Aku Hira, baru berkahwin dengan suamiku Raihal, atas dasar suka sama suka. Baru pun tak baru sangatlah, dah 6 bulan. Perkenalan kami hampir 5 tahun, namun percintaan kami terlalu singkat. Genap sebulan bercinta, Raihal suarakan hasratnya untuk berumahtangga. Memandangkan kesungguhan dia yang tak putus-putus memujuk, aku bersetuju. Walaupun jauh di lubuk hati seolah-olah menidakkan kata setuju yang keluar dari mulut.
Kami bertunang selama sebulan, persiapan pun ala kadar saja. Jujur aku cakap, perkahwinan kami kelam kabut macam orang kena tangkap basah yang terpaksa kahwin cepat-cepat. Tapi aku cuba positif, maybe Raihal betul-betul tak sabar nak menempuh alam rumahtangga.
Aku bekerja sebagai seorang setiausaha di sebuah syarikat pembinaan. Manakala Raifal pula seorang Doktor. Raihal memang kacak, kadang-kadang aku rasa macam tak sepadan dengan Raihal. Ibarat Prince Charming dan Puteri Katak. Sepanjang perkenalan kami selama 5 tahun, pelbagai masalah pernah Raihal luahkan pada aku, antaranya masalah kakitangan hospital yang asyik menyendeng atau lebih tepat, cuba memikat dia. Aku? Senyum saja. Memanglah ramai datang menyendeng, dah dia handsome sangat. Perkenalan kami melalui Isfa, sepupu aku merangkap officemate Raihal. Sejak diperkenalkan oleh Isfa, terus kami jadi BFF.
Sepupu Raihal, namanya Kamal. Aku kenal Kamal lepas kami bertunang, dan bermula dari tu aku perasan macam Kamal tak sukakan aku. Entahlah..instinct kot. Rumah Kamal bersebelahan dengan rumah MIL (Mother in Law). Setiap kali aku pergi rumah MIL, Kamal mesti ada sekali. Aku perasan macam dia curi-curi pandang aku. Bila aku pandang dia, cepat-cepat dia kalih pandangan dengan jelingan maut. Jelingan dia tu macam dia meluat menyampah sangat-sangatlah boleh aku describe. Aku pernah luahkan pada Raihal, tapi dia cuma senyum dan suruh aku abaikan saja. Memandangkan Raihal pun macam tak kisah, so aku ikut nasihat dia untuk abaikan saja walaupun hati aku rasa tak sedap.
Sebulan berkahwin, Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar walaupun masa dekat-dekat tarikh perkahwinan tu aku rasa macam dah buat keputusan yang silap. Maybe debar orang nak kahwin ni lain macam sikit. Nervous maybe. Fikiran pun bercelaru.
Kami menyewa di sebuah rumah teres jenis semi-D, masih dalam proses survey untuk membeli rumah. Rumah sewa kami ringkas saja. Perabot pun tak banyak dan Raihal ni OCD. Tak suka banyak barang katanya cepat berhabuk dan tak suka keadaan yang serabut dan padat dengan macam-macam barang dalam rumah. Aku ikutkan saja. Lagi simple, lagi aku suka. Sebab yang nak mengemas tu adalah aku. Aku pun bukan rajin sangat.
Masuk 2 bulan berkahwin, Raihal makin busy dengan kerja. Kadang-kadang sampai tak balik rumah. Kalau balik pun mesti dah jauh malam. Entah..aku pun tak faham. Maybe macam tu kot kerja doktor. Oleh kerana dia busy dengan kerja, aku pun turut busykan diri dengan kerja aku. Kadang-kadang sengaja buat OT. Kalau balik rumah pun bukan ada sesiapa. Bosan sorang-sorang kat rumah.
1 hari tu Raihal cakap kena outstation selama 2 minggu. Jadinya dia minta sepupu dia temankan aku kat rumah. Mula-mula aku tolak, macamlah aku tak biasa duduk rumah sorang-sorang sampai nak kena ada orang temankan pulak. Tapi dia berkeras jugak nak sepupu dia teman. I follow ajek. Masalahnya, sepupu dia tu aku tak kenal. Raihal ni keluarga dia besar, aku rasa belum habis kenal lagi sedara mara sepupu sepapat dia.
