CERITA EL 11: Jin Kawan Lama.

Tiada siapa yang tahu TITIK HITAM sang pelaku. Ia terlihat saat LAYARAN DI LANGIT pengakhiran

“Georgie Denbrough! Faster! Dah pukul 7.55 ni!”

Kaki kecil nya menyarung kasut putih “Aye Aye Kapten!”

“Habis tu Cik Man tutup kedai dah semalam?”

Mama yang berdiri di sebelah tingkap kereta mengangguk “Hum. Baru plan nak jalan jalan KL, pergi makan Nasi Beriani Cik Man. Tak sempat la nampaknya.”

Budak lelaki berpakaian kemeja biru berlari kearah kereta yang sedang menunggu. “Bye Bye Mama!” Butang bajunya di butangkan hingga ke paras leher. Rambut depan hampir menutupi dahinya yang luas. Pintu kereta sebelah pemandu di buka, dan dia terus melompat duduk.

“Shiro! Let’s go!”

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

“Kenapa Shiro tak jalan?” memandang dengan mukanya yang bulat sambil memuncungkan bibirnya.

Aku pusing ke kiri memandangnya “Sebab Kapten Georgie Denbrough tak pakai seat belt!”
“Okey, Kapten Bill.”

Kali ini dia berjaya memasang tali pinggang keselamatan tanpa bantuan orang lain.

“Tapi kenapa Kapten Bill SELALU tak pakai seat belt?”

Erk! Alamak! Dia perasan rupanya! “Selalu kerusi Kapten Bill yang pakai seat belt. Kenapa?”

“Hahahaha, sebab six pack Kapten Bill rasa tercekik kalau pakai! Tak boleh bernafas! Faham? Hahaha. Cubit karang, dah jum gerak. Lambat dah ni.”

“Kenapa Bill panggil kereta ni Shiro? Kan Jazz?”

“Shiro tu nama kereta ni. Kereta ni kan warna Putih. ‘Shiro’ tu dalam bahasa Jepun, maksudnya Warna Putih!”

“Kenapa Bill suka bagi nickname dekat semua benda? Kereta? Cat? Hamster?

“Hahahahahaha! Tak tau. Tabiat Bill dari budak, suka bagi nickname. Kan comel!”

“Hehehe. Comel macam Georgie!” sambil menunjukan gigi susunya yang penuh terusun.

Kereta berhenti betul betul di depan pintu pagar yang tertulis Tabika Kemas. “Belajar rajin rajin tau!” sambil membetulkan kolar baju Kapten Georgie.

“Malam tadi Georgie nampak kakak baju merah yang dulu dulu tu.”

Aku berpura pura tak mendengar “Nanti masa balik tunggu dekat depan ni tau! Jangan naik Van pulak.”

“Bill dengar tak ni?!” nada suaranya mula merengek.

Sekali lagi aku berpura pura tak mendengar “Nanti balik school kita main game dekat Arcade nak?”

“Arcade?! Nak! Nak! Nak! Yea! Promise?!” jari kelingking tangan kanannya berada di awang awangan menunggu di sambut.

“Promise! Hehe.” dengan melilitkan jari kelingking Kapten Georgie dan Kapten Bill, aku kena membawa Georgie ke Arcade selepas tamat waktu sekolah.

“Yeah! Bye Bill. Love you”


Aku mengusap rambut sendiri, jari aku tersekat di sekala dua kerana rambut yang aku sisih rapi ke belakang tersangatlah keras kerana wax dan spray rambut.

‘Malam tadi Georgie nampak kakak baju hitam yang dulu dulu tu‘

Tiba tiba teringat kata kata Georgie pagi tadi. Tak kan benda tu datang kacau lagi? Adoi! Bertimbun timbun masalah yang datang. Masalah Georgie satu, masalah aku lagi lah. Masalah aku? Nak buat atau tak? Seronok dapat tolong orang tapi………….

