Nama aku EL. Itu lah nama panggilan aku. Lelaki separa dewasa berumur 23 Tahun yang terlalu sukakan budak kecil berumur 1 tahun hingga 5 tahun. Melangkahkan ke alam pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian di Universiti Awam. Rakan aku kebanyakannya tidak terus berkerja, “Honeymoon” dulu katanya, tapi tidak bagi aku. Setelah tamat Intership atau Bahasa Malaysianya adalah Latihan Amali di SapuraKencana, aku terus menjadi pekerja tetap di sana. Azam aku mengumpulkan duit sehingga cukup RM15,000 untuk aku jadikan hantaran perkahwinan walaupun belum mempunyai calon Isteri. Mungkin bakal rusuk kiri aku masih di tadika ataupun sekolah rendah. Hanya tingga beberapa ratus ringgit sahaja lagi cita cita aku akan tercapai, tapi Ilham datang ke arah aku dan,
“EL! Dorang dah booking Hotel vacation next week dekat Port Dickson.”
“Oh yea! Hotel apa??” tanya aku yang agak teruja.
“Hotel empat bintang. Humm. Kalau tak silap, RM700.00 semalam, tak termasuk GST.”
“WHAT THE?!”
Setelah satu jam lebih perjalanan, aku berdiri di lobi hotel yang namanya seakan “biskut” yang langsung aku tak gemari dengan muka mencuka sejak seminggu lalu. Bilik Hotel berharga RM700.00 semalam tidak termasuk GST? Adakah aku bermimpi? Susah berkawan dengan anak anak orang kaya ni.
“Muka tu nak mintak pelempang ke cium? Ala, apa salahnya kita duduk dekat Hotel paling mahal dekat PD ni.” Sindir Ilham sambil berjalan ke arah aku.
“Bukan, kenapa nak membazir? Hotel RM500 pon okey apa? Duit lebih tu kita boleh buat makan dekat sini. Korang nak main banana boat ke, sewa jet ski ke, nak belanja awek dekat pantai pakai bikini ke lantak korang okey.” aku mula membebel.
“Hahaha. Terlambat sudah. Dah jum, dah siap daftar tu.”
Kami semua berjalan keluar, ternyata bilik hotel yang berharga RM700.00 semalam tak termasuk GST terletak di luar, seperti rumah teres kerana terdapat kolam renang betul betul di depan katil. Aku campakan beg dan terus ke pergi ke tandas, dan aku perasan ada sesuatu yang pelik. Ada rambut di bilik mandi, dan aku terus teringat kata kata kakak aku,
“Kalau kau pergi Hotel mana mana, check dekat bilik mandi ada rambut ke tak. Kalau ada maksudnya”
Apa apa jelah. Tak ada apa yang nak di takutkan. Kami keluar berjalan di sekitar Port Dikson dan balik lebih kurang pukul 5 petang. Mereka sibuk mengajak aku mandi di kolam renang besar hotel yang terletak di luar, padahal kolam renang di dalam bilik ini, tak ada siapa terjun merasmikanya lagi! Buat apa sewa bilik hotel yang ada kolam renang sampai RM700.00 semalam tak termasuk GST kalau tak berendam dalam kolam 24 Jam? Tidur sekali dalam kolam tu patutnya! Keadaan tak mengizinkan aku berjalan sekitar Port Dickson dengan mereka yang lain, badan aku tiba tiba terasa panas. Aku tidur seorang diri di dalam bilik hotel yang berharga RM700.00 semalam tidak termasuk GST. Memang tabiat aku tidur dengan berselubung selimut satu badan. Hanya bunyi suara TV menjadi peneman dan tiba tiba aku terdengar bunyi orang menggunakan bilik mandi,
“Hah”
Aku terus campak selimut dan duduk di atas tilam. Memang bunyi orang sedang mandi menggunakan pancuran. Dengan keadaan badan yang lemah, aku terus terjun dari atas katil dan berjalan kearah bilik mandi, bunyi tadi senyap serta merta! Aku mengintai dari tingkap pintu. Tak ada air yang menitik dari pancuran.
“Woi! Mengendap siapa mandi tu? Hahahaha.” Gray mengergah aku dari belakang.
Ilham, Hafiz, Firdaus dan Azmeer turut ketawa. 5 orang lelaki tidak berbaju masuk kedalam bilik hotel dengan keadaan basah kuyup! Aku terus berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Malam tu setelah selesai pertandingan makan Spicy Ramen Challenge yang di Juarai oleh aku (Bangga gila beb), sesi bertukar hadiah dan bermacam macam pertandingan lagi, mereka keluar pergi ke pantai, aku tinggal di bilik hotel di temani Gray. Dia orang Sabah beragama Christian. Malam tu badan aku semakin panas. Jadi aku hanya tidur berselubung di dalam selimut. Aku dikejutkan dari mimpi kerana bunyi bising yang datang nya dari luar. Jam pada telefon bimbit aku tertera,
12:15 A.M
Ada mesej dari Gray “Aku keluar pergi 7ELEVEN kejap tau”
Mesti aku kena kacau kejap lagi, tak habis lagi aku bermonolog, tiba tiba bunyi seperti ada benda jatuh di atas bumbung. BUM! Bunyi yang kuat seperti ada orang jatuh dari tempat yang tinggi. Aku mendiamkan diri di dalam selimut. BUM! Bunyi tu lagi. Dua kali berturt turut. Tak lama kemudian bunyi kerusi di tarik. Mata aku langsung tak bekelip. Kerusi dan meja terletak agak jauh dari katil, dan semakin lama bunyi kerusi di tarik semakin dekat dan kedengaran jelas gegendang telinga aku, dan berhenti di bahgian kaki aku. Aku terus pejamkan mata dan mengabaikan benda yang menggangu aku. Bunyi kerusi di tarik kedengaran semula. Aku cuba memerhati keadaan bilik melalui dalam selimut, tapi selimut hotel terlalu tebal untuk di tembusi.
“Alamak” hati aku terdetik.
Aku merasakan ada sesuatu yang sedang menarik selimut aku. Bukan mimpi! Memang seseorang sedang menarik selimut aku dari luar betul betul di bahagian muka. Dari dalam, terlihat selimut semakin menjauh dari aku. Tabiat tidur berselubung selimut menyelamatkan aku, kerana selalunya aku akan selitkan dan tindih hujung selimut dengan berat badan aku.
