Cik Putih

First, thanks FS sebab publish pengalaman ‘gangguan di pedalaman UK’ aku tu. Ada yang minta tunjuk gambar rumah (bukan rumah tu walaupun design lebih kurang) dan ada yang minta aku cerita pengalaman hantu di tempat mat salleh lagi. Sorry, pengalaman mistik aku di UK hanya setakat tu je.

Rumah sewa kedua kami Alhamdulillah ok je. Yang time aku join trip sekolah melawat ke lombong arang batu yang terletak beberapa kilometre bawah tanah di sana tu aku tak kira sebagai mistik sangat walaupun aku terasa ada kehadiran makhluk unseen ini ataupun pengalaman abah aku bawa balik buku cerita hantu yang dia kata memang bad luck

. Lepas dia beli buku masa melawat sebuah castle di Glasgow, family kami kebetulan memang dapat macam-macam masalah. Kami 1 famili jatuh sakit serentak sampai ada yang tak boleh berjalan dan bangun, rumah ada minor gangguan dan semua kembali normal selepas abah buang buku tu.

Pada yang minta aku bertanya kepada parent aku tentang kisah ni, abah aku dah kembali ke rahmatullah dan sebelum ni pun memang mulut mereka tetap tertutup rapat. Mungkin sebab sikap mereka yang ambil pendekatan ‘tak peduli’ tentang perkara mistik ini lah yang membuatkan aku dan adik-adik tak tau tentang kewujudan ‘penjaga kampung’ sehingga aku sendiri terserempak dengan cik putih selepas balik dari UK dan menetap di kampung halaman abah.

Siapakah cik putih ini? Atau lebih tepat lagi, apakah cik putih ini? Abah sendiri sebagai anak jati kampung itu pun sebenarnya tidak pasti apakah cik putih itu sebenarnya. Adakah makhluk unseen yang sesat dan menumpang di kampung itu atau dia sememangnya penjaga kampung?

Tapi yang pastinya, akibat kegagalan parent aku memaklumkan kehadiran cik putih di kampung itu, membuatkan aku tidak begitu berjaga-jaga sehingga menyebabkan aku ‘bertuah’ terserempak dengannya dan perkara ini masih berlanjutan sehingga kini. Mesti ada yang tertanya kenapa tidak mencari orang yang pandai menghalau?? Aku sendiri tak pasti kenapa. Mungkin juga sebab perangai ‘tak peduli’ parent aku dah diwarisi oleh kami adik beradik.

Asalkan tidak menganggap kami sebagai tuannya dah la. Kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman random kami sekeluarga dengan cik putih yang telah bermula kira-kira 22 tahun yang lalu.

Kisah 1 :
Ini pengalaman pertama aku bertemu cik putih. Ketika itu aku masih di tingakatan 5 dan baru pindah masuk rumah yang baru siap dibina di kampung abah. Salah satu perangai buruk aku ni, aku suka mengepam angin tayar basikal ketika hari dah malam.

Konon sejuk lah skit, taklah bahang sangat macam time siang. Time mengepam angin pula pukul 9 malam ke atas. Ni disebabkan kes bertangguh le ni tapi akhirnya tetap kena pam jugak kalau tak terpaksa la aku jalan kaki ke sekolah esok. Masa aku keluar pam angin tu, orang lain semua ada dalam umah. Aku je yang terkodek-kodek mengepam tayar kat porch rumah tu.

Tengah elok mengepam tu, tetiba aku rasa macam ada yang memerhati. Aku pun mencari kalau betul ada yang sedang memerhati aku buat kerja. Nampaklah kelibat baju putih sedang mencangkung sembunyi belakang pokok bunga kertas mak aku.

Instead of perasaan takut, aku tetiba naik angin. Dalam hati aku dok mengomel perangai buruk bebudak laki kampung abah aku yang suka mengendap aku dan adik (perasan lebih time tu). Aku ingatkan dia tak puas hati sebab baru petang semlm je kena ligan dgn mak aku tapi malam ni dia buat pula lagi perangai buruk tu.

Dengan bercekak pinggang, aku pun merenung ke arah lembaga putih yang aku sangka budak laki bernama Nizam tu. Disebabkn gelap, aku memang tak nampak mukanya. Cuma nampak rambut kerinting sahaja. Dalam hati aku kata sah si nizam sbb dia sorg je budak laki kampung tu yg rambut kerinting.

Aku rasa hampir 5 minit juga aku merenung dia. Akhirnya, si dia tu pun bangun dan berpusing ke arah jalan masuk umah aku tanpa menunjukkan mukanya. Aku tetiba hairan melihat si Nizam ni. Macam mana boleh jadi tinggi sangat, rambut pun panjang dan apa ke hal dia pakai jubah putih mak dia tu? Extreme benar effort dia nak mengendap aku.

Dah la cara dia pusing tu nampak pelik. Cara jalan pun pelik. Smooth aje dan lepas skit dari pokok buluh rumah tu, dia terus hilang. Aku bertambah hairan macam mana dia lari laju sangat sampai aku tak nampak dia lari. Lepas dia hilang, aku pun sambung operasi mengepam tayar macam biasa.

