Cinta Pengasih

Assalamualaikum kepada pembaca FS.
Saya dikenali sebagai Ana berumur 22 tahun . aku nak berkongsi sikit kisah yang tak berapa nak seram , mungkin ni juga boleh ambil iktibar untuk pasangan bercinta .

Firstly, aku baru start praktikal pada tahun 2016 kurang pada sebulan aku ada kenal dengan sorang lelaki ni  Farhan. Si Farhan ni kerja kilang dekat dengan ofis aku. Aku tak tau macam mana dia boleh add aku dari wechat mana si Farhan dapat id wechat aku tak tau la. Permulaan memang kami chat macam kawan biasa and selama duk chat aku tak pernah nak jatuh hati dekat dia .
Selama aku praktikal 4 bulan aku tak pernah terniat nak jumpa dengan si Farhan sampai la aku habis praktikal then lepas 3 bulan masa ni dah tahun 2017 aku pun masuk kerja balik dekat company pernah praktikal.Dalam sebulan aku kerja, Farhan mula duk contact aku balik dikatakan 24 jam aku asyik pegang fon saja and dalam berapa hari saja kita orang declare sebagai pasangan kekasih.Farhan memang suka bagi ayat-ayat manis saja kata nekad nak hidup sekali .
Dalam waktu kerja aku ajak dia lunch sekali . itu kira 1st date kita orang la (dalam hati time tu aku rehat dengan bangla ka ni) hahaha jahat jugak aku ni, tak sampai berapa hari,dia ajak jumpa lagi hari weekend. Dia memang berani jumpa family aku siap turun kereta jumpa mak aku cakap ‘makcik nak bawak anak makcik keluaq sat noh’ . Masa dalam kereta aku senyap ja tak cakap banyak.Dia ni yang terlebih peramah.Masa ni dia bawa aku jejalan dekat 1st avenue.

Keluar dengan dia macam biasa dia belanja makan aku belanja wayang. Kita orang kalau keluar memang seharian maghrib baru balik.
Lepas beberapa hari perasaan sayang aku dekat dia makin menjadi jadi, aku angau terlebih setiap malam aku akan call dia.aku pulak pakai line memang aku saja la duk kena call dia. Kalau chat saja memang akan ada perkataan ILOVEYOU, IMISSYOU tak sampai brapa minit chat memang akan ada perkataan tu. Dalam minggu kedua aku kenal dia time tu aku ada open house under ofis aku laa aku kena paksa p, malam kan open house tu so aku minta tolong dia ambilkan aku.

Diatime tu memang sanggup la buat apa pun bila aku suruh. Dia ni terlalu cakap banyak then suka bercerita pasal diri dia, aku dikata kan setiap minggu akan keluar dengan dia sampaikan balik kerja pun dia sanggup ambil hantar balik rumah. Ada hari kita orang jumpa dia, ada cerita pasai ex gf ada guna guna dekat dia sampai dia jadi bodoh la, aku time tu mula rasa perasaan kesian dengan niat nak jaga dia.Farhan memang dah kenal habis dengan family aku, family aku bbq siap jemput dia lagi.

Okey aku nak pendekkan cerita aku, aku karang pun waktu kerja ni curi tulang sat.Last sebelum hubungan kita orang jadi tergantung.

Hariahad kira last date kita orang la, aku awal awal pagi dia dah ajak keluar dalam pukul 930. Kita orang just tengok wayang, macam biasa aku yang belanja wayang, tengok Annabelle. Dalam wayang aku ada minta fon Farhan and dia tak bagi langsung lepas habis je wayang aku bebai dah kira sepanjang dalam mall tu aku memang tak jalan dengan dia. Masuk je keta dia pujuk aku pegang tangan aku la apa la lepastu aku automatik rasa kesian gila and rasa makin sayang lagi ada, dah okey apa semua kita orang pegi lunch pizza hut dalam masa tu dia ada bagitau aku dia kena puasa 11 hari ( aku tak tau la puasa apa) dia bagitau jangan ingat dia tinggai aku pulak.

Okey malam tu aku jadi macam orang gila, aku tayang semua dekat laman sosial gambar aku dengan Farhan sampaikan dp ws aku pun dengan dia, malam tu dia tak text aku langsung so aku anggap dia penat keluar ngan aku.

Masuk hari isnin pun dia still senyap, aku selalu dapat morning wish kot tiap hari, tak rasa pelik ka. Naluri sorang perempuankan mesti macam macam tlintas dalam fikiran.Malam isnin tu aku text dia cakap aku nak call dia nak cita pasai tempat kerja aku kena marah kot.Petang aku chat malam baru reply tu pun macam macam alasan dia bagi kata tlelap la kata hantar adik tuisyen la sampai aku tak tahan sangat aku call line busy kot duk call orang lain sejam kot sedih gila aku.

