#DeeFen – Sihir Berdarah: Part 2

Assalamualaikum dan hai semua. Buat yang pertama kali terbaca cerita aku ni, nama aku #DeeFen. Link untuk kisah-kisah aku sebelum ni korang boleh check kat link bawah ni:-

fiksyenshasha.com/mak-lampir/

fiksyenshasha.com/mak-lampir-2-the-origin-2/

fiksyenshasha.com/mak-lampir-3-saying-goodbye-3/

fiksyenshasha.com/deefen-sihir-berdarah/

Cerita aku kali ni merupakan sambungan kepada Sihir Berdarah. Korang kena baca Sihir Berdarah: Part 1 dulu baru boleh faham untuk yang Part 2 ni. Bagi yang sabar menunggu Part 2 ni, ketabahan anda sangat mengkagumkan..hehe.

Apa-apa pon sila add friend kat facebook aku ‘Dee Fen’ agar hidup anda lebih misterius dan ada juga teaser untuk coming soon punya cerita. Ok jom start Sihir Berdarah: Part 2.

9 Februari 2017. Lepas ja solat isyak awal waktu, aku terus pederas keta nak pi ambik Syam kat rumah Abang Chik dia. Aku pon selama semalaman bertabah gak nak tunggu sambungan cerita dia semalam. Syam suruh aku pi ambik dia ja sebab dia rasa tak secure nak drive keta sorang-sorang kalau dah lewat atas daripada kul 10 malam. Ye la, kot kami melepak sampai lewat malam, kang tak berani balik lak si Syam tu.

Syam: “Fen, mai aku drive keta hang. Aku rindu nak bawak keta camni. Dulu aku pakai model camni gak, pastu jual. Tapi sampai sekarang dok terkenang-kenang lagi. Cam menyesal lak jual..haha”

Aku: “Amboi hang..La ni dah pakai keta hebat lagi daripada yang ni pon dok boleh terkenang lagi.”

Syam: “Biasala Fen..Benda time dok ada kat sebelah, buat derkkk je. Bila dah takdak baru nak rindu.”

Aku cadangkan kami singgah 7eleven beli kudap-kudap jajan-jajan buat habuan melepak malam ni. Syam pon tapau siap-siap bekalan dia untuk dia drive balik ke Selangor esok pagi. Berbekalkan Slurpee saiz Large sorang satu, kami menuju ke rumah mak aku.

Aku: “Weh Syam tadi aku lalu awal tadi kat depan tu ada roadblock JPJ. Ni hang ok tak? Lesen hidup?”

Syam: “Laaaa awat hang tak bagitau awai-awai tadi. Lesen aku mampos dohhh bulan lepas. Sat kita berenti hang drive pulak”

Aku: “Eh takyah la..malas la aku nak turun keta tukar-tukar driver plak..hang drive ja. Tapi depan tu hang u-turn, masuk ikut jalan kecik yang lalu jirat hindu tu. Jalan tu boleh elak roadblock tu.”

Syam pon u-turn keta untuk masuk melalui jalan kecik yang lalu sebelah perkuburan hindu. Jalan ni umpama jalan shortcut untuk ke rumah aku. Tapi untuk kereta kurang sesuai nak lalu sebab jalan ni satu lorong kecik ja. Kalau ada dua buah kereta nak berselisih, memang sorang kena mengalah turun kat bahu jalan yang berlubang-lubang bekas lopak. Tapi bila malam, jalan ni jarang orang lalu. Sebab gelap takda lampu jalan. Dah la lalu sebelah kubur. Dan jalan ni dulu-dulu agak femes dengan keangkerannya.

Ketika betul-betul melalui kawasan perkuburan hindu tu, Syam tiba-tiba tekan brek mengejut. Takdakla sampai berhenti terus keta ni, tapi brek agak kuat sampai terjolok gak straw Slurpee tu ke dalam lubang hidung aku. Tersedak-sedak aku sebab tersedut sikit Slurpee melalui hidung. Dahla ada gas berkarbonat. Aku menenyeh-nenyeh hidung aku akibat pedih. Air mata setetes berguguran jatuh akibat tindak balas biologi badan ke atas bendasing yang masuk ke dalam rongga yang tak sepatutnya.

Aku: “Oiii Syam. Awat weh brek mengejut? Ada anjing kucing melintas ka?”.

Syam hanya mendiamkan diri sambil buat isyarat jari ke mulut supaya jangan bercakap. Aku perhati ja gelagat dia. Aku perasan yang mata dia berkali-kali dok ulang tengok ke cermin pandang belakang. Kemudian perlahan-lahan Syam turunkan cermin tu ke bawah. Aku yang seakan mengerti perlakuan Syam tu, terus mengeraskan diri sambil mengecilkan kelopak mata. Takut terpandang benda yang tak sepatutnya aku pandang.

Aku dan Syam masing-masing terdiam ja sampai kat depan rumah mak aku. Kami sama-sama berpandangan, kemudian perlahan-lahan toleh ke seat belakang. Tapi belum sempat aku tengok belakang, aku dah bukak pintu keta lari dulu masuk rumah. Tertinggal Syam terkontang –kanting kat situ. Tapi Syam dengan selamba derkk ja berjalan ke halaman rumah aku macam takdak apa-apa. Cool giler.

Aku: “Syam, ada apa tadi kat seat belakang? Meremang habeh bulu roma aku tadi.”

Syam: “Ala biasa je la. Saja ja jin tu, dia nak mengusik kita.

Aku: “Hang tak rasa errrrr scary-merry ka? huhuhu”

Syam: “Takut la jugak kadang-kadang. Tapi aku dah terbiasa dah tengok benda-benda ni sejak aku sakit.”

Aku: “Huh hang biaq betoi. Maksud hang camna tu? Cer explain”

Syam: “Aku lepas baik daripada sakit yang baru-baru ni. Aku macam mudah ternampak benda-benda ghaib ni. Tak selalu nampak, kadang-kadang ja. Ustaz Hafidz pon dah bagitau kat aku, kalau sekali kita kena rasuk, walaupon dah sihat, mata kita akan mudah nampak benda mistik ni. Sebab di tubuh aku dah macam ada berparut atau tanda, maka jin-jin jahat yang nampak aku, dorang lebih tertarik nak memunculkan diri dorang kat sekeliling aku. Badan aku gak macam dah ada lubang atau laluan yang dah terbuka untuk jin. So badan aku lebih mudah untuk jin menumpang.”

Aku: “ Owwwwhhh gitewww. Patutla hang cool ja tadi. Rupanya dah kerap dah la hang nampak alam misterius ni sampai dah lali dah.”

Syam: “Maybe la. Tapi seram tu tetap ada. Contohnya…hmmmm macam kat sebelah hang sekarang ni adaaa…….”

Aku: “Wehhh hang jangan main-main Syam. Dah meremang bulu roma aku woi! Kembang semacam dah muka aku.”

Syam: “Hahaha takdak apa la. Aku melawak ja la. Sorry-sorry. Manada apa-apa pon.”

Aku: “Apa sorry-sorry! Sorry naik lorry. Bongok hang ni. Aku tempeleng jugak kepala hang kottt. Aku dah la penakut oi. Satgi hang balik sendiri. Aku takmau hantar..hahaha.”

Tiba-tiba muka Syam menjadi berkerut-kerut. Mata terjegil memandang aku. Mulut herot. Lidah sekali sekala terjelir. Jari-jemari seperti kekejangan. Kemudian mata hitam naik ke atas. Kedengaran suara argkkk aggkkkk argkkk keluar dari kerongkong Syam.

Aku yang terkejut dengan perubahan Syam. Terkaget sebentar aku kat situ. Dengan tidak semena-mena aku terus menempeleng pipi Syam sekuat hati. PanggggGG!!! Aku pon terkejut dengan diri aku sendiri. Berani pulak aku menampar Syam yang telah di-possessed oleh jin.

Syam: “ADOIII! Sakit oi! Aku melawak ja la. Saja nak mengusik hang.”

Aku: “Hangggggggg….. Agak-agak la oi nak mengusik pon. Aku dah la tak berapa nak konfiden dengan tahap kesihatan mental hang sekarang ni. Boleh pulak dok buat cenggitu. Nasib baik aku tak flying kick ja muka hang tadi. Confirm terus OKU herot kekal abadi mulut hang tu…huhuhu.”

Syam: “Sorry-sorry. Dah berkurun lamanya aku tak menyakat hang. Tapi memang kuat hang tampar aku. Kepalaterung betoi la hang ni.”

