#CeritaNasa – Psikik (Part 2/2 ) – end

#Thrillermistik #CN

ADAM duduk di sebuah taman rekreasi. Tapi kali ini Akirah menemani. Sejak mommynya meninggal dunia lima bulan lepas, Akirah lah yang paling banyak meneman. Adam mula selesa.

Kanak-kanak berlari bersama ibu bapa, sebuah tapak permainan yang tidak juga besar menjadi tarikan bagi mereka. Pokok-pokok meninggi dan di setiap sudut tepi ditanam dengan pohon renek sebagai perhiasan.

“Nah air.” Akirah duduk di sebelah. Dia tersenyum gembira.

“Terima kasih…” Air  dicapai dan Adam meneguk minuman tadi membasahi tekak. Gelas plastik berwarna putih itu terzahir lihat air sirap yang dibeli. Dan rasanya…

Tawar!

Sekali lagi kedengaran kanak-kanak berlari sambil ketawa riang bersama keluarga. Kanak-kanak kecil itu berambut pendek perang, ada reben yang diletak pada kedua rambut yang diikat. Terdapat beberapa anak kecil lain yang turut mengejar.

Tanpa sedar, Akirah dan Adam turut ketawa.

Adam menoleh gadis jelita di sebelahnya. Akirah! Ya gadis itulah yang ibunya cerita selama ini, berkali-kali Pn Jenny mahu Adam mengahwininya, tapi alasan dia? Belum besedia dan sebenarnya dia tidak mahu meninggalkan ibunya sendiri. Dia tidak mahu kasih itu terpaksa dibahagi.

“Tenung apa?.” Tanya Akirah. Dalam hati sebenarnya gembira. Dan sesungguhnya dia sangat menyintai Adam. Hubungan mereka tidak lagi susah seperti dahulu. Orang yang mengganggu sudah tiada, dan dia berasa puas di atas setiap tindakannya.

Soalan itu tidak dijawab, Adam hanya tersenyum dan menoleh ke arah kanak-kanak yang bermain itu kembali.

Buat masa sekarang, Akirah banyak memberinya semangat dan Adam senang dengan gadis itu. Bukan itu sahaja,  jika permintaan ibunya adalah mengahwini Akirah, Adam tidak akan menolak, lagipun Akirah sangat dikenali.

_________________________________________________

TIGER menarik kolar baju Rico sehingga terangkat tubuh lelaki itu.

“Janganlah Tiger… aku tak tahu di mana Adam… nanti kalau aku jumpa, aku beritahu.”

“Kau jangan nak tipu Rico, tak akan kau tak tahu di mana dia?.”

Sekali lagi Rico merayu, sebenarnya bukan dia tak tahu, tapi sengaja tidak memberitahu, biarlah rakannya itu berehat tidak berfikir masalah menimpa. Sejak Pn Jenny meninggal, Adam sangat jarang keluar rumah, masanya banyak di habiskan di kubur ataupun bersama Akirah.

Tiger mengangkat tangan kanannya berbentuk penumbuk. Jarinya nampak gemuk dengan cincin yang berbagai warna memenuhi jari.

“Ok!! Ok!!! dia ada je di taman Botani Al Zebra.” Ujar Rico cepat. Untuk seketika dia terpaksa mengorbankan erti persahabatan. Kedua matanya dipejam, rasa seperti mahu terkencing.

Tiger menurunkan Rico dari pegangan. Mudah sahaja dia memegang, hanya sebelah tangan. “Betul ni?.”

Rico mengangguk cepat, tidak ada masa untuk dia menipu. Matanya melirik ke arah belakang Tiger, kelihatan dua lagi pengikutnya, juga berbadan besar dan tegap.

“Kalau kau tipu, nahas!!.”

Rico mengangguk laju, tidak berani bersuara, dia menelan liur. Tiger dan rakan yang lain membetulkan kolar baju Rico seraya tersengih menampakkan giginya yang bertaring dua di hadapan. Kemudian barulah mereka keluar.

Rico mencebik, sebiji seperti harimau. Patutlah namanya Tiger.

Sebaik mereka pergi, Rico menepuk dahi, cepat-cepat dia menelefon rakannya.

