Deritaku Bahagiamu
‘’ Rohku dan jasadmu,
adalah satu.
Kau dan aku satu.
Kau dan aku bersatu,
Selamanya..
Berpisah tiada.
Kuseru namamu,
Kuseru jiwamu,
Kukunci mati hatimu.
Kembalilah,
Kembalilah kepangkuanku,
Kembalilah kepangkuan suamimu ini.’’
‘’Dan jika engkau tiada kembali,
Binasalah engkau wahai Nurul Hidayah.
Serangkap ayat berbunyi seruan dan pujaan yang diulang berkali-kali dengan penuh irama nan syahdu,memecah keheningan pagi itu.Mengejutkan seisi rumah yang baru saja merasa damainya bayu pagi.
‘’Ya ALLAH, angah !! Awat ni.. ? Soalan mak tok terhenti tiba-tiba. Tergamam mak tok dimuka pintu bilik angah.Mak tok yang tadinya sedang bersolat, bingkas bangun dari sejadah kerana terdengar laungan ayat-ayat pelik yang bergema memenuhi ruang rumah .Bergegas mak tok mencari angah, anak perempuannya itu. Mujurlah sempat mak tok memberi salam solat dhuhanya itu.
‘’Pasai apa umie tu,mak tok?’’Pertanyaan Muhammad mengejutkan mak tok yang masih berdiri dimuka pintu itu.Perlahan mak tok ketepi memberi ruang kepada Muhammad untuk melihat keadaan ibunya.
‘’Mak tookk !! Jerit Muhammad terus berlari keruang tamu.Menggigil dia disitu.Ditekup mukanya sambil mulutnya tidak henti-henti berwirid.Adalah perkara biasa bagi Muhammad melihat ibunya dirasuk.Namun inilah kali pertama dia melihat ibunya menjadi pawang.
‘’Rohku dan jasadmu,adalah satu.’’ Bergentayangan tangan angah diudara.Meliuk-lentuk jari-jemari dan tangan angah mengikut irama nan syahdu.Beralun-alun tubuh angah bagaikan pawang yang sedang menurun.Dengan mata yang terbeliak dan tidak berkelip itu,ditambah pula dengan rambut yang kusut-masai dan menggerbang,menambah kegerunan dihati sesiapa yang melihatnya.
‘’Kuseru namamu…’’ Angah mula menghalakan tangannya kehadapan.
‘’Kembalilaaahh..’’ tangan angah mula melambai.Diterbalikkan tapak tangannya lalu diayun-ayunkan menghala ketubuhnya.Seolah-olah angah memanggil seseorang datang menghampirinya.Namun tiba-tiba sahaja suara angah berubah nada apabila sampai dirangkap yang terakhir.
‘’Dan jika engkau tiada kembali,
binasalah engkau wahai Nurul Hidayah.’’
Keras dan kasar sekali suara angah menyebut namanya sendiri.Dituding-tuding jarinya kehadapan seolah-olah memarahi seseorang.Menitis lagi airmata dipipi mak tok buat sekian kalinya.Ya ALLAH ! Apakah ertinya semua ini.Mak tok bermonolog sendiri.
‘’Nurul Hidayah ! Ingat ALLAH. Mengucap anak mak. Cheq mengucap na..’’
‘’Rohku dan jasadmu adalah satu..’’Bergema lagi mantera yang dibaca angah buat sekian kalinya.Tiada mengenal erti penat dan jemu.Tiada mengenal erti letih dan lesu.Berjam-jam lamanya begitu.Tanpa berganjak sedikit pun dari situ.
‘’Macammana ni abang ?’’ Tanya mak tok kepada tok ayah.Belum sempat tok ayah menarik nafas melepaskan lelah, terburu-buru mak tok bertanya.Sedangkan baru saja motornya ditongkat.Tergesa-gesa tok ayah pulang ke rumah selepas mendapat panggilan dari mak tok. Kebiasaannya tok ayah lebih suka menghabiskan waktunya di surau. Selalunya selepas solat fardhu subuh, tok ayah akan membaca Al-Quran dan berwirid sehingga masuk waktu dhuha.
