Story ni agak bosan. So sapa sapa yang minat benda rancak je. Better jangan baca. Nanti hilang awak punya mood nak membaca. Saya pula di persalahkan. Cerita yang mungkin memberi pengajaran ni selalunya bosan dan tak seronok. Berbanding cerita yang penuh aksi dan gempak. Tapi bagi aku. Lebih berharga wang seringgit dari seratus keping wang kertas seratus yang palsu.
Selamat membaca. Baca siang hari kalau terasa lapar. Tanggung sendiri.
“ pap pap..pap.. Cekik .. Fire in the hole bommmm… bravo one..this is bravo six..emergency I repeat emergency..we need air support..” Bunyi tembakan dan letupan dari bom bom tangan yang dibaling hanya di dalam speaker phone aku. Tak ada kes berbalas tembakan pun. Chill.
Bunyi alam yang bingit di tepi telinga sungguh menganggu mimpi indah yang tak tahu di mana indahnya. Aku bangun, mandi..pakai baju seluar. Ambil glock dalam laci. Nak pakai kasut. Cari stoking tak jumpa. Puas dah aku pusing. Selalu macam ni. Kadang ada masa sesetengah barang ni bila tak cari, dia ada. Bila cari dia hilang entah kemana. Agaknya kena bawa K-9 kot datang cari.
Aku duduk termenung mengenang nasib. Sambil mata merenung stoking yang satu di atas lantai. Aku bangun. Keluarkan glock. Aku acu ke stokin. Aku dah habis blur
Aku: tell me. Where is your partner ?
Stoking tak jawab. Akhirnya aku pakai kasut tanpa stokin sebab tak nak lewat. Hari pertama bawa teksi ni. Memang tak jumpa aku cari. Lagipun rumah ni bukan banyak barang pun. Rasa aku yang terbawa satu saja stoking. Em em.
Malam sudah menjelang tiba.
“ aku yang terusir jauh..sang pemilik hati yang tersuci yang tersesat oleh cinta dan selalu dibuang jauh..ku belayar tanpa angin..tak menentu arah dan tujuan.mencari sang permata ku…” *lagu dari corong speaker teksi. Kelihatan dari jauh seorang pemuda menangkat tangan untuk menahan teksi. Teksi di berhentikan..lalu masuk seorang pemuda duduk di belakang..
P (pemuda)
P: bisa ngak ke sini.. *sambil menghulurkan kertas alamat.
Aku: iya iya bisa mas..
P: Indonesia ya ?
Teksi berjalan menuju ke destinasi.
Aku: ngak.. Aku Cuma selalu nontoin cerita sana. Keren gitu. Ceritanya banyak tentang kehidupan. Bagus banget kok. Ngak seperti di Malaysia. Pagi sore malam semuanya cinta haha. Semuanya orang kaya raya.( padahal aku tak tengok pun TV ) mau ke mana ni mas ?
P: owhh… Mau ke rumah.
Aku: dari mana ?
P: dari rumah nya temen.
Aku: owh..
Suasana diam seketika.. Lalu aku mula bersuara..
Aku: mas.. Kamu kok tahu ngak Negara mana paling banyak ular berbisa ?
P: kok kamu nayain aku ? ( kenapa tanya aku)
Aku: saja.. Jawab aja dong.
P: Africa ?
Aku: ngak.
P: ngak tahu lah..
Aku: negaranya kamu.. Bisa pak bisa. Kan bisa tu..
P: hahaha..ada aja kamu..
Aku: haha jalan nya gelap ya mas ?
P: iya. Sini memang begitu.. Bisa kamu berhenti di tepi sebentar ?
Aku: iya iya bisa.
Kereta di berhentikan di bahu jalan..lalu aku pusing ke belakang melihat penumpang..
Aku: ada apa mas ?
P: keluarkan wang.. Sekarang! Jangan macam macam..
Aku terpana seketika apabila pemuda tadi menghalakan sebilah pisau ke aku.
Aku: really ?
P: cepatan!!
Aku: iya iya..ada di dalam dashboard..
Aku bukakan laci dashboard..aku keluarkan duit guna tangan kiri. Sengaja aku jatuhkan duit ke bawah. Supaya dapat menarik perhatian matanya. Dia kutip duit yang jatuh di bawah. Lalu kembali panggung melihat aku.
Aku: surprise..owh. Kakya nya kamu ngak suka surprise ya ? Sama loo seperti gue. Ngak suka surprise. It was a big mistake hah ?
P: ampun pak ampun..jangan di tembak nya aku.. Ampun pak..
Duit dan pisau yang di pegangnya dilepaskan ke bawah. Apabila kembali panggung terkejut melihat Glock di depan mata yang di halakan tepat ke otaknya.
Aku: hari bertuah kamu ini hari. Dapat ketemu sama pemandu teksi yang punya pistol. Diam. Jangan macam macam.
Aku keluarkan phone guna tangan kiri lalu mula menelepon..
Aku: hallo, pak polisi ya ?
Abu: weh asal ?
Aku: bisa di bantuin ngak ?
P: bang.. Maafkan saya bang. Jangan panggil polis bang. Saya janji tak buat lagi.. Bang tolong bang.. *nada ketakutan
Aku: owh orang Malaysia. Diam kamu..
Abu: weh dah kenapa ?
Aku: datang sekarang. Gue kirim location ya. Cepatan..
P: bang maaf bang..
Aku: diam… *nada malas melayan.
Sepuluh minit kemudian abu datang dengan berberapa orang lagi anggota.
Aku: mas.. Aku mau di rampok.
Abu: iya iya..sabar dulu.
Abu mendekatkan mulutnya ke telinga aku..
Abu: kenapa cakap Indonesia ?
Aku: aku tak kenal kau. Kau tak kenal aku.
Abu: okay okay..
Abu: iya. Nanti datang ke balai iya. Mau di ambil statement.
Aku: iya bisa. Baik pak. Esok jangan lewat yaaa. *aku sengaja menyakat abu
Barang bukti dan penjenayah sudah di ambil lalu di bawa ke balai. Pandai berlakon jadi orang luar. Jadi bila ada teksi yang kena ragut. Mesti cakap orang luar. Polis pun focus dekat orang luar. Memang susahlah nak dapat. Pandai alihkan perhatian. Namun hari ni kurang nasib baik. Aku pun dah penat. Aku balik ke rumah. Untuk berehat. Esok lagi mau kerja. Harus di jalan teksinya.
Esok siang. Di tempat menunggu teksi. Aku masih di dalam teksi. Mata aku tepat ke arah seorang lelaki yang sedang menyusun meja dan baling untuk berniaga air di situ. Sudah siap di pasangnya. Lalu di bukakan pula dua meja dan disusun kerusi. Aku keluar dari teksi. Terus menuju ke gerai itu.
Aku: oren satu bang.
Abu: oren bapak kau. Banyak kau punya oren. Nasi lemak tak nak ?
Aku: haha. Nasi lemak mana kau ambil ?
Abu: aku beli. Aku beli 10 bungkus. Aku bawa niaga sini. Mudah.
Aku: sini satu.
Abu letakkan air dan nasi lemak di atas meja. Lalu di bungkus dua nasi dan satu lagi air oren.
Abu: kau pergi bagi orang gila tu makan. Kesian aku tengok dia.
Aku ambil lalu jalan menuju ke orang gila yang di katakan abu.
Aku: hey orang gila, ini makanan.
Aku hulurkan makanan kepadanya. Lalu di ambil makanannya. Di pegang tangan aku. Lalu di Tarik sedikit ke bawah. Mata aku terpandang ke arah suspek. Aku nampak yang dia sedang tengok aku. Terus aku rentap tangan aku. Aku sepak sikit paha orang gila itu tadi. Terus aku blah cepat dengan muka geram dan meluat.
Aku duduk balik di gerai abu. Gerai ke apa ke entahlah. Sekali angin tiup memang sah sah tinggal abu seorang saja dekat situ. Habis meja, payung di bawa pergi haha. Seorang lelaki likungan 50 ke atas macam tu datang. Lalu duduk di depan aku.
L ( lelaki)
L: oren satu. Nasi satu.
Abu hantar dan terus pergi duduk di belakang gerai dia.
L: macam mana okay ?
Aku: okay.
L: apa kamu buat macam gitu dekat orang gila tu ? Tak baik. Kalau nak bagi makan. Bagi elok elok.
Abu renung aku dari belakang. Tidak terkata apa apa. Hanya melihat.
Aku: eh. Ada sebabnya.. Orang jahat akan berkawan dengan orang jahat. Jadi bila dia tengok sikap saya pun macam setan. Mana tahu kalau dia nak ajak berkawan.
L: iya aku tahu..tapi aku tetap tak boleh aniaya orang. Ingat! Tak baik. Aku pun baru aje nampak orang gila tu tiga hari lepas. Kesian dia. Kita yang okay ni. Buatlah benda baik baik.
Aku: hm baik baik bang.
Abu hanya gelengkan kepala di belakang.
L: aku nak Tanya sikitlah. Korang ni pasti ke ? Aku bukan nak campur hal kerja. Saja nak Tanya.
Aku dan abu berpandangan sama sendiri. Lalu abu mula bersuara dari belakang. Kepalanya terlindung dengan balang air. Jadi orang tak nampak yang dia bercakap.
Abu: kitaorang pernah tangkap posmen jual dadah bang.
Lelaki tu tengok aku. Aku anggukan kepala untuk mengiyakan kata kata abu.
L: partner ke ? Satu unit ?
Aku: ha’a ea. Satu unit. Tu teksi tu. Takpa ke kalau saya terpaksa pakai lama.
L: alah kau ni. Pakai aja la. Boss kau tu kawan satu kampung aku. Apa ada masalah. Sekurang kurangnya aku berbakti juga untuk Negara. Walaupun orang lain tak tahu. Haha bukan begitu. Aku percaya setiap perbuatan tu ada balasan. Baik atau buruk itu kita yang pilih mana satu nak buat.
Hmm kalau semua orang macam ni. Baguslah bolehlah senangkan kerja. Ada banyak masa sikit aku nak main dengan anak. Tapi orang sekarang nak buat baik malu. Buat jahat pula di bangga banggakannya. Ngomel aku sendirian di dalam hati.
Aku: iyalah. Terima kasih banyak ea haha. Makan makan
Abu: kau pandai pandai minta. Suruh buka gerai dekat sini. Buat soranglah. Bukan tak pandai.
Aku: sedangkan camera yang dicipta untuk ambil gambar pun tak boleh ambil gambar diri dia sendiri. Dia perlukan camera lain juga. Aku memang boleh tengok dia. Boleh ikut mana dia selalu tunggu penumpang. Sapa yang selalu naik teksi dia. Tapi kalau aku ada penumpang. Sapa nak tengok. Nak harapkan amar sorang pun tak boleh. Dia tak boleh masuk sini. Nanti dikatakan menganggu. Eh kalau kau nak melawan. Kau pergilah cakap dengan boss. Dia yang setuju.
Abu: pandailah kau.
Aku minum air oren di atas meja lalu bangun pergi menuju ke teksi apabila ada penumpang mahu naik. Tapi langkah aku terhenti bila..
Abu: hoi. Ingat free. Bayarlah.
Aku patah balik. Keluarkan tangan dari kocek. Lalu keluarkan kunci. Letak di atas meja gerai.
Aku: ini kunci pendua rumah aku. Tolong tengok tengokkan anak aku sama eh. Aku tak boleh balik sana selalu. Kau tolong tengok eh. Muka muka penumpang dia. Cam muka. Aku gerak lu..terima kasih nasi lemak. Sodap. Nanti malam eh.
Aku balik dari hantar penumpang. Terus singgah kedai abu semula. Aku nampak dari jauh macam seorang wartawan. Dengan kamera semua lengkap. Sedang khusuk mengambil gambar di tempat parking teksi dan menemuramah beberapa orang pemandu. Dan juga suspek kami juga sempat di temuramahnya. Selesai saja di sana. Wartawan tadi beredar dan berjalan menuju ke kedai abu. Bersalam dengan kami semua. Dan entah dari mana pakcik tadi pun datang duduk sekali.
W- wartawan
W: assalammualaikum..
Semua: waalaikumussalam..
Abu datang bawa air..letak dekat wartawan tadi..
W: eh belum oder lagi dah sampai..
Abu: haha..ini bukan rasuah. Ini hadiah. Satu dua gambar masuk paper jadilah haha..
Semua: hahaha..
W: boleh saya nak temuramah sikit ?
Aku: boleh boleh..
Aku cakap apa yang aku tahu..dan pakcik tadi pun ditemuramahnya juga.pakcik tadi banyak juga dia bercerita. Susah payah cari duit, pengalaman dia semua. Orang lama katakan. Aku hentam saja jawapan janji logic sudah. Selesai semua dia minta diri. Tinggal aku dengan abu. Abu masih lagi di gerai. Dan aku tetap saja di meja gerai abu. Pakcik tadi pun dah chaw. Entah kemana.
Tiba tiba abu bersuara.
Abu: aihh kalau ada duit beli kereta baru kan sodappp.
Aku renung abu.. Dan dalam masa yang sama juga ada seorang makcik sedang mengayuh basikal dengan barang penuh di dalam raga depan.
Aku: tu tengok. Kau tak pernah tahu berapa jauh dia kayuh basikal untuk pergi cari rezeki.
Betapa susah hidup dia. Tapi dia tetap kayuh basikal tiap hari untuk pergi mencari sesuap nasi. Bersyukurlah kawan apa yang ada atau hilang semuanya.
Abu mencebikkan bibirnya dan tidak memandang ke arah aku. Haha abu abu. Aku bangun dari kerusi. Biasalah tu hidup. Kadang susah kadang senang. Selalunya lapar. Jadi rilek. Janji cukup duit makan sudah.
Aku: malam kekgi pergi ambil amar eh.
Malam hari..
Seorang perempuan india dari jauh. Mengangkat tangan tanda menyuruh aku berhentikan teksi. Dia pun masuk.
Aku: Nak pergi mana cik ?
PI- Perempuan India
PI: hantar saya balik rumah di bla bla bla bla..
Aku: baik..
Aku tengok dari cermin belakang..muka dia seakan stress..tapi still lawa..macam artis Bollywood. *tak tengok Bollywood tapi tahulah artis artis perempuan sana.
Aku: okay dah sampai.
PI: berapa eh ?
Aku: 10 sudahlah.
Dia buka beg dan mencari mencari sesuatu.
PI: saya tak ada duit. Saya bayar dengan benda lain boleh ? *tiba tiba suara bertukar manja. Badan mula ke kiri kanan seakan mengoda.
PI: saya tak ada duit lagi. Saya baru kerja di sana. Kalau abang tak kisah. Jum masuk
Ya Allah.. Aku pun manusia. Iman pun turun naik..entah kadang ada kadang tak ada pun tak tahu. Kalau ada nipis kulit bawang pun dah baik dah.. “ eyy”. Aku terkejut bila bahu di pegang dari belakang.
Aku: wow wowo..sokay sokay..awak baliklah.. Saya belanja. *nada bergetar sedikit.
PI: betul ni tak nak ? Betul free ?
Aku: iye iye..saya belanja.
PI: nanti boleh ambil saya lagi ?
Aku: boleh cik..boleh. *senyum
PI: ada kad ?
Kad ? Alamak.. Aku bukan pemandu teksi.
Aku: ambil number saya..
Aku bagi number dan dia pun keluar.
PI: thank you so much..be safe. Goodnight.
Aku: thank.. Ea goodnoittt.
Aku balik ke rumah..duduk atas sofa kejap. Tiba tiba ada orang ketuk pintu.
Aku pergi buka.. Lah pakcik..
L: buat apa ? Boleh aku masuk ?
Aku: eh masuklah haha..
Pakcik tadi pergi duduk di sofa. Aku keluarkan air dari dalam peti sejuk. Tuangkan dalam dua gelas lansung bawa ke pakcik tadi. Aku masuk bilik ambil laptop. Aku buka dekat meja ruang tamu di mana kami sedang duduk sekarang. Aku buka youtube. Hilangkan penat sikit. Aku buka kevin hart. Lucu mamat ni. Bolehlah gelak tawa. Lepas tu aku biarkan video tu berjalan. Aku minta diri nak mandi kejap. Biar pakcik tu layan kevin hart sorang sorang. Lepas aku keluar. Aku tengok video tu tak berjalan. Pakcik tu pusing tengok aku. Aku tengok dia..
L: apa kamu buka gambar macam ini.. Apa dia mencarut pun tak faham..
Aku: hahaha samalah kita.. Saya pun gelak sikit sikit saja. Yang paham aje. Laju sangat cakapnya. Menyosai tak belajar botoi botoi dulu
L: itu aku setuju. Aku pun menyesal juga. Kalau aku belajar. Entah entah arwah bini aku orang putih eadok ? Ni tak pandai bahasa mat salleh. Macam mana nak mengorat minah salleh haha.
Aku: haha.. Bila nak pasang lagi satu ?
L: haha kau ni..
Aku: saya masuk bilik kejap.
L: okay okay.
Aku tinggalkan dia sesesorang lagi. Masuk bilik..solat isyak. Hmm iman lemah. Yang mana sempat saja. Moga nanti cepat berubah. Aamin. Al-Quran ? Hmm mesti gagap kalau baca. Berapa lama dah tak sentuh.
Aku keluar dari bilik. Duduk di sofa. Berborak kosong dan tiba tiba..dia tanya.
L: okay ke semua ? Rumah okay ? Teksi okay ?
Aku: semua okay.. Tak ada masalah. Kenapa ?
L: sajalah Tanya haha. Baguslah kalau semua okay. Rumah ni pun aku dah suruh orang bersihkan. Sebelum kau duduk.
Aku: owh.. Terima kasih banyak ea. Haha
L: jaga jaga sikit bawa teksi. Jangan sampai lewat malam. Banyak bahaya yang kita tak tahu..
Aku buat muka seakan akan tertanya Tanya..
L: aku ni lama dah bawa. Macam macam dah aku kena. Bawa van jenazah pun pernah. Nak buat macam manakan. Hati dah suka kerja jenis yang berjalan atas jalan.. Tapi kejap jelah. Aku bawa teksi balik..orang khianat pun ada..gangguan gangguan lain pun ada lagi. Kau nak dengar ke ?
Aku: hmm intresting.. Cerita ah..
L: betul kau nak dengar ?
Aku: ha`a.. *anggukan kepala.
L: macam ni cerita dia.. Satu malam tu. Aku kena bawa satu jenazah. Nak hantar jauh. Malam tu pula aku tak ada teman yang nak ikut. Jadi aku jalan seorang jelah. Mayatkan. Tak elok pula simpan lama lama. Dalam perjalanan tu. Tiba tiba aku terbau hangit. Macam kain terbakar. Aku pikirkan dari luar mula mula. Aku biarkan jelah. Makin lama makin kuat baunya. Belakang aku pula terasa semakin panas. Ini tak boleh jadi. Aku kena tengok juga. Aku berhentikan van di bahu jalan. Mayat nak bawa balik Kelantan. Kau tahulah jalan nak ke sana. Hutan kiri kanan.
Tapi aku tak fikir bukan bukan masa tu. Aku fikir mungkin tayar. Mana tahu kau brek lekat ke apa ke. Aku keluar tengok tengok. Tak ada apa pun dengan van. Aku tengok dekat tingkap van. Keranda mayat keluar asap. Lutut aku bergegar. Jantung berdegup laju. Ini kali pertama aku tengok kejadian macam tu dekat mayat. Aku beranikan diri buka pintu belakang. Nak tengok apa yang jadi. Mana tahu kalau kain kapan terbakar. Habis mayat jadi abu nanti. Sekali van ni pula terbakar.
L: aku angkat keranda perlahan lahan ..terkejut aku. Tengok mayat tergodek godek macam cacing kepanasan. Api membakar keseluruhan mayat. Tapi kain tak rentung. Api tak makan apa apa. Cuma ada dekat situ. Tengah bakar mayat. Hairan terkejut semua ada aku. Tiba tiba aku nampak ada lampu dari belakang. Kereta tu berhenti. Seorang lelaki tua keluar. “ mashaallah..” Orang tua tu sebut dengan mengelengkan kepala sekali. Dia angkat tangan. Entah apa yang di doakan. Aku pun ikut angkat tangan. Alhamdulillah lah tuhan hantar pertolongan. Harap aku ? Aku sendiri dah lupa tuhan waktu tu. Apatah lagi nak berdoa ? Nak doa dekat sapa. Sedangkan aku sendiri tak ingat yang aku ada tuhan. Selesai dia doa. Dalam dua tiga minit.
L: Api tadi hilang. Alhamdulilahlah mayat tak jadi apa. Cuma kain jadi macam tak berapa nak kemas dah. Aku ucap terima kasih dekat orang tua tu. Dia pun Tanya nak ke mana. Aku bagitahu semua. Nak jadikan cerita. Dia pun nak ke rumah yang sama. Anak kawan dia yang mati tu. Jadi dia pun bagi cadangan..dia kata, kita jalan sekali. Saya dekat belakang awak. Awak jalan depan saya. Apa apa bagi nak berenti bagi signal. Saya ikut dari belakang. Aku pun okay jelah. Tu pun bersyukur tak terkira dah. Sampai sana. Aku terpaksalah buka cerita dekat mak dengan ayah simati. Sebab kain kapan tu tak berapa nak kemas dah kan. Nanti dikata aku bawa van macam orang mabuk pula. Jadi aku terpaksalah. Bukan nak aibkan orang. Lagipun aku bercakap dengan mak ayah simati saja. Mak dia waktu memang tak bercakap apa dah. Menanggis bila dengar.
L: “ ya Allah…ampunkanlah dosa anak aku.. Aku ampunkan segala dosa dia dekat aku. Ampunkanlah dia ya Allah”. Itu je yang aku sempat tangkap apa yang keluar dari mulut mak dia dengan telinga aku. Lepas tu ayah dia pun minta maaf atas apa yang terjadi sebab katanya mungkin menyusahkan aku. Ayah dia cakap. Yang anak dia dulu. Hidup tak kenal erti dosa pahala. Semua bedal. Kau okay tak ? Oi ?
Aku: eh okay okay.. Sorry sorry..
L: kenapa ?
Aku: tak ada apa apa.. Ralit dengan bang cerita.. Teruskan teruskan..
Rasa takut tiba tiba menyelubungi diri. Terkenang dosa dosa aku. Dosa dengan ummi. Mana aku tahu kalau dia ada ambil hati dengan apa apa. Maafkanlah..sesungguhnya anakmu ini terkadang teremosi, tak terdetik walaupun sekelumit mahu menderhaka.
L: ini cerita kedua.. Masa ni aku kena hantar sorang lagi..
“ knock knock knock..” Pintu di ketuk. Aku terus bangun. Buka pintu. Abu dengan amir di depan pintu.
Aku: mana amar ?
Abu: kejap lagi sampai.
Diorang masuk rumah. Muka pakcik tadi sedikit berubah.
Amir: hey.. *sambil tangan menunjuk ke arah pakcik yang duduk disofa.
Pakcik tadi berdiri.. Abu letakkan makanan yang di pesan di atas meja makan. Lalu pergi ambil gelas dan pinggan untuk di letakkan di atas meja.
L: bukan kamu ke wartawan tadi siang ?
Amir: ha`a yelah. Sayaa..
L: lahhh.. Jadi kamu berlakon aje lah tadi ?
Amir: haha ha lebih kuranglah..Cuma tak ada kamera dengan skrip aje.
L: ate.. Aku beriya iya ingat boleh masuk paper haha..
Semua ketawa sekali ikut pakcik tu.
Amir: idok lah saya mampu menolong yang itu. Memang tak kesampaianlah. Kalau nak salahkan pun. Jangan salahkan saya. Salahkan orang yang pakai kain pelikat.
Mata aku mencari orang yang memakai kain pelikat. Pusing punya pusing. Akulah yang pakai kain pelikat. Aku tengok depan balik. Pakcik tu tengah tengok aku..
Aku: dapat tak sedikit sebanyak maklumat yang berguna ?
Amir: semua beres. *sambil senyum.
L: pandai kamu pun, masa temuramah tadi. Rupe macam tak kenal sama sendiri ea ?
Aku hanya ketawa kecil sebab tak tahu nak cakap apa. Amir pergi salam dengan pakcik tadi dan duduk di sofa. Mereka berborak. Entah apa yang diborak aku tak tahu. Aku ambil phone dan rokok dalam bilik lansung keluar dari rumah. Aku berdiri sambil menyedut racun kesukaan ramai dengan tangan bermain phone. Indah permandangan di jalan raya yang penuh dengan lampu berwarna warni. Tiba tiba aku dengar tapak kasut orang berjalan mendekati aku. Abu sedang berjalan ke mari dari jauh memberi isyarat rokok. Aku letakkan kotak rokok di atas koridor panjang tu. Rumah flatkan ada laluan panjang tu kan. Apa nama tak tahu. Tangan dan mata leka bermain phone. Abu mula bersuara.
Abu: busy ?
Aku: never for buddy. *sambil tutup phone dan letak di atas koridor juga lansung memandang ke arah abu.
Aku: what up ?
Abu ceritakan yang dua tiga hari ni hidup dia macam banyak sangat masalah. Jadi katanya dia seakan terluka dengan keadaan.
Aku: kau pernah jatuh basikal or apa apa jelah.
Abu: em pernahlah asal pula tak.
Aku: luka ?
Abu: ada lah luka kecil kecil tu.
Aku: nak mandi sakit tak ? Luka kena air.
Abu: sakitlah. Rasa pedih pedih. Kenapa ? Kau dah kenapa ni ?
Aku: rasa pedih kejap ke lama ?
Abu: kejap je pedih. Lepas tu kena pi lah air banyak mana pun. Dah boleh mandi macam biasa.
Aku: kan.. So luka atau sakit ni bersifat sementara je. Jangan mengalah. Fight. Kita semua pernah jadi budak. Tapi tak bermaksud kita perlu bawa sifat budak budak yang suka menanggis dan cepat mengalah bila dah dewasa.
Abu: owhh.. Aku faham dah..haha. Fight yah..fight. Psychology cakap. Orang yang banyak beri nasihat ni. Dialah orang yang banyak masalah.
Aku: haha maybe dia betul.. Tapi okay apa masalah banyak pun. Biarlah terluka sedikit dengan pengalaman mematangkan kita di masa hadapan.
“woi”… “ buat apa sana ?” Aku dan abu tengok pada arah suara tadi..oh amar dengan fako.
Kami berjalan menuju ke rumah dan masuk sekali. Sekali lagi pakcik tadi berdiri.
L: macam aku pernah nampak..
