#CeritaNasa 302kk – Jaket kuning (Full story)

Salam Admin FS, I love you. Masih lagi tentang pembunuhan. Nama dan lokasi diubah dan watak utama adalah “aku”. Rakaman percakapan berdasarkan 112 dari suspek, cerita diolah dalam bentuk cerpen bagi mudah difahami. Kisah benar, dan sebarang penambahan skrip tidak mengubah cerita asal. Supaya ianya mudah difahami, tersusun dan pengajaran untuk semua.

“Nas! Abang kene keluar, ada kes, duduk office baik-baik jangan nakal, love you.” Yusuf mengambil jaket atas kerusi dan keluar.

“Ok bos!!.” Nas mengambil satu antara banyak fail pembunuhan yang berlaku, mengunyah coklat, duduk di sofa, bersilang kaki dan rehatkan diri.

“Fauzi….” Nas ambik gambar suspek dari dalam fail. “Kenapa kau membunuh Sara Fauzi? Apa salah Sara? Kenapa dia?.” Gambar itu diletak semula, helaian pertama di selak. Nas mengambil nafas dan mula membaca. “Umur 25 tahun… tinggi 167cm… muda lagi….”

“Aku tak hensem ke? Umur muda lagi baru 25 tahun… tinggi pun tinggi, 167cm, tegap lagi.” Aku mendabik dada.

“Sudahlah Fauzi… Noni memang tak nak dengan kau.”

“Mana kau tahu Shiro?.”

“Aku tahulah. Dah banyak kali tau orang cuba mengurat Noni tu, dia tu ada kerja, kau ada apa?.” Masa Shiro ketawa ni aku tepuk belakang dia, tersedak mangkuk tu, banyak sangat mengumpat aku. Masa ni lah Noni tu balik kerja, berbaju jaket kuning yang selalu dipakai bersama dengan seorang kawan baik dia Sara yang sama tinggi, sama lawa, sama segalanya. Pendek cerita kalau dari belakang memang ingat Noni tu Sarah, Sarah tu Noni. Beriya potong rambut pun nak sama. Berjalan lenggang lenggok masuk kawasan rumah dia.

“Phiwweett!!!!.” Aku jerit. Dan pastinya Noni tersenyum girang. Lepastu Noni berlari anak, nasib baik tak tersadung kayu papan kat depan. Jika tidak tentu sahaja dia tertonggeng.

“Kau nampak tu?.” Aku tanya Shiro. “Dia senyum kat aku.. kau? Jangan nak berharap. Aku tetap akan dapatkan dia dan berkahwin dengan dia.”

“Sukatilah kau.” Lalu Shiro pun balik. Kerja kitaorang memang melepak. Pendek cerita tak kerja pun. Just kacau anak dara orng masuk kampung. Noni? Memang paling lawa, paling cun. Nak-nak kalau dia pakai baju jaket kuning dia tu yang aku bagi, memang ikut bentuk badan. Huihhhh aku pun terliur tengok. Tapi aku rasa Noni ni suka kat aku sebabnya? Bukan kali pertama aku tidur dengan dia. Haha!! Aku dah berkali tidur dengan dia. Dan itu lah yang tiada orang lain tahu tentang keistimewaannya

Sebulan sebelum Sara dibunuh…
8.20malam – Hari ni macam biasa, aku ketuk tingkap bilik Noni. Dan masa ini Noni paling gembira, dia tengok line clear, dia bawa aku masuk rumah. Malam ni aku banyak perkara nak cerita dengan dia, apa yang penting aku nak tanya dia, mana rakaman gambar-gambar aku yang dia ambil.

“Rakaman apa Fauzi?.”

“Rakaman lah, awak selalu rakam saya setiap kali kita bersama., saya nak rakaman tu.”

“Alaaa saya nak simpan untuk diri saya lah… kalau saya rindu boleh saya tengok.” Noni buat muka miang pulaaaa geram aku! Tapi tak apalah, sayang punya pasal.

