Assalammualaikum dan salam sejahtera.Aku Dark_Vampire , perempuan dan berumur 32 tahun still single (mereput sensorang gitew). Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan episod seterusnya.
Thanks pada pembaca dengan komen2 yang membina. Aku akan memperbaiki tulisan dari hari ke hari. Maklumlah lama x buat karangan n cerpen. Mungkin last episod intro ala2 gempak lps tu pertengahan dh tunggang langgang , time tu hakikatnya aku tengah menaip dekat opis kebetulan time tu ujan lebat lampu opis half jew bukak. Maklumlah keje on weekend yang datang dua tiga ketul aje n kekadang dua ketul keje dekat luar building, jadi tinggallah aku sensorang. Bila tinggal sensorang ade jew yang menganggu. Mesin photocopy on sendiri. Bunyi card access macam orang nk masuk opis tapi bunyi mcm card access x boleh nk masuk… Padan muka ko xleh masuk. Nasib xde suster ngesot keluar dari bawah meja. Benda2 ni normal dalam opis aku ni. Tapi xde lah pulak yg kene histeria. Syukur Alhamdulilah.
Aku mulakan cerita lepas kes Ina buat minyak pengasih. Die bawak aku lari jauh dari family sebab? Arwah mak cuba nak ubatkan aku. Aku time tu mmg x nak ikut ina time tu tapi ina paksa aku , dia seret aku masuk dalam kereta. Kereta tu bukan kereta kami , hakikatnya dari belas ihsan dari kakak die. Dari shah alam aku berpindah ke Rawang Bukit Sentosa tempat jin bertendang. Bukak pintu nmpak padang. Kalau berpeluang nampaklah benda2 yg x sepatutnya lalu lalang. Ina xde kelebihan die cuma ada kelebihan manderem aku jew saat tu. Motor pon belas ihsan dari arwah bapak aku. Tu pon ilang kene rembat masa keje kat pekan rawang. Aku??? Time tu half2 waras raya pon x balik kg kes? Ada tiga sebab aku x balik. 1st bila kat kg Ina asik msg suruh aku balik.
Rawang Banting bunyi macam dekat kan? Klu naik bas mau setengah hari. 2. Kes mulut kak ipar aku canang cerita kat sedara mara aku. Kata aku lari ikut jantan????? Die tau x seksa aku time tu macam mana?. 3. Mak aku tgh sakit (saka)nanti aku cerita. Aku plak muke mcm baru kene sagat kat jalan lebam sana sini. So… Decide x nak balik kg tggu dh tinggal skit2 calar baru aku balik. Sebab xnak mak aku susah hati.
Bila duduk rawang Ina control aku. Jangan lah ade jantan msg aku. X pasal2 makan penumbuk die, makan penumbuk x kenyang yer sakit okay… Dr tempat kene tumbuk sampai ke hati sakit tu. Jangan ingat aku x lawan yer. Dalam kene manderem duit kene kikis ngan die aku still kuat kan hati. Bila die tumbuk aku .. Aku balaslah balik… Pernah skali aku g gigit bontot die nasib die x kentut. Alang2 kan biar sama2 sakit baru puas hati aku. Selalu lepas ber WWE esoknya sah2 kami MC duduk depan sambil TV tuam ais kat muka masing2. Selalu lepas ber WWE aku packing semua barang and cakap nak balik umah arwah mak aku. Time ni kat sini lah agenda syaitan die bermula. Die punya pujuk gred A++ merayu melutut depan aku suruh jangan aku balik rumah arwah mak aku. End up cair x jadi balik kampung.
Dulu kan zaman MIRC sapa pernah melalui zaman ni sila angkat tangan. Kebetulan time ni mak Ina koma dekat hospital. Jadi banyaklah masa aku kat rumah. Dari bosan2 aku layanlah better aku pergi CC (cyber cafe) time tu xde menatang canggih bernama wifi klu ada limited sangat. Bosan2 layan Mirc aku kenal dengan sorang lelaki nama die wan memang keturunan wan .. Berasal dari Kota bharu kerja kat kelana jaya. Borak2 punya borak tah macam mana aku dan wan bertukar no phone. One day aku sorang2 dekat rumah. Wan msg bagitau nak datang dengan kawan die. Ptg tu wan datang dengan bff die , aku panggil bff wan kak nurul. Kami lepak kat kedai makan, Kak Nurul ni tutor.. Home tutor ke ape , lebih kurang mcm tu lah bunyiknya .Kak nurul stay dekat shah alam bujang dan blm berkahwin.