Tak ada siapa yang dapat aku luahkan. Mama dan Papa? Memang tak la. Nanti aku yang kena marah pulak. Abang dan Kakak? Aku tau jawapan yang bakal di katakan pada aku. Kawan? Mana boleh, tak ada siapa yang tahu rahsia aku selain ahli keluarga aku.

Georgie sedang leka bermain permainan di Arcade. Aku duduk sambil memerhatikanya di pintu masuk. Hari Isnin, tak ramai yang datang. Ah! Serabut! Boleh botak macam ni! Aku cuma ingin kan pendapat! Tu je! Patut aku teruskan atau berhenti? Tapi macam mana kalau perkara yang terjadi pada Georgie berulang? Aku tak nak! Aku mencapai cawan polisterin putih. Eh. Starbuck? Selalu aku duduk dekat Starbuck aku borak dengan dia.

Kejap.
Dia?
Ha’ah! Diaaaaaaaaaa!

Dia boleh kot?!
Aku terus teringat sahabat lama yang aku tinggalkan sebelum masuknya bulan Ramadan tahun 2017.

Mungkin dia boleh tolong?

Tapi itu mustahil. Aku tak boleh bercakap dengan dia lagi, sebab sebelum ini aku pernah mencuba berhubung dengan dia, tapi gagal. Tapi tiba tiba aku ingin mencabar keupayaan luar biasa aku. Aku terus pejamkan mata.
Bertenang!
Fokus!
Aku menggunakan nama abang aku sebagai platform. Itu je cara terakhir aku nak berhubung dengan dia.

“Hey”

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Senyap. Tiada jawapan. Aku cuba lagi dan lagi! Sampai terkeluar urat urat di dahi aku yang luas. Aku cuba pergi ke bahagian paling dalam fikiran aku pada masa lampau… Cuba lagi dan lagi…. tiba tiba,

“Hoi! Hahahahahaha. Mana mana kau boleh jumpa aku ni? Macam mana weh? Hahahahaha. Hebat lah kau! Hahahahahahaha. Aku memang kenal sangat aura ni, memang kau! Hahahahaha. Macam mana sekarang sihat ke? Hahahaha.”

Ya, dia la siapa lagi. Jin (Pontianak) yang pernah menjadi sahabat aku sebelum ni. Hampir 5 bulan lamanya sejak kali terakhir aku bercakap dengan dia (Cerita EL 7 dan Cerita EL 8) dan aku langsung tak menyangka yang aku boleh bercakap dengan dia lagi.

“Er, yea aku ni. Heee.”

“AKU DAH AGAK NI KAU! HAHAHAHA! RINDU BETUL DENGAN KAU! HAHAHAHA.”

Amboi! Suka betul si Hantu ni bila dengar suara aku. Macam orang kena sampuk pulak ketawa tak berhenti-henti. Aku pun sebenarnya tak sangka dia seronok sampai tahap macam ni. Hantu pun boleh kena sampuk?

“Suka betul kau yea?” aku meyindir.

“Mana tak sukanya! Dah lama tak borak dengan kau. Hahahaha. Tiba tiba tadi aku rasa ada gelombang manusia dalam fikiran aku, dan tiba tiba aku dengar suara kau. Aku memang kenal sengat! Mesti kau! Macam mana kau buat weh?”

“Haha. Entah. Aku guna nama abang aku jadi platform cari kau.”

“Tapi dah tak ada sisa sisa bahagian aku dalam fikiran abang kau. Macam mana boleh kau jumpa aku lagi? Hahahaha.”

“Entah. Aku cuba cari kau dari fikiran abang aku dan aku yang paling dalam. Senang cerita aku cari memori masa lepas aku bercakap dengan kau, dan aku tak tau pulak menjadi. Tada! Hehe.”

“Maksud kau, kau cari balik memory masa lampau fikiran abang kau yang pernah bersambung dengan aku?”

“Yea. Lebih kurang kot.”

“Peh! Kau dah makin hebat la sekarang! Hahaha. Kau dah jadi ‘Time Traveler Telepathy’ Haha!”

