#Seram #Real #CN
Cerita ni kawan aku yang ceritakan pada aku masa kitaorang tengah makan udang butter dekat sebuah restoran di Sabah. Aku balik sekejap tengok Yusuf. Korang.. kat sana makanan laut murah tau. Nak kirim pm tepi ok. Tujuan jumpa sebenarnya nak beramahh mesra je, tapi dia pula buka cerita. Terima kasih belanja aku makan ahaks!
***********************************
Sebuah kampung area felda Adila, Kota Tinggi. Rumah batu tapi tunggal terletak hujung kampung. Aku pindah sini sebab mak aku yang nak, katanya tanah mak dia. Kira tanah pusaka kot. Jadi disebabkan adik beradik lain tak nak duduk kampung, diaorang semua kerja bandar. Mak aku ambik keputusan untuk tinggal di rumah tu bersama aku. Bapak aku keje offshore, jarang lah ada dirumah.
Nama aku Sarah… adik beradik aku semua belajar dekat U. Aku? Kah! Bukan tak pandai ok. Aku malas je nak belajar. Aku duduk dengan adik aku yang kecil umur lima tahun. Entah macam mana boleh tersesat pula adik bongsu aku ni. Takdir…. nak dipendekkan cerita, tak banyak pun barang yang kami bawa bersama, setakat baju dan benda-benda yang aku nak pakailah. Untuk sementara ni mak aku akan jual kuih. Lagipun bukan dia tak kenal pun orang kampung sini. Cuma baru je kali ni mak aku nak duduk rumah tu selepas dua tahun atok aku meninggal. Jadi bulan 12 adalah pilihan untuk berpindah sebab masa tu kan cuti sekolah….
“Ok! Sekarang akak nak kemas jadi kau Zarif!! Jangan nak kacau!.” Aku marah budak kecik tu, ha! Sebab dia keciklah aku selalu buli. Kecik, pendek, halus, kurus, kalau aku jentik memang melayang jeee badan tu. Bila aku buli dia, orang pertama yang akan dia adu adalah pada mak aku. Dia mengadu bukan setakat biasa-biasa, siap drama air mata. Ko mampu?
“Esok mak nak buat kuih, dan mula jual. So nanti ko tinggal dengan Zarif dekat rumah sebab mak nak beli barang.”
“Dengan anak pungut mak ni?.” Kata aku sambil jeling budak tu, apa lagi… mengalir air mata syahdu dia. Ah!! Pedulik.
“Baik kau duduk rumah dan kemas barang dalam kotak yang tak siap daripada ko menyibuk tak tahu barang apa nak beli di kedai nanti.” Itulah pesan mak aku sebagai tugas pertama di rumah indah tersebut. Rumah ni agak besar tau. Rumah kampung je tapi dah renovate gitu… tapi korang bayangkanlahh rumah kampung pun, kalau dah laman luas, tak ke macam astana villa?. Sebagai anak yang bertanggung jawab, aku kemas sampai larut malam. Sedar tak sedar dah pukul 2 pagi. Aku tak nak menyusahkan mak aku. Barang-brang berat biarlah aku uruskan.
“Hik hik hik hik….” suara ketawa adik aku. Aku biarkan lah. Dah malam-malam pun tak tidur lagi. Desus hati aku. Aku sambung kemas. Ehhhhh!! Makin kuat pula bunyi dia gelak. “Hik hik hik hik…” Halusssss je suara dia, suara budak lelaki, memang suara Zarif. Tapi aku perasan ketawa dia tu macam dalam bilik aku kemas tu. Aku toleh belakang, tak ada orang, tapi aku dengar lagi suara tu. Aku masa ni tak fikir benda pelik pun sebab yelahhhh baru kot pindah, lagipun nampak bersih rumah tu dengan segala ayat alquran tergantung.
“Zarif!!! Tidurr…..” aku jerit lah sebabnya aku malas nak tengok dekat ruang tamu. Makin lama makin galak pula dia gelak, aku terus bangun pergi depan. Tv terpasang cuma tak ada orang. Aku pergi ke bilik mak aku, mak aku pilih bilik di tingkat bawah dapur. Jadi untuk ruang tamu ni, aku sorang jelah yang tidur situ. Ruang tamu pun luas. Bila aku selak pintu bilik tu, aku tengok mak aku tidur elok dengan Zarif ni. Aku memang hairan.
