Detektif D9 (TIDAK BERJUDUL II)

Kalau tengah kerja. Janganlah baca lagi. tunggu masa rehat atau lepas balik okay. Di bayar gaji untuk bekerja. Jadi kena amanahlah. Kadang rasa gaji tak cukuplah itu inilah. Padahal kita sendiri kerja tak betul. Mana datangnya berkat. Bukan apa. Takut juga aku. mana tahu kalau ada kongsi pula dosa sekali bila awak baca cerita ni masa kerja. Dosa aku sendiri tak tertangung. Kongsi saham dengan orang lain pula. lahaii so sad. Janganlah terasa apa apa pula. tegur aja. At least dah terlepas aku. awak tak amanah juga. awak tanggunglah huhu.

Di malam yang sepi lagi sunyi, ada beberapa pasang mata yang sedang bertugas di dalam kegelapan. Semua mata kini sedang peka menyaksikan satu adegan jual beli barang pasaran gelap di dalam gelap. Beg barang dan beg duit kini bertukar tangan. Enjin kereta di hidupkan abu.

Aku: that it that it. Go go go! *talkie.
Ali: copy that. Move move. *

Hhhhmmmmppp.. telinga aku masih sempat menangkap bunyi enjin dari kereta yang di naiki ali, amar dan amar, dari speaker talkie.kereta meluncur laju menuju ke tempat suspek. Mereka berada di sebelah hujung. Manakala aku dengan abu pula ada di permulaan. Senang cakap, suspek berada di tengah. Makna kata suspek dah terkepung. Hasil dari intipan yang hampir 2 bulan. Akhirnya kami Berjaya menemui tempat wahid berurusan jual beli ataupun hanya datang mengambil barang. Sebab kami juga mengesyaki yang wahid hanya berkerja di bawah empayar haram tersebut dan bukanlah dia beli lalu mengedar pula. itu masih belum pasti tapi dedua anggapan masih boleh di guna pakai. Rugilah kalau ambil wahid saja. Berapa sangat. Kami nak tangkapan yang lebih besar. Itu sebabnya op memakan masa hampir dua bulan.

Tapi di sebabkan sudah terlalu lama. Kami terpaksa membuat keputusan untuk menangkap wahid dan seorang lagi yang ada di sana. Kami mengesyaki bahwa lelaki itu orang bawahan dari boss besar. Tangkap dia. Soal siasat untuk korek maklumat tentang boss besar. Itu yang kami rencanakan. Nakhoda kedua dua kapal hampir mendekati tempat suspek untuk dibawa belayar bersama balik ke perlabuhan berpuaka bagi mereka mereka yang di bawa ke sana dengan gelang silver original yang tiada di pasaran. Tiba tiba..

BB: Juliet 6 coming *talkie
Aku: go for J6.*
BB: abort abort abort.*
Aku: why ?
BB: this is order.*

“ bam bam “ tumbukkan di lepaskan ke dashboard kereta. Tanda protes tapi tak boleh buat apa. Sakit hati betul.

Aku: abort abort I repeat abort *talkie.
Ali: copy that. *

Abu terus memusingkan stereng kereta membelok ke kanan keluar dari lorong yang tadi kami lalu. Aku masih lagi sempat mengambil bino untuk meneropong suspek sesama abu membelok kereta. Segala amarah ada dalam diri. Mata yang melihat terasa sakit. Hati yang merasa terasa panas. Keinginan untuk pulang dengan kejayaan tiba tiba terbantut dek kerana batalkan misi kerana alasan yang masih belum diketahui. Sampai office aku dan abu terus masuk ke bilik big boss. Masa dalam perjalanan tadi dia dah mesej untuk masuk bilik dia bila sampai. ada orang nak berjumpa.
Seorang lelaki yang membelakangi kami berdiri dan pusing mengadap kami berdua.

Aku dan abu: TUAN.

Tangan di hulurkan oleh ACP Karim. Kami menyambut. Riak wajah masih tertanya Tanya kenapa dan apakah sebenarnya ni ?

ACP karim: duduk ?
Aku: tak apa. Saya suka berdiri.
Abu: saya pun. ada apa ya sebenarnya ?

ACP Karim terangkan yang Wahid adalah seorang anggota polis yang dihantar untuk menyusup ke satu organisasi yang menjalankan aktivi haram. Dan dia diberi kerja sebagai pengedar buat masa kini. Katanya cukup susah untuk bertemu dengan kepala di atas. Sampai kini wahid belum tahu dengan siapa sebenarnya dia bekerja. ACP juga memohon maaf atas keterlewatan untuk memaklumkan perkara ini oleh kerana Wahid sendiri yang lambat untuk menyedari bahwa ada sepasukan polis sedang menyiasatnya dan Op Wahid juga memang rahsia. Dia juga mengatakan yang dia mungkin bernasib baik cepat sedikit untuk maklumkan tentang perkara itu. kalau lambat, pasti wahid dan lelaki tadi dah kami tangkap.

