Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh & Salam Sejahtera kepada semua kawan-kawanku sekalian. Terima kasih diucapkan kepada admin Fiksyen Shasha kerana sanggup menyiarkan kisahku yang tidak seseram seperti penulis lain di sini. Aku tujukan khas cerita ini untuk semua pembaca tegar yang selalu sahaja dilanda persoalan mengenai kisah misteri yang melibatkan alam mereka dan alam kita.
DI ANTARA DUA ALAM
Gerak gerak gerak khas, gerak gerak gerak khas…Bergerak wahai demi…
Lagu tema drama Gerak Khas bermain di minda kala aku sedang memandu membelah lebuhraya persekutuan. Semenjak kebelakangan ini aku selalu dibayangi dengan tragedi yang pernah menimpa Detektif Mac Amin dan anak-anak buahnya itu. Tragedi yang tidak mampu aku padamkan dari memori ini. Tragedi yang telah menguburkan terus Grup Alfafa dari Unit Tindakan Khas (UTK) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada 27 Disember 2016 lalu.
Masihku ingat kehandalan pasukan mereka. Mereka pernah digelar sebagai The Great Brahma Bull di kalangan skuad UTK kerana kecekapan dan kekuatan mereka semua. Bayangan wajah allahyarham Wan Bentara, Shizu, Mat Perantau, Wak Dee Fen, dan Mac Amin telah menggamit kenangan lampauku bersama mereka semua.
“Tuan, kami baru terima maklumat daripada skuadron GK11 memaklumkan bahawa grup Alfafa terkandas dalam Ops Helang tadi.” Berita yang agak mengejutkan kerana tidak mungkin dan tidak masuk akal mereka tertewas di tangan kumpulan pengganas King Maahad yang sedang bermaharajalela di negeri Pahang itu.
Aku terus bergegas ke lokasi kejadian sejurus sahaja menerima perkhabaran duka itu. Jenazah seorang demi seorang dimasukkan ke dalam beg mayat. Aku begitu sebak. Tekakku perit dan aku menangis semahunya di situ. Tiada lagi rasa malu. Yang ada hanyalah sebuah kekosongan, kerinduan, dan kesedihan apabila melihat jasad mereka yang tidak berapa sempurna diusung satu persatu ke dalam land rover milik PDRM itu. Aku terfikirkan akan nasib anak-anak dan isteri mereka semua. Bagaimanakah dengan nasib mereka semua nanti? Aku bersumpah, selagi nafasku masih di kerongkong dan selagi dunia belum kiamat akanku menuntut balas di atas kejadian yang telah mengorbankan nyawa mereka semua itu.
Kumpulan pengganas yang dikenali sebagai King Maahad itu telah memusnahkan harapan kami untuk membanteras aktiviti militan di negeri-negeri pantai timur khususnya di Pahang. Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Interpol, pengasas kumpulan itu iaitu King Shasha adalah bekas pengikut kumpulan ajaran sesat Al-Harami. Pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2004-2007 dahulu. Dia juga dipercayai mempunyai ilmu hitam dan selalu terselamat ketika bertempur dengan pihak berkuasa. Orang kanannya iaitu Komander RobotNaz pula pernah didakwa atas kesalahan pemerdagangan manusia serta sindiket pelacuran pada tahun 2009 tetapi telah dibebaskan kerana pihak pendakwa tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mensabitkan kesalahannya. Seperti King Shasha, beliau juga mempunyai ilmu hitam dan handal dalam menyusun strategi taktikal perang.
Aku perlukan ahli baru untuk menghidupkan kembali grup ini. Hanya mereka yang betul-betul berwibawa sahaja yang akanku pilih untuk melaksanakan misi yang sukar ini. Syarat-syarat pemilihan yang lebih ketat telahku tetapkan. Aku perlukan individu yang mahir dalam ilmu ghaib untuk menumpaskan kumpulan bangsat durjana itu.
“Tuan, saya dah shortlistkan beberapa orang calon yang menepati syarat-syarat yang tuan kemukakan itu. Mereka semua berada di dalam bilik Raungan tuan.” Penerangan daripada sarjan Harith seperti memberi sinar baru kepadaku. Kami gelarkan bilik itu sebagai bilik Raungan kerana bilik itu adalah bilik soal siasat fasa akhir kepada setiap penjenayah yang masih tidak mengaku dengan kesalahan yang telah mereka lakukan.
“Sarjan, awak panggil calon yang pertama masuk ke bilik saya. Panggil dia sekarang.”
“Baik tuan.”
“Assalamualaikum Salam Sejahtera tuan, saya Konstabel Pattah Amin melaporkan kepada tuan!”
“Ok, sila duduk.”
“Terima kasih tuan.”
“Kalau ikut portfolio kau, aku rasa memang kau layak join grup ni. Tapi muka kau macam tak menyakinkan aku. Kenapa erk?”
“Jangan dilihat dari muka tuan, saya ada campuran Thailand dan Korea. Sebab tu saya agak hensem sikit.” Dengan yakinnya dia menjawab sambil memintal rambutnya itu.
“Hensem paloi pak hang. Aku tak perlukan orang hensem dalam grup ni. Kau cerita lagi apa kelebihan kau?”
“Saya pernah buat kitab dan saya boleh tengok alam ghaib.”
“Hah kitab?”
“Ya tuan. Kitab 99 Keramat.”
“Kitab apa tu? Aku nak tengok kitab tu sekarang!”
“Ini kitabnya.”
“Kitab 99 Kata Keramat. Dasyat kau erk?” Soal aku sambil membelek satu persatu halaman dalam kitabnya itu.
“Biasa je tuan…”
“Ni kitab apa ni dogol? Gambar kau je yang bersepah pastu tips-tips masakan mana yang kau rembat buat jadi caption kat gambar kau ni?”
“Itu kata-kata keramat tuan…”
“Huh. Ini bukan kata-kata keramat. Ini sampah. Sampah macam ni pun kau panggil kitab?” Aku terus melempar karya picisan tersebut ke luar tingkap kerana yang sebetulnya ia hanyalah sebuah sampah yang telah dibukukan. Sampah yang sarat lagi memualkan dan tidak layak digelar sebuah karya.
“Tuan.”
“Apa?”
“Kenapa buang kitab saya?”
“Ikut suka akulah. Aku punya pasal. Dahlah harga mahal nak mampos. Buku bodoh macam tu pun ada harga ke?” Dia menunduk mukanya ke lantai dan tidak membangkang walaupun dimaki dengan kesat olehku.
“Pattah!”
“Orang hati lembut dan geng-geng kunyit tak boleh join grup ni. Kau faham?”
“Faham tuan!”
“Soalan last ni. Tadi kau cakap kau boleh tengok alam ghaib. Buktikan.”
“Kalau saya beritahu tuan jangan terkejut ya…”
“Terkejut apa? Apa benda yang kau nak beritahu ni?”
“Kat belakang tuan…”
“Belakang tuan ada 2 orang lelaki…”
“Kau jangan buat cerita der…lelaki apa ni?”
“Sorang pakai golf hat & bercermin mata…Yang sorang lagi badan gempal dan misai macam Hitler.”
“Cuba kau lukis kejap. Aku macam pernah nampak je orang ni. Lukis sekarang.” Arahku dengan tegas kepada dia.
“Ni dia tuan…”
“HARITH, HARITH!”
“SARJAN HARITH!”
“Ya tuan…saya di sini…”
“Sarjan, cuba kau tengok sketch ni. Macam siapa?”
“Ni Mac Amin dan Wak Dee Fen…Kenapa tuan?”
“Budak ni cakap diorang ada kat belakang aku.”
“Biar betul? Awak nampak ke diorang?” Soal sarjan Harith kepada Pattah Amin.
“Nampak jelas. Diorang tengah tenung saya tu…” Jelasnya lagi.
Sebenarnya aku sendiri sedia maklum bahawa ada beberapa ekor jin yang menyerupai ahli-ahli grup Alfafa itu. Mereka adalah khadam-khadamku. Aku gelarkan mereka semua sebagai Alfafa 2. Tiada sesiapa yang mengetahui tentang peristiwa ini kecuali aku seorang.
“Kau betul nak join grup ni?”
“Ya tuan!”
“Ok, kau keluar dulu. Nanti aku buat keputusan.”
“Baik tuan, terima kasih.”
“Sarjan, calon seterusnya.”
Untuk melengkapkan korum grup ini aku hanya memerlukan 4 orang sahaja anggota.
“Assalamualaikum tuan. Saya Korporal Daeng mohon masuk.”
“Ok silakan duduk.”
Berbeza dengan Pattah Amin, dia merenung wajahku agak lama. Seperti sedang meneliti sesuatu sambil melukis sesuatu di atas kertas.
“Ermm Korporal. Boleh tak kau ceritakan serba sedikit pasal diri kau. Aku tak sempat baca profil kau.”
“Nama saya Daeng Kasturi.”
“Lagi?”
“Saya berasal dari Kuala Lumpur.”
“Aku tanya sepatah kau jawab sepatah. Cuba jelaskan pasal diri kau.” Tegasku lagi sambil mengepal-ngepal penumbuk di hadapannya.
“Saya Daeng Kasturi. Berasal dari Kuala Lumpur. Saya berusia 32 tahun. Saya mahir dalam penggunaan senjata api dan pernah ditugaskan sebagai pemerhati untuk PBB di Lubnan pada tahun 2015 dahulu. Saya suka makan roti cicah kari. Saya juga mahir dalam ilmu ghaib.”
“Sarjan. Mana kau jumpa budak ni?”
“Kenapa tuan?”
“Dah macam robot. Kah kah kah.”
“Daeng, apa yang kau nampak dalam bilik ni?”
“Kat bawah kerusi sarjan ada seekor pontianak dan belakang tuan ada 2 orang sedang berdiri memerhatikan saya.”
“Abaikan 2 orang kat belakang aku tu, sekarang aku nak tengok muka pontianak tu.”
“Sarjan, bangun!”
“Kau keluar sekarang!”
“Baik tuan.”
“Bukan kau, tu kak ponti bawah kerusi kau tu…”
Tanpa perlu disuruh, Daeng bingkas bangun lalu menuju ke arah kerusi tersebut. Dia mengeluarkan kerisnya dan mengelar leher pontianak yang sedang berbaring di bawah kerusi itu. Bau hanyir seperti bangkai ikan mula menusuk hidungku. Ternyata Daeng lebih cekap dan agresif berbanding Pattah Amin yang lebih santai orangnya.
“Daeng, welcome to the family of Alfafa!”
“Tapi tuan…”
“Tapi apa lagi ni?”
“Tadi saya datang dengan sepupu saya, dia pun lebih kurang macam saya jugak…”
“Panggil dia masuk sekarang.”
“Tuan, inilah sepupu saya, M.”
“Kau ni biar betul? Dia ni polis jugak ke?”
“Yup, dia polis bantuan. Konstabel.”
“Ok M…Nama penuh kau apa? Takkan M saja?”
