#dammerung- zuzu_amelia060677 (1)

This is not my story. Tapi karya asli #dammerung dari mforum.com

Ini adalah karya asli tanpa sebarang edit atau MSG.

Enjoy reading!!


Kisah 17: Cerita Bersiri – zuzu_amelia060677 (Bahagian I)

*Untuk entry kali ini, aku nak share salah satu recording yang aku buat tahun 2007. Cerita ini lain dari cerita-cerita yang pernah aku upload. Kisah yang baru ini asalnya aku reject sebab takde elemen-elemen tipikal ‘cerita hantu’ but then thread aku ni ialah koleksi kisah paranomal. Paranormal tak semestinya ada hantu jembalang and this particular story is unique in its own way. Tanpa bercerita panjang, let’s move to the story…

Tahun terakhir di universiti, aku opted untuk menetap di kolej kediaman. Lingo studentnya ‘duduk dalam’. Setelah 2 setengah tahun duduk kat apartment 800sqm bersama 10 orang, aku rasa dah tak praktikal untuk aku berhimpit-himpit macam ayam dalam reban lagi-lagi time struggling nak siapkan final year project. Unit kolej kediaman universiti ialah apartment 4 bilik dan aku satu unit dengan junior-junior 1st hingga 2nd year. Biasalah budak-budak baru nak naik, housemate-housemate aku masa tu balik time tido je, kecuali student 2nd year duduk bilik depan bilik aku. Namanya Hizam.

Aku anggap Hizam sebagai hardcore geek/nerd. Time tu aku rasa dia seorang je kot ada flashdrive 4GB. Hizam ialah anugerah Tuhan bagi aku kerana dia share PC pakai LAN sharing dan membolehkan aku akses beratus-ratus movies, TV series, drama Jepun, drama Korea, porn, MP3, game files etc etc. He is my Netflix and iFlix back in the day.

Satu hari aku lepak bilik dia sambil layan episod terbaru Naruto dan just like that, out of the blue Hizam cakap;

“Damm, aku ade cerita hantu, ko nak dengar tak?”

Pernah lah aku cerita kat Hizam pasal ‘side project’ aku nih tapi dia selalu cakap takde, mane ada, orang macam aku mana lah ada experience benda-benda mistik ni dan sebagainya, hari ni tiba-tiba pulak ada.

Dengan takda tanya kenapa, dengan selamba aku keluarkan handphone dari poket, tekan butang rekod dan persilakan Hizam memulakan cerita…

Kisah Hizam bermula dengan origin story dirinya. Dia anak sulung dari 4 adik beradik dan seorang introvert. Zaman sekolah memang penuh pancaroba disebabkan sifat anti-sosialnya. Sehinggalah kedatangan internet. Dunia cyber yang membolehkan anybody be somebody membuatkan Hizam mengabdikan diri ke dunia internet sepenuhnya. Nasib baik lah mak ayah Hizam ni jenis memahami, so diaorang tak kisah dengan bil internet dial-up cecah ratusan ringgit setiap bulan.

Bila dah aktif kat internet of course lah socializing activities Hizam ni hanya tertumpu kat dunia chatting. Hizam ketagih dengan chatting. Kalau dalam dunia sebenar, jangan kata pijak semut tak mati, nak pijak semut pun dia takut, tapi in cyber world, Hizam is King.

Satu hari, tak salah Hizam in one of those independent Yahoo Chat rooms, ada seorang chatter begitu friendly dengan semua orang di main board. Chatter itu menggunakan id zuzu_amelia060677. Berdasarkan id nya boleh lah dianggap chatter itu ialah perempuan, Hizam seperti biasa, mula trolling sana sini. Si zuzu_amelia060677 tu kata Hizam, sangat naif dan dia suspect awek ni baru terdedah kepada dunia chatting. Hizam naik seronok lah main-mainkan chatter tu. Chatters lain yang tahu perangai Hizam cuba back-up tapi zuzu_amelia tetap melayan Hizam dengan innocentnya.