__________________________________________

“Allah!!.” Adam mengutip telefonnya yang bersepai di atas jalan. Telefonnya tidak boleh dihidupkan.

“Awak nak telefon siapa?.” Akirah sudah bersandar di kereta jenama Hando concord berwarna putih metallick, menunggu lelaki itu bergerak. Dia masih lagi menyedut air yang belum dihabiskan.

“Rico…” Jawabnya pendek, masih lagi memegang telefon dan cuba membetulkan. Skrin nya retak yang lain semua ok, entah kenapa tidak berfungsi.

Mendengar nama lelaki itu Akirah mula membuat wajah. Selain Jenny, Rico merupakan orang lain yang sentiasa mengganggu hubungan antara dia dan Adam. Adam lebih sanggup utamakan Rico dari dirinya??? Bibir yang dikenakan dengan lipstik merah pekat itu mencebik

“Kenapa?.”

“Haaa???.” Akirah sedikit terkejut.

“Kenapa? Macam marah je…” Tanya Adam, masih lagi tidak menoleh, menunduk membetulkan telefon. Beberapa kali dia menepuk, namun tidak juga telefon jenama uphone itu berfungsi. Dia kemudian bersandar di sebelah.

“Tak marah… tapi awak selalu sahaja pentingkan dia.”

Adam tergelak, dia dapat mengagak yang Akirah cemburu. Uphone tadi dimasukkan ke dalam poket. Nanti sahaja dia akan menghantar di kedai. Adam berpeluk tubuh.

“Rico tu kawan saya… kenapa pula nak cemburu pada dia? Awak ingat saya geng kunyit ke?.”

“Tak lah, tapi saya tak suka dia mengganggu hidup awak.”

Adam menggeleng kemudian membuka kunci keretanya. Baru sahaja dia ingin masuk, sebuah kereta range rubber merah berhenti di hadapan.

Adam tidak jadi masuk, menutup kembali  pintu. Tidak lama itu, Tiger keluar dengan rakan-rakannya. Ketawa tak pasal-pasal. Berjalan mendekati, masing-masing memegang kayu.

“Mana duit?.”

Adam tidak bersuara, dia menjeling Akirah di sebelah, kalau boleh tidak mahu wanita itu tahu tentang masalah yang berlaku.

“Aku jumpa malam ni, di tempat biasa.” Itu sahaja isyarat Adam, agar mereka pergi.

Namun Tiger masih tidak bergerak, mereka mendekati Akirah, dan Adam tidak senang dengan keadaan itu.

“Malam ni, aku janji! Tempat biasa!.” Suaranya sedikit meninggi. Masih lagi menjeling Akirah dan Tiger bersilih ganti.

“Ok!.” Tiger membelai rambut Akirah lembut. Wanita itu sedikit beralih kerana geli dengan perbuatan lelaki itu, sudahlah badan penuh dengan tatu. Mereka berlalu dari situ berjalan ke arah kereta range rubber semula.

Akirah masuk, malas melayan. Rambutnya dikesat beberap kali – geli! Sebaik melihat Akirah sudah duduk di bahagian penumpang, dan Tiger bersama rakannya beredar, Adam menggerakkan tapak tagannnya ke arah kanan seperti menolak.  Pergerakannya sedikit sahaja, namun ketiga-tiga mereka tadi tiba-tiba tersungkur dan tersembam ke atas jalan.

Adam sedikit tergelak, Akirah pula segera keluar kereta – terperanjat! Tiger dan beberapa rakannya cuba mengcover macho!

Melihat Akirah memandang tajam, Adam mematikan senyuman, dia menyuruh Akirah masuk semula sebelum mereka beredar.

_______________________________________________

Rico membungkus semua barang yang telah diasingkan. Beberapa kotak tersedia di hadapan. Dalam kotak itu telah diletakkan baju Pn Jenny. Manakala pasu yang nampak cantik diasingkan di dalam bekas yang siap dengan kain alas agar tidak pecah.

Rico merungut sambil melipat kain. Lagak dan gayanya seperti perempuan. Adam pula hanya ketawa apabila setiap kali rungutan itu mengatakan yang dia lebih mementingkan Akirah berbanding Rico.