“Hehehehehe….” Sekali lagi aku dengar bunyi gelak tu, aku keluar dari bilik mak aku dan terus naik ke ruang tamu semula, masa ni aku tak takut sebab aku fikir aku yang silap dengar atau pun bunyi tv. Jadi aku biarkan jelah. Aku sambung kemas. Tengah aku punggah-punggah barang tu tiba-tiba.
“Akak….” Panggil Zarif. Aku toleh belakang, terus bangun dan keluar ke ruang tamu, aku tengok adik aku tak ada. Tapi memang aku dengar dia panggil aku tadi. Sekali lagi aku lari ke tingkat bawah tengok adik aku. Tidur!! Haaa masa ni lah aku jadi tak sedap hati. Aku terus batalkan niat nak kemas aku tidur dekat bilik mak aku sekali. Sampailah pagi subuh tu barulah aku bangun itupun lepas mak aku terpijak aku yang tidur bawah lantai. Nasib baik tak patah tulang, dah lah badan mak aku boleh tahan juga ‘kecik’.
Pagi tu lepas mak aku pergi kedai. Aku pun jumpa adik bongsu aku ni. “Zarif! Ko jangan nak main-mainkan akak eh! Aku tau ko takutkan aku semalam.” Tiba-tiba plak aku sergah wlaupun aku tahu dia tak buat. Ini semua sebab nak sedapkan hati aku je yang tengah takut ni. Adik aku pula m4ti-m4ti cakap bukan dia. Waktu siang aku tak adalah gerun sangat. Aku buka radio buka tv aku kemas. Si Zarif ni main-main sorang-sorang.
Banyak gambar-gambar lama atok aku yang aku jumpa, aish!! Lawa masa atok aku muda. Orang dulu punya lawa lain macam. Zarif lari dekat aku, manja-manja. Aku ajak dia tengok sekali gambar yang aku pegang tu. Aku tunjukkan lah ini atok mak, ini tok bah, ini pakcik. Yelah masa atok aku meninggal umur dia tiga tahun, manalahhh dia ingat semua tu. Dia senyum-senyum. Lepastu dia ambik gambar atok mak aku, lama dia tengok.
“Lawa tak tok mak? Ini tok mak Zarif laaaa…”
“Lawaaaa….” Adik aku ketawa. “Atok mak….. dia ada dekat belakang tadi.” Tiba-tiba adik aku cakap macam tu, masa ni menegak semua bulu roma aku.
“Atokkk!! Atok mak!!.” Zarif lari bawa gambar tu pergi belakang. Hokey! Pergi belakang, bawa gambar, dan ditunjukkan pada orang dah arwah. Ko rase? Kat mana jantung ko masa tu? Aku memang tak berganjak. Aku duduk kaku. Aku kemas semua barang tu lepas tu perlahan-lahan turun ke pintu belakang dapur, Aku biarkan pintu terbuka sebab tak nak si Zarif ni main bukan-bukan. Senang aku nak pantau.
“Zarif! Meh sini!.” Aku panggil bila dia duduk main tanah sambil pegang gambar tu, aku tengok tak ada sesiapa pun. “Dah! Zarif masuk!.” Marah aku. Padahal baru pukul 10pagi.
“Atok mak…” Zarif tunjuk belakang aku. Aku ni dah cuak, nak pandang belakang ke tidak. Aku tak pasti lah si Zarif ni sengaja ke apa nak takutkan aku. Tapi logiknya dia ni memang tak ingat pun atok aku dah meninggal, Dengan usia dia yang lima tahun tu, aku tak rasa lah dia ni ada naluri nak kenekan aku macam aku kenekan dia selalu. Aku tak pandang belakang, aku lari ke arah Zarif lintang pukang, dah sampai kat dia baru aku pandang dalam rumah. Tak ada sesiapa!! Nafas aku macam pelari olimpik dah.
DAN MALAM tu kitaroang buat kuih untuk dijual esok pagi. Sepanjang buat kuih tu lah aku tanya perihal atok aku siapa? Yelah kot-kot atok aku ada bela saka ke apa ke, maklumlahhhhh si Zarif ni dah nampak atok aku. Tapi aku tak ceritakan lagi dekat mak aku ni. Sebab aku tak nak lah mak aku takut. Aku kene pastikan dulu yang Zarif ni tak menipu! Kang sia-sia aku kena marah.
“Atok ko dulu pandai berubat! Semua orang berubat dengan dia kak. Dulu masa mak sakit, atok ko yang ubat, semua orang kampung sini kenal atok ko pandai berubat.”
“Yeke?.”