Amar hanya tersenyum..pakcik tadi masih lagi cuba mengingati sesuatu..
Aku: orang gila.
L: ha`a.. Orang gila..aduh.. Apa pula aku nak kena lagi lepas ni..
Aku: haha tak ada dah..
L: asal kau tak cakap tadi. Masa aku tegur kau sepak dia..
Aku: haha..* amar renung ke arah aku dengan muka tertanya Tanya..
Amar: ohh.. Saya yang bisik suruh dia buat macam gitu. Dia baik orangnya tak macam gitu haha..
Aku: haha..jangan percaya yang baik tu. Tapi memang dia yang suruh. Sebab dia nampak suspek tu tengok ke arah kami. Baru saya pusing tengok dia.
L: owh..maaflah aku tersalah faham dah.
Aku: haha tak apa.
Abu: mari mari..makan.
Kami pusing serentak. Semuanya dah abu hidangkan. Semua pergi basuh tangan dan duduk di kerusi.
L: rezeki hari ni kot haha.
Semua ketawa.
Aku: abu semut..
Terus abu berhenti dari berjalan dan membiarkan semut hitam lepas dulu dari kaki baru dia berjalan ke kerusi lalu duduk.
Fako: semut je pun..
Abu: semut yang kecil tu ada surah dalam Al-Quran.. Kau ada ?
Amir: lepas ni bincang dekat sini ke ?
Aku: ha`a. Semua dekat sini lepas ni. Semua yang terlibat dalam operasi. Jangan pergi opis.
Abu: jemput jemput makan..
Aku: happy birthday bro..
Semua kecuali pakcik yang masih tertanya Tanya: happy birthday bro..
Amar: weh..haha terima kasih.
Aku: kasih diterima. Tapi kami tak adalah kek ke hadiah ke. Ucapan jelah. Moga semuanya baik baiklah dengan kau.
Amar: no hal.. Makan dulu. Abu aku tengok dah tak tahan tu.
Aku: haha baca doa abu.
Abu baca doa..semua habis makan. Rilek rilek atas kerusi dulu. Aku ambil kotak rokok.
Aku: tak apa ke aku hisap rokok ?
Amir: eh hisaplah.. Tak ada apa ah.
Aku: ealah kau kan dah berenti. So aku respectlah..asapkan merbahaya.
Amir: haha tak apa…tak apa. Hisap hisap..
Semua nyalakan rokok. Chill chill dulu.
Abu: rokok dah berenti. Kawin bila ?
Amir: haha..belum jumpa lagi abu.
Aku: sini aku nak kasi tip cari pasangan hidup. Nak ?
Amir: nak lah. Apa ?
Aku: ini yang paling penting. First sekali. Pastikan pasangan tu hidup.
Muka amir berubah blur. Sama juga dengan yang lain tapi dalam 3 saat macam tu saja. Dan terus semua gelak kecuali amir.
“hahahahahaha” abu ketawa paling kuat sambil tampar tampar meja.
Amir: engkauuu..lahai..haha.
L: banyak ni je ke semua ?
Abu: ada lagi.. Yang lain semua urus kes kes lain.
L: owh..
Amir: kau bila nak berhenti merokok ?
Aku: aku ? Adalah niat tu..lagipun hari tu aku ada terbaca satu artikel tentang bahaya merokok.
Amir: lepas tu ?
Aku: lepas tu aku terus berhenti membaca.
Semua orang ketawa kecil..
Abu: haha macam pe***.
Amar: eh aku nak Tanya sikit. Korang semualah.. Apa pandangan korang tentang life ?
Masing masing tengok sama sendiri. Dan abu mula bersuara.
Abu: for me, life is simple. When you make a choice..don’t look back. Dan jangan pernah berhenti untuk buat perkara yang baik.
Amar: kau ?
Aku: aku ? Entah..
Amar: eh mana boleh kena cakaplah..
Aku: okay okay..bagi aku hidup ni mudah dengan keperluan, tapi kita yang merumitkan dengan keinginan dan kemahuan. Aku pun manusia yang ada keinginan dan kemahuan untuk dapat lebih dalam apa apa pun. Misalnya percakapan. Aku rumitkan percakapan aku dengan sebut dua benda yang sama maksud. Keinginan dan kemahuan. Manusia selalu tamak. Kita sedar benda tu. Cuma kita yang tak nak ubah. Tambah tambah sikap orang melayu. Suka lebih lebih. Tengok Negara jepun.
Negara yang banyak keluarkan kereta. Tapi diorang jugalah yang banyak jalan kaki dan naik train. Orang kita tak. Habis belajar baru dapat kerja. Uu nak naik Honda. Muka kena kerek kerek sikit. Mana main proton. Padahal ah moi yang lagi cantik dari dia rilek je bawa wira. Aku rasa orang cina ni macam pentingkan keperluan. Kadang kau akan nampak rumah besar. Tapi kereta biasa biasa je. Rumah lagi penting untuk berlindung. Ada orang lain pula. Dah ada kereta tapi still tak bersyukur..
Abu: ehek ehek *batuk yang dibuat buat.
Abu: ehemmmmm… kau amir ?
Aku: hahahahaha
Orang lain pelik kenapa aku ketawa bila abu buat macam tu. Haha lantaklah.
Amir: bagi aku ? Bagi aku sendirilah..aku tak perlukan kehidupan yang sempurna tapi biarlah kehidupan yang sentiasa indah.
Semua orang diam..
Abu: itu pandangan ke permintaan ?
Amir: eh ? Eh lantak haha..aku tak pandai ah haha. Abang ? Fako ? Dari tadi diam..
L: eh aku lagi tak pandai haha.
Fako: samalah kita dua. Kalau tak pandai baik diam dan dengar dari memandai mandai haha.
L: betul..betul haha.
Amar: haha. Terima kasih untuk hadiah harijadi.
Sekali lagi semua orang diam. Bila kita kasi hadiah ?
Amar: kata kata korang. Walaupun korang tak keluarkan duit kasi hadiah. Bagi aku tak penting benda tu berapa. Keikhlasan lebih bermakna. Kata kata korang lebih berharga dari hadiah yang mahal tapi tak bermakna apa apa. Orang yang beri pun kita tak tahu iklas ke tak. Mungkin ada udang disebalik batu. Bagi hadiah mahal mahal. Tapi dalam hati niat lain. Hidup mudah dengan keperluan, never look back and never stop doing a good things. Aku pegang sampai bila bila. *senyum*..
Diam kami semua dengar amar bercakap. Aku tengok abu.. Aku tengok amar balik.
Aku: emm kasih diterima kawan.
Amar: kejap. Nak kasi hadiah apa eh dekat mak ayah aku. Kain kain ni dah selalu dah aku kasi.
Abu: hari lahir kau. Kenapa kau nak kasi hadiah ?
Amar: yela.. Hari lahir aku. Mak aku yang lahirkan aku. Ayah aku yang cari rezeki besarkan aku. Jadi hari lahir aku, aku rasa patut aku kasi hadiah sebagai tanda menghargai mereka.
Aku terdiam mendengar penerangan amar. Ada betul apa yang dia cakap. Bagus budak ni. Pandai menilai. Tiba tiba fako bersuara..
Fako: belilah jam untuk ayah.. Baju baju dekat mak.
Amar hanya anggukkan kepala sambil senyum mungkin setuju dengan kata kata fako.
Lepas tu semua pakat borak borak kosong. Dan aku suruh semua buat persiapan dalam bilik. Tinggal aku dengan pakcik di ruang tamu.
Aku: tadi ada cerita tergantung. Sambung balik haha sempat lagi..
L: yang mana eh haha.
Aku: yang second. Lepas bawa jenazah.
L: owh haa.. Okay okay.. Kali ni pun sama juga. Bawa jenazah. Jauh juga yang ni. Macam biasa bawa.. Tiba tiba ada panggilan telepon. Jawab. Dia bagi salam. Aku jawablah. Tiba tiba dia cakap. “ terima kasihlah tolong hantarkan jenazah arwah ke sini. Tak sempat nak berjumpa tadi.
Kenapa laju sangat balik ?. Ada hal ke ?”. Memelong van jenazah aku bawa. Ceritt aku brek. Phone terjatuh bawah. Panggilan dah mati masa aku ambil. Dalam hati dah rasa lain. Bila aku hantar ? Sampai pun belum. Jauh lagi ni. Tak boleh jadi ni. Kena periksa.
L: Aku pergilah buka. Walaupun dalam keadaan sedikit takut. Aku buka buka, sah. Memang mayat dah tak ada. Van tiba tiba bau wangi. Menusuk ke dalam rongga hidung. Aku tengok sekeliling. Keadaan gelap. Kiri kanan kepala sawit. Tapi disebabkan aku kenal si mati. Aku taklah risau sangat. Si mati masa hidup dia dulu. Seorang yang sangat baik. Baik dengan tuhan dan juga manusia. Baik diam diam. Tak menunjuk sana sini. Orang yang rapat ajelah tahu.
L: jadi aku rasa. Tuhan permudahkan segala urusan dia. Sampai dia dah mati pun tuhan permudahkan lagi. Naik van kau fahamlah dengan keadaan jalan. Kadang ada yang berlubang. Macam macamlah. Sakit mayat dekat belakang terhenjut henjut. Orang baik. Tengok tuhan tolong dia. Aku belum sampai lagi. Dia sampai dulu. Tapi aku teruskan jugalah perjalanan pergi sana.ikutkan memang aku nak ikut serta sekali kebumikan. Aku kenal si mati.
“ wittt..” Bunyi macam bunyi tikus. Ala zaman sekolah kau selalu but masa panggil orang. Aku pusing tengok. Abu suakan kepala di pintu. Abu herotkan kepala sedikit seperti mengajak aku pergi.
Aku: okay okay.. Kejap ea bang.
L: eh tak apa tak apa. Sana lagi penting. Pergi dulu. Cerita banyak lagi. Nanti ada masa kita mengopi,kita habiskan.
Aku masuk dalam bilik. Semua gambar gambar dah dilekatkan di papan putih. Aku ambil makerpen. Aku tulis. Aku pusing balik. Semua tumpu dekat tulisan aku. First time diorang tengok penulisan aku di papan putih. Aku pun pusing juga tengok tulisan aku.. Aku tengok diorang semua balik.
Aku: what ?
Abu ambil kain terus padam..dirampas markerpen dari tangan aku.
Aku: eh tak ada la buruk mana. Dah memang aku ada font aku tersendiri. Kau apa tahu ?
Abu: tak nampak kemas. Kasi aku je tulis. Duduk sana.
Abu: siang tadi aku nampak dua tiga orang naik teksi dia. Budak budak muda. Diorang naik motor. Sorang lagi Cuma hantar dan blah. Sorang lagi naik teksi dan teksi jalan. Yang jadi hairan. Selepas 10 minit dia datang parking balik. Kalau nak pergi hantar takat 10 minit perjalanan. Baik naik motor je.
And bla bla bla bla bla….
Selesai semua perbincangan..fako dan amir esok awal awal pagi akan pergi parking kereta berhadapan dengan hentian teksi. Untuk ambil gambar penumpang teksi dia yang mencurigai. Yang lain macam biasa. Amar Tak payah jadi orang gila lagi. Dah ada abu. Cukuplah tu. Bagi orang lain mungkin benda biasa. Tiba tiba ada orang gila, tiba ada orang baru buka kedai berniaga. Tapi bagi penjenayah lain. Dia sentiasa ada rasa risau. Jadi lebih berjaga jaga dan berhati hati.
Tiba tiba semasa kami di dalam bilik. Terdengar jeritan perempuan dari luar. Mungkin dekat ruang tamu. Semua orang keluar. Pakcik dekat ruang tamu pengsan di sofa. Abu, amir, amar dan fako keluarkan pistol. Amar dan fako berjalan perlahan lahan menuju ke luar sambil pistol masih dihalakan ke bawah lantai semasa berjalan. Abu dan amir pula menuju ke bilik aku. “ pistol aku ada dalam bilik. Jaga jaga”. Jerit aku. Yang masih berdiri dekat pakcik.
Abu berdiri di tepi dinding sambil tangan satu lagi memegang tombol pintu. Amir stanby di kiri pintu sedikit. Amir dan abu berpandangan sesama sendiri. Abu anggukkan kepala di ikuti amir.
Terus abu pulas tombol pintu dan amir merempuh terus pintu dan di ikuti abu. “clear” jerit amir. Dan mereka pusing keluar semula dengan mengelengkan kepala. Abu pergi ke arah tandas “ clear”. Jeritan abu dari tandas dan dapur dan terus patah balik. Begitu juga amar dan fako yang sudah masuk kembali ke rumah dengan mengelengkan kepala
Aku bercangkong di depan pakcik tadi. Aku tampar pipi dia slow slow..” Bang..bang”. Tiba tiba dia buka mata. Terkejut terus bangun bila tengok empat orang di depan dia masing masing pegang pistol.
L: eh kenapa ni ?
Aku: kenapa bang pengsan ? Ada apa ?
L: pengsan ? Bila aku pengsan ? Aku tidur. Tertidur maaflah.
Muka aku berubah sedikit. Begitu juga dengan yang lain.
Abu: sorry.. *sambil simpan pistol. Begitu juga dengan yang lain.
Abu: bang tak dengar ke ada suara orang menjerit ?
Dia hanya gelengkan kepala dan masih muka bertanya Tanya.. “ auuuuuuggggghhhhh” sekali lagi jeritan. Sekali lagi diorang keluarkan pistol. “HAHAHAHAHAHAHAHA”. “ ABANG TEKSI” “ HAHAHAHAHAHA”. Masing masing dah cemas. Dari mana suara tu ? Diorang sekali lagi pergi cek bilik tidur. Kosong juga.
L: Aku dah suruh orang cuci rumah ni hari tu. Pelik ni. Tak apa. Tayah nak pergi cek. Bukan orang ni. Esok siang aku datang tengok dengan kawan. Aku balik dululah ea.
Aku: baik baik.. Elok elok.
Kami semua bersalaman dan masing masing tinggalkan ruang tamu. Abu yang paling last.
Namun belum sempat dia keluar. Aku Tarik tangan dia.
Aku: tidur dekat sini. Teman aku.
Abu: huh ? Dah kenapa ?
Aku: risau aku.
Abu: pistol mana ?
Aku: dalam bilik lah.
Abu: pistol ada pun takut ?
Aku: kalau orang aku tak kisah. Masalahnya benda yang tak lut dek peluru.
Abu: itulah kau. Dulu aku dah ajak buat peluru yang lut dekat hantu kau tak nak.
Aku: aduh *tepuk dahi.
Aku: lama eh kesan dia ?
Abu angkat kepala tanda menanyakan “apa” ?
Inilah kesan apabila ambil jurusan sains di masa sekolah tapi banyak bermain dan tak lulus lalu ambil kelas tassawur. Semua benda dia nak main cipta cipta.
Aku: tidur dengan aku eh ? Masuk masuk aku nak kunci pintu.
Abu: sapa cakap aku setuju ?
Aku:rumah kau tak ada aircond. Sekarang ni panas. Sini ada aircond. Boss suruh pakcik upah orang letak aircond dalam bilik.
Abu: okay. Sini aku kunci pintu.
Hahahaha. Dengan cuaca panas waktu ini. Ikan termakan umpan. Sini panas katanya pakcik.jadi dua kali panas. So big boss letak aircond. Tapi itu bukan petanda baik. Aircond tu maksudnya aku kena duduk sini lama. Abu keluarkan phone, mungkin mesej orang rumah untuk beritahu yang dia tak balik. Maaflah kakak. Emergency. Hari ni, hari bini number dua. Jadi orang rumah polis harus cekal.
Abu pergi tandas basuh kaki dan masuk ke dalam bilik. Tercari cari sesuatu.
Abu: mana aircond ?
Aku: ergh aku tak cakap dah ada. Mungkin nanti. Esok atau lusa.
Mata abu tak berkelip memandang tepat ke wajah aku. Aku pusing ke arah lain. Abu suakan pistolnya ke aku. Aku ambil dan simpan di dalam laci bawah. Terus abu jatuhkan badan dia ke tilam yang empuk lagi sedap. Sambil rembat bantal peluk aku. Suka hati dia aje. Aku dah tak boleh tidur kalau tak ada bantal peluk. Tapi tak apalah. Dia dah temankan dah cukup baik.
Di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Ada dua pasangan botol sama botol. Yang halal jika berdeduan sekali pun. Masing masing merenung ke atas siling. Melihat kipas berpusing berpelahan. Menanti masa untuk tertutupnya mata dan menyaksikan mimpi mimpi indah yang menghiasi tidur malam. Tapi malangnya mata tidak tertutup akibat kerana terlalu berfikir. Apa yang ada di rumah ini ? Adakah di rumah ini juga berhantu ? Tiba tiba abu mula bersuara. “ aku tak boleh tidur. Sekarang kau tak ada ke cerita apa apa ke yang boleh buat rasa mengantuk?”.
Aku pusing ke kanan melihat abu yang masih merenung siling. Lansung aku teringat akan cerita suatu tika dulu. ( CERITA EMPUNYA ORANG)
Habis aku cerita..abu mula bernyanyi dengan tak jelas. Perlahan lahan kaki dia menolak bantal peluk jatuh ke bawah.
Aku: aku nampaklah.. -_-
Abu: aku tak perasan pula jatuh. Kau nak ke ? Kau ambillah. *tunduk ambil bantal peluk terus baling ke aku.
Aku: thank you..
Abu: eh tadi cerita betul ke ? Kenapa kau ambil cincin tu
Aku: bukan aku lah. Entah, aku tak pasti. Pak cik aku yang ceritakan dulu. Aku Cuma ceritakan balik aje.
Abu: kau tak pasti ke ?
Aku gelengkan kepala.
Aku: kenapa ?
Abu: tak ada apalah. Tak kisah.
Aku: tak kisah ? Tak kisah apa ?
Abu: aku tak kisah. Betul ke rekaan ke. Janji cerita tu memberi kesan.
Aku: owh…so terkesanlah ?
Abu: kau ?
Aku: em.. Barang orang jangan ambil walaupun tuan dah tak ada. Terkesan dekat aku. Sebab aku pernah mencuri. Dan sampai sekarang aku rasa benda tu. Dosa yang paling aku menyesal. Aku rasa dosa tu sentiasa menghantui aku.
“hpppp” bunyi sedut sesuatu didalam hidung..aku tak boleh kalau ingat benda tu. Terbayang balasan apa yang aku nak kena nanti. Dosa dengan orang. Apa yang aku buat sekarang Cuma berharap tuan empunya maafkan aku. Aku pun kadang ada sedekah tapi ganjaran pahala ke apa kebaikan ke aku niat berikan dekat tuan empunya barang aku yang ambil. Moga moga dia maafkan aku. Saya cakap bukan nak cakap saya baik. Tapi nak menceritakan saja. Dan nak minta simpati korang kalau baik hati tolong doakan sekali supaya tuan empunya maafkan saya. Thank you kalau ada yang sudi J .
Abu: berapa hari dah kau telan meggi ?
Aku: aku makan luarlah.
Abu: aku nampaklah plastic dalam tong sampah..
Aku bangun keluar dari bilik cari duit syiling 20 sen. Dan aku letakkan di atas tombol pintu. Pintu dahlah pintu kayu satu ja. Tak ada pintu besi lagi kat luar. Jadi langkah berjaga jaga. Kalau orang nak masuk pun. Kalau pintu or tingkap tu bergerak. Duit mesti jatuh, dan akan mengeluarkan bunyi yang kuat. Sama ada kita boleh tersedar ataupun pencuri akan cabut lari sebab takut kantoi bila dah terdengar bunyi macam tu. Aku masuk balik bilik. Abu dah tidur. Aku ambil bantal peluk letak kepala. Ghaib juga mungkin sebab penat. Kalau tak susah mahu tidur.
“ pamm”..bunyi pintu terhentak dekat dinding. Aku bukakan mata dan terus Tarik laci di atas keluarkan pistol dan lampu suluh. Sempat anak lagi anak mata aku melirik ke arah jam. Waktu sekarang pukul 3 pagi. Aku buka laci bawah keluarkan pistol abu..belum sempat aku kejutkan abu. Abu dah ada belakang aku. Tak perlu kejutkan dia. Dia dah bangun sendiri. Ini baru polis. Belum askar di dalam hutan. Mungkin hanya terdengar ranting kayu dipijak sudah menyedarkan mereka.
Hargailah jasa. Sesungguhnya mereka tak pernah tidur lena demi anda. Lampu suluh dinyalakan. Abu di belakang. Aku bukakan pintu bilik..lima atau enam cahaya dari lampu suluh menyuluh kami berdua. “polis”. “jangan bergerak”. “letakkan senjata”. Itu apa yang kami dengar. Mata masih belum lagi dapat melihat dengan jelas kerana silau dek lampu suluh.
Abu: kitaorang polis. * sambil tunjuk ID. Aku tak perasan pula bila dia bawa keluar.
Abu: turunkan lampu..
Semua lampu sudah diturunkan kebawah namun masih ada lagi satu lampu yang menyuluh ke arah kami.
Aku: mana waran ?
IN-Inspector
IN: sini..
Abu: mana ?
IN: aku..
Lampu dijatuhkan bawah dan kami boleh melihat dengan jelas. Seorang pemuda berdiri sambil mengacukan pistol ke arah aku.
Abu dan aku: tuan.
Masing masing masih menghalakan pistol ke arah depan. Tidak mahu mengalah.
SJR- sarjan
SJR: abu ?
Abu: ye abu.. Sapa tu ?
Topeng muka dibuka..pistol di masukkan kembali ke dalam holster.
SJR: aku ni. Sarjan hamsah.
IN: sapa yang bagi arahan untuk kau simpan pistol orang tua ?
SJR: diorang polis tuan. Saya kenal.
IN: kau ketua ke orang tua ?
Abu: wooo woo woo..come on..you should show him some respect.
IN: diam..! Aku tak suruh kau cakap. Letakkan senjata korang. *aku dan abu.. Dah nak turunkan senjata tapi tiba tiba.
IN: Kamal, adli.. Gari diorang.
Terus aku angkat balik senjata. Tapi jari masih lagi diluar trigger. Bukan nak buat apa pun.
Cuma nak mempertahankan diri. Jadi tak adalah orang yang berani datang nak gari.
Aku: owh no no no.. Aku takkan kemana mana.
Abu: apahal ni sarjan ?
SJR: kami terima laporan dari orang awam. Katanya dua orang lelaki mencurigai ada pistol berlegar legar di flat ni dan duduk di rumah ni.
Owh..tadi amar dan fako buat pemeriksaan di luar. Dan abu terangkan semuanya kepada mereka.
IN: operasi apa ?
Aku: operasi rahsia.
IN: aku Tanya operasi apa ?
Aku: operasi rahsia.
IN: ye tahu rahsia. Tapi operasi apa ?
Aku: kau tak faham ke operasi rahsia.
IN: biadap kau ? Mana rasa hormat kau ?
Aku: hilang. Berapa minit yang tadi. Why ?
IN: aku inspector. *sambil menunjukkkan jari ke diri sendiri.
Aku mencebik bibir.
Aku: i don’t even care who youre. Even youre dato, tan sri, president or anything else. Bila kau tak pandai nak hormat orang atau hormat orang yang lebih tua dari kau. Youre nothing.
Aku takkan hormat orang yang tak hormat aku. Orang lain akan cakap itu EGO. Tapi bagi aku itu SELF-RESPECT.
Mata IN melihat tajam ke arah aku dan abu. Aku rasa mukanya pasti berang sekali. Nak tengok tak boleh masing masing menutup muka. Dilengkapi dengan vest, pistol dan beberapa SMG.
IN: aku nak kau berdua ikut aku ke balai!
Aku: okay. Bagi kami pakai baju dulu. * aku masih berkain pelikat tanpa baju. Abu hanya dengan berseluar jeans juga tanpa baju.
IN: letakkan senjata dulu.
Aku dan abu meletakkan senjata kebawah. Tak guna melawan dengan orang macam tu. Padahal sesama polis. Pistol sudah ada dilantai. Kami berdiri seperti biasa. IN memberi isyarat supaya pistol ditendang dekat dengan dia. Aku dan abu menendang pistol ke arah depan dan berpusing belakang. Lalu masuk ke bilik dengan abu. Aku ambil rokok di atas laci. Nyalakan.
Aku: call boss abu.
Abu anggukkan kepala. Hm harap harap mood dia okaylah pepagi buta ni.
Abu: hello, assalammualaikum, selamat pagi tuan. Maaf menganggu memalam. Tuan..
Aku sudah pun keluar dari bilik dengan berkain pelikat lagi. Yang berubah hanya di tangan ada rokok. IN dan yang lain kelihatan hairan. Dari pergerakkan mata sudah dapat membaca memek muka orang bukan ? Tangan satu lagi aku letakkan di pinggang. Dan satu lagi memegang rokok sambil menunggu abu. Abu pun keluar dan menghulurkan phone ke aku.
Aku: bagi dekat dia..
Abu bagi phone dekat IN.
Abu: ASP nak bercakap..
IN: hello assalammualaikum selamat pagi tuan.
2 minit kemudian…
IN: baik tuan..minta maaf tuan. Baik tuan. Faham tuan. Terima kasih tuan. *panggilan dimatikan dan dipulangkan telepon abu.
IN tunduk ke bawah sepertinya mahu mengambil pistol aku dan abu.
Aku: wooo woo woo don’t touch my gun please.. Pleaseeee..takut bila kau pegang, pistol aku nanti..terkurang ajar pula gun aku. Kerja nak menembak aje. Aku boleh ambil sendiri.
IN merenung tajam ke arah aku selepas aku bangun dari tunduk untuk mengambil pistol aku kembali..
IN: baik. Cerita sini habis sini. Korang aku lepaskan.
Abu: terima kasih tuan. *nada sindiran sedikit.
Aku pandang ke arah abu tak berkelip. Tidak puas hati aku mendengar panggilan tuan dari mulut abu walaupun aku tahu itu hanya sindiran. IN dan anggota lain sudah keluar yang tinggal Cuma aku, abu dan sarjan. Abu yang perasan aku sedang menatapnya. Menarik nafas panjang lalu menghembuskan dan menepuk bahu aku.
Abu: sedarlah kawan.. Kita ni sapa je. Dia inspector.
SJR: korang okay ? Kenapa kau cakap macam tu ? Tak perlu di layan.
Aku: tak boleh biarkan jen. Benda salah faham je. Yang dia perbesarkan ke balai apa semua kenapa ? Kurang ajar pula tu. Mendonggak ke langit. Ludah ke atas jatuh muka sendiri. Bodoh.