“Tuan panggil saya M cukup. Identiti saya cukup dirahsiakan.”
“Kepala hotak lu! Identiti dirahsiakanlah sangat.”
“Sarjan, pergi amik fail budak ni. Aku nak check profil dia.”
“Tuan…Tuan tolonglah kalau tuan dah tahu nama sebenar saya, tolong jangan sebut nama tu. Ilmu pendinding diri saya tu…Tolonglah tuan. Sebab tu banyak ‘MAKHLUK HALUS BENCI SAYA’…” Dia merayu-rayu sambil menangis supaya tidak didedahkan nama sebenarnya itu. Aku faham kerana merahsiakan nama penuh adalah salah satu daripada teknik untuk mengelakkan diri daripada disihir ataupun disantau secara bertuju.
“Haha…Aku dah tau nama sebenar kau M. Mmmmusss…”
“Tolonglah tuan. Allahuakbar. Tolonglah tuan saya merayu ni. Saya sanggup lakukan apa sahaja asalkan identiti saya terpelihara.
“Betul ni?”
“Betul tuan. Sumpah.”
“Daeng cakap kau ada power yang sama macam dia tadi. Kau pun boleh bunuh DIORANG?”
“InsyaAllah boleh. Tapi kenapa?”
“Kenapa tu kau tak payah tanya.”
“Sarjan Harith, kau pergi ke dalam bilik arwah Mac Amin, pastu pergi bukak loker dia dan amik balang kaca besar yang ada tag Mak Lampir. Pergi sekarang!”
“Arahan diterima.”
“Aku perlukan sorang lagi untuk mencukupkan ahli grup ini. Inspektor Cataleya? Hmm. Tapi dia perempuan. Aku harus pantas berfikir.” Bersendirian aku memikirkan ahli terakhir yang akan menyertai grup ini.
“Tuan, ni barang yang tuan pesan tadi.”
“Terima kasih sarjan.”
“Ok guys, aku nak korang berhati-hati sebab benda ni merbahaya. Ini barang yang pernah ditangkap oleh arwah Wak Dee Fen dulu. Sarjan Harith, kau tunggu di luar. Biar aku, Daeng, dan M sahaja yang stay kat sini.”
“Baik tuan!”
Makhluk yang terdapat di dalam balang kaca itu adalah sejenis pontianak tua dan pernah ditangkap oleh arwah Wak Dee Fen ketika dia diganggu dahulu. Aku menaruh keyakinan kepada mereka berdua kerana daripada pemerhatianku, mereka berdua mempunyai keupayaan dan ilmu untuk menangkap makhluk puaka ini.
Secara perlahan-lahan aku membuka penutup balang kaca itu. Tatkala itu muncullah seekor pontianak purba yang amat buruk wajahnya. Ketinggiannya mengalahkan pontianak biasa dan renungannya sahaja sudah cukup menggerunkan.
“Daeng, kau duk kat hujung sana.” Arah M kepada Daeng.
“Tuan pulak jangan bergerak, just maintain your current position.”
“Daeng! Sekarang.” Kedua-duanya membuka langkah silat dan pertarungan bermula.
Untuk merancakkan lagi suasana pertempuran, aku memasang lagu tema Kung Fu supaya mereka semakin bersemangat dalam pertarungan itu. Aku hanya mampu memerhatikan sahaja tindakan mereka tersebut. Daeng bersenjatakan keris manakala M pula bersenjatakan sebiji lighter sahaja.
“Aku bakar kau, aku bakar kau!” Acah M sambil menyalakan api ke arah wajah pontianak itu.
“Aku tikam kau, aku tikam kau!” Daeng menghunus-hunuskan kerisnya dan turut mengacah pontianak tersebut.
Arghhhh…Arghhhhh…
Jeritan pontianak Mak Lampir itu begitu kuat. Hampir sahaja memecahkan gegendang telingaku. Dengan cekap dan pantasnya Daeng melompat ke belakangnya lalu menghunus kerisnya ke belakang badan pontianak tersebut. M pula dengan agresifnya telah melepaskan beberapa tumbukan padu ke arah muka pontianak itu. Pontianak itu tidak mampu untuk membalas serangan daripada M dan Daeng. Sejurus itu kepulan asap putih telah memenuhi ruangan bilikku menandakan bahawa pontianak Mak Lampir itu telah maut ditangan Daeng dan M.
“Well done guys. Now you’re in the team.”
“Terima kasih tuan. Tuan ingat janji kita ya. Jangan panggil nama penuh saya.”
“Ok. Deal.”
“Terima kasih tuan. Saya akan berkhidmat dengan lebih cemerlang dalam unit ini. InsyaAllah.” Jelas Daeng temengah-mengah akibat kepenatan.
Dalam masa yang sama aku telah mengambil keputusan untuk merekrut inspektor Cataleya sebagai ahli terakhir grup ini. Dia tak kurang juga hebatnya terutamanya dalam bahagian senjata berat dan bahan letupan. Dia pernah ditugaskan untuk mengiringi dan menjaga keselamatan Presiden Barrack Obama semasa sesi lawatan beliau di sini pada tahun 2014 dahulu. Aku yakin bahawa pilihanku adalah tepat.
“Hello, boleh sambungkan saya kepada Inspektor Cataleya sekarang?” Soalku pada staf komunikasi di unit D9.
“Inspektor Cataleya di talian, boleh saya tahu siapa di talian?”
“Weh, ini akulah…The founder of geng-geng Alfafa.”
“Oh…Tuan, lama tak dengar cerita. Apa khabar?”
“Aku ok je. Kau pulak camne sekarang.”
“Saya Alhamdulillah tuan. Sihat walafiat.”
“Cataleya, kau free bila?”
“Lunchtime nanti saya free tuan. Kenapa?”
“Lunchtime erk? Elok jugak tu. Kau datang ke pejabat aku nanti boleh? Ada benda yang aku nak bincang. Urgent.”
“Sure, no problem tuan.”
“Ok, terima kasih.”
Sebelum grup ini dihidupkan semula aku memerlukan persetujuan daripadanya supaya dia secara rasminya menjadi ahli yang terakhir bagi grup Alfafa ini.
“Tuan, inspektor Cataleya ada kat luar tu. Dia nak jumpa tuan.”
“Suruh dia masuk sarjan.”
“Ha…Inspektor, lama tak nampak, sibuk ke?”
“Eh. Macam biasalah. Sekarang dah free sikit. Last week baru settle kes bunuh warga asing kat Klang.”
“Ooo…So how’s the case?”
“Quite tough jugak tuan. Tapi Alhamdulillah semua dah settle. Justice served.”
“Syabas. Weh, aku nak tanya ni.”
“Tanya apa tuan?”
“Kalau aku offer kau tukar department and masuk ke grup Alfafa kau nak tak?”
“Huh…”
Lama dia termenung. Suasana sepi menyelubungi bilikkku. Hanya bunyi penghawa dingin sahaja yang jelas kedengaran di situ.
“On one condition sir…”
“You name it girl!”
“I’ll do it on my way. Don’t treat me like you did to arwah Mac Amin and his team before.”
Terdiam aku mendengar syarat tersebut. Prinsipku adalah setiap arahan yang aku keluarkan harus diikuti dan dipatuhi dengan jayanya. Belum pernah lagi sesiapa berani melawanku. Nampaknya dia berlagak pandai dan cuba mendominasi keadaan. Aku akur sahaja dengan syarat tersebut.
“Well. If that’s your requirement, I can’t say much more.”
“Tuan setuju?”
“Setuju.”
“I’m in.”
“Welcome to the Alfafa inspektor.”
“Sarjan, tolong panggilkan Pattah Amin, Daeng, dan M masuk sekarang.”
“Baik tuan.”
Unit grup Alfafa versi terbaru adalah lebih kecil jumlah anggotanya berbanding dengan unit asal. Yang penting adalah kualiti. Setiap daripada mereka akanku berikan tugas yang spesifik untuk membanteras kumpulan King Maahad daripada terus bermaharajalela.
“Guys, ini inspektor Cataleya. Ahli terbaru grup kita.”
“Diorang bertiga ni ada special ability.”
“Special ability macam mana tu?” Soal Cataleya.
“Diorang boleh nampak makluk ghaib dan boleh bunuh diorang. Isn’t that magnificent?” Terangku dengan penuh semangat.
“Really?”
“Yeah, I’ve seen it. Setakat hantu jembalang ni bawah tapak kaki diorang je.” Aku sengaja memberi pujian yang melampau kepada mereka bertiga supaya mereka lebih bersemangat untuk berada dalam grup Alfafa ini.
“Tuan, what’s the task? Nak hunting geng-geng King Maahad ke?” Cataleya seakan-akan tahu misi yang bakal dilaksanakan itu.
“Yes. Definitely. Esok tepat jam 10 pagi aku nak korang berempat berkumpul dalam bilik taklimat. Aku nak briefing and handover task korang. Understand?”
“Yes sir!”
4 bulan aku merancang dengan penuh teliti strategi untuk menghapuskan kumpulan King Maahad. Masa yang terluang banyak dihabiskan dengan mengkaji kelemahan yang terdapat pada kumpulan mereka. Mengikut laporan terkini, penculikan beberapa orang warga Bangladesh di Kuala Lumpur pada tempoh hari ada kaitan dengan kumpulan mereka. Aku benar-benar berharap King Shasha dan Komander RobotNaz dapat ditumpaskan dengan segera. Dendamku pada mereka bukan sedikit. Hidupku suram dan kelam disebabkan oleh mereka. Hutang darah dibayar dengan darah, hutang nyawa dibayar dengan nyawa.
“Ok, semua dah ada kat sini kan? Sarjan tolong matikan lampu ni, saya nak mulakan presentation.”
Aku menerangkan secara terperinci tentang skop dan tugas grup ini kepada mereka semua. Unit ini akan bekerjasama dengan unit Gerak Khas sepanjang misi ini berlangsung. Aku namakan operasi ini sebagai Ops Seek & Destroy. Misi penghapusan secara keseluruhan ahli-ahli militan serta pengganas King Maahad dan sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan mereka. Hasil risikan yang telah dijalankan sejak berbulan-bulan yang lalu mendapati mereka kini giat memperluaskan kuasa mereka di sekitar Lembah Klang. Lokasi persembunyian King Shasha masih menjadi tanda tanya dan aku serahkan tugas untuk mengesannya kepada M. Pattah Amin dan Cataleya ditugaskan untuk melakukan penyamaran di Felda Jengka 3 bagi memerangkap Komander RobotNaz dan saki-baki ahli kumpulan itu. Daeng pula aku tugaskan untuk merisik proksi-proksi kepada King Shasha di sekitar lembah Klang ini. Tugas mereka begitu berat. Bantuan daripada Unit Gerak Khas sedikit sebanyak telah meringankan beban kami.
“Aku harap korang semua jaga diri dan sentiasa low profile. Keep it lay low. Faham?”
“Ada sebarang soalan?”
