#Cantik: Mata Keempat ‘Kem Sungai Congkak’

Thanks admin.

Sedikit intro untuk recall. Nama aku Cantik. Bukan nama sebenar sebab nama sebenar aku Jelita. Gurau saja. Panggil saja aku Cantik sebab memang ada yang panggil aku dengan nama tu. Kalau nak tau detail aku ni dah kenapa? Boleh baca kisah aku sebelum ni nah. Allah bagi aku kelebihan untuk nampak ‘mereka’.

Aku sambung kisah hari tu tapi sebelum tu maaf noh ada yang payah paham aku tulis apa sebelum ni. Susah nak bercerita guna bahasa formal sebab aku tak boleh feel sangat. Tapi aku cuba la tulis tak pekat sangat dialek aku ni.

Kisah kali ni masa aku kat universiti dah. Aku join 1 program untuk tingkatkan keyakinan diri ka apa nama dia, lupa dah. Gigih sungguh, semua kawan-kawan baik aku balik kampung cuti sem, aku ja tergedik-gedik nak join. Yang pi tu ada dalam 70 ke 80 orang kot. Under persatuan yang sangat popular dalam mana-mana universiti pun. Aku tak mau mention sebab sebelum ni gara-gara aku mention nama sekolah aku dulu, famos amos aku jadinya.

Fokus cerita : Kem tu 10 hari. Gila lama! Sengsara jiwa raga aku sebenarnya duduk kat Sungai Congkak tu sebab mata aku ni.
Hari-hari aku nampak. Yalah, aku tidoq dalam hutan tempat jin bertendang. Tidoq bukan dalam bilik, bilik tempat simpan bag saja. Tidoq sambil duduk atas kerusi, sandar di dinding. Dan paling power pernah tidur sambil berdiri. Aduh… Mencabar. Sepanjang dalam hutan tu, aku rasa mandi sekali dua ja kot. Masa untuk tidoq pun depa sekat, apatah lagi nak mandi. Bukan aku sorang, semua.

Tapi dah semua tak mandi, bau busuk kawan-kawan pun hadap sajalah. Bau ketiak, bau stoking masam, bau celah pelipat-pelipat orang semua berlegar-legar.
Sampailah satu malam tu, aku tersengguk-sengguk tahan mengantuk sampai dagu aku jatuh terkena meja. Terus segar! Kelipok-kelipok mata pandang kiri kanan. Malu takut orang nampak, jatuh reputasi aku. Pandang kiri sungai, pandang kanan. Au cak. Au cak. (Badan belakang pokok, muka sekejap keluar sebelah kanan pokok, sekejap sebelah kiri) Cis! Ada studen blah menyorok belakang pokok sebab tak mau dengar motivasi yang dah macam apa ni. Pukul 12 lebih dah aih, motivasi apa lagi?

Cemuih aku. Aku jealous gila dengan studen tu tapi apasal dia bongok sangat nak skip program pun nyorok tepi pokok ja? Tak jauh dari tempat kami berkumpul pulak tu. Lepas tu dok au cak, au cak bagi aku nampak. Mula-mula aku malas layan tapi dah lama sangat ni, aku jadi menyampah. Hang tak penat ka apa? Ish! Aku geram, nak jegil mata kat dia bagi dia takut. Tup-tup, au cak au cak tu tak ada kaki! Badan saja belakang pokok tu. Patutlah hang jadi lagu tu. Tak sempurna. Dan dan aku terus fokus 100% pandang depan dan jadi pendengar paling setia.

Aku senyap tak kata apa. Nak kuis kawan sebelah tunjuk, pengsan pulak kalau dia nampak. Aku buat tak tau sajalah sambil tahan diri supaya tak terkencing. Dalam hati tak berhenti-henti aku baca apa yang patut dan mintak Allah tutup hijab ni. Aku menggigil sangat dah masa tu. Aku kan penakut.

10 hari tu, ada la dia kacau-kacau studen-studen lain tapi student-studen tu tak nampak. Tak teruk la setakat ‘mereka-mereka’ duduk sebelah atau duduk belakang saja. Berkenan kot, bau dah hampir sama. Maklum, tak mandi. Aku nampak lagu tu lagu tu saja.
1 malam tu, semua kena rendam dalam sungai. Sama, pukul 12 lebih jugak. Motif? Konon ni denda sebab kami buat hal. Hal apa tau dak? Tak menepati masa. Lambat 30 saat susun semua kerusi seperti yang diarahkan. Niii, kerusi tu dekat dewan terbuka sebelah pokok au cak au cak tu, tempat depa suruh susun kerusi berjarak gila! (Berjarak gila – jauh) Kena lari bawak kerusi tu dari dewan pergi susun di sebelah kawasan lapang tepi sungai.