Aku: “Kahkahkah padan muka hang. Haaa dah-dah jangan dok memain mengusik. Buatnya ada yang tetiba muncul betul-betul lak. Tak balik Selangoq lak kot hang esok. Sambung la cerita semalam, cerita bagi habeh malam ni gak. Esok hang dah nak balik Selangoq dah.”

Syam: “Hmm kat manatah aku stop semalam. Haaa ok ingat dah.”

“Lepas daripada aku berubat dengan Hafidz tu. Esoknya dia datang lagi rumah aku. Dia nak pagarkan rumah aku pulak. Aku tak tengok pon apa yang dia buat kat luar rumah sebab aku berehat ja seharian. Penat semalam tu still dok ada lagi. Hafidz pesan jugak yang pagar ni bukan bermaksud selama-lamanya akan bertahan. Pagar ni jugak akan roboh kalau penghuninya membuat maksiat dan meninggalkan suruhan-Nya.”

“Namun kita sebagai hamba Allah, pasti akan diuji. Waktunya kita taktau bila. Ujian ni jika dihadapi dengan sabar dan redha, pasti akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Jika kita gagal dalam ujian, maka terjerumuslah kita ke lembah hitam yang penuh kehinaan.”

“Hafidz turut mengulang lagi peringatannya supaya aku sentiasa berhati-hati. Sebab orang yang menghantar sihir dan santau kepada aku mungkin akan mengulangi perbuatan dia. Hati yang hitam dan telah mensyirikkan Allah, susah untuk kembali ke jalan yang benar selagi mana dia tak meninggalkan amalan khurafat dia tu. Sekali kau dah mensyirikkan Allah, semakin kuat syaitan akan menghasut supaya kau semakin jauh daripada agama.”

Hafidz: “Syam dengan isteri kena sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Ingat pesan aku ni. Jangan meninggalkan amalan wajib. Sempurnakan dengan amalan sunat. Hubungan hamba yang kuat dengan Tuhannya, akan menjadi benteng yang ampuh untuk menahan segala godaan dan gangguan anasir jahat. Meskipun beribu dugaan ujian yang datang, pasti ada terbuka jalan untuk orang-orang yang sabar.”

Syam: “Insha Allah. Aku tak lupa pesan hang ni. Hang tolong sentiasa doakan keselamatan family aku.”

Hafidz: “Insha Allah. Kalau ada apa-apa terus contact aku. Atau kalau aku takda, cari la orang-orang alim yang boleh tolong kau. Jangan ditangguh-tangguh Syam. Kita taktau apa pulak jenis makhluk yang akan dihantar kat kau nanti.”

Syam: “Ok Hafidz. Ada apa-apa hal aku terus cari hang.”

Hafidz: “Mengikut pengalaman aku selama ni, selagi orang tu tak tercapai tujuan dia, selagi tu dia akan terus menyekutukan Allah. Dendam kesumat yang berlagukan bisikan syaitan pasti tak akan pernah merasa puas.”

“Lepas aku berubat dengan Hafidz, hidup aku dah kembali normal. Aku menjalani hidup yang bahagia dan happy dengan family aku. Tengok anak membesar merupakan hal yang paling aku rasa bahagia. Bahagia dan beruntung menjadi seorang ayah. Di samping ada wife yang sangat memahami dan pandai menjaga serba-serbi.”

“Aku rasa hidup aku semakin dipermudahkan. Rezeki sentiasa cukup dan berlebihan. Mungkin jugak hasil kami sekeluarga sentiasa menjaga hubungan dengan Allah. Sampaikan aku mampu beli rumah lagi satu untuk buat sewa. Tukar kereta baru untuk aku dengan wife aku. Pendek kata, rasa rezeki tu sentiasa belimpahan untuk aku. Belanja banyak mana pon, sentiasa ada lebihan untuk simpanan.”

“Kerja aku di pejabat jugak dipermudahkan. Semua orang senang bergaul dengan aku. Sampai aku dapat dinaikkan pangkat. Aku pon tak sangka dapat naik pangkat ke level ni secepat macam ni. Aku dikira sebagai orang termuda pernah memegang jawatan ni.”

“Lepas dinaikkan pangkat ni, tanggungjawab aku makin besar. Maka makin banyak hal-hal orang bawahan aku yang kena aku fikirkan. Aku jadi makin lalai dalam tanggungjawab aku sebagai hamba Allah. Sedikit demi sedikit aku mula meninggalkan amalan-amalan sunat yang selama beberapa bulan ni sentiasa aku amalkan tanpa lupa.”

“Solat dhuha, puasa sunat, zikir harian, bangun tahajjud seminggu 2 3 kali, semua semakin aku tinggalkan. Lama-kelamaan bila tiada istiqomah dalam amalan sunat yang aku lakukan, aku jadi lupa dan malas nak buat. Akhirnya aku tinggalkan terus semua amalan sunat tersebut.”

“Bulan Ogos 2016. Company tempat aku kerja makin berkembang. Dan bukak satu branch baru kat selatan Malaysia. Tanggungjawab aku makin besar sebab makin ramai staf di bawah aku. Saat ni, amalan wajib solat 5 waktu pon kadang-kadang tak cukup.”

“Kadang-kadang ada hari yang sampai satu waktu solat pon aku tak buat. Rushing pi sini sana. Lepas satu meeting, ada lagi meeting. Lepas meeting ada discussion. Lepas discussion jumpa contractor pulak. Lepas tu jumpa supplier pulak. Balik rumah penat terus tido tanpa rasa bersalah.”

“Wife aku dah mula tegur aku pasal kelalaian dalam ibadat aku. Aku selalu buat taktau ja apa bini aku cakap. Masuk telinga kiri, keluar pon ikot telinga kiri jugak. Langsung tak sempat nak proses apa yang dia nasihatkan kat aku. Aku ambik mudah sebab aku dah rasa senang, aku dah tak sakit, kerja hebat, pangkat tinggi, gaji dahsyat. Aku pon dah lupa apa pesan Hafidz dulu.”

“Apabila masa aku dah tak diperuntukkan untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Berkuasa, maka saat tu aku rasa hidup aku seperti makin kelam-kabut. Dah hilang ketenangan yang macam aku rasa beberapa bulan sebelum ni. Masa rasa sentiasa tak cukup..Sedar-sedar dah petang, sedar-sedar dah malam. Tapi kerja tak setel-setel jugak. Aku selalu rasa resah dengan hal kerja, hal duniawi. Sedikit demi sedikit aku jadi pemarah. Aku sedar aku dah berubah jadi pemarah, tapi aku tak dapat kawal.”

“Awal bulan Oktober. Aku baru balik dari melawat branch kat selatan tanah air. Naik flight dan macam biasa flight low cost memang delay memanjang. Aku touchdown kat airport pon dah hampir tengah malam. Masa aku dok drive keta nak balik rumah daripada airport tu, aku memang rasa betul-betul tak sedap hati. Rasa macam ada mata yang sentiasa memerhati.”

“Jalanraya malam tu agak sunyi sikit. Mungkin sebab esok still hari bekerja. Time aku lalu satu jalan ni, aku berenti kat trafik light. Kat trafik light tu aku sorang-sorang sebijik ja keta. So aku ambik keputusan nak jalan je la langgar lampu merah sebab jalan memang clear. Baru aku nak tekan minyak, tiba-tiba dengar bunyi ketukan 3kali kat tingkap. Aku toleh, tengok takda apa pon. Tengok side mirror pon takda apa.”

“Bila aku toleh balik ke depan, aku nampak babi hutan besar. Jarak dalam 20meter mungkin. Babi tu just merenung aku dengan mata merah menyala. Sama sebijik macam apa yang pernah aku nampak masa aku kena rasuk dulu. Aku terus pejam mata takmau tengok. Badan dah berpeluh dingin, even aircond dok bukak ja. Tangan kaki semua dah menggeletar.”

“Aku tak sedar berapa lama aku tutup mata. Maybe seminit dua kot. Aku bukak mata balik pon sebab ada kereta hon belakang aku. Bila aku bukak mata tengok babi tu dah takdak, aku pon sambung la perjalanan balik. Otak aku dok berpikir betul ke apa yang aku nampak tadi. Atau just imaginasi aku ja.”

“Aku terpikir nak call Hafidz nak mengadu kat dia. Pusat rawatan dia pon ada kat jalan yang sama aku lalui ni. Kot-kot dia ada kat situ, boleh aku singgah kejap. Tapi bila tengok jam dah pukul 12 lebih, aku cancel je la hajat nak call Hafidz. Aku sedapkan hati dengan kata yang babi tu hanya halusinasi aku ja. Maybe sebab penat dan mengantok lepas seharian kerja dan travel.”