“Tuan, andaikata saya terjumpa dengan King Shasha, adakah saya perlu ikut SOP biasa or SOP plan ni?” Soal M.
“Macam ni. Untuk King Shasha dan Komander RobotNaz, aku nak korang betul-betul lock the target. Aku nak korang lock betul-betul. Diorang ada black magic.”
“Tapi tuan…Saya tak tahu sejauh mana kekuatan dia.” Rungut Daeng.
“Aku tak suruh kau attack lagi. Aku suruh kau aim and lock dulu. Pastu inform kat aku. And by the way, setiap pergerakan korang semua dipantau dan dilindungi oleh unit Gerak Khas. Jangan bimbang.”
“Lega saya mendengarnya.” Jawabnya dalam hela nafas yang panjang.
“Tuan, memang kami berdua kena undercover kat dalam Felda Jengka ke? Ladang sawit tu.” Rungut Cataleya.
“Yes, both of you.”
“Tuan…Macam saya tak berapa kisah sangat tapi puan Cataleya ni perempuan. Dia tak biasa kena panas-panas dan kawasan sawit macam tu. Nanti rosak kulit dia.”
“Woi mangkuk ayun, korang dah cop sampai mati dalam grup ni. Tiba-tiba tanya soalan macam tu.” Aku tiba-tiba sahaja kepanasan usai mendengar rungutan daripada Cataleya dan Pattah Amin itu.
“Tapi saya bimbang kalau kulit puan Cataleya tercalar atau terbakar sebab panas.” Rungutnya lagi.
PEDEPANG…
Sebiji penampar singgah ke pipi Pattah Amin. Belum pernah aku mendengar rungutan sedemikian sepanjang aku memberikan arahan kepada orang bawahanku.
“Macam mana Pattah? Ok?”
“Saya mintak maaf tuan. Saya bimbang kala……”
PEDEPANG…BEDEBUSH…
Kali ini Cataleya yang menampar dan menumbuk muka Pattah Amin. Masakan tidak, rungutan manja tersebut hanya dicipta olehnya untuk mengelakkan diri daripada melaksanakan tugas yang telah diberikan.
“Kau ok Pattah?” Soal M dalam linangan air mata.
“Er…err…Aku Ok guys.” Jawab Pattah dalam kepayahan.
“Saya mintak maaf tuan dan puan Cataleya. Lain kali saya takkan merungut lagi.”
“Kau kenapa nampak sedih ni M?” Soalku kehairanan apabila melihatnya mengesat air matanya itu.
“Takde apa tuan.”
“Ini last warning! Aku tak nak geng-geng pondan ataupun kunyit ada dalam grup ni! Hati mesti kering, mesti langsi! Faham?”
“Aku tanya ni, faham ke tak?”
“Faham tuan.”
“Ok, dengan kalimah Laillahaillallah Muhammadarrasulullah, aku lepaskan korang semua sekarang. Berhati-hati dan sentiasa follow up dengan aku.”
“Terima kasih tuan.”
Sebenarnya berat rasanya di dalam hati untuk melepaskan mereka semua ke destinasi masing-masing tetapi atas sebab tugas, aku tidak boleh bertoleransi dengan mereka. Demi keselamatan dan kedaulatan negara, pengorbanan itu adalah satu kewajipan bagi pihak kami. Kami adalah benteng kedua kepada negara selepas pihak tentera.
SEMENTARA ITU DI FELDA JENGKA 3
“Puan, saya akan undercover jadi tukang masak di warung Cik Edot kat hujung felda tu. Puan pulak undercover jadi apa?”
“Heisshhh banyak soalan kau…”
“Puan nak jadi apa sebenarnya? Takkan nak sapu sampah je? Asyik asyik menyamar jadi tukang sapu dan tukang potong rumput. Tak boring ke puan?”
“Aku jadi ustazah kat tadika depan sana tu. Apa-apahal aku contact kau balik Pattah.”
Pattah Amin telah menjadi tukang masak sepenuh masa di sebuah warung yang selalu menjadi tempat lepak bagi golongan bawahan dan golongan kaki lepak di Felda itu. Cataleya pula menjadi ustazah sandaran di sebuah tadika pra sekolah di kawasan yang sama dengan Pattah Amin. Dikatakan beberapa orang penduduk kampung telah menyertai sebuah kumpulan agama yang agak diragui motif utama penubuhannya. Maklumat tersebut diperoleh daripada penduduk di sekitar kampung itu.
“Pattah, mee goreng tomyam 1, nasi goreng kampung 5, telur goreng mata 5. Cepat sikit.” Arah Cik Edot kepada Pattah Amin yang sedang memasak itu.
“Dah siap makcik.”
“Wei lahabau mana yang masak ni? Puii…Ni mee goreng simbah cencaluk ke apa? Bodoh punya tukang masak!” Laung seorang warga emas yang sedang menjamu selera di warung itu.
“Cik Edot…Kitaorang order nasi goreng kampung. Ni nasi apa ni? Takde rasa langsung. Masak guna kaki ke? Cik Edot! Tolong panggilkan tukang masak yang masak benda ni sekarang!” Herdik seorang pemuda yang kelihatan agak ranggi penampilannya.
“Maafkan saya ya. Kalau tak sedap tak payah bayarlah, saya halalkan sahaja tuan-tuan semua.” Jelas Cik Edot kepada beberapa orang pelanggan yang sedang menikmati hidangan di warungnya itu.
“Patutnya makcik yang kena bayar kat kami. Kami boleh saman tau!” Pekik seorang pemuda di situ.
“Ya, kami nak saman kedai ni sebab makanan tak sedap. Beracun. Kami tak puas hati.” Celah warga emas itu yang turut tidak berpuas hati dengan hidangan yang disajikan itu.
“Pattah, kau keluar jap. Kau pergi mintak maaf kat semua customer kat luar tu. Kau ni reti masak ke tak sebenarnya?” Soal Cik Edot dalam nada marah. Dia memeluk tubuhnya dan lama dia memerhatikan gelagat Pattah yang sedang berhempas pulas menyiapkan tempahan makanan.
“Kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Pattah!” Jerit Cik Edot.
“Ya saya…Saya masak sedap apa. Diorang ni memang gedik makcik. Jangan bagi muka sangat.”
“Gedik? Woi, kau keluar ke depan sekarang, pergi mintak maaf kat semua customer kat luar tu. Sekarang!”
“Alah makcik ni…”
Begitulah gelagat Pattah Amin usai dia melakukan penyamaran di warung Cik Edot itu. Boleh dikatakan dia adalah stok bahan jenaka dan bahan makian penduduk kampung itu disebabkan oleh kualiti masakan yang tidak mencapai piawaian pelanggan di situ. Cik Edot tidak membuangnya kerana dia tidak dibayar gaji dan dia hanya diberikan tempat tinggal dan makan minum percuma sebagai upah sepanjang dia bekerja di situ. Nasibnya berbeza dengan Cataleya yang telah menjadi ustazah di tadika pra-sekolah di situ.
“Ustazah nak awak semua ikut ustazah nyanyi lagu ni.”
“Boleh tak?”
“Boleh ustazah…” Gelak ketawa dan teriakan kanak-kanak di situ cukup membahagiakannya.
“Ok, sekarang semua beratur kat belakang ustazah dan ikut ustazah berjalan sambil nyanyi lagu ni.”
Semut berkawad
satu satu
Hora Horey!!!
Semut berkawad
satu satu
Didi kutip gula batu
dan semua berkawad
pulang ke busut
berjumpa Ratu Semut
Boom Boom Boom Boom
Boom Boom Boom Boom
Semut berkawad
dua dua
Hora Horey!!!
Semut berkawad
dua dua
Hora Horey!!!
Semut berkawad
dua dua
Jojo lompat bergembira
dan semua berkawad
pulang ke busut
berjumpa Ratu Semut
Boom Boom Boom Boom
Boom Boom Boom Boom
Semut berkawad
tiga tiga
Hora Horey!!!
Semut berkawad
tiga tiga
Hora Horey!!!
Semut berkawad
dua dua
Nana angkat gula-gula
dan semua berkawad
pulang ke busut
berjumpa Ratu Semut
Boom Boom Boom Boom
Boom Boom Boom Boom
“Ustazah, ustazah…kenapa Didi and Friends takde kat sini?”
“Farish, diorang sibuklah…”
“Kalau diorang tak sibuk diorang buat apa ustazah?”
“Wargh…wargh…wargh…Ustazah, kita nak jumpa Didi and Friends…wargh…wargh…” Beberapa orang kanak-kanak menangis di situ.
“Ustazah…nak Didi and Friends!” Mereka semua seakan-akan histeria apabila menangis dan terjerit-jerit kerana ingin bertemu dengan watak Didi & Friends itu.
“Dengar sini!”
“Siapa nak jumpa dengan Didi and Friends kena berhenti menangis.”
“Ha? Tiba-tiba je korang semua berhenti nangis ya.”
Cataleya terdiam untuk seketika. Lalu dia keluar dari kelas itu dan tatkala itu dia ternampak susuk seorang manusia yang bertopeng sedang melintasi kawasan tadika itu sambil menyanyikan lagu kanak-kanak.
“Awak, awak!”
“AWAK!”
“Awak yang berkostum tu…” Laungnya pada empunya diri yang bertopeng itu.
“Saya ke?”
“Ya, kamu. Datang sini kejap.”
“Awak ni memang selalu pakai macam ni ke?” Soal Cataleya kehairanan apabila pertama kali menyaksikan manusia berkostum adiwira di hadapannya.
“Selalulah jugak. Bosan duk kat rumah sebab tu saya jadi Kamen Rider ni. ”
“Ooo Kamen Rider rupanya…Awak tak panas ke pakai ketat-ketat macam tu?”
“Saya dah biasa dah. Lagipun memang cita-cita saya untuk jadi Kamen Rider sejak dari dulu lagi.” Terangnya sambil menggayakan aksi seorang ahli bina badan.
“Wah. Berketul-ketul body cik ni, siap ada 6 pack lagi. Hmm, tapi suara awak ni macam perempuan je? Nama awak apa?”
“Saya memang perempuan. Dah hobi saya nak pakai macam ni nak buat camne. Awak panggil saya cik Kamen Rider je. Satu Jengka kenal saya.”
Bermulalah sesi perkenalan di antara Cataleya dan gadis di dalam kostum adiwira Kamen Rider itu. Sebenarnya Cataleya tertarik dengan penampilan unik dirinya dan dia mengharapkan agar Kamen Rider tersebut dapat menghiburkan pelajar-pelajar di tadika itu.
“Cik Kamen Rider, pelajar-pelajar saya nak sangat jumpa Didi and Friends tapi saya tak mampu nak tunaikan permintaan diorang. Alang-alang cik Kamen dah ada kat sini boleh tak saya nak mintak tolong?”
“Hmm…Berat jugak tu.”
“Pertolongan apa tu?”
