Dia Bukan Nadia

Tajuk : NADIA Episod 1

Nada dering dari telefon Adib memecahkan keheningan malam di rumah bernombor CA3-11-26 Apartment Selasih. Tangan Adib meraba-raba meja sisi katilnya sambil mata masih tertutup malas. Apabila di halakan tepat ke mukanya, mata adib berjaya menangkap satu nama yang dulunya sangat rapat dengan nya sehinggalah terjadinya satu kejadian yang tak akan dapat dilupakan oleh Adib seumur hidupnya. NADIA 019, nama yang keluar di skrin telefon nya di iringi deringan yang masih lagi terus berdering. Hello, Assalamualaikum. Adib bercakap. “Boleh tahu siapa disana?”. Setelah suara yang didengari nya dari speaker telefon adalah suara seorang lelaki dewasa. Bersuara agak garau dan tegas. “Saya Inspektor Hasyim dari unit siasatan jenayah Perak”. Tujuan saya telefon Encik adalah untuk memaklumkan bahawa pemilik telefon ini, Cik Nadia telah ditemui mati didalam keretanya lebih kurang jam 8pm tadi dan bila kami buat peneriksaan di tempat kejadian, ada sekeping gambar encik yang bertulis perkataan Adib dan apabila kami melakukan pemeriksaan keatas telefon bimbit milik mangsa, kami telah jumpai nombor telefon encik sahaja. Boleh Encik Adib datang kebalai sekarang bagi membantu siasatan kami?.

Perasaan Adib ketika itu bercampur baur. Perasaan terkejut, sedih dan juga hairan dengan apa yang telah berlaku keatas Nadia sedangkan mereka sudah lama tidak berhubung. Kalau di kira, sidah hampir 2 tahun mereka tidak berhubung apatah lagi berjumpa. “Kenapa gambar aku ada dengan Nadia? Kenapa hanya nombor telefon aku sahaja yang ada dalam telefon Nadia?”. Persoalan itu cukup untuk buatkan fikiran Adib berkecamuk disamping perasaan nya yang masih lagi mamai. Tangam kanan Adib pantas mengambil tuala yang tergantung di sebelah pintu bilik air disamping kaki nya terus melangkah menuju ke bilik air . Fikiranya masih lagi ligat membuat sinopsis awal. Tapi tetap tidak menemui jawapan yang diajukan oleh dirinya sendiri.

BALAI POLIS
Saya Khairul Adib Tajuddin, Inspektor Hasyim ada call suruh saya datang ke balai tadi. Anggota yang bertugas terus membawa Adib menuju ke bilik Inspemtor Hasyim. Tetapi kelakuan anggota tersebut kelihatan sedikit kelam kabut apabila Adib menanyakan tentang Nadia. Serba salah, dan gelabah itulah yang di tanggkap oleh mata adib tentang anggota yang mengiringinya ke bilik Inspektor Hasyim. “Encik Adib, silakan duduk. Saya Inspektor Hasyim!”. Setelah hampir 15 minit di bilik Inspektor Hasyim, Adib seterusnya dibawa ke bilik soal siasat sambil di iringi oleh beberapa orang anggota lain, kesemua anggota polis yang turut sama dalam soal siasat tersebut seakan mahukan sesuatu jawapan dari Adib tentang kematian Nadia. Adib sekarang ni boleh dikatakan sebagai suspek utama kes tersebut. Setelah beberapa soalan diajukan kepada Adib dan kesemua anggota polis yang terlibat berpuas hati, Adib di biarkan pulang tapi terpaksa diberikan pengawasan. Terang Inspektor Hasyim kepada Adib. Adib sekadar mengangguk tanda faham. Selepas selesai sesi soal siasat, Adib meminta kebenaran untuk dibawa ke bilik mayat Hospital X dimana mayat Nadia disimpan sementara siasatan di lakukan. Peemintaan Adib ditunaikan tapi peelu pengawasan dari beberapa orang anggota disebabkan kes tersebut masih lagi di dalam siasatan