“Fauzi, Sara tu suka dekat awak tau.” Noni mengomel, memuncung seolah merajuk.

“Awak tak cakap dengan dia ke kita ada hubungan istimewa?.”

“Mana boleh, nanti dia beritahu mak, awak tahulah mak saya tu, ingat dia nak ke saya bercinta dengan awak?.”

Masa ni aku hilang mood dah. Kenapa tak nak? Sebab aku tak kerja ke? Kah!! Memang aku tak kerja pun, dan aku kerja menghabiskan masa dengan Shiro je. Itupun kalau Shiro tu ada masa, kalau tak aku duduk rumah je lah tak buat apa. Kalau jiran sebelah beli barang cantik sikit aku curi, aku jual.

“Fauzi kalau betul sayangkan saya… kerjalah, kahwin dengan saya.”

Aku angguk jelah, tapi masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Malam tu sekali lagi kami tidur sama. Tapi bagi Noni seperti biasa rakaman perbuatan itu penting, aku pun tak tahu kenapa, tapi bila mengenangkan yang Noni akan tengok aku je tak pandang lelaki lain, aku pun setuju je.

7.00pagi – hari Noni pergi kerja, aku ingat aku nak ikut nak hantar, tapi aku nak buat suprise, yelah orang tak ada masa depan macam aku ni pun tetap ada perasaan. Yes! Itu Noni!!! Aku dari jauh nampak dia jalan dengan jaket kuning yang memang menjadi perhiasan di tubuh.

Belum sempat aku panggil lagi dia, aku tengok ada sebuah kereta berhenti, lelaki! Yaaa lelaki, yang berhenti dan mengambil dia untuk ke tempat kerja. Eh? Semalam dia boleh berasmaradana dengan aku, hari ni naik kereta dengan jantan lain? Ok aku anggap kawan untuk dia tumpang, sebab selama ini dia cakap naik bas je ke tempat kerja. Aku malas fikir buruk. Aku sayang dia, dia sayang aku. Dan petang tu aku melepak bersama Shiro dengan muka kuyu.

“Fauzi… dulu aku ada kawan macam kau, tiga kali jumaat arwah dah…” Ya aku tahu Shiro cuba hiburkan aku tapi aku langsung tak gembira bila memikirkan yang Noni naik kereta dengan kawan dia, kawan kot. Aku cuba sedapkan hati.

“Hoi!! Apahal ni! Tak kan sebab tak dapat Noni kau bermuram durja?.”

Aku masih lagi sama, tetap tak senyum. Tapi memang tak ada siapa pun yang tahu aku bercinta dengan Noni sekarang ni, aku pandang Shiro, Shiro pandang aku. Lepastu aku cakap dengan dia aku tak ada mood dan aku nak balik. Shiro layankan je, tak ada aku pun dia boleh je hidup. Kata akulah kawan selamanya. Tipu je semua tu hawau! Kejap je aku balik, aku toleh dia nak terbahak ketawa dekat telefon dengan siapa entah

9.00malam – “Siapa tu Noni?.” Aku memang tak boleh nak kontrol. Aku memang sangat sayangkan Noni ni, dah kenapa pula dia yang nak tikam belakang aku dengan jantan lain.

“Dia kawan saya…” Noni tetap tak mengaku. Aku terpaksa iyekan sebabnya aku tak ada bukti, lagipun kalau nak dibandingkan hidup aku dnegan lelaki itu, hidup lelaki itu lagi baik. Aku? Apa yang aku ada? Tak ada apa…

“Fauzi… saya cintakan awak selamanya, percayalah…”

Aku malas nak mengusutkan keadaan aku pun gembiralah, aku tersenyum dan malam tu aku balik sebab parents Noni ada di rumah, macam biasa Noni memberi kata-kata manis dan dia selalu cium pipi aku. Aku memang tak boleh kalau Noni tak ada dalam hidup aku. Aku nak dia juga. Disebabkan aku tercabar dengan lelaki tadi, barulah aku ada ikhtiar untuk kerja. Kalau tak jangan harap lahhhh.

