#ceritaNasa 302kk – Tetak (Full story)

Salam Admin FS, I love you. Hai kepada pembaca, tengah kecam aku lagi keeee? Ahaks! Korang ni pun, kisah tu dah berlalu, aku pun tak boleh nak ubah fakta, sebab itulah yang terjadi masa tu, kalau ada salah yang aku lakukan, ianya tetap telah berlalu. Cuma kalau korang dah baca, jadikan pengajaran dan sempadan, menulis kisah dialami sendiri bukan mudah sebab banyak fakta yang kau rasa sangat penting… sehingga kau terpaksa asingkan untuk ambil apa yang sangat penting dan kau banyak skip apa yang juga sangat penting. Maaf kalau ada kekurangan ya… saya cuma penulis tidak berbayar. kah!

“Apahal nak jumpa aku ni Jar? Dah lah lambat.” Nas duduk di starbuck. Minum air mineral, tudung pun dah senget benget.

“Kau tulis cerita dekat Fiksyen Syasya kan?.” Tanya Hajar

“Tak yah lah cakap kuat-kuat, kenapa? Nak buat apa?.” Nas pandang kiri dan kanan, memang ditakdirkan suara si Hajar tu macam pakai speaker.

“Hari tu laki aku settlekan kes bvnuh, sedih!.” Muka Hajar menyeringai. Mak cik bawang betul!

“Nak suruh aku cerita dekat FS lah ni?.” Nas menguap sambil keluarkan pensel, ambik note sikit untuk tulis isi penting. Tapi dia pun tak balik Sabah buat masa ni nak cari cerita. Kerja pun banyak. Dah alang-alang…

“Cerita dia macam ni bhai….”

“Nanti! Nanti! Aku tak nak tahu nama dan lokasi… Jalan cerita je yang aku nak tahu.”

Hajar mengangguk dan sebab itulah setiap kali Nas menulis tentang kes pembunvhan. #302kk #Kisahbenar. Nama dan lokasi diubah, sekali lagi nama dan lokasi diubah… diubah.. diubah… dan watak utama adalah “aku”. Rakaman percakapan berdasarkan 112 dari suspek, cerita diolah dalam bentuk cerpen bagi mudah difahami. Kisah benar, dan sebarang penambahan skrip tidak mengubah cerita asal. Supaya ianya mudah dibaca, tersusun dan pengajaran untuk semua. Semoga kita terhindar dari sebarang musibah aminnn….

Aku buka tingkap bilik, biarkan cahaya masuk, lega rasa, lama terkurung sebab tak sihat. Aku kejut suami aku yang masih berbaring. Baru berkahwin seawal lima bulan memang semuanya rasa manis dan romantis.

“Abang… dah siang…”

“Alaaa cepatnya masa berlalu….” Dani mengeliat. Dia menarik tangan aku duduk di tepi katil semula.

“Abang, Ani nak kene siap. Nak kena buat sarapan nanti abang nak pergi kerja, nak makan apa? Abang kata nak ke bandar hari ni? Kerja overtime lagi?.”

Dani hanya ketawa, dia bangun dan bersiap. Soalan aku tidak dilayan, dah selalu juga aku tanya apa dia buat di bandar sampai lewat malam baru balik. Yelah…. hati isteri mana tak risau, tapi tak juga suami aku beritahu.

Selepas masak sarapan tu, Dani macam biasa peluk aku dari belakang, cium pipi kiri. “Abang pergi dulu ya…. nanti balik lewat, sayang ok kan?.” Aku cuma angguk je. Dan aku pesan pada dia supaya sentiasa hati-hati, aku salam dan hantar sampai ke muka pintu.

Dalam beberapa hari ni suami aku memang balik lewat, jadi satu hari tu sebelum tidur aku pujuk suami aku untuk bercerita kenapa dan kemana dia? Tapi hari ini suami aku tak ada mood. Bila aku tanya dia nak marah. Tak tentu, kadang-kadang mood dia baik, kadang tidak, aku pun bosan. Sebab aku tak tahu apa masalah dia sebenarnya. Aku terasa hati. Dan dia pun tak nak berkongsi.