Dan sudah tentu akan merosakkan perancangan dan misi wahid. Kami mendengar semuanya dengan tenang tapi bagi aku, keterangan dari ACP belum cukup detail buatkan aku curiga, apakah Wahid memang anggota polis. Ialah. Ini Malaysia. Tiada rasuah tiada serilah Negara ku ini .(Tak perlu berselindung. Jadi plastik. Semua orang ada mata untuk melihat. Semua ada akal untuk berfikir dan menilai. Sebabkan individu tak bertanggungjawab dan amanah. Nama baik Polis tercemar di mata masyarakat). Bukan nak bersangka buruk. Tapi aku memang dah di latih untuk sentiasa bercuriga. Tak kisahlah kau sapa pun. trust no one. tapi apa hak aku nak melawan. Selesai semua. ACP karim terus meminta diri untuk pulang ke IPK. Selepas ACP karim keluar. Aku pusingkan pandangan ke big boss.

Aku: boss percaya macam tu je ?

Aku tetap nak bersuara. Aku memang curiga. Detailnya tadi hanya tentang op. dan hanya mengatakan Wahid sebagai anggota polis tanpa membuktikannya. Kalau dia betul anggota polis masakan kami tak dapat maklumat setelah menyiasat latar belakangnya. Atau mungkin dia memang seorang perisik. Entahlah.

BB: nothing we can do.
Aku: dekat dua bulan we working on it. at least cari kepas..

Big boss memotong percakapan aku.

BB: like I said. Nothing we can do.

Mata aku masih merenung mata big boss. Bukan aku nak tunjuk tak puas hati atau marah. Itu Cuma psikologi. Big boss bermain dengan anak matanya sendiri. Kejap ke kanan kejap ke kiri cuba untuk lari dari panahan anak mata aku. akhirnya tunduk ke bawah. Dah kenapa orang tua ni ? macam takut dengan bayang bayang sendiri ?

BB: boleh hantar teksi dekat owner dia balik kejap lagi. case closed.

Aku anggukan kepala.

Aku: thank you.

Aku keluar begitu juga dengan abu. berjalan menuju bilik aku. lama sudah tak masuk. Berpuaka dah apa. Tiba tiba abu bersuara dari belakang.

Abu: kau pun terima macam tu saja ? aku pelik dengan sikap boss tadi.

Aku pusing melihat abu sambil berjalan..

Aku: like he said. Nothing we can do.

Pusing ke depan balik. jalan masuk bilik. Abu ikut aku juga. aku ingatkan dia nak pergi duduk meja dia.

Abu: kadang perlu melawan juga. jangan jadi macam katak. Bila diletakkan di dalam air yang sedang dimasak. Hanya diam dan menyesuaikan diri dengan suhu panas yang makin lama akan lagi panas. Suhu berubah, katak pun akan menyesuaikan diri dengan suhu yang baru berubah tadi. Akhirnya mati bila suhu terlampau tinggi dan dia tidak dapat lagi menyesuaikan diri dengan suhu tersebut.

Aku: ha ha ha ha.. apa je kuasa kita ? dah la. Kadang mengalah dengan keadaan akan menampakkan yang kau ni lebih bijak. Macam sebatang jalan yang sedang kau lalu. Tiba tiba ada halangan dari seekor ular sawa yang sedang berjemur di atas jalan tar. Maksud mengalah dekat sini. Kau ambil jalan lain. Jalan sebelah sana masih kosong. Tiada kenderaan. Dah lepas dari ular sawa tadi. masuk balik jalan kau. Simple. Cuma orang bodoh sombong atau ego akan melawan. Dia akan hon dekat ular tu supaya beredar. Akhirnya dia pun ambil jalan sebelah juga. janganlah sengaja menjadi bangang.

Abu: macam kau mengalah dengan cinta ?
Aku: haha aku bukan mengalah. cuma malaslah.lagipun aku yakin, di sebalik tapak tangan ni tersembunyi satu nama yang terukir indah..belum dapat aku baca. Kata Tuhan masih rahsia.
Aku: segalanya akan jadi indah bila waktunya telah tiba. jum.
Abu: mana ?
Aku: walk walk eat wind.