To the point Hizam sendiri rasa bersalah. Dia gave in dan terbuka hati untuk mengenali lebih dekat zuzu_amelia060677. Dari main board conversation, Hizam memberanikan diri menyapa di private chatting. Perkenalannya disambut mesra dan mula lah bertukar-tukar a/s/l and all that cringey chatting stuffs. Hizam chatting dengan awek tu sampai pukul 6 pagi, kalau tak kerana dia kena pergi sekolah memang sampai bila-bila tak habis. Dari sesi chatting semalaman, zuzu_amelia060677 lebih prefer kalau Hizam panggil dia Amelia. Umurnya sebaya Hizam, 17 tahun, Form 5 all-girl school di ibukota dan juga claim dirinya anti-sosial.

Apa yang membuatkan Hizam mula tangkap jiwang dengan Amelia ialah mereka berkongsi minat yang sama, almost mirror-like. Hizam suka filem-filem samurai arahan Akira Kurosawa, Amelia pula minat filem-filem drama arahan Yasujiro Ozu, Hizam suka Britpop band macam Oasis, Kula Shaker, Blur dan sebagainya, Amelia ni pula minat band macam The Smiths, The Cure, Joy Division etc. Pendek kata, Hizam awestruck dengan the fact that there is a female version of himself out there.

Setiap hari Hizam dan Amelia berchatting. Dari teman tapi mesra, mula terlebih mesra. Start dah panggil sayang, darling, baby bagai. Pandai dah bermanja, merajuk, memujuk, macam orang bercinta lah tapi semuanya hanya melalui chatting. Disekolah, prestasi Hizam merudum sebab selalu tidur dalam kelas kerana tak cukup tidur. Bil internet dari beratus-ratus dah cecah ribuan ringgit dan parent Hizam tak boleh nak cool lagi dah. Hizam diberi amaran untuk mengurangkan aktiviti internet.

Tapi setakat masuk telinga kiri keluar telinga kanan je lah. Orang ketagih chatting macam Hizam mana boleh hidup tanpa internet. Dah jadi darah daging. Sampai satu tahap, bil internet cecah seribu lebih, dan untuk parent yang menanggung 4 orang anak semua masih bersekolah, unnecessary bill macam ni tak boleh diterima.

Tanpa pengetahuan Hizam, parentnya potong subscription internet dan pertama kali dalam 17 tahun kehidupan, Hizam mengamuk sakan sampai lempar CPU, monitor macam orang gila. Lepas kena herdik dan tamparan oleh ayahnya, Hizam lari keluar rumah dan guess where he went?

Cyber cafe.

Duit yang dia ada dalam tangan cukuplah untuk main dalam setengah jam dan perkara pertama dia buat ialah login Yahoo Chat (zaman ni aplikasi Yahoo Messenger tak wujud lagi). Offline messages dari Amelia bertalu-talu masuk dan apa yang amat mengejutkan ialah Amelia pun lari rumah sebab bergaduh dengan parent yang tak suka dia menghadap internet macam takde kerja lain.

Mereka mula meluahkan ketidakpuasan hati masing-masing terhadap parent sampai tahap nak buat suicide pact bagai. Habis emo la kononnya. Luka hati Hizam terubat bila dia dapat berkongsi dengan orang yang pada dia satu-satunya manusia di dunia ni memahami dirinya.

Nak terbalik kerusi yang didudukinya bila message Amelia seterusnya berbunyi…

“Baby, darling rasa bie satu-satunya manusia di dunia ni memahami diri darling” *exact quote from the recording with Hizam.

Macam mana pula si Amelia ni boleh tahu apa yang dia fikir at that exact moment. Kemudian Hizam mula perasan, terlalu banyak instances yang pada luaran nampak kebetulan tapi kalau difikirkan semula, agak mustahil untuk ‘kebetulan’ terjadi begitu kerap sekali. Satu pertanyaan tajam menikam kepala otak Hizam…

“Adakah ini jodoh aku?”

