Assalammualaikum.Terimalah sedikit buah tangan buat sahabat2ku. Terima kasih & selamat membaca??
Bismillahirrahmanirrahim…
Tahun 2016
Langit mendung barangkali hujan akan turun. Jika benar, syukur kerana sudah beberapa hari bumi tidak basah. Senyuman terukir. Aku ralit menyelak helaian demi helaian buku novelis kesayangan. Seperti disuntik dadah, aku khayal membaca setiap bait kata. Sekejap dahi berkerut, sekejapan aku tersenyum dan kadangkala dada bagai mahu pecah. Tak sabar untuk aku habiskan. Aku teruja!
“Bip, bip…”
Notification sound menandakan ada mesej dari aplikasi wassup menderu masuk. Aku mencapai hp yang terletak elok di sebelah. Aplikasi dibuka. Sebaris senyuman indah melakar dibibir. Sahabat kesayangan, Sofea. Mesej darinya aku buka.
Sofea:”Salam Dee. Kau sihat? Sorry kalau aku ganggu. Aku ada benda nak share. Seriously, aku takut ?”
Aku:”wassalam, Fea. Kenapa ni? Apa yang kau nak share tu? Pasal Razlan ke?”
Sofea:”Bukan pasal Razlan lah Dee. Adoii, susah aku nak cerita kat sini. Jumpa jom. Kita lepak kat A&W, PJ. Okay tak?”
Aku:”Okay. Tunggu aku”
Hampir 1 jam setengah. Aku tiba ke destinasi selepas menempuh jem sepanjang federal highway. Kereta sudah siap ku parkir, kelibat Sofea aku cari. Pintu restoran makanan segera itu aku tarik, badanku menerobos masuk. Ternyata kesejukan dari penyaman udara berjaya meredakan panas hati. Mataku kembali meliar mencari-cari kelibat Sofea. Akhirnya, aku jumpa. Aku menghampirinya yang sedang ralit rakus mengunyah french fries, root beer pun dah setengah glass susut. Elehh, nak tarik muka pula.
Aku:”Fea, sorrylah jalan jem. Kau yang pilih tempat ni. Sorry kalau montot kau kematu tunggu aku. Tapi perut kenyangkan??”. Aku melemparkan ketawa mengekek. Sebuah jelingan dihadiahkan Sofea buat aku.
Sofea:”Ingat dah sesat sampai ke bulan.”
Aku:”Dah-dah la tu. So apa cerita? Apa yang scary sangat tu? Kau jumpa jembalang ke apa?
Sofea:” Ini bukan jembalang dah, aku jumpa makhluk psycho!! Kau ingat lagi tak syam?”
Aku:”Kau ada scandal??? Ayokkkk…aku bagitau Razlan!”, Aku menyakat.
Sofea:”Jangan janam sangat perangai tu boleh tak? Serious la Dee!! Kau ingat tak syam?”
Aku:”Ermmm…syam mana ekk?Cer kau straight to the point je Fea, tak payah bagi kuiz sangatlah.”
Sofea:”Syam, ex boyfriend aku lah. Aku pernah cerita dekat kau dulu. He’s back!”
Aku:”So?? Apa yg peliknya?”
Sofea:”Dee, dia tu gila kau tau tak? Masalahnya dia kacau aku Dee. Aku takutlah.”
Aku:”Maksud kau?”
…………………………………………………
HEY, I’M BACK!! – Syam
Tahun 2016
Aku dalam ni adalah Sofea.
Lokasi: Office, Shah Alam.
Pagi yang sangat busy. Dengan lambakan kerja, otak aku jadi beku. Manakan tidak, isu ISO belum selesai, Audit pula menyusul. Meeting tak habis-habis. Migrain mula gigih menambah galau kekusutan. Aku malas nak lunch hari ni, apa yang aku tahu aku hanya mahu lelapkan mata. Tepat jam 1pm, aku meluru terus ke bilik rehat. Harap2 dapat kurangkan sakit kepala yang bertandang.
Baru sahaja aku berkira2 hendak melelapkan mata, tiba2 hp aku berbunyi. Ada panggilan dari private number. Aku malas nak jawab sebab aku tak dapat trace siapa pemanggilnya. So aku ignore sambil aku silent kan phone. Aku ingat panggilan tu berhenti, tapi makin bertalu-talu pulak dalam mode vibrate. Maka bergegar-gegar lah phone aku tanpa nada. Bilik yang cukup sunyi, kalau setitis air yang tumpah sekali pun aku boleh dengar. Ini memang menguji kesabaran! Lantas aku menekan butang hijau.
Aku:”Hello! Siapa ni? Call orang tak berhenti -henti. Mengganggu tau tak?!”
Misteri:”hahahah…marah?”. Aku terpempan mendengarkan suara pemanggil. Seperti aku kenal ini suara.siapa?
Aku:”Kau ni siapa ha? Apa kau nak?”
Misteri:”Sofea, sofea..takkan tak kenal aku sayang?? Aku rindu kau”
Aku:”???…kau? Syam?”
Misteri:”Ya aku!!. Aku nak kau balik semula dengan aku. Berani kau ya kahwin dengan jantan tu??”
Aku terus matikan panggilan dan off hp. Aku pelik macam mana syam dapat nombor aku, padahal lepas putus dengan dia dulu aku dah tukar phone number. Niat nk lelap tadi terbantut! Aku jadi bertambah kusut.
……………………………………….
Aku:”Okay. Aku tahu. Itu sebab kau tukar nombor telefon baru ni kan? Kau nak elak dari gangguan dia. Betul tak?”
Sofea:”Ya, Dee. Aku terpaksa. Tapi aku ingat, aku dah selamat. Rupa-rupanya tidak
……………………………………………………….
Tahun 2016
KIRIMAN DARI KEKASIH BUAT KEKASIH
Aku dalam ni adalah Sofea.
Selang seminggu dari kejadian itu, aku dah tak fikir apa sangat. Aku rasa selamat. Aku yakin yang dia takkan dapat cari aku lagi sebab aku dah tukar nombor baru. Jadi, aku teruskan rutin harian aku seperti biasa. Razlan? Mula-mula dia curious juga kenapa aku nak sangat tukar nombor baru. Aku ambil pendekatan untuk tidak berterus terang dengan dia. Aku beri alasan, bahawa line telco yang aku guna ni servis nya tak bagus dan aku nakkan no baru dari telco yang sama dengan yang digunakannya. So, settled.
Malam tu, usai aku dan Razlan pulang dari makan malam kami tiba di perkarangan rumah. Baru sahaja melangkah, mataku dikejutkan dengan sebuah bungkusan yang terletak elok diatas lantai. Kotak yang berbalut kemas dengan wrapping paper yang bercorak mawar merah. Dalam hati, mungkin Razlan cuba buat surprise barangkali. Lantas, tangan aku laju sahaja mencapai bungkusan tersebut sebelum Razlan sempat menghalang.
Sementelah bungkusan sudah berada di tangan, entah kenapa aku tiba-tiba rasa lain. Seolah-olah ada angin dingin yang menerpa ke wajah. Tekak menjadi loya, pandangan pula menjadi kabur, akhirnya tubuhku yang longlai rebah ke lantai. Bila aku sedar, aku sudahpun terbaring di atas sofa sambil ditemani Razlan disisi. Mataku tertancap pada bungkusan tadi yang terletak elok di atas meja kopi. Aku melihatnya sambil mindaku berteka-teki. Nah, baru aku perasan ia seperti sudah dibuka lantaran kertas pembungkusnya sudah terkoyak rabak.
Seperti memahami, Razlan mula membuka bicara. Mengikut katanya, aku tiba-tiba rebah selepas memegang bungkusan tersebut. Aku tidak sedarkan diri lebih kurang sejam sebelum aku sedar kembali. Dia memandang aku tepat dengan matanya yang penuh tanda tanya, sambil menunjukkan apa yang ada di dalam kotak tersebut. Aku kaget. Mati la nakkkk…..
…………………………………………………………..
Aku:”Apa yang ada dalam kotak tu? Bangkai tikus? Kepala tengkorak? Pisau? patung?”
Sofea:”Bukan Dee.”
Aku:”Habis tu apa benda?”
Sofea:”Erm…Maggie Dee!! Perisa ayam. Favourite aku pulak tu.”
Aku:”Haaa…Maggie??? Kau biar betul??”
Sofea:”Sumpah Dee. Bukan tu je, siap selit gambar lama aku tengah makan maggie. Belakang gambar tu dia siap tulis nota lagi…”
‘Buat kekasih hatiku, Sofea…
Nikmatilah enaknya maggie kegemaranmu.’
Kekasihmu,
Syam
Aku:”Syam???? Waduhhhh..keangkeran apakah ini?”
Sofea:”Ini baru intro Dee. Kepala Otak si syam ni tak terjangkau akalnya. Kau nak tau apa jadi lepastu?”
………………………………………………………….
MACAM NI CERITANYA……
Aku dalam ni adalah sofea.
Selepas kejadian aku dapat maggie perisa ayam malam tu, Razlan menuntut penjelasan setelah membaca nota di belakang gambar tersebut. Untuk tidak mahu mengeruhkan keadaan, aku pun perihalkan apa yang berlaku antara aku dan Syam sebelum ini. Begini ceritanya….
Tahun 2013
Throwback kisah CINTA KARTUN SI SOFEA & SYAM
Aku dan syam merupakan rakan sekerja di sebuah syarikat perindustrian yang bertempat di lembah klang. Aku lebih senior darinya kerana dia merupakan pekerja baru syarikat. Dia seorang yang berdedikasi, kacak, berpakaian kemas, wangi dan senantiasa buat aku tersenyum. Kerana keperibadiannya yang baik dan selalu mengambil berat, aku menerima dia sebagai teman lelaki walaupun kami baru sahaja 3 bulan berkenalan.
Di tempat kerja kami jarang keluar lunch, kami memilih untuk makan di pantry office sahaja. Kalau malas nak keluar tapau, maggie berperisa ayam sering menjadi pilihan aku. Ketagihan aku sejak dari zaman Uni lagi ? Ada satu hal ni. Mungkin bagi orang lain tak pelik, tapi bagi aku kadang-kadang rimas dengan satu peel si Syam. Dia suka ambil gambar aku!! Nasiblah ke toilet dia tak boleh ikut, kalau tidak mahu aku yang sedang mencangkung pun diambil gambar. Ouchhhh….
