Dark_Vampire : Saka VS Ilmu Pengasih

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Thanks admin kerana menyiarkan coretan kali ke 3… Harap kali ni x de yang stroke bermarathon untuk membaca kisah aku ni. Kesian korang kan maaflah dah lama x buat karangan 360patah perkataan sejak tamat sekolah menengah. Masa study banyak buat rumusan sekali nak karang cerita nok haram nak paham….he3. Aku Miss Vampire, perempuan berumur 32 tahun single untuk sampai harini. Esok tak tau single ke x. Kali ni guna Words baru copy paste to FS dan aku dah suruh opis mate aku bace 33x sama ada tulisan aku semakin elok atau taraf2 budak tadika.

Ina perempuan dan die bukan half2 bukan khunsa n sewaktu dengannya. Sepanjang aku tinggal dengan die adelah jugak kebaikkannya. Die pernah jaga aku masa aku warded dekat hospital. Cuma kalau die tengah baik die baik sangat, ada masa die naik angin, time ni lah die jadi mak ko ijau. Sampai salah yang kecik2 pon jadi issue sampai bergaduh bertumbuk. Kes iron baju pon jadi hal sampai ber WWE. Time ni aku dah suspek die dah start belajar something dari bapak die. Maybe sebab tu die rasa panas dan die seorang yang malas nak bekerja, masa dulu sama2 mencari rezeki kat Shah Alam die memang rajin MC. Seminggu Sekali Wajib lah die amik MC.

Kenapa die malas keje aku x tau, hakikatnya die jenis malas bangun pagi. Pernah sekali time tu weekend so cuti dua hari, die duduk rumah dan peliknya dia x mandi langsung selama dua hari. Dia bangun makan ,tengok tv itu jew lah benda yang die buat selain tido. Ina ada cerita die mintak bapak die ajarkan ilmu2 tu dekat die. Kemungkinan masa aku duduk dengan die, die tengah belajar sikit2 dr bapak die. Dari isi kandungan buku kecik yang aku jumpe tu dulu , ia adalah mentera untuk menyeru makhluk2 tu datang dekat die. Bukan khadam atau makhluk peliharaan . Klu bapak die sah2 berkhadam,orang dah bertapa dan belajar silat mestilah ade pedamping. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab Dulu si ina pernah lari masuk rumah sebab dengar pompuan mengilai dekat depan rumah mak aku.

Time tu aku dengan die lepak2 dekat luar rumah, feel amik angin malam dekat kampong kekdahnya. Oh ya , sebab time tu tengah kecoh kat jalan area rumah aku langsuir tengah berkeliaran. Sekarang Aku dengan Ina dh lost contact, nak kata lost contact x jugak sebab dalam fb aku ada friends ngan anak2 buah die(anak2 kakak die lain mak). Dengan die memang aku dah x direct contact, tapi Ina sekarang tengah sakit. Aku x tau die sakit apa , semoga die cepat sembuh itu je. Ina memang kawan2 sekeliling tak rapat dengan die. Die ni agak lalang skit +- batu api sebab? ??? die pernah buruk2 kan aku dekat arwah mak . Arwah mak aku jenis cool sebab aku ni spesis klu jahat memang depan2 xde nk belakang2. Masa arwah ayah meninggal aku dapat balik ziarah die.

Aku ingat selepas aku stay dengan arwah mak aku, Semuanya ilang dan aku anggap minyak pengasih yang Ina buat tu xdelah teruk mana. Hakikatnya benda tu melekat dalam badan aku 80%. Kalau Benda tu apa? Jembalang ke @ hantu raya ke ? aku sendiri x pasti . Sebab masa berubat dengan anak buah Harun Din kakak aku citer yg keluar benda tu hitam berduri2 kat belakang macam landak, untung kan kakak aku boleh nampak benda2 macam tu (kekadang jew die leh Nampak). Masa 80% benda ni dalam badan aku , waktu untuk tido aku lepas asar sampai pukul 11.30pm,lepas tu aku akan berjaga sampai keesokkan hari(time ni jadi penganggur terhormat). Mata pon sembam, badan makin susut. Arwah mak detect aku something wrong sangat lepas adegan die ternampak aku mcm tengah sedut udara yg segar sambil tersenyum sinis.