“Bila aku dah sampai rumah, lepas dah siap parking keta kat porch dengan kunci pagar. Aku pon masuk la dalam rumah. Wife and anak aku dah tido kat atas. Bila aku nak tutup ja pintu rumah, dah hampir tertutup tapi tersangkut. Aku tolak kuat sikit tapi taknak jugak tutup. Aku bukak balik nak cek kot ada penyendal pintu tu kan atau ada apa-apa yang sangkut. Bila aku dah bukak ja balik pintu, zuppppp aku rasa macam ada bayang datang dari depan aku dan lalu sebelah kiri aku. Sangat laju pergerakan bayang tu, sekelip mata ja. Serentak dengan tu, ada angin kuat menerpa ke badan aku. Angin tu sekali lalu ja, tapi kuat. Bergegar sikit grill pintu rumah tu. Umpama hang dok tepi highway, ada bas lalu laju. Macam tu la angin tu. Aku terkaku kat situ sebentar. Bulu roma meremang, muka rasa kembang. Time ni aku dah mula rasa ni mesti ada something wrong. Jantung aku dah dupdapdupdap kencang.”

“Serta-merta dengar anak aku menangis kuat kat tingkat atas. Aku lari naik ke bilik. Tengok wife aku dok pujuk anak aku. Aku pon ambik anak aku then dukung-dukung sambil pujuk dia. Anak aku dok mamai lagi, mata pon antara terbuka tertutup. Tapi dia dok tunjuk-tunjuk kat sudut bilik. Aku ingatkan dia dok tunjuk kat mainan dia sebab kat sudut tu memang ada longgok mainan dia semua. Aku pon pujuk kata esok la main. Dalam 5minit camtu dia tertido balik. Aku pon letak dia tido balik atas katil.”

“Bila aku duduk kat katil dan tengok kat sudut bilik tempat anak aku tunjuk tadi tu, aku terperasan kawasan tu macam lebih gelap sikit. Macam ada something yang menghalang cahaya lampu tidur nak sampai ke situ. Bilik kami kalau tido, kami bukak ja sepanjang malam lampu tido warna kuning oren tu. Cahaya lampu tu kalau ada benda yang block, memang mudah nampak berbayang kan. Macam tu la jugak kat sudut bilik aku tu. Bayang tu daripada lantai terus ke siling, tak bergerak langsung. Tapi dalam samar-samar bayangan tu, boleh nampak bentuk bahu dengan bentuk kepala. Bila aku tenung lama-lama dan bayang tu langsung tak bergerak-gerak jugak, aku pikir tu maybe ada sesuatu melekat kat lampu tu yang buat jadi berbayang.”

“Aku pon ambik tuala nak mandi. Masa aku dok mandi air shower tu, tengah dok bilas syampu kat rambut aku rasa macam ada jari sentuh belakang aku. Jari tu macam dileretkan daripada pangkal leher belakang aku turun ke pangkal tulang belakang. Mula-mula aku buat bodo ja sebab pikir mungkin air yang mengalir. Kali kedua jari tu buat lagi benda yang sama, tapi laju sekali ja dan kuat dia tekan macam mencakar. Aku terus terkejut pandang belakang. Takdak apa-apa. Seram dah aku rasa. Mata aku pedih pulak masuk syampu. Aku pon bilas cepat-cepat nak sudahkan mandi sebab aku dah takmau dok lama-lama dalam bilik air tu.”

“Elok ja aku sudah bilas badan, aku nampak paip air yang tepi mangkuk tandas tu terbukak. Air kuat memancut ke siling. Aku pon pelik sebab paip tu mana ada aku guna pon tadi. Aku cepat-cepat tutup paip. Terus blah keluar bilik air dengan basah-basah tak sempat lap badan. Aku pakai baju tido terus lena.”

“Time tido tu, aku ingat lagi yang aku mimpi macam-macam. Semua yang menakutkan. Kena kejar dengan lembaga besar. Ular hitam besar nganga mulut nak makan aku. Aku lari then terjatuh dari gaung yang sangat tinggi. Mimpi yang menakutkan tu aku rasa sangat panjang dan macam sepanjang malam aku mimpi tu ja. Bangun pagi esok aku rasa penat sangat. Penat kena kejar dalam mimpi.”

“Bila aku nak bangun ja, tulang belakang aku rasa sakit. Tapi takdak la sakit sampai takleh bangun. Aku minta wife aku urut sikit. Dia tengok belakang aku ada bekas cakar 3 garisan merah daripada leher sampai pangkal bawah tulang belakang. Time tu aku pikir memang sah bekas cakar tu hasil daripada kejadian dalam bilik air semalam. Muka wife aku nampak risau time tu. Tapi aku sedapkan hati dia dengan kata semalam tergaru kuat sangat guna kayu penggaru belakang tu. Sebab tu sampai berbekas merah camtu.”

“Hari-hari lepas tu, aku selalu mimpi buruk. Bangun pagi rasa letih. Tulang belakang aku rasa sakit sengal-sengal. Paling sakit bila time maghrib. Dah macam orang tua aku jalan kalau time sakit teruk. Jalan membongkok ja. Aku cek doktor, doktor suruh rehat ja. Mungkin sakit urat atau angin. Aku pon makan ubat sakit urat, ubat angin dengan ubat tahan sakit yang doktor bagi.”

“Aku cuba call Hafidz, tapi semua masuk voicemail ja. Tiga kali aku pi pusat rawatan dia pon tutup. Kali keempat aku pi pusat rawatan dia pon tutup tapi aku terserempak dengan anak murid dia yang pernah rawat aku dulu.”

Syam: “Dik dik! Assalamualaikum!”

Anak murid Usztaz Hafidz: “Waalaikummussalam warahmatullah. Eh abang ni kawan Ustaz Hafidz kan? Abang Syam kan? Saya pernah pi rumah abang dulu buat rawatan kat abang.”

Syam: “Ha betulla tu. Saya la orang yang lawan bersilat dengan Hafidz dulu tu.”

Anak murid Ustaz Hafidz: “Abang sihat ke? Nampak macam pucat sikit.”

Syam: “Kurang sihat sikit ja. Hafidz ada ka? Dah kali keempat ni saya datang sini nak jumpa dia tapi tutup ja pusat rawatan dia.”

Anak murid Ustaz Hafidz: “Ooo Ustaz dia pi Indonesia. Sambung belajar lagi kaedah rawatan Islam ni kat sana.”

Syam: “Bila dia nak balik tu?”

Anak murid Ustaz Hafidz: “Dia ke sana baru minggu lepas. Awal bulan 12 baru dia habis belajar. Tapi Ustaz kata lepas habis menuntut kat Indonesia, dia nak terus sambung buat umrah. Dalam pertengahan bulan 12 baru dia balik Malaysia.”

Syam: “Ow okay. Takpa nanti kalau dia dah balik. Pesan kat dia yang Syam nak jumpa dia. Ada hal penting nak jumpa segera.”

Anak murid Ustaz Hafidz: “Insha Allah. Saya sampaikan pesanan abang. Abang betul ke ok ni? Kalau abang nak dapatkan rawatan, saya boleh bawak abang jumpa lagi satu ustaz yang lain. Tapi kalau abang taknak pergi sekarang, saya bagi nombor telefon ustaz tu.”

Syam: “Takpala. Saya ok je lagi. Saya tunggu Hafidz balik Malaysia je la nanti.”

“Lepas bersalam aku terus blah. Sedikit hampa sebab Hafidz lambat lagi nak balik Malaysia. Lebih kurang lagi dua bulan. Bila nak masuk kereta ja, aku perasan anak murid Hafidz tu pandang aku ja. Muka macam risau. Last-last dia panggil aku gak dan dia tulis nombor telefon ustaz yang lain. Dia pesan kalau rasa tak sihat sangat boleh jumpa ustaz tu. Nombor telefon tu aku simpan ja dalam laci kecik tempat simpan syiling kat dashboard keta aku ”

“Hari-hari mendatang lepas tu, macam biasa sakit belakang aku kadang teruk kadang kurang. Tapi bila dah hujung-hujung bulan November, aku mula batuk-batuk. Batuk tak berhenti. Selera makan aku makin berkurang. Badan pon lenguh-lenguh satu badan. Berat badan aku susut mendadak.”

“Kerja aku pon makin terjejas. Ye la tido malam tak pernah nyenyak. Mimpi macam-macam sampaikan hari-hari mimpi buruk. Bangun pagi sentiasa lesu badan. Aku pon kerap ambik MC. Wife aku makin risau tengok keadaan aku.”