SJR: dah dah.. Operasi apa sebenarnya Korang ?
Abu: ops rahsia.
SJR: okay baik faham.. Dah aku balik dulu. Maaf pintu pecah.
Aku: yaya sokay. Be safe.
Kan bagus buat salah minta maaf. Padahal bukan salah dia pun. Tak apalah ni salah faham je. Aku suka orang minta maaf. Buat salah terus minta maaf. Tapi janganlah sampai mesin ATM pun nak minta maaf baki anda tak mencukupi. Kepala bana betul.
Esok hari semua berjalan seperti biasa. Dan seperti biasa, aku akan pergi ambil PI setiap pukul 22:00. Setiap hari tak ada duit. Tak kisahlah sebab aku bukan teksi driver. Gaji aku tetap jalan. Jadi aku fikir dari tak ada buat apa. Apa salahnya tolong dia pun. Malam tu aku dalam perjalanan pulang ke rumah. Suasana sepi tiba tiba. Angin meniup kencang. Pokok pokok di tepi jalan. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan mengikut arah angin yang meniup kencang.
“ perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara..singgah di Rahim bonda..sebelum menjejak ke dunia..menanti di barzakh.. Sebelum berangkat ke mahsyar..diperhitung amalam..penentu syurga atau sebaliknya..tanah yang basah berwarna merah..semerah mawar dan juga rindu. Tujuh langkah pun baru berlalu..seusai talkin bernada syahdu tenang dan damai di pusara ku..nisan batu menjadi tugu..namun tak siapa pun tahu resah penantian ku”. Terkumat kamit mulut aku mengikut lagu yang di mainkan.. Tiba tiba terbau wangian yang sangat wangi.
Berselang seli dengan bau kapur barus. Dua kali aku cuba menarik nafas seperti cuba menghidu dengan lebih dalam. Akhirnya baru aku sedar. Yang di sebelah kiri ada satu pemandangan yang indah. Namun di “sebalik pemandangan yang indah terselit tiang tiang keinsafan”. –themckp. Rupanya aku lalu disebelah kubur berdekatan masjid. Dari mana datangnya bau bau tadi ? Aku tak nak fikirkan. Baik aku ikut bernyanyi bersama lagu yang di mainkan. Kena pula masa lagu dimainkan lalu pula sebelah kubur.
“ hanya kain putih yang membaluti tubuhku..terbujur kaku jasad di dalam keranda kayu. Ajal yang datang di muka pintu tiada siapa yang diberitahu. Tiada siapa pun dapat hindari..tiada siapa yang terkecuali..lemah jemari nafas terhenti.tidak tergambar sakitnya mati.. Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi. Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang. Mengigil ketakutan gelap pekat dipandangan. Selama ini diceritakan..kini aku merasakan di alam barzakh jasad dikebumi” terasa sesuatu yang aneh di dalam dada..setelah menghabiskan lagu.
Akhirnya aku pilih untuk patah balik dan masuk ke masjid untuk solat isyak. Aku berjalan ke tempat mengambil wuduk. Keadaan gelap gelita. Hanya di terangi dengan beberapa lampu saja yang dibuka.
Tempat mengambil wuduk berdekatan dengan kubur. Sedang asyik membasuh muka. Mata aku seakan nampak bayangan orang yang mengelupur di dalam api. Sambil mulutnya seperti mengatakan “ panas”. Tapi aku tak mendengarnya. Aku tak mengendahkan semua itu. Mungkin hanya bayangan mata aku sendiri. Aku ambil wuduk seperti biasa. Sampai membasuh telinga. Terjatuh aku kebelakang dan terduduk.
Mulut ternganga. Mata terbuka luas seakan terpukau. Jantung berdegup laju..lidah kaku tidak berkata kata.. Terkejut bukan kepalang bila ada jeritan “ panas.. Tolong panas”. Semasa aku membasuh telinga. Dari mana datangnya suara ? Aku bingkas bangun dan menyambung basuh telinga. Kali kedua bunyi lagi kuat dari yang pertama. Bila aku pejamkan mata. Aku nampak seseorang yang tadi tengah mengelupur di dalam api. Tapi kali ini aku mendengar suaranya. Aku bukakan mata semula. Tidak sanggup untuk melihat lagi. Kali ketiga semakin kuat bunyi..
Gegendang telinga seakan mahu pecah. Aku menutup telinga ku dengan tapak tangan. Oh tidak. Rupanya bunyi datang dari dalam. Ahh.. Aku teruskan mengambil wuduk.
Sampai membasuh kaki. Kaki terasa panas. Panas yang amat tapi tidak melecur. Masakan jika terkena air panas kaki tidak melecur ? Kerana menahan kesakitan. Mata aku tertutup sedikit.
Sekali lagi bayangan itu muncul. Kali ini lelaki itu berjalan. Berjalan di atas batu. Yang berwarna merah kemerahan setelah dibakar. Kepedihan yang di rasakan bukan kepalang. Namun sudah niat mahu solat. Terpaksa aku selesaikan wuduk. Setelah selesai wuduk. Aku terdengar pula suara orang ramai. Di belakang. Di kubur. Nampak ada cahaya cahaya lampu.
Ada keranda. Ada orang sedang mengorek tanah. Dan tukang korek pun naik ke atas. Keranda dibuka. Aku rasa tertarik. Lalu aku pergi melihat. Siapa yang mati. Sedangkan tadi tidak ada pun mereka ini. Masakan bisa mengorek tanah secepat aku mengambil wuduk ? Aku pergi dengan lebih dekat. Aku berjalan perlahan kerana hanya memakai kasut yang dibekalkan khas oleh masjid. Kasut yang tumit tinggi tu. Aku tak tahu nama dia. Kasut cinalah senang. Mayat di bawa masuk ke liang. Aku sudah sampai ke sana.
Tiba tiba angin kencang meniup segalanya di situ. Angin yang kuat tadi telah menyebabkan beberapa lampu terpadam. Keadaan gelap sedikit dari tadi. Orang berada di dalam liang tadi terjatuh dan entah bagaimana. Kain kafan yang menutup muka terbuka. Aku? Aku ? Tidak..tidak
.. Aku belum mati. Aku belum mati. Kenapa aku di dalam kubur ? Aku tak mati. “Kenapa tanam saya bang ? “ aku menjerit bertanya pada seorang lelaki yang aku tak kenal. “ bang” namun mereka seakan tidak mendengar suara aku. Puas aku menjerit.
Tidak sanggup untuk melihat. Aku pejamkan mata. Bayangan tadi muncul semula. Meniti di atas batu yang panas. Dan akhirnya pusing mengadap ke depan. Sambil menjerit jerit panas panas.. Itu aku. Aku lagi. Di dalam kubur aku. Di dalam bayangan ni pun aku. Apa dah jadi. Aku bukakan mata kembali. Semua orang tak ada. Tinggal aku seorang diri. Melihat jasad aku yang kaku di dalam liang. Angin sekali lagi meniup kencang. Badan aku hilang pertimbangan. Aku terjatuh ke dalam liang. Tanah tiba tiba terkambus sendiri. Aku cuba untuk larikan diri. Untuk keluar dari liang.
Tidak..tidak. Aku tak mahu mati lagi. Aku tak mahu mati dalam kekufuran. Namun tak daya aku melawan. Terkambus semua tanah yang ada. Gelap gelita suasana di dalam..dari jauh kelihatan sepasang mata berwarna merah bernyala mendekati aku. Arghhhhhh.. Nafas aku tecungap cungap.. Rupanya aku tertidur di dalam masjid. Aku ingat nak sandarkan badan di dinding sekejap sebelum pergi ambil wuduk. Mungkin penat sampai tertidur. Badan berasa bergetar melihat apa yang terjadi di dalam mimpi. Dada terasa berombak terkenang dosa dosa semalam. Masih diterimakah satu sujud taubat bersama dengan dosa dosa yang pernah tercipta.
“mari..” Satu suara menyapa dari belakang.. Perasaan aku yang berkecamuk tadi terus hilang. Seorang lelaki berjubah serban tersenyum. “wuduk nak”..aku tak tahu kenapa aku Cuma bangun dan pergi ambil wuduk. Seakan terpukau, aku hanya mengikut. Tapi aku sedar lagi apa yang aku buat. Aku pandang kiri kanan semasa ambil wuduk. Takut juga kalau kalau mimpi jadi kenyataan. Selesai wuduk. Aku lari masuk ke dalam. Lelaki tua tadi masih khusyuk membaca Quran.
Menenangkan hati sesiapa saja yang mendengar. Merdu suara. Aku solat isyak terlebih dahulu. Selesai semua. Dia dah bangun seakan menunggu aku. “nak, mari kita solat tahajud”. Aku pun dah tertidur tadi. Jadi rasanya tak ada masalah. Badan aku pun seolah bergerak sendiri seperti tadi ibarat terpukau.
Aku jadi imam dia di belakang jadi makmum. Katanya lebih banyak ganjaran kalau aku jadi imam. Aku malas nak cakap banyak. Dengan penat. Aku ikutkan saja. Habis selesai solat. Bagi salam terakhir. Aku pusing ke depan sekejap lalu aku ubah kedudukkan, aku nak pusing sedikit ke arah dia. Aku nak suruh dia teruskan. Aku tak pandai nak baca apa yang orang baca lepas solat tu. Aku tak hafal. Yang tahu. Lepas aku solat. Aku istifar. Zikir dan terus doa.
Tapi Apa yang aku lihat hanya sejadah kosong tapi ditinggalkan dengan bau wangian yang wangi. Aku tak fikir apa dah. Patut suruh aku jadi imam. Jin rupanya. Manusia jadi imam ganjaran pahala lebih. Aku angkat tangan terus baca doa. Cepat cepat keluar. Risau tetap ada. Tak nak aku duduk lama lama. Dalam perjalanan pulang. Otak aku meningati semula perbuatan perbuatan dosa aku. Sebak didada membayangkan azab yang bakal di terima. Aku rasa terganggu sangat dengan perasaan tu. Aku buka satu lagu bertajuk.. -krabat: keinsafan.
“Oh tuhan ku yang maha Esa. Maha pengasih maha pemurah. Andainya malam yang begini memberi perngertian..untuk ku mencari hidayah…mu. Maka ku tadahkan setulus..pengampunan..dan pengharapan…untuk aku menebus dosa…dosa semalam. Cukup setakat ini..aku merasa.. Terasing..terhukum dalam sengsara..balasan dari kehancuran yang aku ciptakan..dan kini aku mengerti…antara dosaaa… pahala. Yang mana lebih utama.. Dalam meniti..hidupan dan kematian..”. Rancak mulut aku mengikut setiap bait bait liriknya..tiba tiba
Satu suara dari belakang. “ jika mahu bertaubat. Banyakkan solat, baca Al-Quran. Solat sunat taubat banyak banyak. Mohon pengampunan. Bukan bernyanyi lagu. Bagus lagu mengingatkan tentang agama. Tapi pilihlah yang mana lebih utama”.
Cerittttt.. Kereta terhenti di bahu jalan. Terkejut. Pusing belakang cepat cepat. Aku nak tengok siapa yang di belakang tiba tiba bersuara. Terkejut aku melihat wajahnya. Aku kenal ini. Lelaki tadi didalam masjid.
Aku: macam mana pakcik boleh ada dalam teksi saya ?
“ apalah yang tuan hamba nak di hairankan ? Tuan hamba pun tahu mana asalnya hamba. Sedangkan ifrit boleh pindah istana balqis sekelip mata”. Menghabiskan percakapannya dengan senyuman. Lain macam senyuman ni. Seperti aku pernah tengok.
Aku: ah sudahlah tuan hamba. Usah diperbodohkan hamba lagi. Orang yang pindahkan istana Balqis. Dari golongan manusia. Bukannya ifrit. Kali ini hamba tidak bodoh. Berubahlah seperti dulu. Seperti mana pertama kali kita berjumpa. Hamba kenal siapa tuan hamba. Masih mahu menguji ?
Hitam tersenyum.
Hitam: alhamdulilah. Tuan hamba sudah ada kemajuan. Jelas manusia lebih hebat dari jin. Jadi tak perlulah setengah manusia yang meminta pertolongan jin. Allah dah jadikan manusia lebih hebat dari jin. Mintalah pada Allah. *senyum.
Terasa juga aku dengan ayat ni. Memang bukan aku yang buat. Tapi betullah dia cakap. Memang ada manusia yang meminta pertolongan jin. Rupanya setiap benda ada maksudnya. Sungguh misteri hitam. Semuanya harus dicari gali. Mungkin mahu kita berfikir. Sia sialah tuhan memberi akal jika tidak digunakan. Selama aku hidup. Berapa lama aku tertipu dengan kisah orang tua. Yang mengatakan jin ifrit pindahkan istana Balqis.
Aku hanya percaya bulat bulat. Masih budak ketika itu. Tapi tak sangka apa yang aku bawa sampai ke dewasa rupa salah. Patutlah masa hitam cakap tentang hal ni dulu. Senyuman sangat lain. Seperti sedang menunggu kami memberikan jawapan yang sebenar. Tapi ketika itu aku masih percaya cerita zaman kanak kanakku. Di akhir akhir pun masih menguji. Bila kami hanya mengiyakan saja kata katanya. Senyuman kali itu seolah mempersenda. Lepas kejadian tu. Aku buat carian. Rupanya betul memang manusia yang pindahkan. Kalau tak buat carian tentang halt u. Sampai ke sekaranglah aku tidak tahu cerita yang benar. Dan yang sebenarnya bukanlah sekelip mata. Tapi sebelum mata nabi sulaiman berkelip. Maksudnya tak sempat berkelip pun mata tu.
Istana sudah sampai. Aku tak ingat nama orang tu. Betapa hebatnya kerajaan nabi sulaiman ketika itu. Seluruh bumi dia yang memerintah. Begitu juga dengan Iskandar zulqarnain. Kerajaan beliau hampir setengah dari bumi. Orang kedua kerajaan terbesar selepas nabi sulaiman. Tapi masih taat pada Allah. Kita baru diberi kuasa sedikit. Lupa segalanya. Sibuk mencari yang tak bisa di bawa ke sana. Lupa yang akan ikut bersama. Akhirnya dunia tidak dapat. Akhirat juga hancur. Betapa ruginya diri ketika itu.
Aku: tak usahlah berhamba tuan hamba.. Bukankah sudah terbongkar. Apa tujuan datang jumpa saya ?
Seperti biasa. Hitam senyum. Mungkin bibir yang tak pernah kenal erti luka akan sentiasa senyum. Macam bibir aku. Bibir yang tak pernah kenal erti luka maka ia sentiasa tersenyum.
Hitam: tidaklah ada tujuan berjumpa. Cuma kebetulan terserempak. Baru pulang dari makasar. Singgah di masjid.
Hitam: kirimkan salam saya pada abu. Hati hatilah dalam membuat kebaikan. Dan jangan terlalu berharap orang. Assalamualaikum..
Aku tersedar dari lamunan.
Aku: apa maksudnya ?
Aku: memang jenis suka menghilang hilang kot.
Aku buka pintu kereta. Nyalakan rokok. Keluarkan kaki di luar. Tiba tiba dua tiga titis air terkena pada wajah, menyedarkan aku yang langit sedang menanggis.awan gelap menutupi segalanya. Tiada lagi keindahan bintang bintang yang sentiasa menjadi saksi bisu setiap perbuatan dosa aku. Sudah tidak nampak lagi langit yang tadi cerah..secerah harapan yang baru dan kini sirna.
Doa untuk hari ini. Moga yang tidak nampak tapi ADA sentiasa mengampunkan, jadi ampunkanlah setiap perbuatan hina kami.
Sungguh kadang tidak tersengaja terlupa watak dan peranan sebagai manusia. Moga kelak yang di sebelah kiri ada masa untuk berehat. Dan moga di sebelah kanan, pula akan berkerja keras mencatit segala bukti. Untuk dibicarakan kelak. In shaa Allah. Kita sama sama. Aduh. Terasa malas nak naik tangga sampai tingkat tiga buat waktu ni. Penat ni. Disebabkan sejuk kerana hujan. Di gagahi jua kaki untuk panjat satu persatu anak tangga. Langkah aku terhenti bila terasa ada yang mengikuti dari belakang. Tiba tiba wajah di tampar angin. Depan dinding.
Mana mungkin datang angin. Aku pusing belakang. Terjatuh di atas tangga. Terduduk sambil cuba memerhati dengan lebih jelas. Apa yang aku nampak ni ? Dua tiga kali aku sapukan mata. Tetap sama. Aku keluarkan phone. Aku bingkas bangun dan berjalan mendekati satu susuk tubuh yang tergantung di tengah tengah flat tersebut. “ tak ada tempat lain ke nak bunuh diri ?” Aku mengomel sendirian.Kini aku berada di depan wanita itu. Jari aku mula bergerak untuk mendial number. “ haha haha haha haha” aku langut ke atas.
Muka penuh dengan darah. Lidah terjelir keluar sampai ke perut. Ketawa bagai orang gila dan hilang. Aku masih lagi kaku di situ. Cepat cepat aku simpan phone. Berlari naik ke atas. Rasa penat tadi terus hilang entah ke mana. Masa aku lari nak naik ke rumah. Selama itulah aku rasa macam ada yang ikut dari belakang. Tapi aku tak ada masa pula nak berenti tengok ke belakang dulu. Sampai rumah terus aku tolak pintu. Aku tahu pintu tak terkunci. Sebab aku tak ada kunci pintu baru. Mungkin L ada simpan kunci di dalam. Aku dah pesan. Kalau dah siap pintu.
Tinggalkan kunci di dalam. Pintu tak perlu kunci tak apa. Tak ada benda berharga pun. “pam” bunyi pintu dihempap aku. Aku tekan button kunci. Masuk dalam bilik. Letak pistol dalam laci.
Terus aku naik katil. Mata semakin layu menuju ke alam mimpi. Di Antara sedar dan tidak sedar. Berada ditengah tengah sekarang ni. “woihhh” melompat aku dari katil. Bila aku rasa ada tangan dengan kuku yang panjang diletakkan dileher aku. Tapi tak ada apa pun masa aku tengok. Seminit aku berdiri disitu. Sambil mata memerhati kiri kanan. Seletah aku pastikan memang tak ada apa apa. Aku naik katil balik. Tarik selimut sampai ke muka. Akhirnya aku sendiri tak sedar aku tidur pukul berapa.
Bila aku bangun dah cerah. Semalam aku takut dengan dosa. Hari ni aku tinggal subuh. Qada pun tidak. Hmm manusia. Kenapa aku selalunya insaf sekejap saja. Nak berubah tu senang. Nak kekalkan perubahan tu susah. Tapi in shaa Allah korang semua boleh. Paksa diri. Memang tak ikhlas pada mulanya. Tapi lama lama kelamaan akan terbiasa dan akan ikhlas dalam setiap perbuatan. Dan jangan lupa doakan aku sekali.
Sungguh aku jua impikan syurga. Aku masih merangkak buat masa sekarang. Terkadang ketika aku cuba mencari secebis cahaya menerangi jalan. Kadang langkah aku tersasar dan terjatuh semula ke lembah kegelapan yang akan menhancurkan aku perlahan lahan. Yang pastinya pasti akan binasa diri aku kelak. Sambutlah tangan ku kawan.
Di gerai abu.
Aku Tarik kerusi..pergi ambil nasi, duduk makan. Abu datang hantar air.
Abu: ada orang ikut kau.
Aku: aku tahu. Aku tahu.
Abu pergi balik duduk di gerai dia. Aku sambung makan dah habis semua. Aku bangun nak pergi bayar.
Aku: malam nanti datang rumah. Pergi rumah fako. Ambil kereta dia. Aku dah kasi tahu dia. Kita ikut dia(suspek) malam ni.
Abu: okay. Macam mana dengan orang yang ikut kau..
Aku: aku handle yang itu nanti.
Malam hari.
Aku dengan abu ikut suspek yang baru keluar dari rumah. Kalau nasib baik, bolehlah dapat something. Rugi rasa kalau tangkap dia saja. Kalau boleh nak sekali dengan semua. Ikut punya ikut. Dia masuk hospital. Bawa isteri dia ke hospital. Aku dengan abu masih lagi dalam kereta.
Abu: aku nak pergi kedai. Nak pesan ?
Aku gelengkan kepala. Abu keluar dengan pakai cap dan mask. Berjalan menuju ke kedai. Aku hanya perhati pergerakkan dia. Langkah kaki abu terhenti dekat bonet depan kereta. Perlahan lahan dia datang ketuk cermin aku. Sambil tangan menunjukkan ke suatu tempat. Seorang lelaki berjalan. Abu berlari pergi menuju ke lelaki itu. Aku hidupkan enjin kereta serta merta.
Masukkan gear undur. Lelaki tadi masuk dalam kereta civic es yang sudah menantinya di tengah jalan. Honda civic tadi pun beredar dengan laju. Aku rasa diorang sedar yang abu lari menuju ke arah dia. Aku tekan pedal minyak. Sampai dekat abu aku brek. Abu masuk ke dalam kereta.
Aku: kau pasti ke ?
Abu: sah. Kejar kejar dia.
Aku tekan pedal minyak. Kereta meluncur laju.. Cerikkkkkk..bunyi geseran tayar kereta. Aku brek sebab ada sebiji kereta yang agak kurang hajar tiba tiba undur untuk keluar dari parking. Keadaan tak terkawal waktu tu. Tangan aku laju nak tekan hon kereta. Tiba tiba abu pegang. Belum sempat kena pada hon kereta.
Abu: woo wooo wooo..
Aku anggukkan kepala berkali kali tanda faham dan memberikan isyarat tangan dengan menaikkan tapak tangan sebelah kiri tunjuk dekat abu. Seolah olah suruh dia berhenti.
Aku: okay okay…. Okay.
Abu: hospital…. Respect please.
Sekali lagi aku anggukan kepala dan terus pusing ke depan. Merenung kereta yang keluar tadi sudah berjalan. Tapi punya lambat. Baik jalan kaki. Aku bagi signal terus keluar guna pintu masuk. Kalau ikutkan tak boleh keluar ikut jalan tu. Tapi kosong aku guna jelah. Emergency.. Kalau kau ikut kereta depan tu. Entah suspek lepas mana. Suspek yang kami buru 3 tahun lepas,menghilangkan diri entah kemana. Aku lajukan lagi kereta. Potong punya potong. Aku tengok side mirror. Ada seorang lelaki angkat tangan bagi isyarat lucah. Aku buka cermin.
Angkat tangan keluar tanda maaf. Bukan sengaja nak bawa laju. Potong sana sini. Dah jauh kami jalan. Tak jumpa pun suspek. Dari awal lagi dah hilang jejak. Cuma aku bantai je jalan. Mana tahu jumpa. Mungkin aku salah jalan ataupun kereta dia laju. Aku berhentikan kereta di bahu jalan. Abu keluar. Call boss untuk maklumkan kejadian tadi. Mungkin boss akan minta polis untuk buat roadblock. Dan ali dan beberapa yang lain akan ambil alih. Kami ada ops lain. Abu masuk kereta.
Aku terus jalan. Kat tempat berhenti tadi banyak pokok pisang pula.
Aku takut pula nak kena kali kedua. Dulu masa kecil. Lepak pondok dengan kawan kawan dekat kampung. Memang selalu ada orang yang main main. Bungkus diri lepas tu menyorok dekat pokok pisang. Main keluar masuk keluar masuk. Satu malam tu. Tengah lepak. Sorang ni nampak. Ada pocong. Kejap dia keluarkan diri dari belakang pokok pisang, lepas tu dia masuk balik. Banyak kali dia buat macam tu. Tapi macam terbang pula. Kalau manusia lain. Kita nampak pergerakkan dia lain. Cuba ambil satu jari kau. Main ke kiri ke kanan. Macam tulah pocong tu pun. Berbungkus semua. Muka memang tak nampak. Ada sorang ni dah geram.
Dia ingatkan yang tu kawan kawanlah mengusik macam selalu. Dia ambil kayu penyapu yang panjang tu. Lalu ada dua tiga orang lagi ikut dia. Sampai dekat pocong tu. Terus dia libas kayu tadi. Kayu tu patah dua. Dalam tiga saat macam tu. Pocong depan mata tadi hilang sekelip mata. Semua lari. Yang jatuh bangun balik lari pun ada. Lintang pukang semua. Sekali dengan aku lompat pondok. Kasut tak kasut. Esok siang boleh cerita lainlah. Masa sekarang ni lari dulu. Ada pula masa nak ambil kasut. Walaupun mungkin hanya memakan masa 5 saat macam tu. Tapi waktu ni masa bukan emas. Lebih berharga dari emas. Akhirnya pondok tu dah jadi pondok usang. Tak ada lagi budak budak melepak selepas mengaji. Sampai dekat rumah. Aku masuk. Aku bawa keluar satu plastic yang berisi telur. Masuk dalam kereta. Abu bawa kereta.
Abu: apa benda weh ? Busuk gile. Macam telur busuk.
Aku: telur busuk lani.
Abu: nak buat apa ?
Aku: jalanlah. Bawa slow sikit depan tu.
Aku turunkan cermin. Aku lempar telur busuk dekat luar. Lama dah aku simpan. Sebelum datang sini. L dah kasi tahu yang ada bebudak melepak sampai ke pagi. Duk rem rem motor. Ha itu makan dia. Datanglah lepak lagi malam ni. Aku pernah buat dulu. Bising sangat. Aku biar telur busuk. Lepas tu aku lempar dekat port lepak diorang. Malam tu dan seterusnya aku tidur dengan nyeyak. Harap harap dekat sini pun menjadilah. Kalau ada masalah macam ni juga. Boleh cuba. Abu berhentikan kereta. Dari tadi mengelengkan kepala.
Abu: tak rasa jahat ke buat macam tu ?
Aku: nanti aku pergi rumah kau pagi pagi buta. Aku rem motor kuat kuat. Amalan baikkan ? Dapat pahala. Kadang kena ajar juga abu budak budak jenis small small not die. Big big trouble people ni.
Abu hanya diam sambil melihat aku dan terus pusing ke depan. Tiba tiba ada chat masuk dalam phone aku.
“hai”.
“saya baru tahu awak polis”.
Aku simpan balik phone dalam poket.
Abu: kenapa tak reply ?
Aku: jaranglah orang pergi kedai makan tak sedap dua kali.
Abu: lah kau.. Perasaan tu ada banyak..boleh perbaiki.
Aku: perasaan ada banyak. Hati ada satu. Hancur satu hati. Hilang semua perasaan. Dah aku naik dulu. Chaw..
