#CikEdot : Allah kan ada!

Bismillahhirahmanirrahim..
Assalammualaikum.Terima kasih admin siarkan kisah aku. Maaf, jika ada typo sebab aku type dan terus hantar.Alang2 aku tengah ‘bercuti’ kat hospital,so aku cuba isi masa terluang ni dengan menulis sebuah cerita untuk dikongsi.Ini bukan sambungan dari cerita aku sebelum ni (Moyang, Moyang 2 & Moyang 3). Ini kisah lain. kali ini aku cuba untuk menulis dengan lebih santai.Harap korang terhibur & selamat membaca!

TEBAS SEMAK
Mak mertua aku ni orang nya kecil molek, dah berusia 60 an tapi masyaallah kudratnya sangat kuat mengalahkan kudrat org muda. Dia ni rajin sesangat, pantang nampak rumah bersepah mulalah dia nak mengemas. Satu petang ni, selepas mak selesai menyapu daun2 kering di halaman rumah dia pun beralih ke belakang rumah. Hajat mak nak menebas semak yang mula meninggi. Mak mula menebas sehinggalah tanpa sedar mak makin menurun ke bawah. (Belakang rumah mertua aku ni, ada tanah yang agak luas dan memanjang ke bawah hingga ke hulu sungai). Mak lakukan sendirian sementelah abah tiada di rumah, memancing sepat dan singgah mengopi di kedai bawah.

Senja mula melabuh tirai, abah pulang ke rumah membawa hasil tangkapan untuk dibuat pekasam. Kelibat mak dicari tapi tak nampak di halaman.Abah cari ke dalam rumah pulak. Tiada!! Nama mak abah teriak berkali-kali namun tak berjawab. Abah ke luar rumah semula dan menyusup ke belakang rumah. Berbekalkan lampu suluh, abah melaung nama mak berkali2. Buntu kerana panggilan abah masih tidak berjawab. Abah membaca basmallah dan memasang niat memohon pertolongan Allah. Abah berdiri menghadap kiblat justeru melaungkan azan. Usai laungan, abah memanggil mak dan menyuluh serata tempat dan akhirnya suluhan abah menangkap sekujur tubuh yang sedang berdiri tegak dan bagaikan terpinga-pinga.Mak!

LEMAH
Seminggu berlalu dari kejadian mak dijumpai abah di belakang rumah. Sejak dari peristiwa itu kesihatan mak tidak menentu. Sekejap demam, kemudian kebah dan demam kembali. Hujan lebat, di saat semua orang kesejukan, mak pula berpeluh2 kepanasan. Mak jadi tak senang duduk ,dia tidak betah tinggal sendirian, dia mahu berteman 24 jam. Apa yg keluar dari mulut mak adalah ” mak takut..mak takut..”

Aku dan Thaqief pulang pada hujung minggu. Aku mendekati mak dan bertanya.

Aku: “Mak okay tak ni?Apa yg jadi sebenarnya mak?”
Mak: “Badan mak rasa lemah sangat. sendi2 terasa sakit. Mak takut. Petang tu mak tebas semak kat belakang, mak leka sampai mak tak sedar mak menebas jauh ke bawah. Tengok langit, hari dah senja. Mak nak naik balik ke rumah tapi mak tak nampak jalan. Gelap!! Mak rasa seram sejuk, macam ada yang memerhati. Puas mak cari jalan balik tapi mak hanya nampak rimbunan pokok je.”

Setelah perihal mak mertuaku diketahui oleh adik beradik Thaqief, maka masing2 membuat keputusan. Ada yang ingin membawa mak ke klinik dan hospital. Dan ada pula yang berhajat bawa mak bertemu ustaz sebagai cara alternatif asalkan mak sihat.