Selepas menunaikan solat sunat dhuha barulah tok ayah akan kembali ke rumah.
” Sabaq sat, bagi abang tengok dulu.’’ Tok ayah menjawab pertanyaan mak tok.Perlahan tok ayah melangkah dengan tongkat ditangan.Bergerak-gerak bibir tok ayah memohon perlindungan dari ALLAH.Diselaknya langsir yang tergantung di pintu bilik angah.
‘’Astaghfirullahal’azhiimm..’’ Istighfar tok ayah melihat angah.Pilu hatinya sayu terasa.Sebak dadanya bergetar dijiwa.Sekian lama angah tersiksa,tiada tanda berakhirnya derita.
‘’Telefon ustaz cepat.’’ Arah tok ayah kepada mak tok.Kemudian tok ayah berpaling mengadap angah.Terkumat-kamit mulut tok ayah membaca sesuatu.Dari muka pintu, tok ayah menghembus-hembus ke arah angah.Diulangi perbuatannya itu berulang kali.Akhirnya angah yang tadinya tiada berhenti-henti menyeru dan memuja dirinya sendiri,mula terbaring lesu.
‘’Abang..!! Ustaz kata bawak mai la ni jugak.’’Laung mak tok dari tengah rumah.
‘’Kak long..!! Mai siapkan umie cepat.Lepas tu,semua orang siap.Satgi kitasemua pi kat ustaz.’’Kata tok ayah lalu menuju ke ruang tamu rumah.Dibentangkan sejadah lalu dia mengangkat takbir,memulakan solat hajat.Memohon bantuan dan perlindungan dari ALLAH.
‘’huuuu……uuuuuu…..huuuu…uuuuu…….’’ Bergema pula tangisan angah memenuhi ruang rumah.Angah yang sudah mencecah empat siri itu, menangis bagaikan anak kecil yang tidak dipenuhi kemahuannya.
‘’Awat ni angah?’’
‘’Nak pi kat Mamat.’’ Tersedu-sedan angah menjawab pertanyaan ibunya.Berjurai-jurai airmata membasahi pipinya.Bersungguh-sungguh angah menangis bagaikan isteri yang kematian suaminya.Sedangkan sudah hampir sepuluh tahun angah bercerai dengan mamat.Dan selama itulah juga angah menderita terkena buatan orang.
‘’Nak pi kat Mamat? Mak tok bertanya kembali.
Terangguk-angguk tanpa suara angah menjawab.Dikesat-kesatnya airmata yang tidak henti-henti mengalir diwajahnya.Tangisan angah tidak juga reda. Dalam tangisan angah cuma memandang kosong kehadapan.T iada sinar dimata angah, juga tiada seri diwajah angah. Dari jauh kelihatan angah bagaikan boneka yang tidak bernyawa.
‘’Sat na..,kita tunggu tok ayah sat.Lepas tok ayah habis sembahyang, kita pi kat Mamat.’’ Lembut mak tok memujuk angah. Terhenti tangisan angah tiba-tiba.Terus angah bangun menuju ke bilik air. Lemah dan longlai tubuh angah .Berkali jua angah berhenti,hingga angah terpaksa berpaut ke dinding untuk meneruskan langkahnya.
‘’Umie..pakai ni !!.’’ Kata kak long kepada ibunya.Angah yang baru keluar dari bilik air,hanya terduduk lesu diatas sofa. Pandangannya kosong kehadapan.Bibirnya membisu seribu bahasa. Melihat ibunya begitu,perlahan kak long sarungkan seluar panjang dikaki angah lalu ditanggalkannya kain batik yang dipakai angah.Kemudian kak long tukarkan t.shirt ditubuh angah dengan jubah yang baru diambilnya.