BILIK MAYAT
Suasana di luar bilik mayat dimana mayat Nadia ditempatkan cukup ketat kawalan nya. Seperti kes berprofil tinggi yang dapat kita lihat dalam kaca tv. Adib di iringi oleh beberapa anggota ke dalam bilik mayat disamping membuat pengecaman terhadap mayat. Hampir 80% muka Nadia hancur seperti telah di cakar oleh objek yang sangat tajam. Tanpa disedari, airmata bergenang di kelopak mata Adib, sesekali jatuh kepipi. Sebak, itulah perkataan yang dapat digambarkan.
Selesai proses lawatan dan pengecaman terhadap mayat Nadia, Adib melangkah longlai keluar dari bilik mayat tersebut sambil tangan nya menggapai telefon dari poketnya. Nama yang di cari adalah Alan. Alan merupakan salah seorang teman baik Nadia sepanjang pengajian mereka di salah sebuah universiti tempatan dulu. Selepas beberapa kali panggilan gagal, akhirnya panggilan Adib disambungkan kepada Alan. Tanpa berlengah, pertanya demi pertanyaan dari Adib membuatkan Alan terpinga. ” kau kenapa ni Dib? Call aku malam-malam buta macam ni sebab nak tanya aku kat mana dan dengan siapa?”. “Nadia!”. Sepatan perkataan yang terus mennadi tanda tanya untuk Alan. “Kenapa dengan Nadia?”. Dia keluar dari pagi tadi sampai sekarang pun tak balik lagi!”. Kata Alan. “Nadia dah tak ada, polis jumpa dia mati dalam kereta dekat Hentian Rehat XY petang tadi. Sekarang ni aku kat bilik mayat hospital X. Kau datang sini boleh?”. Ayat terakhir Adib sebelum talian mereka ditamatkan.

CERITA ALAN
Lebih kurang sejam kemudian, Alan tiba di bilik mayat hospital X, orang pertama yang di cari adalah Adib, kawan baiknya yang dulunya satu kuliaj semasa mereka bertiga masih di Universiti. Tapi selepas tamat pengajian lebih kurang dua tahun lepas, mereka bertiga semakin renggang sehinggalah masing-masing membawa haluan sendiri. Kali terakhir mereka bertiga berjumpa adalah pada tahun 2014 dan disitulah berlaku perselisihan faham antara mereka Adib dan Nadia.
” Dia keluar pagi tadi dalam keadaan tergesa-gesa, sampai aku pun tak sempat nak tanya kemana dia nak pergi. Tapi, lebih kurang dua minggu lepas, Nadia ada seperti meracau dan tidak dapat tidur malam. Sampai lah Arwah maknya datang ke rumah kami dengan seorang ustaz. Tapi masa tu aku pun tak pasti kejadian apa. Masa tu aku tengah rushing ke Airport untuk outstation. Aku call arwah mak dia ceritakan apa yang berlaku dan bagitau yang aku akan outstation selama dua minggu kat Brunei. Balik dari outstation tu, sambil aku kemaskan baju kotor, aku tanyakan tentang mak nya. Nadia cakap Mak dia dah meninggal tiga hari selepas aku berlepas ke Brunei. Tapi reaksi Nadia pada masa tu tak ada pula macam sedih ke apa ke. Muka dia macam biasa je siap tukar topik lagi dengan bertanyakan pasal Brunei. Perangai dia agak pelik sebelum aku pergi Brunei tu, tapi lepas aku balik dari Brunei tu, aku perasan perangai dia bertambah pelik. Kadang-kadang aku pun naik seram. Ada satu kali tu aku terbangun dari tidur lebih kurang pukul tiga pagi. Aku ke dapur nak minum air, kau tahu apa yang aku dengar? Dia menyanyi sorang-sorang dalam bilik. Pastu ketawa lepastu macam menangis pulak. Sampai terbantut hajat aku nak ke dapur, terus aku masuk bilik aku dan kunci”.

