Cinta Mati Dengan Jin Mirip Joker

Nama aku Dek Na. Aku nak kongsi satu cerita tentang kakak aku. Sebagai pengajaran. Maaf terlebih dulu kalau cerita ni Cuma pendek atau tak seram. Aku Cuma nak kongsi kepada pembaca sebagai pengajaran. Nama kakak aku ni biarlah aku namakan dia Hani. Keluarga aku baik-baik sahaja. Kami semua 6 orang adik beradik. Semua perempuan. Mak ayah jenis tegas. Tak ada nak manja-manja kan kami. Antara mak dan ayah, mak paling garang, ayah pulak serius. Tapi sebenarnya diorang sayang kami.

Hani ni kakak nombor 3. Dia jenis pendiam dan introvert. Keluarga kami ni jenis pandai bersosial, banyak kawan tak kira pangkat. Tapi kakak aku ni je jenis tak reti nak social. Dari kecil pendiam. Dia pandai tapi selalu kena buli. Aku tak tahu kenapa banyak-banyak kakak, dia yang mak ayah harap sangat. Kalau adik-adik bawah dia buat salah, dia yang kena marah. Kena herdik. Selalu ayah marah Hani sebab tak pandai bersosial dengan orang, tak nak bercampur dengan orang. Masa kecil dulu kakak nombor 2 aku, Wani ni jenis nakal. Kalau dia buat salah, Mak dapat tau, dia pandai pusing kesalahan tu ke Hani. Sebab Hani tak reti menjawab, tak reti cakap banyak dan kak ngah pulak pandai berdolak dalik, last-last mak ayah marah Hani. Tapi tu dulu, sekarang kak ngah dah berubah, dia pun sayangkan Hani.

Hani juga tak ada kawan, di sekolah atau zaman university dia sorang je. Hani bukan tak nak kawan, tapi dia tak pandai nak cari. Tambah sikap dia yang diam, mana orang nak minat berkawan. Ada pun Cuma datang ambil kesempatan je, nak jadi sleeping partner. Macam mana aku tau? Sebab banyak-banyak adik beradik, Hani lebih rapat dengan aku. Susah nak faham Hani, mak ayah pun sukar nak faham dia. Tapi aku je jenis manja sikit. Sebab tu Hani lebih mesra dengan aku. Apa-apa hal semua Hani share ngan aku, tambah aku jenis boleh mendengar dan terima apa-apa cerita.

Bila masuk sekolah menengah Hani ada sakit kemurungan. Dia suka berkurung dalam bilik. Aku tahu mungkin dia terluka dan putus asa dengan layanan orang kat dia. Mak ayah pun masa tu tak berapa nak cuba faham dia. Tak pernah nak cuba dengar isi hati Hani. Cikgu pun pandang dia semacam. Hani rasa tersisih, macam dia tak diperlukan dalam dunia ni. Aku cuba faham perasaan Hani. Aku terbaca diari dia. Ya salah baca diari orang, tapi aku sayang dia, sebab tu aku baca.

Maaf lah intro pasal Hani ni panjang sangat. Sebab aku nak korang faham dulu siapa Hani. Supaya korang faham kenapa Hani jadi macam tu (bakal diceritakan kejap lagi). Sampai habis SPM, Hani masih dengan kemurungan dia. Ada masa je dia okey. Dalam tenggah tunggu result SPM tu, aku perasan perubahan Hani. Dia cakap sorang, senyum sorang. Tapi ni first time aku nampak Hani betul-betul bahagia, macam orang bercinta. Tapi masalahnya dia bercinta dengan siapa? Senyuman manis macam orang dilamun cinta, tapi senyuman tu untuk siapa? Mana ada orang dengan dia masa tu.

Aku diam je. Aku perati je selama 3 bulan tu.

Aku sebagai Hani (jalan cerita berdasarkan diari Hani dan cerita yang Hani share dengan aku)

Seminggu dia datang. Dia yang ubatkan pingang aku yang sakit kerana jatuh di bilik air tempoh hari. Aku tahu dia bukan orang. Sebab dia boleh masuk dalam bilik aku yang berkunci pada waktu malam. Mula-mula aku takut dengan dia. Muka dia putih, pucat sangat. Rambut dia saja berwarna hitam lurus di sisir kemas. Kadang-kadang datang cuma berseluar, kadang-kadang berbaju, cincin di jari banyak. Mukanya saja tak macam manusia normal yang sihat. Dia cakap dia nak jadi kawan aku.