USAHA
Sebulan berlalu, sudah beberapa klinik dan hospital dikunjungi.Hasil dari maklum balas doctor, kami perolehi jawapan yang sama. Mak tidak ada apa2. Bacaan darah ok ,jantung okay, tak demam dan mak sihat. Kami buntu.Tak demam? Walhal, bila malam je badan mak akan naik panas mendadak, malah tapak tangan dan kakinya pucat lesi. Akhirnya mak dibawa bertemu beberapa orang ustaz dan ada yang aku kategorikan sebagai ustaz jadian.Kenapa??Nanti korang tau.

Ada beberapa orang ustaz yang abang dan kakak ipar aku temui di beberapa ceruk daerah sebagai usaha mengubati mak. Demi menjaga hati, mak turutkan saja usaha anak2 untuk melihat mak kembali sihat.Kemana saja mak dibawa, mak ikut. Pelbagai cara yang ustaz2 ini gunakan.Seperti lazimnya, mereka ini menggunakan ayat2 al quran dan memberi air untuk diminum berserta air mandian. Ada juga yang menggunakan air kolah 7 masjid, kayu nona yang dirotan pada batang tubuh mak (Ustaz di rawang), cara scan mencari tahu punca sakit dan ada yang berkomunikasi dngan makhluk halus (ustaz hulu selangor).

Pengamatan mereka adalah sama, mak diganggu penunggu hutan belakang rumah. Mak disuruh solat dan perbanyakkan zikir sebagai benteng diri. Hasilnya, mak nampak sedikit sihat tetapi tidaklah sepenuhnya. Mungkin perlu ambil masa. Memandangkan ini kali pertama mak sakit teruk,maka mak ingin benar ingin cepat sembuh dan sihat seperti dulu.Apa jua cara dan dengan siapa yg boleh mengubat, mak akan cuba. Sehinggalah satu hari mak didatangi Mak Joyah, jiran selang beberapa rumah. Katanya,nak bawa mak bertemu Ustaz Tamin selang 3 lorong dari rumah.Usai abah ke masjid,mak dan Mak Joyah ke rumah Ustaz Tamin tanpa pengetahuan abah.

Ustaz Tamin: “Ohh,Wak ni kena gangguan penunggu hutan. Ni aku titipkan air untuk minum dan mandi. Bungkusan ni pula, Wak simpan bawah bantal ya. Jangan dibuka. Jangan bagitau Wak lelaki (abah) tentang bungkusan ni dan pertemuan kita.”

Dan guess what? Mak mertua aku lagi teruk sakitnya berbanding dari awal2 dulu. Hal ini membawa kerisauan pada abah, Thaqief dan adik beradik yang lain. Sementelah, takda sapa yg tahu pasal bungkusan tu melainkan mak & Mak Joyah.

Selang beberapa hari, Wak Min (adik mak mertua aku) datang dan berhajat membawa mak untuk berubat di satu daerah bertempat di negeri pahang. Katanya Ustaz ni power, jadi abah memberi keizinan untuk mak dibawa kesana ditemani kakak dan adik iparku.

Ustaz Man: “Makcik ni keteguran.Saya titipkan air untuk minum dan mandi. Dan ini ada 7 butir kemenyan, minta anak (kakak ipar) letakkan pada alang pintu masuk dan keluar, setiap pintu bilik dan dapur. Jangan diberitahu pada sesiapa ya tentang kemenyan ni.”

Yang peliknya, mak dan kakak ipar aku menurut saje perintah Ustaz tersebut tanpa banyak soal. Keadaan mak sedikit pulih tetapi sayang, ia hanya bertahan seminggu sahaja. Kali ini kondisi mak lebih teruk lagi, badan mak dipenuhi lebam2 dan bekas gigitan di ibu jari serta beberapa tempat di tubuhnya.Bila menjelang waktu malam pula mak akan menangis ketakutan. Kata mak, ” Mak takut…mak takut…ada hantu”