Pagi isnin tu aku hantar Raihal pergi airport. Outstation dekat utara semenanjung. Raihal bagitahu sepupu dia akan datang pagi esok, aku okay ajek. Tengok Raihal pergi, aku rasa sayu. Macam berat nak lepaskan dia. Dan-dan pulak aku rasa tak sedap hati. Maybe first time berjauhan sejak berkahwin. Balik rumah terus aku prepare bilik tengah. Rumah kami ada 3 bilik. Master bedroom mestilah aku dan Raihal duduk. Bilik tengah kami buat bilik tetamu dan bilik hujung tu kami letak almari baju. Ada 4 almari baju. Baju-baju Raihal memang banyak, lagi banyak dari baju aku.
Esok petang tu, sebuah kereta Vios Hitam berhenti depan pagar rumah. Keluar sorang perempuan berbaju kurung free hair yang aku agak itu adalah sepupu Raihal. Cantik, putih melepak macam Zizie Izzete. Tak hairanlah kalau sepupu dia cantik, Raihal sendiri pun kacak. Baka-baka gred A semua diorang tu.
“Hai Kak Hira. Saya Sofia, sepupu Raihal.” Ujarnya, tangan dihulur untuk bersalam. Aku sambut salam dengan senyuman lebar.
“Hai. Jemputlah masuk.”
Aku jenguk kat luar rumah, perhatikan kereta vios hitam tu. Sebabnya Sofia keluar dari bahagian penumpang, bukan pemandu. Bermakna ada seseorang yang menghantar dia.
“Tak jemput husband masuk ke?” Pandai-pandai je aku sebut suami. Sofia pulak terus ketawa. Aku buat lawak ke?
“Bukan husbandlah. Tu abang Sofia. Kejap lagi masuklah tu. Dia tengah jawab call.” Jelas Sofia. Aku angguk je, patutlah.
Aku bergegas ke dapur, nak buat air utk dorang. Yelah datang jauh-jauh kan. Mujurlah aku ada buat bihun goreng tengah hari tadi, aku letak dalam 2 pinggan. Untuk Sofia dan abangnya. Sambil menatang dulang ke ruang tamu, nampak abang Sofia masih lagi berbual telefon. Tapi dah keluar dari kereta, tengah berdiri dekat porch membelakangkan rumah. Sofia pulak tengah heret beg pakaian masuk rumah. Dulang aku letak atas meja kecil depan sofa, berlari aku kearah Sofia, nak tolong dia angkat barang. Banyak betul barang Sofia, dah macam nak pindah duduk sini terus pulak. Padahal 2 minggu aje pun. Aku tunjukkan bilik Sofia, beg-beg dia pun aku terus letak dalam bilik. Sofia sibuk keluarkan barang-barang dia dari dalam beg. Aku ajak minum dan makan pun dia taknak, dia cakap kenyang lagi. So aku terus keluar ke ruang tamu, kan ada lagi sorang tetamu.
Masa keluar tu, aku perasan pintu bilik aku terbuka. Yang aku pasti memang pintu bilik sentiasa tertutup. Sebabnya Raihal memang pantang kalau buka pintu bilik luas-luas. Banyak kali aku kena tegur dengan dia. Oleh kerana dah banyak kali asyik kena tegur, aku pun dah terbiasa tutup pintu setiap kali masuk atau keluar bilik. Agak hairan pulak kenapa pintu bilik boleh terbuka. Tapi aku abaikan saja. Manusia tak sempurna. Maybe aku sendiri terlupa nak tutup tadi.
“Jemputlah minum dulu, tadi saya ada buat bihun goreng. Makanlah.” Aku jemput abang Sofia makan, masa tu nampak abang Sofia dah ada kat sofa. Tapi tunduk pandang telefon. Masa aku tegur suruh makan, terus dia pandang aku. Tersentap betul, rupanya abang Sofia tu adalah Kamal. Tetiba pulak aku macam keras kejung berdiri tepi sofa. Terkejut sangat tu takde la, terkesima sikit je.
“Berapa lama Raihal outstation?” Kamal tanya aku, muka dia nampak rilex je. Tak macam selalu aku tengok masa kat rumah MIL, nampak bengis dan kasar. Tapi hari ni nampak macam ada Nur pulak muka dia.