Selepas 2 bulan hubungan kami terjalin, aku mula rasa tak best bila mana Syam sudah mula mengongkong setiap pergerakan aku. Bila aku tidak berada di depannya, maka bertubi-tubilah panggilan dan mesej yang masuk dari dia. “Awak kat mana? Dengan siapa? Buat apa?”. Yang paling menjengkelkan, dalam dia tengah2 romantik bercakap dengan aku dalam phone dia boleh selit sekali ayat-ayat warning dan ugutan.
Katanya, kalau dia tahu aku selingkuh belakang dia, maka dia tak akan teragak-agak untuk kerat-kerat badan aku. Katanya lagi, daging-daging aku yang gebus tu dia nak bagi anjing makan. Dia gelak. Aku cuak. Gulppp…? Aku cuba untuk husnudzon. Manalah tau barangkali tahap gurauan si Syam ni bergenre ‘lawak seram’. Konon2 nak jadi kekasih mithali, aku cuba menerima baik buruk pasangan. End up, mana tahu kami kahwin and bahagia. Hashtag #tilljannah.. gituuuu.
Masuk harini, sudah 3 hari Syam tidak hadir bekerja. Naik jenuh aku telefon dan rasanya berpuluh juga mesej yang aku hantar untuk bertanyakan keadaan dia. Tiada balasan. Hp dimatikan. Senyap. Hilang. Ehhh, geram pulak kita. Akhirnya dengan kuasa ‘sahabat comolot’, aku berjaya mendapatkan alamat rumah Syam dari bantuan Lisda, pembantu HR. Aku nekad, lunch hour nanti aku akan ke rumahnya. Dekat je rupanya rumah mamat ni dengan office, apasal aku tak pernah tahu ya?? Bila ditanya, kata Syam dia tinggal di Sri Kembangan. Ermmm…
Aku tiba dirumah Syam, sebuah rumah teres lama 2 tingkat. Yang peliknya, dah kenapa rumah dia ada tokong merah macam rumah orang cina. Salah rumah ke aku ni? Kertas yang bertulis alamat Syam aku amati dengan tekun. Sah, memang betul dah alamat ni! Sedang mataku meliar melihat kalau-kalau ada keretanya diparkir luar rumah atau di bahu jalan, tiba-tiba dari belakang….
Ah So:”Amoi. Ada apa hal. Lu cali sapa?”
Aku:”Ooo mak kau!! Ku semangat.!”
Ah So:”Aiya..soli ahh. Buat u telanjat.”
Aku:”Takpe Ah so. Saya mahu cari Syam. Dia tinggal sini ke ?”
Ah So:”Ohhh…Syam ah. Betul2, dia tinggal sini. Mali masuk dulu.”
Aku melangkah membontoti Ah soh tadi ke dalam rumah. Dia memberi aku kunci pendua bilik Syam yang terletak di tingkat atas. Dia biarkan aku naik sendirian. Katanya, Syam tiada di rumah. Sudah 3 hari tak balik, mungkin kerja di luar kawasan. Cehh, kalau ya memang aku lah yang tahu dulu. Terang2 kami satu office kot.
Semangat aku untuk menggeledah masuk ke bilik Syam menjadi semakin kuat. Mungkin ada banyak lagi perkara yang aku tidak tahu akan jadi tahu kelak. Kunci sudahpun selamat masuk ke dalam lubang di tombol pintu.
‘Ktekkkk….’
Tombol kupulas cermat. Pintu biliknya aku selak perlahan. Satu aroma kuat menerjah rakus ke dua lubang hidungku.
Uwekkkkk!!!!Busuknya!Bau apa ni?
Aku menekup hidungku rapat kerana tidak tahan dengan baunya. Bilik itu gelap dan kelam tanpa cahaya. Aku mengeluarkan hp dari handbag, button flash light ditekan. Nyalaan ku suakan ke dinding untuk mencari suis lampu. Jumpa! Kemudian aku terus sahaja memetik suisnya. Lampu kalimantang yang dinyalakan berkedip-kedip, mataku sedikit berpinar sebelum ianya terang secara total. Suasana yang gelap gelita tadi bertukar wajah. Terang tapi…. Allahhuakbar!
Bilik apa ni?? Tak ubah seperti tongkang pecah. Bilik yang tidak berkatil. Hanya terdampar tilam nipis yang buruk dan berlendir. Timbunan baju dan seluar yang merata, berbau tengik dan hapak. Hanya beberapa helai kemeja dan seluar slack disangkut bertutupkan plastik jernih dobi. Bekas makanan juga bersepah diatas lantai. Ulat-ulat sampah berkutik-kutik menghurungi sisa-sisa makanan. Ada yang merayap perlahan, ada yang menggelitik melompat-lompat. Aku geli geleman!! Air liurku tersangkut di kerongkong.
Aku memerhati sekeliling bilik. Tingkapnya ditutup penuh dengan kad board bewarna hitam. Mataku jatuh melorot ke suatu sudut kanan bilik. Hamparan balang-balang kaca jernih memenuhi ruang sudut itu. Hatiku terdetik untuk mendekati. Kakiku berjalan terinjit-injit mengelak sisa makanan dan ulat-ulat tadi. Sebuah balang kucapai melihat isi kandungannya. Ya Allah!!! Balang kaca ditangan terlepas jatuh ke lantai dan berderai.
Isinya berterabur. Tulang temulang?? Belum hilang debar dihati, mataku tersorot pada balang-balang kaca yang lain. Cepat tanganku menekup mulut. Aku kaget.! Setiap isi kandungannya aku amati dengan payah. Sebalang lipas hidup? Sebalang cacing tanah? Sebalang ulat berengga yang bergerak rakus bagaikan menghurung sesuatu! Sebalang cicak yang kudung ekornya. Malah aku perhatikan badan cicak-cicak itu bagai diselar-selar kulitnya. Dan berbalang- balang lagi serangga hidup yang lain.
Kepala aku sakit. Tekak menahan loya. Allahu, jenis manusia apa yang aku bercinta ni?? Aku tidak betah lagi berada disitu. Aku ingin cepat keluar. Baru sahaja kakiku melangkah, mataku buat sekian kalinya terpaku apabila menyedari terdapat satu mural yang terlukis pada dinding. Aku amati. Jelas. Terdapat mural dua batu nisan terlukis. Ada berpuluh-puluh keping gambar yang tertampal memenuhi ruangan mural tersebut. MasyaAllah!! Gambar aku??
“Amoi!!!”
Aku tersentak. Aku melihat Ah So sudah tercegat di depan pintu bilik. Dia kelihatan menekup mulut dan hidungnya. Aku faham. Pasti dia juga tidak betah menahan bauan bilik Syam yang seperti rumah sampah itu. Ah So menggamit aku keluar. Aku akur. Pintu bilik kututup dan dikunci kembali.
Ah So:”Aiyaa…lu punya tunang sudah gila ka?Tengok dia punya bilik, manyak busuk ooo. Lagi manyak kotor!”
Aku:”Tunang??Siapa cakap?”
Ah So:”Syam lah. Dia penah kasi tunjuk saya lu punya gambar. Dia cakap lu olang mau kawin ma.”
Aku:”Saya kawan dengan dia sahaja Ah So. Tapi…sekarang saya pun tak tahu mahu cakap apa. Saya takutlah. Ah So rasa Syam ni gila ke? Ah So tahu apa-apa pasal Syam? Cerita pada saya. Please…”
DARI CERITA AH SO
Lokasi:Ruang tamu,rumah.
Ah so merupakan tuan rumah tempat Syam menyewa. Beliau merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya yang masing-masing menetap di Australia dan Singapore kerana berkahwin dan bekerja disana. Kerana cintanya yang begitu mendalam pada mendiang suaminya, maka dia berat hati meninggalkan bumi Malaysia untuk mengikut anaknya. Jadi dia memilih untuk tinggal terus di rumah miliknya dan suami ini. Tetapi kerana kesunyian yang memberat di pundak hati, akhirnya dia memilih untuk tinggal di rumah orang-orang tua kerana disana dia punya ramai kawan. Jiwanya tidaklah lagi sunyi dan rasa kehilangan. Sayang untuk dibiarkan rumahnya kosong, akhirnya dia membuat keputusan untuk menyewakannya.
Pada awalnya, hanya Suzie dan Tan sahaja yang menyewa bilik d rumahnya sebelum kehadiran Syam 6 bulan lalu. Dia berkenalan dengan Syam semasa berada di rumah Orang-orang Tua Sinar Kasih. Syam hadir sebagai sukarelawan yang membantu membersihkan kawasan sekitar disamping menghiburkan kami disana. Kata Ah So, Syam seorang pemain gitar yang baik, dan dia juga seorang pelukis yang berbakat. Di sana, Syam banyak menghabiskan masanya melayan Ah So bercerita mengenai kisah lalu bersama mendiang suaminya. Begitu juga Syam, dia berkongsi serba sedikit latar belakangnya. Kata Syam, dia merupakan anak yatim piatu dan dibesarkan di beberapa rumah keluarga angkat. Kini hidupnya sebatang kara. Sejak dari itu, mereka menjadi rapat. Syam kerap ke sana walaupun tiada program sukarelawan yang berlangsung.
Suatu hari Syam datang bertemunya dengan wajah yang sugul. Selepas berulang kali ditanya, akhirnya Syam memberitahu masalahnya.Menurut Ah So, Syam mengalami masalah kewangan. Dia diberhentikan kerja dan tidak punya tempat tinggal. Ah So simpati dengan keadaannya. Memandangkan sebuah lagi bilik dirumahnya masing kosong, jadi Ah So menawarkan Syam untuk tinggal disitu tanpa bayaran. Tetapi selepas sebulan menetap disitu, Syam dapat kerja dan dia membayar duit sewa walaupun tidak diminta. Pada pandangan Ah So, Syam punyai pekerti yang baik.