“HUMPHH!”
Terdengar suara yang sangat kasar mendengus dengan kuat di depan muka aku. Mungkin benda tu marah tak berjaya menarik selimut aku. Hahahaha. Padan muka kau! Berdekah dekah aku ketawa dalam hati. Benda tu masih ingin menggangu, aku merasakan ada orang yang sedang memijak mijak dan melompat lompat di atas katil sekeliling aku. Sabar separuh dari Iman aku hilang, aku menjerit dari dalam selimut,
“Hoi! Kau nak apa lahan*t! Kau ingat aku takut? Dah bosan la aku kena kacau Hantu ni! Berambos!”
bunyi pancuaran dari bilik mandi kedengaran jelas,
“Oh! Mandi pulak ke?! Berani keluar la”
Bunyi pintu terbuka dan tertutup, aku terus keluar dari dalam selimut yang melindungi aku dari hantu tu tadi dan aku terus menjerit,
“Kau nak apa?!”
Terkejut aku melihat sekujur tubuh beriri di depan aku,
“EL? Kau okey tak ni?” Gray berdiri di sisi katil sambil memegang bag plastik dengan muka yang hairan.
Pintu almari yang melakat pada dinding bilik hotel bergegar dan terbuka sendiri. Gray hanya membatu melihat kejadian misitik di depan matanya. Gray tiba tiba menjerit seperti orang gila,
“JESUS! ADA PATUNG MERANGKAK KELUAR!”
Gray terus mencampakan barang yang di belinya dan melompat ke atas katil. Menggigil gigil dia membuat tanda salib di dadanya berkali kali.
“EL! BENDA TU MERANGKAK KE KITA!”
Gray menyorok di belakang aku. Aku memberanikan diri dan menarik nafas dalam dalam,
“Hoi! Pergi sekarang! Ni Amaran, kalau tak aku Azan!”
“AHHHHHHHHHHHHHH”
Gray menjerit sekuat kuatnya! Lampu bilik dan semuanya tiba tiba terpadam. Aku terus capai telefon bimbit dan nyalakan lampu suluh dari telefon. Aku suluh sekeliling bilik. Gray memejamkan matanya serapat rapatnya. Kad yang menghidupkan penghawa dingin dan peralatan eletrik di dalam bilik terjatuh di hadapan pintu masuk. Aku memandang sekeliling bilik berkali kali sambil menelan air liur,
“KAU NAK PERGI MANA EL!”
“Kad hotel jatuh, aku nak sangkutkan balik”
“JANGAN TINGGALKAN AKU!”
“Yea! Dah ikut belakang aku cepat” Sebelah kaki aku menjejakan kaki ke atas lantai. Aku berdiri perlahan lahan. Tiba tiba terasa tersangatlah jauh jarak di antara katil dan pintu. Tangan Gray terketar ketar memegang belakang baju aku.
“TOLONGGGGG!”
Gengangaman tangan Gray terlepas, seperti ada yang menariknya ke belakang. Aku terus berlari secepat mungkin kearah pintu untuk mengambil kad yang jatuh di atas lantai, tapi
“Mana pulak kad ni?!”
Kad yang aku nampak tadi jatuh betul betul di hadapan pintu, tiba tiba hilang dari pandangan. Gray masih tak berhenti menjerit, seperti orang Histeria. Kelam kabut aku meraba raba sekeliling lantai dengan hanya bantuan cahaya lampu suluh dari telefon bimbit.
“ELLLLLLLLLLLLLLLL!”
Aku terus suluh kearah katil, Gray terjatuh dari katil dan meronta ronta di atas lantai. Saat aku menyuluh lampu sekeliling lantai, aku ternampak kad hotel berada di depan pintu bilik air. Dengan sepantas kilat aku terus mencapai kad, dah masukan ke tempat asalnya semula. Lampu bilik hidup dengan serta merta. Aku berlari kearah Gray yang sedang meracau dan terus melaungkan azan dalam bilik hotel yang berharga RM700.00 semalam tidak termasuk GST. Habis aku azan, Gray tiba tiba pengsan. Mungkin kerena terlampau takut. Tak lama kemudian yang lain balik ke bilik,
“Aik? Gray dah tidur ke?” tanya Ilham.
“Dah tidur. Dia tidur dengan aku tadi lepas korang semua keluar sampai sekarang.” balas aku selamba.
Lepas Gray pengsan, aku baringkan dia seolah olah orang yang sedang tidur. Tapi masa tu aku tak periksa pun nadi dia, pengsan ataupun dah mati (Haha. Maaf Gray). Masing masing tidur awal kerana kepenatan, sedang seronok di buai mimpi dalam bilik hotel yang berharga RM700.00 semalam tak termasuk GST, ada tangan yang menggoncang aku,
“EL! Bangun!”
“Humm. Kenapa Gray? Baru pukul 4.00 pagi ni.”
“Aku nak pergi tandas. Takut!”
Aku berdiri di sebelah Gray yang sedang membuang hajat sambil memegang lengan kiri aku kerana terlalu takut. Gray menoleh ke arah aku dengan mata yang terbeliak,
“Jangan tengok tau EL…”
“Bongok! Buta mata aku kalau tengok! Cepat lah.” Tidak semena mena dapat bongok dari si harimau selatan yang garang ni.
Selesai segala urusan di bilik air, Gray tiba tiba berdiri kaku,
“EL. Aku dengar benda menangis la!
“Haaaaaa? Mana?”
“Macam dari kolam luar tu”
Setelah diamati, memang terdengar bunyi orang menangis. Sayup dan sedih betul bunyinya.
“Huhuhuhuhu” Bulu tangan aku berdiri tegak dengan serta merta. Ilham yang sedang tidur nyenyak tiba tiba bersuara,
“Hehe. Takut ke?”
Apa lagi, Gray terus menerkam aku dari belakang! Sebelum Ilham sambung berkata kata yang akan membuatkan Gray mematahkan tulang rusuk aku, satu tumbukan tepat hinggap ke pipi Ilham dari buku lima aku menyebabkan Ilham terus terjaga,
“Ha?! Kenapa? Ada nyamuk?”