“Erk..2 minggu.” Takut-takut aku jawab. Debar tu masih ada.
“Hurmmm..lama jugak.”
Aku diam, tak tahu nak bual apa. Berdiri kaku je tepi dinding. Rasa serba salah pulak. Muncul Sofia kat ruang tamu. Rasa lega sikit. Dorang berdua kusyuk makan bihun goreng. Aku perhati je. Sofia ni memang jenis pegang telefon tak lepas, tengah makan minum pun pegang phone jugak. Kamal pulak berselera betul makan bihun goreng tu. Siap cedok sikit bihun goreng dalam pinggan Sofia. Dari situ aku agak selama ni perasaan aku je kot kononnya instinct Kamal tak sukakan aku.
“Abang Kamal tido sini jugak tau.” Ujar Sofia. Dengar je Sofia bagitau macam tu, macam ada arus elektrik mengalir dalam badan aku. Bapak segala terkejut. Seriuslah.
“Untuk malam ni saja kan?” Soal aku, cuba positif. Maybe Kamal stay sini malam ni sebab tak larat nak balik rumah. Jauh jugak perjalanan nak balik rumah dia.
“Eh..taklah. Abang Kamal duduk sini sampai Abang Raihal balik.” Terbeliak biji mata aku. Takkanlah.
“Lagipun Abang Raihal yang suruh.” Sambung Sofia lagi. Lagilah aku bertambah terbeliak, agaknya dah hampir terjonjol keluar kot biji mata aku.
Takkanlah Raihal suruh si Kamal duduk sekali kat sini. Tak boleh jadi. Aku minta izin masuk bilik. Cepat-cepat aku telefon Raihal, nak minta penjelasan dari dia. Memang aku betul-betul tak puas hati. Kamal tu dahlah lelaki, duduk pulak serumah dengan aku. Memanglah ada Sofia, tapi tak manislah dan aku tak selesa. Aku telefon Raihal tak berjawab, aku try lagi dan lagi, masih sama tetap tak berjawab. Aku punya tak puas hati masa tu dah makin memuncak dah. So aku bertenang sekejap, ambil wuduk segala bagai, agak dah okay sikit baru aku keluar.
“Saya tido mana malam ni?” Kamal tanya aku, dia sorang je kat ruang tamu. Sofia takde, rasanya dah masuk bilik.
“Maaflah, saya tak tahu awak akan stay sini jugak, jadinya saya tak prepare apa-apa untuk awak. Kalau awak tido dekat sini je boleh? Ada tilam kat bilik belakang. Nanti saya ambil.” Terangku. Kamal angguk kepala.
Malam tu kitorang keluar makan kat luar. Memang aku dah plan nak bawak Sofia keluar makan kat luar je memandangkan barang-barang dapur dah habis, bolehlah shopping barang dapur sikit dengan Sofia. Sofia ni penganggur, dah dekat 4 bulan dia menganggur. Jadinya dia akan jadi penunggu kat rumah jelah masa aku pergi kerja. Tapi aku tak faham pulak si Kamal tu. Nak stay 2 minggu kat rumah aku, dia tak kerja ke? Malas pulak aku nak tanya, dia pun diam je. Bercakap bila perlu. Selebihnya jadi pendengar. Mujurlah Sofia ni walaupun asyik pegang telefon je manjang, mulut dia pun bergerak banyak celoteh jugak. Takdelah awkward sangat aku hadap.