Perasaan marah aku dah berganti dengan rasa pelik tapi aku buat tak tahu je la dan aku pun tak ceritakan kejadian tu pada kat mak sebab malas nak panjangkan cerita. Ye, aku tak tau sebenarnya time tu aku baru sahaja melihat makhluk unseen aka cik putih. Naïve sungguh time tu.

Kisah 2 :
2-3 malam lepas tu, baru aku tau rupanya yang mencangkung tu bukan si Nizam. Pada malam kejadian, kebetulan aku stay up sampai pukul 4 pagi untuk study sambil tengok bintang kat luar umah. aku stay up sorang-sorang, yang lain semua dah sedap tidur di bilik masing-masing.

Ketika merenung bintang kat langit tu, aku tetiba perasan ada benda terawang-awang kat bawah pokok buluh tu. Baju putih macam si Nizam pakai dan cara jalan sebijik macam si Nizam jalan malam tu. Cuma time tu baru aku sedar yang dia bukan jalan tapi melayang!!!

Dan kali kali ni, aku tak nampak rambut kerinting dia tu. Dia seolah-olah berkelubung dengan kain putih sehingga nampak mukanya sahaja. Cuma muka dia bukanlah sesuatu yang kita ingin lihat.

Aku nampak muka seolah-olah tengkorak dan tersenyum sinis. Makin lama makin dekat dengan tingkap tempat aku berdiri. Kali ni, aku sememangnya terkejut hingga aku terjerit kecil (BIG MISTAKE) sebelum aku berlari masuk ke bilik dan berselimut hingga siang.

Kenapa  BIG MISTAKE??? Kesilapan besar sebab aku dah terlanggar pesanan arwah tok aku dulu. Dan for the next almost one month, aku setiap malam diganggu cik putih sehingga aku sendiri takut untuk duduk berhampiran dengan tingkap pada waktu malam.

Sebabnya dia akan ketuk atau gegar tingkap yang berhampiran dengan aku. Sampaikan saudara aku sendiri takut untuk datang bermalam di rumah aku. Parent aku ketika ini masih relaks lagi mungkin sebab mereka anggap gegaran tersebut disebabkan angin. Dan akhirnya aku sendiri hilang sabar dengan cik putih.

Satu malam ketika tingkap sedang digegar, aku terus buka tingkap tu dan jerit pada dia untuk henti kacau aku (nasib baik dia tak terpacak depan aku). Dan cik putih memang terus berhenti mengetuk atau gegar tingkap lepas insiden aku jerkah tu.

Kisah 3 :
Selepas cik putih kena jerit, baru aku tau kewujudan cik putih yang kononnya penjaga kampung. Macam mana aku baru boleh tau selepas 2 kali ternampak dia? Well, kali ketiga aku jumpa cik putih, keadaan dia agak extreme bagi aku. Malam tu, aku terjatuhkan selak tingkap di luar rumah.

Nak tak nak, aku kena keluar juga la untuk ambil. Kalau tak ternganga pula tingkap rumah aku. Lepas aku buka lampu di tepi rumah, aku terus keluar berseorangan untuk ambil selak tingkap yang jatuh tu.

Ketika aku menunduk untuk kutip selak tu, dari hujung mata aku ternampak kelibat sesuatu yang putih tak berapa jauh dari belah kiri aku. Bila aku toleh ke arah tu (belakang rumah), aku nampak cik putih yang baru nak landing atas dahan pokok mengubah halun ke arah aku.

Dia terus melayang turun dari pokok dan macam laju je menghala ke arah aku. Memang aku lari tak cukup tanah time tu. Bila masuk rumah, memang aku terus hempas tutup pintu sambil tercungap-cungap. Kemudian baru aku pi cari parent aku di dapur dan cerita yang aku baru kena kejar dengan hantu.

First time kot kena kejar dengan makhluk unseen ni, mau tak cerita kat orang tua. Lepas tu baru lah mak aku bagitau yang dia pun selalu nampak lembaga tu mengelilingi rumah ketika tengah-tengah malam (mak aku suka menjahit tengah-tengah malam) tapi disebabkan lembaga tu tak mengusik, dia pun buat tak tau je la. Lebih-lebih lagi bila abah kata benda tu memang dah lama ada dan dianggap penjaga kampung. Sejak tu aku terus bagi nick name ‘cik putih’ pada lembaga tu.

Kisah 4:
Ketika aku sedang tidur, tiba-tiba aku terasa seperti ada sesuatu yang menyuruh aku bangun. Dalam gelap, aku terdengar bunyi tapak kaki berjalan mengelilingi katil aku. termasuk dari arah headboard katil yang sememangnya terletak rapat ke dinding. Ahhh..sudah. bala apa yang nak datang ni. Aku kelam kabut buka lampu bilik. Memang jelas tiada apa-apa tapi bunyi tapak kaki tu bersambung menghala ke ruang tamu rumah yang gelap sebelum terus hilang. Akibatnya beberapa bulan aku tidur dalam keadaan lampu terbuka. Aku tak pasti adakah itu cik putih atau spesies lain.

