Byakugan: Mimpi

Assalamualaikum pembaca FS. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan kisah benar yang telah tercatat dalam bab hidup aku ni. Aku pinjam jap “byakugan” dari anime naruto ni sebab tiba-tiba ja aku tringat mata hinata yang “byakugan”(ada kena mengena ka?)…hahaha… tolong jangan kecam saiyaa haa (aku pun naruto lover gak,heh!)… kisah ini berlaku 7 tahun yang lalu… ‘byakugan’ adalah bahasa jepun yang bermaksud ‘mata putih’ dan maksudnya boleh ditakrifkan dari pelbagai segi… macam-macam nama dan terms yang penulis-penulis sebelum ni guna untuk gambarkan hijab yang terbuka…hmm, walau apa pun nama atau terms yang orang nak gunakan, semuanya atas maksud yang lebih kurang sama, mata yang mampu melihat melangkaui norma manusia biasa… kalau nak baca, jom layan… 😉

Malam itu langit hitam pekat. Aku masih menanti suami aku pulang dari kerja. Sementara menunggu, aku transit dulu rumah mak aku. Sebab perjalanan balik ke rumah aku dari tempat kerja melalui kampung mak aku dulu. Suami aku risau aku balik sorang-sorang malam-malam begini sebab hanya kami berdua di rumah. Aku mengusap-ngusap perutku yang makin memboyot ketika itu. Usia kandungan sudah mencecah 7 bulan. Aku dan suami sangat bersyukur bakal dikurniakan cahaya mata. Jam sudah menginjak ke pukul 10 malam. Hmm, agaknya sampai la satgi tu. Detik aku sendiri dalam hati. Tak lama selepas itu suami aku sampai. Selepas berehat seketika dan bersembang-sembang dengan mak dan ayah aku, suami memohon untuk mengundur diri.
Perjalanan pulang ke rumah dari rumah mak aku mengambil masa dalam 20minit. Kami tak banyak bercakap di dalam kereta. Mungkin masing-masing letih setelah seharian berada di tempat kerja. Aku hanya memandang kosong ke cermin hadapan kereta.

Pokok-pokok besar di sepanjang perjalanan kami terasa seolah2 melambai2 ke arah aku. on the way ke rumah aku juga ada jirat cina yang sangat luas menutupi bukit di situ. menambah rasa suram malam itu. Tiba-tiba aku terlihat satu cahaya putih yg malap-malap di hadapan ku…kabus seolah-olah menutupi arah datang cahaya itu. aku cuba amati betul-betul apa sebenarnya cahaya yang aku nampak tu… semakin lama kabus semakin menipis…sedar tak sedar aku berdiri kaku di hadapan rumahku.eeehh, apa pulak ni? aku keliru dan cuba pastikan apa yang aku sedang alami. dalam kekaburan itu aku ternampak seorang lelaki tua… umur lebih kurang 70 tahun… berjanggut putih, berambut putih..berserban dan berjubah putih… pendek kata dari hujung rambut ke hujung kakinya serba putih…dia dikelilingi kabus yang menipis di sekelilingnya…kelihatan bercahaya…aku hanya memandang kosong ke arah lelaki tua itu.

Tiada rasa takut atau terganggu dengan kehadiran dia di situ. lelaki tua itu juga memandang aku. kemudian perlahan-lahan aku nampak dia mengukir senyum ke arah aku. tiada bicara, tiada bunyi apa sekalipun. keadaan begitu sunyi sehingga kalau sebatang jarum jatuh sekalipun mampu didengari dalam suasana itu. tiba-tiba aku rasa lelaki tua itu semakin menghampiri aku. sangat slow motion, seolah2 dia terbang perlahan ke arah aku. aku pula?! tak mampu bergerak. hanya berdiri kaku memandang lelaki tua itu. semakin lama, semakin dekat. hatiku mula rasa berdebar-debar, gerun dan panik dengan keadaan itu. apa yang memisahkan kami hanya pagar rumahku. dia berada di luar pagar, aku pula berada dia di perkarangan halaman rumah. dalam debaran melihat dia semakin hampir,aku memejamkan mataku. rasa takut mula memeluk diriku. arghh, nak buat apa nii? aku terasa bahuku ditepuk lembut. terus aku tersentak.
mataku buka perlahan-lahan. Suami aku tersenyum.