Sejak itulah aku bekerja, kerja kedai runcit biasa je. Entah kenapa aku takut sangat kehilangan Noni ni. Dan aku dah kurangkan masa untuk melepak, fokus utama aku, aku nak kawin dengan Noni secepatnya, aku ambil gaji hari supaya memudahkan aku beli barang untuk Noni. Pada masa ni entah kenapa aku fikir yang sogokan berbentuk wang itu lebih cepat untuk kita memiliki seseorang. Dan Noni banga dengan aku, setiap kali balik kerja, dia singga untuk tengok aku dan Sara pula? Dia sentiasa tersipu malu.

Satu hari tu aku nampak Sara balik sorang. Terkedek-kedek. Kalau dia pandang belakang, aku ingt itu Noni. Dia orang ni berjanji ke? Yelah jogging bersama… zumba bersama… semua nak sama, nasib baik baju tak pilih sama.

“Mana Noni?.”

“Alaaaa…. kenapa cari dia?.” Sara buat muka manja.

“Sara… aku tanya mana Noni?.”

“Kau ni kan… kau ingat dia nak ke dengan kau? Dia dengan Hairi lah.”

“Hairi?.” Aku termenung, kotak air yang aku angkat tu aku letak semula. “Siapa Hairi?.”

“Pakwe dia lahhh…” Sara msih lagi buat muka gatal, ikut hati, nak aja aku sagat dengan jalan tar.

“Sara… betul-betul lah….” Aku rasa nak menangis, yelah badan sado tapi hati aku kecil. “Pakwe dia ke?.”

“Semua tempat kerja dah tahu, kau ni kenapa? Rileks lah, aku kan ada.” Satu tawaran dibuka. Tapi aku tak nak si Sara aku nak si Noni. Masa ni aku tak ada mood aku terus letak kotak tu, aku minta balik dengan bos. Senang kan kerja aku? Sesukahati balik sesukahati datang. Ah!! Noni dah buatkan aku marah dan bengang!.

Malam tu aku jumpa Noni, dan kami bertekak, kami bertekak sebabnya Noni akui memang lelaki itu adalah kekasih nya. Habis aku? Kekasih gelap? No! No! Aku adalah lelaki yang bermaruah. Maruah ke? Video aku pada Noni ni.

“Saya nak balik video saya.”

“Tak boleh!!!.” Noni berkeras. Eh! Sesukahati nak simpan bideo aku. Aku tegas aku nak balik, masa ni Noni ugut aku. Dia kta kalau aku putuskan hubungan dengan dia, dia akan sebarkan gambar aku.

“Serius? Awak tak malu ke?.” Aku tanya. Tpi Noni kata dia tak nak kehilangan aku. Kegilaan apakah ini? Kau nak aku, tapi kau pergi kapel dengan jantan lain? Apakah ketahiannya?.

“Ok… saya minta maaf dan sya tak akan ulang balik sikap saya. Saya cintakan awak Fauzi.” Rayu Noni. No! No! No! Bila aku rampas balik video tu. Rupanya si Noni ni mengaku yang dia pun ambik video si Hairi tu? Apak ah! Kau ni perempuan gila seks ke? Dan memandang kan aku telah ‘dimadukan’ aku terus putuskan perhubungan dengan Noni. Ah!!! Aku tak peduli. Sekarang ni aku dah buang masa dan sekarang ni aku rasa bodoh. Tak guna punya Noni.