Kak Nurul seorang yang suka bercakap. Macam2 die cerita dari masalah dunia sampai masalah artis. Finally Kak Nurul detect something kat aku, aku malas nak cerita sebab kak nurul bukan percaya benda2 mistik ni. Entah mcm mana aku tewas jugak ngan saiko Kak Nurul aku cerita semuanya A~Z dan Kak Nurul Nasihatkan aku balik kampung. Tapi macam biasa aku berat hati nak tinggalkan Ina. Tak tau nk ckp macam mana dalam hati benci menyampah dekat Ina tapi secara fizikal aku x mampu untuk tinggalkan die.
Klimaks cerita aku tinggalkan rumah tu selamnya. Aku gaduh lagi ngan Ina sebab? Ada msg dari kawan aku nama die B singkatan dr Benian ke ape budak sarawak girl. Die ingat tu bf aku. Die mmg x suka kalau aku ada bf sebab nanti aku x nk ikut cakap die dan aku akan tinggalkan die dan die x dapatlh nk kikis aku. Masa ber gaduh dengan Ina sempat aku msg kak nurul . Aku tulis ‘help me’ very omputih kan??? Ha..ha… Abis je msg aku kene tendang dr belakang. Tergolek2 aku jatuh kat tangga mcm nangka. X sempat nak bangun kepala aku kene pijak dengan Ina. Kaki Ina size kaki jantan, Kaki die size 7 … Diulangi size 7. Aku tolak kaki die aku nak bangun die pijak dada aku. Time tu dlam rumah so die x pakai kasut. Klu kasut tumit tinggi mau berlobang dada aku kat situ dh short duit hantaran…. Time tu nk cari idea nak macam mana nak bangun … Finally dapat idea yang x berapa nak bernas aku tarik jew seluar die sebab die pakai seluar tido yg beli kat giant .aku Tarik seluar sekuat hati smp paras lutut nasib spenda die x tertarik skali klu x mungkin sampai sekarang aku jadi hilang ingatan nampaknya he3. Dah seluar tertarik haruslah die nak betulkan seluar die so die lepaskan lh aku. Time tu aku capai kunci bukak pintu n grill nasib pagar x tutup klu x masalah lagi aku nak bukak pintu pagar. Lepas je bukak grill Ina cekik leher aku dari belakang. Aku pusingkan badan dan tendang die smp terlentang. Time tu mmg bergusti ala wwe sampai koyak baju. Tali bra tercabut , spenda aku still selamat lagi. X lama lepas kiteorg bergolek2 mcm filem hindustan Kak Nurul dan wan sampai.
Time tu muka Ina dh macam jin afrit gamaknya, die x sangka aku ada kawan. Klu boleh aku x boleh nak berkawan dengan sesiapa kecuali dia. Kak Nurul banyak mainkan peranan masa ni. Die suruh wan angkut aku masuk kereta. Time ni ina terjerit2 kat luar panggil aku betina sundal n bla2 macam2 die panggil dekat aku. Kak Nurul berdiri berdepan dengan die, badan kak nurul ni sasa, sebab tu die x berani nk tarik aku dari ikut wan. Jiran2 semua duduk luar rumah tgok drama sinetron dari kami. Dengan aku dalam kereta dengan berdarah2.
Malam tu Kak Nurul dan wan bawak aku balik Shah Alam . Sampai Shah alam buat sementara waktu aku duduk dekat rumah kak nurul. Bukan x nak balik rumah family tapi klu berdarah2 macamni mau arwah mak aku pengsan 85 kali. Sebelum smpai rumah pergi buat report dan apa yang patut.
Finally mak aku lega. Lega sebab aku dah keluar dari cemgkaman Ina. Tapi tu lah Dh bebas x ingat apa aku lupa nk tawarkan ilmu pengasih yg die buat kat aku. Lepas kejadian tu, aku kembali jadi anak solehah duduk dengan family aku. Jaga arwah mak aku, cuma bada aku makin susut 55 ke 50kg, Dalam masa seminggu. Time tu Ina masih lagi dengan selamba tebal muka datang umah aku. Time ni die sambung kursus buat roti kakak tiri die sponser, husband kakak tiri Ina poket tebal. So x heranlah die boleh sponser Ina kursus buat roti. Time kursus, ina ada datang jumpe aku dekat rumah family die suruh sponser rm200 sebulan.