Lama-kelamaan ketawa itu semakin kuat. Memeranjatkan Rico.

“Kau kenapa!!?,” Dia tidak jadi melipat. “Adam!! Tiger cari kau!!.”

“Aku tahu, aku jumpa dia malam ni.”

“Beraninya kau Damm….” Marah Rico.

Dan sebeanrnya kalau ditanya, adam tidak takut pun dengan ugutan lelaki bernama Tiger itu. Bagi Adam, boleh sahaja kalau dia mahu sangkut ketiga mereka diatas menara klcc tanpa menyentuh, namun hutang itu wajib dibayar, nanti rohnya tergantung di alam kematian.

“Berapa bapak kau pinjam?.”

“Lima puluh ribu…” Balas Adam tersenyum.

“Habis tu sampai dua ratus ribu kene bayar?.” Rico tercengang. Dia hanya memakai seluar pendek sahaja bewarna biru. Tubuhnya berpeluh mengemas rumah, menampakkan tulang rangka yang berbaris. Rokok di bibir tidak lepas dari awal. Sekejap tergaru-garu.

Sejak Adam jarang balik kerana menetap di rumahnya, rumah tinggalan Pn Jenny sudah berhabuk dan sekarang barang-barang Pn Jenny akan didermakan ke rumah anak yatim atau tempat yang menerima.

“Mereka ceti tak berlesen biasalah…” Adam malas mengungkit, dia mahu habiskan cepat hutang ayahnya kemudian pergi dari sini.

“Akirah ikut tak?.” Tanya Rico teragak-agak.

Adam menepuk bahu lelaki itu. “Aku akan berkahwin dengannya, jadi kau perlu terima.” Dia mengenyit mata dan berdiri, mengambil barang-barang ibunya yang lain. Rico sudah mencebik wajah namun tidak dipedulikan.

Adam mengambil dan menyusun semua pasu yang siap terhias di atas para. Satu persatu dia belek. Entah kenapa ibunya amat gemar akan barang-barang tersebut. Sebagai lelaki, dia tidak faham betapa bernilainya barang itu.

Matanya tertancap pada pasu kaca berwarna hijau yang terletak betul-betul berhadapan dengan kedua mereka. pastu itu berkilat seperti cermin. Adam tergelak. Itulah pasu kegemaran ibunya Jenny. Dia mengambil dan membelek perlahan. Terdapat ukiran halus di sebalik pasu hijau itu. Dan di bawahnya pula terdapat lubang kecil.

Adam terbalikkan pasu tersebut terdapat kotak kecil berwarna hitam di dalam. Dia menyeluk tangan, lalu mencapai logam empat segi berwarna hitam, terdapat lensa kecil di hadapan.

“Apa ni?.” Adam menggumam. Dia membelek logam kecil itu. Terdapat memori kad di dalam. Dia tahu itu video rakaman, tetapi tidak tahu atas tujuan apa dan kenapa ia berada disitu. Adam mendongak memandang sekeliling kemudian dia tersenyum. Tentu sahaja ibunya telah merakam banyak kenangan ketika mereka di rumah, tanpa diketahui.

“Kau nak berdiri tercegat di situ atau tolong aku kemas?.” Rico melempar beberapa kertas yang sudah tidak dipakai.

“Yeee aku kemas…”

___________________________________________

Akirah, berjalan dengan baju jaket labuhnya berwarna biru cair. Laju! Kasut hitam bertali putih itu kelihatan menyerlah disimbahi cahaya. Satu tindakan yang tidak waras bagi mereka yang ingin menyembunyikan penampilan. Dia tidak takut dilihat, malah pakaiannya juga berwarna terang, tidak seperti siaran di wayang yang mana kebanyakan watak villain akan mengenakan pakaian yang gelap atau berwarna hitam

Di kedua tangan, dia memegang pisau panjang siap bersedia untuk menyerang. Wajahnya tidak ditutup, malah tidak kisah jika terserlah. Ini adalah kerana mangsanya semua m**i!