Ada kemurungan ni, buatkan aku sukar untuk tidur malam, mungkin dah jadi insomnia. Cikgu, mak dan ayah serta adik-beradik ada tanya aku, kenapa aku jadi begini. Kenapa aku selalu sedih. Aku diam. Aku tak ada jawapan tu. Mungkin jiwa ni dah rabak teruk. Tak ada harapan untuk teruskan hidup. Tapi sebab aku ingat pesan doctor Ija, bunuh diri berdosa besar.

Hari demi hari dia selalu datang. Melawat apabila malam menjelma. Dia suka bercerita, menyanyi dan temankan aku tidur hingga siang. Aku dapat rasa kemurungan aku makin hilang, sikit demi sikit. Mungkin gembira dengan dia. Tak sabar tunggu malam datang, hanya waktu itu aku boleh jumpa dengan dia. Perwatakan dia kasar, Tapi dia tak pernah bertindak kasar dengan aku. Oh ya… Yael itu nama dia.

Semalam dia tak datang. Aku tunggu sampai pukul 2. Dia tak muncul hingga aku tertidur. Bila aku sedar aku ada di tempat lain. Di tempat lapang, belakang ada hutan gelap. Bila aku toleh, dia berdiri dah di depan aku sambil tersenyum. Dia saja nak bawa aku jalan-jalan di luar. Kami habis malam bersiar di dalam hutan. Aku tahu tak masuk akal, mugkin aku dah gila. Tapi sepanjang aku hidup, ni kali pertama aku rasa happy. Selain dik Na, dia je yang prihatin dengan aku, nak kawan dengan aku.

Tamat aku sebagai Hani

Masa dengar cerita dari Hani dan baca diari dia, aku ingat Hani ada gangguan jiwa. Ye la dah sebelum ni dia tekanan. Mungkin laki tu cuma khayalan dia je. Tapi jujur bulu roma aku meremang masa baca diari dia. Macam ada orang perhati.

Satu malam tu aku mimpi. Yael kenalkan diri dia. Muka dia lebih kurang macam watak jahat joker dalam cerita movie suicide squad tu. Tak ada lekuk kat atas bibir dia. Tenggok wajah pun, rasa macam jahat je. Tapi lepas aku jaga aku tak fikir pun itulah jin yang nak damping dengan Hani. Aku ingat cuma mainan tidur aku je. Dah banyak sangat dengar cerita daripada Hani kan..

Malam dalam mimpi tu, Yael duduk atas kerusi dekat meja belajar aku. Senyum sinis. Lepas tu dia cakap..

“Keluarga kau tak sayang Hani, aku nak bawa dia ke tempat aku.” Yael (lebih kurang macam tu lah kata dia)

Habis dia cakap, dia ghaib. Aku cuma termanggu je. Lepas tu sedar daripada tidur. Seperti aku cakap tadi. Esoknya aku tak fikir apa pun. Ingat mainan mimpi.

Satu hari tu. Aku tidur lambat sebab layan novel. Masa tu aku duduk di ruang tamu. Depan sikit ada bilik Hani dan sebelah bilik Hani adalah bilik aku. Jam dah pukul 2. Mak ayah semua dah tidur. Sunyi je rumah. Tiba-tiba aku dengar suara lelaki daripada bilik Hani. Hani pun macam berbual dengan dia. Kejap ketawa kecil, kejap bergurau. Macam pasangan couple yang tengah date. Aku pekup telinga. Dalam hati macam tak percaya, tak akan Hani bawak balik lelaki dalam bilik.

Lepas tu aku ketuk pintu bilik Hani. Suara sembang tu diam. Sunyi sepi. Hani buka pintu, bilik dia gelap ya amat, Cuma ada lampu jalan kat luar je. Memang dia tak tidur lagi. Dia senyum je. Ada bau pelik, tapi bukan bau busuk. Cuma bau tu pelik.

“Kak Hani cakap dengan sape?”

“Owh dengan Yael..” Sambil mata dia melirik ke arah belakang pintu.

