Assalamualaikum warga FS semua dan salam ramadhan daripada Kak Yong yang dah lama mendiamkan diri. Firstly, aku nak mintak maaf sebab story kat korang pendek je hari tu. Aku share dengan korang masa tu just nak beritahu korang yang aku masih lagi wujud walaupun tak kongsi cerita pasal Dedek kat FS. Kak Yong still here okey. Maaf sekali lagi sebab aku memang busy sangat sejak menjadi kuli-kuli ni. Hahaha.
Aku nak share satu kisah dengan korang pasal ‘kawan baik’ dedek kat sekolah. Mean, kawan tak lut dia tu la. Sejak dia masuk sekolah dulu, dia penah cakap dengan aku ada seorang budak perempuan ni selalu skodeng dia dari luar tingkap kelas. Hari-hari pulak tu. Sampai satu hari tu dedek tegur la kenapa budak tu selalu pandang dia. Jawapan budak tu tersangatlah clishe macam jawapan hantu puaka selama ini iaitu nak berkawan.
Disebabkan dedek ni je boleh nampak dia, budak ni nak kawan la dengan dia. Oh ye, budak ni nama dia Aisyah tau. Sedap naw namanya. Ni pun aku tau daripada dedek la. Dedek cakap budak ni mati kemalangan kat depan sekolah. Punca kejadian tak pasti la. Aisyah ni cuma cakap dia mati kena langgar. Disebabkan dia sunyi, dia nak hilangkan sunyi dia dengan berkawan dengan dedek.
Part yang aku tak boleh terima akal sampai sekarang, dia tergamak invite kawan tak lut dia tu datang rumah aku. Kau dah kenapa dedekkkk! Tapi dedek cakap, kawan dia cuma geleng. Tak nak datang le tu sebab takut bertembung dengan Kak Yong yang berani ni haaa. Hahaha. Bersyukur aku sebab budak Aisyah tu tak pernah teringin melawat dedek kat rumah banglo aku ni.
Setiap hari si Aisyah ni akan pandang dedek dari luar kelas. Mungkin tak nak ganggu dedek belajar dan menjadi budak yang berjaya. Tapi bila dedek keluar je kelas, Aisyah tu akan follow ke mana sahaja dedek pi. I mean, dalam kawasan sekolah je. Pernah sekali, parents aku kena panggil dengan cikgu sekolah dedek sebab dorang cakap dedek selalu cakap seorang diri macam ada orang. Dedek cuma akan berkawan dengan kawan sekelas dia pada waktu belajar sahaja. Tapi bila luar waktu kelas, dedek akan bawak diri dengan Aisyah tu la. Cikgu tu cakap, dedek suka lepak kat bangunan makmal komputer yang tak ada orang. Cikgu ni dah lama perhati gerak geri dedek sebenarnya
Balik tu, mummy dengan papa tanya kenapa dedek suka pergi bangunan makmal tu. Diorang risau takut jadi apa-apa sebab bangunan tu jauh ke belakang sekolah. Dedek cuma cakap, dia cuma teman kawan dia je. Bila tanya siapa kawan dia, Dedek cakap Aisyah tu la then dia terangkan siapa Aisyah tu. Naik pening parents aku dengan dedek ni. Masa tu diorang pasrah habis dengar jawapan dedek yang diorang anggap nonsense. Nak mudahkan cerita, diorang transfer dedek ke sekolah baru. Sebab parents aku tak boleh terima jawapan dedek. Yela, korang pun tahu kenapa kan.
Yang bestnya, bila dh transfer ke sekolah baru dedek dapat ‘kawan baru’ bebbb. Hahaha. Pasal kawan baru tu, aku hold dulu cerita tu okey. Senang-senang nanti aku share dengan korang pasal dedek dengan kawan baru dia yang bernama Boy. Siapa boy? Nantikannnnn. Salam sayang daripada Kak Yong.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Dedek ni hati dia still suci.. tu yg senang nmpk tu..dia hidup dlm dunia dia..
x puas la… kisah Dedek… dah berbulan menunggu
hadoiii..pendek lg citer…lama punya tggu..
hahaha.. stay strong dedek.. kak yong pun kena stay strong.. sanggup aku jejak balik kisah dedek ni.. kalau lah anak saudara aku macam tu.. memang aku menjerit kuat2 pahtu lari cari ayah sbb nak cakap anak saudara aku nampak hantu tak pun tanya anak saudara mana hantu suruh dia lari jangan kacau (dalam situasi ketakutan)
kwn baru dia ninggal bin sila
LOL…Kemain lama tggu kabar dedek last2 secoet aje kisahnya
Salam semua… macamana pula roh2 yang sepatutnya berada di alam barzakh bole merayau2 ni… kalau orang meninggal tu dah baligh dia memang tengah menerima balasan yang setimpal samada baik atau buruk dari Allah. Kalau kanak2 yang tiada dosa sebab belum baligh, dia tidur sahaja sehingga kiamat nanti. Check balik dgn guru2 agama ya.
jin atau syaitan yang menyamar la tu
Hmm.. ase nye si penulis xde lak kate tu roh kn..
Tu jelmaan jin syaitan jer.. memandangkn jin syaitan ni tau yg dedek tu boleh nmpk kewujudan mereka..mereka pun jelma diru berbntuk manusia.. yg konon2 di sangka roh.. syaitan n jin ni.. ade mcm2 cara untuk menyesat kn ank2 adam.. sbb dh mang jnji mereka.. jadi jgn salah phm.. jika ade citer cmni.. di sangka rohh.. wa’Allahu…
kak yong dedek is back..hihi
X leh nasihatkan di dedek ni jangn kawan dngn bende² gitu ke… Seriau rasa… Anyway maybe jin jelmaan manusia tu kot. Bukan roh manusia yg mati. Aduii den pun pening klu jadi mak bapak ko. Hope semua baik² shaja
“Oh ye, budak ni nama dia Aisyah tau. Sedap naw namanya. Ni pun aku tau daripada dedek la. Dedek cakap budak ni mati kemalangan kat depan sekolah”
Aisyah dia tak mati kena langgar.Orang yang meninggal akan kembali kepada Allah S.W.T.Aisyah tu sebenarnya jin.Tapi tak tahulah kalau dia tu jin Islam ataupun kafir.Hanya Allah sahaja yang tahu.