“Boleh tak awak hiburkan diorang. Sekejap pun takpe…Saya kesian kat diorang, saya tak mampu…”
“Hmmm. Boleh je.”
“Terima kasih tau. Awaklah penyelamat saya. Hihihi.”
“Takde apalah, saya pun suka budak-budak.”
“Ok. Jom.”
Nampaknya Cataleya sudah mempunyai sahabat baru di situ. Tugasnya akan lebih mudah sekiranya terdapat individu yang sanggup menjadi mata dan telinga kepadanya di kampung tersebut.
Daeng pula makin giat membongkar rahsia dan maklumat berkaitan dengan proksi dan kenalan kepada King Shasha. Beberapa orang pengikut kumpulan King Maahad yang berada di sekitar Lembah Klang telah tumpas di bawah kendaliannya. M pula masih menyiasat lokasi persembunyian King Shasha. Maklumat awal yang diterima daripada biro risikan unit Special Task Force On Organised Crime (STAFOC) mengatakan bahawa besar kemungkinan King Shasha telah kembali ke Pahang untuk bertemu dengan Komander RobotNaz bagi mengukuhkan lagi kuasa mereka di negeri tersebut.
M dan Daeng telah ditugaskan untuk bersama-sama dengan Pattah Amin dan Cataleya bagi menyiasat kesahihan laporan daripada unit STAFOC itu.
“Hello, puan, saya dan Daeng ditugaskan untuk bersama-sama dengan puan dan Pattah untuk trace King Shasha dan Komander RobotNaz di Felda Jengka 3.” Jelas M kepada Cataleya.
“Ok, tapi kali ni aku nak korang undercover jadi khairiah masjid kat sini. Boleh?”
“Boleh tu boleh. Tapi kenapa kena jadi khairiah masjid?”
“Kau tahu tak sekarang ni ada kumpulan dakwah baru yang aku syak more to jihadis and militant kat sini. Aku belum sempat nak investigate lagi.”
“Ok, sounds interesting…”
“Kat sini aku ada kenal sorang budak. Dia cakap dia pernah masuk ke satu tempat…”
“Tempat apa tu puan?”
“She said sort of bunian things…Kononnya kat dalam tempat tu ada macam askar-askar and officer. Normal person can’t see the existence of their activities.”
“Bunian erk?”
“Yes bunian. Aku suspek King Shasha and his army is hiding in that world.”
“Ini heavy case ni. I’m not familiar with THE BUNIAN’S…”
“Dah tu camne sekarang? Apa kejadahnya korang nak datang ke sini tapi tak boleh nak track diorang?”
“Saya tak cakap tak boleh. Saya cakap saya tak familiar puan. InsyaAllah kami akan cuba dulu.”
“Okey M. Bila korang dah sampai kita jumpa kat tempat Pattah undercover.”
“Ok puan. See you later, Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Kepakaran dalam ilmu ghaib yang dimiliki oleh Daeng dan M amat diperlukan di dalam saat-saat genting ini. Pattah Amin juga mempunyai kepakaran tersebut tetapi ianya terhad dan dia tidak berkemampuan untuk menghapuskan makhluk-makhluk puaka di alam ghaib.
“Sampai pun korang. Jom lepak kat warung tu dulu.”
“Elok sangatlah tu puan. Saya pun tengah kebulur ni. Alang-alang kat sini boleh jugak rasa air tangan si Pattah Amin ni.” Jawab Daeng sambil meraba perutnya.
“Makcik, saya nak bihun sup dan teh ais.” M.
“Saya pulak nasi goreng USA dan air kosong.” Cataleya.
“Bagi saya mee goreng mamak, tak nak sayur, telur mata, dan kopi tongkat ali. Kopi tu taruk telur mentah sebiji ya makcik.” Pesan Daeng.
“Hah? Taruk telur mentah dalam kopi?”
“Ya makcik. Taruk je. Saya nak kuatkan tenaga dalaman saya.”
“Kalau macam tu saya pun sama jugak makcik. Teh ais tu taruk telur masin.”
“Yang ni lagi teruk, awak nak campurkan telur masin dalam air awak?” Soal Cik Edot sambil mengerutkan dahinya.
“M, kau ni biar betul? Minum air campur telur masin? Lejen gila…” Soal Daeng dalam kebingungan akibat terkejut dengan permintaan aneh M itu.
“Untuk kuatkan batin bro.” Jawab M bersahaja.
“Macam-macamlah selera korang ni.” Sungut Cik Edot.
Mereka kini berada di warung Cik Edot untuk bertemu dengan Cataleya dan Pattah Amin.
“Puiii. Hancur. Boleh lingkup bisnes orang kalau masak macam ni.” Rungut Daeng sambil meludah masakan itu ke lantai.
“Makcik, tolong panggilkan tukang masak
sekejap!” Jerit Cataleya.
“Kenapa nak?”
“Ini dah melampau ni, saya pesan benda lain dapat benda lain. Dahlah tak sedap. Saya tak kira, saya nak jumpa dengan tukang masak ni sekarang jugak!”
“Maafkan makcik nak…”
“Panggil dia sekarang!” Jerit Cataleya dengan kuatnya. Semua pelanggan yang berada di situ tergamam dengan jeritannya.
“Eh guys, korang ada kat sini.. M, Dae…”
GEDEGANG, BEDEBUSH, PEDEPANG…
Pattah Amin tidak bernasib baik kerana dia telah dibelasah oleh Cataleya dengan teruknya di situ. Daeng dan M tidak berani untuk masuk campur kerana pangkat mereka adalah jauh lebih rendah daripada Cataleya. Pattah Amin terpaksa membiarkan dirinya dibelasah walaupun dia sendiri tidak mengetahui punca sebenar dia dibelasah. Semua pelanggan yang berada di situ hanya memerhatikan Pattah Amin dibelasah di situ. Mereka semua bersorak kegembiraan dan ada yang bertepuk tangan apabila melihat tukang masak kesayangan Cik Edot itu dibelasah oleh seorang wanita di situ. Sebenarnya mereka semua turut menaruh dendam pada dirinya disebabkan oleh makanan yang tidak sedap dan servis yang tidak berkualiti di warung tersebut.
Ketika kekecohan itu berlaku, sekumpulan lelaki berjubah dan berserban telah masuk ke dalam warung itu dan duduk di kawasan yang agak terlindung daripada orang ramai. Mata M tertangkap akan keanehan kumpulan itu. Daeng juga perasan akan keanehan yang terdapat pada kumpulan itu. Manakala Cataleya cam akan salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut. Individu tersebut adalah individu yang paling dikehendaki oleh pihak polis dan interpol.
Komander RobotNaz akhirnya membuat kemunculan di khalayak ramai tetapi dengan penampilan yang berbeza. Dia kini berjambang dan berjanggut panjang. M dan Daeng nampak jelas susuk 3 ekor makhluk yang besar berada di sekeliling kumpulan itu.
“Puan, saya nampak ada 3 ekor hantu. Kat area kumpulan berjubah tu.”Ujar M secara sinisnya kepada Cataleya.
“Saya pun nampak jugak puan. Diorang tahu kami tengah perhatikan diorang.” Jelas Daeng.
“Guys, cuba korang perhatikan lelaki yang berjanggut tu. Tengok betul-betul.”
“Eh, itu prime suspect tu puan…Komander tu.” Jawab M.
“Ok kita dah boleh lock target sekarang.” Celah Daeng.
“Be careful guys. Jangan sampai kantoi.” Pesan Cataleya kepada mereka berdua.
Daeng dan M mula melakukan pengintipan dan menyamar sebagai musafir di kampung itu. Ternyata maklumat yang diberikan oleh Cataleya berhubung dengan alam bunian itu adalah benar. Kumpulan besar King Maahad bersembunyi di alam tersebut. Maklumat itu terus tersebar sehingga ke Bukit Aman.
“Cataleya, betul ke aku dengar yang geng King Maahad lepak dalam alam bunian?”
“Betul tuan, Daeng dan M siap masuk ke dalam kawasan diorang lagi. Si Pattah pun sama jugak.”
“Ermm. Makin berat kes ni.”
“Berat macam mana pulak tuan?”
“Ada bantuan daripada alam sana. Aku kena buat taktik baru ni…”
“Tuan, kan kita dah ada Pattah Amin, Daeng, M, dan tuan sendiri…Takkanlah kita tak boleh masuk and direct ambush diorang?”
“Ni bukan kes biasa. We are involving with the other dimension. Aku tak nak korang semua jadi mangsa. Aku tak nak pisang berbuah dua kali…”
“Tapi…”
“Tapi apa?”
“Habis bila kita nak ambush diorang?”
“Ok, camni. Nanti kau suruh M dan Daeng masuk balik ke kawasan tu. Undercover and cari King Shasha sampai dapat. Once we have the clue, we will terminate them. Total elimination.”
“Total elimination which mean?”
“PEMBERSIHAN KING MAAHAD DARIPADA DUNIA INI.”
“Ok, I’ll notify them.”
“Thanks Cataleya.”
“My pleasure sir.”
Aku perlukan gabungan unit STAFOC, GERAK KHAS, & KHADAM-KHADAM GHAIB bagi menyempurnakan misi yang berat lagi sukar ini. Taklimat mengejut secara besar-besaran telahku lakukan dan kesemua unit-unit tersebut akan dibukakan hijab secara serentak olehku sebelum serangan dilancarkan nanti. Khadam-khadamku iaitu jin Islam yang menyamar sebagai anggota lama unit Alfafa dan tentera bunian dari tamadun purba akanku seru sebagai bantuan untuk menumpaskan tentera-tentera bunian kafir yang membantu kumpulan King Maahad itu. Aku amat yakin bahawa kerajaan bunian yang membantu mereka adalah dari jenis yang berbangsa kafir kerana daripada pengalamanku sendiri bunian Islam tidak akan sesekali bersekongkol dengan golongan sesat dan munafik seperti King Shasha dan Komander RobotNaz itu.
“Tuan, Daeng melaporkan. Tuan, kami dah confirm bahawa King Shasha memang berada di alam bunian tu. Saya dan M nampak dengan mata kepala kami sendiri. Dia sedang mengumpulkan bala-bala tentera daripada kalangan manusia dan tentera bunian di alam sana.”
“Maklumat yang sangat padat Daeng. Well done. Apa lagi maklumat yang korang tahu?”
“King Shasha dah ada istana sendiri tuan…”
“ISTANA? WHAT DO YOU MEAN?”
“Dia dah bertakhta di Istana alam bunian. Kawasan diorang namanya Napharim Mordor.”
“Kau tengok bunian jenis apa yang ada kat dalam tu?”
“Purba dan klasik tuan. Yang moden confirm takde.”
“Fuh…Alhamdulillah. Thanks for the info dude.”
