Deria Keenam Nabila (Kisah Benar)

DERIA KEENAM NABILA

Oleh: Ashayie

Aku mempunyai seorang kawan yang mampu berkomunikasi dengan makhluk halus dan aku ingin berkongsi beberapa cerita kisah benar dan pengalaman aku sepanjang mengenali kawan aku ni.

Kawan aku dikenali sebagai Nabila. Sejak dari kecil mama Nabila sering membawa Nabila untuk berubat dan berjumpa ustaz-ustaz yang arif berkenaan hal ini. Namun tiada sekali pun hijab Nabila berjaya ditutup malah ustaz-ustaz menasihati mama Nabila agar menganggap ini adalah satu kelebihan yang ada pada Nabila.

Pernah beberapa kali, sewaktu masih kecil, Nabila disapa oleh mamanya ketika sedang leka bermain di laman rumah, “Adik bercakap dengan siapa tuh? tanya mama. Dengan selambanya Nabila menjawab, “Ni haa kawan adik datang, nama dia Botak, Botak datang nak main dengan adik.” Mama Nabila terkedu dan terus membawa masuk ke dalam rumah kerana memahami Botak yang dimaksudkan anaknya adalah Toyol.

Aku menetap di Seremban bersama keluargaku. Nabila (waktu ni dia dah dewasa) sering datang ke rumah keluargaku di Seremban untuk berjumpa denganku dan selalu bermalam di rumahku buat beberapa hari dan adakalanya berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Setiap kali Nabila berada di rumahku, setiap kali itu jugalah akan ada perkara-perkara pelik yang berlaku.


CERITA PERTAMA

Ketika aku mencuba untuk melelapkan mata, aku terdengar satu suara seolah-olah sedang berbisik dan aku tahu itu suara Nabila yang sedang berkomunikasi dengan makhluk itu.

Lalu aku bertanyakan pada Nabila, “Kau kenapa doe? Tidur jelah.” Dengan muka penuh kerisauan Nabila membalas pertanyaan aku dengan soalan, “Kau ada bau apa-apa tak wei?”

Aku menjawab, “Takde bau papepun. Kau takyah layan sangat lah, pejam mata tidur jelah.” Nabila berkata padaku, “Takde lah, bau wangi semacam tadi ha, aku dah cuba halau ‘benda’ tuh pergi jauh-jauh. Sebab aku risau kalau kau takut ker ternampak ker nanti.”

Aku pun berkata, “Aku tahu kau tengah ‘bercakap’ ngan ‘benda’ tu, tapi aku takde bau pape dan tak nampak pape, so kau takyah risau, aku okay jea. Dah, jom tidur.”

CERITA KEDUA

Setiap bulan aku akan membawa mami aku ke hospital bagi memenuhi temujanji rawatannya dengan doktor pakar. Biasalah, bila usia dah meningkat, macam-macam penyakit yang datang kan.

Nabila menemani aku membawa mami ke hospital pada hari itu. Sementara menunggu mami berjumpa dengan doktornya, aku mengajak Nabila ke kafeteria.

Sedang aku berjalan menuju ke kafeteria, aku terlihat Nabila seakan-akan seperti pitam. Aku terus memaut lengan Nabila dan bertanya kepadanya, “Kau okay ker tak ni, kau berpaut kat lengan aku, depan tuh sikit jea lagi nak sampai kafe.”

Setelah sampai di kafeteria, aku belikan Nabila air dan sedikit kuih untuknya. Belum sempat pun aku menyedut air aku, Nabila berkata pada aku, “Aku dah tak larat lah Sha. Sampai bila aku nak kena hadap semua ni.”

Aku cuba menenangkan Nabila, “Kau sabarlah, kau anggap ni semua ujian untuk kau dan dalam masa yang sama kau anggap ini sebagai kelebihan yang ada pada kau.”

