Assalamualaikum semua.
Namaku Ayu. Kisahku ini berlaku di satu jalan yang di panggil jalan sibuga atau jalan cecily
atau lebih di kenali sebagai jalan “SS” oleh para pengguna jalan ini. Jalan SS adalah satu jalan shortcut yang sering di gunakan sekiranya ingin sampai ke destinasi dengan lebih cepat. Tergantung juga dengan tempat tinggal dan tempat yg ingin di tuju. Pada aku, jalan SS adalah yang terbaik.
Sebelum ini aku sering mendengar cerita2 seram tentang jalan SS dari teman2 dan keluarga.
Seringkali pengguna “baru” jalan SS akan berjumpa dengan Laila. Dia adalah sosok seorang wanita yang ada di sana sekiranya anda di “pilih” untuk melihat dia.
Aku masih ingat, pada tahun 2015 ketika kami bergerak pulang dari rumah terbuka di rumah macik. Bapa dan abang ipar ku memilih untuk menggunakan jalan SS. Kerana abang ipar belum pernah melalui jalan SS bapa ku mendahului rombongan. Di pendekkan cerita, ketika dalam perjalanan itu. Tiba2 abang ipar bertanya
“Yang, Ayu bukan ikut kereta bapa ka?” kakak pun jawab iya dan bertanya kenapa.
Tapi abang ipar cuma geleng2 kepala. Setelah sampai di rumah, abng ipar pun menceritakan yang dia ternampak aku duduk di bahagian tengah di antara dua orang adik ku.
Seterusnya, masih lagi di jalan yang sama. tetapi kali ini kejadian berlaku kepada ku. Aku dan sepupuku baru pulang dari jogging. Aku menghantar dia pulang ke rumahnya. Memandangkan hari sudah semakin gelap. Aku pun berangkat pergi. Memandangkan aku memandu sendirian petang itu
macik dan pacik ku sempat berpesan agar aku tidak melalui jalan SS. Jam baru pukul 6.20 petang (Di sandakan jam 6 langit sudah mula gelap). Aku dengan selamba menjawab “Alah.. kan masih awal lagi, bukan ada hantu pun”.
Kereta menyusur jalan SS yang mulai sunyi. Tiada apa yang berlaku pada mulanya. Sampailah di satu selekoh “Popular”. Tiba2 kereta yang aku pandu bergerak perlahan. Minyak sudah aku tekan tapi kelajuannya tidak bertambah, Malah terasa semakin perlahan. Nasib baik tiada kenderaan lain di belakang ku. Nasib baik? hehehe Nasib tak baik tu. Sedang aku tengah pelik tu, tak tau kenapa
otak aku ter’flashback semua cerita seram yang pernah aku dengar tentang Jalan SS ni, yang tambah tak best tu bulu roma aku terpacak cantik.
Dalam kereta ada surah2 yang sering aku pasang sebenarnya tiap kali memandu, tapi tak tau kenapa aku tak terpikir langsung untuk mainkan petang tu. Tengah2 bengang pasal kereta yang terasa berat tu. Tiba2 belakang tengkuk terasa panas sejuk. Aku mula terpikir benda yang bukan2. Bulu roma tambah setia berdiri tanpa penat. Mata tiba2 terasa ringan untuk pandang cermin belakang.
ZUP!!! Darah, jantung dan semua organ macam berenti buat seketika bila aku terpandang Cik Laila yang duduk betul2 di seat belakang driver. Aku dah duduk tegak. Dalam hati tak henti2 baca surah2 yang aku ingat masa tu dan berzikir. Cik Laila tengah duduk malas kat belakang sambil pandang kat luar tingkap.
Aku bernasib baik sebab dia cuma duduk diam dan tak buat apa2. Selepas lebih kurang 5 minit kejadian berlaku. Aku berselisih dengan bas awam. Mungkin pemandunya juga terlihat akan kelibat Cik Laila kat belakang dan Hon panjang di bunyikan. Kerana terperanjat dengan bunyi hon. Aku mengucap panjang dan otak tiba2 sahaja kembali berfungsi lagi dengan normal. CD bacaan ayat suci aku mainkan dengan kuat. Kelibat Cik Laila pun hilang dan kereta mula meluncur lancar seperti biasa.
Aku menambah kelajuan agar dapat segera sampai ke rumah.
Di rumah aku ceritakan segalanya kepada mak. Seperti biasa dia marah, kerana sering dia berpesan agar aku tidak menggunakan jalan SS sekiranya aku memandu bersendirian atau ketika hari sudah gelap.
Ini sahaja dulu buat masa ni. Aku masih ada beberapa cerita menarik untuk di kongsi. Maaf kalau cerita aku ni tak best di mata kiteorang.
P/S : Cik Laila tinggalkan bunga warna kuning 2 kuntum kat sana.. Tanda terima kasih kot sebab dah sudi tumpangkan dia . hehehe
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ingat kat mna tdi…rupanya dtg dri negeri bwh bayu…patut nma jln xpernah dngar sory??
hehehehe
Kita pn di Sandakan ni. Mmg jarang lalu Jln ss tuu. Hehhehehe.. Free2 nnt story lg yeee..
hari2 lalu jalan situ skarang.. cpt smpai rumah.. Thnks baca 🙂
Jalan ss a.k.a jalan ular ? bnyk kemalangan yg jadi dkt situ.. Jalan legend tu siapa yg taiko ja brani jalan sana solo.. Update lagi ?
hehehe banyak suda org guna jalan tu skrng cuma kalau sda lewat bru sunyi jln tu.
Mak aihh… Kalau sy da lama keluar dari keta… X sanggup setempat dgn cik laila… Keep it up ayu
hehehe.. thank you 🙂
tak seram pun
Thank you 🙂
pompuan ikut jln seram sorang2? mmbohong yo ni
🙂
oh jalan sibuga ikut dari taman mawar boleh shortcut lalu sibuga tu.jalan tu kalau tgok bebetul jalan tu ayat mcm “susu” memang jalan berbelit.bas banyak juga lalu sana.bawah tu sekolah tadika gabriel or mary kan.
iya ngam la tu.. tdika sma skola rendah st gabriel..tp skrng skola tu tutup sda..Thanks baca 🙂