Setiap kali aku naik tangga mesti rasa ada yang ikut dari belakang. Bulu roma terpacak naik. Satu persatu anak tangga di langkah. “pum” lampu tangga terpadam. Datang lampu dari belakang. Abu. Abu yang suluh lampu guna phone dia.
Aku: kau tak balik ke ?
Abu: rilek dululah. Jum naik.
Aku diamkan aje lah. Suka hati dialah nak balik ke tak. Aku nak naik atas. Penat. Malam ni tak pergi ambil PI. Aku dah suruh amar ambil. Masa PI call aku. Aku dah cakap ada hal. Jadi aku cakap dekat dia. Kawan aku pergi ambil. Tapi masa amar sampai. Tak ada orang pun dia cakap dekat situ. Mungkin dia dah ambil teksi lain. So aku suruh amar balik je. Abu duduk di sofa. Aku bawakan dua gelas air teh. Letak kotak rokok atas meja. Buang jaket. Aku nyalakan rokok. Aku hulurkan abu sebatang rokok. Abu tolak dan tersenyum sinis memandang aku. Aku ambil phone. Bangun.
Aku: duduk kejap eh.
Aku keluar dari rumah. Aku call fako.
Aku: abu dah hantar kereta ?
Fako: dah. Kenapa ?
Fako: datang rumah sekarang.
Aku matikan panggilan. Aku call abu.
Aku: ada mana ?
Abu: otw balik rumah.
Aku: datang sini sekarang.
Abu: apahal ?
Aku: datang jelah.
Abu: okay okay tunggu..tunggu.
Aku dah blur depan pintu rumah. Abu tak pernah tolak kalau aku hulurkan rokok. Sebab tu aku musykil tadi. Dengan keadaan yang macam ni. Segala apa boleh jadi. Siapa dekat dalam rumah ? Aku melilau depan pintu rumah. Tak boleh duduk diam betul. Dari jauh aku nampak satu cahaya lampu. Fako datang dengan lampu suluh. Aku jalan dengan laju pergi dekat dia. Kami turun ke bawah. Aku dan fako berjalan menuju ke kereta dia. Tapi aku tak tahu mana dia parking. Aku tak nampak kereta dia lagi pun. Tiba tiba dari jauh ada orang kasi high beam. Itu kereta fako. Yang aku ikut ni sapa ? Sapa ? Aku tengok depan. Dah hilang. Aku jalan sorang. Aku lari pergi masuk dalam kereta.
Fako: pahal ?
Aku: ada benda jadi abu masuk rumah aku.
Fako: abu mana ?
Aku: abu otw ke sini.
Fako: so kau nak tunggu sini ke pergi tempat lain ?
Aku: aku rasa tak sedap hati sini. Pergi mana mana dulu.
Kereta pun bergerak keluar dari kawasan parking. Masa kami keluar kereta abu masuk. Selisih. Kami dah keluar dalam lima minit perjalanan. Tapi tak nampak abu pun dekat belakang. Takkan dia tak perasan kot ? Aku call dia.
Aku: mana kau ?
Abu: aku depan pintu rumah kau lah.
Aku: lah kau tak perasan ke kami keluar ? Datang sini datang sini.
Abu: mana ?
Aku: kau keluar dulu. Aku sent location. Cepat cepat.
Abu: minyak kereta aku tak ada weh. Rasanya tak sempat nak pergi petrol pam.
Aku: alaaa kau ni.. Fako u turn u turn.. Pergi ambil abu. Kau turun sekarang abu.
Abu: okay okay..
Fako memperlajukan lagi kenderaan. Kami nampak abu berdiri dekat dengan kereta dia. Abu masuk duduk di belakang.. Fako pusingkan kereta dan bergerak menuju jalan keluar.
“ wish we could back time.. To the good old days..when our momma sang us to sleep but now we stress out” phone aku berbunyi. Mata masih lagi menatap pada nama yang tertera. Tanpa melihat belakang. Terus aku jawab panggilan..
Abu: weh. Sabarlah. Aku ada dekat tingkat satu dah ni. Kau nak pergi mana. Aku tak sempat turun lagi.
Aku tengok belakang dah kosong. Sapa yang naik kereta tadi ? Aku bukakan tingkap. Sua kepala tengok bangunan flat. Abu melambai tangan dari tingkat satu.
Aku: fako patah balik!
Fako: asal ?
Aku: mana ada orang dekat belakang.
Ceritttt…fako tengok tempat duduk belakang dan pusing kembali menatap aku. Aku gelengkan kepala kepadanya. Tanda yang aku tak tahu apa apa dengan benda ni. Kami sampai dekat abu. Fako keluar dan terus menonggeng ke belakang. Lalu melihat abu dari celah kangkangnya. Muka abu kelihatan berkerut melihat kelakuan fako. Aku sendiri tak pernah cuba benda tu. Entah betul entah tak. Lantaklah. Fako bangun semula dan anggukkan kepala kepada aku. Mungkin dia nak cakap yang tu abu yang betul. Entahlah.
Aku: eh cepatlah naik.
Semua masuk dalam kereta..kereta menlucur laju membelah angin di jalan. Masing masing tak punya arah tujuan.
Abu: aku dah pesankan. Aku cakap ada orang ikut kau. L dah kasi tahu aku. Dia tak sempat nak jumpa kau. Dia balik kampung. Kawan dia mati.
Aku: apa kena mengena dengan L ? Aku tahu ada orang ikut aku. Aku nak kena kasi tahu boss ni.
Abu: eh takkan benda macam ni pun kau nak kasi tahu boss ?
Aku: mestilah. Keselamatan aku. Dah dua hari aku nampak dia ikut aku. Fako pun tahu, aku dah kasi tahu. Kitaorang dah ambil gambar dia dah pun. Aku nak kena jumpa boss.
Abu: gambar ? Biar betul ? Takkan kau boleh ambil gambar dia ?
Fako: tak apahal yang kau pelik sangat ni dah kenapa ?
Aku: tah.. Yang kau nak hairan sangat kenapa ?
Abu: kau ambil gambar hantu ? Mana aku nak tengok..
Fako dan aku: hantu ??
Aku: eh manusialah. Dah kenapa kau ni ?
Abu: orang yang aku maksudkan. Hantu hantu. Bukan manusia. Kau faham tak hantu ?
Tak semena mena lampu di jalan terpadam.. Gelap sepi keadaan waktu tu.semua masih diam akibat terkejut. Jauh sikit perjalanan. Nampak ada beberapa buah kenderaan TNB dekat dengan kotak apa nama tu. Aku tak tahu nama dia. Kotak petak yang elektrik punya tu. Mungkin diorang tengah buat kerja. Aku rasa dah boleh bernafas dengan lega. Lampu di jalan mati sebab TNB tengah buat kerja. Tak ada kena mengena dengan jeritan abu tadi. Syak aku jelah. Jadi aku dah berani nak bertanya.
Aku: apa maksud kau hantu ?
Abu: L kasi tahu aku. Yang kawan dia dah tengok. Ada benda ikut kau.
Aku: benda apa ?
Abu: aku tak tahu. L cakap kawan dia akan buat dari jauh. Tapi dia cakap makan masa juga. Pertama dia akan pagar rumah tu dulu.
Aku: kenapa kau tak cakap hantu dari awal ?
Abu: aku tak nak cakap hantu terus. So aku cakap orang. Aku fikirkan kau faham.
Aku: tak lain kali. Kalau hantu cakap hantu.
Tiba tiba kereta terhenjut henjut… dengan keadaan yang gelap. Kereta pula nak mati.
Aku: apahal ni ? Bodohlah enjin campxx ni. Banggang betul.
Kereta mati di tengah jalan. Kami keluar. Abu buka lampu suluh. Aku dengan fako tolak kereta ke tepi. Abu dekat seat pemandu. Tiba tiba abu tekan brek dengan mengejut.
Fako: apahal ?
Abu diam. Aku dengan fako dah pelik. Kitorang angkatkan sedikit kepala. Tengok abu. Abu masih lagi diam. Aku berjalan dengan fako mendekati abu. Lampu suluh di tangan abu dimatikan. Kami tengok dia. Bibir dia mencebik ke depan. Seolah olah menunjukkan sesuatu di depan. Kami berdua pusingkan pandangan ke depan. Abu nyalakan lampu suluh. Kubur india. Aku mengeluh panjang sambil melihat abu.
Abu: sapa pandai bab enjin ?
Semua diam. Maknanya semua tak pandai.
Aku keluarkan phone. Call amar.
Aku: amar. Datang sekarang. Sekarang! Aku sent location.
Amar: okay.
Suasana sepi seketika sebelum aku mula membuka bicara untuk tenangkan hati dan perasaan.
Aku: fako.. Rokok sebatang ?
Fako hulurkan kami rokok. Semua duduk di bonet depan sambil melihat langit yang agak gelap malam itu. Aku berjalan ke depan sedikit lalu pusing mengadap abu dan fako. Tiba tiba wajah abu berkerut sambil melihat ke bawah. Aku pun turut sama pandang sedikit ke bawah. Ya Allah. Aku baru sedar aku tak pakai kasut. Hmm.
Abu: mana ?
Aku: aku tak teringat lansung pasal kasut weh. Lantak ah.
Aku: korang nak dengar cerita seorang yang lurus bendul tak ?
Fako: cerita apa ?
Aku: cerita tentang kereta rosaklah.. Dulu seorang lelaki ni. Pinjam kereta abang dia. Kereta waksegan yang femes dekat karak tu. Masa dia naik kereta tu. Tiba tiba kereta tu rosak dan terhenti dengan sendiri di tepi jalan. Dia seorang yang suka buat kepala tahu tapi agak lurus bendul. Dia pun keluarlah buka bonet depan. Acah acah pandai. Lepas dia buka bonet depan. Dia terkejut. “ lahh..patut kereta tak boleh jalan. Enjin tak ada” dia bercakap sorang sorang. Lepas tu dia pi buka bonet belakang pula. Aku tak tahulah dia nak buat apa. Mungkin dia nak cari apa apa.
Lepas dia buka tu. Muka dia rasa lega sedikit. Lepas tengok apa yang ada dalam bonet belakang. “ nasib ada enjin spare”. Dia bercakap sendirian. Dengan senang hatinya dia nak buka enjin tu nak letak kat depan. Haha.
Fako dan abu: hahaha..
Abu: bukan kereta tu enjin kat belakang ke ?
Aku: hahaha.. Jadi janganlah buat pandai.
Fako: habis ?
Aku: ada lagi.. Ni cerita orang asli pula. Satu hari tu dia keluar ke Bandar. Masa tu panas sangat. Dia singgah satu warung ni. Dia bacalah dekat papan tanda harga tu. Teh panas- seringgit. Teh ais- seringit dua puluh sen. Dia pesan teh panas. Sampai sampai teh panas. Terus dia minum habis. Tauke kedai terkejut tengok kelakuan orang asli tadi. Tauke pun tanyalah. “ kenapa cepat sangat minum ? Panas tu”. Dia pun dengan gayanya menjawab balik. “ ingat aku bodoh ? Kalau lambat nanti sejuk. Kena bayar seringgit dua puluh sen”.
Fako dan abu: hahahaha.. Pandai pandai.. Pandai dia. Hahaha.
Muka yang tadi kelihatan cemas kini kelihatan sudah sedikit ceria. Kami masih menunggu amar untuk datang menjemput kami. Tapi batang hidung pun tak nampak lagi ni. Tiba tiba satu panggilan masuk.
Aku: hello ? *loudspeaker
Amar: weh.. Mana Korang ? Kau biar betul location ? Aku berenti tepi jalan ni. Tak ada pun kau. Sunyi beb jalan ni. Ada warung satu. Tapi tutup. Macam terbengkalai ja. Aku tak nampak pun kau.
Aku: warung ? Tak tak. Kitorang bukan dekat warung.. Kau silap kot.
Amar: betullah tempat ni.
Aku: aku sent sekali lagi. Tunggu.
Aku sent location sekali lagi..tapi hampeh..
Amar: betullah tempat ni. Korang kat mana ni ?
Aku: kejap lagi aku call kau balik.
Terus aku matikan panggilan. Aku tengok depan. Muka yang tadi sedikit ceria kini kembali gusar.
Abu: mari kita cuba tolak. Kau fako. Cuba hidupkan enjin.
Fako: okay.
Haish. Lepas dengar cerita pakcik tu. Semua benda jadi macam macam. Sudahlah. Penat kot.
Kereta meluncur turun bukit yang tak berapa nak tinggi. Tapi macam tak hidup ja enjin. Aku berjalan dengan abu menuju ke kereta. Sekali lagi tolak. Masih tak hidup. Sudahlah. Abu dah pun bertinggung dengan raut wajah yang masih lagi cemas sedikit.
Aku: tuhan sengaja..menduga kita..di mana..
Aku cuba nyanyi untuk riangkan orang lain. Tapi macam tak dapat tak sambutan ja. Abu masih lagi seperti tadi. Fako hanya merenung ke langit gelap. Kelihatan bintang bintang tertaburan sepi.
Aku: kalau dapat ku petik bintang di awan biru..
Aku dan fako: kan ku semat ke dalam dadamu..
Kepala abu sudah terangguk angguk sedikit..tiba tiba..
Abu: kalau dapat ku capai..
Aku abu dan fako: bulan mengambang penuh..ku hadiahkan di harijadi mu.. Begitulah janji ku kepada mu..walau dikau hanya menunduk bisu..ku tahu kau diluka..kerana cinta.. Oleh dia yang tak setiaa… nasib kita serupa.. Bercinta dan kecewa..
“PON PON” kedengaran bunyi hon dan cahaya dari lampu kereta dari jauh. Dia hon sebab aku duduk tengah jalan. Tiba tiba dia berenti.
Keluar seorang lelaki yang agak berumur. Mungkin dalam lingkungan 40-50.
Pakcik: apa hal ni ?
Mata pakcik tadi sekali lagi pandang ke arah aku. Kelihatan di riak wajahnya seperti kehairanan bila melihat aku tak berkasut.
Abu: kereta tak boleh hidup pakcik.
Fako bukakan bonet kereta. Pakcik tadi pergi tengok dengan tangan diletakkan di bawah dagu sambil jari telunjuknya bergerak gerak menyentuh bibir atas. Tiba tiba dia bergerak menuju ke kereta dan masuk dalam. Hidupkan enjin. Terus berlalu pergi tanpa kata. Aku mengaru garu kepala yang tidak gatal. Wajah abu dan fako jelas kelihatan tertanya Tanya. Jadah apakah ini ? Eh biarlah dia. Entah sapa sapa. Entah gila ke apa. Masing masing merenung langit. Nak menarik bulan. Bulan pula tiada. Jadi itu sajalah yang mampu buat. Tiba tiba kereta tadi lalu lagi.. Keadaan kembali macam biasa. Kelihatan cahaya lampu kereta sekali lagi. Kereta yang sama juga. Aku yang tepat memandang ke arah kereta. Jelas kelihatan senyuman sinis pakcik tadi.. Tiba tiba..
Aku: tak sedap ah weh.
Abu: apa yang kau makan ?
Aku: hati aku tak sedap. Tak best ah macam gini. Main senyum senyum pula. Yang si amar pun entah di mana entah. Kita tolak balik kereta pergi tempat tadi. Sana cerah sikit dari sini.
Fako: aku setuju.
Abu hanya anggukan kepala. Walaupun sana dekat dengan kubur. Tapi tak terasa gelap sangat. Jadi kami pun tolak kembali kereta naik ke tempat tadi. Masa tengah tolak kereta, aku Tanyakan abu soalan yang baru aku ingat nak Tanya.
Aku: jalan ni kemana abu ?
Abu: eh aku tak tahu. Tak pernah lalu pun. Or mungkin tak perasanlah malam macam ni dengan lampu rosak. Entahlah. Tanya fako lah. Jalan ni kemana weh ?
Fako: aku tak tahu..
Aku dan abu: huh ?
Fako: yelah. Kita tak ada arah tujuan pun tadi. Jadi aku jalan je mana mana pun yang aku rasa nak masuk.
Sampai di tempat tadi. Tapi bukan parking dekat tempat sama tadi. Kami parking dekat seberang jalan sini. Belakang ni hanya hutan. Tak ada kubur apa apa. Tiba tiba mesej masuk. 3 panggilan tak di jawab. Satu lagi mesej masuk. “ aku pergi ambil amir. Aku dah sent location dekat phone dia. Mungkin phone aku gila. Kau tunggu sana”. –amar. Maknanya tadi tak ada line lah dekat sana. Tapi kenapa ? Bukannya jauh sangat pun. Tiba tiba fako pergi buka bonet belakang kereta.
Hati aku dalam diam masih lagi menunggu kelibat kereta tadi takut takut dia lalu lagi. Tapi tak nampak rupa pun. Dah tak lalu sini kot.
Fako: ni ada selipar. Kau nak pakai ke? Aku pun lupa ada selipar dalam bonet.
Tiba tiba abu bangun dan ambil selipar di tangan fako lalu di lemparkan ke aku. Abu sepertinya mencari cari sesuatu di dalam bonet.
Abu: air apa ni ? Air paip ke ?
Fako: haa air paip. Kenapa ?
Abu: banyak botol kau simpan ?
Tiba tiba abu keluarkan satu tikar dari dalam bonet. Di hamparkan ke bawah. Bawa lagi dua botol air paip.
Aku: kau nak buat apa abu ?
Abu: aku nak solat. Jum sekali.
Terus aku teringat yang hidup ni ada tuhan dan kewajipan.
Wuduk guna air dalam botol tu. Abu imamkan solat. “Allahuakbar..” Tiba tiba saja guruh berdetum. Kilat menyambar yambar. Angin deras meniup pepohon pokok hingga mengeluarkan bunyi dari geseran daun daun pokok. Ada daun yang jatuh ke bumi. Badan terasa mahu jatuh ke bawah apabila angin meniup terlalu kencang. Namun badan masih lagi mampu berdiri tegak hingga selesainya solat. Masa bagi salam terakhir. Tangan disapukan di wajah. Bila bukakan mata. Satu kejadian aneh berlaku. Macam mana suasana tempat ni boleh bertukar.
Kami dah tak ada di kawasan tadi lagi. Sekarang berada di tepi jalan juga. Tapi bukan lagi dikubur. Ada sebuah gerai yang agak usang di depan kami..syukur. Macam manalah kalau tiba tiba dah selamat tiba tiba ada suara bercakap “ waktu susah cari aku minta tolong. Waktu senang abaikan aku”. Malu terasa di dalam dada. Syukurlah hanya penipuan mata. Mungkin ada sesuatu yang mengaburi mata. Ada tempat lain tapi mata nampak tempat lain. Tiba tiba.. “pon pon”..cahaya kereta terang berderang menyuluh ke arah kami. Itu kereta amar. Alhamdulilah.
Amar: tadi aku datang sini. Kauorang tak ada pun.
Abu: susah nak cakap kawan. Bawa kitaorang balik dulu. Boleh ?
Amar: kereta macam mana ?
Fako: tinggal sini jelah. Esok suruh pomen datang tengok.
Fako berjalan menuju ke kereta beliau lalu menutup bonet dan mengunci semua pintu lalu kami semua masuk dalam kereta amar dan beredar dari situ.. Semasa dalam perjalanan abu menceritakan apa yang terjadi..
Amar: mana kau boleh lalu sini.
Fako: entahlah. Aku tak terpikir pun aku lalu jalan ni. And tiba tiba tersesat kat sana. Bila dah okay. Tiba tiba ada dekat sini.
Sampai di kawasan rumah. Aku abu dan fako berjalan menuju ke rumah. Amar dan amir pergi ke petrol pam membeli minyak kereta untuk abu. Aku di belakang sekali semasa sedang naik tangga. Abu di depan dan di tengah fako. Sedang asyik melangkah satu persatu anak tangga tiba tiba ada satu cahaya laju lintas di depan abu, dan terus menghilang. Abu sedikit terkejut dan mengakibatkan dia hilang pertimbangan ingin jatuh ke bawah tapi terkena pada fako. Abu sempat memegang besi di tangga. Badan fako sedikit ke belakang berlaga dengan aku.
Aku yang sedang asyik sedari tadi hanya memandang mereka berdua..membuatkan aku tak sempat berbuat apa apa bila badan fako melanggar badan aku. Lalu “gedebuk gedebuk debuk buk buk buk..” Lebih kurang tujuh anak tangga aku terjatuh ke bawah.
“ arrrrgghhh auuu “ aku cuba bangun kemaskan diri. Fako dan abu melompat turun ke bawah dengan pantas.
Abu: hey you okay ?
Aku: argh im fine im fine.. Okay.
Fako: sure ?
Aku: yah..
Aku dah penat dan malas nak basa basi dekat situ pasal jatuh tangga punya pasal saja. Terus melangkah menuju ke tangga sekali lagi. Tiba tiba.. “pam” bahu aku di tampar oleh seseorang dari belakang. “ that my boy ” itu suara abu. Hanat abu..
Aku: arghhhh..* sambil pegang bahu dan terus pusing ke belakang.
Abu: you said you was fine. Aku ingatkan kau betul betul okay.
Aku: arhh yah I told you im fine. But I didn’t says it doesn’t hurt buddy……….
Abu melihat ke arah fako. Fako hanya mengangkat bahu tanda tak masuk campur.. Terus aku pusing ke depan dan memulakan langkah menuju ke atas.
Abu: my bad..
Aku duduk di sofa tempat yang aku tinggalkan rokok tadi. Sambil keluarkan sebatang rokok dan nyalakan. Abu dengan fako juga ada di sofa. Masing masing diam diam. Tiba tiba fako bersuara..
Fako: apa yang sebenarnya terjadi tadi ?
Aku: ahaa ? Kau tak payah susah susah fikirlah. Balik kejap lagi tiudr tenangkan fikiran.
“ pam” pintu belaga pada dinding. Kuat. Sebab ditolak oleh angin yang entah dari mana datangnya. Pintu tadi tak tutup rapat, jadi akan bergerak bila ada sesuatu yang menolak. Angin tadi sekali lalu menampar wajah kami bertiga. Semua tercengang diam. Masing masing muka terkejut. Keadaan mula reda kembali.. Tapi Cuma sekejap. Tiba tiba terdengar bunyi air di buka di toilet. Abu bangun untuk pergi tengok…namun tak sempat dia pergi aku dah halang.
Aku: abu..*gelengkan kepala. Duduklah. Biarkan aja. * sua kotak rokok.
Abu hanya mengangukkan kepala lalu di ambil rokok yang aku beri dan nyalakan lalu duduk kembali. Tiba tiba phone abu berdering.
Abu: hello.. Ha a. Ada kat bawah ke ? Okay okay.. Tunggu kejap.
Abu matikan panggilan.
Aku: diorang sampai dah ?
Abu anggukan kepala.
Abu: kau nak aku temankan kau ke ? Fako boleh balik dengan amar.
Aku: malam ni malam apa ?
Abu; malam jumaat.
Aku: baliklah.. Aku kasi kau chance.. *ketawa kecil tak berbunyi.
Abu: hahaha sure ? *aku anggukan kepala.
Fako sedari tadi memandang abu kini terus ketawa sambil mengelengkan kepala bila melihat senyuman di muka abu.
Abu: apa apa call.
Fako: jum..
Aku: yah.. Be safe haa.
Aku kunci pintu dan terus masuk bilik. Berbaring atas katil sambil tenung siling. Oh nasib teringat. Phone aku bateri dah nak kong. Kena cas ni. Tangan meraba raba mencari phone..meraba mencari phone tapi yang lain yang dapat. Lengan aku terasa di genggam oleh tangan seseorang. Lembut halus dan mulus. Cepat cepat aku Tarik tangan aku dan lompat dari katil. “paq” aku tekan suis lampu. Bilik yang tadi gelap gelita kini cerah berderang dengan bantuan lampu. Aku usha sekeliling. Memang tak ada orang pun. Tangan siapa yang pegang lengan aku tadi ? Masih buntu kepala otak aku..tiba tiba..
Satu mesej masuk. “ bereh” dari L. Apa maksud dia ? Eh aku ngantuk. Esok esok jelah Tanya. Masukkan cable cask e phone. Aku tidur. Tiba tiba bunyi jeritan yang nyaring dari luar. Dekat pintu rumah aku rasa. “pam pam pam pam pam pam..” Pintu pula di ketuk. Cepat aku lari menuju ke pintu. Buka pintu. Tak ada apa pun. Aku keluar sedikit untuk pastikan yang memang betul tak ada apa apa. Ea memang tak ada apa. Terus aku masuk bilik. Berbaring. Tiba tiba bunyi lagi. “pam pam pam pam”..sekali lagi aku pergi tengok. Sama juga macam tadi.
Tak ada apa apa pun. Apa pula dah ni ? Aku nak tidur ni. Aku masuk bilik balik. Bunyi lagi ketukkan di pintu rumah. Aku dah baring dah kot. Dua kali bolehlah pergi. Kali ketiga memang tak ah. Rasa malas menyelubungi diri. Aku cuba pejamkan mata juga walaupun susah nak tidur bila pintu rumah asyik di ketuk. Tapi akhirnya aku terlelap juga. Entah pukul berapa. Rasanya agak lewat juga. Bila bangun. Satu lagi kejutan aku dapat. Rasa macam nak hentak kepala di dinding. Enam belas kali raya pun belum tentu dapat maafkan diri sendiri bila cas phone tak buka suis. Where’s the food.
Sesiap semua terus keluar dari rumah. Menuju tempat berjuang untuk hidup. Berjuang untuk hidup sampai lupa nak berjuang untuk akhirat. Aku berjalan menuju ke gerai abu untuk sarapan. Tapi mana abu ? Tak nampak pula dekat gerai..elok aku sampai seorang perempuan keluar dari kereta.
Aku: kak..
Kak: abang pesan kita tak kenal Antara satu sama lain.. *bercakap sambil tengok bawah.
Aku: owh..yah yah..oren satu. Kurangkan ais sikit.
Aku capai nasi lemak dua bungkus. Satu mesej masuk.
“ aku tidur kejap boleh..please..”
Aku angkat kepala tengok dalam cermin kereta. Abu ada dekat tempat duduk belakang sambil tengok ke arah aku. Dengan benda yang tutup mata tu di letakkan atas dahi. Aku tak tahu nama apa benda tu.
“okay..goodnoitt” aku balas mesej abu. Aku faham dia tak cukup tidur. Abu jatuhkan kepala ke bawah bersama dengan satu senyuman sampai ke telinga. Aku simpan balik phone dalam kocek. Terus duduk di meja untuk sarapan. “prak prak prak prak..” Bunyi orang berjalan memijak batu batu kecil dari belakang. “ boleh duduk sekali ?”