“Yeeeee…. pernah ada suatu masa tu, atuk ko ubat orang tapi atok ko yang pengsan. Kata orng, benda yang dihalau tu masuk dalam badan dia. Last-last dia pula pergi berubat.” Mak aku ketawa sambil lipat kuih karipap. Apa yang lawak? Aku pun tak paham.
“Owh tak lawak eh?.” Tanya mak aku. Aku cuma geleng. Mak aku tak jadi ketawa. Dia ingat aku nak ketawa sekali… yelah dari petang aku masam muka, mana tidaknya, kalau Zarif boleh nampak atok aku dalam rumah merewang-rewang. Kata mak aku,atok aku sejak tu dah tak berubat lagi. Menurut ornag yang mengubat atuk aku, benda tu memang dihantar untuk atuk aku, bila atok aku mengubat benda tu, lagi senang benda tu masuk dalam badan atok aku. Itulah kata diaorangggg…. aku pun tak paham benda-benda yang jenis makhluk halus ni punya perangai. Pelik-pelik je.
Sekali lagi malam tu aku masuk bilik. Tapi sebab aku dah tahu apa yang berlaku dekat rumah tu, aku tak boleh lelap mata. Lepas solat isyak tu aku terus baring. Mak aku kat dapur lagi ni. Berdentang dentum dia punya kuali dan loyang.
“Saraaaa….”
“Ye makkkk!!!.” Aku duduk. Malas betul kalau tengah sedap baring ni kena panggil buat kerja.
“Saraa…..”
“Yeee yeee kejap!!!.” Aku berlari turun ke dapur tengok mak aku tengah sibuk basuh pinggan, itu marah le tu sebab aku tidur awal. “Yeee mak kenapa???.”
Mak aku toleh belakang, muka dia hairan. “Kenapa???.”
“Mak panggil Sara kenapa?.”
“Bila aku panggil ko!.” Mak aku marah. “Tidurlah awal. Esok pagi ko kene bangun awal goreng kuih ni dulu, mak bangun lewat sikit tinggal bawa keluar je kuih.” Marah mak aku. Eh! Memang tadi dia yang panggil aku. Dan sekali lagi malam tu aku tidur bilik mak aku. Aku cakap dengan mak aku yang aku dengar dia panggil aku tapi mak aku tak caya. Mungkin dia memang tak layan benda macam ni kot. Lagipun dia kata itu perasaan aku je. Okay!!
4.30pagi- aku bangun awal nak goreng kuih, pagi pukul 7 dan kene ada dekat depan jalan sana, orang tengh sibuk nak pergi kerja tentu beli kuih untuk buat sarapan. Aku dengan mengatuk dengan penatnya bangun goreng kuih. Masa aku tengh goreng kuih, mak aku urut-urut belakang badan aku, maklumlah kali pertama bangun buat kuih. Nasib baik aku jenis rajin.
“Terima kasih…” Aku pandang belakang. Tak ada sesiapa!! Siapa yang pegang aku tadi! Aku berlari masuk bilik kejut mak aku. Punyalah aku takut nak m4ti. Memang aku penakut pun. Orang kata kalau kita takut benda tu lagi suka dekat. Aku gegar badan mak aku. Aku menangis cakap ada orang pegang aku. Masa ni mak aku pun palagi tercatuk duduk terperanjat. Tapi mak aku tenangkan dan bisnes kuih tetap berjalan. Aku tunggu di luar rumah je sebab takut punya pasal.
Lepas Zarif siap pakai baju, mandi tu, aku ajak dia sarap. Muka aku dah tak semenggah, malas dah aku nak dengki adik aku tu. Aku siapkan nasi lemak lepastu aku buat air milo sementara tunggu mak aku balik.
“Dah makan!.” Aku pun suap makanan, tapi adik aku tak makan. si Zarif ni asik laaa tengok sebelah aku, kerusi sebelah aku tu kosong, dia tenung je sebelah aku. Bila aku toleh kerusi tu, memang tak da sesiapa. Aku terus bangun dan duduk sebelah Zarif. Aku makan nasi tak pandang depan dah. Aku punya penakut ni aku terpaksa cover sebab ada adik aku tulah! Aku tak nak dia gelabah badak pulak!
“Makan Zarif!!.” Marah aku.
“Akak tak ajak acik ni makan?.” Tanya adik aku sambil tunjuk kerusi tadi. Acik abah ko! Aku ni dah lah penakut. Aku marah dia!! Terus Zarif terdiam makan nasi lemak tu. Tahu pun takut. Lepas tu tak adalah lagi si Zarif ni cakap pasal atok ke acik ke. Lega aku. Aku pesan pada dia jangan sebut lagi pasal atok atau acik sebab aku akan suruh mak aku hantar dia ke jabatan masyarakat. Pulangkan balik taraf anak angkat tu. Dia percaya!