Seminggu sebelum Sara dibunuh….
Masuk kali ini dah berbelas hari aku pujuk, dari sebulan lepas aku nak gambar aku, video aku…. tapi Noni tak bagi. Aku menyirap darah. Dia ingat apa? Aku ni penari tiang. Sekarang ni aku akan pastikan dia pulangkan. Noni ugut selagi aku tak sambung balik hubungan dia akan pastikan aku malu dengan semua kawan-kawan. Ugutan ni betul sebab ada satu masa tu Sara jumpa aku dia tanya aku betulke aku berkapel dengan Noni dan dalam masa yang sama aku ada buat video lucah antara sesama sendiri.

Ini dah melebih, aku tak pernah pun kacau hidup Noni. Dan sekarang ni dia semakin melampau, dia berani jumpa aku depan Shiro dan ugut untuk sebarkan video.

“Video apa weh!!!.” Shiro mulut puaka ni jerti kuat-kuat. “Video blue ke???!.” Dia ketawa, sekali lagi aku hempuk kepala dia, tersedak dia minum air. Aku perhati Noni dari jauh, dari cinta kami jadi musuh. Tapi kali in imelampau sebab nya dia ugut melibatkan orang sekeliling aku. Aku malu!! Aku malu!!!.

Malam tu aku tak tidur memikirkan apa yang Sarah cakap, apa yang Noni buat. Apa yang si Shiro tau semua tu mengganggu kepala otak aku ni. Aku bengang. Jadi esoknya aku jumpa balik si Noni dan aku cakap dengan dia yang aku akan cedrakan dia jika dia tak pulangkan video aku tu. Noni terperanjat, dia marah dan akhinya kami mengambil langkah bijak ke balai.

Yusuf meletakkan kedua tangan diatas meja, mencantumkan jari jemari, mendengar cerita budak berdua depannya. “Video apa nya ni ? mari saya tengok?.” Yusuf ambik video tu dan tengok. Mengucap panjang dia tengok video budak berdua tu.

“Korang dah tak ada kerja ke?.” Tegur Inspektor Yusuf. Tidak marah pun sekadar menasihati. Kalau marah pun untuk apa? Kedua Fauzi dan Noni menunduk.

“Dia ugut nak cederakan saya Tuan.” Marah Noni.

“Awak kenapa simpan video dia, memanglah dia marah, awak tak boleh mulakan provokasi Noni…. Sekarang ni delete. Buat depan saya.” Arah Yusuf. Lalu Noni delete dan kes selesai. Aku memang gembira, dan aku anggap selesai. Ok masa ni aku dah lega. Tapi tiba-tiba pula dah dua ke tiga hari bila aku nak masuk kerja, boleh pula si Sara cakap dengan aku dia dapat video dari Noni,

Aku hempas air dalam kotak tu. “Mana kau dapat??.”

“Kenapa kau marah? Noni yang bagi aku tengok. Kenapa kau tak beritahu aku yang kau kapel dengan dia?.” Marah Sara. Aku terus balik jumpa Noni masa tu aku gaduh besar sekali lagi, rupanya dia tak delete semua, dia ada copy. Aku ajak pergi jumpa polis dia tak nak. Dia degil. Yang aku geram dia ugut aku dia akan sebarkan gambar tu satu tempat kerja dan buat macam dia teraniaya. Tak ke celaka???.

Sehari sebelum Sara dibunuh…..
Aku ajak Shiro teman aku jumpa Noni. Tapi Shiro kata dia tak nak masuk campur. Aku dah malu gila ni, soal video aku dah tersebar di merata-rata. Mana tidaknya Noni memang tak tahu malu, berani sebarkan video dia sendiri beromen dengan aku tanpa ada sedikit pun perasaan malu???.

“Aku nak bunuh Noni…” Aku cakap dengan Shiro masa lepak, aku cuti kerja. Shiro ni memang ingat aku main-main sebab takkanlah aku nak bunuh Noni. Tapi aku dah niat aku nak bunuh dia sebabnya aku tak nampak cara lain untuk hentikan perbuatan dia. Hati dan minda aku dah desak-desak untuk beri pengajaran kepada Noni.