“Er. Ha’ah! Nyamuk banyak! Sambung tidur yea.”
Gray membisik di telinga aku “EL. Patung tu ada dekat kolam luar sana. Melekat dekat dinding!”
“Mana?”
“Hujung sana. Dia lambai dekat aku!”
Aku terus pergi menutup langsir yang memisahkan pandangan dari dalam bilik hotel ke kolam renang. Gray tidur di tengah tengah di antara aku dan Ilham. Sampai ke subuh aku tak dapat melelapkan mata. Keesokan paginya pukul 7.00 pagi, aku keluar untuk membeli sarapan, dan terdengar suara Gray memanggil aku,
“EL! Nak pergi mana?!”
“Beli breakfast, nak ikut tak? Cepat” Gray terus melompat dari katil meninggalkan yang lain yang masih nyenyak tidur.
Sampai di kedai mamak, aku leka bermain telefon bimbit sambil menunggu roti canai yang di pesan siap, aku perasan yang Gray asyik memandang kearah muka aku.
“Aku tau aku tak mandi lagi, tak payah tengok macam tu”
“Bukan. Nak tanya”
“Apa?” masih memandang skrin telefon bimbit.
“Macam mana nak jadi macam kau? Kau berani sangat malam tadi”
Aku tergelak dengan pertanyaan Gray
“Haha. Nak tau rahsia aku apa?”
Gray merapatkan kerusi kearah meja, riak wajah dia beria ia ingin tahu,
“Rahsia yang sebenarnya, aku langsung tak nampak Hantu tu. Hahaha”
“Haaaaah! Kau tak nampak?!”
“Yea. Hijab aku tebal, jadi aku tak nampak benda Hantu macam Patung tu.”
“MAKSUDNYA AKU NAMPAK SORANG MALAM TADI?!” Muka Gray yang putih melepak menjadi merah.
“Hahaha. Yea. Dulu aku boleh nampak benda tu, lagi lagi masa aku kena kacau dulu. Tapi sejak Ustaz dah urut kepala dan mata aku. Aku dah tak boleh mimpi atau nampak hantu hantu ni.”
“SEBAB TU KAU BERLAGAK MARAH BAGI WARNING HANTU TU?! TAK ADIL! KAKI AKU YANG KENA TARIK TAU TAK!”
“Haha. Yeke?”
“Yea la! Aku rasa ada tangan tarik aku sampai jatuh katil, lepastu aku rasa badan aku macam kena tindih.”
“Hahaha. Kau untung apa ada aku, petang semalam masa aku sorang sorang, dia tarik selimut aku tau tak! Tarik kerusi!”
“Errrrr. Berani kau yea?”
“Tipulah kalau aku cakap aku tak takut langsung, tapi mungkin aku dah bosan. Lagipun jangan tunjuk sangat yang kita ni takut, lagi dia suka kacau”
Dalam perjalan balik ke hotel, Gray bersetuju untuk merahsiakan peristiwa semalam dengan kawan kawan yang lain. Mungkin ini yang terbaik. Baru aku nak melangkah keluar dari kereta,
“EL, hantu memang boleh tunjukan diri yea dekat orang? Kacau orang? Bunuh orang?”
Aku memandang muka Gray yang penuh dengan 1001 soalan,
“Dalam Islam cuma Jin yang di sebut dalam Al-Quran. Tak ada Hantu, sebab bukan Jin je yang Hantu, orang pun ada yang Hantu. Kita memang tak boleh nampak Jin, tapi ada sesetengah Jin yang ada kebolehan tunjukkan diri depan manusia. Katanya tu Jin yang amalkan ilmu sihir. Jin hidup lagi dari lama dekat muka bumi ni dari manusia, sebelum Nabi Adam a.s. lagipun, sebenarnya bentuk Jin 90% hampir sama dengan kita, ada mata, hidung, tangan, muka & ada anu.”
“Anu? Ape tu?” Gray membuat mimik muka.
“Benda yang kau tak bagi aku tengok pagi tadi bongok!” sabar jela.
“Oh. Faham faham bro. Hahahaha.”
“Erghhhh. Jin ada macam macam warna, ada yang warna merah, hijau, hitam dan ada yang cantik, ada yang handsome, tapi tak sehandsome dan secantik manusia. Kalau kau nampak Hantu macam Patung, Pontianak, Pocong, tu semua Jin yang ilmunya tinggi, kenapa dia berubah bentuk macam tu? Sebab bentuk macam tu yang Manusia dekat Malayisa ni paling takut dan nak buat Manusia percaya Hantu tu wujud! Lagi lagi orang macam kau ni, sebab tujuan dia nak menyesatkan cucu cicit Adam, jadi ….”
“Jadi? Jadi apa?!” Riak muka Gray mula berubah.
“Jadi….”
“Jadi apa?!” Gray separuh menjerit.
“Jangan Biarkan Hidup Anda diselubungi Misteri! HAHAHA!”
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Seram giler harga bilik yg korg sewa…
Yup! Harga dia paling Seram Haha
bila baca yg kau dh prepare 15k utk hantaran kawen..nk jd offerkan diri.. tp sebab kau asyik ulang harga bilik 2… x jd la nk offerkan diri..Suami yg berkira lg seram dr hantu….
bukan berkira, berkira tu meletakan sesuatu pada tempatnya. Ni tak nak bembazir. Budak tadika pun tau 2 yang berbeza ni ?
ok la 2..rm700 siap de private pool…lgpun kongsi kan… btw bdk tadika skrg xtau nilai duit.. cuba kau bg diaorg 10sen… dia mst akn ckp nak beli apa dgn 10 sen?
ala gelabah t*T*K la ko ni. El pon tak desperate la nak terima kalau ko offer. dah dia rasa mahal, apa masalahnya? ko tu berduit sgttt.. yela murah.
Bahasa. Haha. Saya pun tak nak Bakal Isteri yang kurang bijak ?
hahahahaha
“dia mst akn ckp nak beli apa dgn 10 sen?”
see? maksudnya Budak tadika pun dah pandai, 10 sen tak ada nilai. Kau yang tulis sendiri. Hahahaha ?
hahaha sunburn statement awk klako
HAHA. mentang2 pantai PD
terlampau seram tgok hrga dia..blh histeria den seminggu
Hahaha.
