Dia Main Suis La Pulakk, Ternampak Kelibat dan Diganggu Pada Waktu Malam

DIA MAIN SUIS LA PULAKK

Hi FS. Terima kasih sebab share kisah saya ni.
Kisah ni berlaku kat sebuah kolej saya 4 tahun lepas iaitu ketika saya berada di tingkatan 4. Saya tinggal di asrama dan saya juga adalah seorang pengawas asrama. So,ada hari-hari tertentu yang saya akan bertugas pada waktu pagi,iaitu ketika semua pelajar telah mengosongkan kawasan asrama. Pada hari kejadian, saya ditugaskan untuk check blok asrama perampuan,iaitu blok saya sendiri. Setiap blok ada 2 pengawas yang kena check. So kat blok saya ni,saya dengan kawan lagi sorang kena check. So kami divide la, saya check wing A, dan dia pula check wing B. Masa check kat bilik2 bawah,semua ok. Tiada masalah apa pun. Semua suis dah ditutup,bilik pon bersih. So saya teruskan check sampai ke tingkat paling atas,iaitu dorm saya. Depan dorm saya ada lagi satu dorm.

 

Lepas check dorm saya tu,masa nak tutup pintu dorm saya terdengar macam ada orang tengah tutup suis di dorm depan. Dalam hati kata “ok,nak kena budak ni. Pukul 7.30 pg pon tak pergi kelas lagi”. So saya pon tunggu sambil bercekak pinggang la depan pintu tu,ingatkan nak tengok sikit muka budak mana yang lambat. Dekat 5 minit juga la, tak bukak-bukak pintu pun lagi. Sedangkan suis tu tepi pintu dorm je. Ok saya pon bukak la pintu tu,hati pon dah panas nih. Bila bukak memang takdak orang. Makin sakit hati la,ingatkan dia nak main sorok2 ke apa. Saya pun pergi check setiap pelusuk bilik siap tengok bawah katil lagi dan confirm 100% TAK DAK orang! Ok. Dalam hati ingat maybe salah dengar la kot kan. Saya pun keluar dari dorm tu dan masa nak tutup pintu dan pakai kasut, tiba2 dengar bunyi suis lagi. Tapi kali ni bunyi macam orang tengah dok main dengan suis. Berderet bunyi dia. ‘PAPAPAPAPAPAPAPPPP!!!’ Saya pon apa lagi, tak tunggu apa dah. Terus lari lintang pukang turun tangga dari tingkat 3 kasut pun tak pakai dah. Sampai bawah terus kawan tanya. Saya pon ceritalah apa yang jadi tadi. Lepas kejadian tu saya rasa tak selamat bila nak jalan naik ke dorm saya.

 

Macam tu la kisah saya. Sorry kalau pambaca rasa macam tak menarik sangat tapi inilah kisah benar yang berlaku .Sebenarnya banyak lagi cerita pasal dorm yang menakutkan tu. Kalau ada masa,saya akan tulis lagi.

TERNAMPAK KELIBAT

Tak tahulah kisah yang saya nak ceritakan ni seram ke tidak hanya yang mengalami sahaja yang tahu. Peristiwa ni sudah agak lama berlaku kalau tak silap penghujung tahun 2012, masa ni on the way nak gerak balik dari Terangganu ke Negeri Sembilan ikut jalan Muazam Shah (orang cakap laluan ni mmg keras sikit) kiri kanan jalan dia tak payah cakaplah, memang hutan sepanjang jalan! Nak di jadikan cerita masa tengah lalu satu kawasan tu dah malam gelap gelita, pulak tu satu lampu jalan pun takde! Kereta dah lah tak banyak. Saya teman jelah en suami sebab dia yang drive kereta waktu tu. Tengah best dia layan tetiba satu lembaga terbang ke arah bumbung kereta, memang masa tu terkejut gila! nasib la en suami ni jenis cool dan boleh kawal kereta, kalau tak mau dah terbabas. Masa tu juga en suami terus cakap “eh, burung ke tu??” Nak sedapkan hati masing-masing kan(masa ni darah dh naik ke otak takut plus terkejut punya pasal) saya pun mengiyakan “a’ah kot..” tapi padahal bukan burung, sebab memang jelas-jelas saya nampak kelibat kain putih terbang. Dalam hati dok kata “ehhh.. hantu ke tu?? Ah, sudah..!” Saya pun bacalah apa-apa yang patut. Tapi Alhamdulillah, ‘dia’ tak kacau lelebih. Rasanya dia nk tumpang lalu je kot..

Sekian.

DIGANGGU PADA WAKTU MALAM

Salam & salam sejahtera kepada pembaca FS. Kejadian ni terjadi selepas ibuku meninggal. Selang seminggu dua macam itu. Aku tinggal bertiga di rumah,(ayah,aku n adik lelaki)berikutan kakak & abg² ku semua telah berkahwin. Siang hari kejadian,aku mengemas bilik aku, tukar posisi katil semua la. Pada malam tu,aku tidor sorang diri dalam bilik,sebelum ni selalu tido berdua je dengan kakak aku, manakala ayah aku tido di ruang tamu. Masa nak masuk tido, dah padam lampu dan tutup pintu. Aku ni suka tido letak bantal ringan tutup kepala. Masa tengah baru nak lena,aku terasa ada benda duduk di sebelah kanan katil (terasa katil tu tenggelam sikit). Aku terkaku jap, lepas tu terasa ‘dia’ bangun & lepas tu ‘dia’ duduk balik. Aku apa lagi terus bangun dan bukak lampu, tapi tengok takde apa² pun. Aku pun terus tido la balik.

 
Malam kedua tu,aku dah takut dan tido bukak lampu je, tak tutup pintu. Masa letak bantal dekat kepala,boleh plak ‘benda tu’ tepuk² manja bantal aku tu, ‘dia’ buat 2 kali, dan kali ketiga tu aku terus tarik bantal dan lari tido di ruang tamu, risau pulak kali ketiga nanti dia tekan kuat², mati aku. Malam ketiga kejadian, aku letak surah yassin sebelah bantal belah kanan dan bukak lampu,tengah nak amik mood tidor, tiba-tiba bunyi kuat buku yassin tu diselak², seolah² ada kipas sebelah katil. Kuat sangat bunyi surah yassin tu diselak. Aku ni tido pakai kipas syiling, so macam mustahil lah surah yassin tu boleh terbukak² macam tu. Aku pun lari  tido dekat ruang tamu lagi. Aku terpikir², kenapa aku kena kacau,selama ni tido ok je.

 
Aku tengok² balik,posisi katil yang aku tukar tu salah, sebab kaki aku mengadap ke arah kiblat (orang kata tido macam jenazah,kaki mengadap kiblat) so aku tukar balik posisi katil aku seperti asal sebelum ni. Aku memang tak boleh tido atau akan mimpi bukan² kalau aku tido salah posisi,kena kepala kearah kiblat. Baru la takde gangguan n mimpi bukan². Sekian

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “Dia Main Suis La Pulakk, Ternampak Kelibat dan Diganggu Pada Waktu Malam”

  1. mungkin tu jin yang baik, dia nak bgthu yang kak tido katil cara salah

    Reply

Leave a Comment