“ayang tertido ke? jom, dah sampai rumah. gi tido kat dalam.”

aku terpinga-pinga memandang sekeliling. biar betul aku mimpi tadi? gusar aku sendiri. aku hanya mengangguk dan akur dengan suamiku. malam itu aku biarkan berlalu tanpa menyebut apa-apa tentang lelaki tua yang ku lihat itu. terasa amat betul sekali. mungkin mainan tidur. aku pujuk hatiku walaupun hati kecil aku menidakkannya.

keesokan malam aku masih sama, menunggu dengan sabar suami aku pulang. semasa kami dalam perjalanan, aku rasa risau juga jika kejadian semalam berulang lagi. aku cuba berbual dengan suami di sebelah. dia lebih banyak mendengar dari bercakap, mungkin keletihan seharian berkerja. aku kemudiannya melemparkan pandangan ke luar tingkap. malam hitam pekat sperti malam sebelumnya.

hanya cahaya lampu jalan dan rumah-rumah kampung yang terlihat di pandangan. tiba-tiba segala-galanya menjadi gelap gelita. macam blackout. aku terpinga-pinga. ehh?? aku berada di halaman rumah lagi? di tempat yang sama, keadaan yang sama. whaattt? di hadapanku terlihat lelaki tua itu. namun kali ini dia berada betul-betul di sebelah luar pagar. aku kaget. apa sebenarnya yang dia mahu? jarak antara kami mungkin hanya dalam 10meter. aku cuba amati dia. ya, betul lelaki tua semalam. serba serbi putih, cuma matanya sahaja seakan2 hampir putih kesemuanya. seolah2 tiada anak mata. aku rasa gerun tiba-tiba. aku cuba nak lari masuk rumah, tapi aku kaku. langsung tak mampu bergerak.

aku hanya terkebil-kebil memandang dia. dia tak bercakap langsung, tapi aku seolah2 faham yang dia nak aku buka pintu rumah ini untuk dia. ya Allah, apa yang aku patut buat? aku hampir2 nak menangis. aku pejam mata aku rapat-rapat. yang tu ja aku mampu buat saat itu. aku rasa bahu aku dipegang, aku takut sangat nak bukak mata. lepas tu, bahu aku ditepuk perlahan-lahan, aku bukak mata sikit. terpampang wajah suami aku. eh? aku mimpi lagi ka? oh why? kenapa aku tak sedar langsung aku terlena atau rasa mengantuk masa dalam perjalanan tadi… semuanya rasa sangat betul ketika itu. aku istighfar panjang. suami aku pelik.

“ayang ok ke? letih sangat agaknya, asyik terlena ja bila naik kereta. hihi”

Aku hanya teresenyum. serba salah samada aku patut bagitahu apa yang aku alami atau mimpi. suami menyuruh aku masuk ke dalam, bersihkan diri dan tidur. aku hanya menurut apa yang disuruh. sebelum melangkah masuk, sempat aku kerling ke arah pagar luar rumah. seolah-olah baru tadi aku nampak lelaki tua itu. hatiku tertanya2, apa yang dia mahu?

Kejadian itu tidak berhenti setakat itu sahaja. hampir setiap malam pada waktu yang hampir sama aku akan mimpi perkara yang sama. over and over again. macam dejavu. hampir sebulan lamanya aku mimpi lelaki tua itu menunggu di sebalik pagar rumahku. seolah-olah dia tersekat dalam mimpi aku.kami langsung tak bersuara, dia pula tak berkata apa-apa. tapi aku seolah2 faham dia mahu aku bukak pintu pagar rumah kami. macam ada bahasa firasat atau telepati yang digunakan untuk berkomunikasi. kandungan aku sudah masuk 8 bulan ketika itu. sarat sangat dah. aku rasa macam nak gila pun ada. takut sangat tertido sebab taknak jumpa orang tua tu. sehinggalah sehingga satu tahap aku rasa mimpi atau apa saja yang aku alami ni macam dah melampau.

malam itu aku mimpi perkara yang hampir sama. cuma kali ni aku sudah semakin dekat dengan pintu pagar. mungkin dalam 2-3 meter ja. aku dapat melihat jelas orang tua itu. serba serbi putih. rambut, serban, janggut…mata…matanya yang putih tu… betul-betul mengundang rasa gerun dan takut…huhu… cuma aku tak dapat lihat dengan jelas bahagian lutut ke bawah, dilitupi kabus nipis, menghalang pandangan mataku untuk melihatnya secara menyeluruh.hatiku berasa gerun lagi. dia hanya memandang aku. pandang ke? entahlah kalau mata dah putih macam tu. huu~…kali ini aku mampu gerakkan tangan. hatiku berkata jangan, tapi jasad aku tak mahu menurut kata hati. tangan aku seolah-olah ingin mencapai selak pintu pagar. tanpa sedar aku menjerit sendiri “JANGAN!!”

aku tersentak sendiri.