Seperti hari-hari lain, aku buat tugas biasa, tapi suami aku Dani macam tak ceria, aku pelik juga dari semalam dia risau, selalu tengok luar rumah, tengok curiga. Aku cakap tak ada siapa pun yang datang rumah cari dia. Tapi soalan yang sama dia tanya. Siapa cari dia. Lepastu aku keluar ke dapur untuk siapkan sarapan.

“Abang mandi, nanti lepas mandi abang tolong sayang siapkan makanan.” Tiba-tiba Dani tawarkan diri, tak pernah pun dia nak buat macam tu. Selalu serius. Walaupun hairan tapi aku ok je, aku suka.

“Serius ke bang?.”

“Yelah….” Dani usik dagu aku. Ok aku suka, nampaknya aku tak masak berseorangan. Aku pun siapkan bahan awal untuk masak, so nanti laki aku tinggal masukkan dalam periuk je. Saja nak manja-manja pagi ni. Tak lama lepas tu suami aku turun, dia siap pakai baju kerja.

“Kata nak tolong sayang masak, kenapa dah pakai baju kerja?.”

Dani ketawa galak. Dia kata senang nak pergi kerja. Lagipun tak susah masak sarapan. Aku ajarkan Dani masukkan apa yang patut untuk masak. Tahu apa kami masak? Sekadar telor goreng, roti dan sayur sahaja, ala-ala omputih. Tapi kami bahagia, memang agak pelik sikap suami aku hari ni sebab biasanya dia tak macam ni. Lepastu sempat pula Dani ni bergurau usik-usik aku. Dia menyanyi hiburkan aku, aku ketawa tengok telatah dia. lepastu aku hidangkan atas pinggan dan aku tengok suami aku basuh segala barangan kotor.

Tiba-tiba pintu depan ditendang kuat. Aku terperanjat. Dua lelaki tidak bertopeng, jelas sangat wajah. Mereka berdua bawa parang. Dan perkara pertama dia buat adalah pergi ke arah Dani, aku takut sangat, aku memencilkan diri, aku berdiri di tepi dinding. Kedua lelaki itu datang dan menetak suami aku bersungguh-sunggh. Aku bernar-benar terkedu, aku tak tahu nak buat apa.

Selepas mereka puas, mereka meninggalkan suami aku terbaring. Dia langsung tak mengapa-apakan aku. Aku tak nampak sebab aku jauh, aku cuma menggigil bila aku tengok darah memercik dan mengalir memenuhi dapur, aku tak dengar suara suami aku lagi. Aku sangat menggigil, takboleh berdiri, aku merangkak mengengsot ke arah suami aku.

“Abang….. abang….” Berharap sangat ada sahutan, tapi senyap. Aku panggil lagi, berharap agar aku tidak nampak apa yang aku bayangkan. Ya tidak ada sahutan. Hanya Allah yang tahu macam mana rsanya bila kau berharap itu semua mimpi namun itulah realiti yang kau perlu hadapi.

“Bang…..” Aku perlahan-lahan jengahkan kepala. dada aku berdebar dah ni.

“Ya Allah bang….” Aku menangis, kepala laki aku hampir putus, muka dia hancur, kepala dia terbuka memecahkan tempurung kepala paling luar, malah kesan tetakan habis di seluruh badan, semua badannya terbelah, malah darah tidak berhenti. Pergelangan tangan juga hampir putus dan seluruh tubuh berwarna merah. Dani tidak bernyawa. Aku menangis sepuasnya. Aku termuntah dan akhirnya aku tak sedar.

“Puan…. Rohani?.” Tanya Inspektor Shah di katil hospital. Aku masa ni duduk dah terkebil-kebil. Macam tak percaya apa berlaku. Pegawai polis itu duduk di tepi katil. Jiran aku datang bila dengar bunyi bising. mereka yang bawa aku pergi hospital.

“Puan tahu apa berlaku?.” Tanya Inspektor Shah.

Masa ni aku menangis semahunya… aku tahu suami aku dah tak ada. “Mana suami saya… mana suami saya….” Itu sahaja yang aku ucap. Sekejap-sekejap aku pengsan. Lepas sedar aku pengsan lagi. Sampailah aku dibawa ke bilik mayat untuk lihat jenazah suami aku.