Selama ni Hizam tak pernah terniat nak tahu macam mana rupa si Amelia ni. Jangan kata rupa, suara si Amelia pun dia tak pernah dengar. Bukan dia tak nak, cuma bila dia mendedahkan elemen sebenar dirinya ke Amelia, serupalah dia mendedahkan insecurities nya. Bukan niat nak menghina, tapi let me just say Hizam is not really blessed in looks department.

Dengan penuh debaran, Hizam minta Amelia terangkan tentang rupa parasnya. Well, zaman sekarang kalau dengar tu boleh senak perut tergelak tapi di era social media dan budaya selfie masih tak wujud dan scanner pun almost unheard of, itu lah satu-satunya cara untuk penganut-penganut budaya internet to reach reality visualization.

Amelia secara rendah diri bagitahu yang dia tak cantik, TAPI…

Rambut panjang ikal mayang,

Bentuk wajah bujur sirih,

Kulit cerah,

Badan athletic kerana aktif bersukan (tapi introvert?)

Tinggi sekitar 170cm, dan

Orang cakap rupa dia persis Sheila Majid.

Camana tu? Tak cantik tapi bukan sahaja mirip Sheila Majid tapi body macam model dah. Well, mungkin la kot ramai orang anggap Sheila Majid tu tak cantik.

Hizam terpana. Debaran di hati bertukar jadi bunga-bunga. Mau tak terpana selama ini ‘darling’nya ialah seorang jelitawan. But then reality came knocking like a thunder, Hizam rasa down. Nak ke si ‘bidadari’ dengan aku bila tahu aku ni macam mana?

Jarinya cuba menaip sesuatu tetapi cepat-cepat dipadam semula. Nasib baik zaman tu aplikasi chat takde status “Hizam is typing….”.

Lebih kurang 10 minit bolak-balik type dan backspace, Hizam ambil keputusan untuk ‘tidak mengecewakan Amelia’. Dia pun menerangkan bahawa dirinya pun tak hensem, TAPI…

Tinggi 180cm,

Badan athletic juga sebab aktif sukan, pernah wakil sekolah dalam MSSM,

Kulit cerah dengan rambut ala-ala perang sikit sebab ada darah Belanda,

Masa kecil tak berapa fasih cakap Melayu sebab grew up kat New York (realiti – Hizam tak pernah naik kapal terbang seumur hidup)

Parent sering takde rumah sebab ada urusan kat oversea, dan…

Orang cakap rupa dia ada iras-iras Edika Yusof.

Lama juga dia tunggu Amelia reply, sehinggalah ‘darling’ membalas…

“Emmm…baby ni hensem jugak eh (smiley face)(smiley face)”

Apa lagi, kembang setaman lah si Hizam nih. Kata Hizam masa tu dia betul-betul rasa apa yang dia kencing si Amelia tu is the real him. Agaknya penangan asmara begitu hebat dia tak boleh nak membezakan realiti dan fantasi.

Hizam membalas “Oh well…”

Entah kenapa Amelia tiba-tiba sentap. Dia tuduh Hizam seorang playboy dan cuma nak main-mainkan gadis inesen sepertinya. Terkejut si Hizam, apa kes pula ni? Di pujuknya berkali-kali, kata SUMPAH, baby takde awek lain selain darling! and so on so forth.

‘Sheila Majid’ cakap BOHONG!, ‘Edika Yusof’ pula kata I TAK BOHONG!, DARLING SORANG JE DALAM HATI BIE!. Kemain dua ekor nih.

Amelia paksa Hizam mengaku berapa banyak girlfriend dia ada sebelum dirinya dan dia cakap you’re the only one before and after. Dituduh bohong lagi dan paksa Hizam ‘mengaku’.

Terpinga-pinga Hizam ‘mengaku’. Dia bantai cakap 8.

“Darling kecewa dengan bie…tak sangka bie ni hidung belang, terus-terang dengan darling, siapa ex bie sebelum ni”

Mungkin sebab ‘paksaan’ dari Amelia membuatkan Hizam dah menyelami watak Edika Yusof ni, dia goreng baik punya cerita setiap ‘ex girlfriend’nya yang 8 orang tu.