Hotel L***s tu kan?
Kan… itulh tempatnya base on suasana dia ckp ni.
Hehe
Tak suka sampai tak tau nak eja ?
Naseb baek xjadi book hotel ni.. aritu sbelum g oliday da siap2 search hotel berhntu..tp ikutkn pd memng byk hntu
semua berhantu Haha ?
grand lexis??
kesian kawan tu… hidup tk de misteri tk seronok… tp tgokk jugakk lh misteri tu mcm mn.. hehe…
Setuju sangat ayat tu ?
Berdasarkan harga bilik tu, hakak rasa, hantu tu maybe termasuk dalam pakej kot..
Hahahahaha. Patut mahal sangat
hahaha , statment hakak yo ni kelakar la .
Gelak guling guling saya baca.
?
Sebabkan harga yg mahal sangat org yg ada-ada je boleh duduk… Sepanjang tak da orang duduk dia pun numpang la hahahaha hadoiii la
Tapi ramai je every weekend?
Punya marah dgn rate hotel mahal mereput sampai ulang 5,6 kali.marah betul tu haha cilaka betul hotel mahal patut takde la natang tu.hang tak complaint kt pihak hotel ke EL
Bukan marah. Tak suka membazir ? Actually tak tau itu Hantu hotel tu or Hantu kami sendiri Haha
Tak faham kenapa asyim kena ada tak termasuk GST. Hahhahaha . Tapi kita bukan tak boleh nampak langsung.. ada caranya. Btw, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. Hahahhaa
Asyik**
Menunjukkan rasa tak puas Hati ? Hahaha. So far, memang tak nampak langsung ?
kelakar seram!
dr awal sampai akhir rm700.00 semalam tu jgk yg diungkit
ekekekekek…
tp best cerita nya
rajin2 lah upkan cerita yek
Hahaha. Thanks. So far ada 9 Cerita dah. Jgn lupa follow k ??
Kan??? Hahahhaha. Part tu kelakar betul. Mmg terkesan sungguh kt jiwa dia harga hotel tu ?
Sampai sekarang Haha
nampk nau tahu sgt hotel mane..satu malam je dah boleh bayar sewa umah sebulan… ???
hotel tu cantik..tapi mahal..ade yg atas air pon ade..
Semua cantik Haha
Tau tak pe! Sewa sebulan kt KL
best!lawak,seram,tapi cam nove lak.^.^
Haha. Cita2 nak tulis Novel tak kesampaian ?
Assalam el, mohon bca komen akak kt cerita el 7. Tqsm. Harap dpt mmbantu.
wmslm. Yea kak.
Marah nau ko EL, lima nam kali ‘rm700 tak trmasuk gst’ hahanahah…
Citer best, tkde up citer lain ke?
Tak marah. Mane ada marah. Hehe. Dah ada 9 Cerita EL. Baca la 🙂
Erin tahu grand lexis . Hahahaha mmg berhantu situ el .
Org PD ? Haha
grand lexis ni..nama mcm beskot lex_s
ko dik asyik mention bilik rm700 smlm tnpa gst je…hahahaha..ko apa nk kisah..kan ramai blh syer jd murah balik…kannn….dh ckup ke 15k…meh akk rekomen adik akk..hahahah..untg2 leh jd adk ipar..wakakakkakakakakkkkk
sebab dh Kurang tula asyik mention! Hahaha. Wah Wah! Boleh ?
Ko jgn el..kang akk seyes mtk jd adik ipar kang x memasal je mn ko nk lari..hhahaha..tp kalo ko seyes apa slhnye..suka nauu…kkikiki
Dia belajar mana sekarang ? Tadika ? ?
hahaha..kalo tadika jnuh bjanggut ko tggu..18thn sedang elok..wakakka
Hahahahah.. sedang elok la tu. sape tahu kan, jodoh ?
jwpn positif ni..haha..
bagi la no adik sis. Hahahaha
Nk bg la..tp bkn el dh ada calon ke..nti nangis x berlagu lak calon el..hihii ig apa..meh sni..
Haha. Ala. mmg tengah mencari pon kak
Nk bg kt sni ke..huhuhu..bak emel..nti kak emel bg
Bestt plus kelakar hahahaha ? Sambung lah lagi ke updated cerita lagi ke . Macam cerita annabele dah aku tgk ?
Insyallah. Ada masa baca cerita EL yang lepas2 🙂
Bunga raya ni mahal, tapi ambiencenya entah kenapa tak menarik hati nak stay situ. Tak nyaman mcm Avillion..
Bunga Raya ? Hahahahaha
Ehhh.. bukan lexis hibiscus ke? Ceittt
Hahaha. tetttt
Ell ? Ceqita hang untk kali ny xseram sngt weyyy . Tpi ada 1 bnda yg aku rsa seram . Harga bilik hotel hat hmpa sewa 2 . Bapak mahai rm700 xt’msok GST . Kebabian apakah itu . Ahahaha . Mungkin hmpa xcheck dlm TRIVAGO . Bilik yg sma , tpi 2 hrga yg b’beza .
Tak seram ? Nanti EL suruh hantu lain kacau lagi seram yea ? memang nak Hotel tu. Bkn sbb x pakai Trivago
Untungla…pakej ngn antu tu.semalam rm700 xtermasuk gst. Tu yg dihglightnya byk kli.haha
Hahahahah. Ampun
Hantu air ler tu.. hihiii… seram siott ?
Nasib tak nampak 😛
Asslmmkm Adik EL…
Wahh,kmain ko gan kengkwn ek g bcuti kat hotel ‘biskuti’ tu…
Kwn akak ckp, suasana kat sna sepi skit..
Seram…
Nnti sambung lagi k,
X sabau nak mmbca nie
Well, orang Muda Hahahahaha. Ok kak. 🙂
Hihihihi…
Kwn Dik EL c Gray ada klebihan bole nmpk ek…
Bole tlepas ckp patung
Btol kata Adik,
Tido sambil brenang dlm kolam dlm blk 24jam pun xpe…
Anak2 akak x suka,
Kata diorg jauh,lagi 1 nmpk sepi…
Hohoho
Humm.. Hijab dia nipis kot Hahahahaha. Budak2 lagi suka ape, celik mata je terus terjun
cite ko mmg x mengecewakan la El..haha
Haha. Thanks Juri
Best cerita hantu yang kelakar.