Tiger! Lelaki itu duduk bersama denga dua lagi kuncunya. Menunggu Adam seperti mana dia memberitahu di tempat biasa. Kedua pisau itu disorokkan di belakang. Berdiri menjauh apabila sudah terlihat kumpulan sasarannya.

Tiger dan kedua lagi rakannya menoleh ke arah Akirah. Jelas! Dia adalah perempuan yang sama dijumpai pada waktu siang.

“Hello baby…” Ucap Tiger tersengih. “Come to me…”

Akirah hanya tersenyum sikit, melangkah gagah ke arah mereka, kedua tangan masih di belakang, pisau itu dipegang kejap. Matanya tidak lepas memerhati pergerakan lelaki di depan, mencari kelemahan.

Suasana malam agak dingin, langkahnya sekata, sesekali baju jaket labuhnya terbang dan melambai ditiup angin, rambutnya ditocang cantik, bibirnya tetap dicalit lipstik merah menyala, warna kesukaannya.

Akira melontar pedang, langsung tercacak di dada lelaki sebelah Tiger, tidak sempat berbuat apa-apa. kemudian Akirah berlari, melompat, berpusing badan lalu menendang dada Tiger sehingga tercampak kebelakang.

Akirah menarik pisau panjang yang tercacak di dada lelaki tadi lantas dia melibas ke arah lelaki satu lagi, terkejut lelaki itu tanpa sempat bersuara. Pisau itu sudah m******r leherya. D***h membuak keluar.

Akirah menapak dengan kedua kakinya, sedikit membongkok mengimbangi tubuh dan berdiri tegak. Pisau tadi ditarik. Dikesat pada baju labuhnya. Tidak kisah tentang bau dan warna yang mengotori. Dia berjalan perlahan ke arah Tiger. Kali ini kedua pisau dipegang di kanan dan kiri tangan. Langkahnya masih tegak. Jaketnya berkibar setiap kali ditiup angin yang melambai.

Tiger bangun, menunjukkan dirinya yang gagah. “Kau siapa?.”

“Akirah…”

“Apa kau mahu??.”

“B***h.”

“Kenapa?!!!.” Pekik Tiger.

“Sebab aku akan menyakiti mereka yang menyakiti Adam.” Balas Akirah lantas berlari  ke arah Tiger. Kali ini kedua pisau itu diangkat tinggi. Dia melompat dengan membongkok sedikit badan. Suaranya menjerit begema.

Anak mata Tiger terbuntang, dari mata hitamnya, terlihat bayang-bayang Akirah semakin hampir dengan kedua pisau panjang ditangan.

____________________________________________________

“BIARLAH aku teman kau…” Pujuk Rico. Kereta yang dibawa berhenti di tempat seperti yang dijanjikan.

“Tak payah, aku bayar aku terus pulang.” Adam tidak mahu melibatkan rakannya walau apa pun keadaan.

“Kau tak risau ke? Dah tiga bulan kau hilang lepastu kau nak jumpa Tiger sorang-sorang? Buat-buatnya nanti dia…”

“Jangan meminta, itu satu doa.” Adam melepaskan tali pinggang keledarnya. “Cakap baik-baik, minta baik-baik, dapat pun yang baik-baik.”

Rico menghela nafas, apapun, bersarang juga kerisauan dalam hatinya. Dia tahu Adam boleh menjaga diri, tapi Rico… tetap juga memikirkan yang negatif.

Sebaik keluar dari kereta, Adam melambai tangan memberi isyarat agar rakannya tidak risau. Dia berjalan ke arah di mana dia sepatutnya berjumpa.

Dari jauh kelihatan seseorang berdiri tegak, berpakain jaket labuh biru cair  dengan pisau yang terccak di badan Tiger. Seseorang itu kemudian menarik pisau kasar, dan Tiger terlentang kebelakang.

Adam tergamam. Melihat dua lagi mayat yang sudah bergelimpangan, Adam tidak tahu apa yang perlu dibuat. Dia hanya mampu berdiri kaku. Sungguh! ini kali pertama dia melihat pembunuhan berlaku depan mata.

Mendengar seseorang di belakang, tanpa menoleh, Akirah membaling pisau itu ke arahnya. Hanya kepalanya menoleh ke kanan sedikit.