Baru sahaja aku dan dia bergurau senda. Ujian apa ni tuhan… Aku tak boleh terima apa berlaku, aku sangat sedih. Baru sahaja kami berkahwin. Aku duduk di rumah keluarga. Anggota polis itu soal siasat dan menjalankan kerja masing-masing kerana mereka tidak mahu pembunvh itu terlepas, jadi soal siasat tetap dijalankan walaupun aku tak stabil sebabnya aku sendiri yang nak kes ini diselesaikan.

“Beri saya gambaran dan di mana suami puan kerja.” Shah mengambil maklumat. Sebaik aku beri sahaja apa yang aku nampak dan tahu, anggota polis itu pulang dan aku tak tahu lah apa yang berlaku selepas itu.

Selang beberapa minggu aku dapat tahu yang kedua lelaki itu ditangkap. Selepas pengecaman, baru lah aku dijemput ke pejabat agar Inspektor Shah boleh beritahu keseluruhan maklumat kenapa suami aku dibvnuh.

Sebulan sebelum pembvnuhan Dani…
Kelab malam sangat bingit. Dani cepat-cepat tukar baju. Malam ni macam biasa shift malam dia ambil alih. Dah dekat sebulan ni keje jaga dekat kelab malam. Walaupun biasa-biasa je banyak jugalah gaji. Asalkan dapat bayar hutang. Tak sampai satu jam sekali lagi Ah leng datang.

“Bila mahu bayar hutang?.”

“Sabarlah leng….”

“Manyak ooo lu punya hutang.”

“Aku tahulah Leng… sekarang ni pun aku kerja. Kau ingat aku suka-suka kerja pagi balik malam?.”

“Gua tak tahu tu… gua mau wa punya wang.”

Dani tetap menerangkan yang dia akan bayar sekiranya ada duit lebih. Lagipun Ah leng tahu di mana rumah dia dan Rohani. Tak nak menyusahkan isteri, Dani terpaksa kerja membanting tulang siang dan malam. Nasib baik badannya sado, bolehlah dapat kerja yang agak banyak juga gaji. Selepas habis kerja dia balik. Tapi selalunya pagi. Hanya kadang-kadang dia balik malam sebab ponteng, itupun selalu juga dia dimarah majikan

“Abang balik pagi macam ni pukul dua ke tiga pagi tak penat ke?.” Aku hairan dengan sikap laki aku. Tapi laki aku tak jawab, muka letih so aku biarkan jelah dia rehat, seperti biasa esok dia bangun muka sembap. Sejak berkahwin, hanya beberapa minggu sahaja yang kami bahagia.

“Sayang ada duit?.” Itu pertanyaan Dani pada suatu pagi. Aku hanya menggeleng. Aku tak kerja, mana aku nak dapat duit. Aku bukan tak nak kerja, tapinya aku dah cuba cari kerja, macam-macam borang aku isi tapi tak pernah dapat, aku ada kelulusan tapi itu tidak menjamin aku akan bekerja.

“Nanti sayang cari kerja dekat-dekat sini.” Yelah dah ikut laki aku pindah sini, terpaksa aku cari kerja di sini. “Abang nak pakai berapa?.”

“Dua ribu…”

Terbeliak mata aku. “Banyaknya…” Bagi aku banyak sebab aku tak kerja, dan bukan mudah untuk mendapatkan duit sebanyak tu.

“Tak boleh pinjam ayah dan mak dulu?.”

“Abang hutang siapa ni bang?.” Aku dah risau. Tapi Dani hanya senyum. Katanya tak payah risau, biasalah hutang kereta rosaklah apalah, dia cuma berdalih, jadi kami teruskan perbualan macam biasa.

Masuk seminggu ke dua minggu, suami aku masih sama, tanya pasal duit,. Aku bertengkar, aku tak tahu ke mana pergi duit dia setiap kali kerja. Mana tidaknya. Dani kerja sampai lewat malam. Itupun kadang balik pagi, namun masih tak cukup duit, setiap hari kami bertekak pasal ni, dan akhirnya pada satu masa tu Dani tidak lagi bercakap soal ni. Aku ingat dah settle.