Tiba-tiba…

“zuzu_amelia060677 has logged out”

PULAK DAH. Panik merenjat seluruh tubuh Hizam sehingga rasa macam nak tercampak. Hizam betul-betul panik masa tu. Nak call pun bukan ada handphone, nombor telepon pun tak tau.

Sedar-sedar, orang jaga CC tu bagitahu Hizam yang dia dah terlebih masa, bukan setengah jam tapi 2 JAM!

Aduh, macam mana ni, dah la duit cukup-cukup sesi setengah jam je. Nak tak nak, dia cuba slow-talk tapi tak cukup slow agaknya, orang jaga CC tu tiba-tiba bertukar mode gangster. Out of nowhere ramai pulak geng-geng rempit datang kerumun.

Hizam diugut, kena bayar jugak kalau tak diaorang akan belasah dulu sebelum bawak pergi balai.

Dipendekkan cerita, Hizam telepon rumah, ayah dia datang CC bayarkan caj internet dan malam tu jugak dia dilaukkan oleh ayahnya kat rumah. Dengan mata bengkak-bengkak menangis, Hizam mengusap bekas-bekas rotanan di betis. Dia tak menangis sebab kena rotan, tapi dia menangis rindukan Amelia.

(Bersambung)

*Sebelum aku sambung, aku nak minta komen dari korang. Entry kali ini agak lain dari yang lain dan kalau korang rasa aku patut teruskan, aku akan teruskan dan kalau korang entry kali ni tak jive dengan theme or your expectation of my type of story, then aku stop. Bagi aku, yes this is my thread and it is my prerogative to update what I want but still aku tak nak lah penat-penat type tapi tak dapat sambutan. Yes, of course akan ada elemen ‘Paranormal’ dalam cerita ni cuma bukan in traditional way. Lagipun seksa juga aku nak layan audio recording si Hizam ni, geli-geleman sepanjang mase hehe.

So how?

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

316 thoughts on “#dammerung- zuzu_amelia060677 (1)”

  1. ‘mula lah bertukar-tukar a/s/l and all that cringey chatting stuffs’ – err ‘a/s/l’ tu apa eyh, sorry la.. terjahil pulak bab ni.
    Citer best, nak tau kesudahan orang yg gilakan internet and menipu di alam maya ni.

    Reply
  2. done baca… best.. tapi maira belum nak bagi rate atau komen lebih-lebih sebab ada next part lagi.. dah habis semua part baru maira bagi ulasan. hahaha

    Reply
    • niat memang nak cantumkan je all part…tapi since writer pisahkan story…saya ikut je utk kekalkan ketulenan…tp disebabkan banyak commenter respond ”pendek”..so part 3 n 4 tu saya gabungkan je jadi part akhir…btw thanks sudi baca…nantikan sambungannya

      Reply
  3. Baca kisah ni terkenang diri sendiri pulak..alemak

    Sambung bro. Bukan selalu dapat baca kisah lain dari lain. Muak dah aku baca kisah pontianak pocong dgn saka. Dah macam watak wajib muncul dalam FS sampaikan setiap jalan cerita dah bole agak.

    Reply
    • hehe…setakat ni memang x rasa elemen seram tu…tp kalau da baca ending konfirm bukan setakat seram je …dengan korang ii sekali menyeramkan

      Reply
  4. ‘Sheila Majid’ cakap BOHONG!, ‘Edika Yusof’ pula kata I TAK BOHONG!, DARLING SORANG JE DALAM HATI BIE!. Kemain dua ekor nih. hahah so funny ..

    sambung la wehh …kalu bleh secepat yg mgkin …hehe 🙂

    Reply
  5. id zuzu_amelia060677 –> Asal panjang sangat wei? Aku baca full sentences ok termasuk nombor2 tu skali. hahahahahhahaha

    Cinta monyet ke? Amelia tu memang wujud ke x? Eh. Menjadi tanda tanya pulak. Okay boleh sambung lagi tau, damm! Good job!