Wife: “Abang, jomla kita jumpa ustaz. Ayang dah risau tengok Abang ni. Abang macam dah jadi sakit macam dulu balik dah.”

Syam: “Ala ok lagi ni. Abang boleh tahan lagi ni.”

Wife: “Ok apanya… Badan dah susut. Mata lebam. Batuk tak lega-lega. Kerap sakit badan. Jomla Abang jumpa ustaz.”

Syam: “Hmmm tunggu la. Nanti tengah bulan 12 Hafidz balik Malaysia. Tak lama dah lebih kurang seminggu ja lagi. Sekarang dia tengah buat umrah. Abang jumpa dia ja la nanti tengok camna nak buat.”

Wife: “Ala kita jumpa ustaz yang lain dulu sementara tunggu Ustaz Hafidz balik.”

Syam: “HOIII !! Aku kata nanti-nanti la! Tak paham bahasa ka?! Kalau nak sangat jumpa ustaz, kau ja yang pi!!”

Anak Syam: “Papa papa paaaaaaa…nanak kung nanak kung.”

Syam: “Hah ni sekor lagi nak dukung-dukung apa?!! Apa ni dok pegang-pegang kaki aku!! Apa kau ingat aku ni kuli kau ka nak dukung-dukung?!! Pi blah kat mak kau tu! Menyusahkan orang! Semua nak menyusahkan hidup aku!!! BODOH!!!”

“Anak aku menangis sebab lepas aku marah tu aku tolak dia dengan kaki aku sampai terjatuh anak aku tu. Fen..aku rasa itu lah kali terakhir aku cakap dengan anak aku…. Sebab lepas tu aku sakit teruk. Aku sedih sangat Fen sebab aku tak sangka aku marah anak dengan wife aku sampai macam tu sekali. Baran aku makin teruk. Aku rasa terkilan sangat. Aku rasa aku nak sangat mintak maaf kat anak dengan wife aku. Aku rasa bersalah sangat. Kalau lah aku dapat ulang balik masa…Maafkan Abang.. Maafkan papa Kakak…maafkan papa……”

Saat ni Syam dah menangis semahu-mahunya. Teresak-esak dia menangis. Aku pon dah tak mampu nak menahan air mata. Aku dapat rasai penderitaan Syam. Ya Allah…Beratnya dugaan Syam. Kalau aku kat tempat Syam, mungkin aku lagi teruk daripada Syam. Syam terus berulang kali menyebut maafkan papa, maafkan papa…..

Setelah beberapa minit, bila Syam kembali tenang dan dapat mengawal perasaan. Dia pon kembali menyambung cerita walaupun kadang-kadang dia termenung seketika mungkin sebab terkenang arwah wife dan arwah anak dia.

“Lepas daripada peristiwa tu, sakit aku makin teruk. Aku ambik cuti sakit. Batuk-batuk tak berhenti. Sekali-sekala batuk berdarah. Bila lepas maghrib, aku rasa sakit sangat-sangat kat sepanjang tulang belakang aku. Badan sengal-sengal. Aku jadi sesak nafas kalau dengar azan. Kuku kaki aku pon semakin hari menjadi semakin pucat, kemudian makin hitam.”

“Aku makin kerap nampak kelibat atau lembaga dalam rumah aku. Macam-macam jenis yang ada. Berlainan rupa. Terlalu banyak aku rasa yang dok berlegar-legar dalam rumah aku. Tapi ada satu lembaga besar yang paling kerap aku nampak. Siang-siang pon kadang-kadang nampak. Dia yang paling besar antara yang lain-lain. Dia selalu berdiri pandang aku. Umpama mengawal segala pergerakan aku. Badan sangat tegap, tinggi cecah siling rumah. Telanjang tapi badan penuh bulu panjang. Mata merah menyala bersinar-sinar macam ada api dalam mata dia. Telinga capang, tirus tajam kat atas. Jari runcing dan panjang, kuku hitam panjang dan tajam.”

“Aku lebih banyak menghabiskan masa dengan baring. Kalau tak baring, aku dok duduk termenung ja. Segala apa yang disekeliling aku semua aku dah tak layan. Anak aku datang kat aku pon aku tak layan. Kadang-kadang aku halau ja dia. Wife aku kalau dok ajak aku pergi berubat, aku jawab tunggu Ustaz Hafidz, aku takmau orang lain. Tu ja jawapan aku…Tunggu Ustaz Hafidz!”

“Tiba-tiba ada satu hari tu aku rasa semua sakit aku hilang. Aku rasa lapar. Aku rasa berselera nak makan. Macam-macam aku mintak makanan. Segala jenis nasi lauk roti biskut semua aku bedal. Aku rasa sangat cergas, bertenaga. Yang pastinya aku tersenyum sepanjang hari macam ada sesuatu yang menggembirakan aku.”

“Tepat jam 9 malam. Telefon aku berbunyi. Ada satu perasaan gembira yang teramat. Aku tak tau kenapa tapi aku rasa happy dengar bunyi fon tu. Aku bangun tengok fon yang terletak atas meja. Nama yang terpapar. ‘Ust Hafidz’. Makin lebar aku tersenyum.”

Syam: “Hello Hafidz. Baru sampai Malaysia?”

Hafidz: “Assalamualaikum Syam.”

Syam: “Hmmm. Bila sampai?”

Hafidz: “Petang tadi. Anak murid saya ada sampaikan pesanan Syam hari tu. Esok petang saya datang dengan anak murid saya.”

Syam: “Ok. Bawak lagi ramai bodyguard pon takpa. Hihihi. Jumpa esok OSSSSTATT. Bye!”

“Aku terus matikan panggilan dengan Hafidz. Aku sedar aku tersenyum gembira. Makin kuat jin syaitan yang mengawal badan aku. Sejak minggu lepas aku dah hilang kawalan kat jasad aku. Aku sedar apa yang berlaku, tapi aku tak berdaya buat apa-apa. Aku umpama terperangkap dalam jasad aku sendiri. Macam menonton wayang yang dilakonkan aku sendiri.”

“Sepanjang hari yang Hafidz janji nak datang tu, aku menyanyi bersiul-siul. Aku mundar-mandir ja dalam rumah sambil bersiul. Makan berselera. Melantak nasi pon sambil berjalan sini sana. Aku minta wife aku belikan ayam golek Tesco tu 2 ekor. Aku bedal semua. Tu pon rasa macam tak cukup lagi. Tengahari tu abang aku yang sulung datang. Abang ipar dengan adik ipar aku dah sampai awal pagi lagi. Aku ramah bersembang dengan dorang semua. Tapi semua pandang aku dengan muka cuak. Sebab dorang tau, yang dorang sembang tu bukan diri aku yang sebenar.”

“Tepat jam 6 petang, Hafidz sampai rumah aku dengan 4 orang murid dia. Aku perhati ja dorang dari celah tingkap sambil tersenyum sinis. Hafidz berhenti kat depan pagar, dia dan murid dia membacakan sesuatu. Hafidz dari luar merenung tepat ke mata aku yang berada kat dalam rumah di sebalik langsir. Aku mula rasa rumah ni makin berbahang. Hafidz berjalan sekeliling rumah aku sambil mulut terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci. Mata Hafidz meliar seperti mencari sesuatu. Setiap perlakuan dorang aku perhati dengan tajam daripada celahan tingkap rumah. Aku terdengar perbualan Hafidz dengan abang dan ipar aku. Hafidz kata dia tak dapat jumpa sebarang barang santau yang ditanam dikeliling rumah. Ini bermakna jenis santau yang digunakan adalah santau tuju. Kemudian Hafidz terus masuk ke dalam rumah, meminta menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum bersedia untuk memulakan sesi rawatan seterusnya.”

Syam: “Hai ostat. Dah lama aku tunggu kau..hehehe. Salam sikit.”

Hafidz: “Hmmm…..”

Syam: “Amboi sombong, salam pon taknak. Ewah ewah ewah.. Mentang-mentang baru upgrade ilmu. Terus berlagak ye. Dah macam bos-bos ye. Aku taknak panggil kau ostat lah. Aku panggil kau bostat..hahahaha.

Ustaz Hafidz langsung tak menghiraukan Syam. Dia tau yang tu adalah jin syaitan yang cuba memprovokasi dirinya.

Hafidz: “Insha Allah anak murid atau pembantu saya akan azan kat semua penjuru rumah dan dalam setiap bilik. Saya mohon jasa baik abang kita yang dua orang ni dengan adik kita sorang ni membantu jugak tolong azan.”