“Apa yang buat kau tergerak nak hubungi arwah mak dia ya?”. Celahan Adib dengan soalan. Alan terus menyambung ceritanya. “Pada satu malam tu, aku balik lewat dari tempat kerja sebab ada urusan luar, dalam lebih kurang pukul satu pagi macam tu. Aku masuk bilik, terus buka tingkap untuk hilangkan udara panas dari bilik tersebut. Kau tahu apa yang aku nampak? Aku nampak Nadia dekat depan tingkap aku. Kau pun tahu kan rumah kami ditingkat enam, dan mana ada lantai kat luar tingkap tu. Tak logik langsung wei kalau dia panjat. Kau tahu macam mana keadaan Nadia pada masa tu? Muka dia rapat dengan cermin tingkap bilik aku, seakan menempek terus kat situ. Aku terus menjerit. Lepas aku menjerit tu, aku dapat dengar suara Nadia ketawa dari ruang tamu, seakan mengilai macam tu. Niat nak pergi tanya dia terus terbantut. Aku cepat-cepat pergu kunci pintu. Benda tu berlanjutan sampai beberapa hari jugak. Bila keadaan beransur reda, Nadia aku tengok makin kurus dan kami pun makin dingin macam pernah gaduh besar. Dia sekadar mengangguk, sepatah dua je perkataan yang keluar dari mulut dia. Pada hari yang sama, masa aku balik kerja tu aku perasan ada satu nota, tulisan Nadia. Dia bagitahu dia pergi outstation, sedangkan apa yang aku tahu dari kawan sepejabat dia yang dia dah kena buang kerja sebab selalu tak datang ke pejabat. Aku cuba juga call dia tapi tak dapat. Esoknya aku bangun pagi nak siapkan sarapan, Nadia keluar dari bilik dalam keadaan tersenyum, macam tak ada apa-apa pun hang terjadi. Kembali ceria. Aku tanya dia ok ke tak dan nak jugak aku tanya pasal nota yang dia tulis semalam tapi aku pendamkan je soalan tu. Banyak lagi benda yang pelik berlaku kat rumah tu.” Terang Alan kepada Adib. Inspektor Hasyim datang menghampiri mereka, Adib sempat memberi isyarat supaya Alan berehenti dari bercerita. Inspektor Hasyim memberitahu bahawa dia sudah menghubungi emak Nadia. Adib dan Alan hanya mampu berpandangan tanpa bicara. ” Tuan, emak Nadia sudah meninggal lebih kurang sebulan yang lepas”. Kata-kata yang keluar dari mulut Adib membuat Inspektor Hasyim terdiam dan wajahnya berubah serta merta. Angin tiba – tiba bertiup kencang seakan berbisikan suatu petanda. Alan menghampiri Adib sambil matanya terpejam rapat. “Cuba kau tengok dekat lorong tu” bisik Alan kepada Adib. Sambil bibirnya memuncungkan ke arah lorong di belakang mereka. Adib terus mencari apa yang pelik. Ternyata lorong itu hanya kosong dan ditemani sinaran lampu yang diletakan Pool anjang lorong antara dua buah bangunan. Tetapi Adib dapat mentafsirkan apa yang cuba disampaikan oleh Alan. Tidak jauh dari tempat Alan dan Adib berada, kelihatan Inspektor Hasyim seperti memberikan arahan kepada beberapa orang anggota supaya menghubungi sesorang. Butiran percakapan mereka kurang jelas.