DALAM seminggu ke macam tu, dah tak ada lah kekacauan lagi tau masa ni aku ingat memang aku je yang banyak berimaginasi, mak aku pun dah cakap eprkara yang sama. Yelahhh tempat baru kan, jadi mungkin saja aku banyak terbayang. Aku pun lega. Memang aku tak dengar lagi atau Zarif pun dah tak cakap apa-apa lagi. hidup aku aman bahagia. Bangun pagi buat kuih dan jual kuih macam biasa. Rumah siap kemas macam biasa juga. Dah tak adalah perkara hantu-hantu ni.
Masuk minggu kedua, waktu tu aku baru lepas sidai kain, layan si Zarif dan kemas rumah. Masa aku lepak kat laman rumah tunggu mak aku masak. “Zarif! Dah tak ada lagi atok mak kat rumah ni eh?.” Tanya aku. Yelahh sebab dah lama dah si Zarif ni tak pernah cakap kan.
“Adaa….” Jawb Zarif. Satu perangai adik aku ni, dia suka buat hal sendiri, mungkin dia tahu usia kami berbeza dan aku pun memang tak layan dia sangat, jadi dia dengan dunia dia.
“Mana dia?.”
“Tadi dia ada dekat sana,” Zarif tunjuk pintu dapur. “Lepastu tk ada dah.”
“Zarif tahu tak atok mak dah meninggal?.” Tanya aku. Dia angguk. “Tahu tak orang meninggal tak boleh hidup lagi?.” Zarif masih angguk. “Tahu tak kalau orang meninggal yang kita nampak tu, namanya syaitan?.” Zarif tetap angguk. Tapi dia tak takut! Aku tak faham! Apa yang dia nampak sebenarnya??? Kenapa dia tak takut, seolah-olah dia tak faham maksud kem4tian tu apa.
“Mak!! Zarif kata dia nampak arwah atok mak.” Aku terus lari dapatkan mak aku yang tercinta.
“Alaaa budak-budak….”
“Makk budak-budak tak pandai menipu tau.” Mak aku cakap dia malas nak fikir, lagipun si Zarif tak pernah cerita apa-apa pada dia, dah aku yang banyak tanya sebab tu Zarif tu cakap macam tu. Aku memang tak puas hati. Mak aku tak alami apa-apa pun beb. Itu yang aku pelik kenapa aku?
Malam tu mak aku pergi surau ada majlis tahlil. Jadi aku tinggal dengan Zarif dekat rumah. Zarif main warna warna buku. Mak aku belikan kat kedai dulu. Dia kaler dengan penuh semangat. Aku perhati jeeee adik aku ni. Lepas tu tiba-tiba dia berhenti mewarna dia mendongak pandang dapur. Aku pun pandang dapur. Dapur gelap, tak ada siapa. Sunyi… Aku jadi trauma. Lama si Zarif ni pandang dapur. Dia angguk senyum, dan lepastu dia pandang pintu depan.
“Tak naklah….” Zarif tiba-tiba menggeleng kepala dan cakap macam tu dekat pintu dapur tu. Pergh!!! Ko cakap je bulu apa ko nak? segala bulu kat badan aku dah menegak dah ni. Aku tengok kiri kanan, tak ada siapa. Dia bercakap dengan siapa??
“Tak nak….” Zarif sedikit mencebik. Dia macam marah.
“Zarif!!!.” Pekik aku. “Pandang apa!!.” Terperanjat budak tu tengok aku. Dia terus mewarna balik. “Zarif pandang apa?.”
“Acik tu….” jari dia tunjuk pintu masuk dapur.
“Acik tu nak apa!.”
“Dia kata atok mak dekat luar….” Beritahu Zarif. Aku tengok pintu luar, memang aku tak tutup pun, sebab tunggu mak aku balik kejap lagi je.
“Zarif tak pelik ke? Dalam rumah ni cuma ada mak, Zarif dan akak, mana datang acik tu!! Tu orang jahat tahu tak?!!.” Marah aku, hilang sabar. Untuk budak seusia dia, tak akan lah dia tak fikir takut? Ke macam mana? Dia tak fikir langsung ke itu hantu ke apa ke? Pelik betul aku kenapa adik aku tak takut. Disebabkan itu, aku bajet wajah ‘benda’ yang dia nampak ni tak hodoh. Yelah kalau hodoh dan buruk tentu sahaja adik aku nangis dan takut. Dia bukan tak tahu apa makna hantu. Jadi dia mesti melihat dua ‘benda’ ni sebagai ‘kawan’.