“Ustaz Hafidz memberi arahan kepada anak murid/pembantunya dan turut memohon bantuan abang Syam, abang dan adik ipar Syam. Maka dorang pon beramai-ramai mengazankan setiap ruang rumah Syam.”

“Sepanjang dorang dok azan. Aku rasa rumah ni makin panas. Aku dapat melihat banyak bayang-bayang hitam yang melintas laju disekeliling ruang rumah aku. Aku pulak rasa gelisah. Berpeluh-peluh. Mundar-mandir aku berjalan dalam bulatan di ruang tamu rumah. Setelah hampir selesai dorang azan. Aku rasa rumah bergegar seperti nak roboh.”

“Seterusnya Hafidz membuat scan kepada semua ahli keluarga aku. Dorang semua clean tiada gangguan yang merasuk. Kemudian Hafidz ke rumah jiran sebelah aku sebab isteri dan anak aku ada kat situ. Cuma anak aku diberi sedikit rawatan sebab katanya ada yang mengikut anak aku. Tapi yang mengikut anak aku tu cuma anak jin. Jin tu nak berkawan. Proses rawatan pon sekejap saja, hanya dengan cara rundingan anak jin tu dah tak mengikut lagi anak aku.”

“Bila tepat masuk waktu maghrib, pembantu Hafidz mengalunkan azan di tengah ruang tamu rumah. Aku rasa sangat panas sampaikan aku dah bukak baju dan seluar. Tinggal boxer saja. Aku menekup kedua-dua telinga aku. Bayang-bayang hitam berselerak laju lari meninggalkan ruang tamu rumah. Aku rasa gempa bumi yang sangat kuat, bergoyang-goyang badan aku. Jenuh aku mengimbangkan badan.”

“Kemudian dorang solat maghrib berjemaah. Tapi dibahagikan kepada dua kumpulan, sebab bergilir nak tengokkan aku. Takut aku melarikan diri. Sepanjang dorang solat, aku duduk mencangkung sambil perhatikan dorang. Sekali-sekala aku membuat aksi-aksi jelik seperti mempermainkan perbuatan dalam solat dorang.”

Hafidz: “Saya baru lepas bercakap telefon dengan anak murid saya yang lain. Saya minta dorang datang sini untuk bantu kita. Nanti sebelum masuk isyak dorang sampai.”

Abang Syam: “Ok bagusla. Lagi ramai lagi bagus. Saya pon kadang-kadang rasa macam ternampak banyak kelibat dan bayang-bayang di sekeliling rumah ni. Rumah ni pon rasa sesak, udara rasa macam padat, nak bernafas pon tak selesa.”

Hafidz: “Betul tu. Ada sangat banyak jin dalam rumah ni. Apabila dalam sesuatu ruang yang terlalu banyak anasir jahat atau tenaga negatif, maka ruang udara terasa padat. Dada terasa sesak dan tak selesa bernafas. Sekarang kita tunggu dorang sampai dulu kemudian kita mulakan proses rawatan.”

Syam: “Haiiii bostat, takut dengan aku ke? Sampai nak panggil ramai-ramai lagi….hahahaha.”

“Sepanjang menunggu pembantu Hafidz yang baru untuk sampai, semua duduk berzikir ja. Hafidz pulak bersolat sunat. Apabila hampir masuk waktu isyak baru pembantu Hafidz yang lain tiba. Rakan Hafidz iaitu Ustaz Kamil pon datang untuk turut serta dalam proses rawatan. Ini bermakna bukan calang-calang makhluk yang akan Hafidz hadapi sampai meminta bantuan Ustaz Kamil sekali.”

“Ustaz Kamil ni merupakan rakan seperguruan Hafidz. Mereka sama-sama belajar perubatan islam ni kat Indonesia. Ustaz Kamil tinggal di Kelantan tapi kebetulan dia datang Selangor melawat sanak-saudara dia. Hafidz meminta Ustaz Kamil datang sekali untuk membantu kerana dia perlu melakukan dua rawatan sekaligus iaitu rawatan sihir dan rawatan santau. Lepas semua selesai solat isyak. Proses rawatan pon bermula.”

“Hafidz memulakan rawatan dengan membacakan doa dan ayat-ayat suci. Aku dibaringkan di tengah ruang tamu. Sedikit mengejutkan makhluk yang menghuni badan aku hanya menurut saja dibaringkan tanpa melawan. Ustaz Kamil pula duduk berzikir bersama dengan pembantu-pembantu Hafidz. Mungkin Ustaz Kamil hanya akan membantu jika diperlukan oleh Hafidz.”

“Ketika Hafidz membaca ayat-ayat suci, aku rasa badan aku panas. Suara aku sudah bertukar garau. Aku mendengus marah. Seperti mayat bangun, aku terus bangun daripada pembaringan. Kemudian aku terus menatap tajam muka Hafidz sambil berdengus berkali-kali tanda marah. Hafidz memberi isyarat kepada pembantunya agar menguatkan lagi zikir.”

“Ketika ni, kedengaran seperti bunyi hujan lebat yang terkena bumbung zink porch kereta di luar rumah. Semua berpandangan ke luar rumah, tapi takda tanda langsung air hujan yang mencurah. Ketika semua seperti kebingungan, Hafidz bagitau yang tu bunyi pasir yang dibaling ke bumbung rumah. Semua tu permainan jin semata-mata.”

“Hafidz terus menguatkan bacaannya. Kesemua lampu dalam rumah ni berkelip-kelip. Sesekali boleh ternampak bayang bergerak laju. Berkali-kali bayang ni melintas ke sini-sana. Kemudian kedengaran suara mengilai daripada tingkat atas rumah. Apabila suara mengilai berhenti, kedengaran pulak suara seperti orang ramai sedang bersembang di dalam market. Bising. Bergema di dalam sekeliling rumah ni. Tapi langsung tak jelas apa butir patah perkataan.”

“Perkara paling ketara yang aku nampak dalam kaedah rawatan Hafidz kali ni ialah dia tak lagi memicit jari kaki aku dengan objek atau lada untuk memanggil makhluk yang berada didalam tubuh untuk berbicara dengan dia. Dia sekadar duduk di sebelah aku dan membaca ayat-ayat suci.”

Hafidz: “Assalamualaikum. Jawab salam kalau engkau islam.”

Syam: “AhhhhhHHH!!”

Hafidz: “Kafir! Siapa kau?”

Syam: “Akulah raja segala kemungkaran!! Aku dapat merasa apa yang ada di dalam fikiran kau! Aku mampu mengalir di setiap urat di dalam tubuh kau! Aku mampu membisik kejahatan di telinga kau! Aku mampu menanam keraguan di hati kau! Aku datang dari depan belakang kiri dan kanan kau!”

Hafidz: “Syaitan Nirrojim! Musuh terang lagi nyata bagi bani Adam!

Ketawa Syam makin besar menunjukkan lagak keangkuhannya. Kosombongan jelas terpancar pada wajah dan daripada gaya Syam mendepakan tangannya.

Syam: “Hafidz.. Hafidz..Dah lama aku tunggu kau.”

Hafidz: “Buat apa kau tunggu aku?”

Syam: “Ada perhitungan yang ingin aku selesaikan dengan kau. Dengan kekuatan aku dan tentera aku, pasti mudah nak menewaskan kau Hafidz dengan pembantu bodoh kau semua ni!”

Hafidz: “Tiada daya dan kekuatan dalam diriku melainkan daripada Allah. Apa tujuan kau dan tentera kau datang sini?”

Syam: “Bodoh. Sudah terang lagi bersuluh! Aku dihantar untuk menyihir rakan kau yang bodoh ni. Mudah sekali aku merasuk dia. Apabila manusia mula lupa Tuhannya, segala suruhan-Nya ditinggalkan. Maka disitulah peluang aku untuk merasuk.”

Hafidz: “Berapa ramai tentera kau?!

Syam: “TIGA PULUH RIBU!! HAHAHAHAHA”

“Beberapa orang pembantu Hafidz terkejut mendengar jawapan jumlah tentera yang datang. Kemudian dorang berpandangan semasa sendiri. Ada yang nampak sedikit gelisah untuk menghadapi anasir jahat seramai itu.”

Hafidz: “Jangan takut saudara-saudara ku. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama orang yang tetap hatinya pada jalan Allah. Tetapkanlah hati hamba-hamba Mu ini agar sentiasa berada di jalan yang redhai. Pandulah kami, tunjukkanlah kami jalannya ya Allah, ya Rabbul Jalil.”