Berselang 4 bulan kemudian, Suzie salah seorang penyewa bilik di rumahnya ada menghubunginya. Kata Suzie, dia hendak pindah keluar dari rumah berkenaan. Atas alasan tidak ‘ngam’ dengan Syam. Kata Suzie, Syam seorang lelaki kurang siuman. Ah So begitu yakin bahawa Suzie hanya mereka-reka cerita kerana sebelum mendapat panggilan dari Suzie, Syam terlebih dahulu menemuinya. Kata Syam, Suzie sangat membenci Syam hanya kerana Syam solat di rumah itu. Bagi pendapat Ah So, apa yang Suzie lakukan adalah tidak betul. Hak beragama adalah hak mutlak semua orang. Oleh itu, Ah So tidak sedikitpun merasa terpengaruh dengan kenyataan Suzie.
Hal itu tidak berhenti disitu bilamana selang seminggu Suzie keluar dari rumah, Tan pula ikut menyusul. Kata Tan, dia juga pindah keluar kerana tidak tahan dengan sikap Syam. Ah So sekali lagi tidak bias dengan kenyataan Tan kerana dia yakin bahawa Syam adalah anak yang baik. Pekerti Syam tidak ubah seperti mendiang suaminya yang sangat penyayang dan bersopan santun. Selepas Suzie dan Tan keluar, Syam hanya tinggal menyewa seorang diri di rumah itu atas permintaan Syam sendiri. Dia membayar sewa penuh. Setiap hujung bulan Ah So akan ke sana mengutip sewa. Kenapa duitnya tidak di bank in sahaja? Ah So memilih untuk mengutip sewa sambil menziarahi rumah kesayangannya.
……………………………………………………
Aku:”Ah So, Suzie dan Tan tak beritahu kenapa mereka pindah? Maksud saya, apa yang Syam lakukan pada mereka?”
Ah So:”Ada amoi, ada. Saya ingat lagi.”
DARI CERITA SUZIE
Aku dalam ni adalah Suzie.
“Max!!”
“Max! Hey, where are u buddy?”
Pulang dari kerja. Aku mengelilingi sekitar rumah menjerit dan mencari anjing kesayanganku, Max. Sudah dua hari kelibatnya tidak kelihatan. Entah kemana lah agaknya dia barangkali. Usai mencari diluar rumah, aku masuk mencari didalam. Hampa. Dari ruang tamu aku nampak Syam berada di dapur.
Suzie:”Hei Syam.Busy ke? You ada nampak Max tak? Penat I cari tapi tak ada. Kalau you nampak, please let me know ya.”
Syam:”Nope.I tak nampaklah Suzie. Hey, kebetulan you ada ni. I nak belanja you makan. I made a special soup. Have a sit dear”. Syam menarik kerusi meja makan untuk mempersilakan aku duduk. Such a sweet guy.
Suzie:”Wow, baiknya you. Thank you.” Soup dihidangkan Syam untukku.
Suzie:”Ehh, you tak makan sekali ke?”
Syam:”I dah makan tadi. I teman you ya. Enjoy your meal, my dear.” satu senyuman indah dihadiahkan buatku.
Aku menghirup sup berkenaan perlahan kerana masih panas. Ermmm…sedap. Aku mencedok kuah sup itu sekali lagi dan masuk ke mulut. Ternyata, sup dari hasil tangan Syam sangat menakjubkan. Rasanya begitu sedap. Ya, daging dalam sup itu juga begitu lembut dan manis seperti daging yang sangat fresh.
Suzie:”Nyummm, sedapnya! Pandai you masak. By the way, ni daging apa ya? I think ni bukan ayam kan? Maybe a rabbit?”. Syam tidak menjawab tetapi hanya senyum sambil mengenyitkan sebelah matanya.
Aku meneruskan hirupan. Kemudian aku cedok sudu ke dasar dalam mangkuk untuk mengaut isi daging. Tetapi aku aneh. Suduku seolah-olah berlaga dengan besi.
“Tinggg”
Kemudian, aku mencedoknya hingga naik ke atas permukaan kuah. Mataku terpempan. Sudu yang tadi berada digenggaman, terlepas jatuh. Aku melihat tag nama ‘Max’ di dalam mangkuk. Tiba- tiba jantungku berdegup laju. Sementelah, aku mendengar kekekan ketawa Syam yang begitu kuat. Dia seperti sedang mempersendakan aku. Sial!!!
Syam:”Sedap tak daging Max? You tak nak tambah lagi??”
Suzie:”You bunuh Max!! But why??”
Syam:”I tak boleh tahan my dear. Anjing you bising sangat. I tak boleh fokus tengok gambar girlfriend I. Gungg…gunggg….bising!”
Suzie:”You memang gila. Psycho!! I akan report polis then I akan bagitau aunty pasal ni. Biar dia halau you!” Aku menangis menahan marah.
Syam:”Silakan, bagi tahu satu dunia pun I tak hairan. Kita tengok, siapa yang mereka lebih percaya bila I cakap you seorang betina yang bencikan Islam. Kaki Provokasi. Marahkan I kerana agama I? Hahahahaha….hahahhaha…”
Suzie:”You memang gila. Gila!!!!”. Aku bangun dan berlalu dari situ. Aku call Aunty beritahu pasal Syam. Esoknya, aku pindah keluar.
DARI CERITA TAN
Aku dalam ni adalah Tan.
Aku merupakan seorang pelajar praktikal di sebuah syarikat besar. Aku anak jati Ipoh, dari keluarga yang sederhana. Demi untuk mengubah nasib keluarga, aku belajar bersungguh-sungguh. Aku seorang jejaka cina yang tidak kurang handsomenya. Aku nampak normal tapi kecenderungan nafsuku lebih kepada kaum sejenis. Pada satu hari aku membawa pulang ‘teman lelaki’ ku ke rumah. Sebelum ini aku tidak pernah sekalipun heret dia ke sini kerana rasa segan yang menebal dengan Suzie. Tetapi selepas Suzie keluar rumah tanpa sebarang nota 5 hari lepas, aku seolah-olah mendapat kunci kebebasan.
Semasa tiba, aku terlihat Syam berada di ruang tamu sedang duduk santai sambil merenung gambar kekasihnya mungkin.
Aku agak janggal serumah dengannya kerana dia tidak pernah menegurku sepertimana dia dengan Suzie. Ahh, lantaklah! Kami masuk dan terus naik ke tingkat atas tanpa menegurnya. Apa yang pasti, aku nampak dia seakan kurang senang memandang kami. Matanya sungguh tajam menikam.
Malam tu sedang aku bermesra dengan kekasih hati, tiba-tiba dinding bilikku yang bersebelahan bilik Syam diketuk bertalu -talu tanpa henti. Bunyinya seolah-olah dia menghentak satu objek keras ke dinding. Pada mulanya,aku buat tak tahu tetapi lama kelamaan bunyi itu terasa sangat mengganggu dan membingitkan telinga. Kacau projek orang je!! Aku keluar dari bilik menuju ke bilik Syam. Pintu biliknya aku ketuk. Tiada jawapan. Bunyi hentakan tadi masih kedengaran. Tiada tanda-tanda untuk berhenti. Aku jadi fed up!! Kami keluar malam tu dan menginap di hotel sahaja.
Keesokan malam harinya, aku tiba di rumah sendirian. Sekali lagi, Syam berada di ruang tamu masih dengan sekeping gambar yang tekun ditenung. Cehh, hot sangat ke awek dia tu. Meluat! Aku seperti biasa, naik ke tingkat atas tanpa mempedulikannya. lnsiden semalam masih berbekas dihati. Kunci mendarat di lubang tombol pintu. Ktekkk, aku menolak pintu bilik dan masuk..
“Arghhhhhhh!!!!!”. Aku menekup hidung.
Bilik ku berbau busuk!! Seluruh cadar tilam dipenuhi dengan tahi. Bukan itu sahaja, malah dinding bilik turut dipalit dengan tahi dengan kesan tapak tangan. Pakaianku berterabur, seluar dalamku dilubangkan dibahagian dubur. Semuanya habis ditabur dengan serbuk kunyit. Lantai disimbah air kencing. Sialll!!!! Memang nak cari mati kau Syam. Aku lantas berlari menuruni anak tangga. Aku perlu buat perhitungan dengan mamat psycho ni!!
Tan:”Hei setan!! Apa yang kau dah buat dengan bilik aku ha? Kau ni memang celaka kan!!”
Syam:”Ehhh, kunyit?? Kau ada suara? Aku ingat kau bisu selama ni?”
Tan:”Apa yang kau tak puas hati dengan aku ha? Aku bunuh kau setan!!”
Syam:”Hahhaha..kunyit!!kunyit!! Woii sendu. Jalan kau pun bengkok ada hati nak bunuh aku. Kau cucuk tang sini, kau cucuk tang sini, mana2 pun boleh. Hahahaha, seram nihhh..”, sambil jari Syam menunjuk ke bahagian otot-otot di badannya.
Aku:”Arghhhhhh. Aku report polis! Aku bagitahu Aunty!”
Syam:”Hahhaha. Silakan. Ohh, sebelum terlupa, kau kenal tak nombor telefon ni. 0…4…-1..2..3.4..5..6..7…8?? Apa kata kalau aku call parents kau bagitau pasal anak diorang sebenarnya gay??”
Aku:”Sial kau Syam!!! Gila!!”. Aku berlari naik ke atas, ambil apa yang patut. Aku call Aunty beritahu segalanya. Itulah hari terakhir aku dirumah itu.
…………………………………………………
Lokasi:Ruang tamu,rumah Ah So.
Aku meminta diri dari Ah So kerana aku sudah agak lama berada si situ. Waktu lunch juga sudah sejam berlalu. Aku meninggalkan kawasan rumah Syam dengan seribu tanda tanya. Setiap apa yang diceritakan oleh Ah So sebentar tadi bagaikan satu mimpi ngeri bagi aku. Bagaimana aku boleh berkawan dengan jenis lelaki begitu?Tanpa periksa asal usul dan latar belakangnya, aku mudah menerima.