BUNYI DENTUMAN DI BUMBUNG
Tiupan angin hilang begitu sahaja, bila melihat keadaan Alan sedikit tenang. Adib terus mengajukan soalan tentang apa yang dilihat oleh Alan di lorong antara bangunan bilik mayat dengan banguna satu lagi. ” Aku nampak Nadia, dia senyum dekat aku sambil jarinya menunding kearah kau”. Terang Alan dalam keadaa sedikit gementar. Alan terus menagis. Bulu roma Adib tiba-tiba tegak. Tangisan Alan semakin kuat tapi mukanya masih dalam keadaan menunduk. Inspektor Hasyim dan beberapa anggota lain yang perasan dengan tangisan Alan menghampiri tempat mereka duduk. “Boleh kami bantu?”. Salah seorang anggota yang menghampiri kami mengajukan soalan.
Alan masih lagi menangis bahkan tangisanya semakin kuat. Adib cuba untuk menenangkan Alan tetapi tidak berhasil. “Assalamualaikum, sapaan dari sisi tempat mereka berada mengejutkan Adib. Inspektor Hasyim menghulurkan tangan bersalaman dengan Ustaz Hamzah. Ustaz yang di panggil ke bilik mayat tersebut atas arahan Inspektor Hasyim. Ustaz Hamzah merupakan anggota polis berpangkat Sarjan di balai yang sama. Tapi kelebihan dia adalah dapat mengubati perkara yang berkaitan dengan alam mistik seperti apa yang tengah di lalui oleh mereka dalam kes kematian Nadia ni. Alan masih tidak berhenti menangis. Ustaz Hamzah meminta Adin untuk bangun dan dia terus duduk disebelah Alan. “Semangat dia lemah, saya rasa baik awak bawa dia berehat dulu”. Ujar Ustaz Hamzah ringkas. Alan masih dalam keadaan begitu tetapi tangisan nya semakin reda selepas Ustaz Hamzah membacakan ayat suci Al-Quran dan dihembuskan ke ubun-ubun Alan.
“Dumm!”. Hempasan kuat di bumbung bilik mayat mengejutkan kami semua. Bunyi hempasan tersebut sama dengan bunyi hempasan batu bata bila di lepaskan dari tempat yang tinggi. Kuat, cukup untuk membuatkan anggota polis yang ada dalam bilik mayat tersebut untuk keluar dari bilik mayat tersebut. Angin kembali bertiup seperti hujan lebat akan turun. Bunyi gesekan pohon buluh yang berlaga sesama sendiri menambahkan lagi ritma yang membuatkan jantung berdetak laju. Ayat suci Al-Quran di naca oleh Adib dalam hati. Sambil matanya memandang kearah Alan. Cahaya dari lampu suluh anggota – anggota yang memeriksa bunyi dentuman tadi menerangi bumbung bilik mayat. Mata Adib dapat menangkap sesuatu. “Nadia!”. Bisik hati Adib. Matanya di alahikan ketempat lain. Mulutnya tersenyum sambil jarinya seakan menundingkan kearah Adib, sama seperti apa yang di beritahu Alan tadi. “Kenapa jadi macam ni Nadia”. Hati Adib berbisik penuh tanda tanya. Doktor yang akan melakukan bedah siasat tiba di bilik mayat tersebut di iringi beberapa orang jururawat yang akan membantu. Inspektor Hasyim mengiringi mereka kedalam, disamping beberapa orang anggota kelihatan seperti berkawal. “Masih ada benda lagi yang belum di beritahu oleh inspektor Hasyim kepada aku”. Adib menafsirkan sesuatu. Alan kembali tenang. Adib menghulurkan sebotol air minuman dan disambut oleh Alan.