Seminggu sebelum pembvnuhan Dani…
“Abang dah balik?.” Tanya aku bila tengok laki aku kelam kabut. Dani terus tutup pintu, tingkap dan segalanya. Aku pelik. Lepas tu Dani duduk sebelah aku. Aku pun pelik kenapa, tapi Dani kata dia tak sihat, badan dia panas, sebab tu dia balik awal. Jadi malam tu aku jaga Dani

“Sayang, ada orang cari abang tak?.” Pagi tu Dani turun dapur dan duduk dekat kerusi kayu sebelah aku.

“Tak ada…” Aku siapkan bubur di dapur, suami aku tak kerja hari ni. Tapi rasanya dia betul-betul tak sihat. Selalu juga dia tanya tentang orang yang datang cari dia.

“Sayang tak nak balik kampung ke?.”

“Ish abang ni… tak nak lah…” Aku siapkan bubur dan duduk depan suami aku. “Ok! Ni sayang nak tanya… abang kenapa sebenarnya? Apa berlaku?.” Tapi macam biasa Dani tak cakap. Aku tak rasa masalah ni pasal duit sebab dia tak pernah tanya lagi. Jadi hari ni aku bajet dia ada masalah kerja je.

“Sayang… kerja abang tak adalah gaji banyak, waktu malam, abang cari kerja lain.”

“Kerja apa?.” Aku pelik sebabnya kami hidup berdua, dan hutang kami cuma kereta sahaja, kenapa pula suami aku nak beriya kerja sampai lewat malam. Tapi suami aku tetap tak beritahu, dia cuma kata nak kumpul duit nak bawa aku berjalan ke luar negara. Aku tergelak masa ni, ada-ada je suami aku ni.

Dan hari ni, malam ni seperti biasa, suami aku pergi kerja semula. Dia tetap tak beritahu kerja apa. Bodohnya aku? Sebab aku tak pernah peduli. Aku percaya suami aku dan dalam usia perkahwinan kami yang masih tiga bulan, tidak mungkin Dani curang. Aku pun tak cuba selami masalah suami aku, aku biarkan dia sendiri, aku silap. Tapi bagi aku yang baru berumahtangga perkara begini masih dalam proses belajar.

Dani berjaga seperti biasa dan hari ni Ah leng masih datang. Dia minta wang kepada Dani. Macam biasa Dani tetap cakap tidak ada.

“Kau kawan aku Ah leng… tak akan tak boleh lebih kurang?.”

“Lu pinjam banyak maaa, lu ingat gua tak mahu guna?.”

“Aku janji aku bayar.” Dani merayu, sudah banyak kali juga Ah leng mengugut untuk mengapa-apakan keluarganya jika tidak membayar, namun Ah leng masih tidak melakukan apa-apa. Ah leng bukan Ah long. Hanya seorang peniaga biasa. Lahir dari keluarga kaya, perkenalan Dani dan Ah leng adalah dalam urusan judi. Pada enam bulan lepas, Dani kalah. Dani hutang dia untuk bayar pada orang lain. Ya!! Dari situ Dani berhutang dengan Ah leng, dan bagi Ah leng, duit itu perlu dilangsaikan.

“Kalau lu tak bayar, lu m4ti.” Ah leng terus berlalu.

Malam itu Dani pulang ke rumah dengan wajah muram mencuka, dia tahu dia tidak dapat langsaikan jumlah itu dalam masa terdekat. Entah pada siapa dia mahu meminjam. Dia kerja swasta yang tidak punya gaji banyak. Perlukah dia membuat pinjaman untuk membayar hutang sedangkan gajinya tidak memenuhi kreteria. Ah!! Pening kepala!!. (Apasal ayat aku skema sangat ni?.)

“Abang…. saya tak sihat pula.” Aku demam, dan hari ni aku minta sikit duit untuk pergi ke klinik. Suami aku beri, dalam dompet hanya ada sepuluh ringgit? Aku terkejut, aku bebel pada dia, mana pergi duit dia yang lain namun tetap juga Dani diam. Aku ambil duit tu dan pergi ke klinik. Sejak aku demam aku tidak keluar rumah, aku hanya duduk di rumah, dan macam biasa aku tak tahu bila suami aku pulang atau pergi kerja, sebabnya suami aku sentiasa bermasalah.