Aku pusingkan kepala tengok ke arah suara tadi.
Aku: owh yaya..duduk duduk..
Wahid: owh terima kasih..
Wahid menikmati sarapan paginya bersama aku. Berborak borak kosong. Masa borak aku kerap mainkan hidung. Mengosok gosok hidung. Acah seperti menyedut hinggus. Setiap kali bila aku berkelakuan demikian. Dia pasti akan tengok. Aku hanya membalas dengan senyunman.
Wahid: sakit ke ?
Aku: hah ? Owh haha. Nanti dah dapat ubat dia. Okaylah. Lega terus haha.
Wahid: haha.. Sembang sembang dari tadi. Tak tahu berapa umur ?
Aku: muda lagi haha.. Baru xx..
Wahid: muda lagi kenapa cari kerja bawa teksi ? Payah nak jumpa orang muda sekarang.
Aku: haha ini aja yang boleh buat. Nak cari kerja. Orang tak nak ambil kerja. Biasalah buas. Bekas banduan macam saya. Sapa nak ambil kerja ? Biasalah hidup. Sapa tak nak kaya cepat haha. Jadi bila dah buang semua tu, Kerjalah dengan pak suadara. Kalau ikutkan. Tak nak kerja.
Tapi kalau tak kerja. Mana nak dapat duit beli ubat sakit hidung. Ea dok ? Haha..
Wahid: haha betul betul. Jujur sangat kamu ni..
Aku: dengan orang lama lama. Usahler menipu. Sedangkan sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina. Inikan pula orang seperti saya. Haha. Kalau menipu pun tak ada gunanya. Nanti orang tahu sendiri. Lagi orang tak suka. Sampah di katanya.
Wahid: eh..kita yang sakit. Kita beli ubat guna duit kita. Tak ada pula kacau orang. Lantakkan orang lain. Hidup kita. Kita sendiri yang uruskan. Begitu..
Aku: ha’a betul sangat. Setuju setuju. Pakcik pun boleh tahan ea ?
Wahid: haha masa muda dulu. Buas buas semua. Samalah macam kamu. Haha..
Aku: haha..
Wahid mendonggakkan sedikit kepalanya seperti melihat sesuatu. Aku juga pusing ke belakang untuk melihat.
Wahid: eh jum. Nanti berborak lagi. Ada customer dah. Haha.. Berapa ni..
Aku: eh takpa takpa. Saya bayar hari ni.
Wahid: eh kamu..
Aku: bayar untuk menutup lubang..haha.
Wahid: begitu pula.. Haha ikutlah. Tapi dengan aku kau jangan risau. Selagi kau tak kacau aku. Aku tak kacau kau. Hahaha. Eh terima kasihlah ea.
Selepas mengucapkan terima kasih..wahid terus pergi beredar menuju ke teksinya. Umpan sudah hampir di makan. Memang tak silap lagi. Masakan tahu.. Itu customernya..dua orang lelaki yang baru saja memberhentikan motosikal di tepi jalan. Padahal banyak lagi teksi lain di situ. Aku tunggu mana tahu tiba tiba dia offer aku kerja dengan dia ka. Kan senang kerja. Tiba tiba satu lagi mesej masuk. “ seorang dari lelaki tadi naik teksi dia, seorang lagi terus beredar.” – isteri abu.
“good job kak. Thank you” balas aku.
Siang hari semua orang kerja seperti biasa. Aku dah balik rumah masa ni. Biasalah. Aku bukan pemandu teksi. Jadi suka hati aku nak balik pukul berapa. Walaupun ada masa tak banyak customer. Yang lain mungkin perlu berlegar legar lagi untuk mencari sesuap nasi. Sekitar 8 malam begitu. Pintu rumah di ketuk. “ pam ”. Menyedarkan aku dari lamunan. “ pam pam..” “pam pam pam..” “pam pam” “pam” . Aku bangun untuk pergi buka pintu. Orang yang datang.
Aku tahu dari gaya ketukkan tadi. Aku dah mesej semua orang bagitahu apa yang jadi semalam.
Dan dengan itu. Aku ada kan cara ketuk pintu. Macam yang tadi. Ada rentak tersendiri. Jadi kalau dengar bunyi macam tu. Aku tahu dah siapa. Orang orang yang aku kenallah. Aku bukakan kunci. Terus berjalan kembali menuju sofa. Abu sendiri yang pulas tombol. Abu masuk ke dalam dengan penuh beg plastic berwarna warni di tangan dan ada sesorang mengikutinya dari belakang.
“Assalammualaikum..”
Aku cuba ketepikan sedikit kepala sambil menjawab salam untuk melihat siapa di belakang abu. Bob. Oh bob.
Aku: eyyy bob. Lama tak nampak kau. Kurus sekarang ni ? Kau hisap dadah balik ke ? Haha.
Bob: ha inilah manusia..kurus salah gemuk salah.
Aku: haha semuanya salah bob. Baik buruk kau buat. Tetap ada yang pertikai. Rilek.
Bob: macam mana sekarang ? Okay.
Aku: macam ni lah bob.
Bob: macam ni tu macam mana ?
Aku: haha macam nilah bob. Banyak kerja.
Bob: aku tengok Negara Negara yang buat hukum hudud ni. Jenayah Negara diorang kurang eh. Polis boleh rilek rileklah. Kenapa Malaysia tak buat eh hukum hudud ?
Aku: sebab rakyat Malaysia banyak yang islam hanya pada nama.
Bob: macam kau ? Haha
Aku: hahaha.. Tanya soalan macam aku ni pemimpin.
Aku: Kau dari mana ni ?
Bob: aku jumpa abu dekat pasar malam tadi. Ada benda nak discuss sikit. Dia cakap datang jumpa kau. Itu yang aku ikut. Jangan risau. Tak pecah dekat mulut..
Aku: eh tak apa. Aku percaya kau. Apa yang nak di bincang ?
Abu: kejap lagilah sembang. Makan dulu. Abu yang tadi diam sebab sibuk menghidang juadah makan malam. Adalah sikit kuih kuih dengan benda benda goreng sikit. Lepas habis makan. Tengah rilek rilek hisap rokok. Abu bukakan lagi satu plastic. Kacang. Kacang yang orang letakkan dalam laicikang tu. Apa nama entah.
Abu: borak sambil mulut mengunyah baru best. Makan makan..
Aku kalau boleh tak nak makan kacang ni. Tapi bunyi diorang prak prak prak memang dah tak boleh tahan. Akhirnya aku terpaksa akur. Hmm jerawat coming soon. Tapi godaan kacang ni susah nak lawan L ngaplah. Em em. Tiba tiba abu bukakan lagi satu plastic.
Aku: weh buntut ayam.. Sikit.
Mata abu merenung tajam ke arah aku.
Aku: kau tak cakap nak pergi pasar malam. Tak apalah. Kasilah aku pedal ayam tu.. Dah kau nak makan buntut.
Abu masih lagi merenung aku..tapi kali ini kejap je. Dia ambilkan lidi yang terisi dengan pedal ayam. Sua dekat aku. Sedap weh..
Aku: kau nak cakap pasal apa tadi bob ?
Bob: tokan..
Riak wajah aku berubah. Terus aku letakkan lidi tadi. Sempat ngap dua je. Abu pun sama dah berubah serius tapi masih lagi mengunyah haha. Aku angkatkan kepala pada bob memberi isyarat untuk teruskan percakapan dia.
Bob: dia ni cari customer dalam wechat.
Inilah sebab masih ada acc wechat. Banyak sangat budak pendek akal dekat wechat ni. Macam macam boleh jumpa.
Abu: kau sure ke bob ? *bercakap dengan makanan dalam mulut.
Bob: ha’a. Aku kenal juga budak ni. Tapi taklah rapat. Baru nak up ni.
Bob: eh dah masuk isyak..aku nak solat dulu.
Hmm..bekas penagih dadah. Lagi baik dari aku. Semua orang boleh berubah. Siapa sangka. Ulat yang buruk dan mengelikan pun boleh berubah menjadi rama rama yang cantik dan indah. Nak jadi rama rama pun ambil masa. Samalah apa pun. Mesti ambil masa. Yang pasti, semua akan indah bila tiba masa. Selesai solat yang di imamkan bob sendiri. Kami keluar semula menuju ke sofa. Aku belum sempat duduk. Ada orang ketuk pintu. Sama rentak macam yang abu buat. Jadi itu orang. Aku bukakan pintu.
Aku: tuan..
Big boss masuk ke dalam.. Abu nak berdiri tapi di halang oleh big boss. Big boss duduk di sofa sekali kami.
BB: semua okay ?
Aku: okay boss.
BB: orang yang ikut kau. JIPS.
Aku: JIPS ? Why ?
BB: entah..tak tahu punca. Alaa biarkan saja. Kita buat kerja kita. Dia buat kerja dia. Lagipun diorang ni pilih secara rawak ja. Kau terpilih kot.
Aku: yah its okay. I know sometimes I cross the line.
BB: kena hati hatilah. Semua benda kena ikut prosuder.
“ pam pam pam “
Semua mata memandang ke arah pintu kecuali big boss.
BB: ali. Aku datang dengan dia. Dia tengah bersembang phone tadi. Jadi aku naik dulu.
Dah big boss cakap ali. Aku tak kisahlah. Terus anggukkan kepala memberi isyarat supaya abu bukan pintu. Lagipun ali tak ada kena mengena dalam op ni. Jadi aku tak beritahu apa apa tentang cara ketuk and everythinglah.Terus abu bangun pergi buka pintu. Ali di depan pintu. Belum sempat kaki ali memijak lantai. Badannya terbakar. “ali” jerit abu di depan pintu. Abu sedikit mengundur ke belakang. Semua bangun bila terdengar ali menjerit nyaring menahan kesakitan. Ali mengelupur akibat panas bila semua anggota badannya dijilat api Dan terus menjadi abu. Melayang layang ke udara. Tapi tak boleh masuk ke dalam rumah.
Semuanya melayang keluar. Kami semua berlari keluar. Dengan riak muka yang masih lagi buntu. Semua tergamam. Apa yang terjadi ? Kenapa ali jadi macam tu ? Apa nak jawab nanti ? Bagaimana dengan anak isteri dia ? Kenapa tiba tiba ? Pertama kali lihat kejadian macam ni. Kenapa ? Kenapa ? Kedua tangan aku diletakkan di atas kepala. Menunjukkan betapa serabutnya kepala otak masa tu. Big boss keluarkan phone. Pertama kali tengok muka big boss cemas sebegitu. Masing masing diam. Masing masing tengok Antara satu sama lain namun masih lagi tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut. Panggilan big boss tidak di jawap. Sekali lagi dia cuba mendial. Tapi belum big boss membuat panggilan. Phone aku terlebih dahulu berdering. Dengan pantas aku jawab.
Ali: hello. Rumah tingkat berapa ? Number berapa ? Aku ada dekat tangga bawah.
Semua muka melihat aku. Masing masing seakan akan tertanya Tanya. Aku tidak menjawab soalan ali. Aku terus lari menuju ke tangga dan berlari turun. Yang lain juga mengikuti dari belakang. Ali. Ali ada di bawah. Ali seakan terkejut melihat semua orang tercungap cungap menarik nafas.
BB: ali ?
Ali: ya boss ? Kenapa ni ?
Abu: bukan kau naik atas tadi ?
Ali: eh tak..aku baru habis bercakap dengan mak aku. Apahal ni ?
Siapa tadi kalau bukan ali ? Dan apa sebenarnya yang terjadi ? Abu ceritakan semuanya pada ali. Ali hanya diam dan cakap sungguh yang itu bukan dia. Dia masih lagi di bawah masa kejadian.
Tak kisahlah apa apa pun. Janji syukur semua selamat. Kami naik ke atas balik. Semua dah masuk dalam rumah. Kecuali ali. Ali berada di belakang sekali. Sampai di pintu depan rumah. Tiba tiba. Ali berhenti. Lama ali berdiam di depan pintu. Semuanya hairan. Abu dan big boss cuba memanggil ali. Tapi ali masih lagi diam dan tidak menyahut panggilan.
“ tepi.. Aku tak ada urusan dengan kau. Ini rumah kawan aku. Dan aku kawan dia”. Kata ali di depan pintu sambil tangannya seperti menyuruh sesuatu yang mungkin berapa di depan dia untuk ke tepi. Sekali lagi semua orang diam. Aneh. Kenapa ali begitu ? Dah kenapa ? Ali jalan setapak. “ kau pun sama. Aku pun tak ada urusan dengan kau. Sila ke tepi”. Sekali lagi ali berkata demikian sambil tangannya sama seperti tadi. Sekali lagi kami binggung melihat. Nak bertanya.
Tapi semua orang hanya diam. Tak berani aku pun melihat wajah ali yang begitu serius.
Ali masuk ke dalam. Melihat semua orang pelik. Ali angkatkan kepala seperti menanyakan kenapa ? Semua orang gelengkan kepala. Semua orang duduk di sofa waktu ni. Masing masing diam. Aku perasan ali sedari tadi melihat aku. Entah kenapa. Aku sendiri tak pasti. Tiba tiba pintu sekali lagi diketuk. “pam pam pam..” Ali bangun nak pergi buka pintu. Aku nak halang tapi ali terlebih dahulu memulas tombol pintu dengan pantas. Amar tersengih sengih di depan pintu.
Ali: nak apa ?
Amar: nak masuk..
Ali: tak takut ? Tak takut masuk. Sila..
Amar pijakkan kaki di atas lantai. Muka amar terus menjadi kemerah merahan seperti menahan sakit. Tiba tiba anggota badan dia terbakar juga macam ali tadi. Dan terus menjadi abu melayang layang keluar. Ali hanya selamba melihat. Semua orang nak bangun. Aku nak jerit tapi tak ada pula suara yang keluar. Mungkin orang lain pun sama. Tiba tiba ali bersuara..
Ali: kenapa tak benarkan dia masuk ?
Ali: jaga ? Kenapa kena jaga ?
Ali: tuan suruh jaga ? Sapa tuan kau ?
Ali: kenapa tak boleh bagitahu ? Nak kasi tahu tak ?
Ali: baik baik. Tak apa. Duk diam diam.
Semua muka kehairanan. Dengan siapa ali bercakap ? Aku dah hairan gila dengan kelakuan ali. Mesti berjaga jaga ni. Aku keluarkan phone. Call amar.
Aku: amar.. Kau dengan dia ka ?
Amar: ha’a aku dengan dia. Ada dekat farmasi sekarang. Bawa bini dia datang. Kenapa ?
Aku: tak ada apa amar. Teruskan ikut dia. Jangan sampai kantoi jangan sampai hilang.
Amar: okay.
Semua orang lihat ke arah aku. Aku anggukan kepala tanda yang amar okay. Semua okay. Habis yang tadi siapa ? Ali tutupkan pintu. Berjalan melihat sekeliling. Dia pergi bilik air. Bilik. Dan puas dia pusing. Dia datang duduk dengan kami.
Ali: aku Tanya sikit boleh ?
Aku: apa benda ali? Cakap jelah..
Ali: macam mana kau boleh percaya karut marut macam ni ? Sejak bila ?
Aku: aku.. Aku.. Ak .. Aku tak faham.. Serius tak faham.. Apa maksud kau ?
Ali: kau ada upah orang untuk letak penjaga rumah ?
Aku: penjaga rumah ? Oh ali..please straight to the point.
Ali: depan pintu ada dua ekor yang dok jaga rumah. Apa yang kau lihat tadi. Badan terbakar menjadi abu. Benda asing yang cuba masuk dalam rumah. Tapi ada orang jaga depan tu. Jadi tak boleh masuk. Kalau dia pijakkan kaki. Kompom terbakor. Ibarat ada penghalang ada depan tu.
Sejak bila kau pandai letak benda benda macam ni ? Bawah mozek( tak tahu macam mana ejaan betul. Janji paham) bawah mozek depan sekali tu. Ada tulang babi di tanam di bawah tu. Kau dah melampau.
Semua tergangga mulut. Bila yang aku buat ? Ali masih lagi memandang aku. Tiba tiba..
Ali: tu.. Budak tu kenapa ada dengan kau ?
Aku: budak apa ali ?
Ali: budak botak telanjang bogel bergigi siung babi dua batang. Tergantung taring babi dekat leher.
Aku: belah mana ali ?
Ali: kiri.
Bob terus melompat pergi duduk depan dekat dengan abu. Bila ali menjawab sebelah kiri. Tadi bob duduk sebelah kiri aku. Big boss pun mula bergerak sikit demi sedikit menjauh dari aku dan terus bangun berdiri. Pergi duduk dekat abu juga. Bulu roma tengkuk aku dah rasa lain. Aku letakkan tangan di atas tengkuk.
Aku: L ..abu call L. Suruh dia datang sekarang.
BB: L ? Biar betul kau ?
Aku: ea boss. Semua dia yang urusankan.
BB: aih..susah nak percaya..call dia abu. Cakap yang aku ada sini juga. Suruh dia datang cepat.
Abu terus keluarkan phone dan call L suruh datang. Kan aku dah cakap. Hitam takkan cakap sesuatu yang kosong. Mana aku nak tahu L buat macam ni. Rupanya hitam memang tuju dekat aku. Bukan dekat orang lain. Satu kebetulan semua ni. Seperti dirancang pula rasa. Semua diam tak bercakap sepatah pun. Aku cuba untuk tidak buang masa. Sementara tunggu L sampai. Aku suruh bob terangkan pasal maklumat dia tadi sementara big boss ada depan ni. Bob pun terangkan semuanya.
BB: nak ambil ke ?
Abu: ambillah boss. Kita dapat. Kes kita la.
BB: ali ?
Ali: okay tak ada masalah. Join sekalilah. Korang..
Aku tengok abu.. Abu anggukan kepala berkali kali..
Abu: okay.
Arhhh. Aku tak cukup tidur. Dengan masalah ni lagi. Nak kena pi ambil orang pula ? Masalah betul.
Ali: so ?
Aku: kasi id dia bob. Aku add.
Bob: susah dia nak terima orang. Bukan senang senang. Aku Cuma dah friend lama dah.
Aku: okay kau Chat dia. Kasi tempat sekian sekian. Oder banyak sikit. Bagi dia bawa banyak sikit. Kau tahu rumah dia ?
Bob: aku tahu.
Aku: okay. Kita ambil dia dekat rumah. Chat dia bob.
Bob masih belum keluarkan phone. Dia masih lagi merenung aku. Arghh dia ni. Aku tunjukkan tangan ke arah big boss. Big boss angkat kepala Tanya kenapa ? Aku tunjuk isyarat duit dekat dia.
BB: aihh… tak pernah ikhlas kau ni bob. *keluarkan wallet ambil RM30 kasi dekat bob. Bob keluarkan phone dan terus chat tokan tadi.
Haha nasiblah. Dia pun buat kerja juga. Cari maklumat. Itulah jangan jadi baik. Tapi jadi orang yang ikhlas. Setiap kebaikan belum tentu ada keikhlasan. Tapi dalam diri orang yang punya keikhlasan ni.pasti ada kebaikan.
Aku keluarkan phone. Mesej PI cakap tak boleh ambil dia malam ni.
Aku: boss macam mana dengan cadangan saya ?
BB: okay. Semua dah ada dekat bawah.
Abu: jum kita pergi tengok.
BB: jum..
Sebenarnya semua orang cuba untuk berbuat seperti semuanya normal. Tak nak fikirkan lagi pasal tadi. Kita boleh nampak dekat wajah masing masing. Semuanya buat buat belaka. Sampai dekat bawah. Terkejut beb. Ford ranger warna hitam..
Aku: seriously boss ? *nada teruja.
Abu yang di sebelah kanan aku turut bersuara..dan tampak wajah teruja di wajahnya.
Abu: hoo hoo hoo..
Tiba tiba big boss bersuara..
BB: ali. Kasi diorang kunci.
Ali kasi aku kunci. Tapi. Kenapa ni kunci kereta lain ?
Aku: kereta apa ni ? Asal tak ada lambang ford ?
BB: sebelah dia.
Aku: huh ? Really ?
Abu dengan aku masing masing tengah menatap kereta di sebelah ford tadi.. Masing masing bersuara tanpa melihat Antara satu sama lain.
Abu: haa it look alike we got problem here….
Aku: no..noo.. That’s not a problem buddy. That was a big problem.
Abu: aku pun rasa macam tu. Tapi ni semua plan kau.
Memanglah plan aku minta kereta yang ala ala gangster sikit. Tapi janganlah saga yang macam nak hancur ni. Kalau mati tengah jalan kang lagi susah. Wira ke..wira turbo ke okaylah sikit.
Kalau suspek sedar dia di ekori pun. Dia akan syak musuh musuh dalam kerja jahat dia. Tak adalah nak syak polis. Biasalah buat jahat pun mesti ada musuh. Tapi kalau ford tadi pun okay. Boleh buat ala ala gangster cina. Ada duit sikit.
BB: korang jangan cakap banyak. Ini je ada. Luar memang macam tu. Dalam dia baik lagi. Ali dah bawa tadi. Kan ali ?
Ali: yaya .. Okay lagi. Aircond sejuk. Cermin dah gelap. Semua lengkap.
“assalammualaikum..”
Semua jawab salam tadi. L dah sampai. Terus big boss ajak naik atas sembang. Semuanya dah di beritahu oleh ali. L hanya angguk tanda mengerti. Selesai ali cakap. L pun bersuara.
L: maaflah. Aku rasa aku dah kena tipu ni. Aku tengok orangnya baik saja. Jubah serban semua. Mana aku tahu tok bomoh. Main jin. Aku ingatkan dia guna cara betul. Semalam baru aku hantar kat kau. Cakap semua dah selesai. Dia dah pagar katanya. Tak tahu pula ada dua ekor jin depan pintu. Tak apa. Aku akan uruskan semua ni. Korang jangan risau.
Sekarang tengah tunggu amir dengan fako sampai. Bila diorang dah sampai kami terus bergerak. Now Dalam perjalanan menuju ke rumah suspek.
Dua biji kereta. Aku naik dengan abu, amir dan bob. Abu bawa kereta amir. Masing masing tutup muka. Sekali dengan bob sekali. Kereta di belakang. Ali,big boss dan fako. Amar ditugaskan untuk ikut wahid. Memang setiap malam itu ja kerja dia. Semasa dalam perjalanan. Tiba tiba ali bersuara.
Ali: ada kereta peronda mengikuti kita.
Kami hanya membiarkan saja. Tak ada sapa menjawab talkie ali. Biasalah kereta peronda. Apa nak di hairankan ? Tapi sekali lagi ali bersuara benda yang sama. Dah kenapa.
Aku: we don’t have any business with them, let them pass.
Ali: got it.
Abu lajukan kelajuan kereta. Dan kami sampai depan rumah suspek. Kereta masih lagi ada di dalam kawasan rumah. Kereta ali berada jauh di belakang sedikit. Kira nya kereta dua biji. Satu depan satu belakang. Rumah dekat tengah tengah. Maksudnya dia dah kena kepung. Suspek dah keluar dari rumah. Buka pintu pagar.
Aku: bob. Itu ke dia ?
Bob: ha dia la tu.
Aku: okay. Kau stay dalam kereta. Faham.
Bob: okay boh.
Abu: tak nak masuk rumah ?
Aku: aku tak rasa dia simpan barang dalam rumah.
Aku: semua stanby. On my mark. *talkie
Ali: copy that.
Kereta meluncur keluar dari kawasan rumah. Dan berjalan meninggalkan rumah. Kami ikut dari belakang.
Aku: alright now ali!
Ali nyalakan lampu kereta dan keluarkan kereta di tengah jalan. Kereta suspek terus brek mengejut. Suspek cuba masukkan gear undur. Aku nyalakan lampu tinggi. Abu dah keluar dari kereta.. Suspek juga sama cuba untuk buka pintu namun tak sempat lari. Abu dah cekup baju belakang dia. Aku keluar begitu juga dengan yang lain. Hanya bob saja dalam kereta. Suspek pusing ke belakang dan melepaskan tumbukan padu di wajah abu. Namun abu sempat mengelak tapi terpaksa melepaskan baju suspek. Suspek sekali lagi cuba menumbuk. Tapi kali ini di perut abu.
Sayangnya abu tak sempat untuk mengelak yang kali kedua. Kerana kedudukannya tak seberapa begitu selesa lagi. Tapi dengan pantas abu menghanyunkan buah limanya tempat di sebelah mata.
Tangan aku berada di pistol yang di selitkan di celah pinggang. Dah Ready untuk segala apa kemungkinan. Suspek sedikit blur bila terkena hayunan penumbuk abu di kepala sebelah degan mata. Tempat strategic untuk buat musuh blur sekejap. Dan masa tu kita ambil kesempatan untuk melepaskan kali tumbukan. Begitu juga abu. Tidak melepaskan peluangnya. Sekali lagi hinggap dipipi. Dan terus melepaskan tendangan di kaki. Suspek rebah mencium bumi. Abu menarik tangan suspek untuk digari. Tangan suspek sedikit terluka apabila ditarik oleh abu di atas tar. Begitu juga dengan mulut suspek. Luka. Mungkin luka di dalam. Bila isi terkena pada gigi. Suspek di angkat naik ke atas. Abu tekan kepala suspek supaya tunduk.
Tapi dia masih melawan.
“pam” aku tolak kepala suspek dan melekat di bonet depan kereta. Aku pergi buat pemeriksaan akan badan suspek. Dan fako periksa kenderaan suspek. Aku jumpa kunci rumah. Baling ke ali. Ali dan amir pergi masuk rumah dia. Dah alang alang. Cek ajelah terus.
Abu: terima kasih kerana biarkan aku.
Aku: haha.. Lama tak dapatkan..
Abu: tula.. Hari ni lepas juga haha..
Aku masih lagi meraba raba kocek suspek. Kali ni ada sesuatu di dalam. Aku keluarkan. Tunjuk dekat big boss dari jauh. Alright. Balai dulu. Buat report tangkapan. Kereta suspek di pindahkan ke tepi dan suspek naik dengan ali. Dalam perjalanan ke balai.
Aku: banyak ni saja ka bob kau oder ?
Bob: banyak lagi.. Aku rasa..
Aku: tak apa. Kejap lagi kita soal siasat. *aku potong percakapan bob.
Masa nak keluar simpang tiba tiba bunyi siren polis dengan lampu lampu sekali. Berkelip kelip mata kami. Kereta kami di tahan di depan oleh kereta peronda.