“Beb.. Sara tu lawa juga.” Kata Shiro. Ah!!! Aku tak peduli. Sekarang ni aku nak Noni mati. Masa Shiro ni bercerita aku tak layan.

“Kau ni kenapa? Rileks lah… ala buat tak tahu je.”

“Masalahnya kenapa dia sebarkan gambar aku!!!!.” Aku tengkin, Shiro terperanjat, tak pernah dia nampak aku marah sampai macam ni.

“Beb!! Kenapa kau putus dengan Noni??? Baik kau teruskan hubungan perkara macma ni tak berlaku?.” Lepas Shiro bagi pendapat yang tak berguna tu, aku balik. Malam tu aku tak boleh tidur, aku memang nak bunuh Noni. Dia tak akan berhenti selagi aku tak hentikan. Aku siap-siap cari besi dan kayu. Dan aku tekad tunggu dia balik kerja esok macam biasa. Aku tau dia shift malam hari ni… jadi hari ni lah pilihan aku.

8.20malam – “Sara… kenapa kau ni? Tak sihat ke?.” Tanya Noni bila tengok Sara muka pucat.

“Aku demam lah beb.”

“Laa kesiannya… Nah! Pakai jaket aku ni…” Noni serahkan jaket kuning tu untuk Sara pkai. Sara ambik dan sarung. “Waaa lawanya kau pakai. Macam aku juga.” Noni berseloroh. Dan kedua mereka pun berjalan keluar dari kawasan.

Aku nampak Noni dan Sara keluar dari jauh, aku dah lama tunggu dalam semak ni. Bila diaorang berjalan melintasi aku aku pun ikut belakang. Aku pastikan tak ada orang dulu, aku pastikan semua clear dan hanya budak berdua tu je yang ada. Dari jauh aku dengar samar-samar diaorang berbual. Aku datang dekat belakang. Aku terus hayun besi tadi dekat dia yang pakai jaket kuning. Aku dah hilang sabar.

“Kau nak malukan aku??? Mampos kau!!!.” Aku hentak besi tu berkali kali sampai hancur kepalanya. Dah hancur aku hentak lagi. Syaitan meamng dah penuh waktu ni. Lepas aku hentak, aku dah puas, aku berhenti. Aku tengok dia terbaring berdarah, kepala dia lekuk, terbelah, keluar otak! aku puas!

“Fauzi….” Tiba-tiba Noni panggil. Aku terperanjat. Noni tak boleh berlari, dia terkaku, terkejut. Aku lagi terkejut bila aku tengok Noni di sebelah. Aku bernafas kencang, aku tengok yang terbaring itu Sara.

“Apa kau buat!! Tolong!!!!!” Masa Noni jerit aku lari lintang pukang. Aku tak tahu arah, aku bersalah. Aku menangis takut. Kenapa Sara? Kenapa dia? Dari jauh Noni menangis. Aku dah hilangkan diri.

Inspektor Yusuf peluk tubuh tengok Noni bercerita sambil teresak-esak. “Saya cakap apa dengan awak! Kenapa awak simpan video tu!!.”

Noni tak dapat kawal sedih, dia masih menangis, malam tu juga gerakan mencari dilakukan dan Fauzi di rumahnya, di bilik, berbaring tidak buat apa-apa. Masa polis datang pun dia tidak melawan. Apa yang dia buat cuma ikut je. Pelik? Memang tak pelik lah sebab dia bunuh salah orang. tak boleh nak menyesal lagi…

“Huhhhh…..” Nas duduk menegak, sakit pinggang. “Macam tu punya kes pun boleh ada?.” Fail tu diletak di atas meja. Jam dinding dia pandang, dah lewat. Punya leka dia baca fail tu.

“Lambat lagi Yusuf ni… baik aku tengok pembunuhan lain.” Lalu dia pun mengambil fail berwarna coklat dan helaian pertama di buka.