Angah cuma membiarkan saja perlakuan anaknya. Fikirannya kosong sekosongnya. ‘’Kak long..mai sat!.Ambil air ni bagi umie minum.Lepas tu sapu kat muka.’’ Laung tok ayah yang baru bangun dari sejadah. Bergegas kak long menuju kepada tok ayah.Diambilnya botol air ditangan tok ayah lalu dibawa kepada ibunya. Setelah dia membuka penutup botol, dengan bismillah kak long menuangkan air ke dalam mulut angah.Dengan perlahan pula kak long mula menyapu air doa itu ke wajah ibunya.
Angah sekali lagi hanya membiarkan saja.Dia tetap membisu tanpa reaksi disaat kak long pakaikan tudung dikepalanya, dan juga disaat tok ayah memimpinnya kedalam kereta. Sehingga tiba dirumah ustaz pun angah masih begitu juga.
‘’Bismillahirrahmanirrahim’’. Tanpa berlengah ustaz pun memulakan bacaan ruqyahnya.Seperti biasa angah akan menjerit dan mengamuk apabila dibacakan ayat-ayat ruqyah keatasnya.
‘’Hang nak apa..?’’ Jerit angah kepada ustaz.
‘’Pasai apa hang kacau dia?.’’Tanya ustaz pada jin yang didalam tubuh angah.
‘’Aku tak suka dia.Aku nak dia matiii..’’
‘’Sebab apa hang nak dia mati?.’’
‘’Sebab dia tak sembah aku macam laki dia dia sembah aku…’’ Jerit jin ditubuh angah dengan penuh perasaan.
‘’Hang toksah dok merepek lah.’’Kata ustaz lalu meneruskan bacaan ruqyah sehinggalah angah mulai dapat menguasai dirinya semula.
‘’Nurul ada rasa sakit kat mana-mana dak?.’’
‘’Ada ustaz,dekat perut ni rasa cekang ja ustaz,lepas tu kat ari-ari ni berdenyut-denyut.’’Jawab angah perlahan.
‘’Ooo..kalau macam tu,ustazah lah yang kena tolong tengokkan.Cuba pegang sat perut dia,tengok apa yang ada kat situ.’’Kata ustaz lalu berpaling kepada isterinya meminta bantuan.
Ustazah yang dari tadi cuma memerhati,mula merapatkan dirinya kesisi angah.Ustazah terus meminta angah berbaring lalu meletakkan bantal dibawah kepala angah.Kemudian ustazah selimutkan angah dengan sehelai kain.
‘’Aaaarrrgghh….’’ Mengerang angah kesakitan,apabila ustazah mula memegang perut angah.Terus angah melolong-lolong apabila ustazah mula menekan-nekan seolah-olah mencari sesuatu diperut angah.
‘’ Ya ALLAH..!! Keras perut dia ni ustaz.Kesian dia,sakit sangat ni ustaz.Ustaz kena tolong dia.’’Kata ustazah kepada ustaz.Ustaz terus membaca beberapa ayat lalu dihembuskannya kearah angah.Angah yang tadinya melolong-lolong kesakitan terus terdiam seribu bahasa. Perlahan-lahan kelopak mata angah pun tertutup.
‘’ALLAHU AKBAR..!! Dari orang asli ni.Perut dia kena ikat,sebab tu lah perut dia jadi keras.’’
Tiba-tiba ustazah terjerit kecil memberitahu ustaz.Tanpa henti ustazah terus menjelajah perut angah dengan tangannya.
‘’ Ha….ha…ha…’’Angah yang telah dilenakan oleh ustaz tadi, tiba-tiba sahaja ketawa terbahak-bahak.
‘’Macammana boleh tau ?.Selama ni tak ada siapa pun yang dapat aku.’’Sambung angah lagi dengan gembira.
‘’Aku tau lah.’’ Kata ustazah memarahi jin yang berada didalam badan angah. Malas ustazah hendak melayan jin itu lagi,terus ustazah membaca ayat-ayat ruqyah sambil tangannya berusaha untuk membuka ikatan-ikatan yang diikat diperut angah secara ghaib itu.Namun tiba-tiba sahaja tangan ustazah terhenti. Tiada lagi ayat-ayat ruqyah dibibir ustazah.Tubuh ustazah tiba-tiba menggeletar, serentak dengan itu tubuh angah yang terbaring disisi ustazah juga menggeletar.Seolah-olah ada sesuatu yang sedang terjadi diantara angah dan ustazah.