Tu sebenarnya bukan aku tengah sedut udara segar tu tengah bau darah segar. Lagi2 darah O, time ni arwah mak kata dh macam Pontianak mengedik. Sebab???? Sebabnya nak dijadikan cerita adalah mak cik(kawan arwah mak aku) ni datang beraya kat rumah bawak anak bujang. Jambu plak tu, rasa macam nak mengesot2 duduk sebelah budak tu. Time tu lah jugak aku terbau darah, korang bayangkanlah bila lapar gila2 pastu terbau orang masak . Lebih kurang macam tu lh, tapi sapa yang pernah rasa maybe taulah macam mana. Tengah syok2 feel sambil tesengih2 arwah mak aku suruh masuk dalam lipat baju(spoil betul time ni)Sambil masuk bilik sempat aku menjeling dekat arwah mak , tunjuk perasaan gamaknya.

Hakikatnya semua tu Cuma alasan ,arwah mak takut aku pergi terkam anak kawan die dan kebetulan sangat kain berlambak tak berlipat semua masih terpersok dalam bakul(busy sangat masak nak raya jadi kita kumpul kain sampai jadi gunung everest). Memang macam ni bila nak raya , nanti nak cari barulah terhegeh2 punggah semuanya.

One day (anak angkat family aku…nama die Nadia )Nadia ni die bawak aku pergi rumah rumah kakak aku kat Meru Klang Reason kononnya kakak aku nak masak2, family gathering katenya . Aku dan Nadia pergi sehari awal. Arwah Mak, abang long n family esok baru follow. Rupenyer diorang komplot nak bawak aku berubat. Arwah mak cakap memang die xnak bagitau sebab??? Die takut aku lari.

Cuma masa nak berubat perasaan aku jadi gelisah. Hati tak tenteram macam tunggu orang masuk meminang, kejap duduk kejap bangun, kejap g berjalan ke hulu hilir dalam rumah. Maklumlah rumah kakak aku ni apartment jew, aku rasa family aku pon bosan tengok aku kehulu hilir.Ikut hati nak golek2 jew atas lantai..ni feel aku masa tu. Time aku sakit ni, aku still boleh berjalan Cuma malas nak keluar siang klu boleh nk keluar malam (dasar Pontianak kan). Badan aku susut skit dr 55kg ke 49kg, mata sembam. Masa proses berubat macam biasa beberapa potong ayat Al-Quran yang ustaz tu baca. Masa berubat xdelah pulak nak meronta2 nk lari sekeliling rumah. Sebab? Aku tengah blur2 masa kat rumah ustaz tu yang ada Nadia, Arwah mak dan kakak aku. Abang aku masih dekat rumah kakak aku , ingat abang aku goyang kaki rupenye die tengah lock aku supaya jangan lari. Abang yang sulung die boleh Nampak apa yg kita x Nampak.

Sampai sekarang klu aku pergi tempat yang bukan2 or x inform ke.. macam aku selalu g cuti2 malaysia seorang diri . Sampai jew kat tempat yang aku tuju x lama lepas tu die akan call. Sekarang zaman canggih abang aku buat video call whats app pulak (-_-)’’… tunjuk sekeliling macam mana. Nanti die akan pesan jangan buat itu jgn buat ini…. Klu listkan mau sampai 5 tahun lagi x abis nk tulis. Masa berubat tu de lah aku nk berguling sakan, terjerit2 ke ape. Aku sendiri pun x percaya yang aku tgh berubat sebab macam x berubat. Rupenyer hamik ko seksa untuk keesokkan harinya.

Masa lepas berubat ustaz tu ada bekalkan air untuk minum dan mandi beserta ulam ulaman, hakikatnya bukan ulam aku tak tau daun ape tapi kene blend dan tapis , ambik air die. Air die tu aku minum keesokan harinya , rasa??? Mula2 rasa macam air timun lepas tu timbul rasa menyesal… Selepas beberapa min aku minum air tu. Aku start muntah2 dari ijau, kuning , chocolate semua keluar ,sekali dengan cirit birit skali. Time ni aku keluar toilet dh rasa macam nak mengesot. Adegan ni berlaku dalam masa 9 jam je (masa ni aku x makan langsung melainkan minum air banyak2) . aku minum air tu pagi kiranya lepas asar dh kembali sihat, last skali aku kene mandi dengan air yg die bagi semalam dengan minum air tebu.