BUKIT AMAN – SEHARI SEBELUM HARI SERANGAN
Semua unit telah bersiap siaga dan akan menuju ke Felda Jengka 3 melalui jalan darat secara berperingkat. Misi ini disertai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman – Senior Assistant Komisioner (SAC) Datuk Rusydi dan beberapa pegawai tertinggi dalam unit Jenayah Berat D8 & D9, Gerak Khas, STAFOC, dan UTK. Kekuatan seluruh anggota adalah seramai 400 orang dengan 40 orang pegawai. Walaupun jumlah kami tidaklah seramai bala tentera kumpulan King Maahad, tetapi skil dan pengalaman selama berbakti kepada negara itu adalah lebih penting daripada kuantiti yang banyak tetapi tidak relevan.
“Awak dah follow up balik ke dengan grup Alfafa pasal serangan pagi esok nanti?” Soal Datuk Rusydi kepadaku.
“Dah Datuk, diorang semua tunggu kita je sekarang ni.”
“Owh. Saya haraplah kes ni tak jadi macam tragedi kat Kampung Alor tu.”
“Hmm. Kenapa Datuk?” Sungguh aku terlepas pandang mengenai tragedi yang pernah menimpa unit JSJ di Kampung Alor suatu ketika dahulu. Parut kecacatan akibat simbahan asid di muka dan kesan telinganya yang terkopak itu mendatangkan kesedihan kepadaku. Nasibnya sama sepertiku tetapi aku lebih bernasib baik kerana aku tidak berada di lokasi kejadian ketika kumpulan King Maahad membunuh seluruh ahli grup Alfafa generasi pertama itu.
“Kalau bukan sebab Argono, saya takkan jadi macam ni. Saya takkan cacat dan kehilangan seluruh unit saya.” Dalam sebak dia berbicara menerangkan kekhilafannya tentang tragedi yang pernah terjadi di Kampung Alor itu.
“Bersabarlah Datuk, benda yang lepas jangan dikenang lagi kerana sesungguhnya ianya amatlah pahit untuk ditelan. Saya pun sama jugak. Terlalu yakin dengan kemenangan…Tetapi gagal segagal-gagalnya.”
“Kali ni kita akan lawan habis-habisan pengkhianat negara itu. Kami semua dengan awak dan kita adalah satu unit Harimau Berantai (PDRM).”
“Betul tu Datuk!” Aku seakan-akan disuntik oleh dadah campuran Morfin dan Heroin ketika mendengar kata-katanya itu. Aku semakin bersemangat. Darahku membuak-buak untuk melihat kumpulan bangsat itu musnah.
FELDA JENGKA 3 – HARI SERANGAN
Kami semua telah sampai ke destinasi peperangan dan penduduk di kampung-kampung di dalam perimeter kawasan serangan telah dipindahkan secara senyap-senyap sejak 2 hari yang lepas lagi. Kumpulan King Maahad telah mengetahui dengan lebih awal tentang misi pemburuan kumpulan mereka kerana terdapat penyalur maklumat yang menyamar sebagai orang tengah kepada pihak kami.
Rupa-rupanya sahabat kepada Cataleya iaitu Cik Kamen Rider adalah seorang pembelot besar. Beliau adalah talam 2 muka dan yang paling merbahaya adalah kerana beliau merupakan anak perempuan tunggal kepada King Shasha. Cataleya, Pattah Amin, Daeng, dan M cukup bernasib baik kerana tidak diapa-apakan sepanjang tempoh penyamaran mereka di situ.
Waktunya telah tiba, kesemua anggota PDRM daripada semua unit telahku bukakan hijab batin mereka. Kami kini bergerak di dalam 2 kumpulan yang berbeza. Aku memimpin unit Gerak Khas, UTK, dan STAFOC manakala unit JSJ, D8 & D9 diketuai oleh Tengku Harris (Ketua Unit D8 Bukit Aman).
Aku nampak sebuah perkampungan yang besar dan di pintu gerbangnya dikawal oleh berpuluh-puluh ekor makhluk puaka. Senjata-senjata, peluru-peluru, dan bahan letupan kami telah ditahbiskan dengan ayat-ayat suci Al-Quran untuk menentang makhluk-makhluk puaka ganas tersebut.
“Ok, semua unit di bawah kawalan saya maju dalam 3 kelompok kecik. Team Gerak khas standby daripada gerbang kanan, team besar UTK stay kat sini, dan team STAFOC boleh rempuh masuk sekarang”.
“Ok, roll on guys.”
Serangan hendap melalui sisi kanan dan depan pintu gerbang berhasil. Ratusan peluru hidup yang dilapisi dengan tahbisan ayat-ayat suci berhasil menundukkan makhluk-makhluk puaka yang berkawal di situ.
“Ok, team UTK gerak masuk sekarang.”
“Cataleya, Daeng, Pattah, dan M korang semua cover aku.”
“Roger tuan.”
Kami semua berjaya masuk ke dalam kawasan tersebut. Suasana dingin mula terasa, kabus yang tebal mula menyelubungi kawasan di sekitar tersebut. Aku memberikan arahan kepada Tengku Harris untuk masuk dengan kelompok kedua ke dalam kawasan tersebut. Tiba-tiba kelihatan seperti sebuah kapal layar besar sedang berada di hadapan kami. Kapal tersebut sangat besar. Tingginya lebih kurang bangunan 20 tingkat dan lebarnya seperti sebuah padang bola sepak. Kami semua senyap dan menuju ke sebuah hutan di situ untuk berlindung.
“All unit retrieve, all unit retrieve.” Arahanku kepada semua unit yang masih belum masuk ke dalam hutan.
“Bro, aku rasa macam takde apa-apa je, satu makhluk pun takde. Dah dekat 2 jam kita stay kat sini. Why not we send 1 small group to spy them?” Cadang Tengku Harris kepadaku. Cadangan beliau agak bernas kerana daripada menghabiskan masa di situ adalah lebih baik dilakukan intipan dalam unit yang lebih kecil.
“Cataleya, I want you to follow them. Guide them and don’t forget to bring some heavy stuff.”
“Ok sir.”
“Hati-hati.”
Aku dengan berat hatinya melepaskan mereka pergi untuk tujuan tinjauan ini. Kami telah terputus hubungan dengan mereka sejak beberapa jam yang lalu. Hari berlalu dengan pantas dan kian menghampiri petang. Sesuatu harus dilakukan. Aku yakin bahawa telah berlaku sesuatu kepada unit campuran yang diketuai oleh Cataleya itu.
“Aku ada cara.”
“Cara apa lagi? Nak ambush masuk secara total ke?” Soal Tengku Harris.
“Bukan, kau tengok je.”
“Alfafa 2 dari alam sana aku mohon kalian datang kepadaku sekarang. Nagash, Safwan, Baldur, Kharash, Kaskail datang sekarang seperti selalu aku seru. Ingat lagi janji kita.” Seruku memanggil unit Alfafa 2 selaku khadam-khadamku.
“Kau buat apa ni?” Soal Tengku Harris lagi.
“Kau diam boleh?”
“Assalamualaika Ya Ana Jin Ya Ana Khadam Nagash, Safwan, Baldur, Kharash, Kaskail. Datanglah sepantas sekerlip mataku sekarang.”
Dengan tidak semena-mena mereka berlima telah muncul di hadapanku dalam bentuk anggota unit Alfafa terdahulu. Klon kepada Wan Bentara, Shizu, Mat Perantau, Wak Dee Fen, dan Mac Amin sedang berada di situ sekarang. Kesemua unit campuran PDRM terkesima dan terkejut dengan kemunculan mereka.
“Katakan tuan, apakah yang harus kami lakukan?” Soal Kharash selaku ketua khadam di situ.
“Aku nak korang cari dan bawak balik makhluk-makhluk Allah, khalifah sepertiku yang mungkin berada di dalam keadaan bahaya sekarang.
“Siapakah mereka dan kami ingin lihat wajah mereka semua.”
Aku memberikan nama penuh dan menunjukkan wajah mereka semua kepada khadam-khadam tersebut.
Mereka hilang begitu sahaja. Beberapa minit kemudian Cataleya dan unit tersebut muncul kembali kepada kami tetapi dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.
“Apa yang dah jadi pada korang semua ni? Cataleya?” Soalku sambil menghulurkan air mineral kepadanya.
“Kami ditawan tuan…Ada beribu-ribu tentera puaka dan tentera manusia di sana. Komander RobotNaz yang mengawal mereka semua.”
“Beribu-ribu? Ramainya.”
“Beribu-ribu tuan dan King Shasha suruh sampaikan skrol ni pada tuan. Uhuk uhuk.” Terbatuk-batuk dan tercungap-cungap dia menerangkan tentang situasi yang sedang berlaku padanya tadi.
Aku membuka skrol tersebut dan membaca sekeping surat di dalamnya.
AKU LEBIH TAHU PERANCANGANMU. KAMU TAKKAN DAPAT MEMUSNAHKAN KAMI. MEREKA AKU LEPASKAN SEBAGAI JAMINAN BAHAWA KAMU SEMUA AKAN BERUNDUR BALIK KE ALAM NYATA. ANDAI TIADA PENGUNDURAN BALA AKAN MENIMPA KAMU SEMUA. #KingShasha
Terdiam seketika apabila aku membaca warkah tersebut. Tengku Harris mencadangkan agar kami semua berundur balik demi keselamatan tetapi aku membangkang ideanya. Aku dengan prinsipku, sekali kakiku sudah menjejak tempat musuh, tidak mungkin aku akan berundur lagi. Aku akan mara dan terus melawan. Cataleya dan unit tersebut aku rehatkan buat sementara waktu manakala unit-unit yang lain aku kerahkan untuk menentang tentera King Maahad itu. Aku tidak takut. Kali ini kami berada di dalam formasi yang besar dan terus keluar daripada hutan tersebut dan menuju ke arah lokasi tempat mereka semua berkumpul.
Aku menyuruh semua anggota di situ berzikir Allah Hu dengan kuat sambil bertawakal sepenuhnya kepada Allah Taala.
ALLAH HU ALLAH HU ALLAH HU ALLAH HU ALLAH HU ALLAH HU ALLAH HU ALLAH HU ALLAH HU ALLAH HU ALLAH HU.
Bergema suara kami semua ketika bergerak menuju ke sasaran yang ditetapkan itu. Beberapa orang pegawai tinggi mengibarkan bendera unit masing-masing ketika itu untuk menguatkan lagi semangat jihad kami. Khadam-khadamku berada di barisan paling hadapan dan mereka juga turut melafazkan zikir yang sama seperti kami semua. Ketika itu bunyi paluan gendang perang dan derapan kaki seperti kawad kaki berbunyi begitu kuat sekali. Aku mengarahkan unit kami untuk berhenti seketika. Bunyi tiupan seakan-akan trumpet juga berkumandang di situ. Sungguh aku gentar dan berdebar apabila terdengar bunyi-bunyi tersebut. Aku tahu bahawa mereka semua juga turut mara ke arah kami.
“Daeng, M, Pattah Amin…Kalau jadi apa-apa kat kita pada hari ni, ingatlah bahawa kita akan menjadi Syahid. Kita adalah tentera Mujahidin.”