Susun elok-elok. Aku geram sangat masa ni, nak bantah tak boleh sebab depa tu garang macam apa lagi. Muka masing-masing, haih. Memang sesuai la jadi biro disiplin.
Masa nak kena masuk sungai tu, aku tak sedap hati dah. Daya imaginasi aku tinggi, aku bayang ada buaya atau jerung dalam tu. Paling lekeh pun ular konda. (Aku tak pikiaq hantu. Aku lebih takutkan haiwan-haiwan tu). Gelap, air nampak hitam ja. Dah kena jerkah, semua turun la jugak. Serius, serupa nak bertaubat untuk join program lagu ni lagi lepas ni. Serik! Dalam air tu ada apa aku tak tau, aku tak dapat nampak dengan jelas. Hitam-hitam bergerak-gerak antara kami. ‘Dia’ pun turun jugak sebab takut dengar biro disiplin jerkah jugak pa. Aku rasa aku sorang ja nampak.

Sebab semua orang sibuk buat muka tak redha tapi pasrah. Hujung nun jauh sikit atas batu macam ada orang duduk sambil main air dan perhati ja kumpulan kami dengan pandangan yang susah nak terang. Aku memang tak toleh dah lepas tu sebab aku tau dia tu bukan manusia. Dalam hati ni penuh dendam kesumat. Aku taram biro disiplin ni sampai aku grad! (Taram – berdendam) Dalam 30 minit jugak la berendam sampai kecut hat mana kembang. Tereyak dalam hati, nak lawan tak berani.

Tak lama lepas dah naik, kena pamping, kena berkawad. Tengah-tengah malam buta. Hati aku makin bengkak.
Sampailah kemuncak ketakutan aku menggila. Malam terakhir di kem tu, depa bagi tidoq awai. Pukul 10 kot masa tu.Hari ini dalam sejarah sangat. Tak pernah-pernah baik lagu ni, aku syak mesti ada something fishy ni. Takpa, dah depa bagi kita ambik. Aku pun dah senyum sampai telinga, sebab depa baik.. makanya aku buat keputusan ni : aku maafkan segala salah silap semua biro yang dah menyakiti aku sepanjang program. Walaupun aku sangat terseksa sepanjang di sini. Tido sehari 2 3 jam saja, makan pun ala kadar. Tapi banyak ilmu aku dapat. Tak sia-sia la program ni. Aku akui..

Bismikallahhumma ahya wa amut. Aku tidoq. Sebelum asar siang tu, depa bagi kebenaran kami mandi dah. Ada la dalam 10 minit untuk semua orang. Mandi beramai-ramai cedok air dari kolah. Tertutup la tempat tu untuk pompuan. Cacamerba jadinya sampai aku tertinggai baju kesayangan yang dah berhari-hari aku pakai kat sana lepas kena jerit dengan sorang biro disiplin ni. Aku baru siap mandi masa tu, tak dan nak buat apa-apa dia mai. Masa tu kalau ikut rasa geram memang selamat dah aku rejam dia dalam kolah air tu. Biar aku tunjuk sikit sisi hitam aku sebelum ni. Mujur dah bertaubat, nasib menyebelahi dia.

Tidoq banyak senyum malam tu. Beriman sangat rasa dengan tudung dan stoking tangan, stoking kaki semua lengkap. Yang perempuan tidoq dalam surau tertutup atas pondok. Tinggi. Dalam 2 ke 3 meter dari tanah. Letih sungguh, letak kepala terus syahid. Haha..
Yang jadi masalahnya sekarang, sedar-sedar aku tengah beratur dalam barisan. Ya Allah, masa bila biro disiplin ni mai bagi arahan suruh turun? Nampak tak betapa takutnya aku kat depa, dalam tidur pun aku ikut arahan.

Betul-betul aku sedar dari lena masa depa suruh kami kira 1 2 3 4 5 6 7 8 dan ulang lagi sampai habis supaya semua orang dapat nombor masing-masing dekat tempat lapang. Tengok jam tangan, pukul 1 pagi kot. Ingat-ingat lupa. Jauh jugak jarak tu, tak pernah-pernah aku berjalan dalam tidoq. Aku ingat lagi, aku dapat no.8 masa tu maknanya aku group 8. 1 kumpulan ada berapa orang entah, malas nak kira. Tau tak modus operandi depa malam tu apa? Rupa-rupanya nak suruh kami jalan dalam hutan tu sorang demi sorang. Allah! Ini yang aku lemah. Keadaan aku tak macam orang lain dan depa tak tau tu. Takkan aku nak canang 1 dunia masa tu?