Sekelip mata, cinta aku bubar, sedih ,kecewa dan marah bersatu. Jujur, timbul perasaan takut yang bukan kepalang aku dengan Syam. Hari itu juga aku meletakkan surat perletakan jawatan. Setelah berbincang antara dua pihak, majikanku bersetuju untuk aku membayar hanya sebulan nilai gaji sebagai menebus tempoh notis berhenti secara mengejut. Maka dengan itu, aku berjaya melenyapkan diri dari Syam. Pindah rumah, tukar no telefon dan tempat kerja baru. Syam?? Wallahualam.
……………………………………………………
Tahun 2016
PECAH MASUK
Aku dalam ni adalah Sofea.
Setelah aku menceritakan perihal aku dan Syam pada Razlan, dia meminta aku untuk lebih berhati-hati dan bersabar. Katanya, sebulan sahaja lagi kami akan pindah masuk ke rumah baru kami, sebuah kondominuim yang punyai kawalan keselamatan yang ketat dan menggunakan kad akses untuk dimasuki. Buat sementara waktu, kami tinggal di rumah sewa kami sekarang. Dia juga berpesan agar aku berteman semasa lunch atau pun tidak perlu keluar office. Pergi dan balik kerja juga aku akan dihantar dan diambil olehnya. Buat seketika, aku rasa selamat sehinggalah berlaku satu kejadian.
Kami pulang agak lewat malam itu kerana bertemu sahabat kami di Puchong atas beberapa urusan. Kami tiba di rumah jam 11.00 malam. Aku terlebih dahulu mendekati pintu rumah. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati solex di pintu grill sudahpun terbuka. Setahu aku Razlan sudah menguncinya sebelum kami keluar petang tadi. Aku memanggil Razlan. Aku tunjukkan pada dia keadaan pintu grill dan solex. Dia kehairanan. Lalu dia mencapai batang mop yang berada di luar rumah, kemudian dengan perlahan masuk ke dalam.
Setelah habis membuat pemeriksaan di segenap sudut, kami dapati tiada sesiapa yang berada dalam rumah kami. Malah tidak ada satu pun barang-barang berharga kami yang hilang. Kecuali, semua album perkahwinan kami diselongkar dan bertaburan diatas lantai ruang tamu. Gambar Razlan dicungkil sehingga terlopong. Maksudnya setiap gambar kami bersama, wajah Razlan tiada. Mata kami dihidangkan dengan sesuatu yang terletak kemas di atas meja makan. Sebuah mangkuk yang berisi Maggie sup berperisa ayam yang sudah kembang mee nya. Diatasnya pula ditabur ‘indah’ lipas-lipas yang sudah mati kejung!! Aku loya dan muntah.
Razlan:”Ini dah tak boleh jadi! Kita kena report polis. Dah melampau ni sampai pecah masuk rumah.” Aku akur. Itu lebih baik.
………………………………………………………….
Lokasi:A&W,Pj
Aku:”Laaa, rupanya kes pecah masuk rumah kau 3 bulan lepas tu ada kaitan dengan Syam! Kenapa kau tak pernah cerita?”
Sofea:”Sorry Dee. Razlan suruh aku diamkan hal ni. Dia tak nak kecoh-kecoh.”
Aku:”Takpe, aku faham. Habis tu lepas kau buat police report, ada benda lain jadi ke?”
Sofea:”Ada Dee. Syam memang tak pernah putus asa. Nak dekat sebulan jugalah kami hadap benda-benda pelik sebelum pindah masuk kondo. Razlan pun sampai jadi baranlah juga masa tu.”
………………………………………………………….
SYAM..SYAM..MACAM2 KAU NI
Sehari selepas berlakunya kejadian pecah masuk rumah, aku dan Razlan peroleh kata sepakat untuk membuat laporan polis. Rasa takut aku terhadap Syam kembali menghantui. Peristiwa semasa melawat ke rumah dia dan cerita2 dari Ah So dahulu bagaikan berlegar-legar berlayar di minda. Adakah aku salah kerana tinggalkan dia begitu sahaja?? Mana mungkin aku mampu berhadapan dengan Syam setelah tahu keadaan dirinya. Aku tak sanggup!! Hari demi hari yang aku lalui buat hidup aku rasa tidak tenteram. Perasaan takut mula menjalar waimah ketika Razlan berada disisi. Aku seolah-olah merasakan bahawa diriku diekori dan diperhatikan…
Hari ini genap umurku 30 tahun. Razlan menghadiahkan aku seutas rantai tangan. Simple tapi cantik. Dia meraikan aku di sebuah restoran mewah di ibu kota. Malam itu berlalu dengan indah namun tidak pada hari keesokannya. Pagi-pagi lagi kami dikejutkan dengan kedatangan seorang lelaki yang tidak dikenali. Loceng dipagar dibunyikan. Razlan menyuruh aku menunggu didalam rumah sahaja sementara dia keluar bertemu lelaki tersebut.
Lelaki:”Assalammualaikum encik. Maaf mengganggu.”
Razlan:”Waalaikumussalam. Awak ni siapa? Ada apa hal?”
Lelaki:”Ohh,s aya Zali. Saya ni runner, encik. Saya ada kiriman buat Puan Sofea. Betul ke ini rumahnya?”
Razlan:”Ya betul. Serahkan sahaja pada saya.”
Sebuah bungkusan bersama sebiji belon berwarna ungu berbentuk love bertukar tangan. Zali si runner berlalu pergi. Razlan mencapai sekeping kad kecil yang terselit diatas permukaan kotak. Ada sebaris ucapan ‘Happy birthday’ yang tertulis didalamnya. Kad tanpa nama pengirim?? Terdetik di dalam hati, mungkin pemberian ini dari teman Sofea barangkali. Razlan berjalan memasuki rumah.
Sofea:”Siapa bang? Lelaki tu nak apa? Itu kat tangan tu bungkusan apa? Dari siapa?”, bertalu-talu pertanyaan dariku buat Razlan. Hati mulai galau. Atau lebih tepat lagi, aku cuak!
Razlan:”Entahlah. Tak ada tertulis nama pengirimnya. Mungkin kawan2 awak nak buat surprise kot. Jom buka kotak ni. Kita tengok apa isinya”. Razlan mengajak aku sambil membawa kotak tersebut ke meja makan.
Reben berona merah yang melingkari kotak itu dipotong Razlan. Aku hanya memerhati dengan perasaan yang semakin debar. Permukaan kotak dibuka perlahan-lahan hingga menampakkan isi dalamannya. Nahh..Kek?? Sebiji kek yang rupanya seperti kek red velvet. Perisa kegemaranku! Tapi siapa yang hantar? Boleh makan ke? Ehh, nanti. Kalau-kalau orang nak racun aku, macam mana?? Hatiku tidak berhenti berteka-teki. Mataku yang sedari tadi ralit tidak beralih dari memandang kek tersebut mulai perasan akan sesuatu.
Sofea:”Abang! Cuba abang tengok kek ni. Permukaannya macam bergerak-gerak lah. Abang tengok dekat-dekat. Cepattt!!!”
Razlan mendekatkan pandangan ke atas permukaan kek. Dia diam. Memerhati. Papp!! Tangannya laju mencapai tanganku. Dia seraya mengangguk. Mengiyakan kata-kataku sebentar tadi. Dia pantas mengarahkan aku ke dapur untuk mengambil pisau. Selang beberapa saat, pisau sudah berada ditangannya. Dengan perlahan mata pisau tadi disuakan lalu menguis krim di permukaan kek. Kami memerhati dengan tekun. Ada sesuatu yang berkutik, berenang kekenyangan. Ulat sampah??
Yuckkkss, kembang tekak. Kami berpandangan. Kemudian Razlan menyatakan niatnya untuk membelah kek tersebut. Aku mengangguk memberi izin. Pisau tadi sekali lagi digunakan tapi kali ini untuk memotong kek tersebut. Bila saja mata pisau itu membelah, maka segala isi dalaman setiap lapisan kek membuak keluar. Aku tidak dapat menahan loya. Mulut kutekup rapat. Tanpa dapat ditahan-tahan, airmata ku mengalir deras. Badanku menggigil secara drastik. Tubuhku melorot dan jatuh ke lantai.
……………………………………………………………
Lokasi:A&W,PJ
Aku:”Ulat sampah?? Gelinya aku Fea. Tapi kan, apa yang ada sebenarnya dalam kek tu? Kau dengan Razlan nampak apa?”
Sofea:”Kau rasa apa benda Dee?”
Aku:”Aduhhh, tak payah rasa-rasalah Fea. Tak pandai aku nak teka-teka ni.”
Sofea:”Yelah2. Bila Razlan belah je kek tu, maka tergolek-golek lah menatang peliharaan si Syam. Ada cacing tanah, ada cicak, ulat berengga, dan lintah. Siap disusun layer bersalut krim lagi. Dah tu, semuanya hidup pulak tu Dee!! Mau tak kembang tekak aku dibuatnya?”
Aku:”Aduhhh. Gila betul bekas pakwe kau ni Fea. Ehhh, chopp! Macam mana kau yakin kek tu Syam yang hantar. Entah-entah ada orang lain saje nak prank kau kot?”
Sofea:”Kau ingat aku ni jahat sangat ke Dee sampai ramai musuh? Prank apa bendanya. Memang kerja si Syam tu lah. Aku tahu pun sebab si runner yang nama Zali tu datang esoknya.”
………………………………………………………..
Keesokan pagi….
Aku dalam ni adalah Sofea.
Insiden semalam masih berbekas. Aku pula sejak malam tadi hampir tidak tidur semalaman. Otak aku celaru jadinya. Aku asyik-asyik terbayangkan wajah si Syam. Kesudahannya, pagi ini aku tidak larat untuk masuk kerja. Razlan pula tidak dapat temankan aku atas sebab meeting yang perlu dia hadiri. Katanya, dia akan pulang secepat mungkin setelah meeting itu berakhir. Dia ada menawarkan aku untuk ikut dia ke tempat kerja tetapi aku menolak dengan alasan ingin berehat. Dia akur walaupun bimbang. Dia berpesan agar aku jangan keluar rumah. Yes bos!!