Berselang beberapa hari, kehadiran Kak Mar (anak buah mak mertua) ke rumah membawa hajat. Kata kak Mar,dia ada bertemu dengan seorang ustaz di Selayang dan sudah menceritakan perihal mak.Berbekalkan hanya nama mak,ustaz tu katanya boleh scan dari jauh. Kata ustaz berkenaan, mak mertua aku didampingi saka.Pulak!! Ustaz tersebut minta mak dibawa berjumpa dgn nya dan dia turut mahukan kami menyediakan mahar pembuka ubat sebanyak RM2000. Katanya,sebagai modal untuk membeli ayam hitam dari alam bunian. Okay, ni kelakar. Sumpah aku meluat kalau letak – letak harga ni. Baru pembuka, belum lagi pertengahan dan pemutus ubat. Perihal ini sampai ke telinga Thaqief dan abah, maka mereka 200% tidak bersetuju.

DENGAN IZIN ALLAH
Iklan sekejap….

Aku dan Thaqief baru pulang dari kampung menziarahi mak dan ayahku sambil meneruskan sesi perubatan aku.(rujuk cerita aku yang lepas). Alhamdulillah,dengan izin Allah keadaan aku makin pulih. Tiada lagi ‘lawatan’ dari si putih hulubalang dan si cantik sisik puteri. Aku batalkan niat nak jumpa Nek Jah. Tak tahulah tapi rasa berat benar hati ni. Mak long?? Dia ni entahlah..adik aku diyana ada balik haritu.

Rupanya dalam diam, dia ada bertemu dengan mak long secara senyap2 tanpa pengetahuan kami. Kata Diyana,di hostel dia kerap mimpikan mak long merintih & merayu nak bertemu dengannya sampai dia jadi stress fikirkan mimpi tu. Orang tua ni memang suka sangat puja semangat waimah melalui mimpi. Aku dah terbiasa. Seperti yang diceritakan diyana pada aku, masa jumpa dengan mak long, orang tua tu tak habis2 memburuk2 kan aku dan mak. Katanya sakit hati dia pada kami,akan dia bawa sampai ke mati. Lantak kau lah!!

Maaf, aku selitkan sedikit selingan. Niat aku ceritakan hal diatas memang xda kene mengena dengan sakit mak mertua aku, tapi ada kaitan dengan orang yang ubatkan aku. Seorang lelaki yang sangat istimewa (OKU). Dia bukan lah seorg ustaz tetapi dia boleh mengubat orang tanpa mengenakan bayaran. Seikhlas hati dan adakalanya dia tidak mahu ambil duitnya dan minta di sedekahkan pada tabung masjid.

Dia banyak beri nasihat pada aku dan Thaqief khasnya. Dia menitipkan pesanan agar kami jangan tinggal solat yang wajib, banyakkan solat sunat taubat dan tahajud. Basahkan bibir dengan zikrullah.

Berbalik pada sakit mak mertua aku. Selepas sesi perubatan aku selesai Thaqief menceritakan pula perihal mak mertua aku yang sakit dah masuk 2 bulan. Melalui pengamatan beliau, mak mertua aku ni asalnya memang diganggu dengan penunggu di hutan belakang rumah tetapi hal itu telah diselesaikan oleh ustaz yang ubatkan mak sebelum ini. Tetapi apa yang buat kami terperanjat, sakit mak ni diburukkan lagi dengan tambahan makhluk halus dari orang yang pernah ubatkan mak.

PETUNJUK
Aku dan Thaqief sudah 2 hari berkampung di rumah mak dan abah. Kebetulan kakak ipar dan adik ipar pula tiba pagi tadi. Malamnya, kami berkumpul dan berborak mengenai perihal mak. Alhamdulillah, berkat dari pertolongan Allah dan sedikit ilmu yang diperolehi dari Pakcik(OKU), Keadaan mak semakin pulih dan mak mampu tersenyum. Thaqief diajar pakcik untuk menyediakan air mandian dan minuman untuk mak disamping usaha dari jauh oleh pakcik.