Esokhari tu aku text dia tanya dia ada perempuan lain jujur jangan buat aku ceni, okey lepastu dia bagitau dia duk belajar ilmu allah (makrifat,tarekat) aku tak brapa tau sangat huhu lepas aku dapat tau tu aku terus jadi murung sampai sakit, makan pun tak lalu asyik menangis ja yang aku tau.

Dalam minggu tu kira aku kaya ngan air mata jela , kerja aku pun terganggu asyik teringat dia, balik ja kerja aku akan berkurung dalam bilik kira macam aku rindu sangat sangat dekat dia.Family aku memang tengok pelik sangat dah perangai aku seminggu kot aku lain gila perangai.

 

Masukminggu kedua dia tak contact aku, niat family aku nak berubat kakak aku dekat sorang ustaz ni, so mak aku pun saja bertanya pasai dia.allahuakbar, ustaz suruh renggangkan hubungan kita orang.

Farhan ni juga suka putar belit and dia punya mak memilih jenis nak satu spesies juga, anak mami kan and dia tak belajar pun ilmu ilmu lain dia nak diamkan diri dari aku ja. Huhu . Dia ni ada memakai. Memakai dia guna pengasih ayat al-quran ( ada mantra ) korang jangan nak try pulak okey, aku tak tau ilmu ni berdosa ke tak. Kira setiap kali aku keluar dengan dia memang dia ada baca baca bagi aku ni ada perasaan membunga bunga dekat dia. Aku tak tau la kenapa dia nak buat guna cara macam tu.Allahuakbar tu baru 2 bulan kenai rapat, aku rasa kalau aku terima dia awai awai dulu lagi hancur apa.

Pasal puasa 11 hari ada sesiapa tau boleh share sini . Okey sampai sini saja thank you siapa yang sudi baca cerita aku yang berbelit ni, pengajaran dia nak bercinta boleh tapi kena hati hati ja macam aku perempuan jenis cepat sangat percaya orang.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

27 thoughts on “Cinta Pengasih”

  1. Ya…jgn mudah percaya dgn kata2 manis lelaki yg konon cinta..sayang..rindu..tp dating awek yg belanja makan..belanja tgk wayang dan awek lak yg hari2 calling berejam mlm2..duit si lelaki sengal tu jimat la..spesis mcm ni kalau dibuat laki mmg bini la yg akan tanggung dia sampai mati..so hang jadi bingai sgt..dpt marka lagu ni tinggai ja..buang masa dan buang duit hang ja..lagi satu nak habaq kalau pelik tgk diri sendiri mcm angau semacam kat marka sampai abis duit pi refer kat ustad2 yg boleh tgk..

    Reply
    • It’s true.
      Tapi kalau dah kene hembus hembus n ayat ayat, dari marah terus jadi bertambah rindu dan sayang.

      Orang tk pernah kene,tak tahu perasaan tu.

      Banyak kan berpuasa. And rajin kan diri membuat perkara berfaedah.

      Reply
  2. Syukur Alhamdulillah Allah bg tunjuk awal² .. nasib baik la dik ko cpt berubat walaupun hanya kebetulan.. apa pun lps ni kena lbh berhati² dlm memilih kwn..

    Reply
  3. citer ko ni mengarut la..smpi mkn pizza hut apa smua nk citer…sakit otak aku pikir..apa yg ko cuba sampaikan..tp bila ko bgtaw ko bdk wechat..aku paham la napa citer ko pening mcm dak2 wechat gak..haha

    Reply
  4. dik, nak becinta zaman sekarang ni janganlah nk wechat2..pastu jgn cepat nak jatuh hati..kalau first date semua duit ngko and pastu duit ngko lagi..ko bye2 jelah..kalau die suh bayar asing2 takpe lah jugak ni hat die pon hang nak bayaq hang bye2 lah cepat2…

    Reply
  5. ko cakap ko main wechat kan? skrg aku dah paham kenapa cerita ko ni ayat belit2, xdak lgsg tanda noktah ka, koma ka,. penat aku baca. satu ayat tu aku ulang 2-3x nak bagi paham

    Reply
  6. Salam berkenaan puasa 11 hari ni , berkait rapat dengan ilmu pengasih paling power dan boleh rindu sampai mendayu dayu menangis bagai nak gila . Ilmu pengasih Jaran Goyang atau Ilmu Pengasih Batak Karo nama dia . Hati hati .

    Reply
  7. bahasa budak2 wechat sgt dik oiiiiii… x rse mcm baca cter fiksyen/seram ape pun just rse mcm luahan hati seorang gadis yg baru sedar hakikat cinta je?

    mcm dok sesuai je dik nk cter mslh awk kat sini. standard bebudak baru umur awal 20-an baru kenal erti hidup ape itu cinta sahaja.

    Reply

Leave a Comment