“Johari…..” Nas tersenyum melihat nama pembunuh tersebut

140 thoughts on “#CeritaNasa 302kk – Jaket kuning (Full story)”

  1. Bila hidup bertunjangkan nafsu, macam ni la pengakhirannya. Nak menyesal dah tak guna.

    Btw, setiap story #CeritaNasa best. Teruskan. Release stress baca FS time workload tgh berlambak ni.

    Reply
  2. Sian..salah org rupe nye..best..sila proceed kes lain ye nas..
    Cikbambam bg 7.5/10

    Pengajaran :
    -jgn mainkan perasaan org
    -jgn hidup berlandaskan nafsu
    -bepikir sblm bertindak..ecehhh
    -sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna ?

    Sekian

    Reply
    • Pengajaran lain:
      -jgn pukul curi dr belakang…kan dh salah org…

      Rugi jer ko tibai org smpi mati, masok penjara, tapi hakikatnya org yg ko dendamkan elok hidop sehat sejahtera…

      Reply
      • Akk x hilang sgt…
        Klu hilang kompom dh kuor berita…
        Hahhahaahha…

        Bz sket ats bbrpa urusan bbrpa hari ni…
        Now i’m baaacckkk…
        Haahahah bajet2 retis kan…

        Reply
      • hahaha..cikbambam asek kene kecam je..
        last2 cikbambam tkr gmbar antu..sonang cito..hahaha

        tp tukar gmbr antu pun kene kecam jgk..kahkahkah

        Reply
  3. -kerana nafsu : noni buat tindakan bodoh
    -kerana nafsu : fauzi bunuh orang

    puncanya kerana nafsu manusia hilang kewarasannya. Nice story Nas!
    next story please… “Johari”

    Reply
  4. Hmm bila kak nas cerita kes kes cenggini, baru aku tahu kita tak boleh nak judge suka suki je bila dengar news pasal jenayah. Donia betul. Thank you kak nas, best giler cerita you <3

    Reply
  5. eii geram aku dengan si noni bahangong tu..mcm ape je perangai..biasa jantan je merakam..ni betina wat keje..nas ayah aku n asben aku pon pegawai gak n selalu la lepak opis diorang..tapi khenn aku tak berani bukak fail2 dorang..tapi ada satu kes je yg high profil aku dapat tau dari ayah aku.. pasal org kenamaan.. kalau cite pon mcm kesian org da meninggal..bini dia glemer pelakon gitu..n pasal kes norita tu..semua ayah aku n asben cite tapi semua nya keje orang kenamaan yg kita kenal..

    Reply
    • Eeeiiii…!!!
      Geram jer akk bile cume dpt hint sikit2 camni…
      Akk ni dh lar ala2 Detektip Konon, xleh citer sipi2 cmni dik..
      Yok ngeteh dik, akk belanja tosei ko citer smpi abis…
      Set???

      Reply
      • Ehhh…???
        Ko pon nk join semeja ekk???
        Tp sila tukor muke yg lebih siuman sket yer…
        Klu muke joker serem camni akk makan ko yg bayor…

        Reply
          • Asben akk tenang sket…
            Lelagi bile die tau yg bini die lg ENSEM dr Singkong yg jambu ni…
            Hahahahahha…

          • kahkah.. kak yulie mmg la ensem dari singkong.. singkong tu jadi lelaki ensem.. kalau pompan tak tau la hensem ke tak.. hahah.. takut laki aku pulak yg melekat kat singkong.. laki aku pon boleh tahan jugak ketenangan dia dalam melihat keindahan ciptaan tuhan ni

          • bnda tu ada je cu kat internet…sape cakap tak kluar kat internet…tp kes ni da lama kan? nenek pon tak lahir lagi tahun tu..tahun 88 tu cu…bertahun da…