Sempat dia gamit tangan panggil Yael datang menyapa aku. Memang aku macam rasa ada orang belakang pintu. Meremang bulu roma aku time tu. Lepas tu aku cakap, aku dah ngantuk. Takut kalau Yael jelmakan diri pula.

Lepas kejadian tu aku dan Hani jalankan hidup seperti biasa. Aku pun dah lupa kejadian pernah jadi tu.

Sampai satu petang, hampir maghrib. Mak ayah, kak long dan adik bongsu pergi rumah nenek. Yang ada Cuma aku, Hani, dan adik bawah aku, masa ni kak ngah da di hostel dia. Aku di ruang tamu tonton tv dengan adik, Hani pula baca buku atas katil bilik dia. Pintu bilik dia dibuka. Jadi kami boleh nampak aktviti dia. Masa dah hampir senja dah. Suram je keadaan time tu.

Tenggah seronok tengok tv, mata aku tertangkap kelibat lelaki duduk di kerusi dalam bilik Hani, tajam tenung Hani. Lama juga aku tenggok dengan ekor mata. Bila aku toleh, dah tak ada. Terus rasa tak ada mood nak tenggok tv. Aku nak melangkah masuk bilik. Adik aku pun turut sama ikut. Dia diam je. Tak cakap apa.

“Lina apasal kau ni, macam nampak han..”

Lina pekup mulut aku sambil peluk aku.

Sebab takut nak cerita dengan suara, dia cerita melalui whatsapp je.

Dia tanya aku ada perasan apa-apa tak tadi?

Aku pun buka la cerita, pasal apa yang aku nampak.

Lina pun cerita la..

Selama ni dah lama dia macam ternampak ada bayang lelaki dalam bilik Hani. Terutama malam, adakala masa dia pergi tandas, dia dengar Hani berbual dengan suara lelaki di dalam bilik. Lepas esoknya aku mesej ayah. Aku cerita semuanya. Tapi ayah cakap mengarut je. Mak pula cakap nak bawa Hani jumpa psychiatry masa esoknya.

Bila jumpa Doktor, doctor cakap Hani ada Skizofrenia. Tapi aku tak percaya. Aku yakin Hani tak sakit. Cuma ada sesuatu. Lina pun yakin. Sebab hanya kami berdua nampak dan rasa sesuatu pada Hani.

Lepas tu aku curi-curi baca diari Hani lagi.

Ni cerita dia. Aku sebagai Hani.

Yael, aku tahu dia makhluk lain. Tapi dia je yang ikhlas kawan dengan aku. Dia je yang selalu teman aku masa aku sedih, saat aku rasa aku tak berharga dalam hidup sesiapa, dia yakinkan aku. Dia ikhlas sayang aku. Sekurangnya ada juga yang sayang aku kan. Semalam Yael bawa aku jumpa dengan orang-orang dia. Semua gembira sambut aku. Tempat dia macam dunia sini juga, moden tak de lah rumah kayu macam cerita orang-orang dalam buku. Sampai masa aku akan dibawa ke sana.

Satu hari Hani pesan jaga mak ayah elok-elok, suruh aku belajar rajin-rajin. Macam-macam dia pesan. Dia cakap mungkin dia akan pergi jauh. Yael dah ajak dia tinggal di sana. Aku menangis tak kasi. Dia Cuma senyum je. Dia cakap dia lebih sanggup ikut Yael.

Aku lari bagitahu mak ayah. Cerita semuanya. Lepas beberapa hari Mak ayah akhirnya cari juga sorang imam masjid, imam dan tiga orang laki tu datang lepas solat isyak. Dia baca sesuatu, dari rumah sampai la ke bilik Hani. Dia scan Hani, tapi tak ada apa-apa. Hani pun tak meracau pun. Imam tu macam baca sesuatu, kat sorang laki yang ikut dia tu. Dan tiba-tiba laki tu ubah watak.

Senyum sinis tengok kami sorang-sorang, mata tajam je. Dia duduk atas sofa sambil silang kaki. Lagak macam bos pun ada. Dia tak la mengamuk ke apa. Dia senyum sinis memanjang sambil tenung imam.