Hahaha. Senegal Nizam
hihi..
cerita en.el macam biasa terbaik.. double thumbsup…
#hotelrm742semalamantermasukgst
Haha. Thanks. Ape tu 42 ringgit.
GST… harga dah masuk gst dh.. hihi
Hahaha. sampai kira
EL.. i need your help.. 0173489112..
Why ?
beraninya el.. klau aku mmg dh pengsan dlu.. lagi2 wktu kes aku kena kacau dgn bunia sbb bunian tu syok kat aku thun lepas wktu brgelut nk hbiskn diploma.. mmg seksa sngt
dah ada orang nak tu, kawin jela. Hehe
Klau mnusia takpa lagi.. Klau bunian taknak aku walaupun hensem ?
Bunian mostly handsome apa. Hahaha. and Islam.
Klau bleh dh lama dh weh aku terima.. Hensem kalah lee min ho.. Tp Allah larang.. Biar lah tak hensem asalkn mnusia… Kankan
qalisa..aku x ensem tp manusia ..hahaha
So kau nk sruh aku ngurat kau lah ni???
ehh aku x suruh.. tp try2 la..kot2 formula menjadi haha ?
Good luck Qalisa & Keju ?
Hahaha tak pernah dlm sjrh aku ngurat laki.. Trbang tdung aku bapak aku kejor pakai pnyapu kang ?taknak ahh
uihhh EL jadi pasukan sorak pulak haha..
alah qalisa.. biar aku je la ngorat kau pula..haha
Nk ngurat? Hahaha aku tak halang.. Tp ssh sikit lah sbb aku ni jenis ssh nk suka org ?
Wahh best citer ko EL… Jgn lupa share lagi citer ok…any way bleh tak nk mnta tolong scan
Okey ?
ni email sy ye el [email protected]
kakak gn husband n anak2 pon selalu stay le**s tu. sebab nak jumpa mak kat pd. erm tapi banyak dah hotel pd akak teroka. semeye begitu kejadian. kat marina lagi le akak tengah main chess gn husband boleh pulak main door yg da bekunci tu tebukak.. husband akak biadap lari masuk bilik terus.. akak lak kaki keras takleh lari.. nasib adik lelaki akak ada dia kua bilik tolong akak.. pastu kat satu lagi hotel area lukut kohaja tengah tdo ada org flush jamban.. meloncat akak langkah husband.. yg lexis ni tengah tdo air kolam tu bekocak.. nasib anak2 akak wpon kecik2 tapi mulut diorang pandai cover.. mata diorang melilau muka mcm cuak.. bila akak tanya nape? nampak ape? diorang leh cakap takde papelah ibu. hehe sengih2 je pastu. penah gak yg sulung tu telepas cakap nape kakak tu masuk jamban masa kat lexis.. adoi akak yg peloh2.. mak akak stay pd tapi takda rumah.. dia gn ayah tiri cipta rumah sendiri dalam restoran diorang.. restoran diorang lagi seram.. nasik lemak depan kubur namanya.. dekat je gn lexis tu.. kau dtg sana lagi p la kedai mak akak.. tapi buka utk sarapan jela.. kalau kau dtg kul 9 kerak2 jela kau dpt.. sebut je kawan along dapat la kau makan free.. hahah
kedai depan Kubur? Mana tu? Hahaha. Makan Free saja ?
Amboi kak m..siap promote..nice..hihi..
Nnt cikbambam lalu situ cikbambam singgah pekena nasi lemak depan kubur tu ye..
Sila guna promo code yea: KAWAN KAK LONG
Dengan harapan dpt mkn free..hahaha?
Apa lagi! Serbu! Haha
Best la kisah2 en. El ni tak pernah mengecewakan hati fans2 ni
Haha. Thanks
???
Cerita dah baik. Tapi tak habis2. 700 tak termasuk gst. Bagitahu sekali dua sudah. Ataupun sekali opening. Skali time penutup.
that is how I show “unsatisfied”
7 kali mention pasal “RM700.00 semalam tak termasuk GST”
aku nak suggest Borneo Beach Villas (Sea view pool villa) harga bole tahan menarik juga (Termasuk GST)
nak extreme sikit stay sana pling kurang dalam 3 ari.. kalau boleh jgn ramai sangat la bru tetamu nak datang..
Gigih kira. Sape tetamu tu? Hahaha
aku kira2 ni mmg gred B skit haha.. tetamu yg x d undang la bro..aku x nmpk bentuk dia mcm mna tp cukup la dgn bunyi brenang ngan ketuk2 dia.. high recommended pnya tmpt ni aku bagi..
dalam gambar pun dah nampak sunyi! Tak mau la! Hahaha
Rugi bro.. Selain tetamu x d undang tu.. Dat place pgg title best sunset tau.. Haha
Kau belanja? Haha
1k semalam termasuk gst.. aku tgh bjimat mcm mna nak blnja hahaha..
Singkong..ade ko kt sini..da lama x jmp ko..kihkih
Ada je kot cikbambam oii Aku sekarang da memilih.. Selera x da nak belek2 setori lain.. Haha
Ada je kot cikbambam oii Aku sekarang da memilih.. Selera x da nak belek2 setori lain.. Haha
*aku tak tau la email sapa aku taip masuk td ??tkjut nengok singkong kaler ijau
Hahahaha. Pencuri Identiti
selamat mase aku pergi hotel 700 x termasuk gst ni laki aku xikut skali…kalo x mst die pn xblh tdo gak..hahaha laki aku ni pn lebih kurang mcm ko… tp die still blh nmpk lg la cume da xtajam mcm dlu… kalo x meremang aku…kejap2 kang bg tau aku nmpk bnd alah tu bnd alah ni..smpi blh dibuat gado la….sakit hati aku, nmpk hantu tu diam2 la xyah la nk bg tau kt bini yg mmg sah2 penakut….hhahaha
Hahahaha. Okey la tu, Suami akak jujur ?
lobi hotel yang namanya seakan “biskut” – biskut LEXUS tu sedap tau..hahaha
Tak sedap. Hahaha
Disebabkan cite hang, cancel plan nk holiday situ…hahaha
Hey! Jangan la! Tak cakap pun hotel tu ?
