CERITA EL 4: Sixth sense “Celik je mata, muka Pochong tu betul betul dekat depan aku! “

Sejak 5 tahun lepas, aku selalu mimpi pelik. Mimpi hantu tu aku dah tak heran, tapi yang pelik dalam mimpi tu, aku boleh “kawal mimpi aku” dan masa mimpi aku tau yang aku tengah mimpi if ada bahaya, aku akan push diri aku untuk bangun. Banyak kali macam tu, Mimpi yang paling teruk masa aku tido kat rumah parents aku. Dalam mimpi tu aku dekat satu tempat gelap yang ada banyak Haiwan. Then ada seekor haiwan ni (Rupa macam Gajah, tapi warna warni. Dalam mimpi sebenarnya cuma hitam & putih, tak ada warna pun. Tapi aku nampak gajah tu ada warna. Agak besar la jugak size haiwan tu).

Depan haiwan tu ada orang, orang tu tengah main main dengan haiwan tu. Ada jugak 2,3 orang yang tengah tengok haiwan tu same dengan aku. Dah lama kat situ, aku pun blah la dari situ, then aku perasan orang yang kat depan haiwan tu tengok jeling je masa aku nak blah tu, muka tak suka. Masa tu jugak haiwan tu macam ikut aku. Aku buat dek je, then aku toleh belakang lagi, dia memang tengah kejar aku (lari lari anak). Aku pon cuak la. Aku terus lari laju laju, then haiwan tu pon lari kejar aku. Aku terus terbang nak lari dari haiwan tu! Hahahahaha. Rasa memang betul je time tu, sebab aku boleh “control” mimpi aku, and I know aku tengah mimpi and aku boleh buat ape ape, so terbang la. Aku terbang laju jauh tinggalkan gajah tu, tapi bila aku toleh depan,

“aik, ni taman perumahan aku ni”.

Tiba tiba aku dekat kawasan perumahan, aku terbang cari lorong rumah aku. Memang keadaan dia sama macam reality. Semua sama, ada pokok mangga, ada kereta jiran aku parking tepi jalan, cuma keadaan masa tu gelap. Aku sampai betul betul depan rumah aku, tapi aku tak masuk terus, aku pergi landing atas bumbung rumah. Nak tengok haiwan tu still kejar ke tak, then haiwan tu still kejar and dah dekat selekoh jalan nak masuk lorong rumah aku. Haiwan tu baring corner depan rumah aku,

“KEBABOMMMMM”

Dia langgar pintu pagar gate rumah aku! Dia try nak pecahkan gate tu. Berkali kali dia sodok pintu gate tu. Tiba tiba aku perasan ada orang dekat bawah, yang pasti Lelaki! Dia tengah tengok haiwan tu lepas tu dia terus toleh pandang dekat aku yang still berdiri atas bumbung rumah.
“Benda tu ikut kau lah!”.

Lelaki tu cakap macam tu, aku terkejut. Sampai sekarang aku ingat muka dia, rambut dia macam Anuar Zain, panjang sampai paras bahu. Sape dia? Aku memang tak boleh lupa orang tu sampai hari ni. Baik? Jahat? Dia Jin ? Orang? Hantu? Then dia sambung lagi,

“Kenapa kau pergi tempat dorang tadi? Hati hati tau! Jangan terus masuk sebab……”

“ KEBABOMMMM!!!”

Tak sempat lelaki tu habiskan ayat dia, aku terkejut dengar bunyi pagar gate jatuh. Aku toleh bawah, pagar gate memang dah roboh. Haiwan tu dah berjaya robohkan pagar tu. Tapi yang pelik lelaki tu cakap, aku pergi tempat dorang? Benda tu ikut aku? Aku tak faham. Haiwan tu berlari tuju depan pintu rumah aku, then tiba tiba dia bertukar jadi Perempuan India! Yup, yang penting dia perempuan, rambut tocang. Dia terus buka pintu rumah aku. Dia pulas tombol pintu rumah aku, then masa dia bukak pintu aku tiba tiba dia toleh pandang aku, dengan mata terbeliak (Ok, masa aku tulis ni, aku memang tengah meremang weh!). Dia pandang dengan muka marah macam tak puas hati, then dia jerit (OK, Meremang lagi)

“INI LA APA YANG KAU DAH BUAT DEKAT AKU” (k, kali ke 3 aku meremang)

Time tu memang seram gila muka dia, dengan mata bulat terbeliak macam nak terkeluar. Masa dia cakap tu, dia slow slow buka pintu then masuk dalam rumah. Aku masa tu dah cuak, walaupun aku tau tu mimpi. Aku pon tak fikir ape, terus terbang masuk dalam rumah aku. Perempuan India tu dah hilang. Aku terus pergi bilik aku and push diri aku untuk bangun masa tu jugak, then aku sedar. Terkejut betul mimpi macam tu. Beratus kali aku mimpi hantu, tapi tak pernah mimpi sampai macam tu sekali. Aku toleh kekanan, pintu bilik aku terbuka sikit. Cahaya terang dari lampu luar. Aku pun nak sambung tidur balik, terus pusing baring mengiring ke belah kiri,
Aku buka mata aku, muka Pochong tu betul betul dekat depan aku!

“YA ALLAH!!!!!!!”