Lepas bagi tilam dan bantal dekat Kamal, aku terus blah masuk bilik. Letih. Sofia pun dah senyap sunyi dalam bilik. Tak selesa pulak aku nak berjaga duduk berdua dengan Kamal kat ruang tamu tu. So aku tinggalkan Kamal, kau buatlah apa aku nak buat. Aku kunci pintu bilik. Tutup lampu. Tapi mata taknak lelap. Feeling still tak best. Raihal pula masih tak dapat dihubungi. Entah kenapa Off phone je manjang. Bergolek kiri kanan aku atas katil. Masa aku tidur mengiring sebelah kanan, menghadap pintu bilik. Dekat luar depan bilik lampu masih terpasang. Nampak bayang-banyang orang berjalan mundar-mundar depan bilik aku. Cepat-cepat aku bangun duduk bersila atas katil. Siapa ada depan pintu bilik? Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Mujur aku kunci pintu. Perasaan aku betul rasa tak sedap. Ibarat terkurung dalam bilik sendiri. Lama jugak aku perhati bayang-bayang tu. Lepas tu dah takde, tapi aku still tak boleh tidur. Rasa macam kalau pejam mata je mesti akan jadi something bad. Sepanjang malam tu, aku cuma tidur-tidur ayam. Pukul 4 aku terjaga, nak terkucil. Mujur bilik aku ada sedia bilik air, tak perlu aku keluar dari bilik. Keluar je dari bilik air tu sekali lagi aku nampak bayang yang sama depan pintu bilik. Menggigil jangan cakap la, waktu ni aku rasa aku perlukan Raihal sangat-sangat. Aku ambil telefon, cuba call Raihal tapi masuk voice mail. Sakit pulak hati aku dengan Raihal ni, bini kat rumah dah separuh gila, yang suami entah kat mana pun tak tahu. Langsung tak inform apa-apa. Usahkan nak call aku, aku call pun beratus kali tak dapat dan tak jawab.
Pagi tu bangun tidur, mata aku macam panda. Sembab dan lebam. Tak cukup tido. Aku gagahkan diri jugak pergi kerja. Sofia awal-awal lagi dah buat breakfast. Kamal pulak takde, Sofia bagitahu dia dah keluar lepas subuh. Pergi mana? Tak tahu, malas aku nak tanya.
“Asal mata akak macam tu?”
Aku sengih je. Malas nak explain, kang dia fikir bukan-bukan pulak. Kat office memang aku tak fokus dengan kerja. Dahlah tak cukup tidur, laki aku entah pergi mana. Sampai hari ni masih takde khabar berita. Senyap sunyi sepi. Aku minta half day dekat bos. Balik rumah tengok Sofia sibuk layan facebook kat laptop. Aku masuk bilik terus tidur. Dekat maghrib aku terjaga, serius aku tak tahu samada aku tidur atau pengsan. Langsung tak sedar apa. Selesai solat semua, barulah aku keluar bilik. Nampak Sofia sibuk masak kat dapur. Kamal pulak tengah tengok TV dekat ruang tamu. Baru nampak muka dia.
“Masak apa tu Sofia? Sorrylah, akak letih sangat tadi sampai tertidur tak sedar langsung.” Aku try explain. Takut kang Sofia ingat aku ni tak melayan tetamu pulak.
“Eh..takpelah akak. Sofia faham. Lagipun Sofia tengok akak pun macam tak larat je balik kerja tadi. Akak pergilah duduk dulu, kejap lagi dah boleh makan.” Arah Sofia. Nak duduk kat mana? Ruang tamu dengan Kamal? Memang taklah aku nak duduk situ.
“Takpe..akak tolong apa yang patut. Akak susun pingganlah ye.” Cepat-cepat aku ambil pinggan dekat rak, cuba sibukkan diri jugak.
Selesai makan malam kami, aku duduk dekat luar. Sebelah porch ada meja dan kerusi batu. Saja ambil angin malam. Tetiba Kamal muncul. Terus duduk depan aku.
“Awak happy ke sejak kahwin dengan Raihal?” Soalnya. Soalan yang buat muka aku berkerut seribu.
“Kenapa awak tanya?”
“Saja nak tahu.”
“Alhamdulillah. Mestilah happy.”
“Baguslah. Dia dah call awak? Atau awak dah dapat hubungi dia?”
Soalan yang buat aku makin berkerut-kerut. Macam tahu-tahu pulak yang laki aku ni masih hilang tanpa khabar.
“Apa maksud awak?”
Kamal senyum sinis. Senyuman dia tu buat aku mula rasa tak selesa.
“Saya tahu segalanya.”
Terus dia blah masuk dalam rumah. Aku sorang-sorang kat situ jadi macam blur. Apehal pulak ni. Apa yang dia tahu? Dan apa yang aku tak tahu?
Bersambung…
#DakwatPink
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Laman Facebook Penulis: https://www.facebook.com/dakwat.pink.94
Sis… Sambung cepat2 skit ye..
Ala .sambg plak
Kalo nak sambung, jgn tunggu berhari2. Kang org tak berminat dah nak baca.