‘’Aku mahu pulang.’’Tiba-tiba ustazah bersuara dalam loghat asli setelah berdiam diri beberapa ketika.Serentak dengan itu angah mula tersedar dari lenanya.Perlahan angah mengesot dalam keadaan berbaring kearah mak tok kerana terkejut dan takut melihat ustazah sebegitu.
‘’Mahu pulang kemana?’’ Tanya ustaz kepada jin asli itu.
‘’Aku mahu pulang sama batinku.’’ Jawab jin asli itu.
‘’Batinmu dimana?’’
‘’Di Tanjung Malim.’’
‘’Kenapa kamu mahu pulang?’’
‘’Batinku sudah memanggilku.Dia mahu aku pulang sekarang.’’
‘’Kenapa engkau masih disini?’’
‘’Bagaimana aku mahu pulang,sedangkan kamu sudah menahanku.’’
‘’Engkau islam?’’
‘’Tidak.’’
‘’Kamu lelaki atau perempuan.’’
‘’Lelaki.’’
‘’Kamu sakit?’’
‘’Ya..’’
‘’Rupamu buruk?’’
‘’Ya..’’
‘’Pakaianmu buruk.’’
‘’Ya..
‘’Mahukah kamu kalau aku hilangkan kesakitanmu,dan rupamu yang buruk itu ditukar dengan rupa yang cantik,juga kamu akan mendapat pakaian yang lebih elok. Dengan izin dari ALLAH. ’’Dengan lembut dan sedikit memujuk ustaz membuat tawaran kepada jin asli itu.
‘’Ya..aku mahu.’’ Jawab jin asli itu.
‘’Ucaplah kamu, LAILAHAILLALLAH.’’
‘’Aku tidak mahu.Aku mahu pulang sama batinku.’’
‘’Bukankah kamu mahu rupa yang cantik,pakaian yang lebih elok? Kamu juga sakit bukan.Kalau kamu ucapkan kalimah ini,rupa kamu akan cantik,sakit kamu akan hilang dan kamu mahu tak rahmat ALLAH.’’ Ustaz memujuk lagi.
‘’Ya..aku mahu.’’
‘’Kamu takut tak dengan azab ALLAH?’’
‘’Ya..aku takut.’’
‘’Kalau kamu takut dengan azab ALLAH,dan kamu juga mahukan rahmat ALLAH, kenapa kamu tak mahu ucapkan kalimah.’’
‘’Aku takut sama batinku..’’Jawab jin asli itu lagi.
‘’Usah kamu takut sama batinmu.Dia tak boleh buat apa-apa sama kamu.ALLAH yang akan pelihara dan lindungi kamu.Kamu pun jangan pulang lagi sama batin kamu.Kamu nak tak ucap kalimah syahadah ini.’’
‘’Ya..aku mahu.’’
‘’Kamu ikut ya..LAILAHAILLALLAH’’
‘’LAILAHAILLALLAH.’’
‘’MUHAMMADURRASULULLAH.’’
‘’MUHAMMADURRASULULLAH.’’
‘’Alhamdulillah.Sekarang kamu sudah islam,kamu jangan ganggu perempuan ini lagi.Kamu pun jangan pulang sama batin kamu lagi.Kalau kamu pulang kesana,nanti kamu buat kerja jahat lagi.Kamu kena ingat kalau kamu buat jahat nanti muka kamu yang cantik ni akan pecah-pecah dan akan bertukar menjadi buruk semula.Kamu mahukah wajah kamu yang buruk itu semula?’’Tanya ustaz.
‘’Aku tidak mahu.’’Tergeleng-geleng kepala jin asli itu.
‘’Baiklah, aku namakan kamu Abdullah.Kamu suka tak?’’