Adam mengangkat tangan separas bahu. membuka tapak tangan, pisau itu terhenti dan terapung. Dia tetap berjalan perlahan menghampiri. sebaik tiba di bawah kawasan terang, terserlah wajah Adam pada pandangan mata wanita itu.

Baru kali ini Akirah terkedu, dia terperanjat. Tidak menyangka yang hadir itu adalah Adam. namun dari bawah sinaran lampu jalan yang samar, Adam tidak dapat melihat dia jelas. Lagipun hood yang dipakai Akirah, menutupi wajah.

Pisau itu jelas terapung dan Akirah tercengang. Dia melihat segalanya.

Adam menolak tangannya tadi ke hadapan, terpelanting pisau seakan pedang tadi, sekaligus Akirah juga turut tercampak jauh. Kemudian Adam berlari mendapatkan seseorang tadi, namun baru sahaja dia melangkah melepasi Tiger, kakinya ditarik.

Adam terperanjat.

“Tooo…long…” Ucap Tiger tersekat-sekat.

Tidak banyak pilihan, Adam membongkok untuk membantu, dia tahu Tiger kehilangan banyak d***h. Sebaik dia mendongak, seseorang tadi sudah hilang. Hanya jalan kosong didepan. Adam tidak berniat untuk mengejar apabila Tiger nampak lebih memerlukan.

_______________________________________________

“BODOH!!!!.” Akirah membuka bajunya di bilik air. Meninggalkan dia dengan pakaian dalam sahaja. Luka torehan di tepi pinggangnya nampak dalam. Dia mengambil kain lalu menampal. Memejam mata dan mengeluh. Wajahnya direnung di dalam cermin dihadapan. Ikatan tocang dilepaskan. Getah pengikat itu dibuang ke lantai.

Kedua tangannya menampung sinki bilik air, menunduk.

“Siapa Adam?.” Akirah mendongak kembali. Terlintas perasaan hairan dengan apa yang baru dilihat.

“Makhluk asing???.” Tekanya, namun lepas itu menggeleng. Hanya sekadar idea yang keluar secara tidak bernas akibat tekanan kesakitan.

Malas berfikir lagi, dia menyarungkan baju lain sebagai ganti. Ada perkara yang perlu diselesaikan lagi

__________________________________________

“SAYA PERLU keterangan dari kamu…” Inspektor Yusuf mendongak memandang kedua lelaki dihadapannya.

Adam mengangguk. Rico turut sama.

“Dia tenat… tapi kita akan ambil keterangan dari dia nanti. Kamu nampak apa berlaku?.” Tanya Yusuf bersandar.

Adam menoleh ke belakang, begitu juga Rico, menurut tanpa tahu tujuan.

“Ya.. kamu Adam, saya bercakap dengan kamu. Dekat sini hanya ada antara kita.” Tegur Yusuf, mereka hanya duduk di tingkat bawah hospital. Sebaik Adam sendiri datang dan memberi penjelasan apa berlaku, mereka tidak bergerak. Lagipun Yusuf perlu berada di situ atas beberapa urusan lain.

“Saya… errr…”

Yusuf menunggu, bersilang tangan. Sebenarnya dia sudah penat. Dari pagi tadi menguruskan kes,baru sahaja dia mahu pulang… kes lain pula datang. Bininya sudah membebel di rumah.

“Saya….”

“Kamu nak cakap atau tidak?.” Tanya Yusuf mencuka.

“Masa saya datang….”

Kata-kata itu terhenti apabila terdengar suara jeritan dari jururawat. Adam dan Yusuf terus belari ke arah tingkat atas. Beberapa jururawat belari lintang pukang.

Yusuf mengeluarkan senjata, menghalakan laras ke arah bawah, berlari menaiki tangga, menahan Adam dan Rico agar kekal bediri di belakang. Dia bersembunyi di sebalik dinding. Perlahan-lahan membuka pintu menuju ke arah mana suara tadi menjerit.

Tingkat tiga kosong. Tidak ada orang.