“Saya faham tuan.” Jawab M dengan sayunya.
“Saya redha dan pasrah je…” Fattah Amin sambil menundukkan wajahnya ke tanah.
“Jihadin Fisabillillah Jihadin Fisabillillah! Allahuakbar!” Jerit Daeng sekuat-kuatnya. Anggota-anggota lain turut sama bertakbir mengikut Daeng. Sungguh aku respek dan pandang tinggi keberaniannya itu. Adrenalin kami meningkat naik dan semangat untuk menumpaskan mereka semakin berkobar-kobar.
“Guys, aku harap korang dapat halalkan segala perbuatan, percakapan, dan makan minum aku selama ini.” Aku memeluk mereka bertiga dan bersalam dengan seluruh anggota yang berada di situ. Masing-masing mula mengeluarkan air mata dan saling bermaafan di situ.
Kami semua telah dikepung daripada semua penjuru dan serangan mula dilancarkan. Khadam-khadamku bertempur dengan makhluk-makhluk yang lebih besar. Kami sebagai manusia biasa hanya berbekalkan doa dan senjata sahaja. Apa yang anehnya adalah mereka semua seolah-olah dilindungi oleh satu medan tenaga yang cukup kuat. Sebiji puluru pun tidak mencederakan mereka. Letupan bom juga seakan-akan tidak memberi impak kepada mereka. Anggota kami gugur syahid satu persatu dan aku memberi arahan untuk membuat satu bulatan besar dan menyerang mereka semua mengikut pusingan 360°, namun ianya masih tidak mendatangkan hasil kepada kami. Kami sudah hampir kehabisan bekalan peluru dan bom. Ketika itu aku mula teringatkan tentang tentera bunian Islam di mana ketuanya adalah seorang sahabat kapadaku. Lalu sebagai langkah terakhir aku seru kedatangan mereka semua.
“Aku harap korang semua bertahan dulu. Aku nak panggil bantuan.” Jerit aku dengan sekuatnya ke arah semua anggota unit yang masih tinggal.
“Cepat sikit. Kami dah tak mampu nak bertahan…” Jerit Tengku Harris.
“Wahai tentera-tentera Allah yang sedang ghaib, aku anak cucu Nabi Adam memerlukan bantuan daripada kamu semua. Wahai tentera Laksamana Sunan, aku sahabatmu memerlukan bantuanmu sekarang ini.”
“Assalamualaikum wahai tentera-tentera Allah yang sedang ghaib. Tentera Laksamana Sunan, aku mohon bantuanmu sekarang.”
Aku bertawakal dan berserah sahaja kepada Allah Taala kerana bantuan yang dipinta tidak muncul tiba. Lalu kami teruskan serangan dengan sisa tenaga yang masih ada. Pattah Amin telah gugur syahid dan mayatnya telah aku alihkan dan aku tutupi wajahnya dengan jaket kalis peluruku. Aku sempat mencium dahinya dan aku cuba untuk menahan diri daripada menangis tetapi aku gagal. Aku meraung dan menangis sekuat-kuatnya sambil terus melakukan serangan kepada bala tentera King Maahad itu. 2 orang khadamku juga telah mati. Tiada lagi Baldur dan Safwan. Mereka juga telah gugur syahid. Aku sempat melihat saat terakhir dalam hidup mereka itu. Mereka telah ditikam dan disembelih oleh beberapa ekor makhluk yang sangat ganas dan besar.
Dalam keadaan keletihan dan tercedera itu, aku terdengar pekikan suara yang amat kuat. Teramat kuat. Ana Qufairo Ana Qufairo…Seekor naga besar sedang terbang di atas kami disusuli dengan beberapa ekor naga lagi yang turut memekik-mekik di dalam bahasa Arab. Aku yakin bahawa naga-naga tersebut telah dihantar oleh uncle Bob yang juga bekas timbalan ketua polis negara suatu ketika dahulu. Aku ada memberitahunya tentang misi ini kepadanya beberapa hari yang lalu. Serangan daripada naga-naga tersebut mula membuahkan hasil. Kapal layar yang besar tersebut telah terbakar dan kelihatan banyak makhluk puaka sedang terbakar dijilat api. Namun begitu mereka semua masih tidak berganjak dan terus melakukan serangan kepada kami. Mereka memanah dan membedil naga-naga tersebut tanpa sebarang kompromi. Aku lihat ada beberapa ekor naga yang jatuh gugur di hadapanku.
“Assalamualaikum Ya Sahabi Ya Khalifah.” Terdengar dengan jelas olehku seseorang sedang memberi salam. Aku cuba mengecam suara tersebut tetapi gagal.
“Waalaikumsalam Ya Sahabi!” Jawabku.
Bantuan yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Medan perang yang ketika itu rancak dihujani dengan peluru dan letupan bom sunyi buat seketika. Armada besar Laksamana Sunan telah tiba. Mereka tiba dengan berpuluh-puluh kapal layar yang terbang dan mula mengangkut anggota-anggota kami yang masih tinggal ketika itu. Jumlah bala tentera beliau adalah jauh lebih besar mengatasi jumlah tentera King Maahad. Laksamana Sunan adalah seorang wanita dan dia telah dilantik untuk menjadi laksamana wanita yang pertama di wilayah 2 Negara Bunian Bersaudara iaitu Srivijaya Lama dan Gunung Ledang.
“Hamba ingatkan puan laksamana tidak mendengar panggilan hamba tadi.” Soalku dalam kepenatan.
“Masakan hamba boleh melupakan tuan hamba. Satu-satunya manusia yang pernah membantu kerajaan kami dahulu.” Gembira dan terharu apabila dia masih mengingati diriku ini.
“Daeng, M, Tengku Harris, kenalkan ini Puan Laksamana Sunan, laksamana tertinggi untuk 2 kerajaan bunian.”
“Pergghhhh. 2 kerajaan? Biar betul tuan?” Soal M.
“Yup. Srivijaya Lama dan Gunung Ledang.”
“Gilalah. Tuan boleh kawan dengan diorang. Saya respek gila.” Ujar Daeng bersungguh-sungguh.
“Aku pun sama bro. Memang aku tak sangka langsung. Aku nak mintak maaf sebab judgemental dengan kau sebelum ni. Maafkan aku bro…” Jelas Tengku Harris sambil mendakapku.
“Eh takde apa yang hebatnya pasal aku. Aku sama je macam korang. Cuma banyak berjalan je. Itu yang orang tua selalu cakap banyak berjalan luas pemandangan, luas pengalaman.”
Mereka bertiga dan seluruh unit anggota polis tiba-tiba sahaja menundukkan diri dan mengucapkan terima kasih kepada Laksamana Sunan. Aku pun turut tunduk hormat kepada beliau.
“Terangkan padaku wahai sahabat bagaimanakah kesudahan yang kamu inginkan terhadap mereka?”
“Perlahan, menyakitkan, menyeksakan, dan musnah kekal dari alam ini.” Jawabku dengan terketar-ketar.
“Adakah naga-naga itu di pihak kalian?” Soalnya lagi.
“Ya puan laksamana. Kepunyaan sahabat hamba.” Jawabku ringkas.
Sementara itu aku memanggil ketua naga tersebut iaitu Qufairo. Qufairo pernah beberapa kali membantuku sebelum ini. Ia adalah kepunyaan uncle Bob. Aku bercadang untuk menunggangnya dan menghapuskan King Shasha dan Komander RobotNaz.
“Qufairo…Qufairo!” Laungku memanggil naga jantan itu.
“Anta wal !@// asfed @#$.” Dia terbang dan bercakap di dalam bahasa Arab yang langsung tidak aku fahami.
“Wal #/^ !$/^ sfhhd.” Pening kepalaku apabila mendengar dia bercakap.
Aku keluarkan fotofit wajah King Shasha dan Komander RobotNaz lalu ditunjukkan kepadanya. Sambil itu aku menunjukkan gaya seperti membunuh dua petualang itu kepadanya. Dia seolah-olah ketawa apabila melihat perlakuanku itu. Tak lama kemudian dia menganggukkan kepalanya seperti memahami permintaanku itu.
Aku naik di atas belakang badannya dan dia mula mengapungkan dirinya lalu mengibaskan sayapnya itu. Aku kini di udara.
“Guys, tengok ni…Hehe.”
“Tak acilah tuan, kitaorang duk atas kapal tuan naik naga.” Jerit M.
“Sekali sekala guys.” Jawabku dalam nada angkuh.
“Wahai sahabatku puan Laksamana Sunan, kita mulakan serangan balas sekarang.” Arahku pada Laksamana Sunan.
Ketika itu segerombolan armada besar Laksamana Sunan mula bergerak ke arah bala tentera kumpulan King Maahad. Dilepaskan tembakan meriam ke arah mereka semua. Tentera-tenteranya mula memanah ke arah tentera King Maahad dan kelihatan ramai yang terbunuh melalui serangan udara tersebut. Aku dan Qufairo masih lagi di udara dan sedang mencari tempat persembunyian King Shasha dan Komander Robotnaz.
“Hasbil Hasbil.” Qufairo menjerit dan terbang meluru ke puncak sebuah istana di situ. Aku nampak dengan jelas King Shasha, Komander RobotNaz, Kamen Rider, dan beberapa orang pegawainya sedang berkumpul di situ.
Kelihatan seekor naga sedang memintas kami. Aku tergamam buat seketika. Rupa-rupanya Daeng dan M yang sedang menunggang naga tersebut. Lalu aku cuba menghampiri mereka.
“Weh, camne korang boleh naik naga jugak?” Soalku kehairanan.
“Lain kali jangan sombong tuan.” Jawab M.
“Hahahaha.” Daeng hanya ketawa sendiri.
“Korang naik naga ni camne?”
“Tuan, naga yang ni special sikit, dia boleh cakap bahasa Melayu. Naga tuan tu cakap bahasa Arab. Yang ni senang je bagi arahan.” Jawab M.
“Musibat betul korang ni. Korang tau tak yang Qufairo ni ketua diorang. Yang kau naik tu kuli dia je.”
“Tapi yang ni besar dan lembut je kulit dia…Yang tuan naik tu macam besi je. Tak sakit ke?” Perli M lagi.
“Aku naik Ferrari, korang naik ViVa. Jauh beza tu. Hahaha.”
“Ok guys suspek 2 ekor tu ada kat bawah, jom ambush!”
Qufairo dan naga yang ditunggangi oleh mereka itu terus meluru ke bawah dan menghembuskan apinya ke arah sekumpulan manusia yang sedang berkumpul itu.
“Mana kau nak lari musibat?” Soalku kepada King Shasha. Ini adalah saat yang telah lama aku nantikan.
“Kau dah bunuh seluruh anggota grup aku pada tanggal 26 Disember 2016. Kau ingat tak?” Soalku sambil mengisi peluru ke dalam raifalku.
“Bukan aku yang bunuh!”