Alaa.. Srnok2 bc bersambung pulak… Hrap cpat la smbungan tu x sbr nk bc, rs cm ceta novel plak.. Hihuu
Perlu ke nk buat sambungan???
Belom panjang sgt kooottt…
Akk tgh berdebar tahap pecah peparu ni dik…
Tgh hangen Raihal x dpt dihubungi plak…
Skrg ni akk hangen sbb bersambuuunnggg…
Aarrggghhhhh tidaaakkk…!!!
woi kau potong stim aku lah.. aku tengah syok kau potong cmtu je.. kau cepat sambung.. kalau tak aku baling fon aku kedinding.. aku cakap betul ni..
hahaha , terhibur baca . stress sgt tu sampai nak balik phone
Raihal takkan hilang mcm tu aje? Napa tak check dgn hospital dia dimana? Leh buat2 redha lak dia hilang mcm tu aje..
Haishhhh ….. SERIOUSLY ??!! SAMBUNGAN Dx
Knp sambung2 plak nihhhhh?? Cpt skitt sambungh
aah.. sedih Dx
seriously weyyy bersambung???? sambung?? aduhhh mng trend sambung2 cerita ka apa.?? ni bukan novel kod nak kena ada bab 1 dan bab akhir.. serius wey… potong stim gilaa.. lain kali type bagi habis bru la publish.. or kalau rasa nak bersambung lagi bagi amaran sesiap.. “cerita ini akan bersambung tengah klimaks” alahhhhhhh… geram pulak aku cerita bersambung2 ni.. baru td royan dekat cerita “Fetish” … please wey sambung cecepat… hilang mood aku nanti kalau lambat..
Stresss btol aku cite sambung sambung ni grrrr
Alaaaaa series ar sambung ?
ALaaaa kenapa bersambung ??? tengah syok syok ni em
geram pulak kite…
Cepat laaa sambung #dakwatpink ~~~
Gigih saya baca tau ?
fs tlong lah tapis.. klau ada cerita yg brsmbung2 mcm ni tkpyh lah post.. buat sakit hti org jea
sakit hati baca separuh2.. pjg ke pendek ke, habiskan jelah..
Kau ingat drama petang2 ke jilake nak sambung sambung??? Type kasi habis dulu lah baru post!!!
apa yang aku baca ni. aku bukan nak kecam sebab sambung ke apa tapi aku dah macam rasa cerita novel cintan cintun. aku tercari cari part misterinya alih alih kau nak sambung?? apa ni wehhh adoiiiispoilll
Haa..faz..citer awok bile nye nk submit..
Teman dh trtnye2 ni..
Bz awok ngn komen..cpt la sambungan nye..
Aku benci betol laa sambung sambung niiiiii.x sabar nak tahu nii
alaaaa……bagila panjang sket baru sambung…ni mcm pendek sangat je…
halahhhhhhh si bodoh mana buat cerita ni????? tak habis lagi ke zaman bodoh buat cerita sambung2???. buat sakit hati aku je baca. mintak maki jela cite mcm ni.
Hahaha..marah sungguh sis ni..?
Haha..sabar..aku pun mmang x suka cite sambung² camnie.. lbih² lagi klau cite tu singkat..?
baca story @ fs sbb nk hilangkan stresss, dh baca ada sambungan lg stresss 🙁
haha smbung cepat sikit ye ;D
Lg stress sambungan x kunjung menjelma…
Eerrrrgghhhhh…!!!
SAMBUNG PLZZZZZZ
Seriouslyyyy dah macam cerita kat krt je.. at least kat krt tak ada cerita yang bersambung ?
ni lagi sekor babi main sambung-sambung ..
Lame sgt lak nak tunggu sambung .. agak2 tahun depan kot sambungan die ?
Mohon semua penulis taip cite sampai siap baru post. Kalau xsiap taip jangan ler post. Lagipon xde words limit dalam Fiksyen Syasya ni…kan Admin?
Dk tgu lma dah bla nk smbung cta ney
ape ni sis sume nak sambung2…aduhaiiii…taip la panjang2 dlu ke apa…tga2 klimaks sambung..ingat drama bersiri ke ish…sambung cepat sikit lahhhhh…
?
misteri betol..
best cerita nie..