“Hahaha. Mengarut lah!”

“Hahahaha. Hebat lah kau! Kagum aku! Rindu sangat. Hahahaha.!”

“Amboi! Dari tadi gelak, suka sangat kau yea?!” aku mula rasa pelik dengan Pontianak ni.

“Gila tak suka?! Rindu kot dengan kawan Manusia aku ni. Hahaha.”

“Hahaha. Aku tak rindu kau pun. Wek!” aku betul betul menjelirkan lidah.

“Ada apa panggil aku ni tiba tiba? Rindu gila dekat kau! Hahaha”

“Tak habis habis. Saja je.”

“Tipulah! Aku kenal kau lah, kau sendiri cakap tak nak panggil aku kecuali hal penting. Mesti ada sebab ni kan?”

“Hum. Yea.”

“Kan dah agak. Hahaha. Cerita lah. Mana tau aku boleh tolong.”

“Aku stress la!”

“Stress? Sebab apa?”

“Baru baru ni aku ada post cerita pengalaman kena kacau dengan hantu dekat satu blog. Nama blog tu Fiksyen Shasha. Aku ada cerita yang aku boleh berkomunikasi dengan Jin. Jadi ramai pembaca yang follow cerita aku mintak aku scan dorang ada benda yang kacau ke tak. Aku serabut lah! Stress!”

“Pasal tu ke?” Pontianak tu menyoal ringkas.

“Yea!”

“KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH!”

Cis! Tak guna! Geram pulak aku di buatnya. Pontianak tu gelakkan aku? Berdekah dekah pulak tu! Ikutkan kan hati, macam nak belasah je badan yang tak ada jasad tu! Sabar jelah!
“Apa yang kelakar tak guna?!”

“HAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.”

“Okey bye!”

“Maaf maaf! Hahahhaha. Tapi memang kelakar!”

“Apa yang kelakar setan?”

“Aku tak boleh percaya kau strees sebab ni, sebab kau ni jenis yang COOL! Masalah besar macam mana pun, kau tenang je, tak tunjuk langsung rasa risau kau tu dekat orang lain. Kerja kau senang! Gaji best! Ramai kawan! Keluarga kau sayang kau! Kena kacau hantu pun kau sempoi je. Kau sendiri pernah cakap, hidup kau paling bahagia dekat dunia sekarang ni. Tapi kau stress sebab orang suruh kau scan badan dorang ada Jin kacau ke tak? Sebab tu je? HAHAHAHAHA!”

“Habis gelak ke setannnn?”

“Maaf la yea, sebab memang kelakar. Tapi kau orang paling sempoi! Tapi sebab ni kau stress, kelakar sangat. Hahaha. Okey! Okey! Tak kan la sebab tu pun kau stress?”

“Hummm. Entah lah. Aku takut sebenarnya.”

“Takut? Sebab kelebihan yang kau ada sekarang ni?”

“Yea. Sebab ramai yang mintak tolong, tapi aku takut. Sebab hari tu aku tolong sorang kakak ni, suami dia kena kacau dengan saka yang umurnya 7,000 tahun! Lepastu ada yang kena sihir. Lepas aku buat tu, aku rasa dada belah kiri aku sakit tiba tiba.”

“Jadi?”

“Aku takut! Aku sendiri tak tau macam mana kelebihan aku ni berfungsi sebenarnya. Apa lagi akibatnya? Aku tak tau! Macam mana kalau Jin Jin tu pulak kacau aku? Lagi lagi orang yang kena santau atau sihir? Ada jaminan ke tak ada kesan dekat aku? Aku sendiri tak tau! Badan aku demam tiba tiba sehari lepastu!”

“Humm. Aku faham perasaan kau.”

“Bila aku tengah bercakap dengan kau sekarang ni, apa sebenarnya yang kau rasa?! Kau boleh nampak aku? Tau aku dekat mana?!”

