Salam Sejahtera Admin serta semua pembaca FS. Ini merupakan pengalaman kedua aku. Kisah sebelum ini rasa tak seram kot. Nak cuba menghantar semula tapi kisah lain. Harap ia menepati citarasa admin.. hehehe
Pada tahun 2010 aku bekerja di sebuah hospital swasta di Seri Alam. Pada masa itu aku ditempatkan di bahagian kaunter outpatient department di mana aku ditugaskan untuk mendaftarkan pesakit yang datang berjumpa doktor dan juga membuat admission sekiranya pesakit kena masuk wad. Aku bertugas sebagai billing clerk bersama 8 orang staf lain. Agak seronok juga la kiranya sebab semua klinik pakar berada di belakang kaunter kami dan semua nurse pula memang rapat dengan billing clerk. Sekiranya pada hari itu pesakit kurang dan tiada permintaan ubat dari wad, pharmacist akan datang berborak borak dengan kami.
Seperti biasa sedang aku sedang mengambil bayaran untuk rawatan seorang pesakit. Tiba tiba mata aku berpaut pada sepasang suami isteri yang berasal dari Filipina. Aku terpandang pada anak lelaki mereka yang sedang bermain dengan tab Samsungnya di sebelah. Sesudah aku selesai dengan pesakit ini aku meminta pasangan suami isteri ini datang. Tidak pasti mengapa aku pun bangun untuk bercakap dengan pasangan ini sambil membantu suaminya mengisi maklumat dan dengan doktor mana mereka hendak berjumpa.
(dah lama kan. Sudah lupa. Tapi dialog dibawah tak lari dari maksud asal)
Aku : (sementara menunggu suaminya mengisi boring, aku bercakap dengan isterinya)
Anak puan ke? (mata aku melirik pada kelibat anaknya)
Puan : ye adik.. anak kami (matanya mula seolah olah hendak menangis)
Aku : Puan, maaf anak puan nampak sihat…
Aku terkejut dan segera mengambil beberapa tisu dan menghulurkan pada dia. Suaminya pula bersuara
Suami : Anak kami menghadapi kanser tulang tahap 1. Puas dirawat di hospital negara kami tapi tiada perubahan. Sebab itu kami bawa dia ke sini.
Aku tanpa melengahkan masa menjalankan proses biasa dan meminta mereka menunggu di hadapan klinik pakar tulang yang terletak di belakang kaunter kami. Semasa mereka lalu di hadapan aku, budak itu menoleh ke arahku dan aku pula memandangnya seketika sebelum mereka bertiga hilang dari pandangan mataku. Nak rasa prihatin ke atau kesian ke tak pasti pula perasaan ku pada masa itu. Pandangan budak itu menusuk hati ku.
Selang beberapa minggu aku ditugaskan di bahagian kaunter kecemasan. Pada waktu itu aku mendapat panggilan dari klinik pakar diminta untuk membawa x ray report seorang pesakit yang di admit melalui bahagian kecemasan. Semasa aku dah nak sampai ke outpatient department tetiba pandangan mataku terpaut pada wajah seorang budak di wheel chair bersama pasangan suami isteri yang aku kenal. Terkejut aku seketika. Budak itu kelihatan lebih cengkung. Kepalanya sudah botak penuh dan aku boleh lihat tulangnya yang menimbul. Ketika aku menghampirinya aku terduduk melutut depan budak itu apabila terpandang kedua dua kakinya telah dipotong.
Perasaan aku ketika itu memang sukar ditafsirkan. Budak itu hanya memandang aku dengan mata kuyunya. Menyedari tindakan aku yang keterlaluan, aku bangun dengan pantas dan bergerak ke kaunter. Kemudian aku pun melangkah keluar dari outpatient department tanpa menoleh ke arah pasangan suami isteri dan anak mereka. Suara hati ku sempat mengusik aku ‘apa kaitan kamu dengana budak itu?’ Memang benar sebab kami berdua tiada kaitan tetapi entahlah. Aku tak fikirkan sangat selepas itu. Sebab perjalanan hidup ku dah tunggang terbalik masa itu. Masing masing ada masalah sendiri.
Aku diarahkan bertugas di kaunter kecemasan untuk tiga bulan berturut turut menggantikan staf yang dalam cuti bersalin. Malam itu aku dikehendaki untuk membuat kerja lebih masa. Seronok je aku terima sebab nak balik rumah pada masa itu memang malas. Aku mencapai handset Blueberry aku dan menekan ke last call untuk menghubungi suamiku. Kali pertama aku call dia tak jawab. Selang beberapa minit aku call semula dan selepas beberapa deringan barulah dia menjawab
Aku : abang…
Dia : hai sayang
Aku : abang, hari ini I balik 12.30am ya bang. Staf tak cukup. I kena buat kerja lebih masa.
Dia : okey kalau macam itu abang datang awal ya nanti
Aku : baiklah
Sudah menjadi tanggungjawabku untuk bagitau sekiranya ada apa apa kat tempat kerja. Yelah sebab dia yang akan menjemput aku balik. Tak manis kalau bagi dia tunggu lama. Malam itu patient tak ramai sangat. Kami hanya berbual bual kosong. Kebetulan bilik telephonist betul betul terletak berhadapan dengan kaunter kecemasan. Abang telephonist turut datang berbual bual dengan kami. Opps lupa nak kenalkan. Namanya Alex.
Tiba tiba kami kedengaran bunyi Red Alert dari luar yang menandakan ada kes kecemasan masuk. Kebiasaan siren red alert ini akan dibunyikan oleh pak guard di pondok pengawal. Masing masing sibuk untuk attend kes yang berada di ambulans. Aku tidak jadi duduk kerana ingin tahu apa kes yang masuk. Staf yang bertugas pada malam itu masing masing sibuk kerana sekiranya red siren berbunyi sudah tentu adanya kes kecemasan. Abang telephonist bergegas ke biliknya kerana mendapat panggilan. Aku terkejut apabila mendapati kes kecemasan pada masa itu ialah budak yang menghidapi kanser tulang.