2 Hari sebelum…..

Hujan turun dengan lebat.Usai solat maghrib,Thaqief mengambil sebesen air dan 2 botol air masak utk dibuat air minuman dan mandian (berserta limau purut yang digosok pada tempat dan sendi2 mak yang sakit).Dalam keadaan berwudhuk, Thaqief memulakan bacaan dengan basmallah,berselawat ke atas Nabi Muhammad saw sebanyak 11 kali, kemudian bacaan surah Al-fatihah sebnyak 7 kali,surah Al-ikhlas, Al-Falaq, An-Nas ( ayat 3 kul ini dibaca sebanyak 3 kali setiap satu surah), Ayat kursi sebanyak 3 kali, Doa Nabi yunus (seberapa banyak yang mampu), Ayat Bismillah 5 dan 2 surah terakhir surah Al-Baqarah (sebanyak 3 kali). Kemudian Thaqief memanjatkan doa bersungguh2 memohon pertolongan Allah agar memberikan kesembuhan pada ibunya yang tercinta. Ada airmata yang mengalir. Aku sebak.

Gigih sangat berborak, sampai tak sedar malam makin larut. Masing2 dah tak tahan kantuk dan kami semua pun decide untuk masuk tidur di ruang tamu. Konsep, tidur selambak bentang tilam dan toto. Entah kenapa, lain benar aku rasa malam tu.

Dingin dan sejuk sampai ke tulang belulang. Bulu roma ni asyik merinding je tanpa sebab tapi aku diamkan dari pengetahuan Thaqief. Dalam aku melayan mata, akhirnya aku tertidur. Baru saje melayang, tiba2 aku rasa dada aku sempit dan sukar bernafas. Sah,Aku kena himpit!! Aku cuba memanggil Thaqief di sebelah kanan dan kakak ipar di sebelah kiri tapi suara aku langsung tak keluar. Tersekat di kerongkong. Allah, apa pulak ni!

Kelopak mata, aku cuba buka perlahan. Dari penglihatan yang samar2 aku terlihat kelibat encik pocong yang sedang tekun memandang aku. Serta merta bauan kapur barus yang sangat kuat menerpa terus ke lubang hidung. Saat ini rasa takut aku bukan kepalang. Aku pejam kembali kelopak mata dan berharap ‘dia’ hilang. Entah kenapa aku lupa terus nak baca ayat2 lazim yang aku tahu. Bengap!!

Aku masih gigih menggerakkan badan.Hampa!! Himpitan pada batang tubuh terasa semakin menyesakkan.Aku buka perlahan kelopak mata, Allah!! Makhluk berbungkus itu bukan lagi sendirian, ‘dia’ kini ditemani dengan beberapa ekor lagi benda alah yg aku tak tau apa benda nak panggil.Ada yang berupa beruk badannya berbulu dan bermata merah, ada yang badan tanpa kepala dan ada beberapa ekor lagi berupa perempuan berambut panjang mencecah ke lantai yang bertenggek di setiap alang pintu (2 bilik tidur & bilik solat). Mereka berkumpul bagaikan pesta! Aku menggigil menahan takut sehingga aku menggugu menangis dan terkencing2. Basah tilam! Dalam hati aku hanya mampu menyebut, Allah..Allah…Allah..

“Hihihihihihi…..hihihihiiii…”
“Erghhhhhhsss…emmhhhhh”
“Pap..pap…pap…pap”

Tangisanku bersambut dgn hilaian tawa yg sgt nyaring diikuti dgn dengusan nafas yang kasar sambil bunyi lompatan yang semakin dekat.Tiba-tiba….

“Sayang..sayang..bangun.kenapa ni?”

Badanku di goncang kuat. Aku takut untuk buka mata tapi suara tu aku kenal. Alhamdulillah, Allah menggerakkan Thaqief untuk bangun. Katanya, dia tersedar kerana mendengarkan esakan dari tangisan aku. Badan aku masih lagi menggigil, aku cuba menterjemahkan perihal yang berlaku pada aku tadi dalam keadaan aku yang masih terketar2. Usai aku membersihkan diri, Thaqief mengajak aku menunaikan solat tahajud.