“Assalamualaikum..” Imam

“Em..” Yael (dalam badan sorang laki)

“Siapa engkau?” Imam

“Yael..”

“Apa agama kau?”

“Tak ada.” Yael

“Dari mana kau datang?” Imam

“Dari satu tempat.” Yael

“Kenapa ganggu gadis ni?” imam

“Dia kekasihku.” Yael

“Manusia dan jin tak boleh bersama” Imam

Yael ketawa.

“Aku tahu..”

“Habis kenapa ganggu gadis ni.”

“Aku tak ganggu.. hanya menemani.” Yael

“Tinggalkan gadis ni..” Imam

Yael berubah marah. Senyuman dia mati.

“Kamu semua takut dia pergi? Tapi kamu tak sayang dia.” Yael

“Itu bukan urusan kamu, itu urusan keluarga dia.”

“Dah jadi urusan aku, sebab dia milik aku.” Yael

“Kalau kau masih tak lepaskan dia, aku terpaksa bakar kau..”

Berlaku pergelutan sengit, dan Hani menangis. Lama juga, hampir dua jam. Tiba-tiba je Hani berubah watak. Habis dia tolak mak ayah yang pegang dia. Dia lari keluar tapi sempat dihalang oleh ayah dan sorang lagi abang yang datang bantu imam.

Hani kemudian, duduk di depan pintu. Sementara ayah dan yang lain jaga pintu takut dia lari. Hani duduk macam orang bertafakur. Diam je kat situ. Imam pula terkumat kamit baca sesuatu. Lepas dalam 20 minit, Hani buka mata, dia senyum sinis.

Imam pula bangun tinjau di luar.

“Dia panggil orang dia datang. Mad, kau telefon ustaz Bad suruh dia datang sini.” Imam

Imam bersila semula. Dia cakap dia tak mampu nak urus sorang. Dia cuba yang mampu.

Bila ustaz Bad datang, Ustaz Bad terus duduk di depan Hani. Imam pula urus yang luar. Ustaz Bad ni cara dia macam tak marah-marah. Lebih kepada memujuk. Berlaku dialog antara ustaz Bad. Aku cerita je la ek. Lepas sesi pujuk memujuk, Yael setuju masuk islam bersama orang-orang dia . Lepas tu Hani terus pengsan.

Ustaz Bad cakap, susah nak ubatkan Hani dalam masa sehari. Bila jin dah jatuh cinta, susah dia nak lepaskan. Lagipun Hani sendiri rela hati terima Yael. Hani sendiri dah bersiap untuk pergi bersama Yael. Bila-bila masa saja, Yael akan ambik Hani pergi. Cara kitaorang sekarang bukan menentang makhluk halus, tapi dah macam tentang hubungan sepasang kekasih. Selagi perasaan sayang Hani tu kuat, lagi kuat lah Yael melawan.

Kata ustaz dan imam, Yael bukan jin mehran biasa, lebih kurang macam bunian tapi bukan islam, sampai lah hari ustaz Bad islamkan dia. Dia ketua dalam satu komuniti jin. Macam mana Yael boleh jumpa Hani, adalah masa Hani pergi perkhemahan beberapa tahun dulu. Yael dah intai Hani dah lama. Sebab kan Hani makin sakit kemurungan, Yael mula dekati dia.

Beberapa hari lepas tu, Hani hilang. Seharian kami tak jumpa dia, padahal sebelum tu dia ngan aku tonton tv je. Sekelip mata tanpa sedar dia tak ada. Baru la masa ni mak menangis. Mak salahkan diri sendiri sebab tak pernah cuba faham Hani. Keesokannya Hani balik, jumpa dia tidur atas katil dia. Lepas pada tu, ustaz bad akan datang rumah tengokkan Hani seminggu sekali. Mak ayah selalu pujuk Hani. Tapi Hani dah macam cinta mati. Aku dan adik-beradik pun pujuk, tak jalan juga. Sekarang masih berubat.

Disini aku nak kongsi sikit..