Tak lama lepas tu aku dengar mak aku balik, lega hati aku. “Dik! Pergi tidur dah malam, nanti mak marah… mak dah balik tu.”
“Tu bukan mak lah….” Zarif ketawa kecil. Aku tak jadi bangun. Aku dengar selipar mak aku dah menyeret jalan balik, makin lama makin dekat bunyi tu. Zarif bangun, dia pergi ke pintu depan yang terbuka luas. Dia ketawa pandang aku.
“Atok mak balik….”
“Allahuakbar….” Aku rasa macam nak tercabut lutut aku ni ha. Aku jerit panggil Zarif suruh datang dekat aku. Mestilah aku menangis.Macam-macam zikir keluar dari mulut aku masa ni. Tengok aku menangis, Zarif pun lari lah dekat aku, dia pelik kenapa aku takut. Aku dah berdebar ni. Kalau lah jantung aku ada kaki, rasanya dia dah terjun dan lari…. Bunyi tu makin dekat. Lepastu tak lama bunyi selipar menyeret tu berhenti dekat depan pintu rumah aku.
Aku pandang pintu depan. Bunyi selipar tu dah tak ada lagi. Berhenti macam tu je. Lama aku berdiri, Zarif tengok aku takut, dia pun jadi takut, siap nangis lagi. Aku rasa bersalah pulak sebab takutkan budak ni. Budak-budak ni emosi dia mudah calar. Tu yang aku malas tu.
“Zarif siapa tadi?.”
“Atokkk makk… acik kata atok mak balik….” Dia dongak pandang aku. Ini tak boleh jadi. Aku dengan dia duduk rapat kat ruang tamu berpelukan tunggu mak aku balik. Baru jelah tak sampai sebulan aku duduk kat rumah ni, dah jadi macam ni. Tak lama tu mak aku balik dengan dua tiga orang kawan dia, satu ustaz dan dua lagi perempuan. Ustaz tu senyum je nampak aku.
“Takut ke?.” Dia tanya. Aku berkerut wajah, tahu pula dia ni yang aku tengah takut? Rupanya dalam dua minggu yang kitaorang diam tu, mak aku dengar juga bunyi macam-macam, cuma tak cerita pada aku tak nak aku takut, memandangkan aku pun dah selalu ngigau macam-macam. Ustaz tu berbincang dengan mak aku beberapa hal yang aku tak dengar sebab hal orang tua tak akan nak campur. Hormat sikit weh! Sekadar diberi air yang mana mak aku sembur di setiap penjuru rumah.
“Sara….” dalam jam 3 pagi macam tu aku dengar orang panggil nama aku lagi. Aku terus buka mata dan kejut mak aku. Masa ni mak aku dan Zarif duduk cuba dengar apa yang aku dengar, ternyata nama tu hanya aku sorang je yang dengar. Masa ni pinggan dan kerusi dekat dapur dan berdentam dentum. Kitaorang biarkan je.
“Itu atok mak dengan acik tu ke?.” Aih!! Masa ni pula si Zarif ni mencucuk api ketakutan. Mak aku marah suruh diam. “Akak cakap tu orang jahat.” Tanya Zarif lagi.
“Siapa tu!!!.” Jerit mak aku dari dalam bilik, bilik mak aku sebelah dapur, jadi suara dia memang kuat lah. Masa tu serentak bunyi tu diam. Hahaa! Takut le tu mak aku bebel. Dan sehingga pagila kitaorang tak tidur. Benda tu berlaku sekejap je, dan benda tu berlaku bila kitaoran sama-sama takut. Mcm aku cakap, bila kita takut benda tu lagi suka dekat kot. Solat subuh pagi tu kita sama-sama. Hari ni mak aku suruh ustaz tu tengok rumah sementara kitaorang? Duduk rumah mak cik tempat biasa mak aku jual kuih.
“Tak apa… tak apa… duduk dulu, mak cik sediakan sarapan ye.” Sapa Mak Bedah tu. Aku dan mak aku pun iyekan je lah. Aku dengan mak aku tak tidur dari semalam memang mengantuklah. Aku perasan adik aku asik senyum je tengok Mak Bedah tu. Aih? Kecik-kecik ada hati nak test Mak janda tu.
“Jaga mata, jaga iman.” Pesan aku acah ustazah.