Kami tinggalkan office berdua. Pergi ambil teksi. Nak bawa ke owner asalnya. Isi minyak dulu apa semua. Masa dekat petrol pam. Aku tengah isi minyak. Tiba tiba ada seorang perempuan tersenyum. Aku senyum balik dengan penuh mesra. Hilang segala kekusutan di kepala. Aku senyum balik bila aku sedar itu hanya gambar seorang perempuan yang sedang tersenyum. Okaylah. Dalam kekusutan nilah kau perlukan something yang fun untuk tetap rilek dan chill. Sampai rumah pakcik. Dia bertanya pasal OP. kami terangkan apa yang berlaku. Dan berborak kosong dengan dia. Aku suruh dia sambung balik cerita yang dulu dia kata ada banyak nak diceritakan.. banyak mana sangat tak taulah. Dia pun mulakan ceritanya…

L: Pada satu hari..( dalam hati aku “ hm klisenya “). si arnab bertemu dengan sang kancil. Lalu mereka pergi..
Pakcik berhenti sekejap bila melihat muka aku dan abu dah berkerut..
L: haha aku gurau ja. Janganlah berkerut sampai macam tu. nanti cepat kedut kulit haha.
Abu: haha betul ke ? kedut ?
L: entah..haha
Aku: haha tak apa kedut pun. seterika ada. Gosok aje huhu. Bang bolehlah try..
L: kasar gurau kau ni.. haha
Semua: hahaha..

L: haha macam ni cerita dia. Aku ceritakan cerita dulu. Bukan pasal kerja aku lah ia. Masa ni. isteri aku tengah mengandung anak sulung ( anak pertama ). Berapa bulan aku tak ingat. Mungkin dalam 3 4 bulan macam tu. tak ada lah besar sangat perut masa tu. satu hari tu. dia cakap teringin nak pergi mandi air terjun. Aku pun bawa ajelah. Lepas balik tu. malam hari. Tiba tiba lampu semua terpadam. Buka, terpadam balik. buka lagi, terpadam lagi. last sekali terus tak bernyala lampu. Rumah kampung. Sejuk walaupun tak buka kipas. Tapi malam tu panas. Panas sangat. Tak pernah pernah jadi panas macam tu. aku dah naik hairan. Dah lampu tak bernyala. Aku nyalakan pelita dengan lilin. Dah bernyala semua. Satu demi satu pelita dan lilin yang aku nyalakan. Terpadam. Satu demi satu tau. bukan serentak. Macam aku letak sini satu. Sana satu. Situ satu. Terpadam yang mula mula dulu. Lepas tu yang berikutnya. Aku pasang dekat lima jugalah. Terpadam satu persatu. Seolah olah macam ada orang tiup.

L: yang aku hairan. Pelita tu macam mana boleh terpadam. Terpadam seolah olah api yang kau letak dalam bekas yang tak beroksigen. Api akan mati. Lilin pun aku hairan dah. Mana ada angin. Kalau ada angin masakan panas. Macam mana boleh terpadam. Yang paling memeningkan kepala. Api pelita tu macam mana boleh terpadam ? ( lampu minyak tanah. Orang tua ni sebut pelita. Nanti ada pula yang pening sekali dia). Tak apalah dah kalau terpadam. Aku ambil mancis. Aku nyalakan balik. tapi baru nyalakan mancis. Nak nyalakan sumbu pelita dengan lilin. Api tak sampai kena sumbu. Api dekat mancis dah kioq( mati ). Kali ni bulu roma aku naik. Masa api di mancis terpadam. Aku rasakan ada angin yang meniup. Tak terasa sangkat.

L: Sipi sipi macam tu aje. Aku nyalakan lagi mancis lain. Sama juga. terpadam. Bini aku dah bising. Dari tadi duduk cakap “takut takut”. Lagi aku tak boleh focus. Bercelaru kepala otak aku. semua benda jadi tak kena. Mancis tak sempat nyala dah patah. Kalut sangat dah. Kesian bini aku duduk menjerit jerit takut. Ini mancis yang kelima. Bernyala. Aku sempat nyalakan empat lilin aja. Sampai yang kelima masih lagi dengan cahaya samar samar api dari lilin yang asing yang aku bawa untuk nyalakan lilin lain. Aku nampak. Bini aku dengan mata tertutup dan air mata mengalir dipipi. Kaki terkangkang. Ada satu lembaga berbulu hitam. Tak hitam sangat. Dekat dekat nak koko sikit. Nak kata beruk. Tak ada ekor pun lembaga tu. jadi aku sendiri tak tahu benda apa. Saiz macam budak normal umur 6 7 tahun macam tu. kepala dia dalam kain bini aku. aku jerit.