Jam 11.30 pagi
Sedang aku leka melayari laman IG di hp, tiba-tiba kedengaran loceng pagar dibunyikan. Aku bangun dari sofa dan mendekati birai tingkap. Langsir ku selak. Kelibat seorang lelaki di luar pagar. Zali? Ni runner semalam. Entah apa pula kali ni yang dihantar. Bunyi loceng dibunyikan sekali lagi. Tiba-tiba datang satu idea. Ya, aku perlu jumpa Zali. Aku perlu tanya dia tentang keberadaan Syam. Aku mencapai shawl diatas sofa. Lilitan kemas siap di kepala. Lantas aku membuka pintu utama dan keluar memboloskan diri. Aku berdiri dari dalam pagar. Pintu pagar kubiar berkunci.
Zali:”Assalammualaikum Puan. Maaf, Puan ni Puan sofea ke? Saya Zali yang datang semalam hantar kiriman. Hehe..”
Aku:”Ya, saya Sofea. Kali ni apa pulak si gila tu kirim untuk saya? Ehh, awak tahu tak si Syam tu gila?Lepas ni awak tak payah hantar apa2 dari dia untuk saya. Awak buang sahaja semuanya!”
Zali:”Eh. Puan Sofea ni. Mana boleh Puan. Ini dah jadi tugas saya. Saya kena amanah. Lagi satu, apa maksud Puan Encik Syam tu gila? Dia kan abang Puan. Tengok macam semalam tu, siap bagi hadiah dan belon lagi untuk Puan. Meraikan harijadi Puan. Untung Puan Sofea ada abang macam tu tau.”
Sofea:”Abang?? Bila masa pula saya jadi adik dia. Dia tu psycho tahu tak!! Macam nilah. Saya tak mahu panjang cerita. Saya nak tahu alamat dia di mana? Tolonglah, saya betul-betul nak tahu. Ini soal hidup dan mati.”
Zali:”Aduhh. Tak faham saya. Encik Syam tu sikit punya handsome, segak. Gila tang mana? Dah tu psycho pula? Saya ni punyalah happy dapat job dari dia. Upah untuk hantar barang puan sahaja RM200 dia bagi saya. Belum masuk upah untuk hari ni. Saya lah yang gila Puan kalau tolak job ni. Lagi satu, saya tak ada alamat dia untuk diberi pada Puan. Kami jumpa pun, tuuu… dekat simpang jalan ni je. Kalau di fikir-fikirkan, memang tak logik bila dia suruh saya yang hantar sedangkan sikit punya dekat kalau dia hantar barang tu sendiri”. Terperanjat aku bilamana mendengar kata-kata Zali.
Sofea:”Awak biar betul ni Zali?” Aku mati kata-kata.
Zali:”Betul Puan. Saya tak bohong. Untuk hari ni tak ada kiriman barang buat Puan. Cuma pesanan dari Encik Syam. Dia suruh saya tanya, sedap tak kek yang Puan dapat semalam? Kalau tak sedap dia akan hantar yang lain. Lagi satu, dia cakap dia rindukan Puan. Kalau boleh, dia nak ulangi detik indah bersama Puan dulu. Aduhhh, korang ni memang macam ni ke? Takpelah Puan, kerja saya dah habis. Amanah dah disampaikan.”
Sofea:”Nanti!! Kalau tak ada alamat, nombor hp dia mesti awak ada kan? Tolong bagi pada saya. Saya rindu dengan “abang” saya.Tolong lahh..” Aku bermain kata.
Zali:”Haaa, mengaku pun dia tu abang Puan. Hehe…Tapi maaf sekali lagi ya Puan. Itu pun saya tak boleh nak bantu. Sebabnya, Encik Syam dah pesan. Kalau Puan minta nombor phone dia, dia suruh puan pergi public phone simpang jalan tu. Sebab dia call saya pun guna public phone tu. Okaylah Puan, saya pergi dulu.”
Zali naik ke atas motornya dan berlalu pergi meninggalkan aku yang dalam kebingungan. Aku memegang kepalaku kejap .Tepu otak! Tanpa berlengah, aku lari masuk ke dalam rumah. Takut-takut kalau ada mata yang memerhati.
Petang itu, setibanya Razlan di rumah aku menceritakan seluruh perihal dari perbualan aku dan Zali. Aku nampak raut kebimbangan di wajah Razlan. Dengan kuasa veto Razlan sebagai seorang suami, dia berjanji akan melindungi aku. Dia tidak akan sekali-kali meninggalkan aku sendirian di rumah lagi. Malah dia turut berjanji untuk mempercepatkan proses ubah suai kondo kami agar kami dapat berpindah secepat mungkin. Aku akur.
Keesokan paginya…
7.00 pagi
Kami sudah siap untuk ke tempat kerja. Razlan terlebih dahulu ke luar rumah untuk memanaskan enjin kereta. Tiba-tiba aku mendengar Razlan menjerit keras. Aku berlari mendapatkannya. Ya Allah!! Apa lagi ni?
Razlan:”Sialll lah!! Pagi- pagi dah buat aku panas!”
Aku tercengang. Manakan tidak. Habis seluruh permukaan keretanya dipenuhi dengan longgokan isi perut dan najis ayam. Busuk! Malah, cermin hadapan pula disimbahi darah. Darah ayam mungkin? Ataupun darah anjing? Hamis! Baunya memeritkan rongga hidung. Jarang sekali aku melihat Razlan begitu marah melainkan soal kerja. Dia lantas mengeluarkan hp nya dan dia kelihatan mendail nombor seseorang. Aku hanya berdiri kaku mendengarkan butir bicaranya. Beberapa minit kemudian, panggilan ditamatkan. Dia kembali menatap hp ditangan. Diam tanpa suara.
Tangannya pantas bergerak. Butang Lensar kamera ditekan. Klikkk.!Klikk! Dia menangkap beberapa keping gambar. Ohh, baru aku faham. Sebentar tadi dia menghubungi pegawai polis yang mengendalikan laporan kes kami sebelum ini. Mungkin gambar tadi dan gambar kek semalam dikumpul sebagai bahan bukti gangguan dari Syam. Akhirnya kami berdua tidak jadi ke tempat kerja. Mood dan hormon berkecamuk. Dingin..
‘Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kusangkakan gangguan sudah hilang, rupanya makin menjadi-jadi.’
Hari berganti hari, Syam terus-terusan membuat onar. Setiap hari ada sahaja kiriman bungkusan yang dihantar Runner. Bukan lagi kelibat Zali tetapi runner nya sering bertukar ganti. Kalau kami tiada dirumah, pasti bungkusan itu akan ditinggalkan terbiar di hadapan pintu pagar. Kami naik jelak!! Namun tiada satupun darinya yang kami terima. Sama ada dibuang atau dibakar terus. Apa yang menimpa kami menjadi buah mulut jiran-jiran. Mereka beranggapan kami ada masalah hutang dengan Ah long. Semuanya berlaku selepas insiden di mana Razlan yang hampir membelasah seorang runner yang menghantar 2 tong cat merah. Gila!!
Maka berpusu-pusulah penonton wayang tanpa tiket yang hadir menyaksikan drama secara live.Tapi kami tidak ambil pusing sementelah, lagi beberapa hari sahaja lagi kami akan berpindah ke kondo. Biasalah, jiran- jiran tidak tahu apa situasi yang kami hadapi. Lantaklah apa mereka mahu fikir. Cuma apa yang menjadi tanda tanya, mengapa setiap kali rondaan yang dibuat oleh pegawai polis di kawasan rumah kami, tidak ada seorang pun runner yang akan muncul waimah ditangkap? Aku benar-benar keliru. Seolah-olah pergerakan sekeliling kami dalam pemerhatian seseorang. Kuasa Halimunan kah? Pelik!
Jam 8.00 malam.
Razlan kulihat tidak senang duduknya. Sekejap-kejap dia menyelak langsir, menyorot pandangan ke luar rumah. Gayanya seolah-olah menantikan kehadiran seseorang. Soalnya, siapa? Setelah aku bertanya, katanya ada tetamu yang mahu datang. Berselang 20 minit kemudian, yang dinanti Razlan sudah tiba. Seorang lelaki, bertubuh sederhana dan berkopiah. Usia dalam lingkungan pertengahan 50-an. Dia diperkenalkan kepadaku oleh Razlan. Namanya, Ustaz Hasri. Pada mulanya aku sedikit keliru. Apa tujuannya dia kemari? Kenapa Razlan tidak memberitahuku apa-apa?
Razlan:”Ustaz, Inilah isteri saya Sofea yang saya ceritakan perihalnya tempoh hari. Semoga Ustaz dapat membantu.”
Ustaz:”IsyaAllah, Razlan. Saya akan cuba untuk membantu. Selebihnya, DIA yang Maha Berkuasa. Lagipun, dari pengamatan saya apa yang mengganggu isterimu bukanlah gangguan yang berat. Alhamdulillah, awak dapat sedar tentang gangguannya dengan cepat. Sihirnya baru sahaja berputik belum ada tunasnya. Syukur ke hadrat Allah yang Maha Pelindung kerana memelihara kalian suami isteri. Berkat dari kalian yang menjaga amalan dan tidak mudah lalai, maka ia menjadi perisai dari sihir itu terus tular ke tubuh isterimu. Mari kita mulakan.”
Razlan mengangguk setuju. Aku meliriknya buntu. Apakah?? Sihir?? Ustaz Hasri memandang Razlan dan kemudian beralih memandangku. Dia memohon izin untuk menyentuh ubun-ubun kepalaku yang sudah siap berlapik shawl. Aku tidak menolak walau masih keliru. Terdengar indah bacaan ayat suci Al-quran dari bibirnya. Mataku pejam. Rapat. Cuba menghayati…Tetapi,
kenapa aku rasa panas tiba-tiba?? Bahang mula memagut setiap inci tubuh. Leluhur sendi terasa perih. Urat belurat bagaikan tersimpul. Tengkuk menegang. Kepalaku berdenyut kuat.
Ustaz:”Lawan Sofea, lawan. Jangan berhenti berzikir.”