“Acik…” Adik aku tunjuk mak Bedah yang masa tu dah masuk dalam. “Tu acik tu….” Kata adik aku. Aku terus pandang mak Bedah. Aku ni salah rumah lagi ke. Tapi Zarif cakap itulah acik yang dia selalu nampak di rumah dengan atok mak aku. Sementelaah ustaz tu ‘pagarkan’ rumah aku. Aku memang tengok mak bedah ni semacam je. Kalau dah itulah yang adik aku kata ‘acik’. Apa kaitannya mak bedah dengan arwah atok aku?
“Panggil atok bukan acik…” Mak bedah belai rambut Zarif.
“Tapi acik kata suruh panggil acik…”
“Bila pula atok suruh panggil acik?.” Tanya Mak Bedah. Dia pun tka pernah jumpa adik aku tu. Zarif terangkan yang Mak Bedah selalu ada di rumah kami. Masa dia cerita ni aku, mak aku dan Mak Bedah sekali terlopong.
“Betul ke nampak acik?.” Kali ni Mak Bedah bahasakan diri dia acik. Bila Zarif angguk, Mak Bedah ni tak tentu arah. Sudah… kenapa? Mak Bedah ni cakap tak mungkin benda tu ada lagi sedangkan arwah atok aku dah buang dulu. Mak Bedah ni cerita dia ada pendamping dan atok aku lah yang tolong buangkan, namun masa tu atok aku yang kene rasuk, jadi atok aku dapatkan rawatan dan pergi berubat. Aku terkejut dengar.
“Dulu acik ada sakit hati dengan arwah, acik gunakan pendamping tu untuk sakitkan arwah, tapinya acik dah insaf, acik ingat dah tak ada lagi.” Mak Bedah menangis. Huihhhhh apakah? Mengapakah? Ceritanya bermula bila atok aku ni disukai orang ramai kerana pandai berubat sedangkan mak Bedah ni pun pandai berubat. Tapi berubat orang dulu ni kadang-kadang ada salahnya di mana-mana. Disebabkan tak puas hati, Mak Bedah buat-buat sakit dan suruh arwah atok buangkan pendamping, rupanya memang Mak Bedah nak hantar pada atok aku. Itu tujuannya. Dan sehingga akhir hayatnya atok aku sakit disebabkan perkara tu. Mak Bedah dah insaf cumanya dia tak tahu macam mana nak minta maaf pada arwah.
Aku, mak aku diam kejap. Nak marah pun benda dah berlalu, nak ketuk dia pun, dia dah insaf, tua pulak tu. Jadi dalam hal ni kami serahkan pada yang pakar iaitu ustaz.
Ustaz Halim duduk depan kami semua. “Macam ni, rumah tu kan dah lama tak duduk, cuma ada penunggunya. Penunggu ni bermaksud dia sudah betapak di rumah tu lama. Tapi bila tiba-tiba kamu nak duduk, dia rasa terganggu, lebih-lebih lagi korang ni solat. Benda tu tak suka. Tapi tidak memudaratkan kamu.”
“Maksudnya?.”
“Dia tidak lah mengacau sehingga menghalau kamu semua, cuma dia tidak suka dengan kehadiran kamu.”
“Habis Mak Bedah?.” Tanya aku, ustaz tu terperanjat. “Errr maksud saya acik yang adik saya nampak tu?.” Mak aku dah cubit peha aku. Aku terlepas cakap. Tapi ustaz tu macam dah tahu juga sebab Mak Bedah ni menangis tiba-tiba. Jadi esoknya ustaz tu suruh lah kami pergi rumah tu juga sekali ada masa proses pembersihan bermula, dia dan sorang lain kawan dia. Aku dan mak aku pun ikut termasuklah Zarif. Ustaz ni yang suruh bawa Zarif.
Selepas subuh tu ustaz tu datang. Dia lakukan bacaan ayat suci tu berulang-ulang. Lepastu zohor dia datang lagi. Asar pun datang. Aku pelik kenapa lama sangat. Rasanya dari pagi tak habis-habis. Tapi kata ustaz tu proses tu bukan mudah, bukan macam cerita filem-filem tu kejappp je semua settle. Sampai lah lepas isyak tu dia teruskan lagi bacaan. Dia cakap benda tu tak nak pergi. Ustaz ni bagus… cumanya dia bukanlah pakar sangat dalah hal nak halau-halau benda macam ni. Tapi dah dia je yang ada di kampung tu. Jadi dialah yang kami harapkan.