L: “woi”.. aku nyalakan dulu lilin yang kelima. Elok lilin yang kelima tu bernyala. Dia keluarkan kepala dia. Macam nak terjatuh jantung aku. kepala dia bersisik ikan. Macam beruk juga kepala. Tapi bersisik. Tiba tiba lepas dia keluarkan kepala. Dia terkejut tengok aku. terus dia bangun berdiri. Melompat lompat dalam rumah. Aku pergi dekat bini aku. pegang dia. Dengan tiba tiba semua lilin terpadam serentak terus.

Aku: lampu minyak tanah ?

L: aku belum nyalakan lagi yang tu. masa tu terasa angin. Kencang. Datang dari mana entah. Pintu tingkap semua tertutup. Papan kayu rumah aku macam nak patah. Bila beruk tadi duduk melompat lompat. (beruk = lembaga tadi. aku malas nak tulis panjang). Lepas tu bukan melompat saja. Dia bunyi sekali pula. seolah bercakap dengan Bahasa yang aku tak faham dan tak pernah dengar. Sambil melompat tu dia bercakap. Kadang tinggi nada dia. Seolah orang tengah marah. Kadang slow. “ ka ku ja chu cha ji ke tu ta tuk tik dang deng dong. Yea deng deng. To ra to ra da tang la gi..” tak samalah macam aku mula mula dengar dulu. Aku hentam saja yang tu. *(aku pun sama juga hentam. Memang tak boleh sebut kali kedua huhu).

L: entah apalah dia merepek. Sampai aku tak sedar apa yang bini aku dari tadi tak bercakap sepatah pun. aku cuba panggil dia. Tapi tak ada balasan. Tapi aku dapat rasakan yang dia ada sebelah aku. tangan dia masih mengengam erat tangan aku. masa aku panggil. Dia tak jawab. Tapi dia akan gengam tangan aku. mungkin tanda nak cakap yang dia ada kot. Tapi kenapa tak jawab aje aku panggil. Kalau nak cakap kata dia ada. Memang aku tahu kata dia ada. Dah dia pegang tangan aku. memang aku tahulah dia ada.

L: tiba tiba beruk tadi makin menganas. Dia lari mengeliling rumah sambil menjerit jerit.. aku dah tak tahu nak buat apa. Aku bangun. Angkat bini aku bangun sekali. Aku Tarik dia berjalan menuju ke pintu keluar. Jalan laju laju..turun tangga. Aku nak buka pintu kereta. Masa ni aku baru teringat. Aku tak bawa kunci kereta turun sekali pun. aku letak bini aku dekat kereta. Berdiri dekat pintu penumpang. Aku gagahkan juga untuk naik atas rumah ambil kunci kereta. Bila aku masuk rumah. Beruk tadi tak ada pula. dalam rumah kalau tadi bising dengan suara beruk tu. tiba tiba jadi senyap sepi. Aku ambil kunci kereta..lari keluar.

L: Masa aku turun tangga. Aku nampak bini aku tengah berjalan menuju ke dalam hutan. Beruk tadi pegang tangan dia bawa pergi. Cepat cepat aku lari pergi Tarik bini aku. aku pusing nak bawa pi kereta. Beruk tadi ada dalam kereta tengah melompat lompat. Nasib kunci kereta aku lekat sekali kunci motor. Cepat cepat aku keluarkan motor dari bawah rumah. Bini aku naik duduk belakang. terus aku masukkan gear dan jalan. Sepanjang perjalanan tu. aku nampak dari cermin sisi. Beruk tu tengah bergayut dari satu dahan ke satu dahan mengikuti aku. dengan keadaan jalan yang gelap. Jadi aku ambil keputusan untuk fokuskan dekat jalan. Aku tak nak ambil tahu lagi pasal beruk tu. biarlah dia nak ikut.

L: dia sendiri yang nak ikut. Aku dah niat awal lagi. memang aku dah plan nak ke rumah sorang ustaz ni. malam malam pun nak buat macam mana. Emergency. Selalunya 10 dah sampai rumah tok awong ni. tapi malam ni aku rasa macam sejam baru sampai. punyalah lama. Mungkin perasaan aku sendiri kot yang rasa masa tu lama. Sampai saja. Terus aku bagi salam. Aku ketuk pintu rumah. Dalam lima minit macam tu. baru ada orang sahut salam aku. dia datang buka pintu. isteri tok awang buka pintu.

ITA: haa kamu L . ada apa ni ?

L: rumah saya kena kacau kak. Ada beruk kepala bersisik ikan kacau saya dengan isteri saya kak.

ITA: masuk dulu masuk dulu. Nanti aku panggilkan awang. Masuk masuk. Masuk maimun.

L: aku pergi ambil bini aku. bawa masuk dalam. ITA pergi panggil laki dia. TA(Tok Awang). Keluar dari bilik. Dengan selendang warna hijau dekat bahu dia. Dia pergi ke dapur. Entahlah buat apa. Basuh muka barang kali.