Usai solat, Thaqief meneruskan zikir dan diakhiri dengan bacaan doa Nabi Sulaiman dan aytul kursi. Tiba2 kami mendengar bunyi benda bergerak2 dan melantun2 atas alang pintu. Aku dah kejung atas tikar sejadah. Takut tadi pun belum habis. Thaqief bangun dan keluar dari bilik. Apa yang memeranjatkan bila mana, kakak ipar aku berjalan dalam tidur. Dia mengangkat tanggannya lalu menuding jarinya di setiap alang pintu dalam rumah dari depan membawa ke belakang dapur sehinggalah ke bantal yang mak sedang tidur.

Yang peliknya, tak ada sorang pun dari mereka yang sedar ketika itu melainkan aku dan Thaqief. Mak, abah, adik ipar dan anak2 buah semuanya nyenyak tidur. Kakak ipar aku lepas dia tunjuk2 tu, dia terus baring sambung tidur. Siap tarik selimut lagi.Pelik!

OHH…MACAM TU RUPANYA

Esoknya, usai sarapan Thaqief dan aku minta diri. Kami shoot ke selatan pagi tu untuk bertemu Pakcik. Tujuan kami adalah untuk mencari tahu tentang malam tadi. Memandangkan, pakcik tu insan istimewa ( tak bole berjalan,t angan dan kakinya bengkok hanya mampu merangkak sahaja. Malah pertuturannya juga tak clear).Kalau tak ,dah lama kami tanya dia melalui telefon atau wassup. Usai mendapat jawapan kami terus balik dan berkumpul dengan ahli keluarga yang lain.

Menurut kata pakcik…

1) Makhluk yang menganggu aku malam tadi adalah belaan orang dan dihantar bersebab. Kenapa aku? Sebab kondisi aku yang lemah dan lompang yang terdahulu memudahkan aku diganggu. Nasib tak kene rasuk.syukur!

2) Uncang/bungkusan yang ustaz Tamin beri pada mak dan diletakkan bawah bantal tu sebenarnya bukan biasa2. Dia tempatkan belaannya encik pocong dan hantu raya dengan niat untuk meyakiti dan menakut2kan mak. Kenapa dia titipkan?? Sebab dendam dia pada abah. Rupanya, kata abah Ustaz Tamin bukan seorang ustaz tapi seorg bomoh yang mngamalkan ilmu hitam. Abah pernah datang bertemu dan memberi teguran tentang perbuatan beliau. Tapi dia mengamuk dan menuduh abah sengaja menutup periuk nasi dia. Orang kampung yang sudah sedia maklum akan perbuatannya tidak lagi mendapatkan khidmat beliau melainkan yang seangkatan dengan si janda bergetah iaitu Mak Joyah. Patutlah taknak abah tahu mak jumpa dia!

3) Ingat lagi kemenyan yang Ustaz Man titip dari pahang?Ya ini lagi sorang. Dia letakkan setiap sekor belaannya kat batu kemenyan tu. 7 butir kemenyan, maknanya ada 7 ekor belaannya dititipkan. Gila!! Modus operandinya adalah untuk buat mak sakit dan kembali datang berubat dengannya. Sekali datang berubat untuk scan je dah RM300. (kakak ipar baru bukak cerita). Belum campur lagi dengan duit upah jampi air minum & air mandi. Sebotol RM20 kott.. Haa,mana lagi duit tol, nak tuang minyak kereta lagi. Pahang, bukannya dekat. Patutlah, dia asyik2 call tanya bila nak bawa mak datang? Ini jenis konsep “Pakcik nak kaya cepat nakkk…” puihh!

4) kenapa kakak ipar aku boleh bangun dan tunjukkan kemenyan atas alang pintu? Kata pakcik, itu rahsia Allah.. Mungkin Allah nak beri petunjuk dan mungkin sebab dia yang letakkan kemenyan tu, so dia lah terpilih untuk tunjukkan. Aku ada tanya kakak ipar, dia sedar tak time tu? Dia kata dia sedap je tidur sambil mimpi lepak kat KFC. Errrkkk…

5) Ustaz RM2k kat selayang? Ayam hitam ya?podahhh. Kami pangkah awal2. Kak Mar pulak tak nampak langsung batang hidung waimah nak jejak kaki ke rumah. Sebab apa?Aku tak pasti.