Ustaz Halim tu duduk depan adik aku Zarif. Dia bergurau dengan adik aku tu sebelum memulakan proses semula. “Zarif… mana acik dan atok mak?.”
“Tuuuu…” Tunjuk adik aku. Kitaorang semua pandang dalam rumah tu. Kitaorang duduk luar rumah masa ni, duduk dekat laman je. Kat situ pun lampu dah terang, dah dua hari tidur rumah Mak Bedah ni. Dan Mak Bedah ni memang dah insaf pun sebab dia selalu minta maaf, mak aku maafkanlah, lagipun dah berlalu kan.
“Dia orang buat apa?.”
“Berdiri, tengok pakcik.” Kata Zarif.
“Ok… mana dia?.”
Zarif berjalan dekat pintu sedikit, tak jauh pun, just nak tunjukkan dekat mana benda tu berada. Dia tak takut pun, dia senyum lagi kat ‘benda’ alah tu. Ustaz tu pun bangun dan berjalan ke arah yang sama. Masih mencangkung depan adik aku ni. “Macam mana rupa atok tu?.”
Kata adik aku acik tu rupa dia seperti Mak Bedah, dengar je macam tu, sebakul air mata Mak Bedah keluar. Yang atok mak aku tu adik aku pun cuba imaginasikan dari apa yang dia nampak.
“Dia dah tua… rambut dia panjang. Dia bongkok…. tapi dia tak marah adik. Dia suruh adik main jauh-jauh jangan kacau dia. Acik pun sama.” Lepastu adik aku pandang Mak Bedah, yang aku hairan… Zarif tak hairan ke kenapa ada dua Mak Bedah? Kadang-kadang aku terasa nak menyelami jiwa kanak-kanak, kenapa mereka ni aneh sangat.
Ustaz tu pun angguk beberapa kali dan dia suruh kitaorang balik. Katanya dia tak pakar dalam hal macam ni, dia akan suruh sorang lagi kawan dia dekat kampung seberang. Dan keesokannya barulah ustaz yang pakar tu datang, dia pagar keliling rumah, dia bacakan ayat suci, baling garam, lada hitam. Lepas tu dia bersila baca ayat suci semula. Aku ngan mak aku tengok jelah.
“Boleh kau pergi?.” Ustaz tu dongak, dia bercakap dengan benda tu. “Lagipun bukan tempat kau.” Kata ustaz tu lagi. Aku ngan mak aku tertoleh-toleh pandang benda yang ustaz nampak. Tapi aku tak nampak. Hanya Zarif je yang main bola dekat situ, macam tak takut. Tapi dia ada berpusing-pusing dekat ustaz tu dan tengok apa yang ustaz tu tengok. Kiranya mereka berdua lah yang nampak apa belaku.
Dekat tiga hari tau ustaz tu uruskan rumah aku. Setalah habis segala perkara. Barulah ustaz tu minta rehat. Dia kata penat sangat. Rumah tu dah boleh diduduki kata ustaz tu sebelum pergi. Dia suruh kitaorang duduk. Ko rase? Hanya malam tu lepas maghrib ustaz tu datang balik dan ternagkan apa yang berlaku. Masa ni kitaorang duduk rumah Mak Bedahlahh apa lagi.
“Acik yang dimaksudkan Zarif adalah pendamping yang tak pernah pergi dari arwah atok aku. Dia bersama dengan atok aku tanpa atok aku mengetahui kehadirannya. Bila atok aku meninggal, dia ada je dirumah tersebut tak ke mana-mana. Bila rumah tu ditinggalkan selama dua tahun, dia mula serasi bila tidak berpenghuni.”
Aku dengan mak aku angguk-angguk faham. Mak Bedah merupakan tuannya dulu, tapi dipindahkan ke atok aku. Dan mak Bedah pun ustaz tu tak salahkan, sebabnya semua manusia buat silap. Atok aku pula yang Zarif nampak tu katanya, tidak diketahui siapa. Tapi syaitan boleh menyerupai sesiapa pun. Kenyataannya Acik dan arwah ‘atok’ aku adalah dua ‘benda’ yang menumpang di rumah pusaka tu. Mereka tidak mengganggu dan memudaratkan apatah lagi merasuk. Keduanya sudah tua. Usia ‘benda’ yang menyerupai atok aku tu sudah beratus tahun. Malah dia membongkok hingga mencecah lutut. Dia menetap situ sebenarnya sejak atok aku wujud lagi.
“Dah bersih ke ustaz?.” Tanya mak aku.