“Wei sial kau nak mampos pun kau tak nak ngaku lagi?”
“Sumpah bukan aku yang bunuh. Aku dah lari masa tu. Cuba kau ingat balik lokasi tempat kejadian dan lokasi orang-orang kau serang aku!”
“Apa yang kau cakap ni?”
“Aku dengan si RobotNaz dah cabut awal-awal lagi…”
Aku menghampirinya dan melepaskan beberapa tumbukan ke wajahnya. Dia tidak melawan. Aneh. Sungguh aneh.
“Woi berdogol. Engkau tak nak lawan balik ke?” Soal aku lagi.
“Ini kali terakhir aku beritahu. Bukan aku ataupun ahli kumpulan aku yang bunuh orang-orang kau. Orang lain yang bunuh diorang.”
“Kau baik cakap betul-betul, kalau tak bersepai kepala otak kau sekarang!”
“Kau ada perasan tak rumah lama tempat kau jumpa diorang? Cuba ingat balik.”
“Hmmm.”
“Ada seorang makcik tua di situ. Dia duk sorang diri je kat rumah tu. Kat sekeliling kawasan rumah tu dia dah tanam banyak periuk api. Masa orang-orang kau nak tangkap kami, kami lari melalui jalan di tepi rumah tu.”
“Teruskan lagi…”
“Bukan orang-orang kau sahaja yang terbunuh, isteri aku dan orang-orang aku pun ramai yang mati sebab terpijak periuk api kat situ.”
“Jadi sekarang kau nak cakap bukan kau yang bunuh diorang?”
“Sumpah. Kalau kau tak percaya kau boleh pergi semula ke rumah tu dan kau tengok sendiri dengan mata kau betapa merbahayanya kawasan rumah orang tua tu.”
“Daeng! M!”
“Ada apa tuan?”
“Kau gari dia, Komander RobotNaz, Kamen Rider, dan orang-orang dia tu.”
Arahku dengan tegas.
“Habis tu Ops Seek & Destroy?” Soal Daeng.
“Dia tak mengaku dia yang bunuh so kita kena bawak balik ke HQ Bukit Aman dulu.”
“Tuan, ramai mana anggota kita yang dah mati disebabkan oleh dia. Khadam tuan pun ada yang dah mati. Takkan nak bawak dia settle kat luar? Baik kita habiskan kat sini je.” Terang M lagi.
“Itu aku tau, tapi aku bukan zalim sangat, sekarang kita pergi balik ke lokasi kejadian yang dah meragut anggota asal Alfafa.”
“Aku ada cara aku guys. Korang just follow my order. Understand?”
“Yes sir.”
Pada waktu pertempuran itu pihak PDRM telah kehilangan 120 orang anggota termasuk pegawai-pegawai tertinggi. Saki baki ahli kumpulan King Maahad yang masih hidup telah ditangkap dan akan melalui proses perbicaraan di mahkamah sivil mengikut perundangan jenayah Malaysia.
“Puan Laksamana Sunan, hamba nak ucapkan ribuan terima kasih kerana telah membantu pihak hamba pada hari ini.”
“Itu tidak mengapa wahai sahabat. Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu tuan hamba.”
“Terima kasih puan Laksamana Sunan. Hingga kita ketemu lagi suatu hari nanti. InsyaAllah.”
“InsyaAllah, Assalamualaikum Ya Sahabi Ya Khalifah.”
“Waalaikumsalam Ya Sahabi Ya Laksamana Sunan.”
Jenazah anggota kami yang gugur pada hari itu telah dikeluarkan dan ditanam pada hari yang sama juga sebagai menghormati mereka semua. Mereka semua syahid dan ditanam di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Ampang pada hari yang sama juga. Aku kehilangan seorang anggota yang cukup berkaliber iaitu allahyarham Pattah Amin. Cataleya tidak dapat menerima hakikat tentang kematiannya itu. Dia kini trauma dengan kejadian tersebut.
Selesai sahaja urusan pengebumian mangsa pertempuran itu, King Shasha, Komander RobotNaz, Kamen Rider, dan orang-orangnya dibawa semula ke lokasi kejadian yang pernah meragut nyawa anggota asal grup Alfafa iaitu Wan Bentara, Shizu, Mat Perantau, Wak Dee Fen, dan Mac Amin.
“Tuan, cuba perhatikan rumah tu. Saya tengok banyak natang kat situ.” Ujar M.
“Ya tuan. Kat depan longkang tu daripada tadi lagi duk perhatikan saya. Muka macam babun tu.” Celah Daeng.
Rumah tersebut kelihatan begitu suram dan menakutkan. Aku ternampak banyak makhluk puaka bersarang di kawasan tersebut.
“King, aku nak kau buktikan yang kau tak bunuh orang-orang aku.”
“Kau nak suruh aku buat apa sekarang?” Soal King Shasha.
“Aku nak kau ketuk pintu rumah tu. Aku nak kenal pemilik rumah tu.”
“Uish…Tak nak aku mati sia-sia. Silap haribulan meletup kat situ.” Jawabnya seperti mengelakkan daripada menjejakkan kaki ke rumah itu.
“Kalau kau tak nak, aku terpaksa tamatkan riwayat kau di sini.”
“Tolonglah…”
“Ataupun aku suruh anak kau si Kamen Rider ni pergi ke rumah tu. Boleh?” Aku menggunakan anaknya sebagai umpan supaya dia dapat pergi ke rumah tersebut.
“Ok, tapi dengan syarat.”
“Apa dia?”
“Biar aku dan Komander RobotNaz yang pergi sama-sama ke situ.”
“Woi, apa pulak aku? Kau pergilah sorang-sorang.” Jawab Komander RobotNaz.
“Ok, aku dah buat keputusan, kau dengan Komander RobotNaz pergi sama-sama. Aku bagi tempoh seminit. Kalau tak aku campak budak Kamen Rider ni ke situ. Aku tak bergurau ni.”
“Pergi sekarang!” Jeritku pada mereka berdua.
Mereka berdua menuju ke halaman rumah tersebut. Masa yang diambil untuk sampai ke pintu rumah tersebut sangatlah lama. Kami semua berlindung di seberang jalan dan memerhatikan mereka melalui teropong. Seorang wanita tua keluar dari pintu tersebut. Kemudian dia masuk semula ke dalam rumahnya. Tak lama kemudian dia keluar semula dan menghalakan senapang patahnya ke arah King Shasha dan Komander RobotNaz. Tembakan dilepaskan dan kedua-duanya maut di situ.
“Tuan, tak boleh jadi ni. Kita kena bertindak sekarang!” Jerit Daeng.
“Ayah…Ayah…Ayah saya kena tembak tu!” Kamen Rider menangis dan menjerit-jerit ingin pergi ke rumah tersebut.
“01 dari 02 melaporkan ada kejadian pembunuhan di sebuah rumah lama di mukim Kuala Langat.”
“01 dari 02 melaporkan over.”
Sementara menunggu bantuan tiba, aku, Daeng, dan M melastik beberapa biji batu ke arah pintu rumah tersebut. Wanita tua tersebut keluar daripada rumah tersebut dan berjalan menuju ke arah kami.
PEDEPANG PEDEPANG PEDEPANG
Kami bertiga telah ditampar dengan sekuatnya oleh wanita tua tersebut. Pipiku pedih dan telinga berdesing akibat tamparan tersebut. Di pinggangnya terselit sepucuk raifal semi automatik dan pisau rambo. Daeng cuba untuk menangkap wanita itu tetapi telah ditikam bertalu-talu di bahagian dadanya. Aku dan M cuba untuk menembaknya tetapi dia terlebih dahulu melepaskan tembakan tersebut. Kami terselamat dan kami terpaksa menunggu sehingga bantuan tiba. Aku menghubungi Datuk Rusydi lalu memaklumkan tentang kejadian tersebut dan dia juga dalam perjalanan ke mari. Kes tersebut bukan di bawah bidang kuasaku dan aku terpaksa memohon bantuan daripada unit JSJ sebagai bantuan tambahan. Keadaan Daeng semakin kritikal, mukanya kebiruan, dan aku menyuruhnya supaya bertahan dan mengucap.
“Daeng tahan sikit. Ambulan dah on the way.”
“Tuan, dia satu-satunya sepupu yang saya ada. Tolonglah saya tuan…” Rayu M dalam tangisan.
“Daeng, kau bertahan ya. Ambulan dah nak sampai tu.” Aku cuba menenangkan Daeng ketika itu.
Datuk Rusydi telah tiba bersama beberapa buah kereta Proton Preve kelabu milik JSJ Bukit Aman. Skuad antibom juga tiba tak lama kemudian. 2 buah robot pengesan bahan letupan digunakan dan sebanyak 50 biji periuk api yang masih aktif berjaya dikeluarkan daripada kawasan rumah tersebut. Maka tahulah aku bahawa pembunuh sebenar anggota unit Alfafa itu adalah wanita tua berkenaan.
“Anda sudah dikepung, sila keluar daripada rumah anda sekarang juga.” Laung Datuk Rusydi ke arah rumah tersebut.
“Sila keluar sekarang juga. Sekiranya anda bertegas untuk tidak bekerjasama, pihak polis akan menyerbu masuk ke dalam rumah anda dalam masa 5 minit.”
Masa sudah berlalu hampir 10 minit tetapi wanita tua berkenaan masih belum memunculkan dirinya.
“Datuk, saya rasa kita dah boleh rempuh masuk rumah dia sekarang.” Jelasku pada Datuk Rusydi.
5 orang anggota JSJ merempuh masuk ke dalam rumah tersebut. Kedengaran bunyi tembakan dilepaskan ke bertalu-talu di dalam rumah tersebut.
“Rascal5 from Rascal 10, macam mana situasi sekarang?” Soal Datuk Rusydi melalui walkie talkie.
“Rascal5 from Rascal 10, mohon lapor situasi sekarang, over.”
Aku semakin bimbang, adakah anggota-anggota JSJ tersebut telah menjadi mangsa kepada wanita tua tersebut? Tiada sebarang laporan daripada mereka. Aku yakin sesuatu yang buruk telah menimpa mereka semua.
“Datuk, I think something bad is happening to your peoples in there.” Jelasku.
“Jom ikut saya masuk ke dalam rumah tu.” Pelawa Datuk Rusydi.
Aku serba salah dan ketakutan. Adalah tidak masuk akal seorang wanita tua mampu bertindak sedemikian rupa secara bersendirian.
“Jom Datuk.”
Baru sahaja kami hendak melangkah, wanita tua itu telah keluar daripada rumah itu lengkap dengan bom masa yang terikat di badannya. Dia berjalan dengan pantas ke arah kami. Aku kaget, Datuk Rusydi juga terkejut. M pula sedang menenangkan Daeng dan Kamen Rider.
“Eh, makcik ni bukan ke Nor Hasnizah?” Soal Datuk Rusydi kepada wanita tua itu ketika dia menghampiri kami.