TA: ada apa L ?

L: aku ceritakan semuanya dekat TA. Dia anggukan kepala. Lepas tu dia Tanya dekat bini aku. bini aku masih diam. Wajah dia seolah olah nak mengatakan sesuatu tapi tak boleh. Seolah nak keluarkan suara. Tapi tak boleh. TA mula terkumat kamit membacakan ayat ayat suci Al-Quran. Bini aku ni. meronta bagai orang gila. Terguling guling. Tergolek kiri kanan. Tapi tak ada keluarkan suara. Kalau sakit mesti jerit betul ? perempuan pula tu. lagi kuat dia jerit. Padahal sakit sikit aja. Ni yang naik heran ni. kenapa tiba tiba bisu pula.
(double meaning dekat situ. Positif sikit eh wahai jantan sekalian. Lelaki ke perempuan ke. mesti jerit bila sakit).

L: habis TA membaca. Dia ambil selendang hijau di bahu tadi. tibai bini aku dengan kain tu. terus dia senyap. Tak ada nak golek pergi balik pergi balik. ” bang..” tiba tiba bini aku bersuara panggil aku. aku pergi angkat dia duduk. TA Tanya. Macam mana ? dia kata okay. Ada sengal sengal sikit sendi.. TA cakaplah tu benda biasa. Ada yang menumpang di badan. Dia Tanya ada kencing dalam air dekat mana mana ka ? bini aku ni anggukkan kepala dengan lemah dan mungkin terasa malu kot. Rupanya dia ada kencing dalam sungai tadi siang. Tiba tiba TA tampar lantai rumah tiga kali. “datanglah” tiba tiba muncul beruk tadi. tapi dua ekor. Yang satu tu tak pernah aku lihat pun tadi. TA Tanya. Kenapa dia kacau aku dengan bini aku. beruk tu bercakap.

L: dia cakaplah yang anak anak dia duk mandi manda dekat situ. Tiba tiba ada orang kencing dalam air tu. orang yang kencing tu bini aku. aduhai..memanglah benda tu mengalir. Tapi apa yang kita buang tu tetap najis. Lepas tu TA bercakap dengan dia. Kata dia minta maaf bagi pihak aku dengan bini aku. kami angguk aja apa yang dia kata. Last sekali TA cakap dekat dia. Sebelum pergi. Buat bagi bini aku baik balik. lepas tu beruk yang kedua tu anggukkan kepala. TA cakap dekat bini aku. “ cuba cakap “. Bini aku jawab. “ ya tok. Dah boleh cakap. Terima kasih”. TA pusing tengok beruk tadi. dia kata “ pergilah” sambil tepuk lantai rumah 3 kali. Lepas tu hilang beruk beruk tu.

L: dah habis semua. TA suruh aku balik. dah tak ada apa katanya. Aku pun mengikut ajalah. Aku ucap terima kasih dan minta maaf sebab ganggu malam malam. Lansung beredar balik rumah. Alhamdulilah lepas tu. semua selamat. Dah tak ada apa apa. Eh jom ah kita pi ko tiaw goreng ka apa ka. Dok sembang dekat rumah ni terasa lapar pula. nak masak lambat pula.

Abu: haa jom! Memang tengah lapar.
Aku: kau bukan lapar. Tapi pantang ajak pi kedai makan.
Abu: eh kau ni. Tuhan bagi tahu perut ni. jadi kena jaga dia. Kena bela elok elok.
Aku malas layan. Semua merepek. Aku naik dengan L . abu ikut dari belakang. sampai kedai. Nasib ada satu meja lagi kosong. Meja ni pun tak nampak tv kot. Sebab tu kosong. Malam tu boleh kata penuh kedai. Ada game kot malam tu. aku tak tahulah nak cakap. Lepas habis sekolah, aku dah tak ambil tahu pasal bola bola ni. abu dengan L order ko tiaw goreng sorang satu. Aku Cuma minum. Dalam masa tengah dok berborak kosong. Tiba tiba abu tegur.
Abu: ada orang tengok kita. Dari tadi lagi.
Aku: perempuan ?
Abu: ya..
Aku: jam berapa ?
Abu: jam 4.

( bukan tanya pukul berapa. Tapi aku Tanya kedudukan perempuan tu. jangan salah faham )
Aku alihkan sikit muka ke tepi. Aku menguap panjang. Buat buat ajalah. Lepas tu aku alihkan balik muka macam biasa. Mengadap depan.

Aku: she did ?
Abu: ya..dia menguap juga.betullah tu tengok kita.
( psikologi tu. buat buat faham aja. Susah nak terang haha )
Tiba tiba ada orang datang.
(O) – Orang
O: boleh duduk sini bang ? meja penuh. Nak makan pun susah.
Abu: eh duduk duduk..