Kalau ada keluarga korang kemurungan ke, sakit ke. Tak kira la sihat atau tak, janganlah sisihkan diorang. Aku tak pandai nak bagi nasihat. Tapi tolonglah jangan sisihkan anak-anak atau adik-beradik walau dia lain dari yang lain. Jangan bezakan anak-anak. Anak-anak juga Cuma manusia biasa, serba kurang. Sebab Hani jadi macam ni, sebab hati dia dah tak ada harapan kepada manusia. Paling aku sedih, Hani pernah fikir nak bunuh diri dulu, masa tu dia tak jumpa lagi dengan Yael. Banyak dia tulis dalam diari, dia nak pergi jauh, dia tak nak duduk sini. Dia rasa diri dia macam terasing dari manusia. Sebab tu dengan mudah dia terima kasih sayang makhluk lain. Ada sesekali aku masih ternampak bayang lelaki mirip joker di bilik Hani.

Aku boleh rasa perasaaan Hani. Aku tak salahkan dia sebab bercinta dengan lain kaum. Aku sayang Hani. Aku harap Hani bahagia tapi bukan dengan makhluk lain.

66 thoughts on “Cinta Mati Dengan Jin Mirip Joker”

  1. dalam banyak2 cerita, ini la cerita yg lain skit dr yg lain.. Harap ada sambungan, nak tau perkembangan kakak awk tu.. semoga dia kembali sembuh.

    Reply
    • btul tu byk2 crita kt fs ni lain sket,yg baru2 psal llaki jtuh cnta dkat jin..lbih kurg jgk cite dia,cnta mati dgn jin

      Reply
  2. Sedihnya..luka hati yg bertahun lamanya mmg sukar diubati..bawa lah hani pegi jln jauh dari rumah supaya boleh bertukar suasana

    Reply
  3. Sedihnyaaa, hmm, kim salam sayang kat kakak hampa.
    hope parents hampa berubah, n mula faham situasi Hani tu.

    Reply
  4. Biasa baca pasal depression ni dari cite2 overseas je.. Memang bahaya kan.. Hope korang satu family tabah and moga Hani kuatkan diri dia..

    Reply
  5. serius best cara ko cerita…n how u describe pon best..cter pon menarik .dah macam novel omputih aku baca..ketua jin plak tu..giler ah

    Reply
  6. sedihnya..semoga Hani cepat sembuh..faham sangat dgn perasaan Hani sebab ceq pn ada adik yg senasib mcm Hani..cuma nasib adik ceq ada baik sikit..bila ingat balik kisah adik zaman dia kecik2..memang menangis sendiri sebab terasa gagal jd seorg kakak..huhu..alhamdulillah adik ceq da pn kawen n menjalankn hidup mcm biasa..

    Reply
  7. hehe.. jahat aku..dh byg cerita love story..mcm best je..
    tapi…

    moga kakak awak dipelihara Allah dan family mak bapak awk bg perhatian pd kakak awak.. kesian dia

    Reply
  8. Best cite ni..so far ini cerita plg best aku baca..tetiba teringat plak zaman aku muda dulu..slalu mimpi sayang pd sorg lelaki tp muka dia x pnah aku nmpk..cuma susuk tubuh dia je..slalu aku nanges dlm tido smp terjaga..rindu..syg yg amat pd org yg aku x tau sapa..perasaan tu x tau mcm mana aku nk gambar kan..apa pun semoga Hani tabah

    Reply
  9. depression ni sgt serious. ur family kene change attitude towards Hani. ur parents especially kene tunjuk kasih syg dorang pd ur sis

    Reply
    • Sokong.. Kene keluarga kena bnyk dekatkan diri dngn Allah jg…dan bnyk doa… N mungkin boleh slalu melapangkan diri cuti sma². Berkelah bersama-sma… Rapatkan hubungan

      Reply
  10. Kalau ada nampak sesiapa mcm down@kemurungan@depression, tolonglah ambil tindakan.. jgn biarkan mereka.. sbb org deprssion ni, xde lain dh dia fikir, nak bunuh diri je.. nauzubillah..
    Byk kes org dewasa bunuh anak2 n bunuh diri sndiri adalah sbb depression.. nauzubillahiminzalik..

    Reply
  11. Best sharing ni.. Harap ada lah sambungan..sebagai seorang yang masih dlm proses baik kemurungan..boleh relate sgt..