“Hafidz kemudian berdiri berhadapan dengan aku. Mulutnya bergerak-gerak membaca sesuatu. Agak lama dia berkeadaan macam tu. Kemudian perlahan-lahan dia meniup ke sekeliling. Suara yang hingar-bingar tadi terus senyap. Suasana hening. Hanya kedengaran zikir daripada pembantu Hafidz. Lampu di ruang tamu sekali-sekala berkelip-kelip.”

Hafidz: “Siapa yang menghantar kau?”

Syam: “Siapa yang menghantar aku tak penting! Yang penting aku mahu semua mati!”

Hafidz: “Ajal dan maut di tangan Allah. Tiada makhluk yang berkuasa melawan kuasa takdir!”

Syam: “Bodoh dan bodoh! Aku mampu mencipta takdir aku sendiri!

Hafidz: “Lupakah kau apa yang terjadi pada ketua kau iaitu Iblis? Sujud kepada Allah selama beribu tahun, namun kerana sombong dan bongkak, dia tak sanggup menerima takdir Allah bahawa Adam lebih mulia daripadanya. ”

Syam: “HAHAHAHA! Manusia memang tak layak disujud. Lemah!”

“Hafidz kembali membaca sesuatu ayat. Kemudian dihembuskan ke Syam. Menggeliat badan Syam. Dengusan bersuara garau keluar dari kerongkong Syam seperti menahan sakit. Riak muka Syam bertukar marah. Urat mata jelas kelihatan. Hampir merah keseluruhan mata Syam akibat urat-urat yang timbul. Muka Syam kelihatan sangat menyeramkan.

Syam: “AAAAgggghHHHHhH!! Aku bunuh kau!

Hafidz: “Nyawa ku milik Allah. Hidup dan matiku adalah ketentuan-Nya. Tiada sezarah ketakutan dalam diriku terhadap kau makhluk terlaknat! Aku berserah segalanya kepada-Mu ya Allah.

Syam: “Bohong! Aku dapat rasakan kau gentar memandang aku! HAHAHAHAHAHA!

“Aku mengelilingi tubuh Hafidz. Sekali-sekala mengacah mukanya ke arah muka Hafidz sambil tersenyum lebar dan menjelirkan lidah seperti biawak. Hafidz membaca sesuatu pada genggaman tangan kanannya. Kemudian dia membuat gaya seperti melemparkan sesuatu pada aku. Serta-merta aku terjatuh berguling ke belakang.”

“Aku bingkas bangun dengan posisi tubuh seperti mahu menyondol Hafidz. Hafidz segera membuka kekuda sambil menghentak kaki memasak bumi. Serbannya dibuka dan disangkut di leher ja. Wajah Hafidz kelihatan tenang dan bersahaja. Senyum. Tak kelihatan sedikit pon gentar di wajah dia.”

“Dengan dengusan seperti seekor kerbau, aku terus pantas menyondol ke arah Hafidz. Lagak seperti seorang pahlawan, Hafidz mengelak dan menepuk belakang aku. Aku terus tersungkur ke arah pembantu Hafidz. Aku mengeliat-ngeliat sakit di belakang akibat tepukan Hafidz sebentar tadi.”

“Aku bingkas bangun dan duduk mencangkung. Dengan lagak seperti seekor monyet pula, aku mengelilingi Hafidz beberapa kali. Tengah berpusing-pusing tu, tiba-tiba aku melompat menyerang ke arah Ustaz Kamil. Ustaz Kamil terus mengangkat kaki dan menendang tepat ke perut aku. Sakitnya perut, rasa macam dah terburai isi perut. Rasa panas menggelegak dalam perut aku. Menggelupur aku kat situ.”

“Melihatkan aku dah menggelupur sakit, Hafidz terus menerpa ke arah aku sambil tapak tangan kanannya menghala ke arah aku. Mulut Hafidz terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci. Seluruh badan aku terkaku. Terasa makin panas di setiap inci kulit aku. Aku terus menjerit dengan kuat. Suara garau. Jeritan kalau dengar memang bunyi sangat menyeramkan.”

“Tiba-tiba suasana ruang tamu kelihatan makin kelam dan suram. Lampu, langsir, bingkai gambar atau apa saja yang tergantung, semuanya kelihatan bergoyang-goyang. Aku dapat melihat beratus-ratus, mungkin beribu bayang hitam bergerak laju dalam rumah aku ni. Keadaan jadi kelam-kabut bila seorang demi seorang pembantu Hafidz dan ahli keluarga aku rebah dan pengsan. Yang tinggal hanya Hafidz, Ustaz Kamil, dua orang pembantu dan abang ipar aku. Hafidz serta-merta cuba memulihkan kembali abang dan adik ipar aku.”

Syam: “HAHAHAHAHAHA! Sekarang bagitau aku sapa yang lebih berkuasa sekarang?!! Aku atau kau?!!”

“Ustaz Kamil terus berdiri lantas memasang kekuda sama seperti apa yang Hafidz lakukan awal tu. Lengan baju disinting ke parah siku. Kain pelikat yang disangkut di bahu kini berada di tangannya seumpama memegang senjata. “

Ustaz Kamil: “Hafidz! Tinggalkan dorang dulu! Nanti kita rawat! Kita kena kalahkan syaitan ni dulu! Yang mana tinggal, kuatkan zikir. Jangan biarkan ketakutan menguasai diri. Ingat! Kita hanya takutkan Allah!

Syam: “APA?!! Kalahkan aku? Manusia lemah! Sedarkah dengan siapa kau ingin berlawan sekarang? HAHAHAHAHA!!”

“Ustaz Kamil dan Hafidz masing-masing telah berdiri berhadapan dengan aku. Muka keduanya serius memandang aku. Bunga-bunga silat dibuka. Gerak-geri kelihatan sama dan serentak. Mempesonakan. Sambil sama-sama membaca doa dan ayat-ayat suci yang serupa.”

“Aku terus menerkam ke arah Hafidz. Namun mengelak dan menepis. Kemudian aku melompat tinggi dan menerkam ke arah Ustaz Kamil pula. Dia melibas aku dengan kain pelikatnya. Terus aku terpelanting ke arah kiri. Jatuh tersembam.”

“Aku mendengus marah. Hafidz dan Ustaz Kamil menguatkan lagi bacaan. Aku cuba menerkam lagi ke arah Ustaz Kamil. Namun belum hampir ke badannya, aku seperti terlanggar dinding lantas terjelepok jatuh. Ada semacam aura mengelilingi dorang. Aku menjerit kuat tanda kemarahan semakin membara.”

“Kami berlawan hampir sepanjang malam. Akhirnya aku merasakan pergerakan badan aku yang dikawal oleh syaitan ini semakin tidak bermaya. Mungkin dah tiada tenaga. Mungkin juga dah hampir berputus asa akibat semua serangan tidak mengena Hafidz dan Ustaz Kamil.”

Hafidz: “Ya Allah, ya Jabbar, yang Maha Perkasa. Bantulah kami yang lemah ini untuk mengatasi segala muslihat mereka yang memusuhi kami. Kurniakanlah kekuatan-Mu kepada kami.”

“Hafidz dan Ustaz Kamil sama-sama menyerang aku. Aku ditolak secara tenaga batin kat dada aku melalui tapak tapak dorang. Akibat daripada tu, aku terundur beberapa langkah ke belakang dan terlanggar dinding ruang tamu. Hafidz segera melibas serbannya ke arah kepala aku, terus aku jatuh terduduk. Dada aku kuat berombak dan nafas berdengus kuat. Ustaz Kamil meletak tapak tangannya ke kepala aku dan membaca doa. Panas.”

Syam: “Aku nak keluar!”

Hafidz: “Sekarang baru kau nak keluar. Kau langsung tak dijemput masuk ke tubuh hamba Allah ni. Kau akan lebih sakit kalau kau nak masuk kembali ke tubuh dia nanti. Aku nak kau janji kau takkan masuk lagi nanti.”

Syam: “Huughhhhh!”

Hafidz: “Siapa yang menghantar kau kemari?!!”

Syam: “Aku takkan bagitau kau!”

“Kemudian Aku rasa seperti nak muntah. Kerongkong aku terasa perit. Bunyi yang keluar dari kerongkong aku seperti kerbau yang sedang disembelih. Kuat dan menyeramkan.”

Hafidz: “Kau nak keluar ikut mana?”

Syam: “Mulut!”

Hafidz: “Aku tak izinkan. Aku nak kau keluar ikut tapak kaki. Aku akan bukakan jalan!”