Peronda: sila beri kerjasama. Keluar dari kenderaan perlahan lahan. Tangan diatas kepala.
Mungkin kami kelihatan mencurigakan tadi. Entahlah.tapi bila masa dia ikut pun tak tahu.
Abu: seriously ?
Aku keluar tapi tak angkat tangan pun. Dekat vest dah ada Lambang polis. Aku jerit. “ kitorang anggota”. Sambil tangan nak ambil keluar ID. Tiba tiba peronda tadi keluar acu pistol dekat aku.
Peronda: angkat tangan di atas.
Abu pun turut keluar juga dari kereta sambil tangan di kepala.
Aku: same shit different day haa. Okay… okay.. *sambil angkat tangan perlahan lahan
Aku: kitaorang anggota.
Peronda: diam di tempat anda. Jangan cuba cuba bergerak.
Seorang dari peronda mencapai talkie dari dalam kereta. Mungkin menghubungi pusat kawalan. Big turut keluar dari kereta belakang. Semua masih lagi menutup muka. Tak ada sorang pun yang buka. Big boss berjalan perlahan lahan. Ke depan. Seorang dari peronda tu mungkin perasan tiga paku di vest big boss. Muka dia agak lain sikit.
Dengan pantas dia menyuruh seorang lagi peronda untuk mendekati. Perlahan lahan big boss berikan ID beliau. Peronda tadi balik ke kereta. Dan serahkan ID big boss kepada kawan dia.
Kawan dia sekali lagi capai talkie di dalam kereta. Dua minit kemudian. Peronda yang mengacukan pistol ke arah kami terus meletakkan pistolnya kembali ke holster. Dan ambil ID big boss terus pulangkan.
Peronda: maaf tuan. Kawasan ni selalu terjadi jenayah. Dan kami mencurigai kereta ini. *kereta amir. Honda EJ Hitam bercermin gelap.
Kami dah turunkan tangan masing masing. Peronda tadi memohon maaf. Tak kisahlah, diorang pun buat kerja. Tapi dah nampak lambang dekat vest. Anggotalah. Lepaskan sajalah. Tapi mungkin ada orang yang menyamar jadi anggota polis lalu menjalankan kegiatan jenayah. Jadi diorang curiga. Entahlah. Dah berlalu. Tak perlu buang masa nak fikirkan lagi. Terus sampai balai. Setel semua. Bawa balik Office untuk di soal siasat. Sepanjang soal siasat, suspek hanya mendiamkan diri dan menyusahkan kerja kami. Cuma satu saja yang keluar dari mulut dia. “ bawa aku pergi hospital. Aku tengah sakit”.
Aku: takpa. Aku boleh tolong cuci luka ni. Tunggu ea.
Aku keluarkan tinggalkan ali. Ajak amir bawa ke kedai runcit 24jam berdekatan area situ. Pergi beli garam.bawa balik. Aku bancuh garam tadi letak dalam gelas. Dah cukup dua gelas. Aku masuk balik dalam bilik soal siasat.
Aku: air. Minumlah..
Suspek memandang tajam ke arah aku sebelum mengambil cawan di atas meja dan minum.
Suspek: arghhh… *sambil pegang mulut yang mungkin pedih. Luka kena dengan air garam.
Ali ambilkan cawan tadi dan hidu apa yang terisi dalam cawan tersebut.
Ali: weh ?
Aku: what ? If you don’t wanna be apart of this. Get out. Simple right.
Ali menekan kepalanya mengunakan tangan kiri sambil memandang ke arah aku. Dan keluar dari bilik soal siasat. Masa ali nak keluar. Abu pun buka pintu dan masuk. Abu sandarkan badan pada pintu sambil memeluk tubuhnya sendiri dan angkat kepala seperti nenanyakan apa yang aku tengah lakukan.
Aku: nak cuci luka..
Abu: oh come on..do it.
Aku: I need hand.
Abu datang dan pegang tangan sebelah kiri suspek. Aku tuangkan air limau tadi sambil tapak tangan aku mengosok seluruh luka yang ada di tangan. Bilik itu bergema dengan jeritkan suspek..
Aku: okay.. Sebelah lagi.. Abu pegang..
Dah siap cuci. Suspek masih lagi diamkan diri. Aku baik tahu.bukan jahat eh. Memang Air garam tu pedih. Tapi boleh menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka tu kering dengan cepatlah. Tak percaya buat. Tapi guna air suam. Jangan guna air sejuk pula. Nanti salahkan aku pula luka kau pedih. Jadi dekat sini. Dua dalam satu. Nak kasi sakit pun ea. Nak bagi cepat kering pun ea. Tapi jujur niat aku nak kasi sakit je. Tiba tiba abu..pegang pipi suspek..
Aku: heyy.. Hold on.. Boss mana ?
Abu: dia tak ada.
Aku: tunggu..sekarang ada masalah lain lagi. Aku keluar cek dulu.
Aku keluar cek kawasan sekeliling office. Terus masuk balik dalam bilik gelap.
Abu: clear ?
Aku: yah come on..
Terjadi babak berkasih sayang di dalam bilik malulah kalau nak cakap haha… Dan suspek akhirnya membuka mulut selepas lima minit.
“kan senang kalau tadi cakap aje terus. Tak susah pun.” Aku bercakap sendirian dalam hati. Suspek memberitahu tempat persembunyian barang barang miliknya. Dan tanpa membuang masa kami terus membawa suspek ke sana. Sampai di tempat yang di katakan suspek. Hutan. Hutan yang tak berapa tebal. Kami masuk ke dalam dengan hanya bantuan lampu suluh. Amir dan abu membawa cangkul.
Manakala ali pula memegang tangan suspek. Sampai di tempat yang di katakan. Abu dan amir lansung memulakan kerja mengorek. Tak lupa juga pada seorang juru gambar yang di bawa. Untuk mengambil gambar gambar bukti. Sedang amir dan abu mengorek tanah. Tiba tiba aku terlihat seakan satu susuk tubuh sedang melihat kegiatan kami di sebalik pokok. Dengan pantas aku menghalakan lampu suluh ke arah itu. Terkejut aku dibuatnya. Satu susuk tubuh tadi. Ialah seorang suspek yang di kejar masa di hospital dulu. Langkah pertama aku bermula. Aku tinggalkan abu dan amir.
Dengan pantas aku lari..suspek juga cuba untuk melarikan diri. Tapi hanya berjalan. Kenapa aku masih belum sampai dekat dia ? Aku berlari dia berjalan. Mana ada orang berjalan laju lagi dari lari. Mustahil. Kenapa semakin jauh ? Makin jauh…makin jauh..semakin gelap kawasan hutan ni. Adakah aku sudah terlalu dalam. Tiba tiba suspek hilang di pandangan. Aku keluarkan pistol. Perlahan lahan berjalan sambil melihat sekeliling yang penuh dengan pokok pokok. Aku rasakan yang suspek ada di tepi pokok sebelah kiri.
Dengan pantas aku pusing ke arah kiri bersama dengan lampu suluh dan pistol. Kosong. Hanya ada hanyalah sebatang pokok. Terasa lagi ada di belakang. Sekali lagi aku pusing ke belakang.
Kosong jua. Di sebelah kiri balik. Aku pusing lagi. Kosong. Kali ini kanan. Kosong juga. Ah sudah. Mana mungkin manusia bergerak sebegitu laju. Belakang. Aku pusing.. “pam” pedih sekali pipi terasa di tampar dengan sebegitu kuat.
“ agrhhh” hanya mampu menjerit. Telinga terasa berdesing.. “ tittttttttttt” aku goncangkan kepala berkali kali. Nafas aku turun naik dengan begitu laju. Mata terpejam rapat. Aku katok telinga aku dengan tangan berkali kali.. Bunyi berdesing sudah semakin menghilang. Aku bukakan mata. Dengan pantas aku pandang depan dan acukan pistol sekali. Ali? Kenapa ali ada sini ? Aku turunkan pistol.
Ali: ikut aku. * ali pusing belakang dan berjalan. Aku hanya mengikut dari belakang.
Ali: jangan terlalu percaya apa yang dilihat mata. Kadang garam nampak gula.
Langkah aku terhenti. Siapa depan aku ? Garam atau gula ? Kalau garam ? Aku kembali acukan pistol ke arah ali.
Aku: ali.. * ali pusing ke arah aku. Ali masih lagi tenang memandang aku.
Ali: tengok mata aku… aku selamatkan kau tau. Aku selamatkan kau. Cuba kau tengok betul betul. Ini jalan yang mana kau lalu masa kau lari tadi. Jadi ini juga jalan untuk kau balik ke kami. Semua orang risau. Jangan terlalu terburu lain kali.
Aku simpan pistol kembali di pinggang. Ali juga dah mulakan kembali langkah. Aku ikut dari belakang.
Aku: sorry..
Ali: sorry juga terpaksa tampar kau. Kau di bawah pengaruh benda asing.
Aku: macam mana kau tahu ?
Ali: masa kau lari tadi, kau dengar tak kami jerit nama kau ? Takkan. Kau terus lari. Maknanya kami dah tak wujud dah dalam pandangan mata kau. Masa aku pergi tadi pun bukan kau nampak. Tiba tiba kena penampar je.
Aku anggukan saja tanda mengiyakan kata kata ali.
Sampai ditempat tadi.
Abu: okay ?
Aku anggukan kepala. Mereka dah pun jumpa barang yang di cari. Juru gambar mengambil gambar. Muka suspek masam seperti cuka. Setelah selesai semua. Barang bukti di bawa balik.
Kami hantar suspek ke hospital terlebih dahulu. Aku naik dengan abu. Yang lain semua dengan suspek. Sengaja aku biarkan diorang masuk dulu. Sebab aku dengan abu dah pun buka topeng. Diorang boleh uruskan sendiri. Aku parking kereta agak jauh dari mereka. Hanya melihat dari jauh. Abu termenung sejak tadi. Entah apa yang di fikirkan. Aku cuba membuka bicara. Agar tidaklah aku bosan sesorang kat dalam kereta ni.
Aku: cantik bulan malam ni ?
Abu: ha’a a cantik..
Aku: borak pasal bulan ni..lagi tiga bulan lebih nak puasa.
Abu: lagi tiga bulan lebih eh ?
Aku: ha’a. Kau nak tahu tak masa bulan puasa nanti..
Abu: apa ?
Aku: bulan puasa. Tapi bulan tak pernah buka puasa.
Abu seakan terfikir sejenak.. Dan
Abu: hahahahaha.. Hambarlah..haha
Aku: haha.. Fakta.
Abu: weh.. Isteri aku mengandung..* tersengih sengih
Aku: really ? Glad to heard that buddy. Congratulation haa. Nak jadi ayah dah dia haha. Berapa lama dah ?
Abu: aku baru tahu seminggu. Haha termenung aku mencari nama..
Aku: wah.. Awal lagi kot.
Abu: excited haha
Aku: haha.. Kita keluar hisap rokok sambil cari nama haha.
Aku keluar dari kereta.. Mengeliat apa dulu tiba tiba “pon” aku pusing belakang. Eh ada kereta nak lalu. Sampai tak perasan. Dah kenapa tak buka lampu ? Bagi highbeam ke. Kenapa perlu hon ? Belagak dah naik BMW ?
Aku: sorry sorry.. * aku ke tepi sikit beri laluan pada kereta tadi.
Kereta tadi lalu dan tiba tiba berhenti dekat tepi aku. Ha masak. Dah kenapa. Cermin di turunkan..aku tunduk sikit..
Aku: sorry bro.. Eh cik mia.
Mia: dah kenapa berenti tengah jalan ? Haha
Aku: haha..baru keluar kereta tadi.
Mia: kenapa datang ?
Aku: bawa suspek datang.
Mia: owh..
Aku: owh ya ni.. Abu. Dah nak jadi ayah tau..
Mia: sungguhlah ?
Abu anggukan kepala..
Mia: tahniahlah.. Untungler.. Haha
Sekali lagi aku tundukkan kepala sambil angkat tangan.
Aku: sorry bro. Tak sengaja. Tak perasan.
Tapi dia tak balas. Ralit dengan phone kot. Biarlah.
Mia: eh ni.. Bakal tunang saya.
Aku: owh good good..segak eh.*berkemeja dan tali leher boh. Tak pandang kita kot.
Aku: eh jum.. Kita gerak dulu..ada hal kejap. Sorry eh tadi.
Mia: eh okaylah. Tak ada masalah pun. Balik dulu ea.
Aku: baik..*abu hanya angkat tangan..
Abu: mana ?
Aku tunjukkan jari ke satu arah..
Abu: bilik mayat ? Kat luar.
Aku: haa turunlah. Jauhlah nak keluar. Kat sini tak sedap pula orang nampak merokok. Kita pergi sembang dengan guard tu dulu haha.
Abu terpaksa akur..hanya diam sambil turun tangga.
Aku: kerek eh mamat tu ?
Abu: kau jealous ?
Aku: eh nooo..
Abu: jealous ?
Aku: noooo..
Abu: aku nampak..
Aku: nooo..jealous tak. Benci ada. I believe in hate at the first sight.
Abu: jealous lah tu.. Haha
Aku: noo.. Aku Cuma kesian dekat Mia. The guy is selfish. Dekat hospital pun nak hon. Eleh berapa lama sangat aku nak mengeliat. Tunggu aje lah.
Tak ada pasallah aku nak jealous. Aku pun ada pasangan hidup dah tunggu dekat rumah nu haa.
Kami turun tangga tapi Abu tak turun sampai bawah. Dia berenti dekat tangga tu juga. Terus duduk. Keluarkan rokok dan nyalakan.
Aku: apa yang kau tenungkan ?
Abu: tak adalah. Cuma terfikir. Nanti dah ada anak. Duit belanja semua cukup ke tak eh ?
Aku: kau tak payah fikirlah pasal tu. Dengar ni..tak kira betapa miskin pun kita. Kalau kita dah ada anak isteri. Kita dah ada segalanya. Bersyukur.
Abu hanya anggukan kepala. Guard datang..sambil suluh lampu suluh..
Guard: owh. Okay okay.. Takpa takpa.. Ingat sapa tadi.
Aku: boleh eh pakcik ?
Guard: boleh boleh..
Aku: abu..kau nak tahu something..
Abu: about what ?
Aku: about how the sun love the moon so much.
Abu: alright.. Tell me how the sun love the moon so much ?
Aku: he die everyday..to let her breath..
Abu anggukan kepala.
Aku: so ?
Abu: so what ?
Aku: so what you *abu potong percakapan aku..
Abu: aku nak jadi matahari untuk isteri aku. Selain dari berkorban untuk dia. Aku juga nak menyinari hidup dia selalu.
Aku: wahhh..cool haha.
“augghhhhhhhh”.. Jeritan dari dalam bilik mayat. Aku buang rokok ke bawah. Turun pergi. Begitu juga abu.
Guard: shhh.. Biarkan dia. Seminggu dua ni selalu sangat dia. Tak ada orang pun dekat dalam.
Uuu rare pakcik ni. Kata aku dalam hati.
Abu: betul ni pakcik ?
Guard: betul… eh korang lama tak nampak.
Aku: tak nampak lama lama lagi bagus pakcik haha.
“ hahahahahahaha.. Bagus tak payah datang”
Muka aku berubah teruk. Terkejut. Kenapa pula dia yang tiba tiba nak menjawab. Nyaring suara seorang perempuan datang dari dalam.
Guard: diammmmm!
“ HAHAHAHAHAHAHAHAHA. Orang tua bodoh”.
“ pak pak pak” pakcik tampar meja di depan dia tiga kali.. Tiba tiba..
“arggghhhhhhh” makin lama makin slow dan hilang jeritan tersebut.
“wow” jeritan dari atas tangga. Amir. Amir angkat tangan dan keluarkan satu jari lalu membuat pusing mengunakan jarinya. Okay jum balik. Kami bersalam dengan pakcik tadi dan pergi meninggalkan hospital tersebut.
Keesokkan siang di meja makan gerai abu.
Aku bersarapan pagi dengan rasa yang tak selesa. Sebab cuaca panas sangat pagi tu. Entah kenapa. Hati pun terasa panas. Mulut diam tidak berkate kate tapi hati sedang membare. Aku nampak dari jauh. Sebuah kereta bercermin gelap. Sedari tadi ada dekat situ.
Aku: bagi oren satu lagi. Cepat sikit.
Aku usha dulu dekat tempat park teksi. Suspek ada ke tak. Bila dah sah dia tak ada. Baru aku bangun berjalan..pergi mendekati kereta tadi. Aku ketuk cermin kereta. Cermin kereta di turunkan..
Orang dalam kereta (O)
Aku: panas ni. Air. Mesti dahagakan ?
O: so.. You know ?
Aku: yah.. So apa yang kau dapat ?
O: not yet..
Aku: ahaa.. Keep going.. Keep digging haa. *dengan senyuman aku hulurkan sekali lagi air di tangan aku.
O: salah ambil apa apa barang, hadiah ke apa ke di waktu kerja. Kita dah di bayar gaji untuk kerja. *dia tepis air aku. Jatuh ke bawah tanah. Cermin di naikkan lalu beredar dari situ.
“Wah..bagusnya budak ni. Follow the rules” kata aku dalam hati. Aku bukan apa. Cuma rimas terasa di diperhatikan. Kalau aku tak tahu tak apa. Ni dah tahu ada orang ikut kau. Sengaja aku nak bagi dia tau yang dia dah kantoi. Mana tau esok lusa dia dah give up. Lagipun dia hanya akan menganggu kerja dekat situ.
Malam hari yang sama. Lepas aku hantar PI balik. Aku balik rumah. Abu datang. Aku abu dan fako. Kami nak ikut suspek ke mana malam ni. Amar ada benda lain nak uruskan. Kami takeover malam ni. Sedang asyik mengikuti kereta suspek. Tiba tiba ada seorang perempuan tua melintas sambil bawa troli. Abu pandang aku.. Aku gelengkan kepala. Tak memberikan kebenaran untuk dia turun tolong perempuan tadi. Tengah kerja.
Nanti terlepas suspek. Tiba tiba abu berhentikan juga kereta. Dia keluar pergi dekat perempuan tua tadi. Lalu tolong perempuan tadi tolak troli yang terisi dengan tin dan kotak. Kali ni fako pula tengok aku. Aku anggukkan kepala memberi isyarat supaya dia keluar bantu. Aku dengan fako keluar tahan kereta sehingga perempuan tua tadi lepas melintas jalan. Kami masuk balik ke dalam kereta.
Abu: marah ke ?
Aku: haa ? Haha aku kenal kau. Aku faham. Jalan. Benda kecil tak perlu perbesarkan. Benda besar perkecilkan. Jangan jadi macam orang bodoh yang suka naikkan balik benda lepas dan jadikan punca untuk bergaduh.
Kami jumpa kembali kereta suspek. Dan tiba tiba kami lalu jalan yang sama dua kali. Dan ini kali ketiga kalau kami ikut dia lagi. Sampai di tengah jalan sebelum sampai simpang untuk belok masuk ke jalan tadi. Aku suruh abu masuk parking tepi jalan tu. Pelik. Kenapa pusing sampai tiga kali ?
Aku: perasan tak ?
Abu: aku rasa macam dia tahu kita ikut dia. Dia pusing berkali kali nak tengok kita ikut ke tak..
Fako: aku pun rasa macam tu.
Aku anggukan kepala meniyakan saja. Kemungkinan besar ada betulnya sebab aku pun rasa begitu.
Aku: amir.. Masuk *talkie
Amir: aku dah dapat dia.
Aku: baik mir. Jangan terlalu dekat.
Amir: copy that. Out.
Rilek. Aku dah siap backup plan. Amir ada dekat belakang. Tapi jauh juga dari kami. Memang tak ada orang akan perasan. Bila jadi apa apa dekat kami. Amir akan takeover pula. Nampaknya plan nak guna kereta acah acah gangster ni tak menjadi. Agaknya dia ni memang banyak musuh kot.
Selama ni amar ikut dia tak ada apa pun. Cuma amar belum jumpa apa apa lagi yang pelik masa tengah ikut dia. Nampaknya kena ikut pakai kereta biasa biasa ja. Tayah acah acah gangster. Tiba tiba abu keluar dari kereta. Berjalan kaki pergi kedai burger tepi jalan. Aku dengan fako duduk dalam kereta sambil hisap rokok. Abu datang balik bawa tiga plastic.
Abu: nah..
Aku: apa ni ?
Abu: daging special.
Aku: tu satu lagi.
Abu: daging special juga.
Aku: yang satu tu.
Abu: daging biasa. Kenapa ?
Aku: tak ada apa.
Fako ambil bungkusan yang abu hulurkan. Lalu abu letakkan bungkusan yang terisi daging biasa di atas dashboard. Sekali lagi jalan sambil bawa dua burger daging special. Abu hulurkan burger tersebut kepada homeless di tepi kaki lima bangunan kedai yang tidur di situ.
Fako: aku tak pernah nampak kalau dia nampak orang susah dia tak tolong. Kecuali kalau ada benda yang menghalang. Kalau benda tu tak serius mana. Macam tadilah dia buat. Suka hati dia je melawan orang.
Aku: hmm..kadang tak perlu ikut semua peraturan untuk buat benda baik. Tapi lepas tu kalau jadi apa apa kau kena tanggung akibat dia.
Aku masih lagi melihat abu yang berborak borak dengan homeless tadi. Tiba tiba ada perempuan muda cantik yang parking kereta di situ. Buka pintu dan buangkan sampah dari dalam kereta ke luar. Wah.. Ramai orang lalu lalang situ. Tapi kenapa abu saja yang tolong homeless tadi. Why do I see human but no humanity at all ? Dari luaran. Nampak hina seorang pengutip sampah.
Tapi sebenarnya yang hina. Orang yang suka suka hati membuang sampah merata rata. Sedangkan hanya perlu berjalan lima langkah untuk ke tong sampah.
Muka cantik. Pakaian elok. Pakai wangi wangi tapi lebih teruk dari sampah. Better yang busuk kerja kutip sampah. Kalau tak ada diorang. Kita hidup dengan sampah. Hargailah. Tiba tiba seorang dari homeless tadi bangun..tapi mengunakan tongkat. Rupanya dia tak ada kaki satu. Aku nampak dia gagahkan diri untuk berjalan sambil membawa bungkusan burger tadi menuju tong sampah. Namun abu terlebih pantas mengambil bungkusan tadi dari tangan homeless tadi.
Dan pergi buang ke dalam tong sampah. Orang tak ada kaki susah payah nak jalan ke tong sampah hanya nak buang satu bungkusan kecil burger. Abu kembali masuk dalam kereta.
Abu: nak kemana ?
Aku: kau makan dulu..makan makan.
Abu: tak ada orang ikut kau dah ke ? Perasan tak ?
Aku: haha ea perasan. Dah tak ada. Give up maybe. Pergi aje cari polis lain. Yang main judi ke yang ambil rasuah ke.
Abu: setuju.
Abu buka bungkusan burger dia dan perlahan lahan memasukkannya ke dalam mulut. Dia bagi orang special. Dia sendiri makan yang biasa. Abu seorang yang baik. Banyak juga sedekah. Tapi dia tak kaya. Mungkin tuhan nak uji dia lagi. Tapi kalau nak tahu. Cukup susah nak tengok abu sakit. Bagi aku kesihatan lebih penting dari kertas berharga. Kalau sakit. Ada duit pun tak guna. Kita pun tak tahu mungkin tuhan bagi dekat abu cara lain. Keselematan dia mungkin ? Berhadapan dengan risiko. Peluru tak bermata. Tak kira baik atau jahat. Tetap kena kalau dah tepat sasaran. Jadi teruskan sedekah. Dan jangan fikir rezeki itu hanya wang ringgit.
Abu dah nak dapat anak. Tengok. Rezeki jugakan ? Ada orang kaya raya. Tapi tak ada anak.( maaf kalau ada yang terasa.bukan mengata or apa apa. Cuma nak cakap. Ujian dan rezeki apa yang kita dapat dari tuhan. Berbeza. Tapi Semuanya ujian.) Buatlah kebaikan banyak banyak.
Sedangkan melihat orang lain membuat kebaikan sudah menenangkan hati. Apatah lagi kita sendiri yang berbuat demikian. Tapi bila dah buat kebaikan tu janganlah mengharap balasan. Bukankah keikhlasan itu lebih penting dalam melakukan sesuatu. Kita tak boleh tolong semua orang. Tapi semua orang boleh tolong seseorang.
Contohilah abu. Dia bukan saja baik. Malah seorang yang sangat tak pentingkan diri sendiri. Ada satu hari. Kami terserempak dengan HAKIM. Dan abu tahu yang hakim tu nanti yang jadi hakim pada satu kes yang kami handle. Kami juga tahu yang dia ni jenis mungkin baik hati sikit kot. Kami tak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan. Jadi kali ni kami nak dia jatuhkan yang berat sikit untuk kes yang akan datang. Jadi abu ajak aku jumpa dia. Sebelum pembicaraan. Aku cucuk dulu. Nak buat dialog macam panjang pula. Jadi aku pendekkan. Kami terangkan susah payah kami nak tangkap suspek. Penat lelah kami. Kami tinggalkan keluarga untuk berkerja.
Kerja tak kira waktu. Kami berkerja bukan untuk diri sendiri. Tapi untuk orang lain.
Orang lain yang kami sendiri tak kenal. Kami merasakan setiap derita yang dirasakan mangsa dan keluarga mangsa. Aku luahkan pendapat aku dekat Yang Arif. Kalau jenayah yang libatkan orang lain. Tak ada hukuman yang setimpal. Yang mati walaupun di hukum gantung. Takkan menghidupkan orang yang telah dia bunuh. Yang cacat akan tetap cacat. Walaupun suspek di penjara. Suspek masih sempurna. Yang di rogol akan kehilangan mahkota buat selamanya.
Trauma.
Mungkin akan bunuh diri kalau tak ada sokongan dari pihak family atau orang berdekatan. Ya perogol di sebat dan di penjara. Tapi tak sama rasa penderitaan kehilangan benda yang kita jaga selama ni. Tiba tiba di rampas secara tak rela. Penat kami kerja. Siang malam bertungkus lumus. Nak tangkap perogol atau si pelakunya ke muka pengadilan. Tapi ada pula anak muda yang biarkan dan merelakan dirinya sendiri dirogol tanpa sedar oleh pakwe sendiri. Kalau yang dah terlanjur. Berentilah. Cukup sudah setakat itu. Tuhan ampunkan dosa. Dosa mencuri macam aku ni ha yang tuhan tak ampunkan. Jangan mencuri. Apa yang kami cakap dengan hakim tu. Semuanya kami terima respon yang baik.