“InsyaAllah… dah boleh duduk sini, tapi buatlah bacaan doa selamat ke apa ke, kamu berdua main duduk je. Terkejut kawan tu.” Kata ustaz tu seloroh
“Dia dah m4ti ke?.” Tanya aku
“Ish saya tidak membvnuhnya, cukup sekadar kita suruh dia pulang ke alamnya. Dia juga makhluk Allah, janganlah menyakiti dia sekiranya dia tidak membawa mudarat kepada kita. Dia cuma tinggal sini sahaja,”
“Dia pegi mana?.” Tanya aku lagi.
“Ke tempat asalnya.” Jawab ustaz tu pendek. Barulah kitaorang faham. Dan sejak tu kitaorang duduk bandar dulu, lepas beritahu keluarga lain, barulah bacaan doa selamat dibuat selama beberapa minggu. Selepas tiga bulan macam tu tak silap, barulah aku dan mak aku berani duduk rumah tu semula. Masa ni, aku dah tak takut dan kitaorang pun tak pernah kene kacau sehinggalah hari ni. Rumah pusaka tu tempat kitaorang duduk sampai sekarang.
********************************
Orite Tamat cerita dua penunggu! Masa kawan aku ni tengah cerita aku tolong habiskan udang kat pinggan dia. Kesian udang tu dibiarkan, sejuk dia nanti. Aku jenis cepat simpati, senang rasa tak sampai hati. jadi aku makan lah untuk kawan aku ni. Feveret gua wooo udang butter.
Sebenarnya aku tertanya-tanya lagi ni. Ada juga ye penunggu rumah? Habis rumah yang aku duduk sekarang ni pun ada juga ke? Penunggu pusaka? Tolong jaga harta kita ke? Yelah kot korang pernah alami benda yang sama. Yang aku pernah dengar, cite ‘biarkan aku jadi penunggu’. Tu jelah.
Eh! Dahlah aku nak basuh kain ni… sanggup aku berhenti sekejap nak menulis untuk korang baca. K bye-bye cuolls. Assalamualaikum
22.12.2017 > 15.58pm / jumaat
-tamat-
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Konfius btl dgn jantina dia ni…huhu😟
Siap tarikh noks..haha..best best..weh kirim udang galahhh weh..haha
Panjang sikit entry ni. Malas aku nk wat smbungan hahaa. Tarikh siap masa dan jam senang ko tau bila aku anta cite ni dh bilanya fs approve hehehe.
Delu. Awal ko bgun. Dah siap masak utk anak2 x hahahah
ttt
Nasa dan typo berpisah tiada..
9/10
Beramahh = Beramah
Mengatuk = Mengantuk
Tengh = Tengah
Eprkara = Perkara
Kitaoran = Kitaorang
Tka = Tak
Ternagkan = Terangkan
Walid!!!!!!! Owh dedi ingtkan dedi dah lupa kuarga papa kat KB sana hurmmm
Risau tu along… 😊😊😊😊😊
Bila nak muncul???? Sampai hti bapak tinggal tanpa khabar berita
**drama astro ria
papa bz umrah yg ke 22.. haha
Best. Good job 🙂
Aku pesan pada dia jangan sebut lagi pasal atok atau acik sebab aku akan suruh mak aku hantar dia ke jabatan masyarakat. Pulangkan balik taraf anak angkat tu. Dia percaya! (hahahahahahaha ini lawak ok baca sekali laluuuu) best cite ni ada jugak penunggu yg tak memudaratkan yelah cume dia tak berapa suka penghuni baru.
“Aku pesan pada dia jangan sebut lagi pasal atok atau acik sebab aku akan suruh mak aku hantar dia ke jabatan masyarakat. Pulangkan balik taraf anak angkat tu. Dia percaya!”
Omg hahaha i just cannot for this part. Tapi Lina terfocus, goosebumps juga la. I LOVE YOU CN!
Mmg rumah yg dah lama takde org duduk ada penunggu..tu sebab sebelum duduk kena baca surah2..org tua2 kata tabur garam dulu keliling rumah..renjis air yassin keliling umah..nak lagi hardcore tabur lada hitam dan cili kering..kepanasan la jin setan iblis dlm umah tu..dan paling afdal baca hari2 surah al Baqarah dan pasang rukyah siang mlm..saya penah alami tu seban tau..salah saya tak tanya kat org apa patut buat bila pindah umah baru..
Seram jugak bila baca cite ni. Meremang bulu roma aku baca cite ni…..
Hehehe
Best
Kelakar
Seram