Itu ayat yang aku terkeluar dari mulut aku sepontan (dengan nada orang menjerit + takut + terkejut) punya la terkejut tengok muka pochong tu betul betul depan biji mata aku, terus aku melompat turun katil berlari nak keluar bilik. Katil aku dekat je dengan pintu bilik, tapi masa tu aku rasa lama sangat nak capai tombol pintu. Aku berlari keluar macam pelesit, sampai jatuh tersungkur berlanggar dengan iron board. Aku tak fikir sakit langsung time tu. Terkejut punya pasal, terus mengucap banyak banyak, nasib baik waras lagi ingat nak mengucap. Parents aku dari dapur terus lari kejar aku. Mama terus baca Ayat Kursi. Papa terus bukak pintu bilik aku, pasangkan lampu. Masa tu diorang tanya aku kenapa, tapi aku terkejut sangat sampai tak dapat jawab. Aku terus masuk bilik parents aku. Tak berapa lama tu baru aku rasa tenang sikit. Tengok jam kat dinding, “Pukul 6:30 pagi”.

Pagi dah rupanya. Dorang pergi check dalam bilik aku, tak ada apa apa pon. Lepas keluar dari bilik, mama ada cakap, “Meremang pulak bila kemas tilam dengan selimut tadi. Sampai sekarang rasa meremang”.

Papa pun sebenarnya meremang bila dia masuk bilik aku tadi. Cuma dia tak nak cakap lagi. Mama meremang, papa meremang. So memang betul lah tadi, ada benda yang ikut balik. Maknanya, mememang betul la pochong yang aku nampak tadi bukan mimpi? Pergi berubat, then Ustaz cakap memang ada pochong ikut aku. Dia cakap Jin ni bentuk dia asap. So memang senang dia nak masuk keluar. Dari mane? Dia cakap lagi, bersepah hantu dekat perumahan ni. Hahahaha. Lepas kes tu, terus pagar rumah. Ustaz pakai besi ape tah, kecik je bentuk 3 segi. 2 dekat depan rumah, 2 belakang rumah tapi kena TANAM! Korek la tar tu sikit. Then satu kat tengah rumah. Macam bentuk rumah la kalau di sambungkan. Orang tua tua memang cakap, rumah kita ni memang kena pagar. Alhamdulilah, lepas tu rumah ok je.

Tapi yang aku tak faham, kenape aku selalu boleh kawal mimpi aku? Selalu mimpi terbang? Aku boleh push diri aku untuk bangun sebab aku tau yang aku tengah mimpi? Aku boleh nampak keadaan sekeliling walaupun tengah tidur? Astral Projection? Benda tu tu wujud ke ? Ada tulis dalam Al-Quran? Ke aku ni memang boleh “astral travel “ ? ke tu antara deria Sixth sense aku? Sapa laki yang tegur aku tu? Dia orang ke? Sampai sekarang aku ingat setiap benda yang jadi.

*** Thanks for Fiksyen Shasha, semua cerita aku setakat ni approved untuk publish. Sape nak tau storyline aku dengan mahkluk halus ni, leh search “CERITA EL , CERITA EL 2, CERITA EL 3, “ 

23 thoughts on “CERITA EL 4: Sixth sense “Celik je mata, muka Pochong tu betul betul dekat depan aku! “”

  1. aku pun bole control mimpi aku..tapi x macam yg el buat la..
    contohnya tiap kali aku mimpi seram, aku akan cakap ‘ini mimpi aku kena lawan balik’ hehe

    Reply
    • sama la kita, pun boleh kawal mimpi. kalau mimpi seram, sy akan cuba bangun & cakap ‘ni mimpi. kena bangun ‘. mimpi terbang pun pernah bila kena kejar dengan something. tapi kadang klu nak terbang suka2 untuk enjoy pun boleh. pernah try terbang sampai awan biru semata2 nak tengok pemandangan dari atas. cumanya lepas tu akan rasa penat & pening. tp last mimpi umur 17 . sekarang dah masuk 20 , tak pernah dah. alahaii, rindu pula nak terbang, haha. maaf, panjang lak komen xD

      Reply
  2. dont worry, its normal. i pun pernah. even bila i mimpi i tahu it just a dream and i siap pilih lagi nak mimpi apa.. paling tak boleh bla bila mimpi tak best i bangun and tidur balik.. lol macam channel kahkah

    Reply
  3. Aku pun mcm ko gak. Boleh kawal mimpi. Yg paling aku ingat ada skali tu aku kene kepung dgn askar china..naik kuda. Xtau la tu zaman dinasti ape. Masa terkepung tu. Aku nak patah balik. Ketua dia betul2 blkg aku..tgh hunuskan pedang dia. Time tu aku ckp..cpt la bgn dr mimpi ni..kang aku mati dlm mimpi..tak bgn2 tdo kang. Haha..pedang tu cecah je kulit belakang..slow mo plak time ni..aku rasa geli2..dan2 tu aku berjaya jaga

    Mcm ko gak. Aku slalu mimpi terbang. Tp..aku slalu payah nak dpt terbang tinggi. Nak terbang tinggi lalu atas bumbung rumah tu payah giler. Kene guna sekuat tenaga. Kdg2 mimpi tu mcm dejavu pun ada. Ada skali tu aku mimpi ada kawan abah pinjam kete aku..dia bantai kaw2 punya. Dia pnya drift..nak tibai semua benda yg ada tepi jln. Bgn tido..mak nanges2 bgtau aku..kete aku kene langgar. Mak pinjam kete gi pasar.

    Baru2 ni kan skolah tahfiz kat dato keramat kene bakar time pg? Aku rasa waktu yg sama aku mimpi ada bom meletup dkt dgn aku..mak n abah. Mujur semua selamat tp kete mak yg paking tepi jalan cermin semua pecah..bumbung ranap. Pg tu aku bgn..tgk berita psl kebakaran tu

    Reply
  4. lucid dreaming ni… tp setengah org kne practice dlu baru boleh buat lucid dream mungkin minda en el lain kot sbab tu bleh jd sndri, mcm sy lansung xboleh buat lucid dream tu pun smbil dngr binaural beat #sigh# agak2 en el ape yg dh jd kt minda en el ye?

    Reply

Leave a Comment