    Reply
  12. Haah cerita ni mcm lain sikit sbb kak kau dah jatuh Cinta…org jatuh Cinta mmg payah la… Harap kak kau sedarlah Nanti yg …tapi mmg susahkan nk lupakan bila dah Cinta ni.. Allahu mcm ni pun ada ya…
    Subhanallah masaha Suci Allah yg menciptakan segala makhluk…

    Jin golongn mana kah Yael tu…

    Kesiannya Hani rsa tersisih… Depression… Mmg klu kita disisihkan kita akan rsa kehilngn tmpt bergantung dan rsa gelap je hidup…putus harapan.

    Harap cerita ni dpt kita jadikan ikhtibar dlm hidup kita… Pengajarab yg sngt berguna…

    Reply
  13. Saya tulis cita ni sebab saya tak nak orang macam kakak Hani di layan mcm tu. Saya kesian dia. Saya sayang dia. Kadang tu rasa serba salah pisahkan Hani dengan Yael..sebab yael juga yg bantu kak Hani lawan sakit dia. Dalam masa sama serba salah,dah ustaz pun cakap manusia dan jin tak boleh bersama. Nanti saya cerita lain.

    Reply
    • Hi dek na. Cdgn akak, jgn biarkan kak hani awk bersendirian lama2 kat bilik. Makin terkenang dgn dgn Yael. Mngkin parents awk sibuk dgn kerja, tp adik beradik boleh gilir2 bawak Hani keluar dr rumah. Pegi taman ke, usrah kt masjid ke. Ajak masak sama2, lipat baju dll. Bnyk aktiviti blh buat kat luar.

      Adik beradik (pulak2 semua pempuan) jgn asyik memerap di bilik layan henpon.. (bukan tuduhan, hasil pemerhatian dgn sedara mara sndiri je). esok2 dah kawin, susah dh nak jumpe kakak2. Hargai mase yg ade..

      Reply
  14. sambil baca cerita ni aku boleh bayangkan camne rupa yael tu.. dh la aku minat giler joker a.k.a jared leto tu..btw best giler story harap hani sembuh

    Reply
  15. Tetiba terbayang Edward cullen teman bella tido dalam movie twilight, aishh, Moga dipermudahkan urusan keluarga kalian.

    Reply
  16. Tetiba aku terfikir, rupa yang kita nampak tu sebenarnya x betul kan? I mean yael menampakkan rupa yang dia nak nampakkan je..tp wajah sebenar dia lain dari tu..dia just mengaburi pandangan hani..memang betul sweet tapi bila aku fikir balik, seram..huhu

    Reply
  17. Good job dek na, best cerita, teratur dan senang nk faham…tak berbelit..cuma nk tegur je sikit..ejaan tenggah dan tenggok tu…”g” satu je hehe….tengah, tengok….maaf ye, bkn nk menjatuhkan, cume teguran aje..sy jd baca “teng gok” , ” teng gah”…? hrp tak ambil hati ye…cerita lagi dek na, nak tahu kisah lebih lanjut..tq

    Reply
  18. Baiknya yael dekat hani .. kesian la pulak nak pisahkan hani dgn yael .Tapi dia bukan manusia mcm kita . Jin tetap jin . Apa apa pun semoga hani nampak jalan yg terbaik utk diri dia

    Reply
  19. Sepatutnya jgn biarkan hani bersendirian dlm bilik..temankan dia selalu..ajak adik2 lain tido dgn dia..mengaji setiap hari dlm bilik dia ramai2..org yg bersikap spt hani mmg tak boleh dibiar sorang..mmg confirm la ada makhluk halus ambik kesempatan..dktkan diri pd agama..pasang rukyah spjg mlm dibilik hani..mmg ustad boleh bantu atas izin Allah tp hani dan famili dia sendiri kena ubah cara hidup sama..parent hani pun salah juga krn biarkan hani begitu terlalu lama..moga hani sedar hakikat manusia dan jin mmg tidak boleh bersama.