Semasa budak itu disorong di hadapan aku ke red zone. Mata aku sempat memandang mukanya. Aduh.. itulah muka yang aku ingin lupakan. Tidak pasti mengapa kenapa aku akan berasa sedih dan air mata akan mula mengalir setiap kali memandang mukanya. Alex diminta untuk menelefon dr pakar tulang untuk attend pesakit ini. Hati aku kembali sedih. Umurnya pada ketika itu agaknya dalam 15 tahun. Pada hari pertama aku daftarkan dia raut mukanya sangat aman. Masa aku jumpa dia semula dengan keadaan kritikal mukanya sudah semakin cengkung. Anak matanya semakin tenggelam seolah olah hanya tinggal nyawa nyawa ikan. Selang beberapa minit dr pakar sakit tulang masuk dan terus ke bahagian red zone. Aku tidak pasti apa yang berlaku selepas itu. Setengah jam kemudian member I masuk dengan beberapa borang kat tanganya. Aku bertanya
Aku : wei beb apa jadi?
Member : dr telah menyuruh untuk admitkan semula. Dah tahap kritikal beb.
Aku : mak bapak dia mana
Member : dah ikut naik
Aku tidak jadi untuk bertanya lebih sebab hati aku dah mula sebak. Aku sempat berfikir ápa dosa budak itu sehingga ke tahap ini.
Suasana kembali sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi televisyen. Masing masing dengan hal sendiri. Dekat dekat pukul 11.40 pm hujan mula turun renyai renyai. Nasib baik uniform aku tebal. Gara gara mengantuk tahap maksimum aku dan seorang lagi member nurse pergi ke bilik telephonist untuk berbual buat dengan Alex. Kami tengah berbual panjang. Jam menunjukan hampir 11.55pm. Hujan pula masih tidak berhenti. Sedang kami bertiga berbual bual tetiba telefon berbunyi, Kali pertama Alex menjawab telefon dia terdengar suara sayup sayup seorang budak lelaki memanggil nama seseorang. Tetapi terlalu perlahan. Alex hang up call.
Tak sampai 2 saat telefon berbunyi kembali. Alex menjawab kembali tetapi masih sama. Seolah olah suara itu berada terlalu jauh dari ganggang telefon. Alex memutuskan talian kembali. Telefon berbunyi kembali dan kali ini sebelum Alex bercakap kedengaran suara yang sama tetapi kali ini kami dengar sekali. Suara itu seolah olah hendak pergi jauh dari ganggang. Kami terkejut seketika. Nama yang disebut oleh suara itu ialah ‘Ssshhannnttiii, Sssshhhannnttiii’. Selepas itu talian berhenti dengan sendiri. Kami tidak bercakap. Aku pasti bula roma kami bertiga naik. Tiba tiba pada pukul 12.05am hujan lebat tanpa berhenti. Aku dan member aku masih di bilik operator. Sesudah itu kami pun keluar.
Pada masa itulah aku ternampak kelibat mak dan ayahnya berdiri di luar sambil mengesat air mata sambil menunggu kehadiran sesorang. Aku cuba memerhatikan sahaja. Tiba tiba aku terdengat bunyi stretcher ditolak melalui underground. Sesudah sampai ke atas aku tidak dapat nak bercakap kerana apa yang aku nampak diluar pada masa itu amat menyedihkan. Budak itu akhirnya telah meninggal dunia . Aku segera masuk tandas untuk menangis seketika kerana takut disalah anggap pula. Setelah memastikan ambulans telah bergerak aku pun keluar dari tandas. Salah seorang member aku bagitahu kami apa yang terjadi
Member : budak itu cuba lawan balik sakitnya
Aku : kesian kan
Member : dah nasibkan…
Abang operator pun join bersama topik pada malam itu.
Aku : mak bapa dia mana?
Member : entah la sebab tadi I nampak mereka berdua dan tidak pasti di mana mereka sekarang. Dah balik kot. Oh ye u olls tau tak masa nafas dia nak berhentikan hujan semakin lebat tadi. Aku rasa dia menghembuskan nafas pada dekat dekat pukul 12.04am .
Alex : beb… Shanti siapa?
Member 2 : (yang mengikut aku ke bilik operator). (Tetiba teringat suara dalam ganggang menyebut nama Shanti)
Member : oh Kak Shanti, time budak ini masuk balik hari itu Kak Shanti cuti. Hari ini pula Kak Shanti cuti kahwin. Detik dia nak menghembuskan nafasnya dia asyik menyebut nama Kak Shanti. Dia lah yang menjaga budak itu semasa dia di admit ke sini. Kak Shanti merupakan penghibur hati budak itu.
Aku , Alex dan member satu lagi terkejut seketika. Saat saat budak itu hendak menghembuskan nafasya dia sempat mengingati Kak Shanti. Malah cuba mencarinya. Bulu roma kami naik seketika tapi kami hanya mampu mendiamkan diri. Dalam hati aku sempat mendoakan agar roh budak dicucuri rahmat.
Sekian Terima kasih.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ingat dia nak panggil nama penulis ni… adoiiii mcm x berapa feel…
haah..dia punye feel mcm ada connection ngn dia.last2… keh keh
aku punya tunggu la ingat ade pape jadi kat penulis ni…ermmmmm
adehhh
doyaii…suspen boleh tahan..tetibe ending die..aihh macam nk hempas je pc ni..ekekeke
nie cite sedeh bukan seram…
2/5