Di depan. Macam biasa. tersergam rumah kecil yang kami sewa, aku terpinga-pinga. aku melihat ke sebelah kanan, berkerut dahi suamiku memandang.

“hmm? apa yang jangan?” tanya suamiku hairan.

That’s it. aku dah tak tahan tahap gaban dah ni. memang kena bagitau jugak dengan teman separuh jiwa kat sebelah ni.

“takpa, kita masuk dulu. jap lagi ayang bagitau.” jawabku ringkas.

Setelah selesai bersihkan diri dan bersiap-siap untuk tido, aku pun ceritakan serba ringkas apa yang telah terjadi kepadaku hampir sebulan lamanya. Suamiku hanya diam dan kadangkala mengangguk-angguk kepalanya, mungkin cuba memahami apa yang aku cuba sampaikan. Selesai saja aku bercerita, dia hanya senyum. kemudian dia cakap,

“ayang tido la, abang keluar jap. jangan risau depan rumah je. japg abang masuk.”

terkebil-kebil aku pandang suami aku. dia keluar, dan aku dapat dengar pintu depan ditutup perlahan. aku baring. hanya memandang kosong siling. aku menanti suamiku masuk kembali. namun, aku tak sedar bila masa aku terlena. malamku berlalu tenang dan sepi, tak seperti malam-malam sebelumnya.

subuh itu, aku bangun. aku lihat suamiku tiada di sebelah. aku berjalan ke dapur, pun tiada. pergi ke masjid agaknya. detik aku sendiri. selesai solat, aku dengar suamiku pulang. dia masuk ke bilik, senyum memandang aku.

“Dia nak ‘berkawan’ rasanya…” aku terpana sendiri.eehh? nak kawan?gila ke apa? huhu… suamiku faham yang aku tunggu nak tanya dia tentang perkara ni.

“InsyaAllah, abang dah pagar rumah kita. semoga dia tak datang kacau ayang dah lepas ni..” sambungnya lagi, sambil tersenyum.

“Nasib baik ayang tak bukak pintu tu, kalau tidak… hmm…” ayat itu dibiarkan tergantung begitu.

aku hanya mengangguk. tak tahu apa reaksi yang aku patut berikan. tidak pula aku berani nak bertanya lebih. Namun, keesokkan harinya aku bermimpi lagi. keadaan dan waktu yang hampir sama. mimpi yang terakhir.

aku nampak orang tua itu dalam keadaan yang malap sekali. jika sebelum ini dia datang dalam keadaan bercahaya dan serba putih. namun malap dan kabur benar aku nampak dia kali ni. kami masih dalam keaadaan sama. cuma aku dah jauh dari dia, dekat dengan pintu masuk. dia? masih di luar pagar, hanya nampak dari pinggang ke atas. bawah dari itu kabur dan berkabus. seolah-olah dia terbang. entahlah…takdak kaki agaknya? hiyaakk…

aku nampak dia sayu. semacam ucap selamat tinggal. lama kami begitu. hanya berdiri kaku. kemudian tiba-tiba aku dengar bunyi macam dahan patah. PRAAAKKKK!!. Kuat gila. aku tersentak, aku lihat kepala lelaki tua itu terkulai ke kanan. macam dipatah kan!!! what the hecckkkkk….
aku pejam mata dan menjerit.

Tadaaa..sekali aku terjaga dari mimpi. masih dalam kereta. aku nampak kelibat suamiku di luar kereta tengah buka pintu pagar. Allahu… what was that supposed to mean anyway? selepas dari itu, aku tak bermimpi lagi kedatangan orang tua misteri ke dalam hidupku. siapa dia? apa yang dia mahu? hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah aku selamat bersalin anak perempuan sebulan kemudian.

maafkan aku jika cerita ini terlalu panjang. walaupun dah lama, tapi aku masih mampu terbayang wajah lelaki tua itu. insyaAllah. ada masa, aku akan cerita kisah tentang anak aku pula,Hanabi. macam ada episod pulak,haha… terima kasih kerana membaca. Take care…

-hinata-

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

7 thoughts on “Byakugan: Mimpi”

Leave a Comment