Dalam keadaan mengeluh Nabila berkata lagi pada aku, “Setiap kali aku ‘bercakap’ ngan ‘benda’ tuh, aku sakit. Aku dah tak tahan. Tadi, masa kita jalan nak ke kafe, aku pening weh. Aku nampak ramai sangat orang, aku jadi sesak nafas, aku jadi panik sebab aku tak tahu nak bezakan mana satu manusia, mana satu ‘benda’ tu. Aku pening sebab ‘benda’ tuh duk seru-seru panggil aku dan aku nampak semuanya sama jea.”

Aku hanya mampu tenangkan Nabila saja waktu tuh dan berkata, “Kau sabar jelah, kau jangan layan sangat lain kali. Dah, habiskan air ngan kuih kau cepat, mami dah tunggu kita kat farmasi nak amek ubat, pastuh kita balik. Jom!”

CERITA KETIGA

Aku sedang menonton tv dengan Nabila. Waktu tuh Konsert Akademi Fantasia sedang berlangsung di kaca tv. Ketika aku tengah kusyuk mendengar peserta kegemaran aku menyanyi, mami menjerit dari tingkat atas memanggil namaku. Aku terus berlari ke anak tangga dan menuju ke bilik mami.

Ketika aku dan masuk ke bilik mami, aku melihat mami sedang menyentuh-nyentuh mukanya di hadapan cermin. Mami bertanya padaku dalam suara yang agak garau, “Kenapa mami rasa macam muka mami lain ni Sha? Kenapa mami rasa macam muka mami besar?”

“Besar?” Aku tak tahu nak buat apa pada waktu tuh, aku memegang muka mami sambil menjeling ke arah Nabila. Nak pastikan semuanya dalam keadaan tenang, aku berkata kepada mami, “Mana ada pape kat muka mami, okay jea muka mami, perasaan mami jea tuh.”

Mami masih tidak berpuas hati dengan jawapan aku. Dia masih membelek-belek mukanya di hadapan cermin. Tiba-tiba, seperti seseorang yang sedang panik, mami menarik-narik pula kulit mukanya. Belum sempat aku berkata apa-apa, dia meluru menuruni anak tangga menuju ke pintu hadapan rumah. Mami membuka pintu rumah dan hanya memandang ke luar pagar. Seakan-akan ingin menyambut tetamu.

Aku terus menarik lengan mami dan menutup pintu cepat-cepat. Aku dudukkan mami di ruang makan. Nabila pula, tanpa disuruh-suruh, memberikan mami segelas air.

Dalam keadaan yang agak kelam kabut, aku membuka siaran Astro Oasis, siaran ilmiah yang seringkali memaparkan surah-surah Al-Quran dan sebagainya yang berkaitan dengan agama. Dalam masa yang sama juga aku membuka surah Yassin di aplikasi Youtube handphone aku.

Nabila memberitahu aku ‘benda’ tuh cuba untuk merasuk mami aku sebab Nabila enggan melayan ‘benda’ tuh yang cuba mengajak Nabila untuk berkomunikasi. Setelah melihat mami semakin tenang, aku membawa mami ke bilik untuk berehat dan pada malam itu aku dan Nabila menemani mami tidur.

Keesokan harinya, aku bertanya kepada mami, kenapa mami menuju ke pintu rumah semalam? Mami memberitahu aku seperti ada suara yang mendorong mami untuk berbuat demikian dan seperti ada seseorang yang menunggu mami di luar pagar rumah.

Aku memandang Nabila dan Nabila hanya mampu memberikan riak muka yang sarat dengan rasa bersalah. Aku tidak menyalahkan Nabila kerana aku tahu, ini bukan kehendak dia pun.

CERITA KE-EMPAT

Pada malam tu, seperti biasa, Nabila akan tidur dengan aku di dalam bilik aku dan seperti biasa juga, aku yang akan tertidur terlebih dahulu.

Sedang aku lena tidur, tiba-tiba aku terasa seperti badan dan muka aku berpeluh-peluh. Aku terasa panas lain macam. Aku mula menggerak-gerakkan tubuhku.