Bacaan ayat-ayat kalam Allah berterusan beberapa ketika sebelum Ustaz memberhentikannya. Selesai. Segelas air yang sudah diruqyahkan disuakan kepadaku. Aku memahami dan akur. Beberapa saat kemudian, gelas itu kosong, isinya sudah mengalir masuk ke perut. Kesakitan yang aku alami tadi beransur-ansur hilang. Aku masih bingung, tapi aku bersyukur. Usai semuanya, Ustaz Hasri mohon berangkat pulang.
Aku memandang Razlan, kedua belah keningku angkat kejap. Memohon penjelasan. Seperti memahami, Razlan berterus terang.
DARI SUDUT CERITA RAZLAN.
Selepas aku memegang bungkusan yang terletak di hadapan pintu rumah, tiba-tiba aku pengsan. Razlan kaget. Dia mencempung tubuhku masuk ke dalam rumah seraya membaringkan aku diatas sofa. Bungkusan tadi diambil dan dia membukanya. Ternyata isinya adalah sebungkus maggie dan sekeping gambar aku. Menurutnya, pada mula dia hanya beranggapan ada budak2 nakal yang ingin mengusikku. Tetapi apabila dia membelek gambar tersebut, ternyata ada satu nota tertulis di belakangnya. Ia hasil tulisan tangan berdakwat hitam ternyata memberi seribu persoalan. Dia nekad untuk bertanyakan aku tentang ini usai aku sedar dari pengsan.
Kata Razlan, sejak aku menerima bungkusan itu perwatakanku mulai berubah. Aku kerap bermenung panjang dan seolah-olah berkhayalkan sesuatu. Perubahan yang paling ketara adalah aku akan bercakap semasa tidur. Keadaanku seperti sedang rancak berbual dengan seseorang. Bila diamati, aku sering menyebut nama ‘Syam’. Sekejap aku ketawa, sekejap aku menangis. Aku dikatakan seperti hidup dalam dua dunia yang berbeza.
Sehinggalah pada satu hari, ketika itu aku dan Razlan sedang menikmati makan malam di sebuah restoran. Sedang rancak berbual, tiba-tiba aku dikatakan berubah watak. Aku tidak lagi memanggilnya dengan panggilan abang malah bertukar kepada ‘Syam’. Dan topik yang kami bincangkan turut berubah. Dari bercakap soal rumah baru aku tiba-tiba bercakap soal kerja di tempat lama dahulu. Bagaikan mengulangi detik indah bersama Syam. Bercakap tentang nikmatnya air tangan Syam memasak maggie berperisa ayam. Kemudian bercakap soal kahwin dan anak bersama Syam.
Apa yang Razlan perasan, ketika aku bercakap, mataku kaku dan statik memandang satu arah tanpa berkedip sehingga mengalir air jernih dari tubir mata. Romanku seolah-olah dipukau. Hal ini tidak berhenti disitu sahaja, malah aku juga buat hal di atas ranjang. Baru hendak berdayung, aku mula memanggilnya ‘Syam’. Terbantut kemahuan. Dari situlah dia dapat mengesan akan kelainanku. Dalam diam dia bertemu Ustaz Hasri untuk merujuk keadaan yang aku alami.
Jujur, aku terperanjat mendengar semua itu dari Razlan. Sumpah,aku langsung tidak menyedarinya. Kasihan Razlan…
………………………………………………………..
Lokasi:A&W,PJ.
Aku:”Ya Allah, sampai macam tu sekali Fea. Tak sangka pula aku. Habis tu sejak kau pindah rumah baru ni, kau masih diganggu?”
Sofea:”Aku pun tak sangka Dee sampai jadi macam ni. 2 bulan aku pindah kondo, alhamdulillah aku rasa lebih tenang. Tiada lagi bungkusan. Tiada lagi runner. Tiada lagi gangguan yang aku terima. Tapi, jangkaan aku meleset bila aku terkena 2 hari lepas. Itulah yang sebenarnya aku nak beritahu kau Dee”
Aku:”Haaaa??. Dua hari lepas? Apa yang jadi?”
…………………………………………………………..
SAYA NAK BELI CINCIN BOLEH??
Lokasi:Kondo,SA.
Huh!! Penat sungguh badanku. Kerja mengemas, pindah masuk dan susun atur barang bukanlah enteng. Nasiblah ada Kak Mar, cleaner yang dipinjam dari tempat Razlan bekerja sudi membantu. Kalau tidak, mahu haru jadinya. Sejak berpindah, secara rasminya aku bergelar suri rumah sepenuh masa. Arahan dari Razlan yang terpaksa aku akur. Dia memberi cadangan untuk aku menetap sahaja dirumah sambil melakukan bisnes online. Aku memilih untuk menjual pakaian dan aksesori wanita yang diambil dari China dan Vietnam.
Alhamdulillah, setelah sebulan pelbagai urusan persediaan berjalan dengan lancar. Kesan dari aktif di media sosial sebelum ini, aku sudah punya ramai kenalan. Bukan sahaja di FB malah di halaman IG juga aku turut memasarkan product yang dijual. Bila terbabit dengan perniagaan online, siapa-siapa sahaja yang request friend akan diterima bulat-bulat. Asalkan product yang dijual diketahui umum. Selain PM di messenger dan reply di IG, nombor telefon juga menjadi tular bilamana ia menjadi medan akses untuk berbicara dengan pelanggan. Aku juga tidak lari dari konsep ini kerana itu sahajalah cara jika berbisnes online. Aku sangka diamku dirumah sudah buat aku terselamat dari gangguan Syam tetapi aku silap……
Pada suatu hari, aku menerima mesej dari seseorang dari aplikasi messenger di FB. Dia dengan nama profile ‘Anggun Syafea’ menggunakan gambar profile seorang gadis. Cantik orangnya. Dia kelihatan begitu teruja dapat berborak denganku. Aku andaikan orangnya gemar berfesyen kerana dia sangat arif tentangnya. Sebut sahaja apa jua brand dan gaya terkini, semua dia tahu. Aku senang berbual dengannya. Sehinggalah 2 hari lepas, sedang aku tekun berbalas message dengan pelanggan lain tiba-tiba message darinya masuk bertubi-tubi yang bertulis….
“Saya nak beli cincin, boleh???
“Saya suka melihat mata awak ?”
“bibir awak tampak begitu mungil dan mengasyikkan.?”
“Awak begitu anggun bertudung.”
“Seandainya tubuh awak saya miliki, pasti saya adalah insan yang paling asyik menghayatinya.?”
“Sayangnya, kau memilih dia. Aku yang layak berada disisimu Sofea!!!??”
“Awak tak rindukan saya sofea.????”
“Awak tak rindukan maggie yang saya buat??”
“Kek red velvet mungkin??”
“Kekasih mati mu!!”
“Hahhahahah…..”
Hp yang berada di tangan terlepas dari genggaman. Syam??
…………………………………………………………
Lokasi:A&W,PJ.
Sofea:”Macam tulah Dee. Aku dah tak tahu macam mana nak buat dah. Razlan pun buntu dibuatnya. Sampai aku rasa nak ajak dia lari keluar dari Malaysia ni tau tak!”
Aku:”Fea, mamat psycho macam tu. Kau larilah sampai hujung dunia pun dia tetap ada. Kecuali, dia mati!!”
Sofea:”Dee. Aku rasakan……….”Bicaranya terhenti. Diam. Kaku.
Aku:”Kau rasa apa Fea?Fea..Fea…”
Aku melambai-lambaikan tanganku di depan mukanya. Sofea bagaikan terpaku dan memandang ke satu arah. Arghhh, sudah!! Aku memanggilnya lagi. Tetap tiada jawapan. Tiada pergerakan. Lantas, laju tanganku menampar bahunya. Dia bagaikan tersedar dari khayalan. Air matanya gemuk-gemuk, mengalir deras. Badannya menggigil. Kenapa pula ni??
Aku:”Fea, pandang aku!!Kenapa ni?”
Sofea:”Dee..dia Dee!! Dia!!”
Tangannya diangkat dan didepangkan ke depan. Jari telunjuknya terarah kepada sesuatu dibelakangku. Aku pegun seketika. Nak toleh ke tak? Nak toleh ke tak? Tolonglah, jangan hantu! Dengan lafaz bismillah. Aku menoleh. Seorang lelaki berdiri diluar cermin restoran. Berbadan tegap dan segak. Wajahnya tampan, alis matanya cantik. Tetapi matanya, mata itu sungguh tajam!! Dia tersenyum menampakkan giginya yang tersusun. Syam!! Dia kah Syam??
“Seru aku Tuan. Seru aku…..”, suara berbisik halus di telinga.
Hulubalang??
…………………………………………………………..
Tahun 2017
Berbulan lamanya sejak pertemuan aku dan Sofea. Itu merupakan kali terakhir aku bertemunya. Dia menukar nombor baru lagi. Kami hanya bertanya khabar tanpa bersua. Buat sementara waktu, Sofea mengasingkan diri dari dunia luar. Hidup tanpa akses internet, dia memilih untuk deactived kesemua akaun di media sosial. Katanya, dia trauma! Aku memahami. Kini dia bukan tinggal berdua sahaja dengan Razlan. Dua orang adik lelakinya berhimpun satu rumah. Dengan niat menjaga kakak mereka. Ibu dan bapanya juga kerap datang menziarah. Apa yang mereka lakukan hanya untuk merangsang semula perwatakan Sofea yang sangat periang suatu ketika dahulu. Razlan tiada masalah malah berterima kasih. Lebih-lebih lagi Sofea kini berbadan dua. Alhamdulillah….
Jam 4.00 petang
Aku tiba di rumah dari kedai buku popular. Senaskah buku dari air tangan novelis kesayangan berjaya dimiliki. Aku puas. Rasanya seperti menang loteri. Ehh, haram tu! Senyuman meleret. Tak sabar untuk mula membaca. Dalam aku melayani perasaan yang berbunga-bunga, nada notifikasi dari hp aku berbunyi. Menandakan ada message baru masuk. Mungkin dari Thaqief barangkali. Aku mencapai hp. Aplikasi wassup dibuka. Sofea???
Sofea:”Assalammualaikum Dee. Kau sihat? Macam mana appoinment dengan doctor? Dah dapat result ke?”