Masa ni nak telan air liur pun rasa tak lepas. Betul-betul nak tingkatkan keyakinan diri kami depa ni tapi masa ni level keyakinan aku dah sangat teruk. Keyakinan tu dah merudum jatuh tersungkur sampai ke kaki.
Dah depa suruh buat lagu tu, aku nak kata apa lagi? Seluruh sendi aku lemah sangat sampaikan aku rasa lutut aku menggigil. Jadi, aku pagar diri siap-siap. Surah-surah amalan aku baca perlahan diikuti dengan doa yang aku rasa perlu dikepit sekali. Masa ni aku tak baca dah doa mohon jodoh walaupun tu doa amalan jugak..
Sorang demi sorang dilepaskan.. setiap sorang ada jarak masa 1 ke 2 minit. Depa lepas buta-buta lagu tu saja tanpa peta atau apa-apa guide.

Depa cuma kata, “Bergerak ikut kata hati. Carilah cahaya yang dinanti.” Lebih kuranglah.

Puih sangat, aku rasa nak mati adalah. Laluan tu memang menuju ke hutan. Dan kami semua tak pernah dibawa jalan-jalan pun sebelum ni ke situ. Orang-orang tua kata kalau ikut kata hati mati, depa ni memang tak dengar cakap orang-orang tua. Huh!

Sementara menunggu turn aku, lama sangat. Sempat aku terlelap. Mengantuk kot. Tiba-tiba aku dengar suara orang tereyak. Kalut aku bukak mata. Oh, budak paling last kumpulan 7. Pompuan. Dia tereyak gila-gila tak mau pi. Aku pandang dia, basah muka dia. Ni bukan biasa-biasa ni, mesti ada sebab kenapa dia sungguh-sungguh tereyak. Tak fikir banyak, aku pandang laluan memulakan perjalan. Allah! Allah! Allah. Alhhurabbi!

Rambut menggerbang panjang gila, muka ka tengkorak entah ada tulang panjang ke bawah dan ada jantung, paru-paru semua lengkap tersangkut kat pokok renek sebelah jalan nak masuk tu. Huduh jangan tanya. Aku pandang studen yang tereyak tu, aku kenai dia. Kami panggil dia Beh. Memang tu nama dia, tak tipu. Behluwa.

Aku yang tadinya dah okey sikit sebab terlelap tu, terus lembik lutut. Yang biro disiplin tu tak habis-habis paksa Beh tapi bila mati-mati Beh berkeras tak mau jalan, depa suruh ahli group aku pulak sambung. Aku punya takut masa ni sampai aku rasa tak berdaya lagi dah. Sampai giliran aku, aku baca lagi dan hembus laluan tu supaya dia tak nampak aku atau tak kacau aku. Waktu aku langkah kaki, berdebar mengalahkan orang nak menikah rasanya. Tawakkal kat Allah, aku jalan. Lalu sebelah dia, dia statik ja kat situ. Fuh, selesai 1 bahana.

Dah lepas, aku tak tau nak tuju ke mana. Gelap gelita. Mulalah aku nak meradang, dah la takut semua cukup lengkap ni. Ikut kata hati kebenda la depa ni. Meluat aku.. Jalan la jugak dalam 5 minit… Allah! Kali ni kat pokok rendang ada 3 ekoq gula-gula bungkusan putih kat situ. Sumpah gula-gula ni tak manis untuk dikenang. Yang sekor kat bawah pokok, dok usyar aku dan lagi 2 ekor dok toing toing toing atas dahan. Masa ni aku nak melangkah memang tak boleh dah, kalau aku mati kat sini, semoga Allah syahidkan aku. Aku serupa teraniaya pun ada gak dengan pihak program ni. Doa orang dizalimi

Allah makbulkan tapi nyawa aku panjang, aku gagahkan jugak melangkah pelan-pelan sambil kata “Ya Allah, selamatkan aku. Hangpa jangan kacau aku.” Aku teruskan perjalanan… Lepas! Syukur.

Skru lutut rasanya dah tertinggal kat pokok tu. Lemah sungguh aku berjalan dan tiba-tiba ada orang panggil aku. Terkejut nak luruh jantung. Ain, bakal doktor gigi. Dia menyorok tepi semak sebab tak tau nak pi mana. Dia harap orang selepas dia muncul cepat, dia nak heret jalan dengan dia cari jalan ikut kata hati tu. Kami pun teruskan berjalan. Pelik, yang ramai-ramai studen lain tu pi mana? Kami jalan dan jalan, jumpa la yang dok statik keras tak tau pi mana pun ada, ada yang dok relaks-relaks atas laluan tu sambil pandang atas. Dah pakat jumpa, rupa-rupanya kena panjat bukit apa tak tau. Atas tu nampak cahaya.