Kisah 5:
Ini kisah adik lelaki aku. dia termasuk dalam golongan kacang hantu, suka melepak bersama kawan-kawan di port mereka hingga lewat malam. Jadi tidak hairanlah jika pukul 2 pagi pun dia akan ke dapur untuk mencari makanan selepas pulang dari sesi lepak. Untuk makluman, dapur basah rumah ni terletak di luar dan hanya separuh dinding dan separuh lagi grill.

Memang jelas nampak luar. Selepas makan di ruang tamu, adik aku pun bawa pinggan kotor ke dapur basah untuk dibasuh. Ketika sedang memabasuh, dia terdengar bunyi cakaran di atas bumbung tapi tak mengendahkannya disebabkan dia mengagak bunyi tu kerja cik musang yang memang suka naik atas bumbung rumah tu. Tapi tiba-tiba dia ternampak juntaian rambut yang panjang mula turun dari atas bumbung sebelum cik putih menunjukkan dirinya dalam keadaan berjuntai di awning dapur (kepala bawah, kaki atas). Terus adik aku masuk ke dalam rumah tanpa tutup lampu.

Kisah 6 :
Adik yang sama. Kali ni kejadian berlaku lebih awal. Ketika itu hanya ada dia di rumah dan ahli keluarga yang lain entah ke mana ketika itu. Ketika dia sedang memasuh pinggan di dapur basah, dia terada ada sesuatu yang memerhatikan dari arah belakang. Bila ditolehnya ke belakang, memang cik putih sedang berdiri di belakangnya dengan keadaan kepala tergeleng-geleng melihat adik aku. terus adik aku berjalan masuk ke dalam rumah namun sempat dimakinya cik putih yang telah mengejutkannya.

Kisah 7:
Terjadi pada kami sekeluarga ketika adik bongsu aku masih di bawah umur setahun. Ketika sedang sibuk menyuruh anak-anak yang lain masuk rumah ketika hari hendak menjelang maghrib, adik bongsu aku telah ditinggalkan tidur bersendirian dalam rumah. Bila semua dah masuk, baru sedar si kecik tu telah tiada di tempat tidurnya. Jenuh kami mencari dalam rumah tapi tiada langsung kelibat si kecik.

Pencarian diteruskan di luar rumah pula. Mana tau dia berjalan keluar mencari mak. Tapi tiada langsung kesan walaupun namanya telah dipanggil banyak kali. Mak dan abah aku bingung sehinggalah mak seolah-olah dapat merasa adik ada di sekitar pokok buluh yang terletak beberapa puluh meter dari rumah. Bila dicari sekitar pokok buluh tu memang tiada kelibat si kecik.

Bunyi menangis pun tiada. Tapi selepas azan dialungkan beberapa kali, baru lah terrdengar dia menangis. Tau di mana si kecik tu berada? Di celah rumpun batang buluh yang amat tak logik untuk dia menyelinap masuk kerana mak dan abah sendiri perlu menetak batang buluh untuk mengambil dia keluar. Menangis sampai merah mata mak malam tu sebab risau dengan gangguan tu.

Aku rasa cukup 7 kisah tu. Aku tak cerita pengalaman adik-adik yang lain sebab bagi aku tak berapa extreme seperti 7 kisah di atas. Setakat dengar dia berjalan atas bumbung atau dibaling batu ketika berjalan tepi pokok buluh tu, aku anggap biasa sahaja. Aku terhutang dengan FS tentang bagaimana aku mula melihat makhluk unseen ini. Nanti aku kongsi sebab perkongsian kali ini sudah cukup panjang. Aku pun dah lenguh menaip. Next time.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
kaklong

12 thoughts on “Cik Putih”

  1. Pernah tengah isap rokok kat luar pagar rumah, nampak kain putih berpusing melayang ke atas dan berdesup hilang .. tu pun dah cukup buat rase tercengang. Kipidap kaklong.

    Reply
  2. Berani la Kak Long…..
    Kalau saya dah lama gila kena usik kerap macam tu. Hehe.
    Bagaimanapun, terima kasih kerana kongsi pengalaman yang menarik ini. Kongsi lagi ya….

    Reply
  3. “Kali ni, aku sememangnya terkejut hingga aku terjerit kecil (BIG MISTAKE) sebelum aku berlari masuk ke bilik dan berselimut hingga siang.”

    Kenapa ye big mistake bila “terjerit kecil” tu?

    Reply
    • Big mistake sbb arwah tok pesan makhluk ni suka tgk org yg takut pd dia.. esp yg menjerit2 ni.. mmg dia amat suka.. sbb tu kalo terjumpa makhluk ni, kawallah diri dan mulut.. at least, xdelah dia keep on mengganggu lg lps tu..

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.