    #Ok done tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita 🙂
    #Admin FS ni macam perli pulak komen2 sini kebanyakan nya memang takde kaitan dengan cerita. hahahahahaahahahha ok bai

    Reply
    • diorang ni kira addicted dengan dunia siber la…berkenalan melalu alam siber…suka sama suka..pastu ketagih nak chat tiap ii hari…sama ada dia hantar jin sampai ketagih atau dia sendiri memang ketagih tak tahu lerrr..baca sambungan kalau nak tahu

      Reply
  6. Untonglah zaman tu ko leh layan chatting smpi bil beribu dik…
    Akk dlu berjam-jam dok dialling jer…
    Connect kejap Sat g disconnect…
    Dahlar nk online ble dh pkol 10mlm ke atas…
    Udahnye mmg akk tdo dlm kesaket hatian jelah…

    Cepat next part…
    X sabor ni nk layan seram-jiwang…
    Hehewhehehhe…

    Reply
  7. Syukur la Admin da bagi reminder Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita 🙂 Diharapkan kaki sembang lebat boleh hentikan sembang melalut2 cari jodoh tu. Thanks Admin memahami jiwa halus Silent readers yang lain kerana sesungguhnya kami hanya mampu membaca dan jarang sekali nk join perbincangan yg x matang ni. SALUTE U ADMIN!

    Reply
  8. Tak sebelah siapasiapa.
    Aku sejujurnya terhibur dengan komenkomen pengomen tegar ni.
    Ya,mungkin macam ada yang gedik cari calon menantu makpak dia,tapi mostly aku tengok,memasing melawak jaaa.
    Boleh hadam laaah.

    Yang macam tak suka pon,kita respect.
    Yang kecam tu,hmmm cakap baikbaik kan boleh kan.

    Kemon laaa.
    Kbye.

    Reply
  9. hahahaahaa . . tetiba recall balik benda benda zaman mirc ! kampungchat . jbkl ? hahaha sampai ada pakwe siap call rumah okay . dgn nama tipu kehidupan tipu tp kasi no fon rumah ? dehekk ! hahaha

    sampai ketua gila chatting . sanggup bayar duet utk chat kat 8tv dulu . maen moko mobi . speesh . hidup hidup . ya tuhan , hidup apa yg telah aku sia sia kan dulu ?

    Reply
  10. the only reason i addicted to FS is because of #Dammerung entry. I follow every post and i read it over and over again. Pls continue.. takut2 Amelia ter affect dgn lagu the smith asleep tu.. pls sambung.

    Reply
  11. Hahaha…saspen giler kan part I kisah ni padahal…

    Oleh kerana aku x bleh sabar menunggu sambungannye maka aku pon gigih gogel tajuk zuzu amelia ni. Korang meh la gigih mcm aku gi gogel2 ni pasti jumpe pengakhirannye.

    Reply
  12. Rambutnya panjang tak terjaga walaupun diikat.

    Kulitnya gelap dengan wajah kusam seperti buruh binaan yang dah berjam-jam bekerja di bawah terik matahari.

    Ketinggiannya hampir sama dengan adiknya yang berumur 10 tahun.

    Memakai seluar lusuh warna coklat dan selipar jepun jelas menunjukkan kuku jari-jemari kaki berkerak dan hitam.

    Di kedua belah tangan terdapat pelbagai jenis bag plastik padat berisi with god knows what.

    Apa yang membuatkan Hizam rasa nak pengsan kat situ juga ialah wanita tersebut memakai t-shirt pink PDI.

    Mereka bertentang mata dan wanita itu bersuara…

    “Baby?”

    Kata Hizam, lupakan soal ‘mirip Sheila Majid’, this woman doesn’t even look 17!!

    Kalau takda cerita pasal Amelia ni, Hizam pasti akan ingat wanita itu some mid-30s year old pengemis

    Reply
  13. tiba-tiba terindu zaman chating dulu. mirc ke apa benda. sedih betul nak tunggu line tenet sambung. Memang dok depan pc je kerja on9 chatting tah apa2 ahahaha betul la dulu takda tulis someone typing ke apa, memang berzaman la nak tunggu reply huhu please continue….

    Reply

Leave a Comment