BILIK AIR
Adib menghantar Alan kerumah. Enjin kereta dihidupkan. Fikiran Adib kembali berfikir rentang Alan dan kejadian di bilik mayat tadi. Dibiarkan sahaja penghawa dingin kereta, direbahkan kerusi pemandu dan Adib cuba untuk melelapkan mata tetapi fikiranya menafikan perbuatannya itu. Dia risaukan Alan seba tu dia ambil keputusan untuk tidur di dalam kereta di parkir apartment milik Alan. Alan bersiap untuk tidur, diletakan telefon dalam genggaman nya bimbang kalau ada apa-apa yang tidak diingini berlaku boleh dia terus menghubungi Adib di bawah. Telinga Alan tertanggap bunyi air menghempas lantai dari bilik air seperti ada orang sedang mandi. Dipejamkan matanya rapat-rapat untuk menafikan apa yang dia dengar sambil mulutnya terkumat-kumit membaca Ayat Qursi. “Dum!”. Bunyi pintu bilik air di hempas. Seketika bunyi seakan pintu bilik Nadia pula dibuka dan ditutup kembali. Alan menelan air liur sambil jantung di dalam dadanya seperti mahu keluar dari kerangka rusuknya. Mulutnya masih terus membaca surah Al-Quran. Kali ini gangguan yang di alaminya lebih dasyat. Terdengar suara seperti orang menyanyi dari dapur disamping bunyi air menghempas sinki aluminium sama seperti apa yang selalu Nadia lakukan bila arwah berada di dapur. Alan terus menekan butang memanggil. Adib menjawab serta merta dan langkahnya terus dibuka menuju ke tingkat enam menuju ke rumah Alan. Mereka bergegas ke kereta dan menuju ke suatu destinasi yang mereka pun tak tahu. Alan mencadangkan supaya mereka lepak dekat mamak sementara menjelang pagi.

CERITA KEDUA ALAN
Alan terus membuka cerita tentang apa yang dilaluinya sebentar tadi. Adib memberi perhatian sambil fikiranya masih ligat berfikir tentang Nadia, kematian nya, gambarnya dan juga nombor telefonya sahaja yang ada dalam telefon Nadia semasa polis menemui mayatnya petang tadi. Adib menceritakan apa yang berlaku awal pagi tadi dan macam mana Inspektor Hasyim dapat menghubungi nya. Mereka saling membuat kesimpulan tetapi masih banyak lagi perkara yang belum dirungkaikan tentang Nadia.
Alan seakan teringatkan sesuatu selepas Adib menceritakan tentang gambarnya yang ditemui bersama mayat Nadia. “Sebelum ni Nadia ada jugak tanyakan pasal kau kat aku, dia cakap dia banyak salah dengan kau dan tak patut buat kau macam tu dulu. Aku hanya mengiyakan je apa yang dia cakap. Dia pernah juga tunjuk kat aku gambar kita bertiga, gambar kau sorang. Dia cakap dia rindu nak kita macam dulu, tapi selepas tu dia ada ceritakan pasal seorang tua yang dia jumpa dalam perjalanan dari kampung, tapi aku tak ambil port sangat pasal tu. Baru aku ingat, selepas dia balik dari kampung la dia jadi macam pelik sikit sampai la part aku nampak dia menepek deat cermin tingkap bilik aku tu”. Terang Alan. Perubahan sikap dan perangai Nadia menjadi topik utama perbualan mereka. Tiba-tiba telefon Adib berbunyi. Nama Inspektor Hasyim terpampang di skrin telefon nya. Inspektor Hasyim memanggil mereka berdua ke balai polis. Mereka bergegas ke sana, perbualan mereka disambung dalam kereta. Sampai di satu simpang. Mereka di kejutkan dengan bunyi seperti kereta yang dipandu Adib melanggar sesuatu. Adib memberi signal ke bahu jalan. Di periksanya depan dan belakang kalau ada kesan pelanggaran ke apa ke. Tapi ternyata tiada sedikit pun kesan pada bumper keretanya. Alan masih dalam kereta. Adib terdiam seketika sambil bersandar pada pintu kereta nya. Terfikirapakah kaitan nya dengan Nadia. Kenapa dia turut terheret sama dalam benda bodoh macam ni. Perjalanan ke balai polis diteruskan.