Lepas tu dia panggil pelayan. Datang ambil order. Meja ni muat untuk empat orang saja. Ada satu lagi kosong. Tapi dia ambil kerusi lain. Letak dekat tengah tengah. Macam ni. abu mengadap L. aku pula mengadap kerusi kosong. Dan dia ni. letak kerusi dekat tengah. Maknanya dia tak mengadap sapa sapalah. Aku hairan juga. kenapa tak duduk depan aku. kenapa nak kena ambil kerusi lain. Kerusi plastic yang mungkin kedai dah stanby untuk kerusi lebih kot. Dia keluarkan rokok. Hulur dekat aku. aku cakaplah aku punya ada . Dia letak balik. nyalakan rokok dia. Tiba tiba

O: macam pernah nampaklah..muka macam anak tokey satay dekat Newcastle tu. yaka ? anak dia ka ?
Aku: eyyy..tak.. silap kot. Saya pun tak kenal sapa dia tokey tu haha. pelanduk dua serupa kot.
O: owh..yalakan. mana tau. dalam dunia ni kana da 7 manusia muka sama. Mana tau yang tu la kot haha.
Aku: haha yala kot.

( sempena raya ni. aku nak mohon maaflah. Dekat 7 orang yang muka sama tu. sebab di Antara kita bertujuh. Aku paling segak. Haha gurau gurau )
Makanan dia pun sampai. dia jemput kami makan sekali. Last sekali. Dia jemput juga kerusi yang kosong depan aku ???

O: makan makan… kenapa yang air pun tak order ? tak dahaga ka ? kawan semua order. Ni makan makan. Order kalau nak air. Saya belanja bang.

Muka aku berubah jadi tertanya Tanya. Kenapa ? apa benda yang jadi ? apakah ? semua orang berkerut. Lama jugalah kami naik hairan. Tapi dia yang asyik sedang menikmati hidangannya tak sedar yang kami tengah tengok dia. Ada sapa depan aku ? yang perempuan tadi. tengok benda ni ka ? masalahnya benda apa ? patut dia tak duduk di kerusi tu. ada orang lain. Tapi dia saja nampak. Kenapa ? orang atau benda lain ? tapi tak ada jawapan tentang itu. belum dapat bertanya atau berfikir pasal tu. phone berdering.

Aku: okay baik. Saya on the way. Terima kasih.

Aku tengok abu. aku angguk dekat dia. Dia fahamlah. Terus bangun.. aku tinggalkan duit dekat L. tiba tiba orang tadi bersuara.

O: tak apa. Tak apa. Saya bayar semua. Saya belanja. Hari ni dapat gaji. Apa salahnya.

Aku tengok dia. Aku pusing balik tengok L. tunduk sikit. Aku bisik.

Aku: bayar yang kita punya asing. Kita tak kenal dia. Ni duit.

Masa aku nak bangun dari tunduk tadi. rasa bersalah pula. nak hilangkan rasa bersalah tolak kebaikan orang. Aku keluarkan lagi duit.

Aku: tak apa. Saya pun gaji juga. haha saya belanja hari ni. makanlah.

Aku hulurkan duit dekat L. terus gerak dengan abu. ambil sarung tangan dalam dashboard. Simpan dalam kocek dalam jacket. Sampai dekat crime scene. Satu tubuh lelaki india. Terkankang di atas jalan pejalan kaki. Ala macam jalan yang orang selalu jogging tu. dah kenapa jogging malam malam ? aku teka aja. Jogging malam malam. Sebab aku nampak ada anjing sebelah dia. Jadi aku pikir dia jogginglah sambil bawa anjing. Sebab pakaian dia pun T shirt dengan seluar track. Kami masuk ke dalam. pakai sarung tangan. Pergi tengok mayat. Buka lampu suluh apa semua. Tiba tiba anjing tadi menyalak. Macam marah pun ada. Dia ingat nak buat apa apa dekat tuan dia kot. Aku tengok mayat tu. tak ada kesan apa apa pun dari luar. Makin lama makin kuat pula anjing ni. ada sorang anggota nak ubah. Tapi tiba tiba dia jadi macam mengganas. Macam tak bagi anggota tu dekat dengan dia. Pasal tu lah kot diorang tak ubah tadi. rupanya dia melawan. Aku nak buat kerja pun susah. Aku beranikan diri pegang kepala dia. Aku usap lembut lembut atas kepala.

Aku: hey buddy..im just doing my job. And yah. Sorry for lost. i’ll bring some justice for you. both of you. i promise. But.. just let me doing my job. okay ?