“Bukan ke Tiger…”

“Shuuuuhhhh…” Yusuf meletakkan jari di tengah bibir. Melarang Adam bersuara. Dia tahu di tingkat itu Tiger ditempatkan. Adam kemudian mengangguk dan terus diam.

Perlahan-lahan Yusuf keluar dari situ, berjalan di tengah aras, hanya dia seorang sahaja. Laras senjata diacu arah hadapan. Berjalan senyap, menapak perlahan dan berhati-hati.

“Nak ikut ke?.” Tanya Adam menoleh ke arah Rico di sebelah.

“Kan polis tu suruh tunggu…”

YUSUF berjalan ke arah bilik di mana Tiger berada. Tidak ada sesiapa. Tiger terbaring berlumuran d***h. Habis katil itu merah. Senjatanya diturunkan, dia melihat sekeliling. Bekas luka di dada sangat besar. D***h memancut membasahi dinding.

Bunyi barang jatuh mengejutkan kesemua mereka. Yusuf berpaling mengangkat senjata semula. Matanya awas melihat luar. Anak matanya bergerak-gerak.

Akirah berlari meninggalkan kawasan aras tiga, melintasi pintu di mana Adam dan Rico bersembunyi.

“Ko tunggu sini!!.” Adam membuka pintu namun tangannya ditarik.

“Adammm tunggu lahhh…” Marah Rico. Dia rasa mahu terkencing, memang penakut!.

“Ko tunggu sini Rico!.” Adam menolak rakannya dan dia keluar dari situ mengejar seseorang yang dilihat berlari melintasi tadi. Lariannya pantas. Tangan kanannya diangkat dan digerakkan ke kiri menyebabkan orang yang dikejar tadi terbang menghantak dinding.

Sebaik terhentak, Akirah cuba bangun namun sekali lagi badannya melayang ke hadpaan apabila Adam menggunakan kelebihannya sekali lagi.

“Kau siapa ha???!.” Marah Adam lantas menarik baju hitam yang dipakai seseorang yang tidak diketahui pun siapa. Hoodie yang diselubung ditarik kasar menyerlahkan wajah wanita itu yang sangat dikenali!.

Adam tergamam. Mata mereka bertentang.

“Adam!!!!.” Suara Yusuf menjerit memecah suasana. Sebaik Adam menoleh belakang, Akirah menendang dada lelaki itu sehingga terpelanting kemudian dia lari.

“Adam…” Yusuf menyimpan senjatanya lantas membantu lelaki itu bangun. Adam menoleh ke arah di mana dia lihat Akirah tapi wanita itu telah tiada.

“Kau ok?.” Tanya Yusuf turut memandang ke arah yang sama. Tidak ada sesiapa! Adam ternganga. Rasa seperti mimpi.

“Kau ok!.” Sekali lagi Yusuf bertanya, kali ini lebih tinggi intonasinya.

Adam bingkas bangun. Dia memang tidak ada apa-apa. tapi Akirah… kepalanya menoleh ke arah di mana wanita itu menghilangkan diri.

“Lain kali jangan memandai nak bertindak sendiri.” Marah Yusuf.

Tidak mempedulikan arahan polis itu, Adam segera berlalu.

____________________________________________

PINTU HADAPAN rumah diketuk kuat. Beberapa kali namun tidak ada jawapan! Adam jadi bengang! Dia melangkah beberapa tapak kebelakang. Kemudian menolak ke dua tapak tangannya ke arah hadapan. Pintu itu bersepai pecah!

Sebaik itu, dia melangkah masuk. Hilang sudah waras fikirannya.

“Akirah!!!!.” Dia berjalan masuk ke dalam, setiap tempat setiap bilik di cari.

“Akirah!!!!.”

Rico berlari anak ke arah rumah tersebut. “Weh Adam… kenapa ko… wooooooo….” Terbeliak matanya melihat pintu itu yang sudah pecah seribu.

“Kenapa pintu ni?.”

“Angin…” Jawab Adam ringkas. Rico tertoleh-toleh melihat sekeliling.

Adam berhenti di pintu menghala ke bawah tanah. Dia cuba buka, tapi terkunci dari dalam. Dia melangkah kebelakang sedikit, mengangkat tangannya separas tombol pintu itu, perlahan-lahan dia menggerakkan tapak tangan dalam keadaan memusing ke kanan dan pintu itu terbuka.