Weh El mati mati aku ingatkan kau perempuan weh. Jipakek betul. Weh hotel tu kat mana doh? Kot kot aku tahu ke sebab aku kira familiar gak dengan PD ni.
Dari CERITA EL 7 dah kantoi la aku lelaki. Hahaha. Ala. Semua hotel ada hantu la ?
Dari CERITA EL 7 dah kantoi lelaki, sblom tu ko mnyamar perempuan ke?
sengal la BOB! Haha. Before ni tak mention Jantina. ingat aku sajat ke? eRR
best!!!
sampai takut2 aku nak smbg baca…hahahaha
Hahaha. Amboi sampai takut
Best sangat. Sepanjang cerita kau aku gelakkk je. Cerita kau memang sempoi.sakit perot aku sbb gelak pasal si gray ni.
Hahaha. Tak baik tau, gray marah nanti ?
Hahaha.tapi kesian la jugak kat kawan kau sorg tu.
Tau x pe!
“bilik hotel yang berharga RM700.00 semalam tak termasuk GST’ kahkah. Ulang-ulang ni nampal benor tak puas hatinye tu. Dik, akak baru baca story kau dari part 1. Nak tanya psl yg ke 3 (pasal saka segala). Nak komen kat sana kot kau tak terbaca. So tanya kat sini je la pasal ni new post kau. Kau ade cakap pasal platform kan? Kalau ada adik beradik yang dah meninggal macam mana? Tak complete la platform & prosesnya?
Haha. Thanks kak. Hum. Benda tu akan guna keluarga yang masih hidup je. Kadang2 platformnya berpasang dengan mak & ayah jugak. Tengok la. Mungkin anak2 dh terkena ke apa. Kalau nak lagi baik, bawak semua keluarga berubat sekali.
Ok dik faham. Teruskan karya kau ye. Best!
GOOD!
budak sapura rupe nya
Tak lagi ?
Bilik Hotel berharga RM700.00 semalam tidak termasuk GST..
hahaha..siap ulang banyak kali..
EL..baru aku tau ko ni lelaki..selama ni aku igt ko pompuan..
hahaha
woiii cikbambam aku merinduimu sepenuh data ku..
hahaha..siap ade cikbambamfans..
aku pun rindu nk komen & rate cite org..
rindu dikecam..kahkahkah..
hahaha.. bz ke cikbambam? sukan sea da sudah awat sunyi lagi.
Hahaha. Maaflah yea, mengecewakan Hati Cik Bambam ?
rindu aku ke singkong..huhuhu..
aku ade je..aku perati je komen2 ko..hahaha..
EL..aku siap membayangkan ko ni mcm nelydia senrose ko tau x..Mcm EL dlm cite setia ujung nyawa tu..kahkah..sbb tu aku igt ko pompuan..aku x kecewa el..aku rasa bahagia..?
Hahaha. Kuat berangan ni
ni lexis baru ke lama
tetttttttttttt
haha citer ko ni seram tapi kelakar. Yg part kelakar sgt sbb bila setiap kali mention harga bilik mesti ada perkataan tak temasuk GST. Haha..
awak fikir kelakar, ada yg fikir saya tulis tu sebab berkira ?
Yang fikir kau berkira tu sbb dia banyak duit laa. Aku rasa RM700 tu banyakk weeii.Bukan semua mampuu..
Hi el best cerita adik…baca yg lps2 boleh scan org yer..
Thanks. Hehe. Mungkin
boleh scan saya tak EL?
Nape?
Hotel. nama. biskut haha.. Lexus la tu.. mmg mahaii.. pernah gi sana tu. pun sbb company support ada team building.. sib baik xdak apa2 time tu…
Haha. Alhamdulilah
beria gila mention Hotel RM700 semalam tanpa GST. Hahahaha tak leh blaaaa. asal jumpa je ayat tu dah senyum2 , gelak dalam iman. hahahahhahahahahahhaha
Tak ada sapa suka GST Hahaha
EL ko mmg keje lg kt sapurakencana ker?dept mane?
Aku dulu keje kt stu jugak,admin dept…
Sapura mana awak?
Mahalnya bilik. Hotel apa yg RM700 semalam tak termasuk GST tu? Membazir la
Hotel paling mahal dekat PD. kan. membazir
Best jg cite nie..siap ulang² tu pkataan GST..dlm hati siap kata “nak kecam najib ke nie”..?
Tak ada lah kecam2. Tak minat politik ?
Ya..nampak d situ tunjuk rasa ktidakpuas hatian thdp hotel tu..?
Hahaha
Adeh ko nk EL..first time ada org up citer seram psl hotel tu..akak dh 4-5 kali stay sana tp ko ni buat akk pk seploh kali lak klu nk pegi lg..btw citer kali ni pon terbaek!
Hahaha. Pergi jela. Semua tempat ada hantu ?
Mak cik saya baru pergi hotel tu minggu lepas.Tapi alhamdulillah x de apa berlaku .semua ok je. Tapi mahalllllll
Hahahahaha…
Klu akk pn akn wajib keep mention harga hotel tu…
Dahlar kiranya tahap terpaksa kena follow stay situ, pastu kena hadap plak gangguan tu sume, mmg masak aarrr kena perli sape yg suggest soh stay situ…
Cara nk perli yg terbaik, mcm tulah, sebut harga hotel tu dgn deep, hahahahha…
Cth mcm bebaru ni terkena ngan satu homestay ni, trs akk keep mention HOEMESTAY PUAKA bebanyak kali…
Cerita psl benda lain klu blh kaitkan ngan isu homestay tu, mmg akk akn sebut HOMESTAY PUAKA tu siap idgham maal ghunnah dik…
Sakeeettt ati ku di sini tau…!
kak Yulieeeeeee!!!! budak tu dah prepare 15k utk hantaran??? My Goddd meremang bulu roma geng sajat!! Maksudnya tak lama lagi geng sajat bakal dipinang orang???? Woaaaa terharunya!!! Finallyyyy pecah dara laaaaa weolsss nanti!! Tazabarnyeeeww
Saya nak yang bertudung ?