Situlah kot tempat kata hati tu. Dah tak pasal-pasal daki bukit apa tak tau tepi tu pagi-pagi buta ni, dan ada yang mendaki sekali sebab aku nampak masa kami berkumpul kat tempat akhir tu, dia ada. Dia tu siapa? Entah la. Tak besar dan tak kecik. Rupa pun tak jelas tapi aku tau dia tu sesuatu.

Orang lain semua relaks ja, aku dah macam apa lagi. Letih lawan emosi yang berkecamuk. Kalau hangpa nak kata mungkin ad hoc yang pakai costume, tak lawak okey sebab apa yang aku nampak tu bukan manusia mekap atau plastic surgery ka apa. Original yang aku tak boleh lupa sampai saat ni.

Aku berdoa semoga Allah tutup hijab aku semula. Tapi macam aku kata sebelum ni, aku tak nampak setiap masa. Hanya waktu-waktu yang Allah pilih saja. Jadi, apa pilihan yang aku ada? Lepas balik kem tu, aku cerita ke mak aku. Mak aku geleng saja. Dia kesian ke anak dia ni. Tapi dia bersyukur aku tak nampak sentiasa, kalau tak… haru!

Alamak, panjang pulak dah. Harap tak pengsan baca. Lain kali kalau ada rezeki aku sambung na…

37 thoughts on “#Cantik: Mata Keempat ‘Kem Sungai Congkak’”

  1. ish2 macam melampau pun ada die punye program , care denda ape semua tu .. tak de benda buruk jd takpelah , kalau jd camane? baru tau erti penyesalan biro2 disiplin tu. kdg2 dorang ni buat2 je semua aktivti tu padahal takde dlm jadual asal pun … org atasan tak tau pun. see kan dah bebel. sbb geram sgt ! overan btl …..

    Reply
  2. Hehe..ak pernah la pergi program ‘tamrin’ macam ni…tp xdop la sampai xpeh mandi teruih…at least sehari skali..sbb nk kena solat apa kan. Tp berani jgk la kau walau dah terang lg bersuluh nampak benda tu tp still teruskan gak..salute!!!

    Reply
    • Pelik kan. Motif tak bagi mandi tu sangat meluat.
      Yang nampak tu, mohon doakan supaya tak nampak dah ya.
      Seram sejuk rasa. Tak best pun..

      Reply
  3. ” Waktu aku langkah kaki, berdebar mengalahkan orang nak menikah rasanya. Tawakkal kat Allah, aku jalan. Lalu sebelah dia, dia statik ja kat situ. Fuh, selesai 1 bahana. ”

    Wah kemainn eh, tau ka berdebaq cam mana msa menikah? hahahha
    Masa aku nikah ritu, aku tak perasan pon, tup2 dah sah, tak sempat nak berdebaq. hahahha
    dok kalot anak menakan nak bermanja dok atas riba, tetiba laki aku dpan mata nak sarong cincin. =P

    btw, nice sharing #cantik
    keep it up

    Reply
  4. Pernah pergi program yang lebih kurang sama dkt sg Congkak tu. Masuk Hutan pukul 12 malam. Sampai dkt checkpoint pertama, kami di arahkan untuk tunggu sebab Pakcik yg lead tu nak check student lain yg di barisan belakang. Sementara menunggu tu, ada seekor “Gula2” muncul dan sekelip mata dia ada belakang saya. Terasa seram sejuk sgt masa tu (T-T)

    Lps tu pakcik yg lead tu dtg semula ke barisan hadapan dan bwk student lelaki utk laungkan Azan dan terus benda tu hilang.

    Disebabkan kemunculan “Gula2” tu kami di arahkan utk turun ke checkpoint seterusnya secara berpasangan. Boleh pula dorg set hantu di tepi2 pokok otw ke checkpoint kedua tu. (katanya dorg hanya set 2 hantu tp yg saya nampak tu ada dkt 4-5 ekor)

    Mcm nak nangis tapi terpaksa kuatkan semangat. As expected, keesokkan hari terus demam sbb itu pengalaman pertama masuk hutan malam2 buta dan nampak benda2 ghaib ni.

    Taubat wei nak pergi camping sejak tu *an experience i’ll never forget till the day i die kot* (T-T)

    Reply
    • Hebat sangat ni…
      Tapi terbaiklah tu siap dapat habiskan makanan walaupun takut.
      Semoga tak jumpa lagi la ya.
      Seram kot.