“Sebenarnya, aku cuma boleh dengar kau. Aku tak boleh tau kau dekat mana, nampak kau dan kau tengah buat apa. Tapi bila pertama kali kau bercakap dengan Jin tu, mesti dia akan marah kau kan?!”

“Yea. Semua marah”

“Jin tu marah ada sebab, gelombang kau guna lagi besar dan kuat dari Jin. Kau tau tak kenapa semua Jin marah dan suruh kau keluar dari fikiran dorang?”

“Tak tau.”

“Sebab dorang tak boleh putuskan atau halang telepaty kau dari fikiran dorang. Hanya kau sorang je yang bole. Sebab tu dorang semua marah dan suruh kau keluar. Aku sendiri sekarang tak boleh putuskan atau halang gelombang fikiran kau dari aku. Kau sorang je! Tapi aku sendiri tak pasti akibatnya.”

“Macam tu ke?” aku minta kepastian.

“Betul! Sumpah tak tipu. Kelebihan yang Allah S.W.T bagi kau ni, bukan calang calang tau. Sebab tu semua Jin takut dengan kau. Dulu pun aku takut dengan kau. Sebab kami boleh dengar suara kau je. Tak tau siapa. Ustaz ke. Imam masjid ke.”

Perasan resah aku hilang mendegar telatahnya “Haha. Sekarang takut lagi tak?”

“Errr. Sikit la. Masih takut. Haha.”

“Hahahah.Sengal”

“Kau antara Manusia yang paling berani aku pernah kenal. Beratus ekor Jin yang dah kacau kau, kau masih kuat sampai sekarang kan. Cuma kau fedup dengan benda benda tu. Kau berani marah dan maki Jin kot. Tak ramai yang hati batu macam kau! Haha.”

“Hum. Sebenarnya ada dua benda yang aku takut.”

“Apa tu?”

Bil!!
Georgie berlari ke arah aku “Bill, nak duit lagi, kad dah kosong tak boleh main.”

“Nah RM5.00 je, pastu kita balik tau.” Dia terus nak berlari pergi ke kaunter, sempat aku menangkap tangannya “Dengar tak sayang?!”

“Hehehe. Yea dengar, Love you.”

Pekerja kaunter di Arcade baik sungguh melayan kerenah Georgie, ikut kan hati nak je aku mintak nombor awek kaunter tu, tapi tula. Aku ni PEMALU!

“Sorry, Georgie datang tadi mintak duit.”

“Georgie? Siapa?”

“Adik aku la.”

“Kenapa nama bukan Melayu? Macam Mat saleh. Hahaha.”

“Laaaaaa, tak tau ke, aku ni anak orang Sarawak. Haha. Nama adik aku Muhammad Georgie. Tu arwah atuk aku yang kat Sarawak bagi. Tapi aku saja panggil dia Georgie Denbrough, sebab nama dia sama dengan watak budak dekat cerita hantu IT Badut tu! Aku suruh dia panggil aku Bill Denbrough, sebab tu nama abang Georgie dalam cerita hantu tu. Tak sangka, melekat nama Bill tu sampai sekarang. Tapi dia sorang jela yang panggil. Muka pun lebih kurang.”

“Hahaha. Mesti comel adik kau. Apa yang kau takut tadi?”

“Satu, macam mana kalau Jin tu nanti kacau aku pulak? Sebab aku dah fedup, sebab tu la aku malas nak alami benda benda tu. Bosan tau tak! Aku cukup bahagia dan tenang sekarang ni! Aku tidur setiap malam nyenyak sampai ke subuh. Tidur sorang sorang tak ada dah mimpi hantu. Terbang. Bangun terkejut. Kena kacau! Cukup cukup bahagia hidup aku sekarang! Aku bersyukur sangat! Aku takut kalau aku tolong orang scan sana sini, nanti aku pulak yang kena kacau!”

“Yea. Aku faham.”

