Cerita Mon – Rumah Nenek

Hai dan assalamualaikum semua pembaca FS. Ceritaku ini fasal semua yang terjadi di rumah nenekku, dari aku kecil sampai dan besar sebegini. Ah, before that, terima kasih admin sebab sudi approve cerita yang entahlah nak cakap macam mana. Sebelum itu, saya mohon maaf jika cerita ini agak berterabur dan keluar daripada tajuk asal. Biar pembaca yang tentukan cerita ini seram ke tak, okey?

Time aku kecik-kecik, aku lebih suka balik kampung belah ibu aku daripada ayah aku. Kampung ibu terletak di Kuala Terengganu manakala kampung ayah terletak di Selangor. Mungkin atas faktor geografi, aku lagi suka balik kampung ibu sebab ada pantai belakang rumah nenek. Kampung ayah ada parit saja. Tapi sebenarnya, dua-dua sama seram tapi untuk kali ini aku cerita yang kampung ibu dulu.

Aku mula perasan yang rumah nenek aku itu seram dari darjah-darjah lagi. Aku bukanlah saksi kejadian tetapi sepupuku yang menceritakan padaku. Ada suatu malam, dari tingkap bilik mereka pernah ternampak ada satu lembaga putih terbang melayang-layang. Aku sebagai budak hingusan pun percayalah bulat-bulat, tiada segi empat, tiada segi tiga.

Beberapa tahun lepas itu, kami semua digembar-gemburkan dengan penampakan sebuah keluarga di depan rumah nenekku itu. Begini ceritanya… Di depan rumah itu ada sebuah bangku panjang. Pada suatu pagi buta, lebih kurang 2 pagi sepupuku yang lain telah pulang dari kerja. Rumah dia terletak di belakang rumah nenekku jadi nak sampai ke rumah dia itu hanya lepas naik motor saja. Masa itu, dia cakap mata dia macam sakit tiba-tiba then bila sampai depan nenek itu dia nampak seorang perempuan dan anak kecil duduk di bangku tersebut dalam keadaan tidak berkepala. Kami semua terkejut mendengar cerita tersebut. Tak sangka something yang selalu tengok dalam cerita hantu jadi dekat sangat dengan kita.

Semua perkara ghaib lain berlaku puncaknya selepas beberapa tahun atuk aku meninggal. Aku dengar daripada mulut-mulut mak cik aku yang nenek aku membela ‘badan-badan yang berkenaan’. Aku tak sangka benda seperti itu boleh berlaku dan aku juga mendapat tahu yang dulunya nenek aku ini bidan kampung so bab membela membela ini macam satu kelaziman.

Ah, satu lagi! Masa perkara ini terjadi boleh dikatakan agak terkini. Rumah nenekku itu sebenarnya agak lama tak berpenghuni. Bukan sebab dia sudah menghadap Ilahi, cuma dia tinggal bersama anak-anaknya. Sepupuku yang sama, waktu yang lebih kurang sama kecuali sudut rumah yang lain. Kali ini di bilik yang selalu ibu dan ayahku tidur setiap kali balik kampung. Dia ternampak kelibat perempuan tua berbadan bongkok dan berkepala besar di dalam bilik itu sedangkan rumah itu tiada orangnya. Semua ini hanya berdasarkan saksi kejadian, bukan saya yang menjadi saksi.

Ketika aku form 5, aku diserang sawan pada 1 Ramadhan. Korang bayangkan, sawan itu sudah lama menghilang dan kini datang kembali. Aku agak frust sebenarnya. Mula-mula pergi cek hospital, buat MRI. Aku jakun sikit time buat MRI ini sebenarnye sebab kena pakai baju hijau ikat belakang. Cek-cek, tak ada apa-apa. Then, pergi jumpa ustaz. Tak sangat hasilnya sebab jadi lagi on the way dari Selangor di highway Karak, dalam kereta ya, anak-anak! Bukan tepi jalan.

Jumpa ustaz lain pula. Haa, yang ini best. Masa jumpa ustaz ini, aku masih ingat lagi soalan dia. Pernah nampak lembaga lembaga berkaitan tak? Aku jawab pernah. First, time form 1, nampak lembaga putih. Second, time form 3, nampak macam manusia. Then, soalan cepumas… Jeng jeng jeng!!! Pernah tak rasa minat dekat kaum sejenis? Ya Allah, aku terkejut bila dengar yang itu. Aku angguk. Aku takut gila masa itu, aku takut sexual orientation aku berubah, aku nak menangis. Lepas itu, ustaz itu cakap, itu maksudnya pernah ada jin jantan yang menumpang tubuhku. Lega kot bila dengar macam itu. Then, ustaz itu cek lah seorang demi seorang. Start dari ayah aku, then ibu dan aku serta adik-beradikku yang kucintai. Dia cakap dekat ayah aku dengan ibu aku ada banyak. Dekat aku ada saki baki je, lebih kurang macam itulah. Tapi masa dia nak berubatkan ibu aku, ha time ini susah sikit. Ibu aku mengilai kot macam pontianak. Seram. Itu jak yang aku mampu cakap. Aku tak ingat sangat explaination dia, tapi yang aku ingat yang ada kat badan mereka itu adalah daripada parents mereka, maksudnya daripada nenek dan atok aku lah. Then, dia kasi air, limau, petua, semua benda itu, the session is over.

