pasal malam tu. Saya cakap dah OK. Saya tanya housemate saya ada tak bunyi benda pelik. Mereka cakap tak ada, siap tidur nyenyak sebab malam tu sejuk. Saya masa tu tertanya-tanya, dari mana asal cincin tu. Dan kenapa pula ada dekat surau. Budak yang jumpa tu tak kena apa-apa pula. Happy je saya jumpa dia lepas habis waktu persekolahan.
Rasanya sampai sini saja untuk kali ini. Maaflah kalau tak seperti cerita sebelum ni. Insya Allah kalau saya rajin, saya kongsi cerita lagi.
#butirstar
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Best!! Cerita lagi
1/10
Sikit nya hang bg..mana juri fs lain..depa p tgk sukan sea ka
Drng tgh rehat kot.. Smlm bz menari kat opening ceremony ??
Mungkin dorang masuk sukan sea…
Cerita ni best tapi tak lengkap lah..byk part tak masok akal dan encik li tu bukan muhrim awak die boleh masok bilik awak? Dan rehat di situ lepas die tewas kan mahluk tu?
En Li tu setahu sy, bukan manusia. Betul tak penulis?
yeappp .. en li tu bukan manusia .. penulis ni prnh tolong en li tu dulu …
Encik Li Ni dari kaum Jin Islam. Manusia dgn Jin Tak boleh kawen so take istilah muhrim atau bukan muhrim. Kalau org yg x nmpk Jin, xkn nak kena tutup aurat sepanjang Masa walaupun dlm rumah, Kan?
Mungkin bg org lain cerita saya Tak masuk akal. Saya tau bukan semua org Ada experience mcm saya lalui.
Jin islam ke bunian???
best. thank you berkongsi pengalaman
encik li tu bukan manusia..awk kena baca dulu cerita #butirstar-encik li..
En Li tu ular jadian..mungkin bunian… Best.. X masuk akal pun x pa la..cikde suka
Hahaha…hantam sajalah cikde….
0.5/10
So caner cincin tu tetiba blh ada dlm surau?
Kim salam en li
King kata en.li handsome…hmmmm
best apa kejam la bagi 1/10..cuma kurang plot je tulis macam cepat nak habis..kalau tambah plot mesti lagi best..style penulisan dah ok dah.
Haah..kim salam pipah kt En Li jugak ?
10/10 best gilooo ,, lagi lagi lagi
ok..tak tau kenapa nak gelak bila baca komen king pasal cik li…menyempat ….
👍
en li penyelamat!
Nak kenal dengan en. Li boleh tak? Saya dah lama teringin nak kenal dgn bunian…