Nabila yang menyedari aku seperti mula terjaga terus memberitahu aku, “Kau tidur jea Sha, aku tahu kau panas, kejap jea ni. Kau pejam jea mata kau dan jangan buka mata.” Beberapa minit kemudian, keadaan kembali seperti biasa, panas yang aku rasakan tadi telah hilang.

Tapi, sifat ingin tahu aku sangat tinggi. Aku tak boleh nak tidur balik. Aku ingin tahu apa yang mengganggu tidur aku.

Okay, di sebelah katil aku terdapat meja sisi katil. Di atas meja sisi katil aku tuh diperbuat dari kaca dan terdapat botol kaca minyak angin buah pala.

Mulanya, sayup-sayup aku terdengar bunyi botol kaca itu seperti ditolak tarik di atas meja sisi katil tadi. Teragak-agak, aku membuka sedikit kelopak mataku. Alangkah terkejutnya aku, aku terlihat separuh tubuh paras pinggang berambut panjang, serba putih dan tidak mempunyai bentuk muka yang sempurna sedang menolak dan menarik botol kaca minyak angin buah pala aku itu.

Aku terus memusingkan badan aku ke arah Nabila lantas memeluknya sambil memejamkan mata aku serapat yang mungkin… sehingga aku terlena.

Seperti biasa, keesokkan harinya Nabila bercerita pada aku apa yang terjadi. Nabila memberitahu aku, bukannya sengaja ‘benda’ tuh nak buat aku takut atau nak kacau aku dan kebetulan tu memang itu adalah waktu-waktu ‘benda’ tuh keluar ‘bermain’. Cuma nasib kita jelah antara nampak atau tidak sahaja.

Nabila juga menceritakan pada aku kenapa semalam tiba-tiba aku terasa panas. Kata Nabila, ‘benda’ tuh marah dengan Nabila sebab taknak layan ‘benda’ tuh ‘berborak’. So ‘benda’ tu baring terlentang (dalam keadaan terapung) di bawah kelima-lima bilah kipas siling bilik aku. Kiranya macam ‘benda’ tuh sekat angin dari bilah kipas siling tu.

Dalam nada yang agak meninggi aku berkata, “Apa ke bodoh lah ‘benda’ ni, kot ya pun janganlah nak menyusahkan aku.” Nabila memandang aku dan sambil berkata, “Aku minta maaf Sha, aku dah cuba tak layan, tapi kau tengok lah, macam-macam yang jadi kalau aku tak layan ‘benda’ tuh.”

Dengan rasa bersalah aku menjawab, “Takpe lah babe, bukan salah kau pun. Aku faham.”

CERITA KELIMA

Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling gembira buat Nabila. Kata Nabila bulan Ramadhan lah antara bulan yang paling ditunggu-tunggu kerana ‘benda’ tuh tak kan mengganggu hidup dia pada bulan yang mulia ini.

Bagi keluarga aku pula, munculnya bulan Ramadhan, nenek aku dari kampung akan datang dan tinggal di rumah kami sepanjang bulan itu. Nenek aku seorang nenek yang sangat rajin membaca Al-Quran, lagi lagi di bulan Ramadhan. Setiap hari nenek akan membaca sekurang-kurangnya tiga hingga lima helai mukasurat Al-Quran.

Ada satu hari tu, selepas waktu berbuka, Nabila datang kepadaku dan bercerita padaku, “Sha, setiap kali aku tengok Tokmak baca Al-Quran kan, setiap kali tulah aku tengok ada satu ‘benda’ ada dengan Tokmak.”

Aku berkata, “Lah, ‘benda’ apa pulak kau nie? Kan bulan puasa ni, mana ada hantu!”

“Eh, aku tak cakap pun hantu. Tapi, ada seorang lelaki tua bertongkat berjubah putih berdiri di sebelah kanan Tokmak setiap kali Tokmak sedang baca Al-Quran.”

“Kau ni, dah kalau bukan hantu, apa benda pulak?” tanyaku pada Nabila.