Terus dia berlari turun. “Akirah!!!!.”

Jelas wanita itu tiada, hilang!

“Dam.. apa ni… semua tempat ko main masuk jee….” Marha Rico. Tapi jelas Adam tidak ambil endah. Dia terus menaiki anak tangga semula dan memanggil nama Akirah. Rakannya tidak dipeduli. Terpinga-pinga Rico dilayan begitu. Dia tidak tahu apa masalahnya.

“Rico, kau tunggu aku di rumah, aku ada hal.” Setelah habis bercakap, Adam terus pergi. Tidak sempat Rico bertanya apa masalahnya. Tercengang sekali lagi lelaki itu dibuatnya.

_________________________________________________

“DIA KITA tak kenal…” Sekeping gambar diletak di atas projektor. Memantul ke arah dinding putih. Hanya gambar wanita itu dari tepi sahaja. Itupun dapat dari CCTV. Inspektor Yusuf mengetuai pasukan itu.

“Tiger?.”

“M**i.” Jawab Yusuf ringkas membalas pertanyaan anggotanya. Sekeping gambar mayat Pn Jenny diletak di atas perojektor yang sama. Berdasarkan ujian forensik, bentuk luka dan kesan kecederaan adalah dari senjata yang sama.

“Jadi nya tuan?.”

“Jadi apa?.”

“Pembunuhnya orang yang samalah?.” Tanya anggotanya tadi. Yusuf hanya mengangguk.

“Siapa suspeknya tuan?.”

Pintu depan diketuk. Seorang lelaki berpakaian uniform berpangkat koperal sudah tercegat. “Tuan! Adam nak jumpa.”

Mereka yang di dalam masing-masing berpandangan.

_________________________________________________________

RICO MEMBELEK kamera yang ditinggalkan di dalam pasu hijau kepunyaan arwah ibu angkatnya Jenny.

“Boleh berfungsi lagi ke?.” Kamera itu dibelek lagi. Kemudian Rico bangun dan mengambil laptop. Letak berhadapan dan dia memasukkan kad pintar bersaiz empat segi kecil itu ke dalam lubang kecil sebelah kiri komputer riba. Jam di tangan berbunyi.

“Mana Adam ni…. sepatutnya dah sampai.” Hanya beberapa saat kemudian gambar video terlihat, namun tidak jelas. Kelihatan Puan Jenny sedang menyelak rambut.  membetulkan pasu bunga berkaca hijau di atas para dinding. Dia memastikan pasu itu betul-betul menghadap ke arah meja makan di mana dia dan seseorang berbual. Bukan apa, dia sengaja mahu buat suprise! Dia kemudian berdiri di depan pasu kaca hijau itu membetulkan diri dan rambut seperti dia berdiri depan cermin pula.

Rico tidak dapat melihat jelas wanita yang ada besama Puan Jenny sebab kedudukannya membelakangi.

“Hye Rico…” Tiba-tiba Akirah sudah ada di depan pintu.

“Akirah?.” Tercengang juga Rico. “Errr Adam tak ada…”

Bunyi suara dari dalam video yang tidak jelas itu kedengaran. menarik perhatian Akirah. Rico mengamati betul-betul tapi tidak terlihat siapa pun di dalam itu. Dia mengetuk-ngetuk laptopnya.

“Tengok apa?.”

“Ni ha… video ni…” Sekali lagi dia mengetuk laptopnya. Akirah berdiri tegak di sebelah. Kesan lukanya berdarah kembali. Melihat keadaan itu Rico jadi hairan. Risau juga hatinya.

“Awak ok Akirah?.”

Akirah tidak menjawab, di tangannya ada sebilah pisau panjang seakan pedang, cuma agak pendek sedikit. Berkilat tajam.

“Kau nak buat apa dengan senjata tu?.” Rico menelan liur.

_________________________________________________

“ARGHHHH!!!.” Tiba-tiba Adam menjerit kasar. Dia menutup kepalanya dengan kedua tangan. Hampir sahaja kereta yang dibawa Yusuf terbabas.