Aku:”Waalaikumussalam. Alhamdulillah aku okay je Fea. Doa yang baik-baik saja buat aku ya. Kau macam mana pula? Dah scan jantina baby?”
Sofea:”InsyaAllah Dee. Kau sentiasa dalam doa aku. Btw, aku dah scan semalam. InsyaAllah, kemungkinan baby girl. Yeayy, aku dapat kawan tak lama lagi.”
Aku:”Alhamdulillah. Syukur.”
Sofea:”Dee, thanks tau. Aku speechless gila bila dapat parcel dari kau tadi. DUck scarves!!! Aduhh, sayang nak pakai Dee oii. Rasa macam nak bawa tidur je. Sayang kau ketat-ketat Dee!!”
Aku:”Duck scarves??? Apa maksud kau Fea? Sumpah, aku tak ada hantar apa-apa untuk kau pun.”
Sofea:”Ecehhh, bergurau pulak dia ni!! Kau tak payah acah-acah nak kenakan aku lah Dee. Jap, aku hantar slip poslaju. Terang-terang nama & alamat kau. Pigi dahhh!!!!??”
Tingg!!!
Aku menerima gambar slip poslaju yang tertera nama & alamat aku. ?? Apakahh????
-Tamat-
P/s: Buat Sofea, sumpah bukan aku yang hantar dUck scarves tu!
Terima kasih buat sahabat sekalian kerana sudi membaca. Terima kasih juga kepada yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan saya. Semoga Allah membalasnya.Amin. Saya sangat2 menghargai.
Wassalam,
Aku CikEdot untuk entry2 dibawah.
1. Moyang
2. Moyang 2: Mak Long & Nek Jah
3. Moyang 3: Aku & Mereka
4. Allah kan ada!
5. Dendam Maria
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Wuuuyai. Panjang kaknon oi ! Hahah. Tapi layan jugak sampai habis. So mcm mana pengakhiran nya? Curious sangat ni.
T.kasih sudi baca sampai habis…
Skrg Fea tgh tunggu hari nak bersalin.doakan dia
habis tu syam tu hilang mcm tu je
Terbaikkkkk… Apa jadi kat syam tu.. Knapa x seru hulubalang… Arghhhh
Adehhh….jgn.tak boleh diseru dia tu.Parah karang.dalam membantu dia mengena kang..
Syam??Missing in action….wallahualam.
apa yg hulubalang?
Kena bc cerita cik edot dari mula.cik edot ada cerita siapa hulubalang
best… ?
Tq…
penulisan seng faham..and paling penting verita sampai habis..kelas kau jahhhh…
ada gak org gila.cam sham ekkk..ngeri
T.kasih….
Tulahh..seram kan klu kenal org camni.dengan saya sekali terpalit kesannya.
Huishhhh seram nyer..bgtau sofea jgn pakai scarves tu huhu….susah gak ada org psyco+seram nih…
Sedapnye bace baris ayat. Mcm novel. Pkataan gramatis. Senang nak hayati.
Tq sudi baca.sgt mnghargainya…
Aku ade pengalaman dpt pakwe psycho…aku lah gelar die pyscho..sbb aku rimas…nasib lah die x se psycho syam ni heheh…die ni syg sgt kat aku, cemburu tak yah ckp..asalnye aku mmg x de hati kat die, tp die yg beeia nk approach aku, jd abg angkat pon xpe katenye.so aku ok la..lme tu aku tgk die caring bagai aku tersentuh hati try la trime die dan aku akui ade satu tempoh mase aku betul syg kat die.tp sbb die terlalu mengongkong, aku rimas lah. Pendek cerita, aku putuskan hubgan ngan die, aku knal laki aku ni setahun je, aku trus kawen.tp mamat pyscho tu tak putus asa, siap ckp nk ubatkan aku kot aku terkena sihir la.dtg rumah org tua aku, pujuk nk jumpa aku, pndh dan menetap di perumahan dan tempat kerja aku, hntr msj x henti kat fb, call x henti.x rimas? Smpai aku brp kali block fb die, brp kali tukar no fon.mse aku tgh preknen tgu mse nk beranak tu die pergi lg rumah org tua aku, tanya aku bahagia tak.nk tgk album kawen aku la.nasib mak aku x bg, kang dibomohnye aku plak takot gak aku.dlm akhir 2015 aku rse, die whatsapp aku ckp nk kawen.mane die dpt no fon aku pn x tahu.aku mule tak percaya sbb die mmg kaki kelentong.rupenye betul die kawin, dan tu lah last die ganggu aku.2004-2015,11 tahun die x putus kejar aku.buat si dia, klu kau terbace ni, maafkan aku…cinta xblh dipaksa.ampunkan dosa n silap aku, smoga kau bahagia.dan trima kasih kau dh berhenti ggu aku…smoga kau x dendam ngan aku okey
Alhamdulillah…
Nampak die dh move on tu…
Doakan yg baik2…
#CikEdot mmg terbaik! everytime baca mmg mcm novel..dan yg pastinya ada climax plot pd setiap ending yg mmbuatkan kami tertanya2 & tertunggu2 nx story 🙂
sambungan..sambungan… x sabar nk tau apa jadi kat syaitooonnnn tu…
Best baca.. gaya penceritaan tersusun ayat pon cantik.. sy dah mcm tertunggu ape update sofea..
terbaik…….
so ko seru tak hulubalang tuuu???? adoiii.. cam tergantung je part tu.. :'( :'(
Tak kak….dia mmg,sekecil- kecil masalah sya hadapi mmg dia ada je nak menyibuk .
ooo.. dia watlek je la kalau decide tak seru dia eh?? take care benor tu.. hahaha..
Psycho gila mamat ni. Best cerita ni and senang faham.
Salam cikedot, long time no see hehehe. nice story, sangat tersusun. tq atas cerita yang mengujakan saya. haha. sian sofea.
Assalam sahabatku fizi.wife dan anak2 sihat?sampaikan salam….tq sudi baca.Bila nak submit new story?Saya buat masa ni rehat dululah gamaknya dah 3 hari warded ni kat spital.nak rehatkan otak jap.doakan kesihatan saya ya sahabat.salam ukhwah.
Uiikkk…
Apsal warded plak ni???
ngerinye org mcm ni.. huhu
Nice. Dah lama tak bukak FS. Bila buka, nampak nama CikEdot terus laju klik 😉
Hi stella.im ur big fan??
Thanks sudi baca.tunggu new story dari awak ya.
Hai cikedot…
Fuiyoooo…
Akk bace sambil masak nasik siap masak lauk 2jenis baru abis bace taauuu…
Gilooooorrrrr ar bapak psycho syam tu…
Paling akk pon nk muntah berjemaah mase part msk bilik ade ulat sampah melenting2 dgn kek red velvet tu…
Aaarrrgghhhhhh…!!!!
Serius jijik weeeiiii…
Duck scarve???
Wwooooowww…
Sendiri nk beli pon berkira inikan plak nk hadiahkan kat org ekkk…
Mesti sofea dh berangan2 depan cermin pki tdg tu…
Soh die berubat cepat2…
Takootttt…
Mase die kate dh benti keje tu ak mcm dh legaaa…
Tp ble die kate aktif bisnes online tu, hangeennn plak akk ghase…
Bisnes online ar medium plg mudah utk org trace kita…
Dan online jugak medium plg mudah nk nyamar…
Mane ade org meniaga dok rahsia2 kaannn…
Mau segala alamat, no tipon, akaun bank bg kat org…
Pastu ble kate die skrg dh off segala media sosial, sooo akk pun legaaaaa smle…
Hehehheeheh…
Poyo x emo kakak korg ni…???
Hahahahahah…
Papepon…
Cepat samboooonngggg…!!!
Hi kak yulie gojes….
Heheh…lain kali kene buat lagi panjang la ye.Mgkin siap makan sekali ???
Daku pun begitu jua kak..klu ikut Fea,mcm2 lagi si malaun tu buat.Cuma saya bnyak cut,kalau tak mau sempat akak masak lauk untuk esok plak.??
Saya pun pangkah terus kek red velvet & maggie..tunggulah kalau terbuka pintu selera satu hari nanti.Fea kata durian crepe pun si Syam hantar kak.Isinya whiskers campur krim durian.
Duck scarves??Saya mampu beli dalam MIMPI je kak…takpun kene menabung.Saya dgn thaqief bgtau Razlan pasal scarve tu bukan sy hantar.Tak pasti Razlan dah buang atau bakar..padan muka syam,rugi duit dia!
Bisnes online tu akak kena tampor dahi si Razlan tu.Dia yg suggest..hihihihi??
Sekarang si Fea tu,mmg duk umah je lah.Ada hobi baru katanya,nak belajar menjahit.
Sambungan?
Harap2 takdalah kak…kalau ada,maksudnya SYAM is back!!! Nehi kabi nehi ???
Alaarrr…
Akk peberet kek mmg RV…
Dan jugaaaa MAGGIE AYAM…
Huwaa…
Ni pon br bekpes megi ayam…
X boleh nak pangkaahhh…!!:-)
Mmg akk nk ketok stapler kt dahi somi fea tu…
Patot sohlar bini tu rehat2 tenang2 pikiran dlu, ni soh bisnes online…
Adeeehhh…
Pasni klu nk.tulis pepanjang, pm akk awal2 kay…
Akk order pizza jer…
Sambil bace sambil makan sambil gemok…
Hahahahahah…
sangat poyo kak, tp kiteorg redhooo jer..
hahahaha
Sangaaattt kaannn…
Good…
Akk mmg sukeeee benda hover hover ni, hahahahahah…
Sila redha berjemaah kay, sbb akk xkan berubah jd Kak Yulie yg sopan sendu…
Huwaaa…xnak lah poyo.sob.sob..sob..
Hulubalang???Knapa xhbis cite tuu…sdihh rasa….kak sambung yang dendam maria tuu..yang hulubalang…nk thu sngat cite psal nie…timee hulubalang jerrr citee stop…smbung awl yeaa kak
Hulubalang,awak kene baca dari episod moyang series.nnti awak faham siapa dia…dia sentiasa ada je ni.