          • aah la nek mmg ade lah kat tenet.. tapi yang kata rtikel tu cite pembunuh upahan kan.. act bukan pon.. tangan dia sendiri yg tembak pompuan tu.. nenek belum lahir lagi tahun tu? kiranya cucu ni lagi tua dari nenek lah.. kena panggi adik nenek la ni.. hahaha

          • ko gile dik tak kisah..asben akak bangla pam minyak tanya kat akak lap cermin ke tak..dia jeling nye bangla tu sambil cakap u apa2 mau cakap sama saya.. wahh gn asben akak jadi bangla.. ni kan pulak ko dia tak kisah.. ko kalo nak join gak ko kena jadi sajat kejap.. takdelah curiga sangat dik.. miahahaha

          • tak terbayang btul mcm mna keadaan time tu bila aku jd sajat kejap.. mau datang balik demam mak aku kak.. hahaha
            susah2 bawa je la asben akk skali..

          • ala ko jangan la jadi betul2.. belakon je.. haha.. akak takut kalo asben ada tak bebual kita dik.. tak jadi la ahli mesyuarat tingkap.. boring tau borak ada asben.. org kate jadi tak meriah mcm merewang kat kenduri tu.. sebab akak depan asben fonfuan melayu terakhir.. 12tahun dik akak kenal asben tak penah lagi tekentut depan dia.. kahkahkah

          • ye kak yulie mmg seksa aku kalau laki aku ada.. aku tak penah lagi membuang kalau dia ada kat umah kak.. malu.. padahal aku kat opis raja kentut kot.. takde malu2.. ade penah aku kua lif aku kebtut tak pasan ada org kat blakang.. org tu gelak aku ckp sory je sambil wt muka selamba.. laki aku je satu2 makhluk aku segan sikit nak melabur ke kentut.. huahua

          • Penat akk bace sambil gelak komen yg dh jd sebaris huruf ni…
            Hahaahahhaa…

            Akk depan org lain mg ku telan jelah kentot tu, segaaannn…
            Tp ngan asben mmg xleh cover bile dh x tahan nk lari g toilet…
            Tp sipi2 jelah sound effect tu…
            X pon smbl kentot smbl buat2 jerit marah anak ke…
            Hahahahahah…

          • hahah.. aku ingat aku je baca komen huruf sebaris ni.. hahaha.. kak yulie aku ase nak cariut je kak yulie kentut sambil buat2 marah anak.. boleh la aku pektis nnt.. hahahaha.. kalau dalam toilet kak bukan laki aku je dengar.. tu silap2 mak mertua aku yg tak tahu aku da nikah gn laki aku balik pon dengar.. bergema sampai ke negeri sembilan tu nnt.. hahahaha

          • aah kan.. aku pon pelik dik dia tak penah tanya pon.. yg pasti akak da puas kentut kat opis siap2 sebelum balik umah.. yess hahah

      • ala kak yulie hang da la jauh nun di johor.. kak yulie ni aku bagi kak yulie sinopsis sket.. org kenamaan ni ade simpan fonfuan.. pastu fonfuan die peknen.. dia soh gugur n takmo tanggungjawab..thenn fonfuan tu bengang.. nak kantoikan kat bini si kenamaan itu.. kekdahnye fonfuan tu.. dtg uma si kenamaan ni.. kena tembak dengan kenamaan ni sampei mati.. kes ni senyap cenggitu je kak yulie.. tak adil btol kan kak yulie.. bapok jerung ada nama lepas gitu je wat jahat.. bini dia dulu ada mengacara satu pogram kat astrok .. …semua fonfuan yg mengacara.. aaa kak yulie pk sendiri la sape.. aku tanak cakap nnt kena saman..

        Reply
        • yela kot org yang korang pk kan itu.. jgn salah org pulak.. org tu dah meninggal.. akak tau pon memula dari ayah.. pastu kawen gn asben tanya dia lak.. dia cakap betul.. kes ni polis je tau.. tak masuk media pon.. ni la namanya high profile case.. mmg takkan masuk paper ke tenet ke berita ke..