Ada suatu hari, kami balik Terengganu, jumpa ustaz yang lain. Jemput dia datang rumah, buat sesi sekali cek rumah secara senyap-senyap. Mak cik-mak cik aku tak bagi tau pun nenek aku yang ustaz itu nak datang. Our session was fine and guess siapa yang tersangkut lagi? Yes, my mum. Ustaz itu kata ada benda cuba menumpang dan benda itu daripada nenek aku. Aku masih ingat lagi ayat ibuku selepas rawatan itu berakhir. ‘Apa pasal nak kasi yang itu? Bagilah saka nak cantik ke, kaya ke?’ Aku hanya mampu tergelak. Ustaz itu cakap yang aku punya, ada sikit di urat mata dan di perut tetapi sihir lama, termakan pelaris tak silap.

Itu sahajalah yang mampu saya ceritakan. Mungkin ada cerita yang tidak beberapa tepat kerana saya bukan saksi utama. Mungkin ada yang ditokok-tambah sedikit bagi menyedapkan cerita bagaikan ajinamoto. Saya memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terlukakan hati, sesungguhnya saya tak berniat begitu. Saya hanya ingin berkongsi. Sekian, terima kasih.

– Cimon –

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

30 thoughts on “Cerita Mon – Rumah Nenek”

  1. Aku saya? Haha mana satu ni dua dua pun boleh. Seram dari darjah darjah? Lah ingatkan saksi utama tadi rupanya ceritakan semula pengalaman sepupu awak ya.

    Reply
    • Pastu bile berubat ustaz tu tanye penah nampak tak, slumber kompiden jer die cerita pengalaman2 sepupu2 die seolah2 die yg mengalami…

      Ini tidak adil…!!!
      Ini palagiat namanye…
      Hahahahhaa emo plaakkkk…

      Papepon, bestnyeeee umah nenek ko dik blkg ade pantai…
      Fefeeling mamantik gituuuu…

      Reply
      • Yang berubat tu mmg sye nmpk lah. Mgkin sye ptt polish skill menulis sye lg kot spaye pmbaca lagi faham. Terima kasih sudi membaca dan memberikan komen.

        Reply
    • Bape banyak Mon daaa…
      Ke satu Mon real, satu lg jelmaan…???
      Hahahahaah…

      Skill menulis tu kdg2 x membantu sgt…
      Menulis jer jujur dr hati, mesti org lg cepat feel ape yg berlaku…

      Reply
  2. Saiya kimbali lage… yini cherita saiya kase 4/10… kurang menseramkan saiya. Itu penggunaan bahasa milayu itu kurang juga.. itu bahasa milayu yanda limah… baikilah itu milayu yanda…

    Reply
  3. Kena polish lagi struktur penceritaan ye. Jangan bayangkan macam bercakap dengan kawan-kawan dalam bahasa pasar. Susah nak tercapai konteks cerita. Macam penggunaan “Ah, satu lagi” atau “korang bayangkan” sedikit mengganggu “pembayangan” cerita. Cuma lebihkan perkataan-perkataan diskriptif untuk membantu pembaca “terbayang” situasi cerita. Good luck!

    Reply
  4. Story kalo jenis hantu kat sekolah ni memang lemau sikit aku nak layan. Hantu jenis sama je semua sekolah. Jalan cerita plak mesti ala2 budak sekolah/budak wechat.

    Reply
  5. don’t worry Mon.. xde siapa yg ‘terluka hati’ baca cerita awak ni, (hehehe..)
    jangan pulak Mon yang ‘terluka hati’ dengan komen acik2 bawang kt sini ye..

    Reply
  6. Daripada cerita Mon ni makcik simpulkan manusia yang minat kaum sejenis rupanya dah ada jin sama jenis beranak pinak dalam badan.sbb tu senang ikut nafsu..erm logik gak sebab setan suka menggoda manusia.

    Reply
  7. (Pernah tak rasa minat dekat kaum sejenis? Aku angguk. Aku takut gila masa itu, aku takut sexual orientation aku berubah, aku nak menangis. Lepas itu, ustaz itu cakap, itu maksudnya pernah ada jin jantan yang menumpang tubuhku)

    Kau lelaki ke perempuan?

    Reply
    • Writer ni pompuan…
      Tp die ade kecenderungan terhadap pompan juga…
      Sbb dlm bdn tu jin lelaki soo perasaan die dikuasai perasaan lelaki…

      Pahamlah akk skrg yg lesbo gay tu semua x salah…
      Yg salahnye jin yg dok dlm badan diorg tu…
      Kena bawak g berubat nih…
      Heheheheheh…

      Reply
  8. yg bestnya 1 je… blakang umah nenek ada pantai. mesti cantik view tu..tengok sunrise & sunset gitewww..
    nak bagi 1/10 je lahh.. ermmm… (sambil nyanyi baby shark doo doo doo)

    Reply
  9. Cerita mmg interesting ttp cara penyampaiannya je teruk. Hilang ‘feel’nya… Perkara yg menyeramkan ialah bila ko mengaku yg ko minat dgn kaum sejenis!!! Tolong jauhkan diri awak dr saya ye!!! Tegak bulu kemaluan sy membacanya…

    Reply

Leave a Comment