“Kedua. Macam mana kalau aku selalu guna kelebihan yang Allah S.W.T bagi nanti, deria ke enam aku yang lain pulak terbuka? Mula mula Astral Projection dan sekarang Telepati. Macam mana kalau selalu guna benda ni, Hijab aku pulak terbuka? Benda2 lain pulak? Aku tak nak nampak Hantu dekat mana mana! Cukuplah aku dah kena kacau bertahun tahun. Bosan tau tak! Aku tak nak family aku risau aku macam dulu lagi!”

“Hummm. Yea aku faham sangat. Kalau macam tu jangan guna lah.”

“Erghhhh. Tapi aku kesian dengan orang yang mintak tolong dekat aku, sebab dulu aku pernah ada dekat tempat dorang. Aku tau macam rasanya.”

“Hehe. Kau memang antara Manusia yang paling baik pernah aku jumpa. Mungkin Allah S.W.T bagi kelebihan tu bersebab. Kau pernah cakap macam tu kan?”

“Entahlah. Sebab tu aku stress sangat sangat sekarang ni!”

“Dah. Dah. Kalau kau rasa tak nak, jangan guna. Orang akan faham situasi kau.”

“Jadi tak payah tolong dorang? Apa pendapat kau?”

“Hummm. Pendapat aku rasanya kau patut guna!”

Ha? “Pulak, sebab apa?”

“Aku sepatunya backup kerabat Jin aku, suruh kau jangan guna. Tapi untuk kes ni, aku sokong kau sangat! Haha. Mungkin kau antara Manusia yang akan tolong anak cucu cicit adam dari kena kacau Jin. Mungkin ada hikmahnya satu hari nanti? Betul tak?”

“Hehe. Tak sangka Jin akan keluarkan kata kata yang macam ni.”

“Hahaha. Mungkin satu hari nanti aku akan masuk Islam. Mana tau kan.”

Aku termenung sambil memandang Georgie yang asyik bermain “Hum”

“Jangan takut la. Kau antara Manusia yang ada kelebihan luar biasa yang aku sendiri tak tau macam mana sebenarnya, tambahan lagi, kau orang yang berilmu. Kau tau apa yang kau buat dan risikonya. Kan?”

“Insyallah.”

“Kau fikir la baik baik. Aku akan sokong apa pun keputusan kau. Kalau kau rasa mana yang terbaik, kau buat. Keluarga dan kawan kawan pun fikir macam tu jugak. Itulah pandangan aku. Hehe.”

“Hum. Yela, tapi sebelum tu, kau tak tau lagi kan nama aku kan? nama sebenar aku…….”
“Jangan! Jangan! Jangan bagi tau aku! Kalau aku tau, kiranya kita dah berkawan. Manusia dilarang berkawan dengan Jin kan? Aku tak nak kau dapat dosa sebab tu. Jadi baik tak payah okey? Hahaha.”

“Hahaha. Okey. Jadi kita ni orang yang lalu lalang dan terserempak dan berbual. Boleh macam tu?”

“Pon boleh! Hahaha.” Dia hanya mengiakan.

Aku menutup separuh muka aku dengan tangan kiri menahan gelak “Hahahaha. Macam tu pun boleh ke?”

“Selagi kau tak mintak aku nombor ekor. Haha.”

“Tapi jangan lupa aku tau. Panggil la aku sebulan sekali ke. Kalau ada masalah, luah je dekat aku. Aku akan tolong kau.”

“Aik? Lain macam je? Jangan cakap kau suka aku?”

“Sikit la. Hahaha.”

Cara dia bergurau kadang kadang sampai aku lupa rupa wajah Pontianak “Gila! Merepek je!Hahahahahaha.”

“Hahaha. Jangan lupa contact aku tau!”

“Yea. Kalau lapang nanti atau apa apa aku panggil kau okey.” bersungguh sungguh betul dia.

“Okey. Dah jangan stress stress okey?! Hahaha.”

“Okey! Bye perempuan.”

“Haa? Perempuan?”

“Jin pun ada Jantina kan? sebab tu aku panggil kau perempuan. Bukan sebab kau bertukar jadi Pontianak okey! Haha”

“Oh, sebenarnya aku LELAKI.”