‘’Ya.. aku suka.’’ Terangguk-angguk kepala jin asli itu.’’
‘’Abdullah, cuba kamu lihat ditubuh perempuan ini,ada tak kawan kamu disini.?’’
‘’Ya ada.’’
‘’Mereka mengucap tak bersama kamu tadi?’’
‘’Bagaimana mereka mahu mengucap,sedangkan mereka cuma jenjarum.’’
‘’Jenjarum?.Bagaimana dengan ikatan ditubuh itu.?’’Soal ustaz kehairanan.
‘’Ya..jenjarum itu ditusuk diatas simpulan dan ikatan.’’
‘’Ada berapa semuanya?’’
‘’Semuanya ada empat puluh empat.’’
‘’Abdullah,aku akan keluarkan jarum-jarum ini dan aku akan bukakan simpulan-simpulan dan ikatan ditubuh perempuan ini.Kamu lihat apa yang terjadi keatas mereka.’’Kata ustaz lalu terus memulakan bacaan ruqyah sambil mengadap angah.
‘’Jenjarum itu sedang bergetar.’’Tiba-tiba Abdullah bersuara.Namun ustaz tetap meneruskan bacaan ruqyahnya tanpa mempedulikan kata-kata Abdullah.
‘’Simpulan itu sedang terbuka.’’Kata Abdullah lagi.’’
‘’Sudah terbuka semuanya.’’Kata Abdullah setelah beberapa lama ustaz membaca ayat-ayat ruqyah keatas angah tanpa henti.Semasa meruqyahkan angah,ustaz membuat isyarat tangannya kearah angah seperti mencabut sesuatu.Agak lama selepas Abdullah bersuara,barulah ustaz menghentikan bacaannya.
‘’Abdullah,adakah kamu tahu siapa yang mengupah batin kamu?’’ Tiba-tiba sahaja ustaz bersuara,setelah menyepi beberapa ketika.Namun Abdullah Cuma menggeleng-gelengkan kepalanya tanda dia tidak tahu.
‘’Tidak mengapalah Abdullah,tetapi ingat jangan kamu ganggu perempuan ini lagi.Jangan kamu kembali kepada batin kamu lagi.’’
‘’Ya…ustaz,assalamualaikum.’’Abdullah memberi salam tanda dia beredar dari tempat itu.Serentak dengan itu tubuh ustazah terjatuh kebelakang dari tempat duduknya.Dengan pantas ustaz menyambut tubuh isterinya itu sambil menjawab salam dari Abdullah.
‘’Waalaikumussalam..’’Serentak semua yang ada disitu menyambut salam Abdullah.
Perginya Abdullah seolah-olah memberi harapan kepada angah.Dengan sayu angah menoleh kesisinya.Dilihatnya Ahmad sedang duduk ditengah-tengah kak long dan adiknya Muhammad.Ahmad yang baru saja keluar dari wad psikiatri, kelihatan termanggu-manggu tanda tidak mengerti apa yang sebenarnya terjadi. Berakhirkah derita angah yang bertahun lamanya itu? Atau ia merupakan satu permulaan kepada kisah yang lebih tragis?
#Kisah benar yang diolah semula.
#Nury Irfan
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best!
best!please sambung lagi…
ini baru cerita seram dan suspen .. syabas !
Tak semena-mena akk bace dialog Abdullah tu gune dialek org asli jugak…
Hehehehehhe…
ahmad tu sapa?anak dia jugak ya?
Haah…
Anak no.2..
1- Kaklong
2- Ahmad (gangguan mental)
3- Muhammad
kepada penulis..boleh tahu di mana lokasi ustaz dn ustazah yg mmbantu angah..saya ingin mencari perawat..dh bertahun mencari..hasil nya sama.
Saya tau cerita ni.. kesinambungan cerita Aku Tuan Ihsan tu kan. Allahuakbar.. Kesiannya pd angah n Ahmad tu. Semoga keluarga ini sentiasa dlm rahmat Allah. Mmg insan2 terpilih ni