Jadi berdasarkan apa yang jadi memang layak lah kan aku gelar diorang bertiga ni ustaz jadian. Hanya dengan berserban, berjubah dan kaburi mata kita dengan ayat “bismillah” di awal bicara, mereka terus melayakkan diri mereka sendiri sebagai ustaz. Dasar penunggang agama!

Kemenyan dan bungkusan (berisi jarum, benang, tulang, tanah kubur ,tali kain kapan) dah selamat di hanyutkan di longkang besar.

HABIS DAHHH…

Syukur Alhamdulillah, kesihatan mak mertua aku pulih secara total. Kalau sakit2 pinggang atau letih2 tu biasalah, umur dah lanjut dekat 70 dah. Mak mertuaku kembali aktif mengambil tempahan rempeyek, sambal tahun dan lemper (untuk majlis/kenduri kendara. orang jawa kat kg tu cakap air tangan mak mertua aku tip top.syukur).

Dan aku? Masih lagi berdua bersama Thaqief tanpa zuriat. Kadang aku letih degan kata nista orang. Kalaulah mereka berada di tempatku. Ermm. Hari ini, aku masih lagi menahan sakit yang semakin hari semakin perih untuk aku lalui. Entah sampai bila episod aku ini akan berakhir, wallahhualam. Bak kata pakcik, setiap sakit ada ubatnya. Ada penyakit yang perlukan kita melalui rawatan islam dan ada penyakit yang perlu kita rujuk dibawah bidang kedoktoran. Apa pun jua, sakit itu datang nya dari Allah maka Dia lah yang selayak- layaknya Menyembuhkan. Bermohonlah pada Nya tanpa lelah..Iya,dan itulah sebaiknya yg aku ajar pada diri. Ingat,Allah kan ada!

Aku turun dari katil. Pandang kiri dan kanan ,jiran2 dari katil yang lain sibuk dgn urusan mereka. Aku nak ke toilet, rasa nak terkucil. Tiba-tiba mataku tertancap pada seseorang….

“Maria??”

Wassalam ?
CikEdot

18 thoughts on “#CikEdot : Allah kan ada!”

  1. Alamak aiii CikEdottttttt, bentilah pulaakkkkkk.
    Terus tebenti makan kopok ni ha.
    Jangan lupa sambung nanti tau CikEdot..!

    Reply
  2. Allahuakbar…
    Kesian mak mertua tu jd mangsa keadaan…

    Memang zaman skrg ni org ‘berserban’ lg sng buat duit dr org yg merompak…
    Hakikatnye diorg ustaz jadian ni ar perampok maling lanun besornyer..

    Pasal zuriat tu, x usah difikir atau dilayan sgt cakap org…
    Bersyukur dan redha dgn setiap rezeki yg x putus2 Allah bg seadanye…
    Akk ni dh mengalami kes ni 10tahun dik…
    Klu nk berguru cara2 membidas dlm senyuman ckp2 org ni sila habaq mai naa…
    Akk leh perturun ilmu menjawab…
    Hahahahahha…

    Reply
    • Tulah kak…kesian mak mertua sy.kdg x habis fikir kak.macam2 ragam manusia ni.maka benarlah pepatah omputih,don’t judge the book by it’s cover.

      Btw,boleh sgt dah tu akak perturunkan sy ilmu membidas/menjawab pertanyaan org pasal zuriat.letihh kak dgn diorg ni.sampai ke tahap suh thaqief kawin lain.sedih adikmu ni kak…

      Akak dah siap berkemas pindah rumah ke tu?