PANGGILAN MISTERI NADIA
“Kami perlu melakukan siasatan di rumah cik”. Inspektor Hasyim menjelaskan kepada mereka berdua sambil matanya memandang Alan. Alan mengangguk tanda setuju dan diserahkan kunci rumah nya kepada Inspektor Hasyim. Ustaz Hamzah turut berada disitu sambil mata nya terus memerhatikan Alan. Alan meminta diri ke tandas, seorang anggota polis wanita menemani Alan. Tiba-tiba telefon Adib berdering dan panggilanya adalah daritelefon Nadia. Ustaz Hamzah yang berada dihadapanya melarang Adib menjawab panggilan tersebut. Inspektor Hasyim turut terkejut. Kali ke empat panggilan tersebut berdering, Ustaz Hamzah meminta kebenaran untuk menjawab panggilan tersebut. Ustaz Hamzah hanya diam sahaja seakan mendegar sahaja isi panggilan tersebut. “Kita perlu ke kampung Nadia sekarang juga”. Tegas Ustaz Hamzah kepada Adib dan Inspektor Hasyim. Inspektor hasyim mengangguk tanda setuju. “Kita perlu bantuan Alan untuk bawa kita ke sana”. Adib mencelah.

KAMPUNG NADIA
Perjalanan lebih kurang sejam menemukan mereka dengan kampung Nadia. Azan subuh berkumandang menandakan masuman waktu subuh. Mereka berhenti seketika di masjid disamping ingin bertanyakan serba sedikit kalau ada jemaah yang tahu mengenai kematian Mak Kalsom, emak kepada Nadia. Salam terakhir diberi oleh imam, Ustaz Hamzah disapa oleh salah seorang lelaki dalam lingkungan 50an tentang tujuan mereka datang ke kampung tersebut. “Ustaz”. Sapaan Alan kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut adalah ustaz yang datang bersama arwah emak Nadia dulu. Dia masih ingat lagi, walaupun pada masa tu dia sedikit tergesa-gesa untuk ke Brunei. ” Ustaz masih ingat saya? Kawan serumah Nadia, anak kepada Mak Kalsom! Ustaz ada datang ke rumah kami dulu”. Ujar Nadia kepada Ustaz Salman. Ternyata dengan izin Allah mereka di ketemukan dengan orang yang betul. Orang yang tepat untuk bertanyakan tengtang kematian Mak Kalsom dan apa yang sebenarnya yang di hadapi atau apa yang berlaku kepada Nadia. Ustaz Salman membawa mereka kerumahnya yang tidak jauh dari masjid tersebut.

USTAZ SALMAN
“Arwah Mak Kalsom tu, orang kampung jumpa arwah empat hari selepas beliau meninggal. Orang kampung cakap dia diserang binatang buas dekat kebun getah miliknya. Tapi yang menghairankan saya, kesan cakaran tu hanya ada kat bahagian muka sahaja, bahagian lain semua sempurna. Oh ya, terlupa saya nak tanya, kenapa encik semua nak tahu pasal Mak Kalsom ya. Boleh saya tahu?”. Pertanyaan Ustaz Salman di jawab oleh inspektor Hasyim. “Saya inspektor Hasyim, kami sebenarnya sedang menyiasat tentang kematian Nadia, anak kepada arwah Mak Kalsom. Nadia pun meninggal dengan kesan cakaran di muka”. Penerangan Inspektor Hasyim menarik minat Ustaz Salman. Ustaz Salman beristighfar panjang. Ustaz salman bingkas bangun dan terus kedapur, dia datang dengan satu bungkusan kain putih di tangan kirinya. “Kat dalam bungkusan ni ada beberapa barang saya saya sempat ambil dari rumah Nadia dulu. Dia sebenarnya kena gangguan disebabkan oleh apa yang dibuat oleh arwah emaknya dulu.

Bersambung.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

10 thoughts on “Dia Bukan Nadia”

Leave a Comment