“Hah? What the…”

(Nota: EL nak ucapakan THANK YOU sangat sangat dekat salah sorang pembaca CERITA EL dekat Fiksyen Shasha ni yang bagi EL Novel IT (STEPHEN KING)! Masa dapat bungkusan dari GDEX, baca alamat, Kinokuninya KLCC?! Melompat-lompat macam budak kecik suka dapat buku! Bila buka pembalut hadiah buku tu lagilah. My Favourite Writer! My Favourite Book! My Favourite Movie! IT!

‘You’ll float too’

Haha. Thanks! Sayang nak buka pembalut buku tu! Tapi tak sabar nak baca lagi! Hehehe. Actually, EL dah ada buku IT tu, tapi edition yang lama la tahun 1986. Tapi buku baru ni cover dia gambar Georgie Movie IT 2017! Memang nak beli dan baca lagi sebab lupa banyak! Hahaha. Thanks sangat! EL tolong tak seberapa pon, semampu yang boleh. Tak sangka dapat upah! Hehe. Thanks jugak dekat Admin Fiksyen Shasha yang post semua cerita EL! Oh lupa. Thanks jugak dekat Pembaca setia Fiksyen Shasha dan Penulis yang lain. Sayang korang semua!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

288 thoughts on “CERITA EL 11: Jin Kawan Lama.”

  1. Eeehh ehh sukanya dia…..haaha..eh jin tu laki lah..dia suka kt el sikit..kunyit ke apa jin tu..wakakaakakakkk..jgn mare dik el..rupanya rmai yg mtk di scan kan..akk x mtk apa..cuma mtk bg jd adk ipar ja..wakakakakkk

    Reply
  2. Makcik rasa dalam nak buat keputusan besar/kecik, pulangkan pada Allah. Buat solat istikharah mohon petunjuk.

    EL pernah dengar pasal Ben Halima abderraouf tak? Dia buat ruqyah. dia buat dgr cara mengislamkan jin2 kafir y merasuk.apa y membezakan dia dgn y lain adalah dia ni mkcik rasa genius, dia memohon pada Allah agar ditunjukkan tentera jin Islam kepada jin kafir/setan y ketakutan xmahu keluar dr badan kerana takut dibunuh ketua jin @penyihir lain.jadi ini mbuat jin y mau keluar & memeluk islam tselamat dr dibunuh.ada makcik tgok pengrukyah lain y buat, tp jin tu keluar je dh kena bunuh jin lain y dhntar.
    Panjang pulak cite makcik.sebenarnya,
    Makcik cuma nak cadangkan ayat2 Quran y dia guna semasa ruqyah tu.boleh hafal & gunakan.sebab senang.
    Sbb tuan ponti tu kata jin cuma dgr suara EL tp xtau dimana..lg senang klu dibaca ayat2 Quran..ni mkcik imagine je.
    Lg 1,ada y ckp ben halima sesat,kerjasama dgn jin..tp makcik xnmpk tang mana dibuatnya.rs dia xkwn gn jin pon..er mkcik tgok dia kt youtube indo.bhs bukan english,jd ditranslatekn ke indo.bkn org malaysia.sekadar share.

    Reply
    • TAK BERAPA FAHAM. hummm.
      Dia sesat ke macam mana?
      Haha. EL ada je buat solat mintak petunjuk, nanti org ckp EL belagak pulak. Tulis Camry je pon org dh cop EL nak tunjuk kaya. EL tak nak show sngt benda2 mcm solat. sbb benda tu kita buat hari2, dan biar kita je tau. EL cerita berkaitan dengan Jin je. ?

      Reply
  3. Betul, saya pun pernah dengar yang kita x boleh berkawan dengan mereka, baik ke jahat ke still x boleh kawan. Tapi bila saya baca cerita Nyi Ro Ro Kidul tu mcm ermmm, kenapa pulak keluarga dia benarkan kaum kerabat ni lindungi diorang, bukankah kita x patut berkawan pun sebenarnya?

