Dengan Siapa Aku Berborak??

Assalamualaikum diucapkan kepada pembaca FS semua. Terima kasih pada admin yang menyiarkan kisah ini. Aku nak kongsikan dengan pembaca akan semua pengalamanku selama bertugas di Penjara. Cerita ni tidaklah seram sangat tapi cukup terkesan pada aku.

Kisah ni terjadi pada tahun 2004. Walaupun dah 13 tahun telah berlalu, namu peristiwa ini masih lagi aku ingat, kebetulan hari tu hari khamis malam jumaat. Kami akan mula bertugas pada jam 9 malam dan disediakan partner untuk bertugas secara bergilir-gilir. Bagi first shift mula pada pukul 9.00-11.30/2.00-4.30 pagi, second shift pada  11.30-2.00/ 4.30-7.00 pagi. Masa tu giliran aku 2nd, memang giliran yang aku paling tak suka bila bertugas malam lagi2 malam jumaat, tapi apa boleh buat dah tugas kan ikutkan jela.

Tempat yang kami paling gerun nak jaga pada malam adalah blok chamber (blok tempat gantung orang) hahaha. Ikut kata staff yang lama dah bekerja, tepat pukul 12 tengah malam, mesti akan dengar bunyi lantai tempat berdiri pesalah nak dihukum buka dengan sendiri. ‘Dummmmmmm’ macam tulah bunyinya korang imagine sendiri lah ye. Ye aku memang akui perkara tu sebab pernahlah aku alami benda tu semua. Tapi itu bukanlah kisah yang terkesan pada aku. Aku cuma nak bagitau korang je, tempat paling special kat penjara ni bila bertugas malam tapi x semua penjara lah ada blok chamber tu. Lain penjara lain kisah. Okay aku melalut pulak la kan. Sorry ye.

Malam tu tak macam malam2 yang biasa lah. Aku rasa lain sangat, kira rasa macam tak sedap hati lah. Tapi xkan aku nak absent pulak kan. Malam tu aku dan partner ditugaskan utk ronda 1 dan 2. Bila dapat ronda 1 dan 2 aku x berapa nak risau sangatlah sebab bolehlah berjumpa dengan staff yang ronda 3 dan 4. Takdelah boring sangat sebab boleh ajak borak2 walau dipisahkan dengan pagar hehe. Malam tu aku kene 1st, jadi jadual tugas aku 9.00-11.30/2.00-4.30. Untuk jadual pertama tu xde lah rasa sangat seramnya sebab masih awal lagi kan. Malam tu memang aku xde rasa ngantuk langsung, serah tugas pukul 11.30 malam sepatutnya aku tidur untuk elakkan aku ngantuk tu pun aku xleh tido.

Jadi sampailah masa untuk jadual kedua pukul 2.00 pagi, aku pun terima tugas dari partner. Sebelum tu aku ada lah berjanji dengan staff yang tugas kat ronda 3 dan 4 tu pukul 2 nanti kita jumpa tempat biasa lepas terima tugas. Dia pun kata ok lepak kat tempat biasa. Lepas aku buat rondaan tulis buku bagainya aku pun pergilah tempat yang aku janji dengan staff ronda 3 dan 4. Bila aku sampai je aku tengok dia dah sampai dulu tapi yang pelik sket ni dia tak toleh kat aku langsung dan tambah pelik dia boleh tau aku dah sampai walau pun dia tak pandang aku. Aku pun terus lah duduk xde rasa apa pun lain masa tu.

Jadi kitaorang pun teruslah berbual, tapi malam tu boleh pulak kami share cite2 seram aku pun xde plak rasa takut, yelah sebab ada teman kan. Aku letak nama dia Mr K la ye.

Aku : Ah ko ni, malam2 jumaat ni ajak aku share cite seram, kang muncul depan kita x cukup tanah berlari.
Mr K : Napa ko takut ke? Apa nak takut aku kan ada, aku macam diorang juga.
Aku : Ko ni K, takutkan aku pulak. Aku lari tinggalkan ko sorang2 kat sini baru tau.
Mr K : Aku x kesah pun ko nak tinggalkan aku, kan aku kata aku macam diorang.
Aku : Yelah ikut ko lah, janji ko ada teman aku kat sini.

Lama juga kita orang berborak share2 cite seram sampai x sedar dah pukul 4.30 pagi. Jadi kami pun beredarlah sebab nak tukar shift dengan partner. Sebelum kitaorang gerak t,u Mr K ni adalah bergurau dengan aku, dia kata nanti aku naik kat bilik tidur mesti aku tak boleh tidur sebab aku akan tau yang aku tadi berborak dengan hantu. Aku pun marah la kat dia sebab gurau kasar sangat tu, pastu dia blah gitu je. Korang nak tau sepanjang kami borak tu, Mr K tu langsung x pandang aku, dia blah pun x pandang aku. Bila dah selesai serah tugas aku pun naiklah ke bilik nak tidur. Kat bilik tu aku terjumpa dengan Mr K. Aku pun tegur lah dia:-

Aku : Wah ko tadi gurau kasar betol dengan aku eh?
Mr K : Bila masa pulak lah aku lepak dengan ko. Aku sampai, tengok ko xde aku blah lah. Sapa nak tunggu kat situ sorang. Seram bai.
Aku : Ko jangan nak takutkan aku lagi boleh x.
Mr K : Ko x caya g tanya ngan J. Aku lepak dengan dia la tadi. Ko lepak dengan hantu la tadi.

Aku memang x puashati dengan jawapan aku dpt. So aku tanya lah pada J. And yes, memang dia lepak dengan Mr K. Lepas aku dengan jawapan tu, sampai ke pagi aku tak tido. Betol kata “jelmaan Mr K”, tu kalau aku tau dengan sapa aku borak memang aku xkan dapat lelap mata. Kisah tu sampai sekarang aku ingat dan xkan dapat aku lupa. Dengan siapa lah agaknya aku berborak. Patutlah dia xpernah pandang aku. Aihh macam mana lah kalau dia pandang. Tak dapat aku bayangkan.

-Sekian terima kasih-

6 thoughts on “Dengan Siapa Aku Berborak??”

Leave a Comment