“Ya aku Hasnizah, bekas isteri kepada Argono. Argono yang korang dah bunuh dulu tu.”
“Dah lama aku berdendam dengan orang-orang polis. Argono tidak diberi sebarang kesempatan.”
Aku lihat air mata Datuk Rusydi mula bergenang dan dia terdiam ketika itu.
“Korang tahu betapa susahnya hidup aku selepas peristiwa tu? Aku dipulaukan oleh penduduk kampung. Aku dituduh mengamalkan ilmu hitam dan anak aku mati dibunuh oleh orang-orang Kampung Alor.”
“Tapi Argono itu memang penjenayah.” Ujar Datuk Rusydi mempertahankan tindakannya yang menyebabkan Argono terbunuh suatu ketika dahulu.
“Siapa cakap dia penjenayah? Dialah suami yang mithali. Kamu orang-orang polis apa yang kamu tahu?”
“Makcik. Bawak-bawak mengucaplah. Bertaubat. Dah berapa ramai yang jadi mangsa bunuh makcik?” Aku cuba menasihatinya. Sungguh aku tidak menduga bahawa seorang wanita tua mampu melakukan pembunuhan kejam dengan memasang periuk api dan menembak mangsa-mangsanya tanpa belas kasihan.
Aku berundur beberapa langkah ke belakang dan mula menyeru khadamku yang bernama Kaskail untuk memohon bantuan. Aku menyuruhnya menghantar wanita tua tersebut ke puncak Gunung Kinabalu sebagai pengajaran kepadanya.
“Makcik ada apa-apa pesanan tak?” Soalku bersahaja.
“Aku nak bunuh semua orang-orang polis di sini sekarang jugak.”
Kelihatan masa yang tertera di bom masa itu tinggal 40 saat sahaja lagi. Aku mengharapkan supaya Kaskail berjaya memindahkan dirinya itu secepat mungkin.
“Kaskail! SEKARANG!”
Sekelip mata wanita tua yang bernama Nor Hasnizah yang juga janda kepada Argono itu dihantar ke Gunung Kinabalu oleh Kaskail.
Daeng terselamat tetapi terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan kerana paru-parunya telah rosak akibat ditikam oleh Nor Hasnizah. Kamen Rider pula telah dijadikan adik angkat kepada Cataleya dan sesungguhnya aku merasa betul-betul bersalah kerana aku tahu punca kematian bapanya adalah disebabkan oleh amarah aku kepadanya. Aku kini merasa tenang kerana pembunuh kepada sahabat-sahabatku iaitu Wan Bentara, Shizu, Mat Perantau, Wak Dee Fen, dan Mac Amin telah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan kejamnya itu.
Grup Alfafa telah dibubarkan dan aku tidak lagi berada di bahagian UTK. M telah dinaikkan pangkat kepada Sub Inspektor, Daeng pula berkhidmat di bahagian pentadbiran, dan Cataleya telah ditamatkan perkhidmatannya kerana menghidapi masalah kesihatan yang serius. Dia mengalami trauma melampau disebabkan oleh kematian tragik Pattah Amin itu. Dia kini mengusahakan perniagaan tudung dan kostum anime secara online bersama adik angkatnya iaitu Kamen Rider. Datuk Rusydi telah bersara daripada perkhidmatan polis dan menjadi calon politik bagi parti pembangkang untuk pilihanraya yang akan datang. Dia mewakili masyarakatnya bagi kerusi Pekan, Pahang. Oh ya, Sarjan Harith pula telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah menerima suapan sebanyak RM200,000 berkaitan dengan tender kontrak pembekalan peralatan pejabat sepanjang tempoh 2012-2014 dahulu.
Cerita ini adalah cerita fiksyen semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun dengan sesiapa yang telah meninggal dunia. Nama-nama watak yang kebetulan sama dengan nama beberapa orang tokoh terkenal itu hanyalah sebagai kelangsungan kepada jalan cerita ini. Sekian, terima kasih.
-CarRock 2017-
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
apebende ni setan!!
Citer dia x nak kalah 🤣🤣🤣
aiseh fiksyen je rupenyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Ak baca skit je pastu tgok komen.. Malas nak baca pjang² ni.. Hahaha
kesian pattah, kikikiki ><
x kisahlah fiksyen ke fesyen ke..sy sentiasa terhibur ngan citer si penulis… tp len kali kalu wat citer xyah la ada pattah amin ke pattah riuk ke…nelopak ke..nelopik ke..x minat.. thanks! kih3
hahaha.. betul tu.. mule2 nmpk ” Pattah Amin ” dh mcm mls nk bce ( bkn tk suke cume kureng.. hehe ) kesudahannye… hbis jgk sye bace sbb dh rase syok plak.. hehehe ? btw Nice cite ni. ?
Macam ci…i!!! Kyusuk aku baca..puihhh..hahaha
xmao komen apa²….just wanna say..
DAMN IT!!!.
P/S kusyuk baca sampai habis…jeng³.
Ah yes, nicely put, eveenoyr.
Si hemos visto que han empezado lo retwitteamos, nos hace mucha ilusion porque es una manera de llegar a mas personas y descubrir una serie tan buena como esta.
Yos mio perfavor
Hahahahha sama mcm aku. Punyalah aku beria aku baca. Hanat tol lah!
Layankan aje.janda argono tu yg mana pulak.bukan bini dia dah mati ke
panjang gilaa. penat nak baca (tak habis baca pun).
take it as an entertainment, rileks la takyah serious sgt =)
siapa yg biasa ikut fs, mesti ‘kenal’ dgn nama-nama watak dlm cerita ni.. mesti tau ‘connection’ watak dgn cerita
tulis lagi =)
antara watak dlm citer fiksyen shasha dimasukkan…kui kui
Hahahaaa…Khusyuk aku baca walaupun da tau ni cerita fiksyen…Idea kepala hotak ko memang gila laa #CarRock…
Abis semua watak penulis2 FS ko masukkan…(mungkin ada yg x suka,jadi kurang2kan laa guna nama penulis2 FS ni)…
Apa apa pun aku tetap respect ngan jalan cerita fiksyen ko ni…
bestttt….. nnt tlus lg ye car rock
Buku 99 keramat memang cilaka hahaha
Pasni fokus pada kisah benar pulak ye.. Bnyk lg hantu2 kat malaysia ni yg belum dikupas.. Mcm hantu galah, hantu kopek, toyol dsb..
Best!! Kipidap!
emm..boring..
Hukaloh cataleya jual tudung pulok ?
dri cite bdk cari antu tu yg anty berpesta tu smpai yg ni…aku tabik dunie d
fantasi ko mmg terbaik..jauh leh pk…yg mengarut boleh npk real…terbaik terbaik…smbung doe.seronok..ni bru gentle dri pencerite yg lain terang2 npk cerite yg dikarang tp tanak ngaku soh kite plk terserah nk percye ke ta…tak gentle..ni paling gentle dln f.s…da nmpk da knp admin app je sume cite #CarRock!!! teeerrbbaaaoooiiikkk….tak boleh blah harith yg baik tu boleh plak mkn rasuah…bekas k.p plak pencen jd politician..patah amin patah ati nilopa…hahaha..knp ta masok nilopa skali???patot cateleya jd nilopa..tu jd mengong smpai kene tmt perkhidmatan pas patah r.i.p..haahahahaha..ape pn terbaoik
aku baca sambil ketawa ;-;
masa dorang mati aku ketawa ;-;
masa pattah riuk masak aku ketawa ;-;
masa perempuan tu keluar aku ketawa ;-;
k bye…
tgk watak pon da tau citer rekaan..hehehe…ok je…tergelak den baca…
Anda telah berjaya menghiburkan hati saya! Qufairo pakcik bob panggil balik suruh bakar manusia durjana di PJ!!
kenapa aku arwah ? aku tak pueh hati sekarang ni.. lord of the ring malaysia ke apa ni haha
LoL. MacAmin DetektifD9 in da house yaw. Tapi kau & unit2 kau pernah jadi hero dulu. Hihi…Tapi sekarang…Almarhum…Bhahahahaahaha.
oklaa dari takda Mac. hahahah
watak hang still disebut2 dalam bentuk jelmaan kannn
btw best #CarRock, start baca aku dah gelakk, kalau boleh suma nama hang nak masuk kann,
adehhh laa
haha
cite bodo.
“Gerak gerak gerak khas, gerak gerak gerak khas…Bergerak wahai demi…”
Lirik salah tuuu…
Gerak gerak gerak khas…
Gerak gerak gerak khas…
Bergerak menghadapi musuh negara…
Tak kira pangkat darjat atau pun harta…
Haaa gituuuu…
Hahahahaha…
walaupun merapu tapi tabik tahap imaginasi hang dengan watak2 penulis FS ni.. you rock bradeh
Busy sangat keje… sampai 3 hari baru dapat habis kisah ni….. fantasi sungguh… semua watak masuk…bagus… boleh diperbaiki lagi…
ending xboleh bla…mkn rasuah rupe yer harith tu…
Kembalikan zaman kegemilangan cite hantu betul2 dulu!! Cite fiksyen mcmni kan boleh baca dr novel.. Maaf ni pendapat Mak. Terima kasih sudi kongsi cerita yg pjg lebar..
Kau ni tak membaca ke…punya la banyak cite antu kt sini..rasa2nya ade 2,3 je cite fiksyen kot..lol.
Hahahaa ni baru citer yg panjang.. ok jalan cite menarik. Tapi ending dia je problem sikit ?????
rasa macam tak sampai….
Macam haprakkkkk ! Mengecewakan cerita dia kali ni . . Merepek merapu boh nama penulis fs siap patah lagi tu tara xminat . . ?
Same
Wakakakakak klaka2
Kahkahkah..klaka dn pnuh fiksyen..aku dpt imagine kn kseluruhan citer..bgai ‘lord of the ring’..dn yg pling bes..nma2 watak yg terlibat di ambil dri pnulis2 SF yg populer..mmang terbaikk laahh..aku suke citer ko ni carRock..thumbs up!!!
pening pale aq bace cite ni dahlah x paham
Kind of bored.
best…. walaupun dah tau fiksyen
hahahahahahaha lawak sia yang cakap ni boring memang takda sense of humour . salute the author sebab i thought berapa banyak effort dia untuk buat cerita cam ni
BEST.. BEBAL MANA YG CAKAP BOSAN HANAT
best crita ni..tak membosankan
Bnyk lps geram kat Fattah Amin je psl bukulah..nmpk sgt xsuka orgtu…ape lah slh dia kat ko smpai yg truk2 smua kna kat si Pattah tu…
Haha…ooo yg ni ke Mac
Terbaca sampai habis sbb nak dptkan klimax citer ni. Rupanya klimax stat masa perang menunggu bantuan sampai bab tunggang naga tu haha xbole blah. Kesinambungan citer best tp terlalu berfantsi sempoi. Klu buat filem kasi canteek ok kot. Xpe carrock teruskan menulis. Ni tulisan genre paling lain dr yg lain