    Saya harap korang x kecam lah, sebab saya sendiri pernah dgr ceramah psl ni dan saya nampak EL sendiri pun cakap x leh kawan dgn diorang kan?

    Reply
  4. pestime aku baca cerita EL nie . wow wow. Fiksyen Shasha semakin misteri,kat ofis nie aku rasa aku sorang jer yg berani baca FS sbb ada staff praktikal kat ofis aku nie,bila aku kenalkan FS dia baca sehari jer pastu seram dah nk bukak FS.

    Reply
  5. Wakakaka…..lelaki rupenya jin tuu…tapi npe jd pontianak..pape pun smg EL Happy selalu..jgn stress 2 ok..harap dpt baca lg bnyak kisah EL..teringin nk knl..

    Reply
  6. Assalam tau da nape suka budak…, saya tak pernah lalui benda mistik yang extreme ni tapi saya ada baca benda ni bila seseorang tu nampak tu gangguan walaupun boleh tolong orang lain dia tak sepatutnya terjadi dan kene g berubat, benda tak normal. Ini yang saya dapat masa search kat internet dulu, mungkin ustaz tu tak nak benda yang camni ni pesongkan hati, pe pun berbalik kepada Al-quran dan hadis. Semuanya datang daripada Allah, wassalam.

    Reply
  7. Stress, minta petunjuk kat Allah, El. Allah sentiasa ada jalan yang terbaik. Takdir Allah kita takleh sanggah, tapi kita boleh mohon kepada NYA agar dipermudahkan urusan dunia akhirat.

    Faham, memang benda ni kalau tak dapat kita, dia kacau famili kita, tapi semua dengan izin Allah.

    Dia nak buat apa pon dia kena mohon izin Allah dulu.

    So semoga kuat hadapi segala ujian. ?

    Reply
  8. aku perati je ko ni semua brand ko sebut camry jazz starbuck..btw ko sapura dept mane eh? aku ade cousin keje situ gak kot2 kenal

    Reply
  9. Nasib en.L x jadi scan ai hrtu… Kesian en.L.. Harap bertabah… Rupanya scan org pun kne tempias eh… En.L sila kongsi pengalaman lg yer… Sbb cerita2 Kat sini da bnyk pengajarannya…
    Nk share td kne marah dgn mak… Sbb tnyer klu ambik pasir kat pntai buat balik da bnda ikt x.. Kne bongok sebiji… Hihi

    Reply
  10. Assalamualaikum EL, cerita yg menarik walaupun tak berapa nak seram, semoga kau success selalu..anyway kamek orang Sarawak juak..

    Reply
  11. El!!!!please sambung lg.btway mcmna el blh bljr telepati tu?boleh ajarkan x?haha..abh alng merawat org skit kne saka sntau jgk.along xleh kmunikasi cme leh nmpk dn rsa glombang aura dorg.tp nk cbe buat mcm el lah.haha..mnrik cta el.truskan penceritaan el

    Reply
  12. Pendapat Mel, dari penceritaan El ni, pembaca dapat tahu;

    keadaan orang yang nak bantu ni bukan senang. Risiko banyak, impak yang kena kat diri, kesan2 dia.

    Sebab kan ramai sangat minta tolong scan. Mel suggest.. minta tolong dengan ustaz2 yang mahir, darrussyifa ke..

    Abah Mel sendiri pun dah benti ubat orang. (Kalau orang yang tahu dia sape je, n mnx tolong, baru dia tolong). Sebab kesan nanti kat keluarga. Dia tak dapat, dia hantar yang pangkat tggi lagi. Kita nak tepis bukan senang. Sebab mcm El cakap, aura tu. Dia dah tahu tu kita.

    Benda yang dah bersumpah sampai kiamat ni memang takkan duduk diam je.

    Jadi, apa salahnye kita positif, kasi semangat kit kat El. Niat dia dah baek nk tlog orang. Mel faham, minta kat Allah jalan yang terbaik.