“Dengan membaca beberapa potong ayat suci, Hafidz mencalit minyak atar ke tapak kaki aku. Kat situ syaitan itu akan keluar.”

Hafidz: “Keluar kau sekarang ikut jalan yang aku buka. Dan jangan kau kembali!”

“Hafidz membuat gaya seperti merentap sesuatu melalui tapak kaki aku. Aku dapat merasa haba panas yang menjalar dari kerongkong aku, turun ke dada, perut, kaki dan akhirnya ke tapak kaki aku. Tapak kaki aku terasa terlalu sakit sampai aku menggelupur ketika syaitan tu nak keluar. Lepas syaitan tu keluar, aku rasa seperti beban yang berat menghempap badan aku selama ni dah hilang. Aku rasa ringan. Aku terbaring tak bermaya. Letih.”

“Ruang tamu rumah aku kembali normal dan cerah seperti biasa. Tiada lagi bayang-bayang hitam yang berlegar-legar macam awal tadi. Hafidz kemudian terus memulihkan semangat aku dan diberi minum air yang dibacakan doa. Ustaz Kamil pula memulihkan pembantu, abang dan dan ipar aku. Masing-masing dah terjaga dan dipulihkan kembali semangat dorang.”

“Hafidz dan Ustaz Kamil seterusnya memulakan proses membuang santau dari dalam badan aku. Proses membuang santau ni straightforward macam proses rawatan yang selalu kita tengok. Selepas hampir 20minit, aku pon muntah serbuk kaca, tali guni dan kuku. Memang sangat menyeksakan time muntah ni. Rasa macam nak terkeluar sekali dengan usus perut. Peritnya Allah ja yang tau.”

“Hafidz dan Ustaz Kamil kemudian melawat ke sekeliling rumah untuk memastikan tiada lagi anasir jahat yang tetinggal. Dorang semua kemudian menunaikan solat sunat tanda syukur semua dah kembali normal. Aku pulak just terbaring keletihan. Sengal-sengal seluruh badan aku.”

“Selesai saja proses rawatan. Semua terduduk keletihan. Jam dah pukul 130 pagi. Punyalah lama proses rawatan kali ni. Hafidz mencadangkan semua tunggu sampai lepas subuh baru semua balik. Semua berjaga malam tu, menceritakan pengalaman masing-masing tadi. Hafidz dan Ustaz Kamil turut memberi tazkirah kepada semua akan bahaya perbuatan syirik ni. Aku pulak dah tertidur tak sedar apa dah sampai ke subuh.”

“Hidup aku dan family dah kembali normal lepas tu. Takdak gangguan dah. Aku rehat sampai 3hari ja kat bilik. Bangun pon untuk makan ja. Lain-lain aku just baring atau tidur ja. Aku banyak mendiamkan diri. Dengan anak dan wife aku pon tak bersembang. Kalau cakap pon time mintak air atau makan kat wife aku. Macam-macam yang aku pikirkan. Aku dok terpikir sapa la yang sampai hati buat jahat kat aku.”

Aku: “Dahsyat gila rawatan hang wei. First time aku dengaq dahsyat macam tu. Macam filem dah.”

Syam: “Tu la pasal. Tapi memang ada yang rawatan macam ni. Selalu kita tengok video contoh macam kat youtube, jin yang merasuk ni jenis yang biasa-biasa ja. Yang rasuk aku ni bapak segala jin, jin yang dah masuk level syaitan dah kot. Silat-silat yang Hafidz dengan Ustaz Kamil guna masa lawan tu pon maybe masuk level silat ghaib kot. Tah aku pon tak tau sangat pasal ni. Dah berkaitan pasal ilmu haq atau ilmu karomah dah. Bukan level kita nak bincang pasal ni. Tinggi ilmu depa dua orang tu.”

Aku: “So..lepastu apa jadi?”

Syam: “Empat hari lepas tu, tarikh 15 Disember 2016 hari Khamis, lepas aku solat maghrib dan baca yassin. Aku……..”

Syam tiba-tiba terdiam. Dia termenung jauh. Lama dia termenung. Aku biarkan dia termenung dan melayan perasaan dia. Air mata bergenang di kelopak mata Syam. Kelihatan Syam mengetap gigi umpama menahan diri dari menangis. Tertunduk. Air mata bertitis-titis menitik ke paha dia. Sesekali dia mengusap pipi dia yang basah.

Aku: “Syam..kalau hang takmau sambung cerita pon takpa. Aku mungkin dah dapat faham apa yang jadi lepas tu.”

Syam: “Takpa Fen. Aku sambung cerita. Nanti hang kongsi cerita ni, moga boleh jadi tauladan dan pengajaran kat orang lain.”

“Lepas solat dan baca yassin, hati aku rasa berdebar. Tak sedap hati. Kemudian aku check handphone tengok ada missed call 6 kali daripada Ustaz Hafidz. Aku tak perasan sebab aku silent phone time solat. Aku makin rasa tak sedap hati. Mesti ada something urgent sampai banyak kali Ustaz Hafidz call aku. Aku segera call semula Ustaz Hafidz.”

Syam: “Assalamualaikum Hafidz.”

Pembantu: “Waalaikummussalam. Ni bukan Ustaz Hafidz. Saya anak murid dia. Dia tengah sibuk. Ni Abang Syam kan? Saya Azmi yang hari tu ada sekali buat rawatan kat rumah abang. Saya rasa abang patut cakap terus dengan Ustaz sebab sekarang memang tengah gawat. Saya nak explain kat abang pon tak reti.”

“Suara pembantu Syam tu kedengaran agak resah dan kelam-kabut. Aku boleh dengar macam suasana agak kecoh kat belakang. Bunyi suara zikir dengan baca ayat-ayat suci.”

Hafidz: “Assalamualaikum Syam. kau ok? Kau kat mana?”

Syam: “Waalaikummussalam. Aku ok. Kat rumah.”

Hafidz: “Kau jangan keluar mana-mana! Duduk dalam rumah! Sebenarnya aku tengah menahan serangan. Ada orang cuba hantar sihir lagi kat kau. Pembantu Tok Guru aku call dari Indonesia tadi. Dia yang bagitau ada orang cuba hantar sihir kat kau. Setakat yang tau dari tiga penjuru. Satu dihantar dari Indonesia, Tok Guru aku tengah lawan. Satu dihantar dari Siam, Ustaz Kamil tengah lawan kat Kelantan. Satu lagi dihantar dari selatan negara kita, aku dengan pembantu aku tengah menahan. Aku pon tengah tunggu call dari pembantu Tok Guru aku dari Indonesia. Takut ada tambahan lagi serangan yang dihantar dari arah lain. Kali ini mungkin dengan niat betul-betul nak ambik nyawa kau. Kita doa dan berserah saja pada Allah. Insha Allah, Allah bersama kita. Syam.. Jaga diri, jaga keluarga kau!”

“Line telefon terputus. Aku cuba call balik dua tiga kali tapi tak dapat. Tiba-tiba aku dengar benda berdebuk jatuh atas bumbung rumah aku. Kemudian tingkap kaca kat bilik aku bergegar macam kena langgar. Serentak dengan tu aku dengar suara wife aku menjerit dari tingkat bawah. Aku terus bergegas nak turun bawah. Tapi pintu bilik aku tak boleh buka. Tombol boleh pusing. Tapi bila nak tarik daun pintu, macam tersekat. Macam kena gam. Aku dah tarik sekuat hati, tapi tetap tak terbuka.”

“Kemudian aku dengar suara anak aku menangis. Aku dah makin kelam-kabut. Digoncang-goncang, disepak-sepak pintu tu. Kemudian aku rasa bilik tidur aku ni panas. Makin lama makin panas. Macam duduk dalam oven. Aku terus jerit ‘BUKAK LAH PINTU NI BODOH!’. Terus pintu tu terbuka sikit dengan sendiri.”

“Dengan cepat aku terus turun bawah sambil dok panggil wife dengan anak aku. Sepanjang turun tangga rumah aku, aku rasa macam berkali-kali aku langgar bayang-bayang. Setiap kali langgar, rasa macam lalu haba panas. Ada bayang hitam, ada bayang putih. Aku dah tak hirau apa dah, janji aku dapat cari wife dengan anak aku. Aku rasa satu rumah ni panas. Berbahang.”

