Assalamualaikum admin FS. Terima kasih kerana menyiarkan cerita yang hendak saya ceritakan disini. Saya hari-hari baca cerita yang admin masukkan di page ini .. cerita saya ini tidak seram macam cerita-cerita yang selalu saya baca .. tp seram bagi yang KENA .. Okey laa cerita banyak pulak saya ini .. panjang sungguh mukadimah ini kan .. Admin tolong hide profile saya yee ..
Cerita ini berlaku pada tahun 2010 disebuah PUSAT LATIHAN KHIDMAT NEGARA(PLKN) di hujung utara sempadan padang besar .. Saya bahasakan diri saya M (LELAKI) ye .. Malas sebenarnya nak kena pergi sana alamaklum lahh tak pernah pisah dengan family tapi abang saya yang sulung bagitahu best kalau pergi sana .. abang saya mula-mula pergi dulu cakap tak best last sekali dah habis LATIHAN 3 bulan tak mahu balik pulak .. huhu .. Demi nak perbaiki diri saya (Bukan Jahat yee) terpaksa pergi juga kesana untuk LATIHAN mental serta fizikal ..
Cerita seram ini berlaku pada bulan ke 2 masa itu hari sudah petang lepas makan petang semua pelatih kena pergi RIADAH dekat padang kawat tapi hari itu HUJAN turun dengan lebat dengan angin kuat serta kilat sambar menyambar .. Depan dewan makan saya ada 2 pokok yang besar kiri dan kanan .. pokok itu macam ala-ala pintu gerbang .. Dengan hujan lebat serta kilat salah satu pokok yang berada disebelah kanan pokok itu disambar kilat tetapi tak patah ..
Ada kawan saya yang siam tuh cakap ada benda dipokok itu .. huhuhu .. kawan saya yang siam ini pun cuba-cuba beradu tenaga dengan BENDA itu tapi nasib dia tidak baik dia terjatuh dan mlm itu dia demam .. ada kawan seorang lagi tapi dari dorm alpha kami semua disana panggil dia ustaz .. ustaz ini pun cuba juga tapi demam malam itu juga .. ustaz kata BENDA itu sosok perempuan mungkin cik ponti .. dengan kuasa ALLAH sekali lagi pokok itu telah disambar kilat lalu dahan itu patah akhirnya.
Kisah ke-2 kalau siapa pernah pergi PLKN mesti tahu pelatih akan menjadi JAGA pada setiap malam .. saya dan kawan saya F menjadi JAGA pada malam-malam terakhir biasa laa mesti kena meronda dom untuk pastikan pelatih tidur dan padamkan lampu .. saya sorang-sorang pergi ke dorm saya dorm 8 Delta hujung sekali balakang dorm itu hutan tengah saya ronda saya rasa tak sedap hati sebab perasan macam ada yang perhatikan saya dari belakang.
Saya masuk dorm kemudian keluar balik pun masih BENDA ikot .. saya pusing belakang saya tiba-tiba saya nampa budak kecil dengan cuaknya saya membuka langkah seribu lari ke tempat kawan saya depan bilik jurulatih tapi saya tak cerita padanya HAHAHA .. tengah berbual dengan F pasal ilmu persilatan saya ternampak ada KELIBAT hitam belakang F laju BENDA tuh lari lepas pastuh ada BENDA dok baling atas bumbung bilik jurulatih .. aishhh main baling-baling pulak F nie dah cuak sebab terkejut dia pun nampak kelibat lalu blakng saya.
Saya bagitahu F kata buat taktahu jaa dan saya bagitahu F saya nk pergi buat solat sunat F ni pun ikot saya .. lepas solat BENDA itu dah tak ganggu lg ..Sehari sebelum tamat Latihan disebelah malam ada juga bertanya jurulatih pasal BENDA ini dan dengan selambernya jurulatih itu bagitahu memang ada BENDA dekat sini siap bagitahu lagi dekat mana BENDA itu berada .. Dorm 8 ada budak kecil dan Emaknya .. Dorm 2 ada cik Ponti dan dekat tandas ada seakan-akan monyet serta banyak lagi .. Di blok perempuan pun ada .. Yang itu nanti saya cerita lain .. Dekat mana-mana pun ada BENDA itu jadi kita kena kuatkan semangat sebab kita ini KALIFAH Dimuka bumi .. maaf kalau panjang dan tidak seram .. Assalamualaikum pembaca FS ..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Wahai sang pencerita, di manakah tanda bacaan? Lupa? Atau kurang mengetahui akan kewujudan tanda bacaan? Kasihan wahai anak muda, kenanglah jasa guru Bahasa Melayu anda.
poyolah you! bukan esei kertas exam pun hokeyyy. so, sukati dialah.
ko la poyo.. xbljr bahasa melayu ke ?? bahasa inggeris pn ade tanda bacaan xkn tu pun x taw??
kan ? penat gila baca.. takde perasaan. baca suku je pastu terus scroll bawah. cara bercerita pun sendu.
xpe..buat2 phm je
nak cerita bagi teratur sikit la bang! bukan main taram je tu maksud dia. bukan macam cerita dengan member kau
klau xde tnda bacaan apa smua org baca pun penat.. mungkin penulis excited sngt nk brcerita smpi lupa tanda bacaan smua..
tak faham.
‘maaf kalau panjang dan tidak seram… ‘ – dimaafkan… tp lain kali jgn post cerita lg…
ok la citenye…buat2 faham je la
payah nak faham..tp buat2 paham je lah. kesian penulis dah penat2 menaip..hmmmmm