      Reply
  5. Bersunguh-sungguh ang doa supaya mati syahid ye? haha rasa teraniaya sangat la tu. Memang dalam hutan ada yang Au cak Au cak kot. Dulu ikut kem ibadah apa tah dekat Cameron tido dalam khemah tengah hutan. Ustad bru start berzikir paapp! lampu sportlight dengan semua lampu dekat kwasan tu terpadam. Dah la duduk dalam pondok atas bukit. Ustad suh sambung berzikir tapi aku dengan geng2 yang macam hantu 3 orang memang kepala gila-gila bukan dok berzikir dok perati keliling. Nampak la Au cak Au cak tu dalam bayang2 samar2 cahaya bulan. Tinggi… ade la dalam 3 ke 4 depa dok Au cak Au cak dekat belakang pokok besar keliling pondok. Kaki memang takda, ada sekoq tu dok dekat tangga. Dia nak naik tak boleh dok nampak bayang dia kekiri ke kanan dok mengejek kami berzikir, sampai la ustad baca doa, suh sume dok masuk bulatan baca-baca apa sume, lampu berbuka semula. Lepas tu depa sume pakat2 masuk khemah tido. Yang kami bertiga apa lagi bantai la bbq makan sampai kenyang pasai depa sume dah masuk tidoq sebab takut haha siap bawa makanan makan tepi sungai, punya la hati kering masa tu. Yang gula2 pon ada jugak tapi kem lain, dalam hutan jugak. Kalau kita dah lepak tempat depa memang depa sambut kita la hahaha seronok dengaq ang story na.. Tak sabar tunggu next story.

    Reply
    • tudiaaa, berani nyelaaa, dalam dok nampak aucak2, boleh bantai mkn bbq lagi? hahahha
      hati kering sunggoh Rerama Biru & the gang noo
      lepas tu, slalu nampak ka natang2 ni? kan ada org ckp, klaw dh penah nmpak, akan nampak jugak,
      ehh ke camna?

      Reply
      • ye la malam last kot nak say “good bye” , lagi pulak ustad siap pasang microfon mana tak depa datang. haha tapi ingat2 balik kelakar pon ade, zaman2 kegelapan, kenakalan dan suke ria macam hari2 hari raya haha nasib baik sekarang sume jadi orang jugak. Makanan banyak kot tinggal kami dengan fasilitator je yang habiskan. Simple je konsep dia, kami tak tegur atau bukak cite apa2. Balik rumah baru cerita haha ramai2 berani la klu jumpa sorang2 haiii kami pakat2 lari hehe. Sekarang tak nampak apa2 dah la Alhamdulillah.. saiya tak kuaddd hehe.

        Reply
      • Hahaha amboi kak yulie haha memey la dulu2 hati kering kontang sume kasi redah je. Skg berhati-hati hehe.

        Reply
    • Kan… Sebab kita pi rumah depa kot noh, tu depa sambut.
      Meriah sungguh sambutan sampai kita terkesima.
      Rasa macam tobat tak mau pi dah lepas tu.

      Reply
  6. “‘Dia’ pun turun jugak sebab takut dengar biro disiplin jerkah jugak pa. Aku rasa aku sorang ja nampak…”

    Seb bek dia x kena biro disiplin tahap warden penjara mcm akk, mau dia teros solat sunat taubat…
    Hehehehehehe…

    Reply
  7. not bad.
    Tapi program apa jadah la hang join tak bagi mandi apa semua
    Bukankah kebersihan itu tuntutan agama?

    Reply
    • Program kejadah entah. Haha..
      Sisi baik banyak tapi sisi yang tak baik tu terkenang-kenang sampai ke hari ni.

      Reply
  8. ishhk taktau la kenapa suka la tulisan cantik ni. comel n sincere ngad2. i dpt rasa ni cerita betul sbb marke i dulu pun sama boleh nampak. boleh sapa2 bagi link cerita beliau yg sebelum2 ni tak? mkasih in advance.

    Reply
  9. Kata boleh nampak ni anugerah lepas tu kau ckp mtk allah tutupkan hijab ko.ape cer..

    Logik la dek non yg “cantik” lah sgt(sambil tgn kt bahu)…
    Bende yg baik dtg dr allah yg tk baik tu dtg dr sp?.blh nmpk makhluk halus ni bendr baik ke?.angurah ke?..

    Ha dah bergabung ke sel sel otak tu?.fhm kan..

    Reply
    • Anugerah Allah tapi dia minta ditutupkan..standard la remaja ckp yg berubah²..galau gitu..org besar pun ramai gitu der..

      Reply

Leave a Comment