“Entahlah Sha, aku rasa macam jin. Tapi aku tak beranilah nak tanya. Elok jea Tokmak ‘sadakallahul’azim’, jin tu mesti hilang.”

“Aduh, kau jangan macam-macam lah gila. Takkan aku nak tanya Tokmak kot? Tak kan aku nak bagitahu mami, nanti mami takut pulak”, balasku.

“Hm takpe lah Sha, lupakan jelah. Kau takyah tanya atau bagitahu sesiapa. Nanti lain pulak yang jadi.”

Sampai sekarang aku tak tahu siapakah pakcik tua bertongkat berjubah putih itu dan sampai ke hari ini juga aku tidak berani untuk bertanyakan hal ini kepada sesiapa.

CERITA KE-ENAM

Okay, cerita dan pengalaman yang inilah paling aku takut nak ingat. Cukuplah sekali sahaja terjadi di dalam hidup aku. (Perkara ni berlaku beberapa bulan selepas kejadian di bulan Ramadhan tu).

Malam itu aku bertekak sedikit dengan Nabila. Bertekak biasa sahaja dan bukannya bergaduh pun. Selepas bertekak, aku mencapai tuala dan masuk ke dalam tandas untuk mandi.

Tidak lama selepas itu, pintu tandas aku diketuk dengan kuat oleh Nabila. Aku ingatkan minah ni tiba-tiba nak tunjuk emo dengan aku ker apa. Bengang, aku jerkah dia dari dalam tandas, “Kau sabar boleh tak?! Aku dah nak setel ni!”

Makin kuat pula pintu tandas aku diketuk dan aku mendengar suara Nabila agak kasar (bukan seperti suaranya yang biasa) menjerkahku semula, “Kau bukak pintu ni Sha! Kau bukak!!!”

Nabila ni betul-betul buat aku rasa nak marah. Sejurus aku membuka dan keluar dari pintu tandas, Nabila terus menerkam dan mencekik aku. Aku tergamam, “Kau dah kenapa ni s*al, sakit tahu tak!!!”

Makin lama makin kuat cengkaman tangan Nabila di leher aku, aku cuba menendang Nabila dan Nabila terjatuh. Aku menjerit memanggil mami dan abang aku di bawah.

Dalam masa yang sama, aku cuba untuk melarikan diri dari Nabila kerana aku tahu sesuatu telah merasuk Nabila ketika ini. Nabila menjerit dalam nada yang garau dan kasar padaku, “Kau jangan nak lari Sha, kau datang dekat aku.”

Mami dan abang aku terkejut melihat keadaan Nabila yang agak agresif itu. Sekali lagi Nabila cuba menerkam ke arah aku, tetapi mami dan abang aku sempat menghalang lalu memegang Nabila sekuat mungkin.

Tanpa berfikir panjang, aku berlari turun dan keluar dari rumah. Aku takut dan menuju ke rumah jiranku dan ingin mendapatkan bantuan. Jiranku memohon bantuan dari pihak surau.

Beberapa orang ustaz telah datang ke rumahku dan cuba untuk memulihkan Nabila. Nabila menjadi semakin agresif dan beberapa orang terpaksa memegang Nabila. Ustaz cuba berkomunikasi dengan Nabila.

Ustaz bertanya pada Nabila, “Dari mana engkau datang syaitan? Kenapa engkau mengganggu anak ini?”

Lalu Nabila menjawab dalam bahasa Indonesia (pada masa itu, aku keliru kenapa Nabila bertutur dalam bahasa itu), “Aku ingin anak ini, aku ngakk akan keluar dari tubuh anak ini.”

Ustaz menjawab, “Pergi kau dari sini syaitan, jangan kau ganggu anak cucu Adam.” Dalam masa yang sama ustaz memulakan bacaan ruqyah bagi menghalau ‘benda’ itu keluar dari dalam badan Nabila.

Nabila yang kepanasan mula berkata, “Kau baca apa itu? Berhenti! Jangan mulakan! Nanti aku tampar muka kau.”