Yang Arif (YA)
YA: terima kasih kerana nasihatkan saya..in shaa Allah saya akan ubah. Dan akan lebih teliti untuk jatuhkan hukum selepas ni. Mungkin saya perlu merasakan derita orang lain.. Seperti mana kamu merasa. Terima kasih kerana menjalankan tugas tanpa mengira sesiapa pun.
Abu: we are born to bring justice.
Aku: terima kasih juga sebab sudi dengan coretan hati kami. Bukanlah siapa siapa kalau nak di bandingkan dengan Yang Arif.
YA: siapa siapa pun sama saja. Semua mati.
“ orang kaya mati..orang miskin mati..raja raja mati rakyat biasa mati” keratan dari lirik lagu kump. Medina. Semua mati. Jadi tak ada alasan untuk berlagak. Tak kisahlah dua paku ke naik BMW ke.. Tuan Hakim ke..kita semua peminjam.
Dah tak ada apa apa yang nak di buat. Jadi rasanya boleh kot balik rehatkan badan. Dah malap ni.
Masa perjalanan pulang. Kami berhenti di simpang empat sebab lampu merah. Masa balik. Aku bawa. Lampu baru nak hijau. Aku masukkan gear. Tiba tiba kereta belakang kasi highbeam berkali kali. Aku jalan tapi aku ambil tepi sikit. Kasi dia potong.
Abu: nak pergi mana kereta batman tu laju laju ? ( kereta batman- Honda civic baru)
Aku: entah abu.. Nak selamatkan orang kot haha..
Abu: haha mungkinlah..
Sampai di traffic light kedua. Bukan jauh mana pun. Jalan ni banyak traffic light. Aku berenti sebelah kereta batman tadi. Laju laju akhirnya ditemani tiang lampu juga.
Abu: baik tayah laju. Serupa je dengan kereta kodok ni haa.
Tiba tiba abu buka cermin kereta. Kereta sebelah tu pun memang dah buka cermin. Abu keluarkan tangan sambil memberi isyarat terbaik. Abu tunjukkan ibu jarinya kepada pemandu kereta batman.
Abu: cantik kereta bro.. Laju eh kereta ni. Baekk.
Fako ketawa kecil di belakang melihat gelagat abu. Aku Cuma tersenyum control macho. Tapi didalam hati berdekah dah. Aku tak gelaklah takut pemandu batman tu nampak pula. Lampu pun hijau.. Mmmmmhhhhpppppppppp… pick up aku dapat. Lepas tu semua dia punya. So sampai rumah. Masuk bilik. Tutup lampu. Golek sana golek sini. Tak juga tidur. Kalau golek ayam golek pun dah masak dah. Tiba tiba phone berdering.
Aku: hello ?
Ummi: assalammualaikum..
Aku: waalaikumussalam mi.
Ummi: polah pa ya ?
(buat apa tu?)
Aku: haii..*muka kehairanan sekejap. Sik polah pa eh. Mok tido jak. Kenapa mi tak tidur lagi..ni sejak bila pandai cakap sarawak pula ? Haha (tak buat apa eh. Nak tidur saja)
Ummi: mi baru ada masa nak call kau. Tadi siang sibuk. Haha itu jalah mi tahu haha. Nak Tanya apa barang yang kau pos ni ?
Aku: owh..mi ambil ajelah. Sebagai ganti diri. Lama tak balik.
Ummi: mi fahamlah kau sibuk. Jangan fikirlah pasal tu. Kau jaga diri baik baik aje. Tak payah pos pos barang semua ni. Rugi duit aje.
Aku: mi.. Duit boleh cari. Ummi ada satu je tak ada ganti.
Ummi: eh kau ni. Menjawab pula. Yelah yelah. Terima kasih. Tak apalah kau rehatlah. Mi dengar suara penat. Jaga diri baik baik. Jangan tinggal solat.
Aku: ea ummi. (ya saja tak buat hm)
Ummi: assalammualaikum.
Aku: waalaikumussalam mi. Selamat malam.
Aku nak letak kembali phone dekat atas almari..tiba tiba bunyi sesuatu dekat langsir. Bunyi seperti langsir bergerak. Sapa yang gerakkan ? Tiba tiba langsir berterbangan seperti di tiup angin kencang tapi tak ada angin pun. Mana boleh datang angin kalau tingkap tak buka. Lepas tu apa yang jadi ni ? Kenapa boleh jadi macam ni ? Cepat cepat aku capai phone. Aku call abu suh datang. Aku masih lagi di dalam bilik. Dekat luar terdengar seperti orang sedang basuh pingan mangkuk semua. Dengar pingan kaca berlaga sesama sendiri.
Dengar bunyi air paip. Lama juga aku rasa bunyi tu. Habis benda tu. Dengar seperti kerusi di meja makan bergerak gerak. Bunyi geseran di lantai. Tiba tiba orang ketuk pintu. Aku gagahkan diri untuk bangun pergi buka. Mungkin itu abu. Sebab cara ketuk pintu masih sama. Sebelum aku keluar. Aku pergi dekat langsir tadi. Aku nak pastikan betul ke tingkap aku tertutup. Aku selak langsir. Allahuakbar.. Terjatuh atas katil aku. Terkejut. Masa aku selak langsir tu. Aku satu kepala tak berupa melekat rapat dekat cermin. Tangan kiri kanan disebelah. Seolah kau nak tengok apa yang ada di dalam.
Tapi cermin gelap. Jadi kau kena tekapkan muka untuk lihat ke dalam. Macam tulah aku nampak. Nasib masa aku jatuh tu. Langsir yang selak tadi tertutup balik. Buatnya tangan tadi tembus pula tiba tiba pergi pegang langsir tadi. Entahlah jadi macam mana. Main dengan terkejut ni. Aku lari keluar. Pergi pintu depan. Abu tengah tunggu dengan ali.
Diorang masuk. Macam biasa. Duduk dekat sofa. Aku ambilkan air nescafe tin dalam peti. Basuh dulu penutup dia. Dan aku pergi letak dekat meja berdekatan sofa. Kalau minum air tin better basuh dulu yang atas tu. Kawan aku pernah kena kencing tikus. Diorang simpan air tu dalam stor. Kita tak tahu bersih ke idok. Jadi basuh dulu. Sebelum kena dan meninggal.
Abu: jadi macam mana ?
Aku ceritakan apa yang terjadi dekat abu dan ali..
Ali: benda lain yang masuk aku rasa. Sebab pendinding kau dah tak ada.
Aku: apa maksud kau pendinding aku ?
Ali: aku suka cara kerja kau. Tapi aku tak suka ada hal kau remeh temehkan dan ambil mudah macam ni. Kau terlalu ambil mudah dan biarkan orang lain handle. Aku tahu kau sibuk dengan kerja. Tapi dalam masa yang sama kau kena ambil tahu juga bila benda melihatkan diri kau.
Ali: dua ekor jin depan pintu dah tak ada. Budak kecil yang selalu ikut kau juga tak ada. Mungkin L dah suruh bomoh tu ambil balik.
Aku: wait wait.. Okay. Kalau dua ekor tu jaga rumah. Yang budak kecil ikut aku ni untuk apa ?
Ali: aku tak pasti yang tu. Mungkin untuk jaga kau.
Aku: kalau dia jaga aku. Kenapa aku masih kena kacau sebelum sebelum ni.
Ali: sebab itu aku cakap aku tak pasti. Lagipun dia Cuma jin. Semua yang terjadi dengan izin Allah.
Aku anggukkan kepala tanda mengerti.
Aku: okay..okay. Sorry kalau susahkan korang. So apa aku boleh buat sekarang ?
Ali: aku akan cuba cuba tengok. Kalau kau mau ?
Aku: yah please..
Ali: baik. Nanti apa apa aku beritahu kau. Aku sendiri belum pasti mampu ke tak.
Aku: yah itsokay buddy. Just do it. Thank you.
Ali: yah. Aku balik dulu. Abu boleh temankan kau kot.
Abu: okay okay li. Tak ada masalah. Balik elok elok.
Ali: okay. Jumpa nanti.
Aku: alright.
Selepas ali pulang. Kami masih di sofa. Aku sandarkan kepala di sofa. Aku sedar yang kedudukan sofa sedikit berubah. Begitu juga dengan yang lain. Seperti ada yang mengubahnya. Sengaja aku tak mahu ambil port tadi. Biarlah janji cantik. Tiba tiba abu bersuara. Tapi bukan berborak dengan aku.
“ andai terjadi mana lagi tempat ku..nak aku pahutkan mimpi sediakala..menunaikan janjiku, pada diri sendiri..untuk memiliki cinta dulu..asalnya aku yang punya..” Abu bernyanyi..
Aku: I will literally pay you cash to stop singing.
Abu: ah kau. Nak rilek rilek pun tak boleh.
Aku: sedap tak kalut. Kennot go kau. Better diam.
Abu: jujurnya kau…
Aku: haha..
Abu: haha.. Ni aku dah simpan benda ni lama. Aku nak Tanya.. Boleh ?
Aku: apa benda ?
Abu: aku nak tanya. Kau jampi apa dengan boss. Bila kau cadangkan something. Terus dia on je.
Aku: hahaha.. Kau nak tahu ke ? Banyak aku hembus dekat dia. Cerita dia macam ni. Satu hari tu. Aku ke office boss. Aku masuk. Masa tu kitaorang bersembang. Aku ceritakan masa aku dulu dulu. Dulu aku ada kerja satu tempat ni. Lepas habis SPM. Boss dia macam cilaka. Satu hari tu.
Aku sorang je datang kerja. Aku tak tahu macam mana boleh jadi macam tu. Jadi aku dah datang kerja. Aku kerja macam biasalah. Lepas tu. Boss aku panggil. Dia cakap. Dia nak aku siapkan barang ni. Petang ni juga. Petang nanti orang nak ambil. Dia suruh aku siapkan sorang. Benda tu mana boleh siapkan sorang. Memang tak sempat punya. Tapi dia boleh cakap “ jangan kasi alasanlah.
Aku: Cepat buat. Aku bayar kau gaji untuk kerja”. Aku cakap “okay”. Aku pun buatlah. Aku buat sambil lewa jah. Sampai tengah hari. Aku ambil barang aku. Aku pergi makan. Lepas tu aku pergi cyber café. Lepak main game. Sejuk pun sejuk ada aircond. Phone aku silent. Petang tu aku saja lalu depan bangunan dia. Aku nampak dia dekat luar. Macam kena marah dengan orang yang nak ambil barang petang tu. Aku picit hon motor aku sambil angkat tangan. Masa tu dia tengah pegang air kotak. Dia balik ke arah aku. Tak kena. Jauh sikit. Terus aku joget. Aku angkat punggung aku. Goyangkan kiri ke Kanan. Atas ke bawah. Aku memang tengah ketawa berdekah dah waktu ni. Aku pekerja dia. Bukan kuli. Hidup nak harap orang saja.
Aku: Kena ajar macam tu. Cuba kalau dia datang buat sekali dengan aku. Benda tak jadi macam tu. Tapi tak. Dia ego. Dia fikir dia boss. Boss mana boleh buat kerja. Suka suki dia saja boleh buat apa apa. Lepas kejadian tu. Dalam setahun.. Kedai dia tutup. Haha. Barang yang nak ambil petang tu. Barang customer tetap dia. Kalau tak ada customer tu memang dia kacau sikitlah. Last sekali, itu makan dia. Baru dia tahu gua sapa. Gua lagi jahat dari itu tora tora haha..(abu turut ketawa) nak pula zaman nakal budak mentah lagi haha makanlah puas puas. Kau tengok team bola. Satu team bermain tanpa kapten.
Aku: Permainan masih lagi boleh bergerak. Tapi cuba kapten sorang saja yang main. Maknanya boss yang tak ada pekerja. Rosak permainan malam tu. Kapten tu gantung but terus. Rosak juga kilang yang hanya punya boss. Kapten sebagai pemandu saja. Sebagai ketua untuk mengawal. Pemain lain semua penting. Makna kata. Boss dan pekerja semua penting semuanya perlu bekerjasama. Jangan remeh temehkan sesiapa. Even dia orang bawahan. Kau kes tu. Budak lepasan sekolah bankrupkan sebuah business. Haha apa ada hal. Tapi bulan tu tak kemanalah aku.
Masa tu aku belum ambil gaji haha. Tapi tak kisahlah. Aku jenis yang tak kisah sangat pasal gaji. Tinggi or sikit. Tapi bila dah rasa hormat dekat aku dah tak ada. Aku blah. Simple.
Abu: panjang panjang kau cerita. Apa kena mengena dengan soalan aku.
Aku: haha aku ceritakan benda tu. Supaya boss kita tak jadi macam boss yang cilaka. Semua orang berhak bagi cadangan. Aku nak cakap yang semua orang dalam unit. Semuanya penting. Jadi kalau cadangan aku okay. Dia terimalah. Kau aje yang tak ada kasi cadangan. Cuba bagi. Mesti dia terima dah kalau okay.
Sapa sapa yang boss or berpangkat sikit dekat luar sana. Janganlah jadi boss yang cilaka. Kapten tak boleh main sorang. Tapi pemain lain boleh bermain tanpa kapten. Ingat! Kalau ada boss yang cilaka. Kasi dia baca. Haha. Tapi jangan risau kalau anda bosan dengan pekerjaan sekarang. Boss selalu marah marah ? Gaji tak naik naik ? Mahukan peluang menjana PASSIVE INCOME sampingan yang senang tapi lumayan ? Sertai kami. Peluang pendapatan sehingga RM500 hingga RM5000 sehari. Dan boleh mencecah 6 angka sebulan tanpa bekerja keras. Tak payah cari orang. Tak payah jual barang. Tak payah keluarkan modal. Tak payah simpan stock. Tak payah menaja. Dan tak payah mimpilah untuk dapat semua tu dah kalau semuanya MALAS. Better jangan hidup.
Malam esok. Selepas hantar PI. Aku nak balik rumah. Tiba ada sorang perempuan tahan. Dia naik teksi.
Aku: nak kemana cik ?
Tapi dia bagi Bahasa isyarat yang aku tak faham.. Dia bisu.
Aku: sorry. Saya tak faham.. Maaf. Saya ada kertas dan pen. Boleh awak tulis ?
Dia keluarkan phone dari dalam beg. Menaip sesuatu. Alamat rumah.
Aku: okay.
Dalam perjalanan. Tiba tiba dia menanggis.. Aku dah rasa lain. Kenapa tiba tiba menanggis. Aku biarkan dulu. Tapi lamalah pula dia menanggis. Tersedu sedan.
Aku: kenapa menanggis ?
Dia diam..dan hanya mengelengkan kepala. Sekali lagi aku bertanya selepas lima minit. Dia masih lagi menanggis.
Aku: kenapa cik menanggis ? Cik boleh ceritakan dekat saya.
Dia menaip sesuatu di phone.
“ bukan urusan awak “
Aku diam..nak kata apa. Dah orang cakap macam gitu. Tapi dia masih lagi menanggis. Aku sendiri tak selesa.
Aku: jangan menanggis hari ini. Untuk luka semalam.
“ awak tak tahu apa apa “
Aku: saya tak tahu apa apa. Sebab cik tak ceritakan. Cuba cik ceritakan..jangan simpan racun dalam hati. Nanti diri sendiri yang sakit.
Dia diam…dan tak lama kemudian. Lama dia menaip. Dia ceritakan segalanya. Dia baru putus tunang. Aku diam ajelah. Masih blur untuk berkata kata. Kesian tengok. Tapi tak lama lepas tu aku dah ada idea nak cakap.
Aku: susah tak jadi bisu ? Maaf kalau soalan saya menyinggung perasaan cik.
“susah, kadang terasa hina bila orang lain pandang hina dengan diri saya. Tertanya Tanya kadang, kenapa tuhan jadikan saya macam ni”
Aku: itukan ujian.
“ yalah..ujian. Tapi kenapa macam banyak sangat ujian hidup saya. Terlalu berat rasanya”
Aku: bila ujian datang. Anggaplah macam cik tengah bayar sesuatu secara ansuran.
“kenapa cakap macam tu ?”
Aku: sebab syurga bukan percuma. Itulah harga dia.
Dia diam..
Aku: lagi satu.. Orang yang selalu kena uji ni orang baik baik. Orang yang nak berubah ke arah kebaikan pun selalu kena uji. Jadi bila selalu kena uji. Kita orang yang baik baik. Kot.
Aku: oh ya dan lagi satu. Cik tak perlu rasa hina. Ada manusia yang cukup semua pun lebih hina dari cik. Ea cik tak boleh bercakap. Tapi sekurang kurangnya cik terhindar dari dosa mengumpat.
Susah nak jaga mulut ni. At least cik tak pernah mengumpat. Satu benda yang perlu dibanggakan. Bukan senang tau. Pasal putus harapan tu lek lek ah. Saya dulu pun pernah putus cinta. Sampai satu tahap saya tak tahu nak buat apa. Kitaorang dah plan macam macam. Saya kerja siang malam. Buat dua tiga kerja. Nak kumpul duit.
Aku: Last putus. Malam tu saya bawa motor laju laju. Tapi tak ada arah. Akhirnya saya berhenti di satu kawasan lapang. Apa yang saya buat masa tu. Hanyalah pandang ke atas. Langit yang penuh dengan cahaya. Saya meraung. Tapi langit tak mendengar. Saya merayu. Tapi awan tak bersimpati. Saya menanggis. Tapi bulan tak melihat. Akhirnya saya sadar. Yang hidup ni tak boleh berharap dekat makhluk. Tapi ada hikmah setiap benda yang terjadi. Lepas saya putus dengan dia. Saya jadi saya yang sekarang.. Kalau kawan and kawin. Maybe kerja tak menentu lagi.
“ bawa teksi ?”
Aku: eh.. Ha’a ya.. Sekurangnya tetaplah kerja ni. Dari dulu kejap itu kejap ini.
Aku lupa yang sekarang tengah bawa teksi. Tapi apahal dengan bawa teksi ? Kerja juga. Perempuan ni memilih ke apa haa ?
Dia diam. Aku pasangkan mp3. Lagu medina juga. Pasal hijab. Mana tahu terbuka hati dia nak berhijab. Aku tak pandang orang yang tak berhijab ni jahat. Tudung tak memberi apa apa maksud. Bukan penentu dia jahat or baik. Apa tak ada 3gp bertudung. Perangai tak elok tapi bertudung. Bertudung tapi gaduh tengah jalan macam dirasuk syaitan. Samalah juga polis. Bukan jadi polis. Orang itu baik. Tak. Polis pun ada jahat. Ada je polis yang mencuri. Pergi rush club. Ambil phone customer club yang tinggal atas meja.
Perempuan. Pakai tudung lagi. Sangat memalukan nama baik polis. Bila jadi macam ni. Jangan salahkan polis. Semuanya individu itu sendiri. Bukan bangsa. Bukan agama. Sebenarnya semua bermula dari hati. Jika kita hijabkan hati dari kejahatan. Pasti akan datang kebaikan. Bila dah baik. Pasti tahu mana baik mana buruk, nescaya akan berhijab lepas tu. Sesungguhnya hijab itu satu kehormatan buat kaum wanita. Setiap peluh yang jatuh kerana berhijab kerana Allah. Pasti ada ganjarannya. “ aku selalu bawa mancis kemana mana sahaja. Setiap kali aku nak berbuat dosa. Aku nyalakan mancis dan aku pegang apinya. Dan aku kata pada diri sendiri. “ ali..api mancis pun kau dah tak tahan. Apatah lagi neraka”. –Mohamad Ali. Berubahlah dari sekarang. Zaman sekarang banyak yang malu malu nak buat baik.
Tapi bangga bila buat dosa. Melanggar perintah tuhan bukanlah bermaksud kamu kuat hingga mampu melawan tuhan. Sebenarnya kamu seorang yang lemah. Tak mampu melawan godaan syaitan. Jangan salah faham dengan diri sendiri. Terlalu ramai yang bangga dengan membuat dosa sekarang. Maaf kalau ada yang tak suka. Saya Cuma bercakap. Masing masing ada hak masing masingkan ? Jadi ikutlah diri sendiri..semua ada hak untuk pilih syurga atau neraka. Berhijab tak bermaksud dia akan ke syurga.
Tapi sekurang kurangnya dia cuba untuk ke syurga. Sama sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Tapi janganlah pakai tudung yang ciketot tu. Sampai nampak dada. Perbetulkan balik apa yang terbalik. Faham. Kalau pakai labuh. Mana nak nampak perhiasan. Kenapa islam menghalalkan subang dan rantai buat kaum wanita tapi mewajibkan wanita itu berhijab ? Jadi sapa yang nak nampak barang perhiasan tu ? Semua dah betul dah.kita yang terbalik. Islam suruh berhias untuk suami. Bukan orang luar. Dengan suami tak ada aurat.
Tiba tiba masuk jalan sebelah kubur. Kiri kanan kubur. Jalan kampung. Terasa panjang pula kubur kali ni. Terasa seram sejuk pula leher. Jadi aku cuba untuk bercakap something untuk hilangkan rasa tu..
Aku: kadang kita tak sedar yang kita sering buat salah dalam hidup ni. Kita selalu minta peluang dari orang. Tapi tak pernah beri peluang buat diri sendiri.
“ maksud ? “
Aku: kita yang sebenarnya patut beri peluang dekat diri. Kalau dia tak bagi peluang untuk kita hidup dengan dia. Kita bagi peluang dekat diri sendiri untuk hidup orang lain yang mungkin lebih bagus dari dia. Ataupun kita bagi peluang untuk diri kita move on dari dia. Bagi peluang dekat diri sendiri untuk bahagia dengan cara yang lain.
“ awak seorang yang kuat ? “
Aku: yah..of course. ( aku pandai cakap saja. Aku sendiri pun tak buat)
Akhirnya sampai di rumah dia. Sebelum dia keluar dia ada taip sesuatu lagi dekat phone.
“ terima kasih. Saya pun kuat macam awak. Nak keluar jangan takut. Lalu dekat kubur dah tak ada yang menemani *emotik gelak. Selamat malam”.
Aku hanya senyum dan balas “ ya goodnoitt”. Dia pegang tombol nak buka pintu kereta.
Aku: hey..cik layak untuk bahagia. You deserve to live a life you’re excited about. Don’t let others make you forget that. Jangan pernah biarkan orang lain buat cik merasa yang cik tak layak untuk sesuatu yang cik inginkan. Never. Okay ?
Dia anggukan kepala dengan senyuman manis lalu keluar dari teksi. Hmm semoga kau mengerti. Tak semua cinta bersatu.
“ im gonna take you by surprise and make you realize Amanda…im gonna tell you right away.. I can’t wait another day Amanda..im gonna say it like a men and make you understand..amanda.. I love you..” Lagu ni tiba tiba keluar dari mp3. Aku terlupa nak padam. Terus aku tutup mp3. Phone pula berdering.
PI: esok awak tak perlu lagi ambil saya. Saya sakit dah tak tahan. Kawan awak suruh saya pergi.
Dia halau saya. Awak takkan nampak saya lagi selamanya..saya akan pergi buat selama lamanya. Dunia terlalu kejam buat saya.
Aku: hey.. What are you talking about ? Slyvia ? Slyvia…slyvia..talk to me..hey.
Talian diputuskan. Aku cuba call. Tapi number tak wujud. Aku lajukan teksi menuju ke rumah PI. Sampai di rumah PI. Aku keluar. Pagar berkunci. Aku goncangkan pagar. Bunyi bising.
Aku: slyvia… slyvia. You hear me ? Hey.. * aku dah nak panjat pagar..tiba tiba..
Lampu rumah jiran sebelah terbuka dan keluar seorang pakcik.
Pakcik: kenapa kamu ni nak ?
Aku: ada orang nak bunuh diri dalam rumah ni pakcik…tolong saya.
Pakcik: astafirrulah..nak.. Sini nak..
Aku: pakcik dah kenapa ? Orang nak bunuh diri. Pakcik boleh panggil saya ke situ pula. Hey slyvia…
Pakcik: orang yang kamu cakap tu mungkin dah mati dua tahun lepas. Cuba celik mata. Tengok rumah tu. Macam berpenghuni ke nak ?
Aku baru tersedar lepas mendengar kata kata pakcik. Rumah usang. Penuh dengan lalang. Bersawang di dinding. Pagar yang aku pegang ni ada pokok yang menjalar. Aku lepaskan tangan dari pagar tu. Terundur ke belakang sedikit langkah aku. Terduduk di atas bonet depan teksi. Aku sapukan muka aku berkali kali..
Aku: kenapa dia mati pakcik ?
Pakcik: bunuh diri. Sebab kecewa agaknya. Dulu dia ada kekasih. Tapi sering bergaduh. Kekasih dia kaki botol. Pakcik selalu nampak muka dia lebam lebam. Mungkin kena pukul. Jadi bila dia bunuh diri. Pakcik syak dia nak mati sebab kecewa dengan hidup. Macam mana kamu boleh ada sini nak ?
Aku: panjang cerita dia pakcik. Maaflah menganggu pakcik malam malam.
Pakcik: pendekkan..tak apa. Sejak dua menjak ni selalu pakcik dengar bunyi orang menjerit dalam rumah ni. Tapi pakcik abaikan ajelah. Bukan dia kacau rumah pakcik pun.
Aku ceritakan macam mana aku boleh kenal dengan PI dekat pakcik tu. Dia kata dulu memang malam malam dia akan balik kerja dengan teksi. Aku pun iyakan saja. Aku sendiri tak faham apa kena mengena dengan aku. Aku naik teksi. Aku nak balik rumah. Dalam perjalanan balik rumah. Aku teringat satu peristiwa. Aku dengan abu dalam perjalanan balik office. Tiba tiba kami nampak seorang lelaki cina berdiri atas penghadang jalan. Atas jambatan. Abu terus berhentikan kereta. Abu keluar cuba untuk mendekati lelaki tersebut. Tapi dia patah balik buka pintu kereta.
Abu: aku tak boleh. Kau pergilah..
Aku keluar dari kereta..berjalan pelan pelan cuba mendekati..
Lelaki Cina ( LC )
LC: jangan datang dekat..
Aku: okay okay..rokok ?
LC: wa tak hisap rokok.
Aku: okay okay.. Rilek.
Aku berjalan ke tepi. Menghampiri penghadang jalan. Aku tengok bawah. Tinggi juga. Boleh pecah kepala ni. Aku pusing tengok abu.
Aku: wiu wiu wiu wiu
Abu yang mengerti dengan Bahasa isyarat aku terus masuk ke dalam kereta ambil talkie. Aku suruh dia minta bantuan bomba.