      Reply
  3. Cikedot.. Blh x bagitahu pak cik istemewa tu dkt mana.. Ayah saya ni ada baik dgn seorg tukang ubat..tapi hati sy kuat kata dia ni just na duit ayah sy.. Sbb ayah sy ni mudah sgt trikut dgn kata2 org.. Sy x tahu na nasihat mcm mana lagi da.. Berhabis duit ayah sy dkt keluarga tu.. Istri n anak2 dia baik.. Tapi bomoh tu.. Allah.. Entah apa dia bagi ayah sy makan m minom agaknye.. Skrg ni sy x bertegur dgn ayah sy puncanya dia suh beli tanah siap rumah harga 50k mana na logiknye dgn harga tu dpt semua tu..sy da tanya dgn org rumah tu keadaan dia mcm mana.. Rumah tu da 2 kali ada kes kematian yg da sampai membusuk yg pertama kematian bapa mertua bomoh tu.. Sy dah hamun bomoh tu.. Tapi skrg ayah jd dingin dgn sy.. Bantulah sy jika ada tempat2 berubat. Ayah da makin tua n makin uzur knp org gunakan ayah utk kepentingan diri.. Bantu saya

    Reply
    • Wassalam sahabat.simpati sy dengar tentang ayah awak.Sebenarnya sy kenal dgn pakcik oku tu pun melalui seorang sahabat di FB sbb pakcik tu abang dia.Rumahnya di melaka.alhamdulillah, mmg ada perubahan bila sy berubat dgn dia.Dia bukan seorg ustaz tapi selama sy berubat sgn dia,dia tak pernah pula gunakan bnda pelik atau titipkan amalan pelik.selalunya zikir dan ayat alal quran.Dia ni agak pemalu orangnya,suka senyum.Insyaallah akan sy tanyakan pada sahabat sy dahulu utk kebenaran.

      Saya ada lagi satu contact no ustaz ni kalau awak nk cuba.saya belum pernah berubat dgn beliau tapi seorg sahabat sy dan keluarga nya yg terkena sihir sbb diorg ni meniaga ada berubat dgn ustaz di semenyih ni.alhamdulillah,diorg semua cakap ustaz ni bagus dan sakit yg mereka alami pun dah ok.Ni no dia 019-9245494. Awak cuba lah.nnti add fb sy Cik Edot,apa2 pm je.

      Reply
    • Wassalam sahabat.simpati sy dengar tentang ayah awak.Sebenarnya sy kenal dgn pakcik oku tu pun melalui seorang sahabat di FB sbb pakcik tu abang dia.Rumahnya di melaka.alhamdulillah, mmg ada perubahan bila sy berubat dgn dia.Dia bukan seorg ustaz tapi selama sy berubat sgn dia,dia tak pernah pula gunakan bnda pelik atau titipkan amalan pelik.selalunya dia akan scan tgok penyakit,dia suruh buat zikir dan amalkan ayat al quran,mandi limau atau air tuk minum.Upah ubat mmg ikhlas hati kita.Dia ni agak pemalu orangnya, suka senyum.Insyaallah akan sy tanyakan pada sahabat sy dahulu utk kebenaran.

      Saya ada lagi satu contact no ustaz ni kalau awak nk cuba.saya belum pernah berubat dgn beliau tapi seorg sahabat sy dan keluarga nya yg terkena sihir sbb diorg ni meniaga ada berubat dgn ustaz di semenyih ni.alhamdulillah,diorg semua cakap ustaz ni bagus dan sakit yg mereka alami pun dah ok.Ni no dia 019-9245494. Awak cuba lah.nnti add fb sy Cik Edot,apa2 pm je.

      Reply
  4. Si Penunggang agama ni memang berleluasa
    Berbekal kan kopiah putih songkok hitam,selendang dibahu dan berjanggut sajak seorang Ostat mudah mengelirukan masyarakat sekarang yang kurang nya fahaman ilmu agama bile mana menghadapi sesuatu musibah berkenaan ilmu mistik ini.
    mohon berhati2..

    Reply

Leave a Comment