Dalam masa yang sama, Nabila sedang bergelut untuk meloloskan diri dan menyanyi-nyanyi. Aku tak pasti lagu apa yang dinyanyikan oleh Nabila dalam loghat Indonesia itu.

Tanpa menghiraukan kata-kata makhlus itu, ustaz meneruskan bacaan sambil kedua-dua ibu jari kaki Nabila dipicit kuat. Nabila meraung kesakitan dan tidak lama kemudian Nabila terdiam dan tidak sedarkan diri.

Ustaz meminta aku membawa segelas air untuk Nabila, lalu memberikan Nabila segelas air ketika Nabila mulai sedar. Semasa Nabila mulai sedar, Nabila menangis lemah sambil memeluk mami.

Alhamdulillah semuanya telah berakhir. Sebelum pulang, ustaz telah ‘memagar’ rumah kami dengan garam dan lada hitam. Kata ustaz, makhlus halus syaitan iblis tidak akan berani dekat lagi dan kami harus ‘menguatkan pagar’ itu dengan sentiasa mengamalkan bacaan Al-Quran dan sentiasa beribadat kepadaNya.

Keesokkan harinya sebelum Nabila dijemput pulang oleh mamanya, kami sempat duduk bercerita. Nabila memberitahu aku bahawa dia tidak sedar pun ketika ‘benda’ tu mula merasuk dirinya. Nabila meminta maaf kepadaku kerana telah menakutkan aku dan telah menyusahkan semua orang.


Aku rasa setakat ini dulu lah aku share cerita dan pengalaman aku ini bersama kawan aku, Nabila. Apa yang terjadi kepada Nabila bukanlah kehendak dia. Nabila kini bekerja di salah sebuah syarikat di Damansara dan sehingga ke hari ini aku masih lagi berkawan dan berhubung dengan Nabila.

Apa pun, terima kasih aku ucapkan kepada semua yang sudi membaca. Aku jamin, kisah-kisah yang aku ceritakan ini adalah cerita benar kerana aku melihat dengan mata kepalaku sendiri (kecuali bahagian sewaktu Nabila nasih kecil, itu aku dengar dari mama Nabila sendiri).

Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

38 thoughts on “Deria Keenam Nabila (Kisah Benar)”

  1. Nice..nampak je tajuk deria keenam nabila..trus ingat lagu cinta untuk nabila..hahaha..pape pun..best..biar pun x brapa seram..

    Reply
  2. Cinta untuk nabilaaaaa ~ aku ciptakan sepanjang hidupku ini… Telah lama aku mencari ke mana menghilangnya puteri..

    Ohh Nabilaaaaa ~ Lambang cinta ku kepadamuuuuu…. ?

    Eh? TERnyanyi pulakkkk.. hehe. ?

    Memang susah kan nak kawal diri bila hijabnya terbuka? hm. Semoga awak kuat nabila ??

    Reply
  3. Mengarut je…Tah2 dia memang sengaja cekik sebab tak puas hati konon benda tu masuk…Pastu acah2 cakap indonesia.. Asal tak cakap bahasa thailand ke tamil ke??

    Reply
  4. kesian nabila, stress dia..dia masih belom pandai lagi handle kelebihan yg dia ada…biasa org2 yg ada kelebihan camni, mesti ada hikmah tertentu..

    Reply
  5. Assalamualaikum.Nabila merupakan seorang yang bertuah kerana mendapat kelebihan daripadaNya!?Mesti ada hikmah di sebalik kelebihan yang diberikan oleh yang Maha Esa kepada Nabila.Dengan itu,Nabila perlu sentiasa tabah dan cekal serta anggaplah ini merupakan suatu ujian daripada Allah S.W.T kepada Nabila.
    “Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”. [Al-Baqarah : 177]

    Lagipun,Allah suka dengan orang-orang yang tabah seperti apa yang telah tertera dalam Surah Ali Imran ayat 146,
    “Dan, Allah mencintai orang-orang yang sabar”. [Ali Imran : 146]

    bersabarlah wahat sahabat!?

    Reply

Leave a Comment