C-5-5

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan kisah aku ni. Aku student sebuah kolej di Perak. Sekarang aku sedang praktikal. Aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku semasa aku menetap di hostel kolej. Hostel aku ialah bangunan 6 tingkat dan berkongsi sekali dengan sebuah hospital. Jarak aku ke kolej 3 minit jalan kaki.

Firstly, masa aku mula-mula belajar kat situ, 2 orang je student junior kos aku yang menetap kat hostel kolej. Kami ni dapat rumah dan bilik yang sama kat tingkat 5. Kat tingkat 6 kosong tau takde org. Dalam rumah tu ada 4 bilik tidur 2 bilik air, setiap bilik ada 4 katil. Katil double decker lah yea. So aku ngan kawan aku ni dapat bilik no 3 dan kami duduk berdua ja. Dalam 2 minggu sebelum aku masuk, rumah tu dah memang ada student kos lain dah yg duduk. First day tu macam biasa la dengar rumah atas tarik kerusi meja, tarik katil dengan berlari lari lah main kejar-kejar.

Masuk sem 2, masa tu student rumah aku yang kos lain tu cuti sem lagi, so aku ngan kawan ja yang dok dalam rumah tu, malam tu kawan aku ni dia keluar date laaa tapi tak balik rumah sampai la pagi. So aku tido sorang laa masa tu. Aku on jaa semua lampu. Aku tumpang tido kat bilik 4 masa tu. Tengah chat kawan aku dalam selimut tiba2 bunyi besi berlaga besi kting..kting. Aku tak tidur sampai subuh sebab takut.

Sem 3 pulak, bilik aku dah ada 3 orang, kawan aku baru join masuk. Pastu kawan aku yang kos lain sorang lagi, yang suka date tu dia sewa rumah luar dah. Nak dijadikan cerita, habis jaa kelas pukul 5 masa tu, aku pun balik jaa terus tido seabb penat. Katil double kan, memang tak lah kami semua nak tido atas. So, kami bawak turun tilam atas tu letak kat bawah di antara katil, aku tido kat situ ja. Sebelah aku kawan aku tido atas katil.

Masa tido tu aku mimpi aku kena kejar dengan hantu perempuan rambut dia bawah paras bahu, tinggi sederhana berbaju lusuh putih. Mula-mula tu dia datang dari belakang cekik aku then aku pun lari. Masa tu ada ramai laa macam group laki perempuan depa duk buat bulatan sambil baca yassin aku pun duk sekali, hantu tu pu datang tapi tak dekat. Dia perati ja aku sambil dia korek perut dia then bawak keluar usus dia meleret-leret. Aku terjaga dari tido then terus pegang tangan kawan aku. Masa tu dah maghrib dah. Besok tu kawan aku tu deman terus.

One day tu, kelas aku pukul 8 sampai 10 pagi ja. Kawan aku tak nak balik hostel masa tu, so aku balik sorang sebab nak tido. Kat rumah aku masa tu takde orang sebab depa ada kelas lagi kan. Aku tido macam biasa lah kat lantai tapi alas dengan tilam. Katil atas tu tinggal papan katil jaa dan kami susun buku kat atas tu, tengah sedap dok tido tu, bunyi papan katil tu diketuk banyak kali bangg! bangg! bangg! Aku tengok takde apa pun, bunyi tu pun dah berhenti.

Lepas tu aku baring balik tido lena-lena ayam ja. Then dia ketuk lagi papan tu, aku terus bangun cakap “woi kalau hang nak ketuk, ketuk mcm ni ha!”, sambil aku ketuk papan katil tu kuat-kuat. Yelaa aku nak tido dia main ketuk-ketuk pulak. Aku baring balik nak tido tapi rasa meremang, aku terus tarik tilam p bilik 4 lepak situ tak tido dah laa tunggu sampai kawan aku balik.

Sem 4, aku balik hostel pukul 10 pagi sebab gap next kelas lama gile la kan. Malas nak stay kat kolej. Aku naik lift dari G ke tingkat 5. Masa lift tu bukak, aku pun masuk ok takde apa-apa. Tiba-tiba lift tu stuck tak sampai pun lg kat tingkat 1. Lampu lift dah malap-malap, no kat lift pun dah tak menyala. Gelap! Ha nasib baik la sebelum aku masuk lift aku tengah otp dengan mak aku. Aku jerit la dalam lift tu mintak tolong. Handphone kat telinga lagi, mak dah risau dah. Aku sampai tendang laa pintu lift tu.

Masa tu dengar bunyi motor lalu. Aku suruh mak end call dulu sebab aku nak call kawan suruh dia bagitau warden. Tapi dalam lift kan, line mana ada weh. Whatsapp pun tak lepas call pun tak boleh. Almost 15 minit la aku dalam lift yang gelap gelita tu. Memang tak berani nak toleh belakang. Lampu mula ada balik even malap. Lepas tu keluar pulak tanda soal (?) kat skrin lift tu. Aku pun terus tekan tingkat 5, nasib baik laa memang dia stop kat tingkat 5. Kalau dia terus jaa hantar aku kat tingkat 6 nuh memang pengsan laaa.

Haa one more story, aku dengar cerita dari student lain laa yang bilik 4 kat rumah aku tu dulu memang kosong sebab dulu ada student bunuh diri dalam bilik tu. Dan setiap katil kat bilik tu memang ada nama dia dan kawan dia yg duk kat katil tu. Tak sampai akhir sem 4, kami ditukarkan rumah. Warden arahkan kami satu rumah pindah ke rumah B-4-3 kat tingkat 4. Alhamdulillah rumah tu ok dan selepas tu takda apa-apa dah yg mistik sampai laa aku last sem even student rumah tu dulu selalu cakap rumah tu seram dan diorang kena ganggu.

Sekian, terima kasih sudi membaca >_<

10 thoughts on “C-5-5”

Leave a Comment