Aku nyalakan rokok. Letak tangan atas penghadang jalan. Sambil melihat ke depan. Aku bercakap dengan lelaki cina tadi..
Aku: u nama apa ?
LC: ah liew.
Aku: owh..
Abu keluar dari kereta. Aku pusing tengok dia lepas aku dengar bunyi pintu kereta di buka. Dia anggukan kepala tanda sudah minta bantuan. Tiba tiba ada sebiji kereta berhenti. Aku keluarkan ID.
Abu: police business. Please..
Kereta tadi hidupkan kembali enjin dan berlalu pergi. Bukan tak nak bagi kau ada sekali. Tapi benda macam ni. Lagi sikit lagi baik. Sebab tu aku tak keluar masa abu keluar mula mula tadi. Benda yang perlukan ketenangan. Cuba bayang kalau ramai ? Tak boleh jadi.
LC: lu polis ?
Aku: yah..kita tembak orang punya kerja. Sudah banyak mati. Wa rasa itu orang yang sudah mati. Semuanya mahu hidup balik. Sayang meh. Sudah ada dalam tanah. Macam mana mau hidup balik. Apa pasai lu mau mati ?
LC: wa suda takla duit.
Aku: itu saja ka ?
LC: tadi lu cakap. Lu bunuh orang. Lu sendiri takla takut mati ka ?
Aku: takutlah..wa tak mau mati owh..
LC: apa pasai tak mau mati ?
Aku: mati kena pakai duit. Wa takla duit. Lu pun takla duit. Jangan mati lah.. Lu orang cina. Lagi banyak mau pakai duit kalau mati.
LC: lu cakap lu tak mau mati. Apa pasai hisap rokok ?
Aku: apa pasai lu takla hisap rokok ?
LC: bahaya. Boleh mati cepat.
Aku ketawa kecil “ haha “
LC: apa pasai lu ketawa ? *nada marah
Aku: okay okay..dulu wa ada kawan..takla hisap rokok punya orang. Tapi satu hari. Dia stress.
Dia hisap rokok. Wa ada cakap. Jangan hisap rokok lu mau mati cepat ka?. Dia cakap sama wa. Itu mati tuhan punya kerja. Bukan rokok. Satu hari kita ada operasi. Dia punya telinga terkena peluru. Tergesel sajalah. Ini bawah telinga punya..jadi dia tunduk..wa nampak dia punya mata banyak takut. Wa pegang dia punya bahu. Wa cakap sama dia.
Aku: Ini peluru *aku keluarkan mag dari glock tunjuk dekat LC. Ini peluru tak boleh bikin mati punya. Itu mati tuhan punya kerja. Lepas kejadian tu. Dia suda takla hisap rokok. Dia pun takut mati. Semua takut mati. Lu takla hisap rokok. Itu sudah cukup bagus. Jadi jangan matilah sekarang.
LC: lu hisap rokok. Apa pasai takla kasi orang lain hisap rokok ?
Aku: wa sudah hisap. Mau bikin macam mana lagi ? Wa Cuma tak mau orang lain yang belum hisap, hisap rokok. Ini semua sia sia saja. Rugi duit pun rugi maa..
Budak budak yang belum hisap rokok. Janganlah hisap. Tak ada apa pun. Tak payah nak acah acah gangster nampak macam macho depan perempuan. Perempuan tak suka pun lelaki hisap rokok. Budak budak hisap rokok nak nampak macho kasi perempuan suka padahal perempuan tak suka lelaki hisap rokok. Bodohnya..mak ayah tolong pantau anak anak anda. Kalau orang lain tegur pun susah. Melawan balik diorang. Budak budak sekarang.. Those type of kids that they really thing they know about the meaning of life.
Aku: sudahlahh.. Sini turun..Wa tau lu takut mati. Im pretty sure lah.
LC: macam mana lu tau ? Ini hari wa tak takut punya
Aku: alright come on.. Terjunlah..*dengan muka tenang aku cabar dia. Tapi hati aku masa tu berombak tsunami putting beliung semua ada. Kalau dia terjun mati aku. Tapi aku buat bersebab. Hanya pyscho yang tahu untuk bermain dengan minda orang.
Dia tengok bawah.. Sambil pejam mata rapat rapat..lepas tu dia geleng kepala tengok aku balik.
Aku: sini turunlah..talka duit jangan matilah. Kita pergi makan.
Aku berjalan pelan pelan mendekati dia. Aku hulurkan tangan. Alhamdulilah tangan aku disambut. Aku Tarik dia turun. Berjalan menuju ke kereta. Abu masuk dulu dalam kereta. Ambil talkie. Mungkin hubungi pusat kawalan untuk batalkan bantuan bomba tadi. Kami masuk dalam kereta.
Aku: lu jalan kaki ka ?
LC: ya..
Aku: wa lapar..kita pergi makan. Dia belanja.
Abu buat muka dekat aku..
Aku: oh don’t give me that face please…
LC: hahaha..
Aku: haha..dia banyak baik punya orang. Ey lu ada kawan ah moi ka ? Lu punya anak ka apa ka ? Wa suka ah moi. Tiap hari ada sembahyang punya. Minta kawin sama ah moil u tak ka.
LC: itu sembahyang sia sia punya.
Aku: apa pasai ?
LC: lu duit pun takla..lagi mau ah moi kah ?
Aku terdiam sejenak..dan hahaha ketawa terbahak bahak. Semua ketawa. Hahahaha Riuh kereta tu. Tak apalah tak boleh ah moi. Cari yang sabah Sarawak macam ah moi juga haha. Kitaorang pergi makan. Makan aku bayar. Melawak ja dengan abu. Orang baik dengan kita. Kita jangan ambil kesempatan. Dosa. Kata kata yang sentiasa tergiang giang di telinga bila aku cuba terniat untuk mengambil kesempatan dalam kesulitan.
Bukan nak cakap aku baik. Cuma nak cakap tak baik ambil kesempatan. Lepas makan kita..pergi bank kejap. Abu nak keluarkan duit dan yah hantar dia balik. Abu hulurkan sekeping 50 dekat LC. Kan aku cakap. Abu pemurah. Aku kasi nasihat sikit untuk cari kerja dan teruskan hidup. Lepas tu abu tinggalkan number phone kalau ada masalah apa apa or nak pakai duit dulu ke apa ke call. And then kitaorang balik office.
Satu persatu babak aku teringat semula. Seperti sedang menonton movie. Perasaan gembira dapat selamatkan nyawa orang. Aku sampai dekat tempat parking kereta. Masih lagi dalam kereta..aku keluar kereta. Masuk dalam kereta proton saga. Aku hidupkan enjin. Aku decide nak balik rumah aku. Aku rasa macam kennot go malam ni nak tidur situ. Balik ajalah.
Bolehlah ambil stock stokin. Hari tu beli satu je stokin. Dalam perjalanan pulang. Perut terasa lapar. Nak balik rumah aku. Ada 7E dekat situ. Jadi aku singgah dulu. Beli meggi cup dua. Air tin satu. Aku keluar masa sampai dekat kereta. Phone berdering..aku simpan barang dalam kereta. Air saja aku tinggalkan atas bonet depan. Masukkan straw dan minum baru angkat call sambil duduk atas bonet depan.
Aku: hello ali..
Ali: assalammualaikum..
Aku: ergh waalaikumussalam.. Kenapa li ?
Ali: alhamdulilah..in shaa Allah lepas ni semua akan kembali seperti biasa. Dah tak ada apa apa yang perlu di risaukan lagi..
Aku: owh thank ali..but please..explain..
Ali: ada jin perempuan yang suka dekat kau. Dia menyerupai seorang perempuan india..dia cakap dia selalu jumpa kau.
Aku: slyvia..
Ali: apa ?
Aku: tak ada apa li. Teruskan..
Ali: dia yang selalu kacau kacau kau. Segala apa yang terjadi. Dia lah punca. Dia akan mengamuk bila kau tak jumpa dia.( bila aku tak pergi jemput dia) sebab tu kau akan kena kacau dengan teruk. Bila kau jumpa dia. Dia kacau juga. Tapi bagi kita itu kacau. Tapi bagi dia. Benda tu macam dia gurau gurau dengan kau lah.. Tak ada apalah. Semua dah okay.
Aku: okay ali.. Thank. Really appreciate that. Thank thank..
Ali: terima kasih dekat ustaz. Aku minta tolong dia.
Aku: lahh.. Haha aku kalau boleh tak nak kacau dia. Okaylah nanti aku ucap terima kasih dekat dia. Terima kasih dekat kau juga. Eh nanti..ali. Aku ada nampak susuk tubuh perempuan tergantung. Yang itu benda apa ali ?
Ali: eh tak tahu pula. Tak ada kena mengena dengan perempuan india tu pun. Kau ada nampak lagi ke ?
Aku: tak tak..semua okay. Aku Cuma nak kepastian. Dah kau tak tahu tak apalah. Lagipun aku dah tak nampak dah pun. K li terima kasih.
Ali: ya..ustaz cakap kalau ada masalah. Jumpa dia. Jangan segan segan.
Aku: haha tengok dulu..
Ali: ingat pesan aku satu ni. Jangan ambil mudah dalam setiap perkara.
Aku: k li. Assalammualaikum..
Nak masuk dalam kereta aku teringat. Sekarang bukan lagi duduk sorang. Ada pasangan. Aku masuk balik dalam 7E. Beli benda makan lagi. Malam ni kasi dia special sikit.
Cashier 7E: letak sekali ke ?
Aku: yah..boh aje sekali. Takpa.
Balik rumah. Aku buka pintu slow slow. Tak nak kejutkan dia takut terbangun pula kalau dia dah tidur. Aku letakkan makanan atas meja. Lepas tu baring atas sofa. Tiba tiba ada benda berbulu lompat atas dada aku. “meow..moewww……meowww…”
Aku: eh tobi.. Alaa terjaga ke ? Sorry..sorry eh papa tak sengaja. Sini sini meh makan.
Aku pergi letak makan kasi dia. Aku nak masuk tidur. Tiba tiba teringat yang aku tak solat lagi.
Aku selalu cakap “nanti nanti aku solat”. Seolah olah aku tahu tarikh mati aku. Hmm. Dulu ada satu kisah pendek yang tak berapa popular. Ada seorang budak ni update status dia. “ muda lagi. Buat jahat dulu. Enjoy enjoy apa semua. Nanti tua bertaubatlah.” Lepas tu dia dah tak update lagi status dia. Itu status terakhir selamanya. Tak sempat taubat. Siap solat.
Aku malas nak masuk bilik. Panaskan air. Masak meggi tadi. Duduk dekat sofa. Siap makan. Aku baring atas sofa. Sambil hisap rokok. Tobi datang duduk dekat badan aku. Aku ambil phone. Kunci jam awal sikit. Esok nak balik rumah sana awal pagi. Letak phone atas meja. Aku nak tidur. Em malam ni tidur tak payah buka lagu. Tobi dah beryanyi lagu yang tidak berjudul. “meow meow meow meow” entah apa dibeleternya. Rindu mungkin. Em tidur peluk tobi. Pasangan hidupkan ? Biarlah kucing pun.
Janji hidup haha. Tiba tiba pagi tu pukul 03:00 terjaga. Sebab lapar. Aku gagahkan jua bangun..dengan mata yang masih lagi kabur. Buka peti sejuk ambil susu dalam kotak tu. Keluarkan. Ambil mangkuk. Tadi masa aku masuk kali kedua. Aku ada ambil coco crunch sekali. Alang alang lalu. Aku rabalah dalam plastic tadi. Buka..tuang dalam mangkuk..tuang susu.. Ngam ngamm.. Eh..aku berenti mengunyah.. Sekali lagi ngam.. Aku gosokkan mata biar segar..muka mata..coco crunch aku berbentuk ikan kecil kecil pelbagai warna..lari aku ke sinki..
Puihhhh…werkk.. Werkkk…tuihh.. Aku kumur sepuas puasnya.. Tuang semua benda dalam mangkuk tadi. Minum susu. Pergi sambung tidur. Kalau letak asing asing tadi tak jadi macam ni.
Takpun kalau aku buang terus dedua makanan kucing tadi dari plastic tak jadi macam ni. Kalau tak mamai tadi mesti aku tahu yang coco crunch ada kotak dulu sebelum plastic. Tapi main dengan kalau ni. Babi pun boleh terbang. Benda dah jadi tak perlu nak kalau kalau lagi. Redha itu bahagia haha. Hati hati naik tangga. Hati bila bangun pagi nak makan.
HABIS DAH AKU BELETER. SEKIAN
Selamat menyambut bulan ramadhan semua. Pembaca, pengkritik, pengomen dan admin yang di kasihi haha. Maaf lambat. Banyak layan movie bila ada masa. Jadi nak menulis jadi lemau. Eh bulan ramadhan ni bulan perubahan. Sama sama kita berubah ea. Yang ada peluang tu ambillah. Jangan sia kan. Macam kami. Kadang rasa sayu sendu je. bila malam malam lalu tepi masjid. Dengar imam tengah baca surah masa solat terawih. Ada peluang ambil. Kita tak pernah tak tahu berapa lama lagi kita punya masa. Bukan paksa. Just cakap. Tak perlu paksa orang bukan ? Masing masing ada pilihan. Pilihlah..nak masuk clubbing yang kena bayar atau nak ke masjid yang free.
TERIMA KASIH ADMIN. EDITOR. OH YAH. TERIMA KASIH JUGA YANG BUATKAN APP TU. BARU PERASAN LEPAS BACA KOMEN. TERIMA KASIH EA BRO.
Eh dah ler. Dah malap ni haa. Tinggal lup saja dah. GOODNOITT….AND GOOD MORNING BE SAFE. SAYONARA. SELAMAT HARI RAYA juga. Nak dekat dah kan. Nak tunggu cerita lain entah bila lagi. SELAMAT HARI RAYA ea semua. Tersalah cakap, typo, ada yang tak suka apa apa ke. MAAFLAH EA.
-Mac Amin.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Thank min.
https://sayat.me/capitainemacamin
Thank admin.
https://sayat.me/capitainemacamin
Sejam aku baca ceritha hang ni… Panjang nak mampoih….. Pueh ahhh…….x payah sambung2…..
?
Isap gam ke bro? Sedap punya tarik
gam hingus
gigih aku baca weiii.. memang sejam dan terbaikkkk. Tq mac amin.
Welcome shrekgreen
Tak pernah menghampakan. Banyak kata2 nasihat. Insaf jap bila baca part2 nasihat tu. ????
Penat tulis. Insaf jap jap aje? Huhu haha
Kenapa sebut nama i ni?
Comel nama mia ?
x habis baca… penatla….
Terbaik!!!
Boek brah
tedia hang… sejam aku baca. hahaha. syok2
Baek! Bro
belum habis baca. lepas zohor sambung balik
Salam. Mac, 3 jam aku baca sambil buat kerja. Dari jam 10 tadi aku baca. Banyak info & ilmu yang aku dapat. Cerita ni memang terbaik. Serius terbaik. Kirim salam kat Abu. Tanpa polis memang rosak & pincanglah masyarakat. Terima kasih Mac. Selamat Hari Raya Adilfitri buat Detektif D9 MacAmin dan semua polis di seluruh Malaysia.
Respek Respek Respek
#DetektifD9 #MacAmin
betul laa tuu . aku start baca pukul 10 , pukul 3 baru abes baca .
buntang2 mata aku tahan ngantok nk baca cerita dia . pehhh .
Selamat hari raya juak ??
Assalammualaikum Mac..Thanks sebab buat separuh hari isnin saya langsung tak terasa…kalau x sik tengok jam ja…hahahaha..Selamat Berpuasa,Selamat Hari Raya n Selamat Berubah…kim salam,peluk cium kat orang rumah, Tobi.
Waalaikumussalam ? mana satu tu? ” x” ka ” sik “. Pening kmk tok! Selamat hari raya juak.
Serius laa aku menyesal baca time siang . nii kalau makan popcorn , mash potato ke ngamm dah . siap ada milo panas . mmg cun .
Btw, cerita kau tak pnh menghampakan . cerita kau yg aku tunggu . kau hebatlah .
Pastu , tobi jantan ke betina ? bole kenen kenen dgn anak aku .
tak dpt jd bini kau, jadi besan pon okay . ahahhaha .
Selamat hari raya Mac Amin 😉
Betina lah.. Taknak aku. Nnti aku kena jaga. Kucing jantan tak bertanggung jawab. Sedap dia. Aku susah nk jaga cucu cait. Haha selamat hari raya. Moga hari raya anda ceria selalu ?
sampai abes aku baca(panjang beno)..hahaha..siap stop p bank dlu..blik bank smbung balik..hahahaha..kelakar btol..
Hahaha ???
Mmg terbaik mac amin.. puas baca n tak pnh menghampakan.. banyak peringatan dikongsi utk kita sama2 amik pengajaran.. walaupun lama baca tp puas ??..
Guna dengan Sebaik Mungkin. Sia sia dapat tapi tak guna. Benda free kadang lebih berharga. Tapi Manusia selalu lupa utk ingat dan menghargainya ?
belum habis baca. Day 2
Biar lambat dari mengalah tengah jalan
Akhirnya tak dapat apa apa benda berguna. Garang dp ??
best! penuh dengan pengisian..
i loikes.
thanks 4 d story bro.
Kasih diterima. Thank sudi baca ?
banyak merapu..
Cerita dia dari kajang nak ke bangi je sebenarnya.Tapi pusing kona sampai rembau, pilah, turun gombak, naik balik nilai, masuk dengkil baru cross ke bangi.
Cakap English tu buat aku sedikit geli. Mmemang polis daily conversation pakai english ke?
Grammar pun tunggang terbalik.
Punchline dalam cerita ni pun cedok dari Facebook punya lawak.
Memang lah cerita ni best. Tapi banyak sampah dari bunganya.
Belajar ringkaskan sedikit
Lukis ke..Kann senang sikit.
moga spm awak cemerlang 🙂 banyakkan membaca buku, ulang kaji dan belajar. jangan baca cerita sampah huhu nanri bersampah pula kepala otak
diam la cibai
aku perati ja budak skolah ni sekor2 macam gampang
janganlah mencarut haha. dia ada kencing merata rata ka ? ka buang sampah suka hati pakcik cleaner haha
Ini hnya cerita…just enjoy the story..
memang terbaik..xpenah kecewakan aku..xrasa rugi masa aku abeskan baca 2 hari.
Semoga bermanfaat buat cik siti wan kembang ???
nice story *ibu jari* kihkih
Yang wujud hanya ibu jari.. Bapak nya tiada. Jadi bagaimana lahir jari jari yang lain? Hairan kan. Kadang terpikir juga ??
Eh seronoknya baca cite kau.. Macam dapat menyelami dunia detektif plak. Plak tu aku tengah berkawan ngan sorg perisik kat siam gak.. korang ni geng ke apa? Dahla dia pon bela kucing gak. Hehe. Tapi dia bukan keje ngan PDRM la..
Warganegara siam ke? SB thailand? Kawan buat apa? Bukan boleh kawin pun haha
Nasib dann habis baca.. sejammm wey.. dahh nak tengok andainya takdir pulak…
Drama sangat haha ??
satu soalan. siapa ‘Hitam’?
baca kisah ni http://fiksyenshasha.com/detektif-d9-cerita-dalam-cerita/
ada jawapan dekat sana. siapa hitam. byk lagi story. search ja dekat fb. detektif D9 fiksyen shasha. keluarlah semua
baca kisah kisah sebelum ni. nanti kenal sapa hitam
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
terbaikkk.. kim salam kt abu.. hehehe
walaupun cerita ni panjang.. puas membaca dengan segala nasihat dan teguran..
kippidap don gibab
Wsalam. Terima kasih terima teguran dan nasihat ?
penulis ni comel la, semua benda tak tau apa nama hahaha
tp ok laa tetap nk cite, terbaikk jenuh I baca smpi 3 hari okeyyy sbb mana nk buat keje mana nk sambung baca 😛
Mana tahu kata cumel? ??
sbb penulisan & cite yg dia nk cite laaa.. nak tgok depan2 mmg bila tahun entah. 😛
Dah lama tunggu next cite lps cite yg last ritu. Mmmg terbaik Bro Mac Amin, sy baca pun nk dkt 2jam sambil buat keje. Keep it up 🙂
#SHRMZB jgk utk semua warga PDRM.
Salute !
SHRMZB juga ?
Mac Amin! Selamat hari raya. Best cita awak! Selalu penulis creative dan baik macam ni mesti tak banyak cakap. Banyak memerhati pendiam sikit pemalu. Ye ke? Hahah.
Orang yang pandai menghayati penulisan dia je akan faham cerita dia.
Teruskan menulis dan inspire people.
Inshallah mari kita sama sama doakan hidup kita di permudahkan dan diberkati. Amin.
Diam diam berisi. Diam sambil perhati perangai dan karenah manusia huhu
Oh ya Selamat hari raya juga ?
Daripada lepas sahur aku baca cerita kau ni, sampai sekarang lepas berbuka baru habis Mac Amin oi hahahaha ?
Jadi bole imagine betapa lengguhnya jari jemari dan lenggan? Haha. Nasib orang baik. Kalau tak pegy pusat urut dh??
Aku tengok abu banyak spent time kat kau dr bini dia sendiri.
Nasib aku tak mengandung kan? Huhu.
Assalamualaikum Mac saya nk tanya hitam tu sapa bila saya baca komen awak kata baca kisah2 sebelum ni. Boleh bagi tajuk x?
https://www.facebook.com/search/top/?q=detektif%20d9%20fiksyen%20shasha
wasalam hany. cari ja dekat fb. taip ” detektif D9 fiksyen shasha” nanti keluarlah semua story.
https://www.facebook.com/search/top/?q=detektif%20d9%20fiksyen%20shasha
wslm hany. Cari dalam fb ja. Taip ” detektif D9 fiksyen shasha” nanti keluar semua story. Thank you baca
Wtf..abaikan byk² tu. Line lah buat kacau
makan masa dua hari jugak la nak abihkan cerita hang ni terbaekkkk..
☺
habis setengah balang maruku kak anje makan sambil baca citer mac.. mmg terbaek..
☺
masuk hari ni dah 3 kali repeat bace.. haha
SHRMZB mac..
SHRMZB
naik kerja tak buat apa nk habiskan citer ni.. tq Mac Amin.. ttb tersedar diri yg kita pon slalu tggl solat cam awak..sentap baca tp kita suka..selamat hari raya..tggu Mac Amin nyer cerita lg.. #cubatokberubah
selamat hari raya juga
Cerita kamu semua bagus tapi panjang banget sih. Bisa dibuat buku , konfem gue beli. Teruskan menulis! Ade yg menanti ahahaha ~_~
haha emangnya dari seberang atau cakap aja begituan. Haha mau dibuku. Dibuku 1000. Satu ribu aja dijual. Loo aja yang beli haha
panjang… tp best… semua ada, pahit, manis, masam ,masin…. complete…. salute la… aku amik sastra ni pun tak gigih nak menulis yg panjang & bagus gini… lps ni setiap doaku akan ku kenang jasa2 polis & semua org yg buat baik2…
thank
Tahniahhh. Tetiba tahniah. Trma kasih sbb bg story pnjg lebar ni. 3jam baca dr muar ke kL dh slmt smpai. Xpernah mengecewakan.
P/s: aku mtk izin ss ayat2 nasihat lg berhikmah mac amin buat ingatan. Senangg nk scroll bg sedar diri byk kali.
Yaa silakan
3 hari sy habiskn baca kisah ni.. oooo org Sarawak ka ktk ? sy ambil sume kata2 nasihat, kata2 hikmah awak , pastu post masuk IG sy, kwn2 tnya spe MA (MAC AMIN) tu .. hahahahahha .. org siney ktk ? miri? kmk nang suka baca cerita ktk .. kipidap buddy ! hahahaha
Sik. Kamek bukan urang srwk. Stay miri kah? Haha apa nama ig?
haha.. kenak? mauk follow ig kmk ka? tp nang syiok cita ktk.. kmk nunggu jak tiap hari
sik jumpa mek cari. acc nya private kah? Haha apa nama eh?
serius ktk cari ig kmk ? aduiinaa, mun ktk btl mauk cari.. pasti jumpa oo..iboh add org lain ok. malu kmk tok.. haha
takda update ke?
ada. Daa siap kemarin punya kemarin lagi kemarin. Lom ada masa mok recheck
ooo.. sik sabar kmk mauk baca.. lama kmk nunggu.. hahahahahahaha… eh apa ig ktk? mun jmpa blh add jd friend
Nak jadi abang ipar guwa x? Ke biras guwa? Sbb kakak guwa free. Adik ipar guwa pun ada yg free. PM tepi k Hahaha. Minat cite lu laa brader !
Hahahaha ?
89 komen? Ok jap lagi nak baca..solat isyak dulu
Dari mlm tadi baca pastu tido..pagi tadi sambung baca..lps zohor sambung..ni baru abis..huhuhu..apapun cita best..salam kat abu..
giler panjang setori.. malam karang aku sambung..haha
Kepada Mr MA, terima kasih sebab rajin garapkan cerita yg full of advice and motivational quotes. Keep up yr good work…Semoga awak sentiasa di berikan kesihatan n kelapangan untuk terus keep writing a good story…
Best best best best best serius best! Sambung lg kalau ada. ?
Hi Mr Mac, sebelum2 ni takde perasaan nak baca pon cerita kalau tajuk “Detektif-D9” haha nak croll je bapak panjang berjela2 ke bawah. Tapi disebabkan 1 hari terbaca tajuk “Detektif D9 – Surat Cinta Untuk Norfarahain” terus rasa nak baca apa benda la cerita detektif ni. sekali baca amik ko bapak panjang, gigih baca rupanya memang best cerita bro detektif. Dari cara penulisan nampaknya detektif memang orang yang kesunyian hahaha(sorry le tergelak). Nice story, hope cepat2 sambung next story. Disebabkan dah terseronok baca maka terpaksa search la cerita yang lepas. Dah takde nak baca cerita lain dekat fiksyen shasha hahaha.Sedap ke makanan kucing tu?
👍
panjang giler ceritanya…aku ingat da de teman hati tadi…rupenye kucing..haahha
Panjangnya…tapi sarat dengan pengalaman dan pengajaran.Ambik masa 3 hari untuk habiskan sebab malam2 je ada masa untuk baca.Terima kasih ya.Teringin pulak nak kenal dengan tuan punya cerita ni hehehe..
serius best namatey!👍👍👍 bapak terbaek ah!!! keep sharing setori bro! banyak yg km blajar dr essay ko ni bro