“Bang…. bangun kejap.” Aku kejut malam ni sebab aku rasa nak termuntah, tapi suami aku tidur, aku muntah dan demam serentak. Tengok laki aku tidur nyenyak, aku malas nak kacau. Nantilah aku buat ujian kehamilan, aku tak beli pun pregnant test tu. Dan hari-hari berikutnya Dani tetap berkelakuan sama, kadang-kadang pemarah, kadang-kadang baik.

Hari kematian Dani….
Dah masuk empat hari aku di rumah, hari ni aku kuatkan diri juga untuk bangun sebabnya dah lama aku abaikan Dani, tapi hari ni Dani nampak tersenyum bila tengok aku. Tapi kejap kemudian, dia lelap semula. Aku buka tingkap bilik, biarkan cahaya masuk, lega rasa, lama terkurung sebab tak sihat. Aku kejut suami aku yang masih berbaring. Baru berkahwin seawal lima bulan memang semuanya rasa manis dan romantis.

“Abang… dah siang…”

“Alaaa cepatnya masa berlalu….” Dani mengeliat. Dia menarik tangan aku duduk di tepi katil semula.

“Abang… Ani nak kene siap. Nak kena buat sarapan nanti abang nak pergi kerja, nak makan apa? Abang kata nak ke bandar hari ni? Kerja overtime lagi?.”

Dani hanya ketawa, dia bangun dan bersiap. Soalan aku tidak dilayan, dah selalu juga aku tanya apa dia buat di bandar sampai lewat malam baru balik. Yelah…. hati isteri mana tak risau, tapi tak juga suami aku beritahu. Kami bergurau menyiapkan sarapan dan gurauan dia hari ini merupakan gurauan terakhir yang aku dapat dengar…

Inspektor Shah menghela nafas. Dia menyerahkan beberpa dokumen dan juga barang kepunyaan Dani. Ada yang aku tak sempat ambil waktu kejadian, rumah kami pun aku tak masuk, sejak pembvnuhan tu, aku terus duduk dengan mak.

“Banyak ke hutangnya tuan?.” Aku tanya. Sekadar inginkan kepastian.

“Tinggal enam ribu… daripada dua puluh ribu.”

Terbeliak mata aku, enam ribu je? Sampai membvnuh? “Tuan diaorang tu nanti akan dihukum gantung ke?.” Tanya aku, walaupun tidak dapat mengubati hati, tapi aku tetap puas dengan hukuman yang dikenakan.

“Mesti!.” Inspektor Shah tersenyum mengangguk.

Kalau Dani kongsi cerita mungkin aku akan cuba bantu. Tapi mungkin juga Dani dah langsaikan yang selebihnya tinggal jumlah itu sahaja. Bagi aku Allah telah tetapkan ajal Dani…. dan bayi ni? Aku akan jaga sehinggalah kelahirannya.

Hajar menyedut air di hadapan, srott srottt sroooooot bunyinya, Nas cepuk kepala dia. “Kau dah sudah cerita ke tidak?!!.”

“Apa main kepala-kepala ni? Dah lah!! Tulah ceritanya…”

“Apa cerita Rohani tu? Penyangak tu macam mana pula? Kau cerita separuh-separuh nanti aku yang kene kecam, bukan kau!.”

“Kesimpulannya pembaca pun tahu, penyangak tu kene 302kk… Rohani? Tentulah dia sedih dan tinggal dengan mak dia buat sementara ni.” Hajar mencebik. Kemudian mereka habiskan minuman dan keluar dari situ pulang ke rumah masing-masing.

“Duit bukan segala-galanya…tapi segala-galanya memerlukan duit.” Assalamualaikum.

hantar kisah anda:fiksyenshasha.com/submit

22 thoughts on “#ceritaNasa 302kk – Tetak (Full story)”

  1. amboi, suka2 je nak kecam cucu nenek ye….korang ni suruh menulis tak reti..tahu menulis kecaman je..nenek sumpah tgn korang nak x?

    Reply
  2. apa yang seram ngan citer ni nyahhh?

    nak tunggu keputusan jantina Nur Sajat oleh JAKIM lagik seram taw dari citer nih…

    Love, Diva.

    Reply

Leave a Comment