Tudung saji boleh???
Tudung oren???
Hahahahahah…
Tudung AJ FAREEDA boleh 😛
Die br siap kumpul utk hantaran…
Belanja utk lelain blom lg tuuu…
Skang ni kan kawen byk nooo belanjanye, lelagi yg reremeh temeh ni…
Ikot cara die ni mau 3tahun lg br kawen ni…
Tu blom lg kang kawen hanimun nk round da europe plak…
Bagi lagi masyuuuukkk duit tabungnye…
Heeheheheheh…
Hahaha. Dah tua dah kak. kena la cepat2 kawin
Lek luuu…
Nnt dh kawen kompem bini ko dh x bg ko spend time karang citer daahhh…
Samada die takot kejadian serem berulang kembali, atau die takot somi die kena usha awek2 FS ni…
Heheheheheh…
kak yulieeee dia nak yang bertudunnnnggg. ADUH! Mana laaa ada dalam sejarah semenjak berapa masihi geng2 sajat pakai tudung. yang bertudung si sajat je ponnnn kak yulieee oiii. alamat anak dara tua laaaaa weolss ni
Hahahahahah…
Kena join group Cari Jodoh ni Geng Sajat…
geng sajat punya komen ni gelak aku baca .. aku bru ckup 12k..
Usaha lg dik…
X kaya xper asalkan rajen tu sebaiknye…
Org rajen rezeki x putus, berkat inshaaAllah…
Ape lagi. Melamar leeee
Amboiiii…
Tukang sorak nampak…
Wow best nya! Kak yulie ada adik perempuan? Hahaha
Adik pompuan mmg ade, tp udah kawen…
Anak2 buah plak sek men lagi…
Sorry…
X dapek nk nolong…
Heheheheheh…
giler melamar bawa 12k rombongan x sampai lagi drng da tutup pintu kot.. haha
kak yulie tolong la tambah2 sikit haha
orang ada Master pun 10K je bro ? Hantaran tak menjamin kebahagian.
itu kalau mak bapa yg fikir mcm tu bro..pihak tunang aku minta 20k ikut date berday dia..untung dia x lahir 30aribulan..siap deposit 20% lg tu..
20k….????
Gilor maheeiiii…
Akkler pompuan yg menolak penetapan hantaran tggi2…
Klu fmly akk ikot bape yg pihak laki nk bg, mak abah akk redha jer…
Sbb kenduri belah kami x kesahlah anak laki ke pompuan, sumeee mak abah yg tanggung…
Tggjwb deme katenye…
adoii la kak yulie.. skrng ni x bnyk prmpuan mcm kak yulie.. kluarga bahagian tunang ni galak sangat..tu pasal kot dia x bole bg pendapat.
Pinjam Bank je bro! Hahaha. sampai ke tua la tak kawin klu mcm tu.
Pinjam bank da buat untuk beli rumah haha.. skrang ni kalau nak cpt dapat trgt kena jual organ kot..buah pinggang aku masih suci ni..haha.. doa2 je la bro..ada rezeki nnt kawin la..
da jadi tmpt mengadu nasib da slot ni..
Hahaha. Cepat2 la kawin yea
Nayooo kawen smpi buat loan…
Mampuih!
kan? Itu cara kita tunjuk ke tidak puas hati! Hahaha ?
Kaannn…
Ade 2 sebab sesuatu tu jd sebutan…
Smda sebab bagus atau sebab bala…
Yg sedang2 jer ni selalunye org x hirau sgt…
lelaki rupanya EL ni. btw cerita best
Thanks ?
aku macam hampir2 nak ingat korang ni kunyit tadi..lain macam itinerary holiday korg ni..
sorry! Bukan sajat okey! Itinerary best ape, tu je yang boleh buat dalam Hotel RM700 semalam tak termasuk GST. Nak main baling selipar tak leh.
heyy awakk suke sebut2 nama kiteeew
Sajat mana ada pakai topi 😛
EL kau ni mesti jenis, “kau memang kaya tapi mak ayah belum tentu kaya kan?”
Haha
Tak adalah. Semua kekayaan ni pinjaman je ?
tapi dgr kata suka beli barang kat zalora..betul ke? hahaha
Wow..stalker habis..??
Sape kata ? Orang ? Tak lah. Beli bundle jek
Sep seeppp…
Akk pn ratu bundle gaakkkk…
Hahahahahha…
ada 2 hotel biskut dekat PD. yg mana satu? bunga raya ke taman? hehe
Bunga di hati awak. ?
awwww thats sweet from you. hahaha ?
El dah jumpa jodoh ke.. haha
Belum! Hahahaha
hahahaha
“hotel yang berharga RM700.00 semalam tak termasuk GST”
Rasa klakar plak bila banyak kali dok ulang.. nampak sangat bengangnyaa… Hahahaha.. Kalau sy pun akn mention byk kali harga tu.. Dah lerr masuk pakej kena kacau plak tu.. Mmg kne perli ler puak ni… Huhuhuu
Yes, punchline menjadi ?
cerita xpernah menghampakan!! keep it up.. kerja kt sapura, dulu beljaq kos geomatik ka?? bedai ja aku haha
Thanks. Hehe. No No ~ biasa je
ada lagi next story tak?
ada, CERITA EL 10 . Hahaha
Kawan-kawan pun ada plan ajak gi hotel rm700 tak termasuk gst tu. Mahal oi. Bila baca kisah ni adalah alasan tak nak pegi. Kita dahlah penakut ?????
Haha. Pergi jela waktu muda ni.
Assalam..suka kanak2 1-5 tahun????, tertanya2 gak tapi citer best,thanks.
Hahaha. ape? Ingat Pedo jugak ke?
Sorry x patut fikir camtu, cara penyampaian awak nk bagi org paham n jelas..so sorry ye..