Time tu aku wat dek jew… Sebab x tau nak cakap ape lagi. Tapi aku xdelah nak setuju, kekdahnya aku nak korek duit dari mana kan???? Ina start x cari aku lepas die tau aku ada relationship dengan wan. Tapi ???? Die buat cerita kat family die keturunan die aku yg kikis duit die???? Duit gaji die habis bayar motor, duit kutu bagi duit kat mak die…. Kat mana pulak persen yg die nak bagi kat aku sebab balance gaji die paling banyak rm100 sebulan.
Hidup aku aman tanpa gangguan Ina lagi cuma kekadang aku teringat dekat die sebab aku x pegi berubat lagi. Time ni arwah mak aku baru sihat akibat dari kene saka dan belaan orang x bertuan.. Kesian arwah mak. Time ni ayah dah xde . Meninggal masa aku stay kat rawang, meninggal sebab sakit kanser usus.
Next : Saka Vs ilmu pengasih
Sekian,
Dark_Vampire
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
kak ina kawan ko ni lesbian ke?
MG pun tertanya2 benda yg sama
Gamoknyer begitu lerr
Mampu baca setengahhh jaaa.. mcm tgah marathonnn.. lajuuuuuu
aku xbleh hadam lg cter ko ni, olahan serabut.
ko masih duk kt ofis lg ke masa taip cerita ni? huhu
hahahaha, pedass gila komen ni, adehh
Ada gak pompuan sama pompuan guna ubat pengasih yer huhu…mcm2…
tulaa, tak penah dengar pulak, sesama jantinaa.
skrol balik atas, nak pastikan Dark_Vampire ni pompuan ka lelaki. hahah
err nie citer lesbian ke
ina ni mcm lesbian je….
Den faham jer baca cite ko. Tapi den x lah sangka buruk. Guna ilmu pengasih maybe utk ikut cakap spya boleh kikis harta. Maybe utk just kepentingan diri… Huhuhu baik sangka pnya..
Pergilah berubat celat. Jngn di tangguh hal begini miss vampire
lesbo ina ni
Huhu…mcm2 dunia…taubat la yek
Pergaduhan lesbian…ganas..ingatkan pondan atau gay je gaduh2 n manderam bagai…urm…x kisah la nk lesbuan ke apa ke…..tp npe perlu konsep kikis mengikis? Kesian kwn tu penat kerja…cukup bln duit pergi ke org lain..
Menderam tu apa erk? Tak fhm ?
saya pun tinggal kat bukit sentosa..dulu je tmpat jin bertendang sekarang dah maju dah tempat tu…tapi pasal cite ni kesian kat awk ek..dapat kawan gila mcm tu..nk habiskan duit org saje..
boleh tak, tak payah nak ada gitew gitew gitew.
boleh tak, tak payah nak ada gitew2
Dik…
Ko dok Banting kat mane???
Akk pon kampong Banting gak…
Dlu pon mse keje Shah Alam akk x sanggop berulang, dok menyewa gak kat SA…
Wah wah waaahhh…
Senang idop ko Ina sewenang2 jer mandrem anak org soh sara idop ko…
Kot iye pon nk mandrem, g ar mandrem boss sendiri ke lg sng idop xyah keje setiap bulan leh dpt gaji…
Sengsara ekkk idop ko kena aniaya camtu…
Duit abis…
Life huru hara…
Kesihatan terganggu…
Pastu mase ayah meninggal mmg ko x dpt jumpe kali terakhir ar ekk????
Kesiannye…
Dik…
Klu setakat kaki size 7 tu, meh akk tolong pijakkan Ina tu plak…
Akk size 8 yer…
Hahahahahhaha…
Papepon semoga ko cepat sembuh sepenuhnye mcm sediakala…
Aamiin…
pening baca…tp gigih nak abeskan..
citer ko ni rare la dik. ina tu pengkid ke?selalunya kalau pengkid ni, dia yg berabih kat org lain. tapi idok la pulak. terbalik. siap manderam. meremang….
Ok la dri cerita yg sebelum ni
bacelah dari episode pertama..barulah tak pening… aigooo
kedatangan aku di sini hanya baca komen je. huhu
vampire ada x se hensem adward dlm cita twilight saga..huhu
Done baca