“Apasal ni? Sakit ke?.”

“Tak… tak… arghh..!!!..”

“Ok… kalau tak sakit kenapa menjerit?.” Yusuf mengunyah gula-gula getah yang dia baru beli tadi. Tidak pula dia membantu. Selamba sahaja dia menoleh. Penjelasan Adam tentang Akirah tadi masih lagi difikir-fikir. Tidak ada motif langsung!

“Ada benda yang tak kena tuan…” Jawab Adam perlahan. Berdenyut rasa kepalanya

“Yaa kalau kau dah macam tu… memang ada yang tak kena… ”

“Bukan, maksud saya kita kena balik…”

“Ko fikir aku nak bawa ko ke mana? ronda satu Kuala Lumpur? kita nak ke rumah kau lah ni!.” Tegur Yusuf.

Adam mengangguk, malas bercakap lagi.

KERETA MEREKA berhenti di bawah kondominium tempat dimana Adam tinggal. Sebaik keluar Yusuf melihat sekeliling. Kemudian menoleh kebelakang.

“Kau nak ikut ke tak?.”

“Nak lah… dah tentu rumah saya…” Adam terbongkok-bongkok menahan sakit kepalanya. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia menurut.

Sebaik pintu rumahnya ditolak, Adam terkejut apabila melihat d***h bersimbah di merata tempat. Rumah terabur dan laptop bersepah pecah. Manakala tidak ada sesiapa di rumah. Yusuf mengeluarkan senjatanya. Mengacukan laras kehadapan.

“Akirah tentu cari saya.”

“Kau cakap nak bawa aku tengok video… video apa?.” Marah Yusuf.

“Tulahh ko tak nampak ke laptop tu dah pecah!.” Tidak ada lagi hormat pada panggilannya. Mereka berdua mencari di setiap sudut rumah. Adam berdiri, bernafas semahunya. Dia juga hairan apa berlaku. Tidak boleh berfikir apa yang terjadi. Akhirnya mereka berdua hanya tercegat di situ.

______________________________________________________

“TOLONG!!!!! TOLONG!!!.” Rico mengetuk kotak yang ditutup di atas nya. Dia dimasukkan ke dalam kotak berbentuk keranda dan di tanam di dalam tanah. Manakala lokasinya tidak diketahui. Jeritannya kedengaran sayu. Dia terbatuk-batuk.

Di sebuah kawasan yang jauh dari orang ramai. Rico bersendiri….

________________________________________________

Akirah berlari laju, tidak tahu ke arah mana. keretanya ditinggalkan di tepi jalan, kemudian dia menuju ke arah suatu kawasan lapang. Sebenarnya dia tidak tahu mahu ke mana. Semua polis mencarinya. Untuk masa sekarang dia akan menyendiri, biarlah keadaan reda, barulah dia akan fikir apa yang perlu dilakukan.

Dan kakinya melangkah meninggalakan tempat dan negeri dia mana tinggalnya orang yang dicintai. Segalanya akan dimulakan semula. Tapi dia akan kembali lagi… ya… suatu masa nanti…

________________________________________________

“RICO!!!!.”

Sudah habis usaha Adam mencari, namun temannya tidak juga dijumpai. Adam terduduk di ruang tamu rumah rakannya. Sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi.  Dia kemudian bersandar dan mendongak perlahan….

Suasana sunyi.

Sepi.

Adam bersendirian di tengah ruang tamu yang suram itu, dia janji! Janji tidak akan berputus asa dalam mencari semua jawapan yang tersembunyi. Dan Rico…. pasti akan dijumpai.

#fiksyen

Tamat untuk siri pertama.

terima kasih sudi membaca.

aku akan datang nanti. semoga jumpa lagi.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

21 comments

    1. Aishh siri pertama tu ada siri kedua hehehe. Senang2 pg kat pages akk “ceritanasa”

      Haaaa situ boleh beramas mesra

  1. cerita dari Nasa la yang saya duk tunggu hari2..datang kerja bukak pc search fiksyenshasha,klau saya kena marah ngn bos cik Nasa sila jawab..hahahah.BTW nice story

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.