Kalau pedo tak ikot umur! Hahaha. Saya just suka budak
Calon suami mithali ni suke bebudak…
Hahahaha
Ok, noted… sorry ye…
aku pernah kena kat PD gak.. tapi hotel ancasa..seriau T____T
Ancasa? cantik ape. hehe
Kena cam ne. Citer la
kan!
macam boleh agak nama hotel macam biskut & harga rm700 tak termasuk gst,hehee
Syuuuuuuuuuuuu~ Haha
pernah stay sana. Alhamdulillah tak kena kacau .. huhu. siap bawak ank umur 6 bulan lg masa tu 🙂 Alhamdulillah tak terkena.
🙂
El ku sayang. Kesian budak2 yg berumur 5tahun ke atas
Sayang je dorang, tapi dah banyak akal! Nakal sangat! Hahaha.
tajuk dia ni cerita El 9, maksudnya ada cerita yang 1-8 kan? mcm mana nk cari tjuk tajuk yg lepas tu eh? tq
Dekat blog main page ada search box. You tulis je CERITA EL. nanti jumpa 🙂
Memang seram cite nie…tula drpd mmbazir sewa hotel mhal2 baik ko sewa homestay abh aku rm250 je smlm xde GST…hihi
bagi NOMBOR PLEASE! btw ada Hantu tak? HAHAHA
Haha…insha Allah xde.
Alang2 tu aku nk promote r sape2 nk sewa homestay kat PD leh ws abh aku 019-6341630.
Homestay kat Tmn Intan Perdana sblh poli PD. Hiks
Sebelah Poli ke? Hahaha! Ok cun! Thanks kak!
Haha…ala beza umo 4 thn je xyh r brakak2. Nmpk tuo benor rupanye (prsan muda jap) hehe
Ehem2…kemain suka bila mention bab poli ye.
Hahahahaha. Single sudah lama kak 😛 pantai Poli pon best! Haha
woi EL, ko punye seksyen komen da berjela nih….rajin pula ko melayan semua org…
Itu je cara nak ucap TQ dekat org2 yang komen Hehe
Baru plan berjemaah nak try hotel biskut tu..takku sangka dlam rm700 tak termasuk gst tu da special pakej pulak ?? pikir juta kali balik nak pegi weh..
Dup dap dup dap baca semua cerita El 1-10..storyline serius best
El, nk minta tlong scan boleh tak? Minta tlong family diorang buat dunno je (huhu sadisnye) klau bleh nnti ws eh..0174677153 ☺
Ish pergi jela! Cuma jangan sorang2 . Hahahaha. Thanks baca cerita tak seberapa. Nti I contact
Gray ye² je nak tau’ jangan apa’, sekali Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.. Mesti si Gray sakit hatii..
Hahaha. Baca la CERITA EL 10.
1-5 tahun hmm adakah anda pedo?
kenapa yea nak ada FIKIRAN KOTOR macam tu? ?
Aku tak ckp pon BERNAFSU tgk bdk 1-5 tahun!
#ish
curious je la -_- tak cakap pun bernafsu ke apa. C.U.R.I.O.U.S
Rasa2 klu die btol pedo, nak ke die ngaku die suke kanak2…?
Mesti x akan kan…
Pedo ni cam psiko gak, die xkan mention sesuatu yg org leh syak die…
Xpelah…
Betullah tu bile curious kita bertanya kan…
Cume kdg2 soalan tu buat org rasa x senang…
ye, saya cuma curious je. bukan nak cari gaduh ke apa. sorryla kalau soalan kurang senang. saya jenis straight to the point
CURIOUS la yang MEMBUNUH si kucing ?
#takeNOTE
tu la beza fikiran yang suci murni kak. Hahaha
gamersejati,
kau kalau nak gaduh cakap r
tengok nama pn dah tahu kunyit.
fakkk la weyyy
Haip! Language! Tak baik. Hahaha
Entah kan…
Akk ble EL bgtau psl suke bebudak tu trs terbyg bapak mithali…
Xde lgsg pikir pedo ke ape…
Seram bebenor pikiran manusia camtu…
Haha. Tu la. Kita ni punya la bakal bapak penyayang! Hahaha. Adoi! Asyik2 kena pedo. Ari tu kat FB. ?
dak baru nak up ko? normal apa kalau suka budak2..
**bersangka baik( mungkin gamer sejati ni forever alone)
Haha. Entah la weh! Pening aku.
el..bole mintak scan x..rumah akak,,,dah 2 hari dgr bunyi org nangis masa nk dekat [email protected]
rumah? tak pernah buat rumah kak.
tu diaa mahalnya hotel. nasib baek pergi ramai2. uhuhuhu
same la
Hai el ? baru bace u punye cerita, cerita yang nie paling syok sbb hotel uh macam famous jerk kan, kwan tanye no blik brpe? ?
Hahaha. err. tak ingat la Rara
Mmg best citer ko EL… tp harga hotel tuh lagi seram dari citer ko hahaha.. tp sian kt Gray sakan dia kena sakat… nasib ko pandai cover.. klu x mmg kena bahan kowt… hotel kt PD semua berhantu.. tgk luck masing2
Haha. rumah kosong mmg tempat dorang. huhu
hai EL…lambat kite baca cite awak kali ni… by the way RM 700 semalam x termasuk GST mmg lagi seram dari nampak cik terbang and cik lompat tu….
Haha. tak pe sempat agi.
tau x pe. seram RM700!
?
bilik hotel yang berharga RM700.00 semalam tidak termasuk GST hahahahahahahahahahahahahahahaha mmg kena ulang ayat ni ehhh 😛
Okay
Kelakar dan seram
yg ptg ulang ayat RM700 tak termasuk GST hahaha
Walawehhh. Da 5 x g. Nasib xkena bilik nii. Share no bilik leh x. Seram plakkk
bilik hotel yang berharga RM700.00 semalam tidak termasuk GST..
Lawak2..
Nasib baik baca post ni lepas aku dah balik. tapi aku tidur yang sky pool villa punya. alhamdulilah tak kena kacau walau mandi pool pukul 11 malam pastu tidur dekat nak subuh xD but I enjoyed this one! hahaha
Bilik hotel yang berharga rm700 semalam tidak termasuk GST berulang2x.. macam x puas hati dengan harga nya ke @ sbb belum masuk gst 🤣🤣🤣
Keeeee nak cukupkan karangan 200 patah perkataan…
Mcm2x lah EL ni
Baru balik dari PD, dan menginap di hotel yg seakan nama biskut tu. 🙂