          Reply
        • Akk mmg mkn x byk tp akk nk tapau sesiap bekal utk semggu…
          Boleh???
          Akk janji x luaknye duit hantaran yg ko dh simpan tu…
          Hahaaahaha…

          Reply
  6. dari cerita seram terus bertukar kpd cerita jenayah ye cu nas? apepon nenek suka baca…tp plg terkesan yg cite pasal seorg lelaki yg miskin terdesak hingga membunuh kerana kesilapan kawannya…

    p/s dari nenek : wahai anak2 muda, pagarilah diri kamu dengan iman dan takwa,,nescaya terpelihara lah diri kamu dari nafsu2 syaitan nirrojim!

    ~~ tanpa mu iman bagaimana lahh….merasa diri hamba pada NYA..tanpa mu iman bagaimana
    lahh..menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa…

    Reply
  7. huhuu… smpai mcm tu.. sedih pulak bila baca.. disebabkan bnda yang klu ikut tak logik diakal..
    kak nas keep share story..
    #ambiliktibardrstory

    Reply
  8. suke 10/10…kat fs tak semestinya cerita hantu kan… selalunya kite xthu sedetail nie kes2 polis… dgn cerita bersahaja dr nas nie dapat le sedikit sebnyak gambaran ttg kes2 yg polis handle…kipidap nas!

    Reply
  9. Cinta itu buta. Jatuh cinta dengan orang yang salah, boleh membinasakan diri.
    Bermula dengan maksiat, berakhir dengan pembunuh.
    Moga kedua-duanya insaf dan balik semula ke jalan Allah.

    Reply
  10. apa motif noni tu simpan video ? halamakk noni . dah lah tamak . hairi nak . fauzi nak .
    #perempuan cantik taksemestinya bijak

    Reply
  11. Kes-kes jenayah sebenarnya memang banyak cerita yang tersendiri.

    Penceritaan Nas memang menjiwai rakaman percakapan. cuma nasihat saya, sebab be careful. fail2 pdrm ialah sulit. memang Nas dah ubah nama dan sedikit jalan cerita. cuma kalau ada anggota yang melaporkan, boleh efek pada kerjaya suami Nas. boleh dikenakan tindakan tatatertib. Maaf ye Nas. FS ni umum, banyak mata-mata membaca. Kesian pula kalau efek tuan Yusuf.

    Reply
    • Akk terpikir gaakkk psl PnC tu…
      Sbb mmg sgt berterus terang die dh bukak2 fail siasatan jenayah tu semua kan…

      Akk Mmg syiookkk layan citer cmni…
      Citer penyiasatan mmg peberet akk…
      Tapi akk kesian gak klu anything happen kesan dr tindakan ni…

      Reply
      • Kak Yulie,
        saya terlibat dalam bidang jenayah dan undang2. sebab tu saya khuatir efek pada suami Nas. sebab PDRM ni boleh buat siasatan macam2 cara nak tahu siapa Nas dan Yusuf ni. Hopefully Nas boleh cari alternative lain utk sharing. Sebab dari cerita sihir pemisah Nas pun sebenarnya dah boleh detect Tuan Yusuf tu siapa dan balai mana. Maaf. I love Nas’s stories. Cuma hal PnC tu libatkan tatatertib. Lagi sekarang govt. ada ISO 27001.

        Reply
        • Nampaknya xlehla gak tawu citer norita dpd mami..
          To nas,
          Berhati2 k walaupun sy sangat suka n hargai semua cerita nas. We all love u k

          Reply
  12. baby punya noni! pempuan gila sex tak pasal pasal sarah yg mampus! eh atuk geram betul lah bce citew mcm ni! ini bole mndatangkan tinggi darah atuk ni!

    Reply

Leave a Comment