Assalamualaikum semua. Terima kasih FS kalau sudi publish cerita tak seram aku ni. Aku dan Dewi adalah kawan baik. Baik ke? Tak juga, kadang datang penyakit blur dia tu rasa geram macam nak hentak je medulla oblongata dia pakai hammer biar hilang sikit blur dia tu.
Boleh dikatakan setiap hari jugaklah aku akan melepak dengan si Dewi a.k.a jiran depan rumah aku ni. Kalau tak lepak depan rumah aku, kami lepak depan rumah Dewi. Tapi kebanyakannya rumah akulah sebab port selesa sikit ada meja kerusi. Memandangkan Dewi ni still sekolah maka waktu malam lah waktu lepak kitaorg. Lepak pun kitaorg borak² kosong je dan sampai satu tahap bila dah tak ada modal nak berborak, kau tenung muka aku, aku tenung muka kau, Walau sekadar tenung² tu je pun kalau tak pukul 12 malam tak retinya kitaorg nak masuk rumah.
Satu persamaan aku dan Dewi ni kami sama² minat horror stories cuma bezanya, aku lebih suka dari segi pembacaan dan Dewi pulak dari segi visual which is dia ni kaki kumpul horror movie. Aku tak suka tengok movie sebab nanti aku asyik terbayang hantu² yg aku tengok kat skrin tv tu. Bila membaca taklah seram sangat sebab imaginasi aku taklah sekreatif pengarah cerita seram. Tapi Dewi pulak tak suka membaca, sebab membaca adalah ubat tidur terbaik untuk dia.
Aku mula tahu kewujudan FS ni hujung tahun lepas. Aku memang minat gila baca cerita² kat sini kalau boleh sejam sekali aku buka FS nak tengok ada cerita baru tak. Kalau dulu aku suka main tenung² dengan Dewi bila takde modal nak beborak sekarang aku akan cerita balik stories yg aku baca kat sini dan sampai satu tahap asal nampak muka aku je Dewi akan tanya, “Ada cerita baru tak?”
Okay, back to the story (maaf untk info yg agak panjang). Cerita seram aku, Dewi dan Fiksyen Shasha berlaku pada jumaat dua minggu lepas dan waktu tu awal lagi, jam baru 9.30 malam. Port lepak halaman rumah aku. Pada waktu dan ketika itu aku tengah cerita dekat Dewi kisah Aku Seorang ‘Event Manager’ yg aku baca siang tadi. Dikala aku tengah syok bercerita tu, bila sampai part….
Amir (yg sah² bukan Amir) tanya Rin, “Wei Rin kau dah kenapa, muka pucat macam nampak hantu? Kau dah tahu ke?”
Bila part tu aku ceritakan pada Dewi, tak semena-mena telinga capang aku ni terdengar bunyi mengilai. Dua² kaku. Aku diam sambil cari mana datangnya bunyi tu. Tarik nafas lega aku bila aku yakin itu suara orang dan suara tu datang dari taman permainan belakang rumah Dewi. Mungkin suara budak² yg galak bermain kat taman tu takpun suara cik Mah belakang rumah Dewi yg tengah mengekek ketawa tengok Maharajalawak gamaknya. Fikir positif untuk sedapkan hati je. Aku terus sambung cerita sampai habis. Macam tak ada apa² jadi, aku tak cakap apa² pun pasal tadi samalah Dewi pun.
Bila dah habis cerita tu suasana jadi krik² sebab dah takde modal. Nak cerita seram kat Dewi aku dah serik. Tiba² atap rumah aku berdentum macam ada benda jatuh. Luruh jantung aku dibuatnya sebab terkejut punya pasal tapi Dewi dengan beraninya pandang ke atas. Rupanya ada kucing atas tu.
“Eh, kucing lah. Meow meow. Meh turun.” Ramah betul dengan kucing Dewi ni maklumlah pencinta kucinglah katakan.
Aku pun toleh pandang kucing tu. Dalam hati terpikirlah jugak. ‘Kucing betul ke tu?’ Kucing tu pun blah dengan kereknya. Aku pun sambung borak dengan Dewi.
Tak lama lepas tu atap rumah aku berdentum sekali lagi tapi dentuman kali ni dia punya kuat lain macam. Jantung aku yang luruh tadi gamaknya dah jatuh bergolek. Otak tak sempat nak cerna apa² kaki dulu yg cepat buat tindakan reflek buka langkah seribu masuk rumah. Time tu tak fikir Dewi dah, pandai² lah kau selamatkan diri kau babe. Aku masuk rumah aku, Dewi balik rumah dia. Abah aku yg dekat ruang tamu ketawa tengok kitaorg lari tak cukup tanah. Dia cakap kucing bergaduhlah atas atap tu.
Esoknya terkejut aku tengok port lepak kitaorg tunggang langgang kerusi meja. Tong cat keras bertaburan. Sah Dewi punya kerja. Petangnya Dewi datang rumah aku tunjuk kaki dia lebam sebab dalam terkocoh-kocoh semalam, tong cat keras tu hempap atas kaki dia. Mengekek aku ketawakan dia. Bila aku nak buka balik cerita semalam Dewi cakap tak payah sebab dia malas nak ingat dah.
Actually, Dewi ni ‘gifted’ orangnya tapi dia jarang cerita dekat orang. Lagipun dia taknak cerita dekat aku pasal malam tu sebab kejadian tu berlaku dekat rumah aku dan dia taknak aku takut dengan rumah aku sendiri. Dulu dia penah cerita dia nampak poco-poco dekat ampai kain rumah aku, seminggu aku tak jemur kain. Hahaha.
Sampai sekarang pun aku tak tahu apa yang bedentum atas atap tu. Betul ke kucing atau sesuatu yang aku tak nampak dan hanya Dewi yang nampak. Namun kejadian itu tidak sedikitpun menganggu aku untuk terus baca cerita seram di FS ini. Tapi terima kasihlah dekat admin FS sebab berjaya buat jantung aku luruh sekali lagi bila tengok gambar Maya Karin yg cantik keluar dekat news feed FB aku pukul 4 pagi semalam. ?
Maaf kalau banyak kesalahan tatabahasa dalam penyampaian aku ni sebab aku bukan budak sastera dan maaf kalau cerita ni tak seram. Kalau korang nak cerita yang lagi seram, tolong doakan Dewi cepat sikit balik dari Melaka sebab dia hutang aku satu cerita seram yg dia alami Isnin baru ni. Okay?
CikPia ✌
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ok best
Teruskan
tok njang suka crita hang..baguih..10 hahaaha . ambik
Haha…best cerita cik Pia. Nanti klu2 Dewi dah balik, cpt2 lah tuntut hutang tu yer. Klu cik Pia berani skit, tanya lah Dewi benda apa yg dia nmpk mlm tu masa kat rumah hang??
Cukuplah wak sy tahu pasal achong dekat ampai kain tu. Tak sanggup ? rasanya nak tahu.
achong tu nak kenal2 kot cik pia huhuhuuhuhuh
xsnggup dgr psal achong