“Bila dah sampai bawah. Aku nampak wife dengan anak aku kat pintu rumah. Dok berpelukan sambil menangis. Bunyi hempasan pintu sangat kuat. Mungkin dari pintu dapur atau pintu tandas. Berulang-ulang kali. Telinga aku berdesing, kadang-kadang jadi macam pekak tak dengar apa, kadang-kadang boleh dengar. Baju aku dah basah, sekejap ja basah semua sebab rasa terlalu panas dalam ni”

Syam: “Ayang! Ok ka?”

Wife: “Abang..Ayang dah tak tahan. Panas. Takut.”

Syam: “Istighfar banyak-banyak. Abang call Hafidz sekarang, panggil dia datang.”

Wife: “Cepat bang. Panas sangat-sangat ni. Kesian kat anak.”

“Aku cuba call lagi Hafidz. Tapi line takdak. Zero. Bila aku pandang keliling ruang tamu rumah aku. Nampak sangat suram dan malap. Sekali-sekala macam ada bayang-bayang laju melintas. Aku dah makin tak tahan dengan suasana panas ni. Nak bernafas rasa sesak. Anak aku makin kuat menangis. Aku nak keluar ja dari dalam rumah ni. Aku dukung anak aku. Bila nak bukak pintu rumah tak boleh. Sama situasi macam kat pintu bilik tidur tadi. Melekat.”

“Aku baca ayatul Qursi. Sambil zikir aku tekan tombol pintu. Terbukak. Aku cuba panggil jiran sebelah aku. Tapi aku rasa suara aku bergema. Kami macam di dalam satu ruang tertutup yang ghaib. Aku jerit sekuat hati panggil jiran sebelah aku. Tetap aku rasa suara aku bergema dalam ruang ni. Ni mesti kerja syaitan, pisahkan kami dari dunia luar.”

“Aku ambik keputusan nak pi sendiri kat Hafidz. Aku berlari masuk rumah ambik kunci kereta. Masukkan wife dengan anak aku dalam kereta. Start kereta, terus gerak nak pi kat Hafidz. Auto-gate rumah aku tak sempat buka habis pon aku undur langgar ja. Rasa terhegeh-hegeh sangat gate tu nak terbukak.”

“Aku tak ingat aku drive berapa laju tapi sepanjang hidup aku, aku tak pernah drive selaju tu. Yang peliknya, sepanjang jalan, takdak sebijik kenderaan langsung. Kami macam di alam lain. Sekali-sekala, kat sisi tingkap aku, dari ekor mata aku, aku nampak bayang-bayang hitam mengejar. Bumbung kereta bunyi dihempuk-hempuk berkali-kali. Bunyi terlalu kuat macam nak roboh bumbung kereta aku ni. Wife dengan anak aku makin kuat menangis. Kemudian ada satu bayang ataupun benda putih berada betul-betul laluan aku. Aku mengelak ke kiri.”

Syam kemudian terdiam. Terbata. Dia menggenggam kesemua jari-jemari. Pandangan dia dialihkan ke arah langit. Dia pejamkan mata, menarik nafas panjang dan menghela dengan bunyi keluhan.

“Aku mengelak ke kiri. Setakat tu ja aku ingat. Sedar-sedar aku dah terbaring atas rumput. Orang ramai berkerumun di sekeliling. Aku bangun dipapah oleh orang ramai. Yang pelik aku just luka-luka kecil mungkin daripada terkena kaca cermin kereta. Kereta aku remuk teruk di bahagian depan kiri. Langgar tiang signboard. Kemudian aku nampak tubuh wife dengan anak aku terbaring atas rumput. Ya Allah, runtun jiwa aku. Wajah-wajah kesayangan aku, kini dah kaku tak bergerak. Terbayang-bayang kelincahan anak aku bermain melompat sini sana, kini lembik dah tak bernyawa. Terkulai layu. Aku peluk kedua-duanya. Aku cium, aku usap seluruh badan.Basah wajah anak aku kena air mata aku. Aku tak sangka, aku kehilangan orang yang aku sayang dengan sekelip mata.”

Syam tertunduk. Menekup mukanya. Maafkan abang…maafkan papa… hanya tu kata-kata yang keluar dari mulut Syam. Lama kami terdiam. Masing-masing melayan perasaan masing-masing.

Syam: “Aku rasa kesal kerana tak ikut pesan Hafidz supaya jangan keluar rumah malam tu. Tapi semua yang terjadi sudah ketentuan Allah. Aku redha atas takdir-Nya. Aku teringat kata-kata Hafidz lepas pengebumian wife dengan anak aku. Lepas aku luahkan segalanya kat Hafidz. Dia kata, aku diuji dengan kemewahan, dengan harta dan pangkat. Aku tak sedar sebab aku dalam kesenangan, dalam keindahan dunia. Aku lalai. Aku lupa tanggungjawab pada Yang Esa. Maka syaitan mampu kembali bertapak dalam tubuh aku setelah sebelumnya terhalang oleh amal ibadat yang dibuat. Sekarang Ustaz Hafidz pon dah sambung belajar di Mesir, aku rasa syukur sangat ada kawan yang sudi bantu aku time aku susah. Sekarang ni aku hari-hari ingat pesan dia, dia pesan jangan sesekali tinggalkan ibadat pada Allah.”

48 thoughts on “#DeeFen – Sihir Berdarah: Part 2”

  1. Gigih saya baca kat medinah ni…bulu roma ternaik naik….waktu subuh kat sini,
    Uzur x boleh solat..
    Semoga encik Deefen tabah mengharungi dugaan, tapi kami nak tau lahanat mana yg ngantor tuh…

    Reply
  2. Untuk tau sambungan yang admin ter-miss out tu, boleh follow FB saya. Dee Fen.
    Tu pon saya akan publish selepas Fiksyen Shasha dah publish kat FB dorang dan tetap miss out jugak.
    Tengkiu.

    Reply
  3. siapa la yg busuk hati hantar benda2 mcm tu..semoge kite sentiase dibawah perlindungan NYA.sediah kisah sahabat deefen ni…dugaan die sgt hebat..

    Reply
  4. Jahat nye org yg menghantar tu sampai nak membunuh, sape la yg busuk sangat hati tu.. Ya Allah jauhkan la kita dari segala perkara syirik ni

    Reply
  5. Teringat kisah lalu,pernah terjadi pd seorang pesakit..tinggalkan kawasan pagar tanpa beritahu. Bomoh setan tu trus hentam smpai meninggal…alfatihah buat arwah..

    Reply
  6. Kisah sihir yang paling menyayat hati selain daripada kisah #RumahD13A.
    Sedih, geram, hairan…kenapa manusia sanggup menyekutukan Allah kerana nafsu?
    Semoga Allah melindungi Syam dibawah lindungannya.

    Reply
  7. saya juga mengalami perkara yg sama seperti rakan penulis. tapi tak sehebat rakan penulis. saya juga pernah rasa kehilangan akibat perbuatan dengki manusia.. saya kehilangan kandungan masa kandungan saya masuk 4bulan.. sampai sekarang masih berubat dengan darul syifa.. saya juga mengalami sakit sendi seperti rakan penulis.. sampai sekarang masih sakit..

    Reply
  8. Waaa.. seram dan menyayat hati cerita ni.. dasyat betul apa yang ‘benda tu’ boleh buat.. ingatkan dalam movie semua mystical effect tu exaggerated nak bagi nampak horror je.. real life pun memang mcm tu rupanya erk.. btw, thumbs up #deefen.. penceritaan yang detail hingga i can feel the adventure and ‘horrorness’ yg dialami..

    Reply
  9. Allahuakbar….sedeynyer bc masa part accident tu….sapa la yg dengki sgt smpai berkali2 anta….byk sgt duit dia byr bomoh2 ni huhu…moga prgbyg buat nindpt balasan yg setimpal…

    Reply
  10. Ya Allah. hantar santau 4 penjuru. knpa kejam sgt org tuh. kpda syam, berat dugaan mu. xpa org yg mnyihirkn kamu tuh mngkin trlepas ddunia. Xpa kamu tuntut perbuatan sihir tuh d akhirat kelak.
    #cumel

    Reply
  11. Fuhhh srsly. Dasyat gile.. aku rasa ni mesti jeles sebab si syam ni keje baguih sangat. Aku ada sedara kena macam ni tapi tak dela teruk mcm syam. Orang tu dengki sebab naik pangkat. Last2 dia berhenti keje pastu pindah tempat lain. Alhamdulillah okay. Itu pun lepas puas berubat.

    Reply
  12. apa sambungan nyer yer DeeFen.. apa kata taip kat ruang komen.. saspen la plak..
    penceritaan yg sgt best.. kelakar, seram n sedih.. complete set..

    Reply

Leave a Comment