    Tapi, dia tak tulis xbermksd dia tak buat kan? Mungkin ni cara penulis nak boost semangat dengan psyhology.. hehe.

    Chill k. Xmo kecam2.

    #kitaSpportWriters

    Reply
  13. Ckp kt en.ponti bole apply jwtn kaunselor kt sekolah bermasalah, kt sektor kerajaan, xpun kt krt je

    Bagus btul die bg nasihat..memberi semangat waja

    Reply
  14. Hye #mixkorea..patut la x ngaku jawa..org serawak ghupe nye..hahaha

    Gaya penulisan mmg A..wpun xde keseraman dlm setori ni tp cikbambam suke sbb perbualan EL dgn abg ponti tu mcm comel..

    Ade 1 persoalan yg cikbambam musykil..cmne nk beza kan ponti lelaki & pompuan?selak kain ke??

    #janganmarahtanyaje

    Reply
  15. its okay EL, just take your time. takde paksaan la,im not asking you to scan me or whatsoever. just need your opinion about my dreams and my stories. thats all~ thanks and have a good rest~ ★☆★

    Reply
  16. Sy dah baca hampir semua cerita EL itu pun ada episod yg skip tak sempat baca lagi.
    1 je nak cakap… baca cerita EL rasa macam tengah tengok movie.
    Well done EL…

    Reply
  17. Suka betul ponti tu dapat cakap dengan EL.. nampak mcm ‘dia’ menghargai EL sebagai kawan walaupun dia cakap tak nak jadi kawan..

    Reply
  18. Assalamualaikum EL. Paduhal ktk org sarawak. Ok apapun ktk antara writer yang kmk suka pas ya beruntung ktk dianugerahkan Allah S.W.T kelebihan ya. Kmk tunggu cerita best dari kitak k.
    ??

    Reply
  19. Masa mula2 bace dialog El dgn cik pon ni mmg aku da bygkan suare die lelaki, tp bila bace byk dialog2 slpas tu, terasa mcm EL lain die mcm perempuan. Skrg tb2 die lelaki plk, nk kena bygkan suara die lelaki plk da lpas ni…tp yg peliknye, EL pon blh xtau die lelaki. Suara die mcm mana sbnrnye EL???

    Reply
    • Hahaha. tak pelik la. Pontianak, suara mengilai tu semua menyamar. Bentuk dorang lain. Nanti EL explain mcm mana bentuk dia betu.

      Reply
  20. El…pontianak tuu lelaki lahh…hahahahaI…lagi satu..patutlah aq chat xblas..okay² aq faham kau stress…klau rasa trtekan ker…cuba tnangkan fkiran,istighfar dan ingat Allah…inshaAllah Allah akan permudahkan sgala urusan kau…

    Reply
  21. Eh ehh eehhhh…
    Curiga plak akk skang ni…
    Ku sangkakan Cik Ponti, rupenye En. Ponti…
    Udah nape En. Ponti stok Geng Sajat plak dah ni…???

    Dahlar suke gelak besor…
    Org kate gelak tutup mulut nnt masok setan…
    Tp udah namenye setan, acaner nk tegur plak dah ni…

    Reply
  22. Yang tentang astral projection tu betul ke normal? Means bila seseorang mengalaminya, takde kesan sampingan pada diri dia? Atau sebenarnya ada gangguan makhluk halus?

    Reply
  23. Ku ingatkan perempuan rupanya lelaki 🤣🤣🤣🤣…
    Memang dah agak EL confirm stress..
    Aq yg belajar ruqyah skt2x ni pun x berani nak tolong org… Nak ubatkan diri sendiri.. malas pulak hahahahahaha.. so redha jer..
    Saya cadangkan EL berkawan dengan peruqyah perubatan islam.. Ruqyah syariiyah namanya.. sambil2x tu dpt menimba ilmu.. x pun darul syifa.. Peruqyah ni ramai lelaki so senang sikit.. peruqyah wanita ssh nak jumpe tu pasal den x aktif..

    Reply

Leave a Comment