“Aukkk aukk”. Aku tak tahu dia balas apa. Yang aku tahu apa salahnya kita bercakap dengan haiwan. Kita pun tak tahu kalau dioran faham dengan apa yang kita cuba sampaikan. Cuma kita ja tak faham balik dengan apa yang diorang nak sampaikan balik ? semuanya tak mustahil. Akan mustahil bila kau tak cuba. Aku buang sarung tangan tadi. ambil yang baru. Nak sentuh mayat. Yah. Anjing tu dah diam. Tapi muka dia. Wajah dia menampakkan kesedihan yang amat. Sampai aku turut terasa. Mata dia kelihan berair. Aku tak tahulah kalau dia nanggis ka apa ka macam tu. aku bukan pakar haiwan. Tapi betullah orang cakap. Bagi binatang makan sekali. Dia ingat sampai bila bila. Jadi manusia yang tak setia ni lebih teruk dari binatanglah. Bela bagi itu ini. Tikam belakang. khianat itu ini.

Abu kata call pakar datang. Aku hanya mengikut ajalah. Yalah. Tak ada kesan apa dari luar. Takut juga nak sentuh ka apa apa. Pakar lebih baik. Lebih teliti. Jadi aku pergi tengok phone mangsa. Mana tahu jumpa apa apa. Tapi berkunci pula. letak balik dalam plastic. Wallet pun tak ada apa apa. Duit masih ada. Semua ada. Baru berumur 45 lebih. Tinggal dekat kawasan berdekatan tu juga. aku pergi jumpa dengan orang yang buat aduan.

“ saya, saja datang sini. Nak rilek rilek ambil angin malam. Saya suka tempat yang sunyi sikit untuk tenang. Tiba tiba dengan anjing menyalak. Lama juga dia menyalak. Ini dah tak jadi sunyi. Jadi saya pergilah nak tengok. Apa yang saya nampak masa saya sampai, benda tu jugalah yang cik lihat tadi. saya pi cek nadi dia. Dia dah tak ada. Jadi buat aduan polislah. Call ambulance pun nak buat apa…” tiba tiba.. anjing tadi menyalak “ auk auk aukkkkk aukkk auk “ lepas tu.. dengar suara orang batuk. Ya datang dari mayat tadi..mata dia terbuka. Masih lagi batuk.. aku sendiri pun cek juga nadi dia. Memang tak bergerak. Mayat hidup balik ? jin masuk ? ahh pening aku. cuaklah juga. yang lain pun ada juga yang cuak. Anjing tadi pula jilat jilat pipi tuan dia.. abu pergi dekat. Tekan nadi dia.

Abu: dia masih hidup. Minta bantuan ambulance..

Tapi tak seorang pun yang bergerak. Semua muka masih cuak. Kali pertama lihat benda macam ni kot. Entahlah. Abu dengan muka geram lari pergi dekat anggota yang bertugas. Dia cabut talkie yang tergantung dekat baju anggota tu.

Abu: haa pusat kawalan London pusat kawalan London dari xxxxxx x kecemasan panggilan over.

: pusat kawalan London terima. Jalankan berita over

Abu: mohon bantuan mohon bantuan sila hantarkan ambulance ke lokasi….
Kami ikut sekali pergi hospital.. anjing dia pun masalah juga. land rover yang datang untuk ambil mayat tadi, sekarang ni bawa anjing tu pergi hospital. Tapi land rover tak masuk pun. tunggu dekat luar hospital. Doctor keluar dari bilik..aku bangun tengok dia. Dia gelengkan kepala. Aku dengan abu berpandangan Antara satu sama lain. Aku tundukkan kepala. Keluar dari hospital. Berhenti dekat land rover tadi.

Anjing tadi tengok aku. seolah olah meminta jawaban. Sekali lagi aku usap kepala dia.

Aku: he didn’t make it. im so sorry. Someone will arrive and take you back home safe. Stay here don’t be naughty okay buddy ?
“ auk aukk “
Aku: good boy..

Lepas tu dia tundukkan kepala dia..seolah olah dia tahu yang tuan dia dah pergi. Seolah olah dia faham apa yang aku sampaikan.

Aku: kejap lagi anggota keluarga dia datang. Pihak hospital dah hubungi. Tolong jaga tengok tengok dia.
Anggota: baik cik.