    Reply
  20. tetiba aku rasa sedih. terasa macam diri aku lak. dari kecik lagi..aku selalu rasa aku takde kawan. xde sape nak kawan dgn aku. semua org tak suka aku. smpai la sekarang ni. kdg2..aku terfikir nak bunuh diri. sebab xde sape yg faham aku..kdg aku nak sgt gi alam lain. biar padan muka korg smua..aku dah takde. ada ke org kisah kalo aku takde? mgkin ta perasan..sbb takde sape kisahkan aku. cumanya..aku takde la jmpe makhluk dgn cara camni. gangguan tu ada..mcm kene tindih ke..tapi yg aku perasan, gangguan camtu muncul masa aku tgh stress/depress/sedih sgt2

    Reply
  21. srs sedih gila,nak nangis dah pun…kalau tak dsbbkan yael datang,parents hani sampai bila takkan sedar…tapi bersyukur sbb hani ada adik prihatin mcm dekna dan lina…semoga hani ceria selalu

    Reply
  22. Apa yang terjadi pada Hani sama macam aku. Sebijik macam aku. Aku mengalami kemurungan, aku seorang pendiam, aku tak ada kawan, pernah kena buli. Aku faham apa yang Hani rasa. Dari kecik sampai sekarang aku masih macam ni. Hmm…

    Reply
  23. Makcik phm hani sbb makcik mcm hani..senyap..selalu dibuli, kena tanggung salah org kt rumah & sekolh…& eh mmg sama la..ms tadika rs nk bunuh diri..bgun pukul 3pg bsiap nk lari dr rumah..12 tgh mlm keluar rumh tgok bntang smbil ckp sorg2…tu je y menenangkn hati..masih d sek rendh mana nk tau pasal solat zikir pnng hati tu..

    Tp mnusia bbeza jlnnya..klu hani jd kmurungn, mkcik lbh mgalihkn rs sedih pilu gn marah tu pd buku & kucing..24jm dgn 2 benda ni je..smpi akhirny jumpa buku2 islamik tasawwur y akhirny menormalkn hati mkcik blik. Bila dh dewasa..pndai2 lah pujuk hati.asas dh ada..

    Reply
  24. aku rasa mcm jatuh cinta lak dgn watak yael ni huhuhu.boleh bygkan keikhlasan dia menerima seseorang yg diabaikan , dipinggirkan, sentiasa menemani di waktu sedih ..omg..aku doakan semoga hani akan berjumpa dengan lelaki yg sama baik nya mcm yael melayani dia.

    Reply
  25. Aku sampai skang pun still kemurungan…
    masa darjah 3, aku pernah minum clorox sbb nk mati.. sbb aku rasa semua org keliling aku x sayang aku…
    tp….kenapa aku x mati ek minum clorox? sampai aku dh umo 32 tahun ni pun still aku dok fikir..nape la aku x mati masa minum clorox tu..
    tp, lepas tu aku terus start tulis diari…tu je la cara aku nk hilangkan kemurungan, kesedihan…

    Reply
    • Moga sentiasa tabah jalani ujianmu saudara. Ini semua mainan syaitan yg mahu rosakan manusia sementara ujian dasyat Dajjal akan tiba. Moga kita semua kuat dan buat persediaan iman dan hati menempuhi ujian maha dasyat itu.

      Reply
  26. wow… best sgt cerita ni.. Moga Allah bg banyak2 kebaikn kat Yael, balas kebaikn dgn cara lain yg lebih baek.. Mybe sbb Yael tu mmg baek sbbtu senang masuk islam & islamkan sekali geng2 jin bawh dy.. huhuhu… Love story plg sedih aku rasa sbb xbleh bersama.. Ksian dodua.. Kesian sgt dgn Hani.. Xpatut sgt buat mcmtu kat dia, layan dy mcmtu. Smpai makhluk alam lain bleh jatuh ksian kat dy, pada lah parents boleh lyn sampai tera tu.. anak ngadu mcm2 pun bleh xkisah ingat gangguan perasaan & bwk jumpa psychiatrist ja. Mcm endah xendah sgt.. Mohon parents berubahlah lepasni, jgn nak berlagak tegas sgt,, jd kawan anak2, tnjuk sayang anak2.. tegas tu cuma masa nak disiplinkan anak2 kecik ja, dh anak besar2 diorang perlukan emosional support. Tambah klu yg memang xdapat dr kecik. Sayang xnak tunjuk, simpan sorang2 buat apa? Bila ada yg lain yg tnjukkan kasih syg tu kat anak sendiri baru tahu nak merana..

    Reply

Leave a Comment