Time ni badan dh ringan dh sembam kat mata pon dh ilang. Arwah mak senyum jew tengok aku dh sihat, tapi aku kene pantang makan selama seminggu …. Nasib x kene ikut macam orang bersalin kene pantang 44hari. Harini berubat belum tentu esok dah baik . Ustaz pesan awal2 solat jangan tinggal mengaji jangan tinggal. Sampai sekarang aku boleh Nampak dari ekor mata aku dengan kehadiran makhluk ciptaan Allah yg lain. Kalau suara selalu aku dengar clear tapi ignore jew malas nak layan buat2 x dengar .

Just fikir tu semua mainan perasaan jew. Kenapa aku fikir macam ni ???? sebab selalu aku tinggal kat rumah sewa sensorang dan kekadang kene stay kat office sampai malam. Nan hado aku nak layan mood princess2 ni…. Apapun akibat kejadian yang dah hampir berbelas tahun, sampai sekarang aku dah xde nyer nak ada kawan rapat. Klu ada pun kawan kat opis , opis jew. Lepak2 kat luar kawan lain dan sejak kejadian tu aku dah x ada nak berbff yang paling penting, aku x akan bagi peluang dekat orang lain nak ambik kesempatan dekat aku. …

Sekian,

Dark_Vampire

13 thoughts on “Dark_Vampire : Saka VS Ilmu Pengasih”

  1. Rasanya daun bidara yang diblended tu kan?Ia secara khusus digunakan dalam merawat penyakit-penyakit bersihat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang yang terkena sihir.

    Antara dalilnya ialah sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir :

    “(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara du abatu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”

    Dalam contoh lain, Nabi SAW juga menjelaskan bahawa ketika memandikan mayat selain dimandikan dengan air bersih, salah satu mandian mayat tersebut perlu menggunakan campuran air dengan daun bidara. Ini menunjukkan terdapat khasiat khusus pada daun bidara sehingga digunakan ketika memandikan mayat.
    Rawatan Menggunakan Daun Bidara
    Author: Darussyifa Bandar Baru Salak Tinggi | 19:40 | 40 comments |

    Salah satu ikhtiar yang diusahakan di Darussyifa’ ialah rawatan menggunakan daun bidara. Ia secara khusus digunakan dalam merawat penyakit-penyakit bersihat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang yang terkena sihir.

    Antara dalilnya ialah sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir :

    “(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara du abatu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”

    Dalam contoh lain, Nabi SAW juga menjelaskan bahawa ketika memandikan mayat selain dimandikan dengan air bersih, salah satu mandian mayat tersebut perlu menggunakan campuran air dengan daun bidara. Ini menunjukkan terdapat khasiat khusus pada daun bidara sehingga digunakan ketika memandikan mayat.

    Kaedah rawatan :
    Ambil sekurang-kurangnya 21 helai daun bidara untuk kegunaan tiga hari iaitu setiap hari menggunakan 7 helai. Ambil tujuh helai daun bidara ini kemudian tumbuk dengan lesung batu sehingga separuh hancur. Campurkan daun yang separuh hancur itu dengan air yang telah didoaka. Minum sedikit air ini kemudian dibuat bilasan mandi di waktu petang. Lakukan kaedah ini selama tiga hari berturut-turut.

    Rujukan : Rawatan Penyakit Jasmani (I), Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din

    Reply
  2. jln citer ko bagus… cuma aku nak nasihatkan sikit… sikit jer… klu tgh ceritakan sesuatu situasi tu, jgn terlalu meleret2 dgn cite2 yg lain yg tak berkaitan dgn jln cerita sbb feel pembaca secara tak langsung akan terhakis dan kadang sampai terlupa pangkal ceritanya… nasihat jer… jgn sentap yer…

    Reply
  3. cerita best tp merepeknya tu terlebih2..kwn ko yg 33x qc bc pun lebih kurang sama mcm ko cerita yg merepek itu isi penting dlm karangan…

    Reply
  4. ” sebenarnya bukan aku tengah sedut udara segar tu tengah bau darah segar. Lagi2 darah O, time ni arwah mak kata dh macam Pontianak mengedik. Sebab???? ”

    kak pon memang suka darah o ker ?
    atau suka darah orang yang jambu jambu…?
    kak pon nak dapat darah tu camne ? isap ke ? hidu jer ?

    Reply
  5. I have noticed you don’t monetize your website, don’t waste your traffic, you can earn additional cash every month because you’ve got hi quality content.
    If you want to know how to make extra bucks, search for:
    Mertiso’s tips best adsense alternative

    Reply

Leave a Comment