Sy dh thu kak yulie tntang hulubalang tuu…cuma msuk part hulubang citew stop…nk thu apa yg jdi..seru kee…tpi sy suka penulisan nya bguss…sbb tuu sy nk bace part yg hulubalang tuu…seruu ke…
Eahhh kak yulie plakk…tringat kan kat yulie….hahahaha
Akk dh peliiiikkk gak ni…
Dh mcm hulubalang ghase kena seru tetbe ni…
Hahaaha…trslap gmbar nmpat srupa…tringat dgn akak…hihihihi…maklum lhh akak kn famous…
Famous amos…
Haahah…
Okay mcm ni…selalunya tiapkali sy didatangi masalah,hulubalang selalu hadir melalui bisikan.Dia minta sy seru dia utk dia beri pertolongan.Saya tak nak dia,kalau saya seru maksudnya dia bertuankan saya.
Saya dah tak pernah seru dia utk pertolongan lagi seperti dulu…
Ouhh gtuuu…tq kak dee explain…kak bleh tak smbung yg pedang raden tuu mcam mna
Seyes best giler cite…walaupun panjang tapi x rasa bosan langsung…sbb Kdg² ada cite panjang yg baca dlm FS ni den kira nk lompat² perenggan ja bc.
Dahsyat lah laki psycho tu…guna nma qnd alamat #cikedot lagi…hope sngt dia dpt move on… Dah segan carilah org lain. Kesian mengejar bayang ja. Den doakan laki psycho tu insaf dan dpt terima ketentuan…
Kpd sofea doakan slalu ‘ dia’ tu spya kembali ke pangkal jalan…kesian betul… Hope Sofea akn lebih tenang lagi tambah nk dpt baby…tahniah. Den doakan Sofea n family dilindungi drpd gangguan syaitan, jin dan manusia. Aamiin sya tunggu next coming ya #cikEdot
Alhamdulillah..tq sudi baca.hajat dihati mmg nk berkongsi ceritamaaf panjang sbb taknak buat sambungan nnti kena babab dgn admin…
Sy da sampaikan pesanan awak pada sofea.dia jawab,insyaallah.
Heeee…x kisah panjang sbb x boring cite ko… Terima kasih. Sudi² lah bercerita lagi.
macam syaman king dah cikedot ni..hahaha..best2 ..!
Cik Edot cite terbaik n doakan smuga dipermudahkan urusan dan sehat sokmo.
Tentang Sofea ni kes dia serius ya Allah, sbb memang tak kenal Syam ni apa lagi dia nak try buat lepas ni. Risau juga takut2 dia hantar mcm2 kt sofea… dah la tgh mengandung. Arghhhh tak faham la lelaki saiko mcm ni kita pulak emo
Tq nadey…
Tulah dia…org psycho susah gak nk trace sbb perwatakan dia bertnntangan ikut situasi dan org yang dia brhadapan…seram kalu fikir
best sangat..tapi kesian sofea kan..hope dia baik2 saje.. hai sy peminat #cikedot, #fizi, #stella, #sicelupar dan jugaaa kak yulie!
Yeeaa…!!!
Kak Yulie is here…
Heheheheheh…
Tq….????
Kak yulie mmg kesayangan..heheh
Suka baca kisah-kisah cikedot dari yang 1st sampai yang terbaru ni.
Tapi, kenapa psiko sangat Syam tu?
Allah, sabaq sajalah.
Bahaya betul kalau ada peminat fanatik ni.
Semoga Sofea sentiasa dalam jagaan Allah.
Dan.. untuk cikedot jugak.
Alhamdulillah.t kasih mndoakan kami.aminn.
Org psycho ni ada kat mana2.antara sedar atau pun tidak…paling takut,kita x sedar org tu ada masalah mcm syam.so,penampilan tak melambangkan kenormalan seseorang itu…adehhh.
Seramnyaa pakwe psiko..nasib dapat suami protectorko ?
Salam.. sedak nok sengoti crito cikedot kito kare.. ejah crito lain pulok.. xsobar nk tggu..
Wassalam…allahu,t.kasih dehh sudi baca kisah sy ni.??
Insyaallah,ada rezeki sy hntar cerita lain.
Best penulisan Cik Edot. Sy doakan si syam tu tak kembali dg gangguan² creepy tahap dewa dia dah n move on dgn life dia. Dia ni betul² tatau menhargaii life dia lahh.. aiseyy. Btw, once agn, cik Edot pya story mg best ?? Tq ?
T.kasih sahabat sudi baca story saya…tulah sy pun harap dia move on.klu difikir2 balik,tanyala sesape pun klu dah tau situasi syam camtu sah2 lah takut nk teruskan hubungan kan….kesian sofea perlu hadap semua ni.ermmm…
Sesame cikEdot. Btul tu, sapa y tak takut ye dak.Insya Allah, hrp tkda dh lepas ni. ?
Xdak sambungan ke cite no. Mcm x abis lg
Xda…sbb itu kali terakhir sy jumpa syam.so far xda gangguan terbaru pada sofea yg diceritakan pada saya.skrg sofea tgh sarat dah tu..
Hye cikedot tk penh trmiss bc ur story..
Memg trbaik.. scary betul llki mcm syam tu, ad jga rupanya org mcm tu dkt dunia nie.. tulis la lg cite yg lain pulak..
Allahu..segala puji bagi allah.trima kasih sudi baca.
Ada je spesiss gini..yang ni psycho,cuma syam ni bukan yg jenis kaki pukul sbb ada kawan sy sampai naik lunyai kene belasah.insyaallah,ada rezeki sy hantar story baru ya.tq
Kita suka suka suka sgt dgn cite2 awak….cite awak something la….kita doa awak dan keluarga sentiasa dalam rahmt dan perlindunganNya….aminnn
????
Syukur..alhamdulillah.trima kasih kak gee.terima kasih mendoakan sy.aminnn allahumma amin
Xda perkembangan dari polis ke kes syam ni?
Tak sangka ye ada jugak yg jenis phsyco tahap macam syam ni..ngeri betul la….syam tu patut kena hantar kat wad org gila …takut la jumpA org mcm tu..??Semoga dipermudahkan segala urusan sofea dan sentiasa dilindungi oleh Nya..kesian dia…
SO DUck scarves TU SIAPA YG HANTAR ? HAHAHA NAK TAHU NI.. CUAK LAH ENDING DIA.. HAHAHA CURIOUS AKU DIBUATNYA
Syam yg antar tp gune name+alamat Cik Edot ni…
Orang pyscho ni lebih seram dari hantu
Cik Edot….
Tahap kegilaan Syam mmg tak boleh kita predict.
Lelaki psycho ni, betullah akan hilang bila dia mati.
Dari awal kisah Cik Edot, sampailah yang episod terbaru, sangat-sangat klasik pada saya.
Yelah, berkenaan sesuatu yang turun temurun, jarang ada yang sanggup berkongsi kisahnya.
Buat Sofea, katakan pada dia, usah percaya apa sahaja selain daripada keluarga dan Cik Edot sendiri.
Kadang-kadang, kawan-kawan lain pon boleh juga bersekongkol dengan syaitan sedemikan rupa.
Saya harap, Syam tak mengganggu Cik Edot sekarang mahupun akan datang, memandangkan dia menggunakan alamat rumah Cik Edot, walaupun indirectly keberadaan yang kebetulan.
Jika Syam ada terbaca segala komen, mahupun penceritaan Cik Edot, moga Syam bertaubat dan sedar dari lamunan yang tak akan menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Kembalilah pada Islam.
Cik Edot, saya doakan Cik Edot bahagia, dipelihara Allah SWT daripada gangguan iblis dan syaitan, dan diredhai oleh-Nya.
Berhati-hati dalam apa jua keadaan.
Saya peminat setia #CikEdot #SiCelupar #MakhlukHalusTakSukaSaya #RumahBernombor #Stella #Fizi #KamenRider #nury #KopiCeroi #DetektifD9 #SangAlgojo #TokanMistik #DeeFen #SenyumanPerantau #Dedek #DuniaLainAtok #CarlitoRocker #TujuhPintu #AhmadRusydi, dan beberapa lagi penulis yang bagus.
Mereka adalah penulis yang berkongsi kisah benar tanpa lelah.
Jutaan terima kasih buat kalian.
Walaupon panjang…tp best..ad jugak manusia mcm tu kat dlm dunia ni.mungkin dia nk akak sgt,sbb akak ni cntk kot.
Rabia tu kau ke? F4??
Serius rasa macam ni rekaan sebab wowwww saya sangka benda camni jadi dalam novel ke huhuhuuu (╥╯θ╰╥)
serius mmg wujud lelaki psycho ni. sy pernah kena. tapi belum sampai tahap mcm ni la.
Best cite ni..ape jadi ngan sofea?
terus hasilkan karya2 yg bermutu..
suke ngan penulisan #cikedot.
gile lah si syam tue kite lak yang sakit hati…
Sekarang macammana? klu ada sambungan sudi2lah share kan ya.. btw bagus sangat penulisan, saya baru follow ni. Saya dpt dari link dekat 10 kisah plg banyak dibaca bulan Mei 2017. Nampak pnjang, sy ingat nak skip sj tp tengok komen banyak. So try baca, xperasan pun dah habis cerita, rasa mcm baru sj baca..aishh.. Terima kasih share.
Gila lah Syam ni..psycho dy tahap dasyat nak mmpus. Saya percaya ja sbb kakak sy penah kena dgn glongan psycho nih, tapi lesbian la. Dari zaman sekolah menengah sampai sekarang kak sy dh kahwin kot , dulu kakak sy pindah dari sekolah tu ingatkn dah settle. Tambah2 dy jugak ada membela. So adala menghantar..
Tapi tahap psycho si Syam ni mcm lg kronik keras jaa
Hi..sy dari tahun 2022 and baru baca story ni. best sangat..jalan penceritaan sgt menarik. tahniah buat penulis sebab delivered cerita dgn baik. tiba2 terfikir ni kalau buat drama bagus juga. drp drama kul 7 tu.. watak syam tu terfikir Iqram Dinzly atau Gambit Saifullah bawa mmg mantap. Siapa rasa benda yg sama?