Aku buka balik sarung tangan..masuk kereta beredar ke office. Nak buat kertas laporan. Doctor kata jantung dia bermasalah. Tak berfungi dengan baik. Jadi maknanya masa mula mula tadi. jantung dia terhentilah ? tak mati lagi. tapi masa sampai hospital baru dia mati. Esok baru boleh bedah. Untuk dapatkan kepastian yang lebih tepat. Hm esok busy lagi. kalau ada kematian sesiapa. Bagi doctor sah kan dulu. Takut terjadi kes macam nilah. Siap apa yang patut dekat office. Aku balik rumah. Nanti off nak kena pergi kemas rumah flat tu. ambil barang barang semua bawa balik. masuk rumah. Tobi datang. Bagi dia makan dulu..masa tu tak sedar boleh pula pi mengelamun tengok dia makan.

Aku: tobi.. nanti kau nak mati. Pergi mati jauh jauh. Jangan kasi aku nampak eh. kalau aku mati dulu. Kau pergi cari tuan lain. Jangan duduk sini dah. Dah tak ada orang nak kasi kau makan. Dah tak ada orang nak mandikan kau. Dah tak ada orang nak peluk kau masa tidur. Dah tak ada orang nak bebel bila kau kencing depan pintu masuk bilik air. Pergi luar sana. Cari orang baik baik, duduk dengan dia. Okay ?

Aku termenung lagi tengok dia makan, dia makan dengan rakus sekali. Tak menghiraukan aku, ceh

Aku: kau ni. bukan nak meow ke apa ke.. tak respect aku lansunglah kau tobi. Kecik kecik dah kuanghajor. Kerja menghabiskan makan aje. Aku nak naik tidur. Goodnoitt.

Hargailah selagi ada. Tak pernah tahu berapa lama lagi kita ada masa dengan sesiapa yang ada dalam hidup kita. Menangis airmata darah sekali pun tetap takkan kembali.
Selamat hari raya admin dan para pembaca sekalian. Terima kasih.
-Mac amin-

24 thoughts on “Detektif D9 (TIDAK BERJUDUL II)”

  1. hahahaha aku baru nak baca sbb tengah rehat…tapi bila kenangkan ko kata lepas kerja baru boleh…so kul 5 kang baru aku baca…. skot…skot …..sedia…kluar baris……

    Reply
  2. Salam. Mac. Aku baca masa kerja jugak. Masa dah nak setel kerja. FS ni jahat sangat. Keluar cerita pada waktu yang tak sepatutnya. Macam biasa, terbaik, terbaik, & terbaik. Tobi tu saiz dia besar mana? Aku agak anjing yang kat orang India mati tu mesti anjing Rottweiler @ German Shepperd @ Pittbull kan? Takkanlah anjing Chihuahua? Mac, walk walk eat wind but if I eat wind my stomach will explode and I might cause a trouble to nearby person.

    Mac, macam biasa, kirim salamku pada Abu. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada korang dan seluruh unit Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

    #DetektifD9 #MacAmin #DetektifD9MacAmin

    Reply
  3. Saya peminat mac… inggat panjang macam biasa. Itu baca malam2… skali cerpen pendek.. teruskan berkarya..

    Kim salam kat abu suh jaga wife yg tgh pregant baik2…semoga mac di temukan jodoh yang terbaik..amin…mac amin…???

    Reply
  4. Semalam bukak page nih kemain excited nmpk posting encik detektif nih..sekali awal2 da kena ceramah la jgn baca waktu keje..so hari nih off dpt baca..hahaha

    Reply
  5. buat en detektif, sy bce masa lunch hour .. so kira baguslah kan .. hahaha .. lama sy tunggu citer baru .. akhirnya muncul jgk, masih kelakar, I like it so so so so so so sooooooo much .. kipidap ! dongibab !
    akhir kata, tlg jgn tangkap hati sy, takut nnt sy tak nak keluar dari penjara hati awak .. ciaaaaaaaaaa 🙂
    – MAT RI YE MR DETECTIVE SI PENCURI HATI –

    Reply
  6. aikk…terasa kita tahu..ye da habis keje br baca..lom kawen relax la..kita snts pegang ayat ni biar lmbt jnj dpt yg terbaik..

    Reply
  7. ok I terasa psl baca time waktu kerja, tp takpe boss I tau, serious eh I bitau dia I baca cite hantu kalau tgh takde keje tu, dia ckp ok la dr tgok hp memanjanggggg (sbb I baca kt pc, so belakang sape2 lalu mmg nmpk) 😛

    Mac Amin, pls berkarya lg yaa.. I sentiasa tggu cite dr you, mcm ni jek paling latest. hm I tgguuuuu Detektif D9 😉

    Reply
  8. Kebetulan ke ni ? Sy pon ade kucing nama dia Tobi tpi dh mati sbb tercekik tulang ikan 3 thun lepas. Hmmm lama jugak nk move on sebenarnya. Encik jaga lh si Tobi tu baik baik.
    Hahahhaha ~_~

    Reply

Leave a Comment